Sabtu, 6 Julai 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tragedi beli makanan ringan

Posted: 05 Jul 2013 11:57 AM PDT

Kuala Selangor: Niat seorang murid tahun satu untuk membeli makanan ringan selepas pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila digilis sebuah kereta yang didakwa dipandu laju dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Puncak Alam, di sini, kelmarin.

Mangsa, Faris Hakimi Sazali, 7, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Subang selepas dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.


Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika semua murid baru keluar dari kawasan sekolah untuk menaiki bas serta kenderaan ibu bapa masing-masing.

"Saya tidak melihat sendiri kejadian ketika murid terbabit dilanggar, bagaimanapun, ketika sedang sibuk melayan kanak-kanak lain membeli makanan ringan, saya terdengar bunyi yang kuat seperti sesuatu dilanggar.


"Sebaik melihat ke arah bunyi itu, saya dapati seorang kanak-kanak sudah berada di bahagian belakang sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita yang turut menjemput anaknya di sekolah berkenaan," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Seorang lagi saksi, Shafie Mokhtar, 60, berkata, ketika kejadian waktu persekolahan baru saja tamat dan murid menyerbu keluar ke arah gerai makanan ringan di tepi jalan.

Foto

TIADA pengawal mengawal keadaan lalu lintas ketika kanak-kanak menyerbu keluar apabila tamat waktu persekolahan.

Foto

KASUT mangsa yang tercampak di lokasi kejadian.

"Mangsa mahu melintas jalan ke gerai menjual jajan sementara menunggu van sekolah dinaikinya tiba namun tiba-tiba dilanggar kereta yang dikatakan dipandu laju.


"Kemalangan memang kerap berlaku di kawasan ini, namun kejadian itu adalah yang paling teruk sejak sekolah ini dibuka 13 tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai pemandu van sekolah.

Selain itu, seorang lagi pemandu van sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 42, berkata, kawasan berkenaan sepatutnya diletakkan bonggol berikutan kanak-kanak sering melintas.


"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan sekiranya pihak berkenaan mengambil langkah sepatutnya memandangkan ini bukan kali pertama kemalangan berlaku di kawasan ini.


"Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan atas kejadian yang berlaku sekiranya semua pihak lepas tangan?" katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kedua-dua pihak sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Ranking tak berubah

Posted: 04 Jul 2013 10:10 AM PDT

Kuala Lumpur: Walaupun tidak menyertai perlawanan persahabatan sejak akhir-akhir ini, kedudukan skuad bola sepak kebangsaan tidak berubah dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kekal di kedudukan ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.


Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).


Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Thailand (138), Filipina (144), Vietnam (145) dan Singapura (156).


Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Foto

HARIMAU Malaya kekal di tangga kelima Asia Tenggara.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,532 mata manakala Jerman kekal di tangga kedua, 1,273 mata.


Colombia yang berada di tangga ketujuh sebelum ini, mencipta kejutan merampas tangga ketiga daripada Argentina dengan 1,206 mata berikutan persembahan cemerlang dalam beberapa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Amerika Selatan.

Argentina pula turun ke tangga keempat selepas mengumpul 1,204 mata. Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Terengganu ungguli carta kedudukan

Posted: 04 Jul 2013 10:08 AM PDT

Kuala Lumpur: Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat walaupun sekadar menambah satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, semalam.

Pingat emas tunggal kontinjen pantai Timur itu diperoleh menerusi skuad bola sepak pantai wanita yang mengalahkan Sabah, 6-5 pada perlawanan akhir di Pantai Morib, Banting.


Hasrat Terengganu menyapu bersih dua pingat emas acara bola sepak pantai bagaimanapun tidak kesampaian apabila sekadar meraih perak dalam perlawanan akhir kategori lelaki selepas tewas kepada Pahang, 0-6.

Selain itu, Terengganu turut menambah sebutir pingat gangsa melalui acara Kabaddi wanita.


Terengganu setakat ini mengumpul 17 emas, 11 perak dan sembilan gangsa dan diikuti Wilayah Persekutuan dan Selangor, masing-masing 12-11-19 dan 12-10-21.


Acara Silambam yang membuka gelanggang semalam menyaksikan Negeri Sembilan dan Kedah mempamerkan kekuatan seimbang selepas masing-masing meraih dua pingat emas.

Sementara acara Kabaddi yang menutup tirainya semalam menyaksikan perebutan pingat emas antara Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk dua pingat emas yang ditawarkan.


Skuad Wilayah Persekutuan akhirnya mendominasi kategori lelaki, manakala Selangor wanita.

Hari ini hanya dua pingat emas menjadi rebutan acara ping-pong berpasukan, lelaki dan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Helah ambil ubat elak amukan bapa

Posted: 05 Jul 2013 10:50 AM PDT

Sibu: Helah seorang remaja berusia 17 tahun meminta bapa mengambil ubat menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki itu yang sebelum itu bertindak kejam membunuh dua adik serta ibunya di rumah mereka di Pulau Li Hua di sini, pagi semalam.

Ketika itu, si bapa sudah menekan batang buluh ke leher anak sulungnya itu.

Remaja terbabit yang hampir menjadi mangsa keempat bapanya, terjaga daripada tidur apabila terasa batang buluh di leher dalam kejadian jam 10 pagi semalam.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila suspek seperti akur dengan permintaannya untuk keluar dari bilik untuk mengambil ubatnya.

Foto

SUSPEK


Berikutan itu, remaja berkenaan mengambil kesempatan keluar melalui balkoni untuk berjalan di atas bumbung rumah berkembar itu sebelum terjun ke atas garaj kereta dan mendapatkan bantuan jiran yang kemudian menghubungi polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06

Koloni kahwin suka-suka

Posted: 05 Jul 2013 10:46 AM PDT

Ipoh: Sekumpulan pendatang tanpa izin yang mendiami sebuah perkampungan haram di Klebang di sini, dikesan mengamalkan tradisi kahwin 'suka-suka' tanpa perlu bernikah dan mendaftarkan perkahwinan hingga memiliki anak luar nikah.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Perak dibantu Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, melakukan serbuan di lokasi yang terletak di Klebang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, seramai 39 warga asing lelaki dan wanita termasuk tiga bayi berusia antara empat bulan hingga dua tahun ditahan dalam 'Ops Sapu' yang diadakan di rumah kongsi berkenaan.

Salah seorang daripada wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Sri, 26, yang beragama Islam mengaku memiliki anak luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki keturunan Flores dari Nusa Tenggara, Timur Indonesia.

Foto

SEORANG pendatang asing disoal siasat.


Dia yang berasal dari Medan mendakwa melahirkan bayi lelaki berusia tiga bulan selepas bersekedudukan dan tinggal bersama lelaki terbabit yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Penyelesaian cerai termahal di Britain

Posted: 05 Jul 2013 08:57 AM PDT

London: Bekas ratu cantik Malaysia mungkin menerima penyelesaian perceraian termahal di Britain selepas dia berpisah daripada suaminya.

Pauline Chai, 66, yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng.


Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.

Kes tuntutan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi London semalam tetapi Khoo, 74, mahu ia didengar di Malaysia kerana dikatakan dapat memberi kelebihan kepadanya.


Media melaporkan, Pauline menuntut sejumlah £500 juta (RM2.4 bilion) daripada harta dimiliki Khoo.


Jika kes berkenaan terus dibicarakan di Britain, Khoo mungkin terpaksa melepaskan 50 peratus daripada kekayaannya kepada Pauline, manakala perbicaraan di Malaysia mungkin tidak memerlukan dia membuat bayaran setinggi itu. Peguam Khoo berkata, membenarkan kes itu didengar di Britain akan memperluaskan peluang negara itu menjadi "ibu negara perceraian di dunia." Khoo - Pengerusi Malaysian United Industries - memiliki hartanah di England, Kuala Lumpur dan Australia.

Foto

PAULINE

Foto

KHOO

Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.


Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.


Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.


Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan "perlakuan tidak munasabah." Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Tolak tawaran jual hak gambar anak

Posted: 05 Jul 2013 08:46 AM PDT

Los Angeles: Pasangan Kim Kardashian dan Kanye West akhirnya menolak tawaran untuk menjual hak gambar anak pertama mereka kepada media, semalam.

Di sebalik tabiat Kim yang sentiasa gemarkan publisiti, dia dan West dilaporkan enggan menerima tawaran RM9.5 juta daripada sebuah majalah Australia untuk merakamkan gambar anak mereka. Selain daripada tarikh lahir dan nama anak mereka, pasangan Kim - West tidak pernah menunjukkan bayi berkenan kepada umum. Tiada sebarang gambar disiarkan dan sumber berkata, West mahu melindungi anak mereka, North, daripada orang ramai.


"West benar-benar serius apabila berkata North bukan bayi Amerika dan dia mungkin tidak akan berbuat apa-apa untuk mempamerkan anak itu," katanya.

Menurut sumber, West begitu rapat dengan bayi perempuan itu dan sentiasa tidak sabar untuk pulang selepas selesai berurusan di luar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


KL Gangster 2 lebih menggegar

Posted: 05 Jul 2013 05:57 AM PDT

HAMPIR dua tahun menanti, filem drama aksi terhebat, KL Gangster 2 sudah siap sepenuhnya dan hanya menantikan tayangan umum sekitar Oktober ini.

Perkara ini disahkan produser Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam, ketika ditemui di makmal Siam Film Development Co Ltd (SFD) di Bangplad, Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Yusof berkata, filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu baru selesai menjalani proses pos-produksi di makmal berkenaan dan pihaknya sangat berpuas hati melihat hasil arahan serta garapan terbaru Syamsul.

"Alhamdulillah segala proses akhir ke atas KL Gangster 2 berjaya dilaksanakan oleh Syamsul dan dia kini sedang menyiapkan trailer untuk filem ini sepanjang dua minit.


"Saya akui proses pembikinan filem bercorak prekuel ini paling lama dalam sejarah Skop Productions kerana penggambaran saja memakan masa 68 hari manakala bajet juga sehingga kini mencecah RM4.5 juta. Bagaimanapun, saya gembira kerana maklum balas yang diperoleh daripada mereka yang terbabit dalam pemprosesannya terutama di SFD, sa­ngat positif.


"Saya sendiri melihat kualiti yang bagus dari sudut pengarahan Syamsul malah memberikan sepenuh kebebasan kepadanya untuk berkarya.

"Walaupun belum lagi siap, pihak pawagam sudah bertanyakan mengenai filem ini dan kalau tiada aral melintang, ia akan ditayang­kan di 100 pawagam seluruh Malaysia dan Singapura sekitar Oktober ini," kata Yusof.

Apa yang membanggakan, Pengurus Pemasaran SFD, Pakin Maliwan atau Chartchai, berkata beliau sendiri cukup kagum melihat hasil arahan Syamsul dan menganggap KL Gangster 2 adalah filem aksi terbaik arahan pengarah itu dan lebih menggegarkan.

"Ia setaraf filem aksi antarabangsa lain yang pernah saya tonton dan diproses di makmal kami. Saya kagum melihat mutu lakonan, penampilan babak aksi dan gaya suntingan Syamsul yang semakin mantap. Saya yakin sesiapa saja akan terhibur menonton filem ini, selain mudah difahami," kata Chartchai kepada RAP.

Antara proses yang dilakukan ke atas filem ke-29 terbitan Skop Productions itu di SFD termasuklah kesan khas (special-effects), imej janaan berkomputer (CGI), kesan bunyi, gred warna, penataan bunyi Dolby Digital 5.1 serta adunan (mixing).

Seperti KL Gangster yang pertama, prekuel kali ini masih ditunjangi ramai bintang hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Ridzuan Hashim, Zizan Razak, Sofi Jikan, Corrie Abdullah, Sheera Iskandar serta Syamsul sendiri. Buat pertama kalinya juga, bintang handalan Rosyam Nor muncul dengan watak gangster psiko dan ganas bernama Tailong.

Daripada sedutan babak yang dipertontonkan kepada penulis di SFD, jelas kemunculan Rosyam begitu meninggalkan impak dan bakal menjadi bualan peminat kelak.

Syamsul tabik Rosyam

Bagi Syamsul sendiri, tugas yang sangat besar terpaut ke bahunya dalam menghasilkan filem yang kelapan itu kerana dia bukan saja berlakon watak penting, malah terus duduk di kerusi pengarah.

"Saya tak nafikan, saya rasai tekanan tiga kali ganda apabila menghasilkan filem ini berbanding KL Gangster yang pertama dulu. Saya sedar saya mesti berikan yang lebih baik untuk kepuasan penonton dan sebab itulah saya mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan KL Gangster 2. Memang kali ini semuanya lebih istimewa dari segi skrip, pelakon, lokasi dan juga suntingan.

"Saya lega kerana semua pelakon memberikan komitmen yang terbaik dan cukup terharu apabila Abang Rosyam akhirnya dapat berlakon filem saya. Dia memang pelakon yang hebat, rajin banyak 'homework' dan tidak lokek memberikan idea kepada kami.

"Saya sangat berpuas hati dengan lakonan Abang Rosyam malah dia membuat sendiri semua babak aksi dan 'stunts'. Memang dia pelakon contoh kepada mereka yang baru," kata Syamsul yang menghargai sepenuh kepercayaan yang diberikan ayahnya kepada filem itu.

Beliau berkata, walaupun KL Gangster 2 filem aksi, dia tetap menitikberatkan elemen drama dan dramatik kerana menyedari semua filem antarabangsa juga mementing­kan jalan cerita.

"Berbanding KL Gangster pertama, kali ini saya tonjolkan lebih banyak drama. Ini bukan filem percintaan antara kekasih sebaliknya ikatan kasih sayang kekeluargaan.

"Namun terus terang saya tak pernah anggap filem saya filem terbaik. Kalau filem saya disukai, saya anggap ia rezeki yang membakar semangat saya untuk terus mengarah lagi," kata Syamsul yang teringin menghasilkan filem aksi bercorak patriotisme pula selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05

Kemuncak GM2!

Posted: 05 Jul 2013 05:50 AM PDT

Debaran program pencarian selebriti terunggul Gadis M2 (GM2) sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan lima peserta akhir bersaing untuk memburu gelaran juara esok. Ia akan berlangsung di Pusat Konvensyen SP Setia, Shah Alam, jam 10 malam esok.

Lima peserta Top 5 yang berjaya melangkah ke peringkat akhir Gadis M2 adalah Siti Nursyahirah Nabila (She), 23, Subang Jaya, Selangor; Alia Afiqah Abden (Lia) 21,Tawau, Sabah; Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah) 22, Ampang, Selangor; Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22, Subang Jaya, Selangor dan Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra) 21, Setapak, Kuala Lumpur.

Berbanding minggu sebelumnya, persaingan minggu akhir Gadis M2 lebih sengit kerana peserta bakal berdepan dengan dua cabaran untuk menyerlahkan lagi kehebatan dan ketrampilan mereka sebelum layak dinobatkan sebagai juara.

Kejutan minggu akhir bermula apabila peserta dikejutkan oleh 'Big Sister', Dynas Mokhtar seawal jam 2 pagi. Cabaran pertama peserta perlu menyiapkan tugasan bertemakan 'avant garde' dengan menggayakan rekaan dari pereka terkenal Faizal Hamid dan sentuhan dari Snips.


Selepas wajah siap ditatarias oleh Snips, peserta Top 5 dibawa ke bumbung Wisma Sentral. Dengan berlatar belakangkan pemandangan menarik dari bangunan KLCC, mereka 'digantung' untuk sesi fotografi. Inilah masanya, peserta Top 5 perlu menampilkan aksi menarik mereka untuk dirakamkan di hadapan jurugambar terkenal, Bibo Aswan.


Mereka juga perlu berdepan satu lagi cabaran dengan memperagakan busana rekaan pereka terkenal, Azura Azwa sempena majlis bertemakan 'Amazing Red' yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain menimba pengalaman berjalan di pentas 'catwalk' bersama barisan selebriti terkenal tanah air, mereka turut menjadi tumpuan lensa jurugambar media cetak dan elektronik yang membuat liputan majlis berkenaan.

Terdahulu, barisan peserta Gadis M2 sudah pun melalui cabaran dari segi solekan, fesyen, peragaan, Cover Girl dan lakonan.

Barisan juri yang mengadili minggu akhir Gadis M2, juri tetap Datin Sofia Jane, Zaihani dan juri jemputan Bill Bora.

Rancangan yang dihoskan oleh Awal Ashaari selama sejam ini bakal menobatkan seorang selebriti terunggul yang akan membawa pulang kontrak artis lumayan bernilai RM100,000.

Selain itu, pemenang juga bakal membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM30,000, dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris tajaan AirFrance dan tajaan pembiayaan dari Snips of Creative Art sebanyak RM20,000.

Tidak ketinggalan, juara Gadis M2 berpeluang menghiasi enam muka surat majalah In-Trend.

Rancangan terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Sedania ini turut mendapat tajaan lokasi daripada Setia City Convention Centre dan Local Sim Kad.

Siapakah dari lima finalis yang bakal dinobatkan sebagai juara Gadis M2? Semuanya akan terjawab pada episod terakhir Gadis M2 yang bersiaran di saluran Astro Ria 104, malam esok (Ahad) mulai 10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved