Jumaat, 14 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pilih hitam, kelabu warna dasar

Posted: 14 Jun 2013 06:53 AM PDT

Jenama terkenal, H&M membawa sedikit kelainan dengan pelancaran rangkaian terbarunya bagi musim luruh tahun ini menerusi rekaan ala tomboi bagi koleksi wanita. Pada masa sama ia turut menggunakan hitam dan kelabu sebagai warna dasar untuk kebanyakan pakaiannya selain sedikit cetusan merah.

Dihasilkan oleh pasukan pereka H&M, koleksi berkenaan menggabungkan cetusan idea glamor dan semangat ala tomboi yang banyak mewarnai gaya terbarunya.

Antara yang ditampilkan adalah kot yang mampu memberi siluet dramatik sama ada jenis panjang atau singkat serta gaun berkain lembut dihiasi labuci dan juraian yang boleh dipadankan dengan mana-mana pakaian lain.

Jaket kulit pula diberikan gaya vintaj dengan butang yang tidak sepadan antara satu sama lain, manakala seluar kulit membawa imej keras.

Foto

KOLEKSI pakaian wanita.

Foto

PILIHAN jejaka.

Foto

KOLEKSI pakaian wanita.


Gaya bohemia ditonjolkan pada jaket baldu yang dihiasi sulaman dan kepelbagaian aksesori termasuk cincin kecil untuk setiap jari bagi membangkitkan penampilan punk.


Ketua Pereka H&M, Ann-Sofie Johansson, berkata dia berasa sungguh teruja dengan koleksi terbaru itu yang menonjolkan keseronokan sebenar dalam berfesyen dengan pelbagai idea digabungkan menjadi sesuatu yang tersendiri.

"Ia mempunyai semua gaya utama untuk musim luruh dan saya rasa sungguh bangga ia dapat dipamerkan pada pertunjukan fesyen di Paris dan tidak sabar untuk melihatnya mual dijual di kedai pada September ini," katanya.

Sementara itu, bagi koleksi lelaki H&M musim luruh ini, ia menampilkan jahitan baru dan bentuk yang kontras, antaranya kot saiz besar sama ada bulu dengan kolar atau mempunyai hud bagi memberi rasa moden.

Jaket Harrington berzip dan jaket pendek bersulam memberi gaya kemas manakala kot panjang dilengkapi hud, blazer pendek, seluar panjang, baju panas, kemeja dan tali leher sepadan, memberi gaya maskulin yang menawan.

Aksesori pula menampilkan but, kasut, sarung tangan kulit, topi yang dikait dan tali leher bercorak.

Ketua pereka pakaian lelaki H&M, Andreas Lowenstam, berkata koleksi berkenaan membawakan elemen maskulin yang pelbagai yang digabung bagi musim ini.

"Terdapat terlalu banyak pilihan dan apabila digabungkan sekali, ia memberi gaya yang sungguh bergaya. Dengan pelbagai penampilan, ia membuatkan musim luruh lebih bermakna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Perhiasan unik hidupan laut

Posted: 14 Jun 2013 06:25 AM PDT

Pemakaian perhiasan memberi makna tersendiri kepada individu. Sama ada lelaki mahu pun wanita ia bukan saja memberi keyakinan, malah membuatkan penampilan lebih bergaya.

Menyedari wanita kini bijak menggayakan padanan dengan perhiasan bersesuaian, sempena musim panas dan luruh 2013, Pandora memperkenalkan himpunan perhiasan merangkumi gelang, anting-anting, cincin dan loket yang mempunyai tema berlainan seperti percutian, keindahan pantai serta kegembiraan.

Kehadiran gelang, cincin, anting-anting, rantai dan loket menyatakan gaya peribadi si pemakai. Rekaan berlatarbelakangkan hidupan laut seperti ikan menggunakan material perak, klip menggunakan bentuk tapak sulaiman bersalut emas 14 karat manakala bentuk lokan dan ketam sebagai daya penarik terutama kepada pencinta alam semula jadi.

Bentuk kerawang juga ada dalam emas 14 karat berlatarbelakangkan warna biru melambangkan keberanian dan keupayaan untuk mengatasi ketakutan dan halangan.


Menurut Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin, semua wanita mempunyai cerita tersendiri yang bernilai dan harus dibanggakan. Selain memiliki personaliti berbeza, wanita mempunyai detik terindah yang ingin diraikan.


Dengan kehadiran koleksi musim panas ini, Pandora memberi peluang kepada individu menyimpan kenangan peribadi mereka menerusi kepingan barang kemas.

"Setiap rekaan dihasilkan begitu sempurna dan kelihatan anggun apabila digayakan dengan padanan sedia ada. Barang kemas Pandora membolehkan anda meluahkan personaliti melalui kombinasi koleksi sedia ada dan ia pasti meninggalkan kenangan berharga kepada wanita," katanya.

Keunikan Pandora bukan saja pada rekaan, tetapi pembuatannya yang halus dan teliti oleh tangan tukang yang mahir. Jenama terbabit turut melancarkan gelang kulit baru dengan reka bentuk serta boleh dipakai sebagai gelang tunggal atau gelang berganda.

Untuk koleksi kali ini, ia boleh didapati bermula 3 Jun lalu. Layari www.pandora.net atau menyertai sebagai peminat di Facebook Pandora.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Enggan tanggung risiko

Posted: 13 Jun 2013 10:54 AM PDT

Shah Alam: Kira-kira 20 keluarga yang menetap di Pangsapuri Indahria, Batu Tiga, di sini, nekad untuk berpindah kerana bimbang tragedi 'Highland Towers' berulang selepas buntu memikirkan masalah mendapan di pangsapuri itu masih gagal diselesaikan sejak 2009 sehingga kini.

Pangsapuri 15 tingkat yang didiami kira-kira 1,000 penduduk itu kini semakin kritikal kerana struktur bangunan yang condong akibat rekahan tanah teruk yang berpunca daripada laluan air bawah tanah.


Keluhan penduduk mengenai masalah berkenaan seperti yang dilaporkan Harian Metro, 31 Januari lalu masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mahupun kerajaan negeri.

Penduduk memohon pihak bertanggungjawab agar menyegerakan proses pembaikan rekahan itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati, keadaan bangunan berkenaan bagaikan tergantung selepas setiap tiang terdedah dan takungan air jelas membuktikan struktur bangunan berkenaan berada dalam keadaan bahaya dan tidak kukuh.


Penduduk, Mohd Johar Mohd Mokhtar, 36, berkata, dia dan isteri berbincang untuk berpindah atas faktor keselamatan.

Foto

JALAN ke Pangsapuri Indahria retak.

Foto

TIANG cerucuk Pangsapuri Indahria yang tergantung akibat hakisan tanah.

"Keadaan mendapan di kawasan ini semakin teruk dan saya khuatir tragedi seperti yang berlaku pada Highland Towers menimpa keluarga saya. Sebelum ia berlaku lebih baik saya mengambil jalan yang lebih baik iaitu berpindah ke kediaman yang lebih selamat," katanya kepada Harian Metro, semalam.


"Malah beberapa siri aduan yang kami kemukakan kepada pihak bertanggungjawab hanya tinggal janji kosong. Kata mahu selesai segera tetapi sehingga kini masih tiada aktiviti pemulihan atau pembinaan berlangsung di kawasan ini," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Seorang lagi penduduk, Aimanudin Kamaruddin, 38, berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu 3, Rodziah Ismail memberikan kata putus yang berbeza dengan pemaju sehingga penduduk menjadi keliru.


"Beliau (Rodziah) berkata semuanya sedang berada di peringkat akhir masalah ini akan selesai dalam masa terdekat. Tetapi apabila kita bertanya kepada pemaju mereka berkata kertas kerja akan dibentangkan dulu sebelum dilaksanakan.


"Sebagai penduduk, mana satu yang harus kami terima. Bagaimana masalah ini akan selesai sedangkan pemaju dan wakil rakyat yang mewakili kami mempunyai jawapan yang berbeza atau mahu tunggu runtuh baru jumpa jalan penyelesaian," katanya.


Katanya, sebagai persediaan pihaknya bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) menubuhkan Majlis Tindakan Bencana Indahria bertujuan menjaga keselamatan penduduk sekiranya sebarang kejadian bencana berlaku.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi melaksanakan kerja pemantauan dan pengawasan tanah dan struktur bangunan di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Remy: Masih mencari cinta

Posted: 13 Jun 2013 11:17 AM PDT

Selepas percintaannya dengan pelakon Tiz Zaqyah Razak kecundang di tengah jalan, nama Remy Ishak sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita Maya Karin.

Namun, Remy menafikannya dan mendakwa mereka hanya teman biasa. Kata pelakon kacak berusia 31 tahun ini, dia masih lagi 'mencari cinta' selain lebih memberi perhatian kepada karier lakonannya.

Remy yang ditemui ketika mengikuti rombongan lawatan pemenang Anugerah Skrin 2011 dan 2012 ke Seoul, Korea Selatan anjuran TV3, baru-baru ini berkata, dia kini sangat seronok berlakon.

"Sekarang saya sibuk dengan karier lakonan hingga tiada masa untuk bercinta. Saya sedar ramai rakan seusia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga dan saya pula aktif membina kerjaya.

Foto

REMY dalam proses mencari cinta.

Foto

TAK serik bercinta, Remy idamkan pasangan yang sesuai dan terima dia seadanya.


"Bukan serik bercinta tetapi saya sebenarnya masih mencari pasangan yang sesuai. Saya inginkan seseorang yang boleh menerima diri ini seadanya sebagai Mohammad Zalimie Ishak dan bukannya Remy Ishak," katanya.


Menurut anak jati Masjid Tanah, Melaka ini lagi, dia juga enggan mengenang episod cinta yang sudah berlalu itu. Apatah lagi bekas kekasihnya juga sudah menemui pengganti dan kebahagiaan baru.

Sikap Remy yang dilihat semakin positif serta terbuka membicarakan soal cinta kini bagaikan dimensi baru dirinya. Bukan apa, sebelum ini dia agak payah untuk berkongsi.

"Sekarang saya sudah matang menghadapinya. Dalam tempoh lapan tahun ini, terlalu banyak perkara yang saya belajar terutama dalam memupuk hubungan baik bersama media.

"Saya sentiasa bermuhasabah diri dan sedar betapa artis dengan media perlu ada jalinan hubungan yang baik. Jadi saya harus bersikap terbuka untuk membicarakan soal peribadi.

"Apatah lagi, saya tahu sekarang peminat bukan hanya mahu mengetahui perkembangan karier seseorang artis tetapi pada masa sama juga kisah peribadi seperti hubungan cinta," katanya.

Menjelaskan mengenai sikapnya yang pernah dilabel media sebagai pemarah dan panas baran tatkala ditanya mengenai cinta sebelum ini, Remy berkata, ketika itu dia dihimpit tekanan serta emosi.

Katanya, apapun dia tidak marah kepada media tetapi kurang selesa membicarakannya kerana berpegang pada matlamat utama untuk mencipta nama sebagai pelakon.

"Memang niat utama saya memilih kerjaya sebagai pelakon kerana minat. Atas sebab itu, saya sanggup tinggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib.

"Pun begitu, ternyata bukan mudah untuk saya membina karier seni ini apatah lagi terfikir berjaya mencipta nama seperti sekarang. Apa yang pasti, niat saya jadi artis untuk mengetengahkan bakat dimiliki," katanya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, berpaksikan alasan itu dia agak kurang selesa apabila sering diajukan media dengan soalan sama yang lebih menjurus pada kisah peribadi seperti percintaannya berbanding karier.

Apapun, Remy mengakui dia amat berterima kasih kepada pengarah terkenal, Osman Ali yang bukan saja bertanggungjawab memberi peluang kepada karier lakonannya dikenali masyarakat tetapi pada masa sama banyak menasihati dirinya.

Tak pernah rasa diri popular

Pernah memenangi trofi Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak dua kali tidak membuatkan Remy lupa diri pada sejarah lalunya.

Katanya, dia tidak pernah berasakan dirinya sudah menjadi pelakon popular atau selebriti dikenali ramai dan dia masih seperti Remy yang dulu.

Remy berkata, sehingga kini pun dia masih lagi meluangkan masa menghadiri sesi uji bakat lakonan. Malah, pada masa sama dia turut positif sekiranya nama ditolak.

"Saya selesa menghadiri sesi uji bakat diadakan dari dulu hingga sekarang. Apatah lagi, saya juga bukan seorang pelakon yang suka mengambil semua tawaran yang datang.

"Ditambah pula, selepas memenangi anugerah membuatkan saya perlu bersikap lebih memilih terutama pada skrip yang bagus untuk memastikan hasil produk seni terbaik," katanya.

Remy yang mengakui suka menonton setiap filem, telefilem dan drama lakonannya sendiri memaklumkan dia mengambil pendekatan itu bagi mengenal pasti setiap kelemahan dan kekurangan pada lakonan dipersembahkan.

Kata Remy, dia juga tidak malu menonton lakonannya sendiri kerana beranggapan ia satu keperluan. Ujarnya adalah wajar bagi dirinya menonton lakonan sendiri untuk menilainya.

"Menerusi apa yang ditonton itu, secara tidak langsung memberi peluang kepada saya mengenal pasti kekurangan serta memperbaiki mutu lakonan dari masa ke semasa.

"Bahkan, walau pun nama saya sudah dikenali ramai tetapi ia belum lagi membuatkan saya berada pada tahap selamat. Jujurnya saya akui sehingga kini masih lagi bekerja keras dalam membina nama dalam kerjaya lakonan ini," katanya.

Remy yang turut memiliki bakat dalam nyanyian, bagaimanapun mengakui dia tidak terfikir lagi pada masa ini untuk aktif sebagai penyanyi. Katanya, sekarang fokus hanya pada lakonan saja.

Menurut duta produk Dashing yang mula dikenali menerusi telefilem Akuarium Cinta ini lagi, apa yang pasti dia turut menyimpan impian untuk duduk di kerusi pengarah suatu hari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jilat bebola mata

Posted: 13 Jun 2013 09:06 AM PDT

Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar 'oculolinctus atau worming', mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.

"Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya," katanya kepada he Huffington Post. "Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki." Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.


"Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak," katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.


Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai 'conjunctivitis' berlaku.


Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan 'worming'. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail

Foto

AMALAN menjilat mata yang popular dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Lelaki nekad henti guna gergaji

Posted: 13 Jun 2013 08:57 AM PDT

Rio de Janeiro: Seorang peladang yang memotong kayu dengan gergaji bulat elektrik berikrar tidak akan menyentuh alat itu lagi selepas mata pisaunya tertanggal dan terbenam ke dalam perutnya.

Gregory Steinmedc, 56, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang mengerikan itu.

Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya.

Peladang Brazil dari Campian Mission itu dibawa ke sebuah hospital di Santa Rosa dan memeranjatkan doktor kerana alat itu tidak terkena bahagian penting tubuhnya.


Steinmedc memberitahu wartawan tempatan bahawa dia tidak akan menggunakan alat itu lagi.


"Saya tidak akan gunakan alat itu lagi. Saya janji dan akan memegang janji itu. Alat itu memang bahaya."

Peladang terbabit menggunakan gergaji bulat itu untuk memotong kayu api di kediamannya.

Dia segera meminta bantuan isterinya, Freda yang pernah belajar ilmu pertolongan cemas ketika sewaktu kursus memandu.

Steinmedc berkata, hospital Santa Rose terletak dua jam dari kediaman mereka dan dia terpaksa menahan sakit kerana gergaji itu masih melekat di perutnya.

Pembedahan mengeluarkan alat itu memakan masa lebih dua jam. Menurut pakar bedah, Maurice Romano luka dialami Steinmedc ialah sedalam 10cm, tetapi tidak mengenai sebarang organ utama. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Bukan tanggungan kami!'

Posted: 13 Jun 2013 08:53 AM PDT

Kelana Jaya: "Bukan tanggung jawab FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) jaga dapur rumah orang lain." Itu kenyataan tegas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang tidak senang dengan tindakan segelintir pihak mengecam badan induk itu seperti bersikap lepas tangan dengan membiarkan pasukan mereka dihimpit masalah kewangan.

Menurut Azzuddin, FAM sudah menghulurkan geran tahunan RM350,000 kepada setiap pasukan Liga Super dan RM250,000 (Liga Perdana) dan tuduhan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, badan induk bola sepak tanah air itu langsung tidak membantu, silap.


Shahidan yang sebelum ini digantung 30 bulan dan didenda RM39,000 selain dilucutkan status sebagai Presiden PFA mengeluarkan kenyataan itu kerana didorong rasa kecewa apabila terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membiayai gaji pemain skuad Singa Utara.

"FAM ada memberikan peruntukan tahunan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana, selain itu setiap pasukan ada pengurusan sendiri dan sudah menjadi tugas mereka mencari dana," kata Azzuddin.


Selain itu sidang media 'khas' Azzuddin selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA semalam turut hangat dengan isu kedudukannya sebagai peneraju utama sekretariat dipersoal kerana didakwa gagal menguruskan dengan baik hingga FAM menjadi mangsa kecaman pelbagai pihak.


Bagaimanapun Azzuddin yang mengisi kerusi panas itu pada September 2007 atas lantikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyatakan pendiriannya untuk tidak berundur selagi terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi.

Foto

Datuk Azzuddin Ahmad

"Tiada pihak boleh paksa saya berundur kerana saya berada di sini mengikut statut FAM. Selagi Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) tidak bertitah untuk berundur, selagi itu saya akan terus berkhidmat.


"Tugas di sekretariat hanyalah melaksanakan keputusan dibuat jawatankuasa tertentu dan saya tidak terbabit membuat keputusan," katanya.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi laporan akhbar tempatan sebelum ini menyifatkan kewibawaan FAM semakin dikecam dan mendakwa Azzuddin sebagai punca masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Tunku Anum pengeluar atlet Kedah

Posted: 13 Jun 2013 08:50 AM PDT

Jitra: Kemudahan sukan yang sempurna dan terbaik menjadikan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMKTATAR) sebagai 'sekolah sukan' di Kedah.

Pengetua Sahabudin Ariffin berkata, antara kemudahan sukan disediakan ialah astaka, padang bola sepak, trek sintetik 400 meter, gimnasium dan gelanggang serba guna.


"Sekolah ini berjaya melahirkan ramai atlet sukan berbakat dan secara tidak langsung menaikkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

"Kemudahan itu memudahkan pelajar menjalani latihan secara sistematik. Tahun ini, kami mendapat tiga jurulatih tetap yang menguruskan sukan bola sepak, olahraga dan sepak takraw," katanya.


Sahabudin berkata, tiga jurulatih itu dari SMK Pulau Nyior (sepak takraw), SMK Mergong (bola sepak) dan SMKTATAR (olahraga).


"Saya harap Jabatan Pelajaran Kedah menyediakan jurulatih untuk sukan bola jaring.

"Majoriti anggota pasukan olahraga Kedah dari SMKTATAR manakala pasukan bola sepak yang mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga dari sekolah ini.


"Selain itu, kebanyakan pemain sepak takraw dan bola jaring yang mewakili MSSM dan SUKMA negeri ini juga dari sekolah ini," katanya sambil memberitahu tujuh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMKTATAR diambil bermain untuk pasukan bola sepak Piala Presiden Kedah.

Pada tahun lalu, SMKTATAR muncul juara Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Bawah 14 dan 17 Tahun di samping Johan Liga KPM Bawah 14 Tahun.


Sekolah itu turut muncul juara Liga Remaja KPM/FAM Bawah 17 Tahun, naib juara Piala Sumbangsih Bawah 14 Tahun dan juara Karnival Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia Peringkat Kebangsaan Bawah 13 Tahun tahun lalu.


Pada 2011, SMKTATAR muncul naib juara Piala Sumbangsih Liga KPM Bawah 14 Tahun dan tahun ini, menjuarai Piala Sumbangsih Liga KPM Bawah 14 Tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gedempol tanpa makan

Posted: 13 Jun 2013 11:15 AM PDT

Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.

Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.

"Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur," kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Foto

MANAYI (dua dari kanan) melawat keluarga Mani yang mempunyai masalah berat badan.


Velu berkata, bapa mereka yang berusia 80 tahun menghilangkan diri sejak lebih enam tahun lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Kalut dalam ribut

Posted: 13 Jun 2013 11:14 AM PDT

Georgetown: Ibarat nyawa di hujung tanduk. Itu yang terpaksa ditempuh seorang warga emas bersama empat cucunya apabila keretanya dihempap menara pemancar syarikat telekomunikasi sepanjang 20 meter yang tumbang dari Menara UMNO di Jalan Maccalister, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Koay Zheng Nian, 77, yang memandu Perodua Alza terpaksa merangkak keluar dari keretanya dan hanya mampu berdoa semua cucunya selamat kerana keadaan ketika itu agak kelam-kabut.

Ketika keadaan mencemaskan itu, dia bernasib baik kerana beberapa pengguna jalan raya lain turut memberikan bantuan selain mengeluarkan semua empat cucunya itu daripada kereta berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan membawa semua cucunya itu pulang dari sekolah sebelum kenderaan ditimpa binaan besi dan konkrit terbabit.

Foto

DUA kenderaan yang ranap ditimpa runtuhan.

Foto

SEORANG Ibu dan anak yang terperangkap dalam kereta selepas dihempap menara telekomunikasi seberat 50 tan diselamatkan.

Foto

PUNCAK Menara UMNO di mana menara pemancar dipasang.


"Saya terkejut dan terdiam seketika sebelum merangkak keluar dari kereta dan ketika itu cucu masih berada dalam kenderaan dan memang tidak mampu membawa mereka semua keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved