Jumaat, 26 Ogos 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Potongan kain tiga lapis

Posted: 26 Aug 2011 09:15 AM PDT

WANITA sebelum ini cenderung memilih fabrik kapas kerana menyifatkan fabrik itu boleh menyerap haba.

Namun, kain sifon juga fabrik yang sesuai kerana teksturnya lembut, beralun dan ringan yang mampu memberi keselesaan berpanjangan.

Selain itu, sifon juga fabrik tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang terpelihara dan indah.

Ia menjadikan penampilan tampak anggun, sekali gus menyerlahkan keistimewaan gaya wanita.


Butik Zurfauzie Classic misalnya, menampilkan pelbagai rekaan busana daripada sifon untuk wanita bergaya di pagi Syawal ini.


Pemiliknya, Fauziah Yusof, berkata untuk Aidilfitri kali ini, dia menampilkan rekaan unik busana sifon yang sarat dengan elemen klasik.

Menurut Fauziah, dia tidak mahu rekaan di butik miliknya itu sama dengan tempat lain dan untuk itu, banyak kelainan yang ditampilkan.

Walaupun terdapat pelbagai rekaan baru di pasaran, busana moden yang versatil dan sarat dengan elemen klasik sentiasa diminati lebih-lebih lagi semasa sambutan Aidilfitri.

"Berbeza dengan koleksi perayaan tahun lalu, kali ini kami tampil dengan rekaan "tone dress classic" yang cukup anggun.

"Ia dihasilkan daripada fabrik sifon polos tanpa corak dengan padanan potongan kain tiga lapis.

"Perincian seperti renda dan manik turut diselitkan di kawasan dada dan tangan baju bagi menyerlahkan rekaan busana.

"Koleksi ini memang sesuai untuk wanita yang mahu tampil penuh bergaya di lebaran nanti tanpa perlu menyarungkan rekaan busana yang terlalu berlebihan," katanya.

Selain pakaian untuk wanita, butik berkenaan turut menyediakan pelbagai rekaan untuk lelaki dan kanak-kanak.

Untuk lelaki, butik itu menampilkan rekaan baju Melayu daripada fabrik kapas linen dan kapas manakala koleksi pakaian si kecil lebih banyak menggunakan material renda, satin dan satin bersulam.

"Rekaan baju Melayu di butik ini menampilkan dua warna berbeza pada satu-satu persalinan.

"Ini kerana kami menggunakan fabrik kapas linen yang sememangnya tampil dalam dua rona selain sangat mudah dijaga dan mempunyai tekstur yang lembut berbanding biasa.

"Ia dipadankan dengan songket tenun Terengganu yang menarik untuk menyerlahkan lagi gaya maskulin pemakai," katanya.

Bergaya tanpa was-was

Posted: 26 Aug 2011 08:48 AM PDT

ELEGAN, menarik serta tahan lasak, itulah antara kelebihan barangan yang diperbuat daripada kulit.

Bukan saja tidak mudah rosak, barangan yang diperbuat daripada kulit ini mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding penggunaan bahan sintetik lain.

Bagaimanapun, tidak mudah untuk mendapatkan barangan aksesori kulit yang diyakini halal kerana ada sebahagiannya menggunakan kulit tidak halal sebagai bahan utama pembuatannya.

Tetapi kini, koleksi yang diketengahkan TRG Leather Sdn Bhd menggunakan komposisi 80 peratus kulit kambing dan 20 peratus kulit lembu menjadikan ia pengeluar produk kulit halal terbesar tempatan.


Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Zaitul Affiza Zainudin, produk halal yang dimaksudkan itu merangkumi semua aspek pemprosesan barangan terbabit bermula dengan cara ia diternak, disembelih, proses pembersihan, pengilatan serta jahitannya.


"Kami turut memiliki ladang ternak kambing sendiri dan semua bahan kulit yang diperlukan adalah daripada ladang itu bagi memastikan konsep halal yang diterapkan terjamin.

"Bahagian luaran beg tangan terbabit menggunakan 100 peratus kulit manakala alas dalaman pula menggunakan bahan sintetik berlainan," katanya.

Malah, Zaitul Affiza berkata, setiap bulan terdapat pelbagai bentuk dan corak baru beg tangan yang dikeluarkan dan penghasilan model berkenaan tidak akan dibuat berulang kali.

"Hingga kini kami memiliki 60 model beg tangan yang dikeluarkan mengikut fesyen terkini dan ia lebih kepada edisi terhad kerana hanya mengeluarkan 36 model seumpamanya saja.

"Ia bertujuan menjaga kualiti produk yang dihasilkan kerana ia dilakukan secara manual iaitu dibuat menggunakan tangan oleh pakar," katanya.

Selain beg tangan, TRG Leather Sdn Bhd turut mengeluarkan beg sandang, jaket, tali pinggang, kopiah, topi serta beg bimbit komputer riba.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tumpas di R&R

Posted: 25 Aug 2011 12:41 PM PDT

SHAH ALAM: Helah pengedar dadah menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ulu Bernam, Kuala Kubu Baru sebagai 'port' pengedaran dadah tidak berhasil berikutan penahanan dua orang, Isnin lalu.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang berada dalam sebuah kenderaan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di kawasan berkenaan selepas anggota polis mengintip kegiatan mereka.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata hasil serbuan menemui lima bungkusan plastik disyaki dadah jenis heroin dalam Mercedes-Benz yang dinaiki kedua-dua suspek.

"Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, kami menahan seorang lagi lelaki di kawasan berhampiran R&R itu.


"Tangkapan itu turut membawa kepada penemuan tiga lagi bungkusan plastik disyaki heroin di rumah sewa suspek lelaki pertama di Petaling Jaya," katanya ketika pada sidang media di IPK Selangor di sini, semalam.


Semua lapan peket dadah yang ditemui itu dianggarkan seberat 3.3 kilogram dan bernilai RM74,000. Polis percaya dadah berkenaan dibawa dari Pulau Pinang untuk diedarkan di Lembah Klang.

Sementara itu, cubaan seorang lelaki warga Nigeria menyeludup syabu seberat 1.3 kilogram bernilai RM260,000 ke negara ini gagal selepas ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lapangan Terbang KLIA, Isnin lalu.


Lelaki berumur 28 tahun itu ditahan sejurus tiba dari penerbangan Doha di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 4 petang.

Nordin berkata, suspek dipercayai pertama kali memasuki negara ini berdasarkan rekod pada pasport suspek.


"Pemeriksaan terhadap beg komputer bimbit suspek mendapati ia mengandungi bungkusan dadah disyaki jenis syabu yang ditemui tersorok.


"Suspek yang juga penjual alat ganti motosikal di negaranya direman seminggu sehingga Isnin ini," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung mandatori jika sabit kesalahan.

3 suspek bunuh warga Jepun ditahan

Posted: 25 Aug 2011 12:04 PM PDT

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan samun dua lelaki Jepun di hotel empat bintang di Jalan Ampang, pada Isnin lalu.

Ketiga-tiga suspek yang berumur 20 hingga 35 tahun itu dipercayai mengenali kedua-dua mangsa yang juga ahli perniagaan.


Ketua Jabatan Siasatan Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata setakat ini polis belum menjumpai barangan milik mangsa untuk dikaitkan dengan kes berkenaan.

"Kedua-dua mangsa disamun RM110,000, tetapi polis tidak menemui wang berkenaan ketika ketiga-tiga suspek ditangkap. Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan kes ini," katanya.


Mohd Adnan berkata, ketiga-tiga suspek direman sehingga 31 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dalam kejadian yang berlaku antara jam 1 pagi pada Isnin lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa warga Jepun yang berumur 50-an oleh pihak pengurusan hotel.

Rakan mangsa, juga berusia 50-an ditemui diikat tangan dan kakinya dalam bilik berkenaan, namun cedera ringan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tak tumpu satu bidang

Posted: 25 Aug 2011 08:28 AM PDT

SEKALIPUN tampil dengan imej bertudung, ia nyata tidak pernah menyekat pintu rezeki dua artis jelita ini untuk terus aktif sebagai anak seni. Sama ada, Irma Hasmie Ibrahim, 29, mahu pun Rafidah Ibrahim, 25, mereka masih memperoleh ruang dan menjadi perhatian ramai.

Irma Hasmie atau mesra dengan panggilan Irma, bukan saja masih laris di pentas lakonan tetapi turut menjadi pengacara program bual bicara siaran langsung, Assalamualaikum di TV AlHijrah yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi.

Fida pula kini mendapat perhatian menerusi drama lakonannya, Kasih Alia di TV3 dalam slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam. Drama menarik 26 episod itu terbitan JS Pictures Sdn Bhd.

Bersua Irma dan Fida pada sesi fotografi diadakan, mereka mesra berbicara dan saling mengenali. Maklum saja, sama-sama terbabit dalam Kasih Alia.


Apa yang nyata, siapa kata, artis bertudung tidak laku? Lihatlah peluang buat mereka tetap ada dan hanya perlukan kesesuaian karakter.


Irma berkata, penghijrahan imejnya kepada bertudung sedikit pun tidak memberi kesan kepada perjalanan karier seni diceburi. Ujarnya, rezeki masih ada dan ia tidak pula tertumpu pada satu-satu bidang saja. Selain berlakon, dia juga boleh menjadi pengacara.

"Tak dinafikan, watak untuk pelakon bertudung agak terhad tapi masih ada cara untuk melakonkan peranan bertudung. Syukurlah semua rezeki ini adalah daripada Tuhan buat diri saya.

"Bagi saya menutup aurat adalah wajib kepada wanita Islam. Saya bersyukur dengan perubahan sekarang dan berasa lebih tenang," katanya akan menjalani penggambaran telefilem Hatiku Di Kinabalu tidak lama lagi.

Berkongsi kisah Ramadan dan Syawal, Irma lebih mengutamakan sambutan Ramadan untuk mencari keredaan dan keberkatan Ilahi. Katanya, Ramadan adalah bulan istimewa yang dijanjikan Tuhan pelbagai keberkatan kepada umat Islam.

"Allah SWT menjanjikan pahala tidak terhad banyaknya sepanjang Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Saya akui sebelum ini saya banyak lalai dan terlupa. Namun, apabila sudah sedar, saya ingin lebih mendalaminya.

"Syawal pula bagi saya adalah satu perayaan untuk meraikan kemenangan umat Islam kerana berjaya menahan lapar, dahaga dan nafsu sepanjang sebulan berpuasa," katanya.

Menyentuh soal membintangi filem, Irma berkata tawaran memang ada diterima tetapi dia menolak kerana memikirkan karakter kurang sesuai.

"Lebih baik saya menolak kerana tidak mampu melakukannya. Saya memikirkan daripada memburukkan cerita itu nanti dan menyusahkan pihak produksi, tak
payahlah menerimanya. Sekalipun tidak banyak berlakon filem, saya masih boleh membintangi drama yang ada banyak pilihan," ujarnya.

Selain sibuk dengan karier seni, Ramadan ini juga membuka ruang kepada Irma mengusahakan perniagaan. Hasil kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail, dia menjual jubah yang cantik-cantik. Mula berniaga jubah pada Mei lalu, Irma akui sambutan diterima menggalakkan.

Katanya harga jubah rekaan khas itu adalah RM599 sehelai. Menurut Irma, kesibukan tugas juga menyebabkan tahun ini dia tidak sempat menjual kuih raya. Ujarnya, tempatan kuih raya ada diterima tetapi dia menolak dan memaklumkan tiada masa membuat kuih.

Dalam karier pengacaraan, Irma akan tampil dengan program baru pencarian pendakwah wanita, Solehah di TV AlHijrah selepas Aidilfitri ini. Selain itu, dia kini menjadi duta tudung jenama D'Haja selama setahun dan produk kesihatan, Walid Gold.

Fida belum sedia jadi isteri

SEJAK akhir-akhir ini wajah Fida kerap terpampang di media massa kerana kisah cinta dengan anggota kumpulan Sepah, Mamat hingga ia seakan menenggelamkan perihal perkembangan positif kariernya.

Apakah Fida sudah benar-benar sedia bergelar isteri?

Menjawab soalan itu, Fida berkata, sekarang dia tidak mahu melepas dan mensia-siakan peluang untuk membina nama serta memantapkan karier seni terlebih dulu. Baginya, masih terlalu awal juga untuk memikirkan soal rumah tangga atau menjadi suri hidup sesiapa.

Ia berikutan tanggungjawab harus dipikul Fida terhadap ibu tersayang, Norimah Derani, 62, yang kurang sihat serta memerlukan lebih perhatian. Ujar gadis manis ini, dia masih belum puas berbakti dan membalas jasa insan yang sudah membesarkannya.

"Keutamaan saya sekarang adalah kepada ibu. Dia pernah hidup susah dan sekarang adalah masanya untuk saya membahagiakan ibu. Saya tidak mahu terburu-buru berkahwin sebelum dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada ibu saya itu.

"Selepas ayah meninggal dunia, ibu adalah tempat kami sekeluarga bergantung hidup. Sekarang, saya masih ada seorang ibu dan dialah insan terpenting buat diri saya. Justeru, saya harus bekerja keras memantapkan karier demi ibu tersayang," katanya.

Menurut Fida, beberapa hari sebelum Ramadan berakhir, dia akan melelongkan semua tudung yang dipakainya dalam drama Kasih Alia. Ia hasil rekaan sendiri menerusi Rafidah Ibrahim Scarf. Katanya, jumlah terhad dan sesiapa yang berminat boleh membelinya di laman sosial Facebook miliknya.

Menyentuh soal karier nyanyiannya, Fida berkata buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan yang semakin mendapat perhatian. Ujarnya, dia bercadang memberi tumpuan sepenuhnya kepada nyanyian pula pada tahun depan.

Aktif menyertai Gerakan Belia 4B (Bergerak, Bekerja, Bersatu, Belajar), Fida turut dipilih sebagai ikon Beliawanis 4B. Katanya, dia berminat menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu kerana dapat menyertai banyak aktiviti kemasyarakatan.

PROFIL

PANGGILAN KOMERSIAL: Irma Hasmie
NAMA PENUH: Irma Hasmie Ibrahim
TARIKH LAHIR: 8 Januari 1982
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
UMUR: 29 tahun
STATUS: Bujang
KARIER: Model, pelakon dan pengacara
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
IKLAN: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha, Pringle's DRAMA: Antaranya Janji Diana (musim ketiga), Suara Merdeka, Agensi Abadi, Pendekar Melayu, Mas Kahwin, Bella, Segalanya Ku Terima, Kasih Alia
FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Bujang Senang, Diva
PROGRAM TV: Antaranya Assalamualaikum, Solehah (TV Alhijrah)
PENCAPAIAN: Juara Gadis Jelita 2004

PROFIL

PANGGILAN KOMERSIAL: Fida
NAMA: Rafidah Ibrahim
TARIKH LAHIR: 4 Jun 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
USIA: 25 tahun
STATUS: Bujang
AKADEMIK: Pemegang Diploma Perniagaan, Kolej Shah Putra, Kuantan
KERJAYA: Model iklan, pengacara dan penyanyi
PROGRAM TV: Perantara Festival Nasyid Kebangsaan ke-18, Carta Nasyid (TV9), Program Astro Oasis: Riwayat Kamil
DRAMA: Cinta Tikar Sejadah, Jalan Pinang Sebatang, 3 Serumah, Epilog Syurga Cinta, Dihalalkan Epal Itu, Kasih Alia
PENCAPAIAN: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene

TERIMA KASIH:

Lokasi - Perkarangan TV Alhijrah
Jubah merah Fida
(wardrobe TVAlhijrah)
Tudung Irma Hasmie
tajaan D'Haja

42 filem bakal bertanding

Posted: 25 Aug 2011 08:21 AM PDT

KEMELUT perselisihan faham antara Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) sudah pun berjaya diselesaikan awal Ogos lalu, sekali gus membolehkan tumpuan terhadap penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) kini dibuat.

Acara kemuncak itu dijadualkan berlangsung pada 19 November ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Selain PFM, Gafim turut dianggotai 11 gabungan persatuan iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (PFM), Persatuan Penulis Skrin
Malaysia (SWAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar).

Persatuan lain yang menjadi ahli Gafim ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (Miewa), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (IRIM).

Ditemui pada majlis Amal Berbuka Puasa FFM24 yang dianjurkan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd milik Nancy Foo dan Wendy Wong di Jalan Ampang, baru-baru ini, Pengerusi FFM24 juga Pengerusi Gafim, Jurey Latiff Rosli, menjelaskan hampir semua filem yang disenaraikan untuk bertanding tahun ini sudah pun menghantarkan penyertaan.

"Hendak diikutkan 42 filem layak bertanding dan sekarang pihak kami sudah menerima 36 penyertaan. Ia satu jumlah yang besar. Kami akan menghubungi penerbit yang belum menghantar penyertaan mereka. Insya-Allah sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos ini saya yakin semua filem akan dapat mengesahkan penyertaan mereka," katanya.

Menarik mengenai sambutan FFM24, Jurey berkata ada beberapa anugerah baru diwujudkan seperti Anugerah Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik, Pencapaian Sepanjang Hayat dan Filem Pilihan Umum.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai anugerah yang diwujudkan kata Jurey, sebelum ini wujud isu mengatakan filem bukan berbahasa Melayu tidak dipertandingkan tahun lalu.

"Selaku penganjur kita mengambil kira setiap pendapat diberikan. Tahun lalu ada lima saja filem bukan berbahasa Melayu. Bagaimanapun, tahun ini kita ada tujuh filem jadi secara tidak langsung satu kategori khas untuknya boleh dilaksanakan," katanya.

Begitupun pasti akan timbul rasa kurang senang di kalangan penggiat filem. Mengapa pula perlu ada kategori untuk filem berbahasa Melayu dan bukan berbahasa Melayu. Bukankah yang dipertandingkan adalah filem dan bukan bahasa?

Menjelaskan mengenai perkara itu kata Jurey, selaku penganjur dia hanya mengikut apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan atau undang-undang. Untuk mengubah syarat penyertaan bukan terletak di tangan Gafim sebaliknya perkara itu harus diketengahkan kepada pihak berwajib seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ada syarat termaktub bahawa filem yang dipertandingkan harus menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa asing digunakan peratusannya haruslah kecil. Sekiranya ia melebihi daripada apa yang ditetapkan filem itu tidak layak bertanding.

"Bagaimanapun sayang pula kalau filem terbabit tidak turut serta kerana seperti yang kita ketahui ada antara filem terbabit bagus dari sudut mutu. Sekurang-kurangnya dengan adanya kategori filem bukan berbahasa Melayu akan memberi ruang kepada mereka," katanya.

Katanya lagi, tambahan kategori pencapaian sepanjang hayat juga penting bagi menilai sumbangan yang diberikan penggiat seni. Ia berbeza dengan anugerah artis veteran lelaki dan perempuan.

"Tahun ini juga kita ada anugerah pilihan ramai sama seperti 'People's Choice Award' ia diwujudkan pihak penyiar sendiri iaitu Astro.

"Tahun ini FFM24 akan disiarkan secara langsung di Astro Prima dan ulangannya di Astro Warna," katanya yang turut menandatangani kontrak hak penyiaran bersama Astro di majlis terbabit. Hadir sama Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan Timbalan Presiden Segmen Bahasa Malaysia Astro, Khairul Anwar Salleh.

Kata Jurey, dia gembira apabila pihak Astro sendiri berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak kelak dengan waktu tayangan selama dua jam.

Menyentuh mengenai Majlis Amal Berbuka Puasa yang dilaksanakan Produksi Seni 2020 bagi pihak Gafim, kata Jurey tujuannya adalah bagi menarik perhatian orang ramai agar bersama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik. Malah, kutipan dana yang dibuat pada majlis itu diserahkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia dan Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Global 1Malaysia.

Antara aktiviti yang diadakan, selain berbuka puasa majlis pertunjukan fesyen diadakan dan membabitkan personaliti Elaine Kang, Corrine Adrianne, Azura Zainal, Chelsia Ng dan Wincci Soo.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Pelawaan sukar ditolak’

Posted: 25 Aug 2011 10:17 AM PDT

TAWARAN menarik Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal, Oktober ini, sememangnya sukar ditolak, namun apa yang mencetuskan sedikit masalah apabila tarikh itu bertembung dengan jadual perlawanan Piala Malaysia.

Mengikut undangan FFA kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu, perlawanan persahabatan itu dijadual berlangsung di Sydney, Australia pada 7 Oktober ini, sedangkan perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia diadakan sehari selepas itu.


Perkara ini akan dibincangkan Exco FAM dengan teliti terlebih dulu biarpun pada dasarnya skuad kebangsaan menjadi keutamaan badan induk bola sepak tanah air itu.

Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) berharap FAM menerima pelawaan skuad Socceroos itu yang dianggap peluang terbaik dan tidak mudah diperoleh.


"Pada saya FAM sepatutnya terima jemputan itu (perlawanan menentang Australia) walaupun kempen Piala Malaysia hangat berlangsung ketika itu. Kita ketepikan saingan Piala Malaysia kerana bukan senang, malah tak pernah dapatpun sebelum ini," katanya.


Kempen Piala Malaysia musim ini yang membabitkan 16 pasukan akan memulakan saingan pada 6 September ini. Dua pasukan terbaik daripada empat kumpulan akan meneruskan cabaran suku akhir pada 4 dan 8 Oktober manakala separuh akhir pula akan berlangsung pada 14 dan 22 Oktober. Kemuncak kejohanan itu akan diadakan pada 29 Oktober.

Norshahrul, penyerang Kelantan yang turut dikenali dengan panggilan Mat Yo tidak dapat menyembunyikan keinginan besar untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya jika perlawanan menentang skuad Piala Dunia Australia kendalian Holger Osieck itu menjadi kenyataan.


"Kalau diberi peluang memang saya nak sangat bermain dalam perlawanan itu tapi apapun saya kena rebut semula tempat dalam skuad kebangsaan terlebih dulu," katanya yang terpaksa diketepikan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 sebelum ini akibat kecederaan hamstring.

Skuad juara Asia Tenggara kendalian Rajagobal berdepan kesukaran mendapatkan perlawanan kompetitif sebagai persiapan membentuk skuad mantap bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun depan dan juga kempen kelayakan Piala Asia 2015 selepas gagal mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia kepada Singapura Julai lalu.


Namun Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal yang juga pengurus pasukan kebangsaan sewaktu memaklumkan jemputan FFA semalam berkata, perlawanan dengan naib juara Piala Asia 2011, Australia adalah satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain Harimau Malaya.

KLFA lunas tunggakan

Posted: 25 Aug 2011 10:14 AM PDT

PEMAIN bola sepak warga kota kini boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) akan membayar gaji tertunggak sejak pertengahan Mei lalu.

Berita gembira itu disahkan Presiden Datuk Astaman Abdul Aziz yang menjelaskan bayaran gaji tertunggak itu adalah bagi Mei, Jun dan Julai.


"Kami akan mengadakan satu majlis hari ini bagi tujuan terbabit yang bakal disempurnakan Penaung KLFA, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, bayaran gaji tertunggak terbabit adalah wang penajaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah RM350,000.


"Baki sebulan gaji lagi (Ogos) akan dibayar selepas sambutan Aidilfitri. Pihak kami sudah mengadakan perbincangan dengan pihak penaja bagi tujuan itu dan pemain tidak perlu bimbang berhubung baki gaji terbabit," katanya.


Pembayaran gaji tertunggak terbabit pastinya membakar semangat pemain Kuala Lumpur yang bakal memulakan saingan dalam Piala Malaysia bermula 6 September ini.

Kuala Lumpur, antara juara Piala Malaysia sebelum ini, diundi dalam Kumpulan D bersama juara 32 kali, Selangor selain T-Team dan PDRM.


Skuad kendalian Mohd Razip Ismail itu menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-12 hasil komitmen tinggi pemain, sekali gus mengelakkan mereka berada dalam kedudukan dua pasukan tercorot dan tersingkir ke Liga Perdana musim depan, selain mara sehingga suku akhir saingan Piala FA.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tentera Gaddafi bangkit

Posted: 25 Aug 2011 08:35 AM PDT

TRIPOLI: Pertempuran memuncak di Bab al-Azizya semalam apabila tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi bangkit semula sehari selepas ia ditawan pemberontak.

Wartawan mendakwa, tentera terbabit melawan menggunakan senjata ringan, mesingan, pelancar roket dan mortar.


Pertempuran turut merebak ke kawasan Abu Slim yang terletak berhampiran kubu Gaddafi itu.

Bagaimanapun, pemimpin pemberontak berkata, mereka yakin mampu menyingkirkan tentera terbabit dari kawasan itu tidak lama lagi.


Kebanyakan jalan di Tripoli lengang selepas pemberontak berkata, penembak curi di kalangan penyokong Gaddafi mengambil kedudukan di lokasi strategik ibu negara Libya itu.


Pemimpin pemberontak, Nuri Mohammed, berkata penembak curi berada di sekitar Bab al-Azizya.

"Ada berpuluh-puluh penembak curi tetapi kami tidak pasti di mana mereka berada," katanya.


Gaddafi pula muncul menyampaikan mesej melalui laman sesawang stesen televisyen dikuasai anaknya, Saif al-Islam, pagi semalam.

Kata Gaddafi, dia meninggalkan Bab al-Azizya sebagai langkah taktikal selepas kawasan berkenaan musnah terkena 64 bom Nato.


Dalam mesej audio kemudian, Gaddafi berkata, dia bergerak di jalanan Tripoli tanpa dikenali sesiapa.


"Saya keluar menyamar dan melihat anak muda bersedia mempertahankan bandar raya mereka," katanya.


Gaddafi juga menggesa orang ramai "turun ke jalan dan membersihkan Tripoli daripada tikus." Ketika pemberontak menawarkan imbuhan RM5 juta untuk menangkap Gaddafi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula menggesa mesyuarat diadakan bagi membincangkan pembatalan pembekuan puluhan bilion ringgit aset Libya.


Beberapa negara penderma pula berkumpul di Qatar untuk membincangkan langkah terbaru membantu pemberontak Libya.


Sementara itu, Washington berkata, simpanan senjata pemusnah massa Libya kini dalam kawalan dan yakin Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) akan membentuk kerajaan sementara bagi mentadbir Tripoli.


Pemberontak juga mendapat kejayaan baru apabila dua negara penyokong kuat Gaddafi - Chad dan Burkina Faso - kini mengiktiraf NTC sebagai wakil tunggal untuk rakyat Libya. - AFP

4 wartawan Itali dibebas penculik

Posted: 25 Aug 2011 08:34 AM PDT

ROME: Empat wartawan Itali diculik tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi kelmarin, dibebaskan semalam, kata Kementerian Luar negara itu, semalam.

Jurucakap kementerian itu berkata, dua daripada wartawan itu membuat liputan konflik Libya untuk akhbar harian Corriere della Sera, manakala setiap seorang lagi untuk La Stampa dan Avvenire.


"Mereka kini berada di sebuah hotel bersama wartawan Itali yang lain," katanya. - AFP

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Cincang nenek suruh masak nasi

Posted: 25 Aug 2011 12:38 PM PDT

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.


Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tubuh kekuningan

Posted: 25 Aug 2011 12:32 PM PDT

JERANTUT: Sejak seminggu lalu, sekurang-kurangnya sembilan murid berusia tujuh hingga 12 tahun dari Kampung Kuala Tahan, dekat sini, diserang penyakit misteri yang mengakibatkan seluruh tubuh serta mata mereka bertukar menjadi kekuningan.

Antara simptom sebelum dijangkiti penyakit misteri itu, mereka mengalami demam panas dan muntah-muntah manakala mata dan tubuh beransur-ansur berubah menjadi kuning.

Ada penduduk mengesyaki ia penyakit hepatitis dan tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan masalah virus kencing tikus, namun hingga kini, masih belum ada bukti sahih atau kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai punca sebenar penyakit berkenaan.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr Devaraj Salam ketika dihubungi berkata, penyakit misteri yang dialami sembilan murid dari Kuala Tahan itu masih dalam siasatan dan pihaknya masih berusaha mengenal pasti punca sebenar.


Ibu seorang daripada murid terbabit, Norazimah Abdullah Sidek, 34, berkata, anaknya, Norafieqah Mohd Ali Saifudin, 12, dimasukkan ke Hospital Jerantut selepas demam dan matanya mula bertukar menjadi kuning.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved