Sabtu, 29 Disember 2012

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Semuanya kerana anak

Posted: 28 Dec 2012 07:05 AM PST

DARIPADA segi fizikal jelas kelihatan susuk tubuh dan raut wajah Erra Fazira semakin kurus dan cengkung. Spekulasi timbul adakah dia mengalami tekanan hidup atau sedang berjuang dengan sesuatu yang cuba disembunyikan.

Apabila persoalan ini diajukan pada primadona filem Melayu zaman moden ini, dengan pantas dia menafikan berat badannya berubah dengan ketara. Sebaliknya, Erra memberi alasan mungkin tubuhnya nampak kurus kerana kesibukan kerja dalam bidang pengacaraan, lakonan mahupun nyanyian.

"Betul ke saya nampak kurus? Rasanya tidaklah kerana berat badan saya masih sama seperti dulu. Mungkin sebab saya sibuk dengan kerja dan membesarkan anak saya, Aleesya yang masih kecil dan sangat memerlukan perhatian daripada saya sebagai ibunya.

"Sebagai artis yang pentingkan penampilan, saya memang tidak mahu nampak terlalu kurus di kaca televisyen. Apa yang penting, saya sihat walaupun orang nampak kurus," katanya.


Bijak mengalih topik kepada kerjaya seni, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 38, yang mengikat kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro sehingga Mei 2013 mengakui dia semakin selesa sepanjang terbabit dalam musim pertama program Primadona yang membabitkan sebanyak 13 episod itu.


"Sebagai hos, saya perlu menyesuaikan diri dengan tiga lagi hos lain. Ada masanya saya perlu 'cool down' untuk beri peluang hos lain pula menonjol dalam program ini. Sebagai hos, kita perlu beri laluan dan hormati tetamu lain.

"Sebenarnya, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengacarakan program bersama empat hos sekali gus, tetapi secara perlahan-lahan kami semakin serasi antara satu sama lain. Memang tidak timbul siapa yang lebih hebat dalam program ini kerana setiap hos ada kekuatan, kelebihan dan tarikan tersendiri.

"Apapun, saya bersyukur program ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Kami juga akan menjayakan musim kedua Primadona pada Januari nanti," katanya.

Bukan saja hebat di pentas lakonan, penampilan julung kalinya sebagai hos dalam Primadona juga tidak menghampakan penonton. Malah, kemunculan aktres jelita ini dalam program bual bicara bertemakan slogan Bila Wanita Bicara itu sentiasa dinantikan peminat di saluran Astro Prima (saluran 105).

Walaupun bergandingan dengan tiga lagi nama besar dalam bidang hiburan tanah air, Rozita Che Wan, Ziela Jalil dan Raja Azura, kemunculan Erra tetap mencuri perhatian penonton apabila muncul di kaca televisyen. Itulah pesona dimiliki aktres hebat ini.

Erra mengakui tertarik mengacarakan Primadona kerana ia bercorak santai, menghiburkan tetapi tetap ada informasi yang disampaikan pada penonton.

"Saya tidak menafikan ada juga kami lari daripada topik yang dibincangkan, tapi kami cepat-cepat kembali semula pada topik asal sebelum penonton menyedarinya. Antara segmen yang menghiburkan ialah ketika bersama tetamu undangan iaitu pelawak AR Badul dan Zizan Raja Lawak.

"Segmen yang menyentuh hati ialah kasih ibu yang turut menyentuh emosi saya sendiri. Segmen 'Shopaholic' pula memberi maklumat mengenai destinasi beli-belah di mana ramai juga yang tidak tahu Malaysia adalah destinasi keempat membeli-belah yang terbaik di dunia," katanya.

Primadona bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam mulai 2 November lalu. Ternyata, program Primadona turut memberi impak yang besar pada penonton. Malah, Erra juga banyak menerima tawaran mengacara pelbagai program majlis dan program daripada pelbagai pihak di luar sana.

"Sebenarnya saya seorang yang pemalu. Bagi saya bidang lakonan dan pengacaraan memberi cabaran berbeza. Pada masa sama, pengacaraan adalah karier sampingan saja dan lakonan pula adalah periuk nasi saya," katanya.

Erra ditemui di majlis penyampaian hadiah Pereka Fesyen Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 (ABPBH) di Rafflesia Pearl Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis ringkas itu, Erra yang tampil dengan rekaan Hatta Dolmat menjadi pilihan peminat untuk kategori Anugerah Pereka Popular ABPBH 2011. Erra dan Hatta turut menerima sebuah trofi dan barang kemas Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Urusan Rafflesia, The Pearl Centre, Winnie Sin dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamshul Azree Samshir. Tidak ketinggalan, seramai 14 pemenang daripada kategori pembaca yang turut membawa pulang hadiah barang kemas bernilai RM5,000 hingga RM10,000.

Menyentuh karier nyanyiannya pula, kata Erra yang lebih lima tahun tanpa album baru, selepas singlenya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, dia akan muncul dengan single baru berduet dengan teman baiknya yang juga aktres, Datin Paduka Umie Aida.

"Sayangnya single Cinta Diam-Diam tidak mendapat tempat di stesen radio utama tempatan. Saya kecewa dengan apa yang berlaku, tetapi tetap muncul dengan single kedua yang menceritakan mengenai persahabatan yang judulnya belum ada lagi. Jika nak diikutkan jiwa saya memang rock dan bukannya lagu jiwang yang mendayu-dayu. Namun, saya perlu mengikut cita rasa peminat," katanya.

Bagaimanapun, Erra masih mendapat undangan persembahan majlis makan malam walaupun sudah lama tidak beraksi di pentas sejak berumah tangga.

"Saya akui berasa gementar dan berdepan dengan tekanan apabila beraksi di pentas kerana sudah lama tidak buat persembahan. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bila buat persembahan iaitu pilihan lagu yang sesuai atau tidak dengan penonton dan pasukan penari pengiring dan sebagainya lagi.

"Bila kita sudah jarang membuat persembahan, 'team' penari yang dulu sudah membawa haluan sendiri," katanya.

Erra tingkatkan prestasi

USAH diungkit lagi cerita rumah tangganya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang didakwa bergolak, ketika ini. Bagi Erra yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, fokusnya buat masa ini untuk meningkatkan lagi prestasinya dalam cabang seni diceburi sama ada bidang lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.

"Sekarang bukan masanya lagi untuk saya kejar anugerah. Perancangan saya pada tahun baru ialah untuk memantapkan ketiga-tiga cabang seni diceburi. Selain itu, saya juga ingin lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Kenangan paling manis sepanjang 2012 ialah karier seni berjalan dengan baik dan lancar dan saya masih ada 'demand' dalam industri. Maaflah, saya tidak ingin kongsi cerita pahit pada 2012 dengan peminat," kata pelakon drama Mana Hilangnya Juwita dan Parut Asyikin ini.

Bercerita perkembangan anak sulungnya, Engku Aleesya pula, kata Erra, anak kesayangannya itu akan mencecah usia 4 tahun pada 2013.

"Sebagai ibu, saya ingin mendidik Aleesya sebaik mungkin. Saya akan membimbingnya ke jalan yang lebih baik. Namun, saya akan beri sokongan dan panduan padanya jika bidang seni juga yang dipilihnya apabila dewasa nanti. Emak saya pun ingin saya menjadi doktor dulu, tapi akhirnya saya tetap juga pilih bidang seni," katanya.

Erra berkata, dia juga berasa risau kerana saiz badan Aleesya mempunyai potensi untuk menjadi obesiti jika tidak dikawal pemakanannya.

"Maklumlah, keluarga sebelah bapanya memang bersaiz besar dan tinggi. Aleesya juga mempunyai saiz tubuh yang memang besar untuk kanak-kanak seusianya. Aleesya juga suka makan nasi, tapi saya yang perlu mengawal pemakanannya sejak awal lagi.

"Selain itu, Aleesya juga akan meneruskan pembelajarannya di 'Play School' kerana dia memang seronok belajar di situ," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28



Indra curah ilmu

Posted: 28 Dec 2012 06:53 AM PST

PENGARAH sinematografi terkenal tanah air, Indra Che Muda yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang sinematografi, baru-baru ini dijemput Bahagian Pembangunan Modal Insan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai tenaga pengajar Bengkel Teknik Kamera Video.

Bengkel selama lima hari itu diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah.

Pengarah Pembangunan Modal Insan Finas, Mohd Fazli Abdul Aziz berkata, selaras dengan misi Bahagian Pembangunan untuk memberi pendedahan dan latihan amali berkaitan kemahiran perfileman kepada penggiat industri, bengkel itu banyak berkaitan dalam bidang yang disertai 18 orang.

"Indra Che Muda dipilih sebagai tenaga pengajar kerana pengalaman luasnya dalam bidang sinematografi sejak lebih 30 tahun lalu. Dia pernah terbabit dalam lebih 30 pembikinan filem cereka, 39 telefilem, drama, muzik video dan dokumentari," katanya.


Antara filemnya yang memenangi anugerah ialah Estet, Santau, Jangan Pandang Belakang, Qaisy dan Laila dan Buli. Oleh itu tambah Fazli, Finas percaya dengan konsep membawa tenaga pakar kepada peserta latihan anjuran Finas akan dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan tahap profesional peserta itu sendiri di samping memberi motivasi untuk lebih berjaya dalam bidang perfileman.


"Langkah ini juga diharap dapat melahirkan generasi pelapis dalam bidang tertentu untuk kesinambungan industri filem tempatan," katanya.

Sementara itu Indra Che Muda berkata, usaha Finas mengadakan bengkel berkaitan sinematografi amat baik dan wajar dipuji.

"Sepanjang tempoh lima hari bengkel diadakan, peserta menunjukkan minat dan kesungguhan yang luar biasa. Mereka amat berbakat dan memperlihatkan komitmen yang tinggi hingga ada peserta yang membawa kelengkapan kamera mereka sendiri untuk benar-benar mengambil peluang belajar.

"Bengkel ini juga memberi peluang kepada penggiat industri filem Sabah mendalami aspek sinematografi seperti komposisi, pencahayaan, penataan bunyi, audiopost dan penyuntingan. Secara peribadi saya berharap agar bengkel sebegini dapat diadakan lebih kerap di Sabah dan Sarawak dalam usaha merancakkan lagi perkembangan bidang drama TV dan filem di sana.

"Di sana ramai yang berbakat cuma mereka kurang mendapat pendedahan. Jangan biar bakat itu terbiar," katanya.

Presiden Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah, Mohd Noorshah Kamal pula berpendapat bengkel lima hari amat berguna dan bermanfaat.

"Menerusi bengkel ini banyak perkara baru yang kami pelajari, tidak dapat diperoleh dalam Internet atau carian maya. Walaupun tempoh lima hari agak singkat, tetapi ia adalah platform terbaik untuk kami berkongsi ilmu. Cikgu Indra mengajar kami agar lebih kreatif untuk menghasilkan produksi yang menjimatkan masa dan kos, tetapi tetap mengutamakan kualiti.

"Penyertaan bengkel ini dibuka khusus kepada ahli persatuan, namun tetap menyediakan kuota tertentu untuk penggiat drama atau filem tempatan yang berminat. Ada di kalangan ahli terbabit dengan produksi drama untuk TVi dan RTM, dapat menambah pengetahuan mereka menerusi bengkel ini. Secara keseluruhan bengkel ini padat, seronok, tidak membosankan dan memberi manfaat kepada," katanya.

Peserta bengkel, Emiliana Ginsos berkata perkongsian pengalaman selama lima hari bersama Indra Che Muda benar-benar memberi nilai tambah kepadanya dalam bidang penerbitan TV dan drama.

"Bengkel ini amat bermanfaat dan harapan saya agar lebih ramai kaum wanita dapat mengikuti program latihan sebegini pada masa akan datang. Saya berharap agar bengkel pengarahan dapat diadakan pada masa hadapan dalam memenuhi keperluan di negari Sabah khususnya dalam usaha meningkatkan pembabitan kaum wanita dalam dunia perfileman tempatan," katanya.

Seorang lagi peserta, Jusry Jaafar turut merakamkan penghargaan kepada Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPPK) dengan penganjuran bengkel ini.

"Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami berguru dengan Indra Che Muda, nama yang terkenal dalam dunia sinematografi. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan segala kemudahan terbaik untuk kami menimba ilmu.

Semoga bengkel seperti ini diadakan dengan lebih kerap dan jangka masa bengkel dipanjangkan selama seminggu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Banglo mewah terperangkap

Posted: 28 Dec 2012 02:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi.

Malah, sehingga lewat malam tadi, pergerakan tanah di situ masih berlaku dan situasi difahamkan kritikal hingga memaksa sekurang-kurangnya penghuni di empat banglo mewah di puncak bukit berkenaan di arahkan keluar.

Difahamkan antara penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana.


Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.


"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.

"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.

Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.

Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.

Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



‘Aku nak ajar hang’

Posted: 28 Dec 2012 02:28 PM PST

ALOR SETAR: "Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang." Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.

Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

"Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.


"Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jodoh pemuda kudung Iraq

Posted: 28 Dec 2012 01:30 PM PST

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya.

Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya.


Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia bukan saja tidak menyangka dapat menikahi Ankam, malah tidak menyangka terselamat dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Baghdad sembilan tahun lalu.

Sebagai seorang daripada mangsa paling parah dalam perang Iraq, Ali tidak diberi banyak harapan untuk hidup bagi meraikan ulang tahun ke-13. Banyak pihak juga tidak menjangkakan Ali berpeluang menjadi seorang suami. Selain kehilangan kedua-dua tangan, Ali juga mengalami kesan melecur pada 60 peratus badannya.


Ali juga kehilangan 16 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya. Gambar penderitaan Ali itu tersebar ke seluruh dunia dan dia menjadi wajah ikon bagi konflik berkenaan. Kata Ali, dia tidak sangka diberi peluang untuk terus hidup.


"Saya tak pernah membayangkan dapat mencintai seorang wanita dan yang paling pasti, tidak sangka ada peluang berkahwin," katanya. Menurut Ali, pada hari pernikahan, emosinya bercampur-baur antara sedih dan gembira.

Bagaimanapun, katanya, dia lebih terfikir bahawa dia sangat bertuah kerana dapat bertemu seorang wanita seperti Ankam.


"Memang saya tahu Ankam adalah pilihan tepat kerana dia tidak pernah membiarkan saya terfikir bahawa saya memiliki kekurangan.

"Apabila bersama Ankam, saya berasa seperti lelaki normal," katanya. Menurut Ali, dia sentiasa dibayangi tragedi pada 2003 itu dan ia turut mengubah hidupnya. Katanya, pada ketika tertentu, dia terdengar jeritan ahli keluarganya ketika bumbung dan siling rumah runtuh menimpa mereka akibat peluru berpandu AS. Ali bernasib baik kerana dikesan seorang jiran masih bernafas di bawah runtuhan bangunan berkenaan.


Selepas dikeluarkan, dia dikejarkan ke hospital.


Penderitaan Ali menyentuh perasaan berjuta orang di seluruh dunia apabila anggota perubatan di Iraq merayu supaya dia diterbangkan ke Kuwait bagi menjalani pembedahan menyelamatkan nyawanya. Akhirnya Ali diterbangkan ke Britain dan diberi bantuan tangan palsu di Hospital Ratu Mary di selatan London. Pada Jun 2010, Ali lulus ujian kewarganegaraan dan disahkan sebagai warga Britain. Sejak itu, Ali pulang ke Iraq beberapa kali untuk bertemu saudara-maranya yang terselamat dalam perang. Dalam kesempatan itu Ali diperkenalkan kepada Ankam yang pernah menjadi temannya ketika zaman kanak-kanak. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



Wanita bersalin selepas kereta dirempuh perompak di depan rumah

Posted: 28 Dec 2012 10:17 AM PST

LONDON: Seorang wanita bersalin selepas kereta dinaikinya dirempuh perompak yang melarikan diri dari rumahnya, lapor media semalam.

Ceri Fiddes, 33, sebelum itu dinasihati kakitangan hospital supaya pulang dan menunggu beberapa jam lagi walaupun dia mengalami tanda bakal bersalin.


Ketika Ceri dan suaminya, Daniel Fiddes menghampiri rumah mereka, seorang perompak menyerbu keluar, manakala rakan penjenayah itu menunggu di halaman.

Jurucakap polis berkata, Fiddes keluar dari kereta dan cuba menahan perompak terbabit.


Bagaimanapun, perompak terbabit melompat masuk ke kereta dan merempuh kenderaan Fiddes walaupun ketika itu Ceri ada di dalamnya. Jurucakap polis berkata, penjenayah terbabit melanggar kereta Fiddes berulang kali sebelum dapat melarikan diri dari rumah mangsa di Stoney Stratton.


"Apabila polis selesai membuat siasatan, Ceri mengalami kesakitan dan terpaksa dikejarkan ke hospital semula dua jam kemudian," katanya.

Dia akhirnya selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Jude pada 6 Disember lalu. Menceritakan pengalaman itu, Ceri berkata, ia memang mengerikan.


Katanya, ketika keretanya dirempuh berkali-kali, dia terhuyung-hayang dan Jude hampir dilahirkan di dalam kenderaan.

"Selepas bersalin di hospital pun, saya terpaksa kembali semula ke situ kerana uri saya tidak keluar.


"Anda mungkin dapat membayangkan bagaimana kecohnya hari kami," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved