Jumaat, 23 Disember 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mayat terjelir di tepi padang

Posted: 22 Dec 2011 09:14 PM PST

GOMBAK: Seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan lidah terjelir dan mayat sudah mula membengkak di tepi padang bola sepak berhampiran kawasan perindustrian Sungai Dua, Rawang, malam kelmarin.

Mayat lelaki berusia 40-an itu lengkap berpakaian dipercayai sudah dua hari berada di tempat kejadian sebelum disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut sumber, mangsa dipercayai mengalami masalah sakit mental dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian terbabit.

"Orang awam yang menemui mayat berkenaan bertindak menghubungi Balai Polis Rawang.


"Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan lidah terjelir namun polis tidak menemui sebarang kecederaan di badan mangsa," katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.



Full content generated by Get Full RSS.

Sah 35 tikaman

Posted: 22 Dec 2011 09:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mangsa bunuh, Rozana Mohd Yusak, 35, ditikam 35 kali di seluruh tubuhnya dalam kejadian di rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi kelmarin.

Berdasarkan siasatan, 15 tikaman dikesan di belakang badan, tujuh di lengan kiri, tiga di paha kiri, tiga di hadapan badan dan tujuh di rusuk kanan.

Sumber polis berkata, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan tetapi polis mengesan suspek yang mungkin mengenali mangsa.

Ini kerana tiada sebarang barangan berharga atau wang tunai milik mangsa yang dilaporkan hilang.


Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Polis mengesan suspek dan pisau yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, sehingga kini, pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif cemburu punca kejadian itu.

Semalam, Harian Metro melaporkan, mangsa masih mampu mengesot lima meter meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya meskipun ketika itu kesakitan selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh.

Bagaimanapun, mangsa yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.

Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap meminta pertolongan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Saya sedih, terkilan’

Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi 'penghuni istimewa' selama lima tahun.

Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.

"Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

"Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ," katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.


Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

‘Rokok tolak bala’

Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST

KUALA LUMPUR: "Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat," kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan 'rokok tolak bala' berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.


"Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya," katanya.

Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.


Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.


Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya.

"Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya," katanya ketika ditemui.


Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya.

"Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. "Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan," katanya.


Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai 'rokok tolak bala' dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.


"Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta," katanya.


Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. "Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.


"Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tinggalkan kerjaya di awan biru

Posted: 22 Dec 2011 04:30 AM PST

BELUM sampai setahun terjun ke dunia seni, pelakon jelita, Cristina Suzanne Stockstill atau Kris Suzanne, 26, berjaya mendapat kepercayaan pengarah popular, Osman Ali sebagai bintang utama drama rantaian terbaru, Bicara Hati.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai bakat seni gadis kacukan Melayu-Jerman ini, apatah lagi pertama kali membawakan watak utama menerusi siri yang bakal disiarkan Astro Prima, setiap Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari ini.

Mengakui dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Kris berkata, dia mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pengarah serta pelakon yang terbabit produksi itu seperti Shanaaz Ahmad, Marsha Milan Londoh, Abby Nadzri, Balkish dan Lash Mokhtar.

Dalam drama kisah cinta itu, Kris memegang watak sebagai Zahlia.


"Zahlia seorang yang lemah lembut, selain suka melakukan kerja kebajikan. Dia tidak mudah marah, sebaliknya suka memendam perasaan. Memang pada awalnya agak mencabar juga untuk membawa watak yang banyak bermain emosi ini. Mujur saya mendapat dorongan daripada Abang Man (Osman Ali). Malah dia banyak membantu dari segi penghayatan watak.


"Ini pertama kali saya membawakan watak utama, sudah tentu cabarannya cukup kuat. Saya harap penonton juga dapat menerima penampilan saya menerusi drama ini," kata Kris yang bertudung sepanjang membawakan watak Zahlia.

Mengenai gandingan bersama Shanaaz yang membawa watak Tengku Syahran pula, Kris akui dia mendapat banyak tunjuk ajar dan bantuan daripada pelakon kacak kelahiran Pulau Pinang itu. Begitu juga barisan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya seperti Abby Nadzri.

Ternyata pengalamannya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi drama Sentuhan Isabella, Kasih Najihah selain Cermin Pada Bulan (Erma Fatima) dan filem Kill bersama Redza Minhat, membuatkan Kris semakin serius memilih kerjaya lakonan.

Ternyata pada pandangan Kris, Osman punya idea dan kredibiliti tersendiri dalam berkarya. Walaupun pendiam, dia cukup serius ketika di lokasi penggambaran.

Demi nekad menjadi anak seni, bekas peserta program Pilih Kasih (PK) ini sanggup menamatkan perkhidmatan sebagai peragawati di awan biru bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seni yang semakin sibuk.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Kris yang ditemui pada sidang media drama berkenaan di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, awalnya dia secara kebetulan mendapat peluang membawa watak pembantu dalam drama Cermin Pada Bulan sekitar 2004.

Jauh di sudut hati, dia menyimpan impian menjadi pelakon sejak kanak-kanak lagi. Minat itu bercambah apabila dia turut mendapat dorongan ibu untuk mencuba nasib dalam program realiti TV serta menghadiri beberapa sesi uji bakat.

"Saya mula membabitkan diri secara serius dalam lakonan sejak Mac lalu. Memang saya sekarang meletakkan kerjaya seni sebagai 'periuk nasi'. Jadi buat masa ini saya memang komited terhadap kerja. Saya memang akan menyambar apa saja peluang yang dirasakan menarik," kata Kris yang pernah dikenali dengan nama Kris Cempaka dalam program PK.

Kris yang menyimpan minat membuka perniagaan pencetakan Kemeja-T tidak kisah ditawarkan pelbagai peranan. Namun dia berharap dapat melakukan yang terbaik apabila diberi tanggungjawab membawakan watak pembantu atau watak utama menerusi mana-mana drama.

"Fokus saya kepada kerja terlebih dulu. Bekerja biarlah ikhlas. Bukan soal mengejar populariti atau kemewahan, sebaliknya saya menceburi bidang seni kerana suka berlakon dan mahu belajar daripada ramai pengarah," katanya.

Drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 itu dianggap sesuatu yang menarik untuk tatapan penonton Astro Prima kerana Osman ketika ini mencipta reputasi yang baik melalui filem Cun! dan Ombak Rindu.

Bagi Osman, drama terbarunya itu mencabar dirinya selepas kali terakhir menghasilkan drama bersiri, Rumah Itu Duniaku pada 2004.

Sekali lagi Osman memikul tanggung jawab yang besar untuk menterjemahkan sebuah naskhah cinta ke dalam bentuk audio dan visual.

"Penghasilan drama ini cukup menarik. Saya mendapat sokongan baik daripada penulis novel ini sendiri yang turut serta memberikan idea dan berbincang mengenai beberapa babak dan watak yang perlu dikembangkan supaya penceritaan menjadi lebih impak. Malah penulis novel ini juga kerap ke lokasi penggambaran kami.

"Tidak dinafikan memang ada penambahan dari segi perkembangan watak dan plot kerana saya mahukan kisah yang lebih dramatik," ujar Osman.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, merangkap produser 'jutawan baru', Sharad Sharan; Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani serta barisan pelakon siri ini.

PROFIL

NAMA PENUH: Cristina Suzanne Stockstill
NAMA KOMERSIAL: Kris Cempaka, Kris Suzanne
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Johor
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Mendaki, berkhemah dan fotografi
KERJAYA: Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
DRAMA: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
FILEM INDIE: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)



Full content generated by Get Full RSS.

Naguib nak turun padang

Posted: 22 Dec 2011 04:22 AM PST

MENCARI jalan penyelesaian dalam menangani pelbagai isu membabitkan industri hiburan tempatan bukan perkara yang boleh diambil sambil lewa. Malah jika tanggungjawab itu digalas pada bahu orang penting seperti Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sudah tentu cabaran yang ditempuh besar.

Pengalaman ini dilalui Mohd Naguib Razak yang memainkan tanggungjawab utama menerajui agensi kerajaan itu di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 1 September lalu.

Mohd Naguib berkata, cabaran berdepan masalah dan isu di kalangan penggiat seni tanah air memerlukan pertimbangan bijak tanpa memihak individu tertentu.

Paling penting, beliau percaya acara 'turun padang' seperti pertemuan bersama penggiat seni menerusi sesi dialog memberikan banyak kelebihan dalam mendapatkan respons dan mendengar masalah yang berlaku disampaikan secara langsung.


"Saya fikir apa yang paling mencabar ketika menjadi KP di Finas adalah desas-desus mengenai lambakan filem seram yang memberikan isu besar pada diri saya.


"Apa yang saya lihat, masyarakat kita perlu menghayati genre berbeza agar tidak menimbulkan pandangan negatif terhadap isu ini. Untuk mendapat jalan penyelesaian terbaik, saya turut merujuk perkara ini pada orang industri," katanya pada Sesi Dialog Bersama Media di Studio Mixstage Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Naguib mengadakan sidang media berkenaan sempena 100 hari perkhidmatannya bersama Finas. Menilai sepanjang tempoh itu, beliau berpandangan ia bukan jangka masa cukup untuk memperlihat sesuatu pencapaian.

"Apabila mencapai tempoh perkhidmatan selama 100 hari, saya cepat mahu mencari dua atau tiga kejayaan yang cepat tetapi ada beberapa perkara yang mungkin menyenangkan satu pihak dan ia perlu dilakukan dengan adil.

"Dalam mencari penyelesaian, sikap yang lebih matang penting dalam membawa industri ke arah peningkatan. Begitu juga, saya menerima pandangan penggiat seni yang menyatakan industri kita semakin besar dan kita perlu memainkan peranan besar untuk membangunkannya," katanya.

Pada pertemuan itu yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan, Fatimah Ahmad dan rakan sejawatan, Bahagian Operasi, Mohd Zulkifli Ab Wahab, Mohd Naguib turut menggariskan tiga agenda penting yang ingin difokuskan menjelang perancangan Finas pada 2012.

Pertama, membawa karya tempatan ke peringkat antarabangsa memerlukan komitmen penggiat seni berdaya saing secara berkekalan.

"Kerjasama di peringkat antarabangsa juga penting dalam memberi ruang pada karya kita mendapat dana penerbitan lebih tinggi. Kedua, fokus diberikan pada usaha memperluas ruang pasaran dari aspek ekonomi dan industri kreatif.

"Merujuk pada pencapaian filem box-office sepanjang tahun ini mencatatkan kutipan hampir RM100 juta. Jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.

"Saya percaya jumlah kutipan box-office ini boleh bertambah memandangkan 200 pawagam baru dijangka dibuka pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, beliau bercadang mengadakan satu perjumpaan antara penggiat seni dengan agensi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pinewood Studios (projek Iskandar Malaysia, Johor).

Katanya, pertemuan ini penting dalam memperjelas polisi kerajaan khusus mengenai pelaksanaan dan usaha memacu kemajuan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP). Acara ini dijangka diadakan pada 19 Januari depan.

Agenda ketiga yang turut diberi perhatian, meneruskan modal insan di kalangan penggiat seni. Katanya, perkara ini merujuk pada aspek selain menjana kreativiti di bidang teknikal iaitu memikirkan strategi pemasaran dan pengetahuan perniagaan.

"Sebenarnya, kita mempunyai produk animasi yang rancak berkembang bersama penerbitan dokumentari. Dalam aspek ini, ia cukup penting agar penggiat seni menjalinkan kerjasama dengan produksi antarabangsa," katanya.

Mengulas isu sedia ada, Mohd Naguib menjelaskan, pembaharuan mengenai Skim Wajib Tayang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Perubahan ini merujuk pada satu sistem yang lebih cekap untuk kemudahan produser.

"Begitu juga, Finas akan memperhalusi Studio Digital Mixstage agar memberi lebih kemudahan. Mengenai isu persatuan, sesi dialog perlu diadakan tetapi tidak dibuat tergesa-gesa.

"Saya sendiri terbuka dalam menghadapi segala isu dan tidak ambil secara peribadi. Saya juga tidak faham bagaimana isu seperti saya mempunyai pegawai khas menjadi isu kerana jawatan ini memang wujud di peringkat kementerian.

"Isu membabitkan Festival Filem Dokumentari dikatakan membelanjakan RM400,000 tidak betul. Perbelanjaannya tidak sampai RM300,000. Malah bajet RM100,000 sebelum ini dianggap kecil dan melihat pada penganjuran acara ini berdiri sendiri, ia turut menarik perhatian hampir 50 tetamu antarabangsa yang menjadi promosi pada dokumentari terbaik tempatan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Luna, Ariel dah nikah?

Posted: 22 Dec 2011 01:28 PM PST

JAKARTA: Sudah beberapa bulan berlalu setelah berita mengenai Luna Maya dikatakan putus hubungan cinta dengan Ariel.

Dan sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan berita itu.

Namun begitu, Pengurus Luna Maya, Vitalia Ramona menolak berita itu.

Katanya, Luna jarang menjenguk Ariel di penjara di Kebon Waru bukan bermakna hubungan mereka sudah putus.


Kini, tersebar pula khabar angin mengatakan yang Luna sudah bernikah dengan Ariel.


Upacara pernikahan itu dikatakan telah dibuat di penjara yang terletak di Bandung itu.

Luna Maya yang ditemui pada pratonton media untuk filem terbarunya 'My Blacberry Girlfriend' di FX Plaza di Jakarta Selatan semalam, enggan menjawab soalan yang diajukan.

"Kalau mengenai perkara luar filem, saya tidak mahu jawab," kata Luna.

"Tidak ada khabar apa-apa. Semua itu hanya gurauan pihak wartawan," katanya lagi.

Sejak kebelakangan ini, tubuh Luna juga kelihatan lebih berisi dan wanita yang berusia 28 tahun itu turut mengakuinya tetapi tidak mahu terlalu memikirkan mengenai masalah berat badan.

"Saya memang suka makan dan tidak mahu memikirkan soal badan," katanya.

Luna yang kini berambut pendek mengaku dia kelihatan lebih berisi kerana gaya rambut terbarunya itu.

"Mungkin sebab rambut saya sudah pendek," katanya.

Setelah bertahun-tahun mengekalkan rambut panjang, Luna membuat keputusan memotong pendek rambutnya. Biarpun kelihatan lebih berisi, dia tampak lebih segar.



Full content generated by Get Full RSS.

Pembuli diarah bayar RM465b

Posted: 22 Dec 2011 01:24 PM PST

CHICAGO: Juri di Texas semalam memberikan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM465 bilion), yang tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, kepada keluarga seorang budak yang dibakar pada hari ulang tahun kelahirannya yang kelapan dan mati akibat kecederaan itu 12 tahun kemudian.

Ibu bapa Robbie Middleton sedar bahawa mereka mungkin tidak akan menerima sesen pun daripada pembuli itu yang memusnahkan kehidupan anak mereka dan melakukan satu lagi serangan seksual terhadap seorang budak, kata peguam mereka, Craig Sico.

Matlamat mereka ialah untuk menggunakan kes sivil itu bagi mendesak pendakwa raya di Montgomery County, Texas bagi mendakwa pembuli terbabit, Don Wilburn Collins atas tuduhan membunuh.

"Juri memberitahu kami bahawa alasan mereka membuat keputusan itu ialah untuk memastikan mesej mereka didengar," kata Sico.


Collins baru berusia 13 tahun apabila dia menyerang Middleton pada 28 Jun 1998.


Dia ditangkap tetapi tidak didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap Middleton. Dua minggu kemudian, dia menemui Middleton dalam hutan, mengikatnya pada sebatang pokok dan membakar mangsa selepas mencurahkan minyak tanah pada tubuhnya.

Walaupun 99 peratus anggota tubuhnya melecur, Middleton berjaya membebaskan dirinya dan lari untuk meminta bantuan.

Dia menjalani pembedahan menggantikan kulit selama lima bulan tetapi kecacatannya kekal.

Barah kulit yang menyebabkan kematiannya pada 29 April 29, 2011 berpunca daripada kecederaan yang dialaminya.

Collins akhirnya didapati bersalah pada usia 16 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang lagi budak berusia lapan tahun.

Dia dihukum penjara empat tahun di penjara untuk remaja.

Collins kemudian didapati bersalah atas tuduhan mencuri sejurus selepas dibebaskan dan dipenjara semula kerana enggan mendaftar diri sebagai pesalah seks.

Dia dijangka diberi parol pada September depan.

Ibu bapa Middleton berpuas hati dengan keputusan juri tetapi bimbang Collins akan mengulangi perbuatannya jika dibebaskan kelak, kata Sico.

Pemberian ganti rugi dalam kes sivil yang terbesar sebelum ini ialah denda berjumlah AS$145 bilion terhadap beberapa syarikat tembakau oleh juri di Florida. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Hanya spekulasi

Posted: 22 Dec 2011 12:12 PM PST

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak merancang menambah atau menggaji jurulatih baru buat masa ini.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan badan induk badminton negara itu memanggil semula jurulatih Datuk Misbun Sidek, selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaannya berlatih semula dengan 'otai' terbabit.


"Saya tidak pernah dengar Chong Wei mahukan Misbun semula dan hanya tahu menerusi media hari ini (semalam)," kata Kenny.

"Di pihak BAM, saya tidak boleh membuat spekulasi dan memberi kenyataan tanpa mendapatkan cerita sebenar daripada Chong Wei. Saya akan jumpa Chong Wei dulu, biar kami dengar apa katanya." Kelmarin, Chong Wei menyuarakan kesediaannya berguru semula dengan Misbun demi mengembalikan prestasi terbaik di temasya Sukan Olimpik yang tinggal lapan bulan saja lagi.


Malah juara tujuh kali badminton Terbuka Malaysia itu juga bersedia mendapat khidmat latihan daripada mana-mana jurulatihnya sebelum ini, termasuk Li Mao dari China.


"Buat masa ini BAM tiada perancangan menambah bilangan jurulatih dan mengubah struktur kejurulatihan.

"Malah soal mencari jurulatih baru tidak pernah dibincangkan. Ketika ini kami berasakan tiga jurulatih perseorangan Rashid Sidek, Tey Seu Bock dan Hendrawan cukup untuk membantu Chong Wei berjaya di Olimpik," kata Kenny.


Chong Wei berada di bawah pengawasan Seu Bock sejak hampir setahun lalu selepas Misbun menyerahkan surat peletakan jawatan pada 31 Disember 2010.

Sepanjang 2010, Chong Wei merangkul lapan kejuaraan kejohanan terbuka Siri Super dan GP Emas. Dia turut memenangi gelaran Siri Super Final serta Sukan Komanwel manakala hanya satu kejohanan dia muncul naib juara iaitu Sukan Asia.


Namun sepanjang 2011, Chong Wei sekadar mengungguli enam kejuaraan dan muncul naib juara di empat kejohanan. Begitupun prestasi ditunjukkan pemain itu boleh dianggap konsisten kerana hanya tewas kepada dua pemain iaitu Lin Dan dan Chen Long.



Full content generated by Get Full RSS.

Azraai puas

Posted: 22 Dec 2011 12:08 PM PST

SEKALIPUN hanya seri 1-1 pada perlawanan persahabatan dengan Gosnells City, kelmarin, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang menunjukkan aksi lebih baik berbanding ketika beraksi dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Menurutnya, kemajuan ditunjukkan pemain meningkatkan lagi keyakinannya yang sedang berusaha membentuk skuad mantap menjelang saingan pembuka tirai Liga Malaysia 2012, bulan depan.


Katanya, walaupun masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, beliau yakin prestasi pasukan akan terus memuncak menjelang cabaran sebenar bertemu Kelantan dalam perebutan Piala Sumbangsih di Kota Bharu nanti.

"Apa yang membanggakan ialah persembahan ditunjukkan pemain muda antaranya Mohd Shakir Md Ali yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan itu selain Mohd Firdaus Azizul yang semakin meningkat prestasinya.


"Saya berharap pemain akan terus meningkatkan prestasi pada perlawanan persahabatan kedua esok (hari ini) menentang kelab Armadale FC. Saya harap kita mampu mencapai kemenangan," katanya.


Negeri Sembilan sedang mengadakan persiapan pra musim di Australia menerusi perlawanan persahabatan bermula 19 hingga 25 Disember ini.

Menurut Azraai, fokusnya kini adalah mengenal pasti beberapa pemain yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama menjelang saingan pembuka tirai itu nanti.


Beliau yakin akan mendapat bayangan jelas sepanjang tempoh persiapan di Australia itu walaupun terdapat dua lagi perlawanan persahabatan apabila pulang nanti.

"Selepas melihat keseluruhan persembahan pemain, saya rasa tidak akan berdepan masalah untuk menyenaraikan kesebelasan utama. Sudah tentu hanya pemain yang berada pada tahap terbaik disenaraikan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved