Jumaat, 19 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Hitam, putih asas rekaan

Posted: 19 Oct 2012 01:21 PM PDT

INSPIRASI flora dan fauna berkonsepkan gaya 70-an dengan bingkisan bunga-bungaan melatari setiap helaian busana sama ada pada gaun labuh, blaus pendek atau jaket bercetak dipadankan seluar atau skirt menjadi pilihan wanita moden masa kini.

Berkonsepkan percutian dengan mengetengahkan elemen segar pada rekaan, potongan ringkas dan cetakan pada baju, sekali lagi koleksi Raoul Cruise 13 diperkenalkan selepas diterima baik peminat pada tahun lalu.

Mengetengahkan cetakan sebagai titik tumpu si pemakai, Raoul nyata kreatif dalam menghasilkan jenamanya sendiri apabila memilih rona pastel seperti hitam dan putih sebagai asas rekaan pada hamparan fabrik kapas serta sutera georget untuk padanan skirt dan seluar.

Selain itu gabungan warna terang seperti merah jambu, merah, hijau zamrud dan kuning diperkenalkan sebagai pilihan kepada mereka yang inginkan keceriaan dalam penggayaan. Ia seolah-olah mewujudkan blok warna terutama bagi mereka yang berani mencuba.


Selain flora, cetakan geometri seperti grid bersilang nampak lebih feminin apabila diabadikan pada sutera Shantung yang menampakkan kelangsingan wanita.


Padanan seperti gaun, skirt pendek, skirt labuh, seluar dipadankan jaket, kardigan dan blaus ternyata menampakkan sisi elegan si pemakai dan sesuai digayakan untuk acara koktel. Corak abstrak serta polos direka menjadi helaian yang cukup indah terutama pada gaun dan blaus.

Keunikan Raoul bukan saja pada potongan dan pemilihan warna, tetapi sedikit perincian manik pada bahagian tertentu terutama gaun labuh menambah nilai estetika. Potongan tangan serta kolar memberi keunikan tersendiri. Bagi penggemar jenama ini, Raoul sentiasa memastikan setiap padanan mampu memberi keyakinan kepada wanita.

Walau di mana anda berada sama ada ke pejabat dengan koleksi ringkas atau keluar bersama rakan dan keluarga, padanan Raoul pastinya mampu memberikan gaya tersendiri kepada wanita. Mungkin juga pilihan ini memberi kelegaan kepada mereka yang ingin menghadiri acara karpet merah atau menyempurnakan percutian pada hujung tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Tambah Premis

Posted: 19 Oct 2012 12:55 PM PDT

RANGKAIAN gedung pakaian murah Jepun, Uniqlo, terus berkembang pesat bertapak di Malaysia dengan pembukaan dua gedung barunya di pusat beli-belah Sunway Pyramid dan Paradigm Mall.

Bermula dengan pembukaan gedung di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 4 November 2010 dan kemudiannya mengembang–kan sayap ke Suria KLCC dan One Utama dengan keluasan cukup memuaskan bagi kemudahan pelanggan, tidak sangka tahun ini saja sudah empat gedung baru diwujudkan.

Jenama ini terkenal sebagai pendahulu pakaian kasual yang bukan saja menawarkan fesyen terkini berkualiti tinggi, malah ia sesuai untuk semua orang tanpa mengira peringkat umur pada harga berpatutan.

Pembukaan gedung barunya ini bertujuan meningkatkan akses untuk setiap tawaran unik kepada warga Malaysia.


Selain itu, usaha Uniqlo juga bertepatan dengan usaha mereka mendekati pelanggan di kawasan ter-babit bagi menambahkan pengaruh jenama ini di lokasi utama yang strategik.


Gedung di Sunway Pyramid akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 15 November manakala Uniqlo di Paradigm Mall Mall pula pada 6 Disember depan.

Pengarah Urusan Uniqlo Malaysia Sdn Bhd, Satoshi Onoguchi berkata, jenama ini diterima baik di Malaysia lalu meng-gerakkan pembangunan pesatnya.

"Kami berharap Uniqlo dapat meliputi rangkaian bandar yang lebih besar bagi membolehkan semua warga Malaysia menikmati pengalaman membeli-belah di sini," katanya.

Gedung di Sunway Pyramid menawarkan rangkaian fesyen terkini Uniqlo untuk lelaki dan wanita manakala di Paradigm Mall pula memperluaskan rangkaian-nya untuk koleksi kanak-kanak dan bayi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


3 ejen ‘herba ajaib’ diserbu

Posted: 18 Oct 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual 'herba ajaib' yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.


"Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.


Beliau berkata, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat pengiklanan melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka menggunakan pos laju.

"Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.


"Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol," katanya.

Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.


Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai mencecah RM70,000 dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain dipercayai pil vitamin mengandungi racun Dexamethasone dan Hydroquinone untuk mencerahkan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


‘Polis’ jual barang lelong dikehendaki

Posted: 18 Oct 2012 04:03 PM PDT

SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki dipercayai menyamar anggota polis sebelum menawarkan diri menjual barang lelong milik balai polis dengan harga murah di Sabak Bernam, sejak dua tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, suspek berusia awal 40-an itu menyamar anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Sungai Besar dengan membuat tawaran untuk menjual komputer riba berharga RM1,000 dan telefon bimbit pada harga kurang RM500 kepada mangsa.


Katanya, suspek berjanji dengan mangsa untuk datang semula menyerahkan barang jualan sebelum menghilangkan diri.

"Ketika menjalankan urus niaga, suspek tidak membawa komputer riba dan telefon bimbit itu dan berjanji bertemu mangsa semula untuk menyerahkan barang yang dibeli kemudian.


"Suspek mengaku barang berkenaan adalah peralatan yang mahu dilelong pihak Balai Polis Sungai Besar," katanya.


Jurucakap polis berkata, suspek terbabit sudah diburu polis sejak Jun 2010 selepas melakukan penipuan terhadap tiga mangsa di Sabak Bernam. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rodziah Ahmad Tajuddin di talian 012-4874652 dan Sarjan Zuljabar Arshad di talian 012-6240247 dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam atau hubungi 03-32410222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Terima kasih keluarga’

Posted: 18 Oct 2012 10:30 AM PDT

KEMENANGANNYA di Asian Wave 2012, baru-baru ini, khabarnya membuatkan sang kekasih hati, Sharnaaz Ahmad, 25, berasa resah gelisah membayangkan hidupnya nanti terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama.

Dia tidak pernah menghalang bahkan sangat menyokong keinginan Shila Amzah, 22, untuk menggapai cita-cita yang tertanam sejak kecil.

Kegusaran yang bersarang di hati pelakon lelaki meningkat naik itu sehinggakan ada sumber memaklumkan, Sharnaaz merancang untuk melamar Shila atau setidak-tidaknya mengikat tali pertunangan terlebih dulu sebagai tanda kesediaannya untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Shila Amzah atau Nur Shahila Amzah ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaannya anjuran Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) dengan kerjasama Hai-O Enterprise Berhad dan saluran ntv7 serta 8TV di One Utama, Isnin lalu, diminta menjelaskan khabar angin berkenaan.


"Cerita ini tidak benar sama sekali. Memang kami pernah berbual mengenai hala tuju hubungan ini dan ada perancangan untuk membawanya ke tahap yang lebih serius, tetapi tidaklah dalam tempoh terdekat seperti diperkatakan.


"Kami berdua sepakat untuk memberi peluang kepada diri masing-masing menerokai bidang kerjaya kami. Saya dengan dunia muzik saya dan dia dengan kerjaya lakonannya. Insya-Allah, mungkin dua atau tiga tahun lagi barulah kami bersedia untuk ke arah itu.

"Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Kita berdua tidak mampu meramal apa yang bakal berlaku kelak. Bagaimanapun, saya tidak menafikan kami berdua serius dengan hubungan ini dan mahu ia berakhir dengan berita gembira," katanya.

Mengimbas kembali detik gemilang yang dilakar anak sulung kepada pasangan penghiburr, ND Lala dan Fauziah Sarman (ibu), Shila diumumkan juara pertama Asian Wave 2012 pada 21 September lalu. Dia menjadi pilihan semua (10) juri yang mengadili pertandingan itu.

Shila berjaya melepasi semua cabaran yang diberikan dalam pertandingan yang bertujuan mencari penyanyi terbaik di peringkat Asia bagi diletakkan menjadi ikon.

Julung kalinya dianjurkan, Asian Wave 2012 disenaraikan sebagai program televisyen yang paling ramai mendapat sambutan apabila lebih dua bilion penonton menyaksikan pertandingan itu.

Menerima jolokan 'superstar' oleh penyanyi terkenal juga juri, Eric Moo selepas berjaya membuatkan seluruh dewan bersorak untuknya dengan menyampaikan tiga lagu pada malam kemuncak termasuk Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu berbahasa Cina, Zheng Fu yang dipopularkan penyanyi tersohor Na Ying.

Tatkala pusingan separuh akhir lagi, Shila menyampaikan lagu popular nyanyian Adele, Set Fire to The Rain dan Forever Love (Wang Lee Hom) yang memikat seluruh penghuni dewan.

Kemenangan Shila itu secara tidak langsung memberikan ganjaran RM5 juta, trofi kemenangan, kontrak pengurusan dan rakaman serta beberapa lagi hadiah sampingan.

Kejayaan itu sekali gus menandakan selepas ini, gadis tinggi lampai itu jarang berada di Malaysia memandangkan semakin sibuk mengembangkan karier nyanyiannya di China.

Berdasarkan ceritanya, Shila sempat ditanya adakah selepas ini setiap undangan persembahan di negara ini perlu mengikut harga yang ditetapkan pihak pengurusan dan syarikat rakaman di sana. Shila berkata, sekiranya mengikut harga ditetapkan pengurusan di sana, dia mungkin tidak berpeluang menyanyi di mana-mana acara persembahan.

Mendalami kenyataannya itu, seolah-olah membayangkan bayaran yang ditetapkan pihak pengurusan label rakamannya di China jauh lebih lumayan daripada apa yang diperolehnya sekarang.

"Oh saya tak tahu, belum boleh cakap (sambil ketawa kecil dan menekup mulutnya). Serius saya tidak boleh mendedahkan apa-apa buat masa sekarang kerana abah (ND Lala) dan Pengurus Besar Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), Ong Peng Chu, orang yang bertanggungjawab membawa saya ke sana masih dalam peringkat perbincangan.

"Pihak kami sendiri pun masih berunding dengan pihak guaman di sini. Ini kerana cara pengurusan dan syarikat rakaman di sana sangat berbeza dari Malaysia. Mereka menawarkan kontrak yang mengikat artis untuk tempoh yang lama serta mempunyai perancangan jangka panjang.

"Justeru, selagi ia belum menemukan kata putus, saya tidak boleh dedahkan apa-apa. Tetapi dakwaan bayaran untuk undangan persembahan akan mengikut harga yang ditetapkan pengurusan sana, saya rasa itu tak mungkin berlaku.

"Sila-silap saya tidak berpeluang membuat persembahan. Mungkin ada sedikit perubahan pada harga tetapi ia setimpal dengan keperluan yang diminta penganjur," katanya.

Pada malam apresiasi untuknya itu, Shila ketika diminta naik ke pentas memberikan ucapan diselubungi perasaan sebak tatkala bercerita mengenai pengorbanan ibu bapanya juga tiga adiknya.

"Saya masih ingat ketika berusia lima tahun dan belum pandai membaca, kebetulan waktu itu ibu saya sedang mengalami alahan mengandung, abah membawa mama ke studio untuk memastikan mama dapat berehat. Sedang asyik abah menyanyi, tiba-tiba saya menangis.

"Abah tanya kenapa saya nangis, saya cakap saya hendak menyanyi. Apabila abah tak izinkan, saya menangis lagi. Abah akur dan membenarkan saya masuk ke dalam studio dan selepas dipakaikan headphone, saya halau abah keluar.

"Masa jurutera muzik memainkan lagu abah, saya menyanyi dan suara saya dirakamkan. Saya menyanyi sampai habis dan hafal keseluruhan lirik kerana abah sebelum masuk studio selalu berlatih. Suara saya itu diguna pakai dalam lagu itu.

"Terima kasih kepada abah kerana membenarkan saya memakai headphone dan bertitik tolak dari peristiwa itulah menjadikan saya seperti sekarang," katanya.

Memanjangkan lagi rasa terima kasihnya yang tidak terbatas kepada abah dan mamanya, Shila amat berterima kasih kepada tiga adiknya, Shafiq, 20, Shahir, 17, dan Shada, 14.

"Kejayaan saya di Asian Wave 2012 tidak datang dengan mudah. Banyak perjalanan sukar sudah saya tempuhi dan untuk sampai ke tahap ini, ia memerlukan pengorbanan besar daripada orang terdekat di sekeliling saya.

"Bukan sekadar ibu bapa tetapi adik-beradik saya juga terpaksa berkorban. Saya anak sulung daripada empat beradik. Disebabkan saya, adik-adik saya kekurangan perhatian yang sepatutnya mereka dapat.

"Mama dan abah terpaksa menemani saya ke mana saja saya pergi supaya orang lain tidak mengambil kesempatan pada saya, tambahan pula saya mula menyanyi sejak kecil lagi. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik-adik saya kerana memahami dan sering menyokong saya dari belakang dan berkorban untuk kejayaan saya.

"Saya mahu mereka tahu saya sayangkan mereka dan apa yang saya lakukan sekarang ini, saya lakukannya untuk keluarga juga. Meskipun bergelar juara di Asian Wave 2012, ia sebenarnya adalah satu permulaan yang membuka pintu lembaran untuk ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Lupakan sejenak duka

Posted: 18 Oct 2012 10:10 AM PDT

JIKA melihat pada luaran, keadaan kesihatan pelakon veteran Kuswadinata yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang tidak nampak seteruk mana. Walaupun terbaring, dia masih mengenali mereka yang melawatnya.

Malah, dia juga mampu bercakap dengan baik dan bergurau ketika menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan ahli jawatankuasanya iaitu Salwa Abdul Rahman, Deen Maidin, Azizul Khamis dan Radhi Khalid.

Bagaimanapun, mendengar keterangan doktor sedikit menerbitkan kerisauan buat keluarganya serta semua yang hadir. Apa tidaknya, dia yang dimasukkan sejak 7 Oktober lalu akibat komplikasi pendarahan ulser usus, kanser kelenjar dan masalah buah pinggang kanan rosak dikatakan mempunyai peluang tipis untuk hidup iaitu 50:50.

Paling membimbangkan, pelakon bernama Kuswadi Bujang, 74, ini turut mengalami pendarahan dalaman yang serius. Keadaannya lemah dan bila-bila masa jantungnya boleh berhenti.


"Kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Doktor menasihatkan kami supaya bersiap sedia, jadi kami memberitahu semua kaum keluarga suami dan mereka termasuk dari Singapura sudah datang untuk melawat," kata isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, yang ditemani anak bongsunya, Mohamad Rizal, 23.


Menurut Kamariah, disebabkan pendarahan dalaman ini, doktor terpaksa mengarahkan suaminya berpuasa. Hanya ubat yang boleh diberikan kerana pembedahan sudah tidak boleh dilakukan disebabkan faktor umur.

"Suami juga pernah mengalami ketumbuhan fostat yang serius sebelum ini. Kami reda dengan apa yang ditakdirkan dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Situasi kami juga sudah terkawal berbanding ketika awal-awal suami dimasukkan ke hospital dahulu," katanya yang memberitahu ini kali keempat Kuswadinata dimasukkan ke hospital.

Pada 29 Julai lalu, Kuswadinata menerima rawatan selepas buah pinggang bengkak.
Dia pernah menjalani pembedahan saluran darah pecah pada 2008 dan kesan pembedahan itu membuatkan buah pinggang kiri rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.

"Dia ditahan di wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 21 hari dan kemudian dibenarkan pulang pada Aidilfitri kelima. Ketika itu, dia kelihatan lemah dan selepas itu mengalami pendarahan akibat ulser pada 29 Ogos lalu," kata Kamariah.

Bintang filem era Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang kini tinggal di PPR Hiliran Ampang ini mengalami masalah kesihatan kritikal sejak penghujung Julai lalu sehingga perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Akibat kanser kelenjar yang dideritai, Kuswadinata mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sejak 5 September lalu dan berada di wad sehingga pertengahan September. Selepas itu, dia dibenarkan pulang seketika, namun terpaksa dirujuk ke Hospital Ampang semula selepas mengalami pendarahan.

Freddie pula menyifatkan Kuswadinata seorang artis yang memberikan komitmen baik terhadap persatuan. Justeru, mereka tidak teragak-agak membantu
buat kali kedua untuk meringankan beban yang ditanggungnya.

"Inilah masanya untuk kami mengucapkan terima kasih terhadap sumbangannya selama ini. Sebagai 'public figure' sejak zaman Tan Sri P Ramlee, wajarlah kita kenang jasanya.

"Kami bertuah ada kawan seperti dia yang percaya kepentingan persatuan untuk membantu mengembangkan industri seni tanah air. Walaupun sakit, Kuswadinata masih boleh bergurau dengan kami yang melawatnya. Dia memang suka bergurau.

"Saya harap kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia. Tak perlulah kami dedahkan jumlah sumbangan yang diberikan. Yang penting kami cuba membantu kerana inilah tugas dan peranan yang perlu digalas persatuan buat artis yang memerlukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dentuman kuat, bergegar

Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT

Oleh Kalidevi Mogan, Nurul Ekhwan Haque Fazalul Haque, Norul Awatif Romli dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: "Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu turut menyebabkan lima lagi pekerja parah, seorang daripadanya putus kaki.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh," katanya.


Abdul Aziz berkata, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan sebelum mereka tiba kurang 10 minit selepas dihubungi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Penyamun datang serah bayi

Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT

SUNGAI BULOH: "Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi," kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu.

Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya.

Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya.

"Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu.


"Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Ney takut ditelan tandas

Posted: 18 Oct 2012 02:52 PM PDT

LONDON: Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan.

Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman.


Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan pergerakan Ney dan terpaksa bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia boleh menggunakan tandas yang dirasakannya selamat. Ibu kepada seorang anak itu berkata, bunyi air yang menderu ketika pam ditarik sangat menggerunkan.

"Sebaik tandas dipam, bunyi dan cara deruan air itu menyebabkan saya berlari jauh dari tandas," katanya.


Menurut Ney, dia hanya boleh berada di sekitar tandas ketika ia dipam jika ada seseorang menemaninya. Kata Ney, ketakutannya bermula sebaik saja memasuki tandas.


"Semakin lama berada di tandas, ia semakin mencemaskan tetapi perasaan itu akan hilang apabila saya keluar dari situ," katanya. Ketakutan Ney bermula sejak dia berusia empat tahun.

Katanya, ketika itu dia menonton babak tandas boleh berkata-kata dalam filem 1990, Look Who's Talking Too.


Dalam filem itu, watak The Toilet Man yang digambarkan mempunyai mata besar, bertaring dan bersuara seram menjerit.

Babak itu, kata Ney, menghantuinya sehingga kini. "Ketika berusia 11 tahun, saya pernah terkencing dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana saya terlalu takut menggunakan tandas," katanya. Menurut Ney, dia menjadi lebih takut jika melihat deretan tandas.


"Kerana itu saya hanya masuk ke tandas awam jika benar-benar perlu," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Upah pekerja tampar jika layari Facebook

Posted: 18 Oct 2012 02:47 PM PDT

SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.

Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.


Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook.

"Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan," katanya. Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan seseorang hanya produktif tiga hari seminggu. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


PBSNT enggan komen

Posted: 18 Oct 2012 02:38 PM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mahu membuat kenyataan terburu-buru berhubung perbatalan hukuman ke atas Peter James Butler oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi daripada badan induk bola sepak berhubung perkara itu.


"Tiada tindakan yang akan kami ambil ketika ini. Saya akan menanti surat rasmi terlebih dulu," katanya.

Menurutnya, surat terbabit adalah penting bagi memastikan sebab sebenar penggantungan itu tidak sah. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM berkata kemelut itu perlu diselesaikan sendiri antara Butler dan PBSNT.


"Kecuali tiada kata putus dicapai dan seandainya dirujuk kembali ke FAM, kami akan masuk campur," katanya.


Butler masih mempunyai kontrak sehingga November tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Lenyap unsur negatif

Posted: 18 Oct 2012 02:34 PM PDT

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pengurusan Persatuan Hoki Pahang (PHP) termasuk jurulatih sentiasa menerapkan disiplin tinggi di kalangan pemain jika ingin meningkatkan kualiti dan prestasi pasukan negeri.

Tengku Abdullah berkata, segala unsur negatif seperti merokok di kalangan pemain yang masih bersekolah dan penyalahgunaan dadah serta amalan rasuah perlu dipantau supaya ia tidak berlaku dalam pasukan hoki.


Menurutnya, amalan negatif jika dibiarkan berleluasa akan merosakkan prestasi pasukan di samping menjatuhkan maruah negeri Pahang.

"Saya harap sukan hoki Pahang akan meningkat terutama melahirkan pemain berkualiti yang bukan saja cemerlang di negara ini, malah di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.


"Dengan kemudahan serba moden seperti Stadium Hoki Kuantan (SHK), PHP perlu lebih kreatif dan bijak mencungkil bakat baru bagi memenuhi impian negara memiliki barisan pemain terbaik dunia pada masa depan," katanya pada pelancaran Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017 di Kuantan.


Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang mengumumkan SMK Seberang Temerloh (SMKST) sebagai Akademi Hoki Pahang berdasarkan kemudahan untuk melahirkan pemain berstatus dunia pada masa depan.

Pemilihan SMKST itu berdasarkan perancangan PHP yang melancarkan Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017.


Namun, Tengku Abdullah berkata, setiap daerah di Pahang harus mencari inisiatif mewujudkan sekolah angkat bagi sukan hoki bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Justeru, menurutnya, semua persatuan hoki daerah akan memainkan peranan lebih berkesan bagi melahirkan pemain pelapis yang cemerlang di daerah masing-masing.


"Bagi mencapai misi itu, PHP akan mengadakan lebih banyak pertandingan antara daerah termasuk penganjuran liga yang dilihat langkah paling berkesan bagi memajukan sukan ini.


"Setiap daerah juga diharap menganjurkan pertandingan supaya pemain sentiasa mendapat pendedahan selain menjalani latihan.


"Tanpa pertandingan sudah tentu latihan dilaksanakan tidak serius dan hilang fokus kerana tiada matlamat buat pemain."

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved