Jumaat, 10 Jun 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Koleksi indah lagi glamour

Posted: 10 Jun 2011 09:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MENCAPAI kesempurnaan, inilah gambaran keseluruhan untuk majlis peragaan fesyen Sunsilk dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (Moda) di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, baru-baru ini.

Kasut saiz besar!

Posted: 10 Jun 2011 08:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SUKAR mencari kasut kerana anda seorang wanita yang memiliki kaki bersaiz besar? Jika ya, kini anda tidak perlu gusar lagi untuk mencari kasut kegemaran mengikut fesyen terkini.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita penuh tindik berkahwin

Posted: 09 Jun 2011 09:51 AM PDT

ELAINE mempunyai hampir 7,000 tindikan.
ELAINE mempunyai hampir 7,000 tindikan.

LONDON: Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.

Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.


Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.


Bakal suaminya, Douglas Watson yang tidak mempunyai walau satu pun tindikan mengenakan sut biru untuk acara selama 35 minit itu.


Bekas jururawat kelahiran Brazil itu kali pertama memecahkan rekod pada Mei 2000 sebagai wanita paling banyak bertindik, apabila pegawai Rekod Dunia Guiness memeriksanya dan mendapati terdapat 462 tindikan di tubuhnya termasuk 192 pada wajahnya.

Elaine sebelum ini berkata, dia tidak pernah menanggalkan cincin dan anting-anting yang dipakainya yang semuanya dianggarkan seberat kira-kira tiga kilogram.


Dia juga berkata tidak mengalami kesakitan ketika bertindik dan tidur dengan aksesori tindikan setiap malam. Bagaimanapun, pada 2009 dia mendedahkan bahawa dia tidak suka ditindik dan mengalami kesakitan. Elaine berkata pada Februari 2009 ketika mempunyai 6,005 tindikan termasuk 1,500 di bahagian sulit tubuhnya: "Saya rasa tidak seronok ditindik tetapi untuk memecahkan rekod anda perlu bertindak di luar jangkauan. Dan saya melakukannya kerana mahu memecahkan rekod.

"Keluarga saya tidak suka langsung tatu ataupun tindikan." Di laman webnya, Elaine yang turut tidur di atas papan dipenuhi paku dan berjalan di atas api serta kaca, berkata, dia gemarkan sukan ekstrim tetapi tidak minum arak ataupun merokok. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hefner impi Kate Middleton jadi gadis Playboy

Posted: 09 Jun 2011 09:45 AM PDT

LONDON: Kecantikan isteri Putera William, Kate Middleton mendapat perhatian banyak pihak dan tidak terkecuali, bos Playboy, Hugh Hefner.

Hefner mengimpikan Kate menjadi gadis Playboy.


Pengasas syarikat hiburan dewasa berusia 85 tahun berkenaan memuji Duchess of Cambridge itu dengan menggelarnya 'wanita kecil molek yang cantik.' Katanya, Kate boleh diterima dengan senang untuk menjadi model Playboy kerana dia memiliki kombinasi kecantikan dan glamor.

Heffner juga berkata dia tidak teragak-agak untuk memikat Kate sekiranya wanita itu belum berpunya.


Ketika ditanya adakah dia berhasrat mengambil Kate menjadi model Playboy Hefner menjawab: "Tentu saja. "Dia wanita kecil molek yang cantik dan amat glamor." Hefner yang akan berkahwin dengan gadis Playboy, Crystal Harris juga berkata, perkahwinan diraja antara Putera William dengan kate memberi ilham kepada ramai orang termasuk dirinya.


"Saya rasa perkahwinan diraja adalah acara glamor. Kita boleh melakukan lebih dengan mencontohi acara seperti itu. Ia memberi inspirasi romantik kepada ramai orang," katanya.

Dalam pada itu, Hefner yang terkenal kerana sukakan wanita berambut perang menafikan dia tidak menggemari wanita berambut hitam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Jururawat diculik nyaris dijual

Posted: 09 Jun 2011 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.

Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Besi penghadang tembusi kereta

Posted: 09 Jun 2011 12:51 PM PDT

MAUT...Zalinda, Azizah, Zainuddin.
MAUT...Zalinda, Azizah, Zainuddin.

KUALA KANGSAR: "Permintaan ayah sebelum ini yang seakan-akan mahu anak-anaknya pulang ke Kuala Kangsar, rupa-rupanya membawa petanda bahawa kami adik-beradik akan pulang dan melihat jenazah dia dan ibu hari ini (semalam)," kata Zaliana Zainuddin, 44, anak sulung pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun yang maut dalam kemalangan di sini, petang semalam.

Kejadian menyayat hati itu turut meragut nyawa anak perempuan bongsu pasangan itu, Zalinda, 33, anak perempuannya, Aishah Suffian Afendi, 7, manakala seorang anaknya, Nurul Sarah Sufian Affendi, 2, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Dalam kejadian jam 2.40 petang di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Kampung Seterus, Sauk itu, keempat-empat mangsa maut apabila kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.


Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran, di sini selepas bertolak dari Pasir Mas, Kelantan, pagi semalam.

Lebih menyayat hati, keempat-empat mereka maut apabila kereta dinaiki ditembusi besi penghadang jalan itu yang dipercayai menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa terutama di kepala.


Zaliana ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sultan Yusuf, Bukit Chandan di sini, semalam berkata, kali terakhir dia bertemu semua arwah pada Rabu lalu ketika berada di rumah saudara ibunya di Pasir Mas, Kelantan.


"Dalam pertemuan terakhir itu, bapa bertanya saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar, tapi saya tidak nampak sebarang perubahan pada arwah," katanya.

Bapa saudara kepada Azizah, Kamarudin Zainal Abidin, 67, berkata, mereka sekeluarga terkejut dan sedih dengan kejadian itu yang meragut empat nyawa ahli keluarga sekali gus.


Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual bapa Nurul Sarah, Sufian Affendi, 30-an, di pekarangan HRPB gagal kerana dia masih trauma dengan kehilangan isteri dan anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi, semalam berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu Zainuddin gagal dikawal ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas.


"Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk, dekat sini. "Kami mendapati lokasi terbabas adalah laluan lurus dan tiada kesan brek kenderaan. Jadi, polis mengesyaki pemandu kenderaan gagal mengawal keretanya dan terbabas," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 2.40 petang bersama jentera dengan lapan anggota.


Beliau berkata, kereta mangsa terperosok dan menembusi penghadang besi jalan dan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.


Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Chandan, pagi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved