Khamis, 21 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Samun 10 rumah dalam sebulan

Posted: 20 Jul 2011 11:08 AM PDT

KAJANG: Bukan satu atau dua rumah sebaliknya 10 rumah sudah menjadi sasaran 'geng pukau' dalam tempoh kurang dari sebulan di Bandar Bukit Mahkota, di sini.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 4 pagi itu, suspek dikatakan menggunakan ilmu pukau memastikan mangsa tidak sedar sekali gus memudahkan mereka menyelongkar setiap bilik rumah mangsa.

Kejadian terbaru pagi kelmarin, apabila seorang mangsa, Abd Ghani Mohd Zain, 48, menyedari rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 6 pagi ketika bangun menunaikan solat Subuh.

"Saya lihat dapur berselerak manakala peralatan memasak pula disusun di luar rumah bagi memudahkan mereka masuk melalui tingkap.


"Ketika itu, saya mendapati pintu pagar besi turut dipotong dan dibengkokkan dipercayai menjadi laluan masuk mereka," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mekanik rugi RM2,000 rumah dipecah masuk

Posted: 20 Jul 2011 10:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik kerugian lebih RM2,000 apabila rumahnya di Taman Permata, di sini, dipecah masuk sekumpulan penyamun membabitkan kerugian lebih RM2,000, kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 25 tahun bersama keluarganya keluar rumah kira-kira jam 5.30 petang atas urusan peribadi sebelum menyedari rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati penyamun terbabit memasuki kediaman mangsa dengan mengumpil tingkap dapur sebelum menggeledah keseluruhan rumah terbabit.

"Antara barang yang hilang termasuk jam tangan berjenama, kamera, tabung berisi duit syiling, duit syiling lama dan sejumlah mata wang Indonesia.


"Kita tidak menolak penyamun mengawasi pergerakan mangsa sebelum mengambil peluang masuk ke kediaman dua tingkat itu," katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, polis kini sedang berusaha mengesan penyamun terbabit dan tidak menolak mereka masih berada di sekitar Lembah Klang.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bekas ratu ditiduri Cole

Posted: 20 Jul 2011 09:03 AM PDT

COLLETTE.
COLLETTE.

LONDON: Mulanya seorang pramugari, kemudian model pakaian dalam Amerika Syarikat mendedahkan hubungan seks mereka dengan Ashley Cole beberapa hari sebelum bintang bola sepak Chelsea itu berbaik semula dengan bekas isteri, Cheryl, pada majlis hari jadinya.

Dan kini, muncul seorang lagi wanita yang didakwa turut digoda Ashley ketika dia berusaha menambat semula hati bekas isterinya.

Bintang bola sepak Chelsea itu dilihat bergambar bersama dengan pelatih kecergasan peribadi dan model, Collette McBarron.

Bekas peserta Ratu Ireland berusia 26 tahun itu dilihat bersama dengan Cole pada Mei lalu apabila mereka meninggalkan kelab malam Maddox dan menaiki sebuah kereta bersama.


Bagaimanapun, tidak seperti model pakaian dalam, Jessyca Rayanne dan pramugari, Kerry Meades yang mendedahkan secara lantang mengenai hubungan mereka dengan bintang bola sepak berkenaan, Collette enggan mendedahkan hubungan mereka.


Dia memberitahu akhbar The Sun: "Saya tidak boleh berkata saya tidak pernah menemuinya atau kami tidak pernah keluar bersama berana ada gambar yang menunjukkan kami bersama di beberapa tempat.

Collette yang pernah menjawat pangkat Leftenan Muda dalam Tentera Ireland juga berkata Ashley tidak berusaha mendapatkan semula Cheryl.

Hubungan Collette dengan Cole terbongkar selepas Jessyca mendedahkan dia mengujungi Cole di rumah sewanya di Los Angeles ketika pemain bola sepak itu bercuti di bandar raya itu bulan lalu.

Rakan Cole, Destiny Monique mendedahkan, bintang bola sepak itu mengadakan parti seks di kediaman sewanya itu.

Bercakap kepada The Sun, Destiny berkata, dia berada di rumah itu apabila ramai gadis seksi muncul.

"Mereka berjalan dalam keadaan berbogel dan bergurau dengan rakan Cole.

Collette yang muncul dalam rancangan sembang Soccer AM awal tahun ini dikatakan sering bergaul dengan bintang sukan, termasuk rakan Cole dalam pasukan Chelsea seperti John Terry dan Didier Drogba serta pemain ragbi Wales, Gavin Henson.

Sementara itu, bekas isteri Cole, Cheryl dilapor memberitahu bekas suaminya itu: "Saya sudah mengambil keputusan. Padam nombor te;efon bimbit saya." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Luna Maya arah klip video band baru Elora

Posted: 20 Jul 2011 09:01 AM PDT

JAKARTA: Setelah berjaya mengarahkan klip video untuk Dea Ananda, Dimas Beck dan dua kumpulan baru, kali ini Luna Maya mengarahkan satu lagi klip video untuk sebuah kumpulan baru, Elora yang anggotanya semua adalah wanita.

Untuk klip video ini, Luna membawa tema yang sedikit berbeza. Kekasih Ariel ini ingin mencari kelainan yang boleh menonjolkan personaliti ahli kumpulan itu.

"Konsepnya, kecantikan kerana anggota kumpulan ini semuanya wanita. Saya inginkan satu yang segar dan bersih. Kalau sebelum ini kami sering bermain dengan warna gelap, kali ini kami memilih warna-warni dan lebih natural untuk memperlihatkan kecantikan mereka."

Kata Luna, pada mulanya dia ingatkan Elora adalah penyanyi solo, tetapi setelah mengetahui bahawa ia adalah satu kumpulan, dia terpaksa mengubah konsep klip video itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Tolong wan, adik sakit...’

Posted: 20 Jul 2011 10:56 AM PDT

IPOH: "Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...," jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.


Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. "Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. "Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.


Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.


Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.


Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.


"Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.


"Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal," katanya sebak.


Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.


"Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi," katanya.


Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.


Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.


Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.


Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bertarung nyawa selamat lembu

Posted: 20 Jul 2011 10:56 AM PDT

SARATOK: Operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu buaya di Sungai Sebelak di sini, sejak dua hari lalu mengembalikan ingatan seorang penduduk, Rashid Abu, 45, kejadian dia berdepan maut apabila terpaksa bertarung kira-kira setengah jam dengan haiwan itu, dua tahun lalu.

Menurut penduduk Kampung Emplam itu, pertarungannya dengan reptilia sepanjang kira-kira empat meter di tebing Sungai Sebelak berlaku ketika dia cuba menyelamatkan lembu peliharaan daripada dibaham seekor buaya.


"Meskipun peristiwa itu sudah dua tahun berlalu, ia tetap segar di ingatan saya," katanya yang ditemui Harian Metro, semalam.

Rashid berkata, ketika kejadian itu dia langsung tidak menyangka sedang 'berebut' dengan reptilia ganas yang menjadi ketakutan penduduk di sepanjang sungai berkenaan.


Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berusaha membawa keluar ternakannya dari kandang yang dimasuki air sungai yang melimpah ke tebing akibat air pasang besar.


Katanya, pada awalnya, dia menyangka kaki lembu jantannya itu tersangkut pada celah akar pokok menyebabkan dia nekad masuk ke dalam air untuk menarik haiwan terbabit.

"Saya cuba memeluk tengkuk lembu dengan harapan dapat dibawa ke atas namun gagal. Tarikan buaya itu cukup kuat dan saya mencuba sekali lagi termasuk menarik kaki lembu itu.


"Selepas beberapa kali mencuba, tetapi masih gagal sebelum saya menggunakan tali dan akhirnya berjaya membawanya naik ke atas dan ketika itu saya ternampak kelibat seekor buaya sedang menggigit kaki lembu," katanya.

Rashid berkata, menyedari buaya terbabit cuba menarik lembunya kembali ke dalam air, dia nekad 'bertarung' bagi menyelamat haiwan itu sehingga berlaku tarik menarik selama beberapa minit.


"Saya tidak tahu apa lagi perlu dilakukan bagi menyelamatkan lembu saya melainkan menariknya sedaya upaya sehingga menyebabkan reptilia terbabit mengalah dan melepaskan gigitan sebelum menghilangkan diri," katanya.


Mengimbau kembali tindakannya memasuki kandang lembu yang digenangi air paras dada, dia langsung tidak terfikir bahawa reptilia itu turut berada di dalam air dan menanti saat membaham lembunya itu.


"Memang saya tidak akan masuk ke kandang itu jika saya tahu ada buaya di dalam air," katanya.


Rashid berkata, dua kejadian sebelum ini menyebabkan empat lembu peliharaannya menjadi habuan reptilia ganas itu yang menyebabkannya kerugian kira-kira RM14,000.


"Kejadian pertama berlaku pada 2002 apabila dua lembu saya dibaham. Kali terakhir kejadian sama berlaku iaitu dua tahun lalu," katanya yang memiliki 14 lembu.


"Oleh kerana lembu yang diselamatkan itu cedera teruk pada paha kirinya, saya mengambil keputusan menyembelihnya sebagai hidangan kenduri kesyukuran kerana saya terselamat daripada menjadi korban buaya berkenaan," katanya.


Sementara itu, operasi besar-besaran digerakkan pihak berkuasa yang masuk hari kedua semalam, dipercayai hanya berjaya membunuh seekor anak buaya yang bangkainya ditemui terdampar di tepi Sungai Sebelak di sini.


Bangkai haiwan berusia lebih dua tahun itu ditemui penduduk kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari jeti pusat operasi, dipercayai ditembak pada malam pertama operasi dijalankan.


Penduduk, Mohd Faizul Abu Bakar, 25, berkata dia menemui bangkai buaya itu ketika menaiki sampan menyusuri sungai berkenaan.


"Berdasarkan saiz bangkai buaya berkenaan dipercayai berusia dua tahun atau lebih dan kami yakin buaya ini bukan yang sering membaham penduduk," katanya.


Bangkai buaya berkenaan dibawa menaiki sampan sebelum diangkat ke jeti menyebabkan penduduk berpusu-pusu mahu melihat reptilia yang didakwa menimbulkan ketakutan selama ini.


Sungai Sebelak terus menjadi tumpuan berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu reptilia yang didakwa menyebabkan beberapa penduduk menjadi mangsa, termasuk kejadian terkini dua bulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nasha Aziz tak dimakan usia

Posted: 20 Jul 2011 07:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SETIAP kali muncul dalam mana-mana acara permaidani merah atau majlis membabitkan selebriti tempatan, pasti kelibat model dan pelakon terkenal Nasha Aziz yang mencuri tumpuan ramai.

Ziarah idea asal saya: Mazlan

Posted: 20 Jul 2011 06:35 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PERSAMAAN jalan cerita dalam filem atau drama memang sering berlaku dan menjadi perkara biasa.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Malaysia lawan sukar

Posted: 20 Jul 2011 09:24 AM PDT

"KAMI akan berdepan perlawanan yang sukar kerana mereka (Malaysia) pasti mahu menang ke atas Chelsea dan akan bermain bermati-matian," kata penyerang Blues, Nicolas Anelka menjelang pertembungan dengan skuad pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Walaupun secara realitinya kelab Liga Perdana Inggeris itu memiliki ramai pemain bintang, Anelka, 32, memilih untuk berhati-hati bagi mengelak daripada ditimpa kejutan skuad kendalian Ong Kim Swee dalam kunjungan ketiga mereka ke Malaysia selepas 2003 dan 2008.


"Chelsea akan berusaha untuk menang perlawanan ini dan akan memberikan yang terbaik kerana pertemuan kali ini lebih sukar. Pasukan yang beraksi lebih baik akan menang," katanya yang ditemui pemberita selepas sesi klinik bola sepak Chelsea di Damansara Damai semalam.

Ini kali kedua pemain Perancis itu menyertai Jelajah Asia Chelsea selepas mencipta nama selaku penjaring ketika menumpaskan Malaysia 2-0 pada 2008 di Stadium Shah Alam.


Anelka yang menyertai Chelsea pada 2008 dan membantu mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada musim 2009/10 gembira dapat menyertai rombongan 26 pemain Chelsea bersama pengurus baru Andre Villas-Boas ke Malaysia sebagai persiapan pra musim mereka.


"Cuaca di sini agak panas tapi saya sudah menjangkakan keadaan ini kerana pernah datang ke sini sebelum ini. Saya amat gembira datang ke sini untuk bertemu peminat dan menentang pasukan Malaysia.

"Kami mempunyai pengurus baru yang sangat bagus dan kami menjalani latihan keras bersamanya. Setakat ini kami sudah menang dua perlawanan (Wycombe Wanderers 3-0 dan Portsmouth 1-0) dan berharap rentak kemenangan ini dapat diteruskan sepanjang persiapan pra musim bagi mengharungi musim baru nanti," katanya.


Mengulas mengenai kedudukannya dalam skuad selepas kehadiran bintang Sepanyol Fernando Torres serta tonggak utama Didier Drogba, dia bersedia ersaing bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya sukakan cabaran, bila anda bermain dengan kelab besar seperti Chelsea sudah pastinya terpaksa bersaing untuk mendapat tempat. Saya akan cuba yang terbaik dan terpulang kepada pengurus untuk membuat keputusan," kata Anelka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Sakit masih terasa’

Posted: 20 Jul 2011 09:19 AM PDT

SEBESAR mana peluang untuk negara menikmati kejuaraan pertama Kejohanan Dunia di London Ogos depan masih tidak diketahui selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui belum 100 peratus bebas daripada kecederaan belakang yang dialaminya di Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah minggu lalu.

Chong Wei yang ditemui selepas menandatangani perjanjian pelantikannya sebagai Duta Kolej KDU di Damansara bagaimanapun berkata kecederaan yang dialaminya itu tidak serius.


"Persiapan ke Kejohanan Dunia tidak terganggu walaupun saya belum pulih sepenuhnya. Tapi masih ada rasa sakit belakang dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi," kata Chong Wei yang dilantik sebagai duta Kolej KDU selama dua tahun bermula bulan ini.

"Apapun saya harap sakit belakang ini segera pulih sebelum ke Universiti Bath, United Kingdom (UK)." Dalam pada itu Chong Wei mendedahkan mula merasai kesakitan belakang pada aksi di Terbuka Indonesia tapi enggan menjejaskan status kejohanan Siri Super Premier itu dengan menarik diri.


"Sebenarnya saya sakit ketika di Jakarta lagi dan tindakan saya menyertai Terbuka Kedah semata-mata untuk menjalani latihan dan memberi peluang pemain remaja menentang saya. Sebab itu saya menarik diri di separuh akhir selepas rasakan tidak mampu untuk memaksa diri lagi," kata Chong Wei.


Chong Wei mengakui pengalaman terakhir menewaskan Lin Dan di final Seluruh England Mac lalu tidak boleh menjadi ukuran.

"Saya jangka dapat menentangnya di final Terbuka Indonesia tapi tak menjadi. Kekuatan saya ataupun dia di Seluruh England tidak boleh dijadikan ukuran kerana pasti banyak peningkatan yang dicapainya dalam tempoh empat bulan ini.


"Saya hanya mahu tumpukan pada permainan saya sambil jurulatih dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan menilai permainan Lin Dan pada pusingan awal Kejohanan Dunia." Chong Wei enggan terlalu memberi perhatian kepada Lin Dan kerana baginya pemain bukan pilihan seperti Kazushi Yamada dan Sho Sasaki dari Jepun boleh mencipta kejutan.

Malah dia enggan terpedaya dengan rekod cemerlang sepanjang tahun ini yang menyaksikan hanya satu kekalahan di alami iaitu di Terbuka Korea.


Acara menandatangani perjanjian itu dibuat antara Chong Wei dengan Pengerusi Eksekutif KDU Datuk Teo Chiang Quan sambil disaksikan Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Al Amin Ab Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif KDU, Datin Teh Geok Lian.


Sementara itu, Chiang Quan berkata, pelantikan Chong Wei sebagai duta semata-mata untuk memberi inspirasi kepada pelajar kolej itu melakar kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan 'Raja Siri Super' itu tidak akan dibebani dengan tugas mempromosi program pelajaran kolej itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved