Ahad, 30 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Derita kecelaruan sistem imun

Posted: 30 Dec 2012 07:24 AM PST

PERTEMUAN minum petang dengan rakan lama memang seronok dan banyak cerita yang dikongsi bersama. Dalam keseronokan itu, salah seorang rakan beberapa kali mengeluh mengenai perkembangan hidupnya terutama kerjaya yang dirasakan tidak serancak orang lain.

Pada pandangan penulis, hidup teman ini sudah cukup baik, serba serbi ada, rumah, kereta, keluarga bahagia, dianugerahkan dua putera dan seorang puteri yang sihat dan comel; gabungan pendapatan dia dan suami membolehkan mereka hidup selesa, malah satu atau dua tahun sekali jika menabung boleh bercuti ke luar negara.

Namun dia tetap kecewa. Kecewa kerana ramai rakan setugas junior lebih dulu naik pangkat sedangkan dia yang sudah mengumpul banyak pengalaman tertinggal di belakang. Dulu penulis sendiri pun sering mengeluh sehinggalah berada dalam sesi luahan rasa pesakit artritis idiopatik juvana (JIA) yang benar-benar membuka mata untuk lebih bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada diri ini.

Sesi luahan rasa (dan sokongan) yang bermula dengan gelak tawa kerana semuanya masih malu walaupun sudah dua hari 'berkampung' di Kem Berdikari JIA di Klana Resort, Seremban, tiba-tiba bertukar menjadi drama air mata apabila mikrofon berpindah ke tangan pesakit remaja perempuan.


Siapa tidak sedih jika penyakit yang dihidapi sejak kecil menyebabkan mereka dipulau kawan sehingga terpaksa berpindah sekolah. Mengalir air mata Alice, 17, (yang minta nama sebenarnya dirahsiakan) ketika bercerita dia dipanggil 'raksasa' oleh kawan sekolah hanya kerana cara berjalannya yang 'kurang normal' jika dibandingkan dengan orang lain.


Bukan kemahuannya tetapi sakit pada sendi kaki akibat JIA yang memaksanya berjalan begitu. Apabila dibawa ke hospital, doktor pakar mengatakan keadaan sudah terlewat - kerosakan sendi yang dialaminya tidak boleh dipulihkan. Walaupun sedih, Alice tetap bersyukur kerana selain gaya berjalan, dia tidak mengalami masalah lain, malah pertumbuhan fizikalnya juga normal.

"Saya tiada kawan di sekolah. Sepanjang tempoh belajar, saya bertukar empat sekolah kerana tidak tahan dengan tekanan daripada kawan-kawan yang tidak faham mengenai JIA. Saya akui, cara berjalan saya memang nampak pelik dan sering jadi bahan ejekan. Bukan saya yang minta jadi begini. Semua tekanan ini menyebabkan saya sering menangis sendirian di sekolah.

"Saya tidak menangis di rumah kerana jika ibu dan ayah nampak, mereka akan sedih. Paling menyedihkan apabila guru juga tidak memberi sokongan, bahkan ada yang menyuruh saya pindah sekolah. Kenapa saya perlu tukar sekolah? Penyakit saya tidak berjangkit. Pedih hati saya setiap kali mengenangkannya tetapi kesedihan saya terubat apabila berada di kem ini. Di sini ada ramai kawan senasib yang menghormati dan memahami keadaan orang lain," katanya sambil mengesat air mata dengan tisu yang dihulurkan sahabat di sebelahnya.

Jasmine Lim, 13, (juga bukan nama sebenar) dari Johor, tidak dapat menahan air mata apabila bercerita kisah hidupnya. Dia gadis yang aktif dan berkebolehan.
Dia atlet dan pemain piano sekolah malah mempunyai bakat besar dalam bidang lukisan. Namun banyak aktivitinya terpaksa dihentikan apabila dia disahkan mengalami JIA dan setiap kali penyakitnya menyerang, Jasmine tidak boleh berjalan.

Ketika sakit, dia perlu didukung mahupun untuk ke bilik air dan banyak keperluan harian yang terpaksa dilakukan untuknya. Keadaan ini menyebabkan dia dianggap menyusahkan keluarga. Sebagai anak yang suka berdikari, dia sedih apabila terpaksa bergantung kepada orang lain walaupun keluarga sendiri.

"Pernah kakak merungut mengatakan saya menyusahkan kerana rancangan untuk bercuti tergendala kerana saya. Ketika itu saya memang tidak boleh berjalan. Saya tidak sangka rupanya mereka sanggup meninggalkan saya di bawah jagaan pembantu rumah untuk bercuti di Kuala Lumpur.

"Sejak disahkan menghidap JIA, saya sering diketepikan keluarga. Sedihnya ketika itu hanya tuhan yang tahu. Jadi saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu buktikan kepada keluarga walaupun sering sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah, saya boleh berjaya dan bukan anak yang menyusahkan keluarga.

"Semua orang terutama ibu bapa terkejut apabila saya berjaya dapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Agaknya itu yang menyedarkan ibu bapa saya dan syukur kini keadaan sudah jauh berubah. Malah merekalah yang banyak memberi dorongan kepada saya. Saya anggap dulu mereka tidak faham mengenai JIA," kata gadis manis itu perlahan.

Nur Syamira Shahbudin, 15, dari Melaka berkata, dia reda dengan takdir Allah dikurniakan JIA, cuma hatinya merintih apabila kesakitan yang dialaminya itu membuatkan dia tidak dapat menolong ibunya melakukan kerja rumah.

"Emak saya juga ada artritis tetapi dia tidak pernah merungut. Emak sangat tabah membesarkan kami adik-beradik walaupun dia sendiri mengalami masalah sendi. Ketabahan emak itu menguatkan semangat kami. Kami adik-beradik bergilir-gilir membantu emak terutama dalam urusan di rumah.

"Sebab itulah saya cuba sedaya upaya berdikari dan mematuhi jadual pengambilan ubat. Kalau saya sakit, emak akan susah hati. Itu yang saya tidak mahu. Setiap kali penyakit menyerang, saya rasa sedih kerana tidak dapat tolong emak," katanya.

Muhammad Azim Abdol Rahim, 16, juga mengakui dulu kerap menangis mengenangkan penyakitnya terutama apabila dia tidak boleh berjalan. Penyakitnya dikesan enam tahun lalu apabila dia mengalami gejala seperti badan terasa panas, timbul ruam kecil dan kakinya pula menjadi kejang. Dia segera dibawa ke Hospital Selayang dan dirujuk kepada pakar reumatologi kanak-kanak.

"Bohonglah kalau saya kata tidak pernah menangis pasal penyakit ini. Setiap kali sakit, semangat saya luntur. Saya terasa seperti menyusahkan ibu bapa dan keluarga. Kata-kata 'Jangan mati awal (muda)' yang diucapkan ibu bapa jadi azimat menguatkan semangat saya. Saya mahu jadi anak kebanggaan mereka," katanya malu-malu.

Amar Fazren Tukiman, 13, yang ceria juga pernah melalui saat perit apabila JIA menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Grace Ng, 16, menggenggam tisu yang basah dek air matanya mendengar cerita kawan-kawan. Dia amat bersyukur penyakitnya dikesan awal dan menerima rawatan sewajarnya. Dia tidak mengalami kecacatan sendi atau terencat pertumbuhan seperti yang dialami sesetengah kawan baru di kem berkenaan. Memang dalam kem berkenaan ada peserta yang sudah remaja tetapi saiz badan mereka seperti kanak-kanak baru masuk sekolah iaitu kecil dan comel.

Pada malam itu, rata-rata peserta perempuan tidak dapat menahan aliran air mata. Peserta lelaki pula tunduk dan rasa sebak jelas terbayang di wajah mereka kerana semuanya berkongsi masalah yang sama - JIA.

JIA

Artritis idiopatik juvana. Masih ramai yang tidak tahu kewujudan penyakit ini. Ia adalah penyakit sendi yang menyerang kanak-kanak. Ia tidak memilih bangsa atau latar belakang dan boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada lahir sehingga berumur 16 tahun. Walaupun boleh menyebabkan kesengsaraan, JIA tidak dianggap penyakit lazim kerana catatan menunjukkan hanya satu kes bagi 1,000 kanak-kanak dan orang muda di bawah umur 16 tahun.

Kata Perunding Reumatologi Pediatrik Hospital Selayang, Dr Tang Swee Ping, JIA bukan disebabkan jangkitan kuman, tersalah makan, kecederaan, perubahan cuaca atau apa-apa yang terjadi ketika kehamilan. Tiada siapa tahu puncanya tetapi JIA ialah penyakit disebabkan kecelaruan sistem imun atau autoimun yang tidak dapat membezakan antara benda asing atau tisu badan dan menjadi aktif untuk menyerang badan sendiri.

JIA ada beberapa jenis (sistemik, oligoartritis atau poliartritis - bergantung kepada jumlah sendi yang diserang) tetapi semuanya mempunyai gejala yang sama iaitu:

  • Sendi bengkak.
  • Sendi terasa tegang dan sakit terutama pada waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Masalah sama turut dihadapi apabila bangun tidur pada waktu petang yang menyebabkan mereka mengambil masa lama untuk meninggalkan tempat tidur.
  • Sukar tidur.
  • Mengalami kesukaran berjalan (sama ada berjalan berdengkot-dengkot atau terlalu perlahan).
  • Demam.
  • Ruam.

    Pada bayi, gejala ini ditunjukkan dengan menangis dan enggan menggerakkan anggota yang sakit. Mereka juga mengasingkan diri, tidak mahu bergaul dengan orang lain, cepat meragam, kelihatan sedih dan mungkin mengalami demam berpanjangan.

    Kata Dr Tang, JIA bukan penyakit artritis dewasa versi mini kerana ia berbeza dari segi gejala, tempoh serangan dan kesan dialami pesakit. Gejala dan kesan dialami setiap kanak-kanak juga tidak sama, bergantung kepada anggota diserang.

    Tidak seperti artritis orang dewasa, JIA biasanya sukar dikesan kerana kanak-kanak tidak boleh atau tidak pandai menceritakan kesakitan dialami. Pada orang dewasa, artritis hanya membabitkan sendi tetapi tidak menjejaskan tulang kerana tulang sudah terbentuk sempurna. Namun bagi kanak-kanak, oleh kerana tulang masih lembut dan dalam proses pembentukan, keradangan sendi boleh menjejaskan saiz dan panjang tulang pada anggota terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah pesakit mempunyai kaki yang tidak sama panjang.

    Secara umumnya, JIA mula menyerang pada umur dua tahun yang menyebabkan pesakit kerap menangis, demam dan mendapat ruam. Sendi pesakit membengkak, terasa tegang dan sakit terutama pada waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Malah, kanak-kanak perempuan mempunyai risiko empat kali lebih tinggi mendapat JIA berbanding kanak-kanak lelaki.

    Akibat kurang faham mengenai JIA, ramai ibu bapa salah faham terhadap gejala ditunjukkan anak dengan menganggap mereka malas. Kelewatan mengesan dan memberi rawatan sewajarnya menyebabkan sendi kanak-kanak mengalami kerosakan serta mengubah bentuk anggota badan, selain menjejaskan pertumbuhan mereka. Sedihnya, sendi yang rosak tidak boleh dipulihkan ke bentuk asal kecuali melalui rawatan penggantian sendi.

    Kata Dr Tang lagi, JIA juga boleh menjejaskan emosi dan keyakinan diri pesakit. Untuk mengawal JIA dan mencegah kerosakan sendi, pesakit akan diberikan sejumlah ubat mengikut tahap penyakit masing-masing yang biasanya tiga hingga lima jenis ubat untuk diambil setiap hari. Melihat jumlah ubat, ramai ibu bapa bimbang sehingga ada yang mengambil tindakan mengurangkan dos ubat tanpa berbincang dengan doktor terlebih dulu.

    Kepada ibu bapa yang ada anak menghidap JIA, mereka sepatutnya tidak bertindak begitu. Tindakan ini berbahaya kerana tanpa ubat, penyakit anak anda akan menjadi aktif dan boleh menyebabkan:

  • Kesakitan. Hampir semua pesakit JIA mengalami kesakitan kronik yang berulang-ulang. Kesakitan kronik ini boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada pesakit, terutama terhadap keupayaan diri sendiri.

    Pesakit kanak-kanak ini berasa resah, risau dan tidak berguna kerana tidak dapat melakukan banyak perkara, termasuk bermain dan aktiviti sekolah sama ada membabitkan aspek pelajaran atau sukan. Malah ketika penyakit aktif (menyerang), turun naik tangga juga satu perkara yang susah.

  • Fungsi fizikal terhad. Kira-kira 69 peratus pesakit JIA tidak dapat melakukan kerja fizikal dan 50 peratus pula menghadapi masalah pergerakan tangan dan jari terhad. Kebanyakan pesakit mengambil masa lebih lama untuk melaksanakan satu-satu tugasan dan ini mengakibatkan masa bermain semakin kurang. Lebih sedih apabila ada pesakit mempunyai persepsi negatif terhadap kesihatan dan imej diri.
  • Kecacatan fizikal. Keradangan sendi yang berpanjangan boleh menyebabkan sendi menjadi lemah, tidak stabil dan cacat. Keradangan sendi juga boleh merosakkan tulang kanak-kanak yang masih lembut dan menjejaskan pertumbuhan tulang mereka. Jika penyakit tidak dirawat dan dikawal, ia boleh menyebabkan kerosakan teruk atau kecacatan kekal dalam masa beberapa tahun.
  • Memberi kesan pada pertumbuhan. JIA boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak secara keseluruhan seperti ketinggian terbantut dan lewat baligh. Ubat steroid yang diguna untuk mengawal penyakit juga boleh membantutkan ketinggian pesakit. Selepas satu tempoh, ketinggian pesakit masih boleh bertambah tetapi tidak banyak.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30



  • Cegah kanser

    Posted: 30 Dec 2012 07:01 AM PST

    GOLONGAN belia dipercayai mampu mengubah dunia dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan. Menerusi medium yang betul, mereka boleh memberi satu kelainan atau pembaharuan berdasarkan idea kreatif.

    Walaupun ramai anak muda yang hanyut dengan keseronokan dunia serba canggih ini, segelintir mereka sudah mempunyai kesedaran mengenai bahaya penyakit kronik seperti kanser.

    Bertindak menggunakan strategi mendekati generasi anak muda, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Ogos lalu bersama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

    Tambah menarik, laman ini turut memberi peluang kepada remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun menyertai pertandingan membuat video.


    Peserta dikehendaki merakam–kan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September lalu.


    Kini, selepas lebih empat bulan pertandingan berlangsung, Justin Khoo, 24, diumumkan sebagai pemenang utama dan melayakkannya membawa pulang hadiah televisyen LED 32 inci jenama LG.

    Pemenang lain ialah Ibtisem Ben Nassib, 23, Justin Mah, 22, Jared Tay, 18, dan Lim Chun Huang, 19.

    Bekas Pengarah Urusan NCSM, Rubi-Ain Dahlan berkata, kempen 'I Choose' atau 'Saya Pilih' itu bertujuan memberi pendedahan kepada belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

    "Halaman ini istimewa kerana ia menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

    "Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.

    "Kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan daripada usia muda. Kami berharap semua penduduk Malaysia, terutama remaja akan membuat perubahan positif.

    "Sekiranya program ini berjaya menukar gaya hidup seorang saja pun, ia sudah cukup baik bagi kami," jelasnya.

    Pengarah Sumber Manusia Courts Malaysia, Lim Soo Cheen pula berkata, dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang boleh menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan negara, memupuk gaya hidup positif di kalangan anak muda di negara ini amat penting.

    Bukan saja seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat menghindari diri daripada penyakit, dia juga boleh dijadikan contoh yang baik kepada individu lain untuk memelihara kesihatan tubuh badan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/30



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

    Posted: 30 Dec 2012 01:05 AM PST

    PRINT & EPAPER

    BUNDLE PACKAGES

    PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

    Buka kereta tanpa bunyi

    Posted: 28 Dec 2012 02:09 PM PST

    KUALA LUMPUR: Menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan, seorang lelaki mampu mematikan sistem penggera kereta dengan mudah sebelum menyamun barang berharga dalam kenderaan terbabit.

    Alat berkenaan dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan dan suspek dengan mudah masuk ke dalam kenderaan berkenaan selepas sistem penggera dimatikan, membolehkan pintu kereta dibuka tanpa bunyi.


    Perkara itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lalu.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui empat komputer riba, satu cakera keras mudah alih dan pelbagai dokumen atas nama individu lain dipercayai yang dicuri suspek.


    "Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.


    "Sebaik berjaya membuka kereta mangsa, suspek mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.

    Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kenderaan mereka disamun apabila mendapati pintu kereta mereka terbuka atau kenderaan berkenaan tidak berkunci selain keadaan di dalamnya berselerak.


    Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

    "Siasatan mendapati suspek sudah beberapa kali melakukan jenayah ini dan tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang melakukan samun menggunakan taktik sama," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    ‘Kami tuntut perubahan!’

    Posted: 28 Dec 2012 09:50 AM PST

    BOSAN dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sekian lama tidak berubah, sekumpulan peminat setia bola sepak tempatan tampil mendesak agar rombakan besar-besaran dilakukan badan induk itu termasuk meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mengundur diri secara terhormat.

    Bukan mahu bertindak biadap atau menderhaka, namun selepas sekian lama menyaksikan cerita sama 'disajikan' skuad negara pada pentas antarabangsa serta saingan liga domestik yang sering berubah format tapi tidak menunjukkan sebarang peningkatan, kumpulan yang rata-ratanya peminat setia bola sepak tempatan itu akhirnya memberanikan diri mendesak FAM melakukan rombakan besar-besaran.


    Wakil kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ) itu, Alfadli Awaluddin berkata, beliau serta rakan seperjuangan hanya mempunyai satu niat, membela dan berjuang demi kebaikan bola sepak tempatan.

    "Sejak 28 tahun lalu (sepanjang kepimpinan Presiden FAM), kita sering diceritakan kesalahan barisan pemain, jurulatih serta soal teknikal apabila gagal dalam satu-satu kejohanan tapi apa yang kita tidak sedar ialah kegagalan itu banyak berpunca daripada pengurusan, pentadbiran dan struktur FAM sendiri.


    "Contohnya seperti yang kita semua sedia maklum, skuad negara gagal mempertahankan Piala AFF dan episod sama berlaku iaitu kesalahan ditujukan kepada jurulatih serta pemain sedangkan sebenarnya pengurusan FAM harus bertanggungjawab," katanya.


    Justeru itu, beliau berharap Presiden FAM perlu berundur bagi memberi peluang kepada individu lain mengemudi badan induk itu dengan pada masa sama mengharapkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam FAM.

    "Bukan kami tidak menghargai sumbangan Presiden tapi kadangkala kita perlukan idea baru bagi merancang masa depan bola sepak tempatan.


    "Kekalahan membabitkan skuad negara sesuatu yang biasa bagi kami semua dan selama 28 tahun kami sering disajikan dengan kegagalan. Cukuplah semua ini," katanya.

    Alfadli turut menggariskan empat sebab utama mengapa tampuk FAM perlu dirombak.


    Pertama, Liga Malaysia (Liga-M) didakwa Gred D dan tidak berdaya saing selain menganggap prestasi pasukan kebangsaan tiada hala tuju apabila mempersoalkan pendirian FAM yang menegaskan ranking tidak penting dan berasa pelik apabila badan induk itu hanya menetapkan sasaran sama di Sukan Sea dan Piala AFF tanpa berani menetapkan sasaran lebih tinggi.


    Alfadli juga berkata, sistem bola sepak tempatan tiada visi dan misi yang jelas serta mendakwa pengurusan FAM tidak cekap serta tiada akauntabiliti.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



    Beckham masih tenang

    Posted: 28 Dec 2012 09:46 AM PST

    LONDON: David Beckham tidak tergesa-gesa untuk berpindah ketika bekas bintang Manchester United itu mempertimbangkan beberapa tawaran pasukan dari seluruh dunia.

    Beckham meninggalkan LA Galaxy awal bulan ini selepas kontraknya berakhir dan membantu kelab dari California itu memenangi Piala MLS dan kini mencari kelab tepat bagi menamatkan kariernya yang penuh gemilang.


    Bekas pemain tengah Real Madrid berusia 37 tahun yang menghabiskan lima tahun di Los Angeles, dikaitkan dengan QPR di England dan AS Monaco di Perancis, selain pasukan dari China dan Australia.

    Seorang jurucakap Beckham berkata, bekas kapten England itu bercadang mempertimbangkan pilihannya sepanjang tempoh cuti dan tidak terdesak untuk membuat keputusan dalam masa terdekat.


    "Ada beberapa tawaran serius dari beberapa kelab di seluruh dunia," kata jurucakap itu.


    "David tidak terburu-buru untuk membuat keputusan, yang penting adalah satu keputusan tepat seperti yang dilakukannya sebelum ini.

    "Ia masih satu proses awal. David seronok menghabiskan masa bersama keluarganya sepanjang tempoh cuti." Difahamkan laporan di Perancis menyatakan Beckham menuntut bayaran tinggi untuk berpindah ke Monaco sebagai tidak tepat.


    Monaco, kini menduduki tangga kedua Ligue 2, dilatih bekas pengurus Chelsea, Claudio Ranieri yang sebelum ini menyatakan minatnya membawa Beckham ke kelab itu dan disokong jutawan Russia, Dimitri Rybolovlev. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved