Ahad, 31 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lelaki terbakar

Posted: 30 Jul 2011 10:08 AM PDT

ALOR GAJAH: "Saya nampak pemandu Proton Wira itu bergerak lemah sebelum kenderaannya terbakar," kata seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terbabit kemalangan di jalan Kampung Paya Rumput-Lubok China, di sini, pagi semalam.

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Fadhli, 19, berkata dia tidak sempat membantu pemandu kereta itu kerana api marak dengan cepat.


"Saya dan beberapa pelajar lain segera berlari ke belakang bas kerana bimbang kereta dan bas meletup.

"Pemandu bas segera menghubungi talian kecemasan dan bomba tiba dalam masa beberapa minit untuk memadam kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Khairul Fazli Suli, 33, maut dan badannya melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas UiTM kampus Lendu.


Bagaimanapun, 24 pelajar dan dua pensyarah serta pemandu dan pembantunya di dalam bas itu tidak cedera.

Metro Ahad difahamkan, Khairul Fazli dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang bekerja di stesen penapisan minyak sebuah syarikat di Sungai Udang datang dari arah Lubok China menuju ke Masjid Tanah sebelum kereta dipandunya dikatakan hilang kawalan.


Menceritakan kejadian itu, Mohd Fadhli berkata, dia dan beberapa penumpang lain terkejut selepas pemandu bas menekan brek kecemasan.

Katanya, pemandu bas mengelak ke kanan namun bertembung dengan kereta berkenaan.


"Sebaik berlaku kemalangan, pemandu bas segera turun dan membuka pintu kecemasan lalu mengarahkan semua penumpang turun kerana bimbang bas terbakar.


"Kami sepatutnya menghadiri satu program di Eagle Ranch, Pasir Panjang namun terkandas di tengah jalan kerana kejadian ini," katanya.


Sementara itu, pemandu bas, Mohamad Amin, 46, berkata ketika di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat hilang kawalan lalu merempuh bahagian depan bas dipandunya.


"Saya cuba tekan brek sejauh 50 meter namun disebabkan jalan licin, bas terus bergerak dan pada masa sama saya cuba mengelak ke kiri jalan.


"Bagaimanapun, bas dipandu tetap terbabit kemalangan dengan kereta itu. Sebaik berlaku kemalangan, saya segera turun dan mengarahkan penumpang turun melalui pintu kecemasan," katanya yang bertolak dari UiTM Lendu jam 8.10 pagi menuju ke Pasir Panjang, Negeri Sembilan.


Menurutnya, dia bersyukur semua penumpang bas tidak cedera, namun terkilan kerana tidak dapat membantu Khairul Fazli yang melecur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu serah wang pada peguam

Posted: 30 Jul 2011 09:05 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sepatutnya Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang ditolak permohonannya untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana mengemukakan rayuan hari ini dan dia juga menyerahkan wang RM6,000 kepada peguamnya Horley Isaacs, namun hasratnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia semalam.

Horley ketika dihubungi mengakui terkilan dan sedih dengan kematian anak guamnya sambil memberitahu, wang berkenaan dihantar ibu Mohd Ashraf yang hanya dikenali sebagai Mak Yah, 50, sewaktu mengunjungi pejabatnya di sini, Khamis lalu, untuk mengemukakan rayuan di mahkamah hari ini.


Menurutnya, Mohd Ashraf juga menemuinya Isnin lalu untuk berbincang mengenai permohonan rayuan itu dan Allahyarham dilihat dalam keadaan sangat tertekan serta murung.

Katanya, hari ini hari ke-14 iaitu tarikh terakhir untuk dia membuat rayuan, malangnya ia tidak sempat ditunaikan kerana anak guamnya meninggal dunia.


"Ketika mengunjungi pejabat saya untuk berbincang mengenai keadaan dan permohonannya, dia kelihatan sangat tertekan dan saya menasihatkannya bersabar kerana akan mengemukakan rayuan di mahkamah.


"Dia berkata kepada saya, tujuannya menukar nama hanya kerana mahukan sebuah kehidupan, bukan untuk melakukan perbuatan haram," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menghubungi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang berminat mengendalikan kes Mohd Ashraf bagi mengemukakan permohonan rayuan itu.


"Firma guaman itu hanya meminta Mohd Ashraf menampung perbelanjaan proses rayuan dan menawarkan khidmat guaman percuma kerana simpati dengan nasibnya, tetapi semuanya sudah terlewat," katanya yang tidak lagi mahu mengendalikan kes seperti apa dilakukannya untuk Mohd Ashraf selepas ini kerana kecewa dan sedih.

Dalam pada itu, Horley berkata, dia kecewa kerana sehingga kini Parlimen tidak mewujudkan undang-undang khusus untuk mengendalikan kes seperti itu, menyebabkan ramai golongan senasib dengan Mohd Ashraf tidak dapat menjalani hidup sempurna dan disisihkan masyarakat.


"Ada satu kes di mana Hakim V T Singgam menolak permohonan seperti ini pada 2004 dan beliau menyatakan Parlimen perlu mewujudkan satu undang-undang untuk golongan seperti Mohd Ashraf, tetapi selepas tujuh tahun, tiada undang-undang berkaitan dirangka.


"Ini menimbulkan masalah besar kepada golongan seperti Mohd Ashraf kerana apabila kita bawa kes ke mahkamah, mahkamah kata tiada bidang kuasa mengenainya, apabila bawa ke pejabat agama, mereka kata tidak ada bidang kuasa juga, jadi ke mana mereka ini mahu pergi (rujuk).


"Jadi saya rasa, dengan apa yang berlaku pada Mohd Ashraf, kerajaan dapat membuka mata dan segera mewujudkan undang-undang berkaitan. Seperti apa yang berlaku pada Mohd Ashraf, dia tidak minta jadi begitu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tiada orang ketiga

Posted: 30 Jul 2011 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.


Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

"SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan."

INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006
  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super
  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki
  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.
  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini
  • Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Dikebumi sebagai lelaki

    Posted: 30 Jul 2011 09:28 AM PDT

    KUALA TERENGGANU: "Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan 'tak sempat.' Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab.

    "Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya," kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.


    Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.

    "Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.


    "Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.


    "Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.

    "Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.


    Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.

    "Ketika di hospital, arwah tidak banyak bercakap tetapi sempat bertanya mengenai adik-beradiknya sebelum meminta dibiuskan berikutan sukar bernafas.


    "Namun, hasrat arwah untuk bertemu abang dan kakaknya tidak kesampaian. Mujur kami sekeluarga ada di sampingnya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya sambil memaklumkan arwah sememangnya mengalami penyakit tekanan darah rendah.


    Menurut bekas anggota tentera itu, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku sambil memaklumkan segala pengurusan jenazah dijalankan berdasarkan identiti arwah sebagai Mohd Ashraf Hafiz.


    Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah sebelum ini, Mak Yah berkata, dia dan keluarganya menerima keputusan itu seadanya selain memaklumkan keputusan sebenar atau terbaik untuk arwah anaknya terletak pada Allah SWT.


    Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.


    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


    Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock', dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.


    Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.


    Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.


    Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Dipaksa makan najis anjing

    Posted: 30 Jul 2011 08:15 AM PDT

    PHOENIX (Arizona): Empat orang dewasa berdepan dengan tuduhan membunuh secara kejam seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikurung dalam kotak kecil sebagai hukuman mengambil aiskrim tanpa kebenaran.

    Pihak berkuasa mulanya mengisytiharkan Amy Deal 'mati tanpa diketahui puncanya,' selepas keluarganya berkata dia meninggal dunia secara mengejut ketika bermain dengan kanak-kanak lain di kediamannya di Phoenix.


    Bagaimanapun, Jumaat lalu, punca kematiannya diubah kepada 'dibunuh' selepas penyiasat menemui corak penderaan yang mengejutkan, termasuk memaksa kanak-kanak perempuan itu memakan najis anjing, tidur di kamar mandi dan memaksanya berjalan kaki ayam di luar ketika cuaca panas.

    Polis berkata, Ame sering dikunci dalam kotak 1 meter panjang dan setengah meter lebar dan kira 300 sentimeter dalam.


    Kesalahan terakirnya sebelum dia mati ialah mengambil aiskrim tanpa izin.


    Sepupunya, John dan Samantha Allen, masing-masing brusia 23 tahun, mengaku mengurung kanak-kanak itui pada hari dia mati.

    Mereka menghadapi tuduhan membunuh dengan niat.


    Ibu saudara Ame yang juga penjaganya yang sah, Cynthia Stolzmann, 44, dan neneknya, Judith Deal, 62, memberitahu polis, mereka sebelum ini sering mendenda kanak-kanak itu dengan mengurungnya di dalam kotak itu.

    Kedua-duanya menghadapi tuduhan mendera dan menculik.


    Penyiasat berkata, mayat Amy ditemui dengan pakaian sungguh kotor.


    "Kanak-kanak itu mati ketika dibawah jagaan mereka yang sepatutnya memberi kasih sayang dan menjaganya. Kes ini sungguh menyedihkan, termasuk penyiasat paling berpengalaman," kata jurucakap polis Phoenix, Sarjan Trent Crump. - Agensi

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Polis pecah kereta selamatkan ‘bayi’

    Posted: 30 Jul 2011 08:11 AM PDT

    LONDON: Polis memecahkan cermin sebuah kereta untuk menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kenderaan itu ketika cuaca panas terik sebelum menyedari ia hanya anak patung.

    Chanel Cristofis, 5, meninggalkan anak patungnya, Sam, dalam kereta bapanyanya, Anastasi selepas dihantar ke sekolah.

    Anastasi kemudian pergi bekerja.

    Seorang wanita yang melintas kawasan tempat letak kereka ternampak anak patung bersaiz bayi itu, menyangka ia bayi betul yang ditinggalkan di dalam kereta, sebelum bertindak menelefon polis.


    Kerana bimbang 'kanak-kanak' itu akan mati akibat kepanasan, anggota polis memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum menyedari kesilapan mereka.


    Anastasi, 37, berkata: "Saya terkejut apabila polis datang sambil memegang anak patung itu serta menceritakan apa yang berlaku.

    "Mereka memberitahu saya supaya tidak meninggalkannya di dalam kereta lagi," kata Anastasi.

    Anak patung serupa itu amat popular di kalangan kanak-kanak perempuan.
    Pengeluarnya berusaha keras untuk menjadikannya kelihatan seperti bayi, termasuk melukis tanda lahir padanya.

    Isteri Anastasi, Victoria berkata, anaknya tidak boleh dipisahkan dengan anak patung itu tetapi ia menyebabkan pelbagai masalah.

    "Pernah seorang wanita terkejut dan ketakutan melihat Chanel menggoncangkan kepala anak patung itu. Wanita itu menyangka ia bayi betul," kata Victoria. - Agensi

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved