Selasa, 9 April 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Penjagaan sangat berbeza

Posted: 09 Apr 2013 10:00 AM PDT

Ketika Hayfa Hadeeja Nor Zahrul Hayzraai dilahirkan pada 20 Julai 2012, beratnya hanya kira-kira 1.3 kilogram (kg), sangat kecil berbanding bayi lain.

Oleh kerana dikategorikan sebagai bayi pramatang kerana dilahirkan pada minggu ke-34, si comel ini ditempatkan di Unit Jagaan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Ampang selama tiga minggu bagi membolehkan berat badan meningkat sehingga mencapai 1.8kg iaitu berat ideal bagi bayi yang tidak cukup bulan.

Bagi sesetengah ibu, penjagaan bayi pramatang sudah tentu memberikan pengalaman berbeza berbanding bayi normal lain. Ini kerana, selain berat badan berkurang bayi pramatang mudah mendapat jangkitan kuman dan diserang penyakit sekiranya tidak diberi penjagaan teliti terutama dari aspek kebersihan. Ada pula berpendapat, menjaga bayi pramatang bukan setakat ketika masih bayi tetapi perlu diteruskan apabila usia meningkat kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan mereka apabila dewasa kelak.

Bagi ibu muda Amera Abdul Razak, dia sendiri tidak menyangka akan melahirkan anak kedua pada usia kandungan 34 minggu disebabkan tekanan darah tinggi.

Foto

AMERA bersama anak sulung Hafsa Hayra (kiri) dan Hayfa Hadeeja.


Memandangkan anak pertama dilahirkan normal pada minggu ke-38, dia tidak membuat sebarang persediaan untuk anak kedua terutama dari segi mendapatkan maklumat mengenai penjagaan anak pramatang.


Semuanya bermula pada minggu ke-26 selepas menjalani pemeriksaan bulanan di hospital, doktor me­ngesahkan tekanan darah Amera sangat tinggi sehing­ga memaksa dia mengambil ubat. Malangnya selepas dua minggu, ujian menunjukkan ia tidak berkurang malah ibu kepada dua cahaya mata ini mengalami pening kepala yang teruk dan rasa mual berpanjangan.

"Saya tidak tahu punca tekanan darah mening­kat sedangkan saya menjaga pemakanan. Doktor memberitahu, ia perkara biasa ketika mengandung dan akan hilang selepas melahirkan anak. Namun keadaan ini harus dipantau kerana membahayakan ibu dan anak.

"Oleh kerana keadaan tetap sama, saya kemudian dimasukkan ke hospital selama seminggu bagi memantau tekanan darah. Namun ia tidak berkurang dan saya terus mengambil ubat sepanjang kehamilan kerana khuatir risiko pada bayi yang dikandung," jelasnya.

Amera yang ketika itu tidak mempunyai sebarang pengalaman, menjadi lebih tertekan terutama apabila sampai ke peringkat ketiga kehamilan. Ini menyebab­kan tekanan darah menjadi lebih tinggi sehingga doktor pakar menyarankan dia bersalin lebih awal bagi mengelak sebarang komplikasi.

"Doktor mencadangkan saya bersalin awal iaitu pada 20 Julai 2012 pada usia kandungan 34 minggu menerusi kaedah pembedahan. Saya mempunyai dua pilihan sama ada bersalin normal atau sebaliknya. Selepas mendengar nasihat serta tidak sanggup menanggung risiko, saya memilih untuk dibedah," katanya yang menetap di Ampang, Kuala Lumpur.

Sama seperti bayi pramatang lain, selepas dilahirkan Hayfa dimasukkan ke NICU bagi mengelak sebarang masalah berkaitan paru-paru dan memantau pertambahan berat badan. Selepas tiga minggu, dia kemudiannya ditempatkan di wad biasa sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Walaupun sudah menjalani rawatan dan mengambil ubat, Amera masih mengalami sakit kepala, mudah pitam dan pening disebabkan tekanan darah tidak turun sepenuhnya. Namun dia mengambil keputusan berpantang di rumah kerana mahu berehat sepenuhnya. Hanya selepas dua minggu barulah tekanan darah kembali normal.

"Dalam tempoh itu, saya ke hospital hanya untuk memberi susu badan kepada Amera, selebihnya saya menyerahkan kepada pihak hospital menjaga Hayfa sehingga dia menunjukkan perkembangan positif dengan berat 1.8kg sebelum dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Bagi Amera, berbeza dengan anak pertama Hafsa Hayra, 2, yang dilahirkan dengan berat 2.8kg, penjagaan untuk anak pramatang sangat berbeza terutama dari segi kebersihan serta penjagaan harian. Sebulan di hospital sudah tentu persekitaran serta pengendalian berbeza dengan keadaan di rumah. Namun Amera cuba menggunakan apa yang dipelajari di hospital walaupun tidak sama seratus peratus.

"Misalnya untuk dua minggu pertama, saya me­ngehadkan individu yang ingin melawat Hayfa dan tidak membenarkan ahli keluarga mencium sekiranya batuk, demam atau selesema bagi mengelak jangkitan kuman dan menyebabkan dia demam.

"Selain itu, saya meneruskan pengambilan vitamin dan penyusuan susu ibu bagi menguatkan antibodi Hayfa," katanya yang rajin membersihkan rumah bagi mengelak berhabuk dan menggalakkan penyebaran bakteria.

Sebagai ibu yang percaya kepada penyusuan susu ibu, Amera yakin dengan menyusukan anaknya sekerap mungkin, ia mampu mengelak Hayfa mudah mendapat demam atau selesema. Namun sekiranya terkena untuk bayi pramatang, ia agak sukar dikawal disebabkan jangkitan bakteria mudah merebak sehingga menyebabkan dia mudah mendapat batuk berkahak.

"Selain isu berat badan, bayi pramatang mudah mendapat jangkitan kuman disebabkan antibodi lemah serta paru-paru yang tidak kuat ketika dilahirkan. Sebab itu dia mudah batuk sehingga perlu mengambil nebulizer untuk mengurang­kan kahak," katanya yang sanggup melepaskan jawatan di sebuah syarikat swasta semata-mata ingin memberi sepenuh tumpuan kepada Hayfa.

Ini kerana Amera sendiri tidak sanggup membenarkan orang lain menjaga anaknya memandangkan penjagaan yang berbeza daripada bayi normal.

Ujarnya, walaupun berat badan Hayfa mening­kat dari semasa ke semasa, jumlahnya ­sangat sedikit berbanding bayi normal lain. Sehing­ga kini pada usia lapan bulan, berat badan Hayfa hanya 5.3kg saja dan dia masih lagi mendapatkan rawatan bulanan dengan doktor pakar bagi memantau tumbesaran.

"Walaupun berat Hayfa tidak sama seperti bayi seusia dengannya, perkembangannya normal seperti kanak-kanak lain. Pada usia empat bulan, dia sudah boleh meniarap dan kini sedang mengesot dan ingin merangkak," kata­nya yang mengharapkan Hayfa sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

Sandwic sihat

Posted: 09 Apr 2013 08:19 AM PDT

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan hida­ngan sandwic sihat dan menyelerakan malah penyediaan dan bahannya berbeza mengikut tempat dan negara.Tidak hanya terhad kepada dua kepi­ngan roti yang ditambah dengan inti sardin, bawang, salad serta perasa, sandwic juga boleh dijadikan hida­ngan menarik me­ngikut kreativiti.

Itulah yang cuba diketengahkan Chef de Partie Hotel Vistana Kuala Lumpur, Chef Irizun Ahmad, yang memilih menjadikan sandwic sebagai menu utama promosi hidangan.

Bukan hanya menumpukan kepada hidangan sandwic tempatan, Chef Irizun cuba memperkenalkan cita rasa dan kelainan bahan penyediaan dari luar negara.

Hanya sandwic terpilih diketengahkan kepada peng­gemar sandwic tempatan bagi memperkenalkan kepelbagaian hidangan ini.


Antara hidangan sandwic disediakannya ialah jibarito, sloppy bob, po boy shrimp, Italian meat ball, Elvis, rendang ayam, teriyaki ciabatta, pollo con funghi dan open face avocado.


Menurut Chef Irizun, antara hidangan sandwic menarik yang diketengahkan ialah jibarito.

Jika sandwic biasa memerlukan roti sebagai bahan utama, hida­ngan ini pula menampil­kan konsep kepi­ngan hirisan pisang tanduk yang dipanggang. Ia ditambah dengan hirisan daging, salad, tomato serta kepi­ngan keju bersama mayonis bawang putih.

"Penggemar sandwic akan teruja dengan hida­ngan ini kerana ia amat berlainan. Bayangkan kita memakan sandwic tanpa roti sebaliknya digantikan de­­­­­­­­­­­­­­ngan kepingan pisang tanduk panggang.

"Saya hanya mengambil resipi terpilih dan cuba disesuaikan dengan selera tempatan tanpa mengubah gaya asli penyediaannya," katanya.

Mereka yang ingin menikmati sandwic secara sihat boleh memilih hidangan open face avocado iaitu kepi­ngan roti gandum penuh bersama hirisan avokado dan alfalfa, timun jeruk dan kubis merah.

Untuk menu ringkas, apa kata nikmati sandwic Elvis. Ia adalah gabungan roti rai bersama mentega kacang, hirisan pisang serta kepingan daging panggang.

Selain itu, turut disediakan dua pilihan hida­ngan sampingan bagi menu yang dipilih antaranya kentang goreng, salad kentang, coleslaw, salad panggang serta
kekacang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mati dalam pelukan suami

Posted: 08 Apr 2013 04:02 PM PDT

Klang: Tindakan pantas seorang suami mengusung keluar isterinya beberapa minit sebaik kereta mereka terbakar menyelamatkan isterinya itu daripada rentung selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di Kilometer 11.7 Lebuhraya Selat Klang Utara dari Meru ke Bandar Sultan Sulaiman, di sini kelmarin.

Namun, isterinya yang parah meninggal dunia dalam pelukan suaminya sebaik diselamatkan daripada kereta mereka yang terbakar.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu segera keluar dari kereta Alza dinaiki bersama isterinya sebaik menyedari kenderaan mereka terbakar.

Menyedari isterinya masih berada di tempat duduk pemandu, dia nekad membawa keluar isterinya berusia 36 tahun yang parah.


Kejadian itu menyebabkan seorang anggota polis marin cawangan Pelabuhan Klang, Mohd Herwazi Ismail, 29, patah kaki selepas kereta pasangan itu merempuh belakang keretanya menyebabkan kenderaan berkenaan remuk di bahagian belakang dan tepi.


Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan menghala Bandar Sultan Sulaiman.

Foto

ANGGOTA polis trafik IPD Klang Utara melihat keadaan kereta pasangan terbabit yang rentung.

"Mereka dalam perjalanan pulang namun setiba di lokasi kejadian, kenderaan mereka gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah kereta Perodua Kelisa dipandu seorang anggota polis marin.


"Anggota polis marin itu dalam perjalanan untuk bertugas di Pelabuhan Klang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Rantau Panjang.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu meletup lalu terbakar. Kedua-dua mangsa sempat keluar daripada kenderaan namun isteri pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah," katanya.


Zawary berkata, pemandu kereta Alza itu turut cedera dan dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bapa, bayi maut dalam sungai

Posted: 08 Apr 2013 01:54 PM PDT

Hangzhou: Seorang bapa melihat sendiri detik-detik akhir anak lelakinya tenggelam bersama kereta sorong dalam sebuah sungai sejurus selepas dia mengambil gambar.

Lebih tragik, tindakan lelaki terbabit terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya berakhir dengan dia sendiri mati lemas. Media semalam melaporkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit, Sun Wen, meletakkan bayinya, Lin Sun, di tebing sungai di Hangzhou di wilayah Zhejiang untuk merakamkan gambar.


Sun mengunjungi kawasan berkenaan bersama anaknya bagi melawat kubur keluarga mereka sempena perayaan tradisional masyarakat Cina.

Bagaimanapun, tiba-tiba kereta sorong dinaiki Lin bergerak dan menggelongsor ke dalam sungai.


Sun bergegas terjun untuk menyelamatkan anaknya yang baru berusia 18 bulan itu tetapi gagal.


Jurucakap penyelamat berkata, walaupun Sun tidak pandai berenang, dia nekad terjun ke sungai demi menyelamatkan anaknya.

Foto

ANGGOTA penyelamat membawa keluar kereta sorong dari sungai, semalam.

Foto

KERETA sorong dan kamera milik Sun.

"Sun dan anaknya hanya dapat ditarik keluar selepas 20 minit di dalam air," katanya. Sementara itu, pegawai penyiasat polis berkata, ada kemungkinan Sun terlupa memasang brek pada kerusi tolak dinaiki Lin. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

Pertunjukan udara bertukar jadi tragedi

Posted: 08 Apr 2013 01:45 PM PDT

Santo Domingo: Pertunjukan udara di Republik Dominica bertukar menjadi tragedi apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke laut dan membunuh dua juruterbang yang ada di dalamnya.

Insiden itu turut disaksikan ribuan pengunjung yang memenuhi pameran berkenaan.


Jurucakap polis berkata, pesawat udara itu terhempas hanya kira-kira 500 meter dari orang ramai. "Dalam tempoh kurang dari 60 saat, seluruh pesawat itu tenggelam ke laut," katanya. Dipercayai juruterbang terbabit gagal mengawal pesawat berkenaan ketika cuba melakukan aksi yang sukar di udara. Laporan awal mendakwa, enjin pesawat berkenaan terhenti seketika sejurus sebelum kemalangan berlaku. Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Rafael Sanchez, 25, dan pembantunya, Carlos Manuel Guerrero, 27.

Penganjur kemudian menamatkan serta-merta pertunjukan yang sepatutnya berlangsung selama dua hari itu. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


'Peminat artis balas dendam!'

Posted: 08 Apr 2013 04:25 PM PDT

Biarlah apa saja persepsi sege­lintir besar penggiat seni dan khalayak ekoran perubahan lokasi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 dari lokasi tradisinya sebelum ini di puncak Genting Highlands ke Stadium Putra, Bukit Jalil, malam kelmarin.

Suasana dan kemeriahannya mungkin berbeza dari lokasi sebelum ini, tetapi penganjuran acara hiburan mega itu tetap meninggalkan kenangan tersendiri. Buktinya, ABPBH 2012 berjaya merakamkan memori istimewa penuh ­dengan kejutan.

Bukan satu dua kejutan tetapi majlis berprestij itu menyaksikan beberapa kejutan manis keputusan dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Siapa sangka gelaran Bintang Paling Popular edisi ke-26 ini kembali ke tangan pelakon berbakat besar Shaheizy Sam selepas memenanginya buat kali pertama pada ABPBH 2010.

Foto

AKSI lucu Sam dan Yana.

Foto

Nabila Huda

Foto

ZIZAN

Foto

WAWA ZAINAL


Tambah menarik apabila malam kemuncak itu turut mencatatkan Nabila Huda sebagai Pelakon TV Wanita Popular buat julung kali selepas 12 tahun bergelar anak seni.


Kemanisan itu turut menyaksikan Yana Samsudin mengungguli Pelakon Filem Wanita Popular buat pertama kali selepas dua tahun tercalon.

Bagi Shaheizy Sam, tempoh enam bulan ini diibaratkan sebagai kebang­kitan semulanya dalam dunia lakonan selepas sembilan bulan berehat.

Jika pada 9 November tahun lalu, pelakon berusia 31 tahun ini dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2012 menerusi Songlap, rezeki sekali lagi memihak kepadanya apabila meraih kejayaan di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 baru-baru ini apabila dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem yang sama.

Malam kelmarin, jejaka yang mesra disapa Sam ini sekali lagi membuktikan pesonanya di hati peminat dengan membawa pulang dua trofi iaitu Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Sam meraih 79,656 undi, sekali gus mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi dalam kategori utama iaitu Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa dan Adi Putra.

Mengulas mengenainya, Sam berkata, kemenangan berganda yang tidak dijangkakan itu adalah hadiah termanis buat dirinya secara peribadi dan simbol penghargaan kepada keluarga dan peminat yang setia menyokong selama ini.

"Kemenangan ini tidak saya sangka. Ia bukan kerana kehebatan sendiri tetapi kekuatan daripada sokongan keluarga dan peminat. Gabungan kelab peminat di seluruh negara, Singapura dan Brunei membawa kepada kejayaan ini. Sebab itu saya tidak pernah perkecilkan kehebatan penyokong," katanya.

Sam berkata, dia menyifatkan kemenangan semula trofi Bintang Paling Popular kali ini adalah hasil kerja keras penyokongnya yang kecewa dengan kegagalannya di tangan Aaron Aziz tahun lalu.

"Saya anggap kejayaan ini cara peminat 'membalas dendam' atas kegagalan saya di ABPBH 2011. Mungkin pada kali ini, mereka bekerja keras menerusi undian hingga berpihak pada saya.

"Saya umpama jeneral tentera yang tidak akan diangkat tanpa sokongan kuat tentera-tenteranya. Saya dapat lihat ada 'pertempuran' dan 'perang undi' dalam anugerah ini dan ternyata rezeki berpihak kepada saya kali ini," katanya.

Berikutan kemenangan itu, Sam membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 beserta trofi.

Selain tiga bintang ini, kejutan ABPBH 2012 turut memperlihatkan pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi yang kembali merampas trofi Pengacara TV Lelaki Popular daripada tangan Zizan Razak pada edisi terdahulu.

Malam bertemakan Ledakan Geometri itu turut memberi peluang kepada dua pendatang baru Aiman Hakim Ridza dan Wawa Zainal masing-masing memenangi kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular.

Lain-lain pemenang termasuklah Fara Fauzana untuk Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular, Didie Alias (Artis Komedi Wanita Popular), Zizan Razak (Artis Komedi Lelaki Popular), Black & Malique (Artis Duo/Berkumpulan Popular), Aaron Aziz (Pelakon TV Lelaki Popular), Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular), Shila Amzah dan Hafiz masing-masing dipilih sebagai Penyanyi Wanita dan Lelaki Popular.

Kumpulan rock tersohor Search pula menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan dan pencapaian mereka selama lebih 30 tahun dalam industri muzik tanah air.

Seperkara yang jelas, rata-rata kejutan keputusan pada ABPBH 2012 membuktikan peminat semakin matang dan bijak mengundi anak seni kita berdasarkan gerak kerja anak seni kita dan bukan kerana populariti kosong.

Sementara itu, kategori berasingan menerusi undian dalam internet iaitu Online ABPBH 2012 menyaksikan Zizan memenangi empat kategori - Artis Lelaki Stailo, Artis Asia Paling Popular, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, termasuk bersama Johan menang Gandingan Serasi Di Layar. Sofi Jikan menang Watak Jahat Dalam Filem/Drama; Upin & Ipin (Watak Animasi Tempatan Popular) dan Melissa Francis (Artis Wanita Stailo).

Hadiah untuk papa - Nabila Huda

Malam kemuncak ABPBH 2012 turut memukau apabila memahatkan nama anak perempuan bintang rock legenda Amy Search, Nabila Huda sebagai Pelakon TV Wanita Popular buat julung kali selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Ketika ditanya mengenai kejayaan sulung itu, Nabila mendedikasikan trofi berkenaan kepada bapanya itu yang sering bersedih dan terkilan dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Malah, wanita berusia 29 tahun ini juga berharap anugerah itu akan membuka mata banyak pihak terhadap kerja kerasnya selama ini berbanding rantaian kontroversi yang silih berganti.

"Anugerah ini adalah untuk papa (Amy) yang terganggu dan bersedih kerana perjalanan kerjaya saya sering dicemari pelbagai kontroversi selama ini.

"Saya harap kejayaan ini dapat mengalihkan perasaan papa yang terganggu dengan cerita-cerita negatif yang timbul dan sekali gus membuktikan segala kerja keras serta pengorbanan selama ini terbalas.

"Akhirnya saya dapat buktikan kepada keluarga bahawa kemenangan ini tiada kaitan dengan kontroversi yang berlaku kerana peminat mengundi atas kerja saya," katanya yang tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi kategori itu.

Tambah Nabila, kemenangan itu mengundang perasaan sebak buatnya kerana sokongan peminat tidak goyah dengan pelbagai kisah peribadi yang tercetus.

"Sebak apabila saya fikirkan mengenai sokongan peminat yang tidak pernah memandang aspek peribadi dan kontroversi yang timbul tetapi mereka melihat kerja yang saya lakukan.

"Saya percaya kejayaan ini bertitik-tolak daripada sokongan peminat yang menyukai lakonan saya. Jika orang tidak suka, tidak mungkin ada yang sudi mengundi," katanya yang mengakui kegigihan dalam lakonan selama ini terbalas dengan trofi berkenaan.

Yana tidak terfikir menang

Kemenangan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular itu adalah sesuatu yang tidak pernah difikirkan Yana Samsudin.

Katanya, selepas sedekad bertapak dalam bidang seni, soal menang atau kalah dalam sesebuah acara anugerah tidak lagi menjadi perkara utama.

"Saya tidak sangka akan menang pun. Pada setiap anugerah, kalau tidak menang pun tidak mengapa jika sudah tercalon.

"Persaingan sengit dalam kategori ini terutamanya dengan Maya Karin yang turut dicalonkan membuatkan saya tidak begitu mengharap. Saya anggap ia adalah rezeki selepas 10 tahun terbabit dalam bidang ini," katanya.

Bercerita mengenai trofi itu, pelakon filem Cerita Kita ini berkata, kejayaan itu mungkin dipengaruhi kelibat seninya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan pelbagai judul filem dibintanginya tahun lalu.

"Mungkin saya semakin dikenali dan orang mula mengiktiraf kerja saya selepas 10 tahun berkecimpung atau faktor kemunculan pelbagai filem lakonan saya pada tahun lalu membuatkan peminat mahu mengundi," katanya yang mengakui kemenangan membuktikan kerja kerasnya yang tidak bercuti sepanjang 2012 akhirnya berbalas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


7 jam sorok

Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT

Kuala Lumpur: Lima penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dicekup selepas 'bermain sorok-sorok' dalam tiga rumah teres selama tujuh jam dalam cubaan mereka merompak satu daripada rumah itu di Persiaran Damansara Endah, Bukit Damansara, di sini, semalam.

Kejadian dilaporkan bermula pada jam 4.30 pagi apabila lima lelaki terbabit menceroboh dan meletakkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di pekarangan sebuah rumah tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan itu dikesan seorang penduduk pada jam 6.30 pagi lalu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Foto

PENJENAYAH memecah masuk kediaman mangsa melalui rumah jiran yang tidak berpenghuni.


"Anggota kami mengepung dan memeriksa rumah berkenaan, namun usaha awal itu gagal mengesan kumpulan penjenayah terbabit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

32 ditahan di tengah laut

Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT

Kota Kinabalu: Penyamaran 32 individu bersenjata api dipercayai pengganas yang cuba memasuki negara ini menggunakan bot kumpit gagal apabila kehadiran mereka berjaya dikesan pasukan keselamatan ketika berada kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, dipercayai dalam perjalanan ke Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kehadiran sebuah bot kumpit cuba memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas dan pemeriksaan lanjut menemui senjata api termasuk M-16, parang dan kapak selain beberapa dokumen lain.

Difahamkan, ketika ditahan semua mereka berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian celoreng.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bot kumpit itu dipercayai dari negara jiran dan cuba memasuki perairan negara sebelum ditahan pasukan keselamatan.

Foto

PASUKAN keselamatan mengawal 32 individu dipercayai anggota kumpulan pengganas.


Menurut Hamza, ketika dihampiri, tiada sebarang pertempuran berlaku ketika pasukan keselamatan memintas mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Desak pecat Butler

Posted: 08 Apr 2013 01:39 PM PDT

Kuala Terengganu: Kemelut dalaman pasukan kelab T-Team sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih Peter James Butler.

Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata, pihaknya mempunyai beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.


"T-Team di bawah Butler begitu malap sekali," katanya ketika menuntut penyingkiran Butler pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, apa yang memalukan ialah tempat ke-11 dihuni T-Team dalam carta Liga Super selepas gagal mencatat sebarang kemenangan hingga pusingan pertama berakhir.


Lebih membimbangkan lagi, T-Team mungkin turun ke Liga Perdana tahun depan andai Menteri Besar tidak campur tangan dalam kemelut yang dihadapi pasukan itu.


Beliau turut mempertikai keputusan Butler membatalkan sesi latihan Ahad minggu lalu. Ini kerana tiga pemain import dari Nigeria, Bosnia dan Perancis sudah tiba di Kuala Terengganu untuk menjalani sesi pemilihan menggantikan tempat dikosongkan penyerang Caleb Folan yang sudah ditamatkan kontrak.

"Butler bagaikan tidak serius mencari pengganti Folan kerana cuma mengadakan latihan sesi pagi Jumaat dan Sabtu sebelum membuat keputusan untuk berehat pada Ahad," katanya.


Sekanther berkata, sepatutnya pasukan bekerja keras untuk bersiap sedia mencari pemain baru selain melakukan persediaan untuk bertemu Pahang apabila liga bermula Sabtu ini.

"Kami di PBSDKT amat kecewa dengan tingkah laku Butler dan mahu pengurusan tertinggi T-Team melakukan sesuatu dengan segera agar pasukan ini tidak terus tercampak ke dasar carta liga dan akhirnya terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

Penalti penyelamat

Posted: 08 Apr 2013 01:19 PM PDT

Milan: Fiorentina yang ketinggalan dua gol dan sekadar beraksi dengan 10 pemain, menyempurnakan dua sepakan penalti untuk seri 2-2 dengan AC Milan pada saingan Serie A sementara hatrik Denis dalam tempoh 12 minit menyaksikan Atalanta menang 4-3 di Inter Milan selepas ketinggalan 1-3.

Inter berada di landasan tepat untuk memintas Fiorentina dalam perebutan tiket ke saingan Liga Juara-Juara apabila Ricardo Alvarez meledak dua gol dalam tempoh empat minit untuk membolehkan Inter di depan 3-1 hinggalah Denis meranapkan impian lawan mereka itu.


Sementara itu, Josip Ilicic menjaringkan gol menerusi gerakan solo dengan menggelecek empat pemain sebelum menewaskan penjaga gol Sergio Romero sekali gus memberi kemenangan penuh bermakna pasukan sedang bergelut, Palermo 3-1 ke atas Sampdoria.

Antonio Di Natale menjaringkan dua gol ketika Udinese menang 3-1 ke atas Chievo. Gol pertama hadir selepas penjaga gol Christian Puggioni melakukan kesilapan sementara gol kedua voli dari sudut sukar.


Napoli kekal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Juventus selepas menang 2-0 ke atas Genoa hasil jaringan Goran Pandev pada babak pertama dan Blerim Dzemaili sementara perlawanan membabitkan Catania-Cagliari dan Siena-Parma buntu tanpa jaringan.


Milan yang menduduki tangga ketiga kekal enam mata mengatasi Fiorentina di tangga keempat dengan Inter dan Lazio yang bertemu jiran setempat, AS Roma, ketinggalan dua mata daripada tempat terakhir untuk tiket Liga Juara-Juara itu.

Dua pasukan teratas dalam Serie A automatik layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara sementara tempat ketiga perlu beraksi pada pusingan kelayakan.


Juventus yang menang 2-1 di tempat sendiri ke atas Pescara, Sabtu lalu, selesa dengan 71 mata di tangga teratas sementara Napoli 62 mata.

Tommaso Rocchi meletakkan Inter di depan dua minit sebelum berakhir babak pertama di San Siro tetapi separuh masa kedua menyaksikan enam gol berjaya dihasilkan dalam tempoh 21 minit.


Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan pada minit ke-56 tetapi Alvarez kembali meletakkan Inter di depan sebelum menjaringkan gol lagi empat minit kemudian menerusi larian solo.


Denis merapatkan jurang pada minit ke-56 menerusi sepakan penalti, menyamakan kedudukan enam minit kemudian sebelum menjaringkan hatrik sekali gus gol kemenangan Atalanta pada minit ke-77. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved