Ahad, 17 Julai 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Setiap matlamat kesihatan boleh dicapai

Posted: 17 Jul 2011 08:15 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MEREKA hanya diperuntukkan tujuh minit untuk melengkapkan enam aktiviti ini - melompat papan, mengangkat besi dumbel, melakukan lonjakan kaki (lunges), juak barbel (barbell overhead), menyepak angin serta berbasikal menggunakan mesin pada jarak 200 meter - dan perlu dilakukan antara 10 ke 20 kali bagi hampir setiap aktiviti.

DHA tinggi dalam susu

Posted: 17 Jul 2011 07:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PEMILIHAN susu formula yang mengandungi kurang gula tambahan menjadi keutamaan bagi ibu bapa kini sebagai makanan utama tumbesaran anak-anak mereka.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dibelasah 10 samseng cilik

Posted: 16 Jul 2011 10:36 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik mencemaskan apabila dibelasah 10 'samseng junior' di dua lokasi berasingan di bandar raya ini akibat dituduh mendalangi kegiatan vandalisme.

Selain diminta menjelaskan RM7,000 kerana menyebabkan kerosakan kenderaan seorang ahli kumpulan itu, dia turut dipukul sehingga mengalami bengkak di kepala, wajah dan kedua-dua kaki, menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


Menceritakan kejadian pada Khamis lalu, pelajar terbabit dikenali sebagai Mohamad, 16, berkata pada jam 1.30 petang, dia yang berada di medan selera di Taman Bukit Saujana, di sini, dihampiri seorang remaja lelaki yang berpura-pura bertanya namanya.

Menurutnya, remaja itu kemudian memaksanya memasuki sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang dinaiki lima remaja lelaki, dipercayai pelajar sekolah lain.


"Saya dibawa ke sebuah kawasan pangsapuri berhampiran masjid dan di situ beberapa remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah lain berpakat membelasah saya kerana dituduh menyembur cat pada kereta milik seorang daripada mereka.


"Biarpun saya menjelaskan ia angkara pelajar lain, mereka tidak mengendahkannya, sebaliknya terus memukul saya dan kejadian itu turut disaksikan penduduk berhampiran," katanya.

Mohamad berkata, kumpulan remaja itu kemudian membawanya ke rumah terbengkalai di kawasan perkampungan sebelum memukulnya dengan objek keras.


Katanya, kumpulan itu menuduhnya menjadi ketua kumpulan vandalisme serta mengugut menikamnya dengan pisau jika gagal membayar ganti rugi RM7,000 bagi kerosakan kereta akibat diconteng dengan semburan cat.

Katanya, dalam keadaan terdesak, dia terpaksa berbohong dan mengaku melakukan perbuatan vandalisme supaya dapat menyelamatkan diri selain berjanji akan melangsaikan tuntutan ganti rugi itu.


"Mereka kemudian merampas kad pengenalan saya sebagai cagaran dan turut memaksa saya menyalin baju sebelum dihantar berhampiran rumah di sebuah pangsapuri dengan tujuan mendapatkan wang dituntut itu.


"Mujur ayah berada di rumah dan menjadi penyelamat di mana mereka melarikan diri selepas melihat kami bersama-sama turun di blok pangsapuri itu," katanya ketika ditemani ibunya, Masliza Isa, 40-an, di HSA, semalam.


Mohamad berkata, dia menjangka ada pihak salah faham dan beranggapan dia sengaja merosakkan kereta yang diletakkan berhampiran sekolahnya hingga tergamak melakukan perkara itu terhadapnya.


"Memang benar saya melihat sekumpulan pelajar lelaki menyembur cat pada sebuah kereta di luar kawasan sekolah jam 7.30 pagi pada 13 Julai lalu tetapi saya tiada kaitan, malah hasrat saya untuk melaporkan kejadian itu kepada guru juga dihalang pelajar terbabit.


"Tidak sangka akhirnya saya menjadi mangsa," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kelmarin.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Md Hasidin Zaini berkata, pihaknya akan menyiasat terhadap kejadian menimpa mangsa dengan secepat mungkin.


"Kami masih tidak menerima aduan daripada pengurusan sekolah mahu pun ibu bapa berkaitan kejadian itu.


"Namun kami akan berusaha mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam kejadian itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enggan pindah selepas rumah terbakar

Posted: 16 Jul 2011 10:34 AM PDT

PETALING JAYA: "Saya baru hendak menjamah nasi berlauk ikan goreng untuk makan tengah hari sebelum terdengar jeritan jiran," kata Ng, 78, mangsa kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah teres, di Seksyen 14/7, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, Ng bersama rakan serumahnya Yap, 60, terkejut sebaik mendengar jeritan beberapa jiran supaya keluar kerana api marak.


"Saya terkejut lalu keluar menyelamatkan diri. Saya sedih kerana tiada apa mampu diselamatkan memandangkan saya cacat dan menggunakan tongkat untuk berjalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Biarpun rumah terbakar, Ng dan Yap enggan berpindah keluar dan mahu tinggal di sebuah bilik belakang yang terselamat daripada kebakaran.


Difahamkan, Ng tidak mahu meninggalkan rumah yang didiami lebih 20 tahun itu kerana itulah hartanya yang masih ada.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Esa Aini berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11 pagi sebelum sebuah jentera membabitkan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami mendapatkan bantuan satu jentera membabitkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Penchala.


"Punca kejadian masih dalam siasatan, namun kebakaran bermula dari rumah tengah yang 90 peratus hangus terbakar," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian penghuni rumah tengah berkenaan tidur manakala isteri dan seorang anaknya tiada di rumah.


Bagaimanapun, Esa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit.


Katanya, jumlah kerugian dianggarkan lebih RM450,000 kerana membabitkan tiga rumah iaitu rumah kedua (Ng) 30 peratus terbakar dan rumah ketiga hanya 10 peratus terbakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hukum bogel

Posted: 16 Jul 2011 10:19 AM PDT

BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki 'buaya darat' mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut 'kesucian', sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.

Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat 'menuntut pembelaan'.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.


Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.


Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad 'memberi pengajaran' kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk 'disoal siasat' akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini.

"Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

"Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

"Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian," katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

"Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

"Selain 'dikikis', kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk 'bertindak' dan memaklumkan keluarga.

"Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu," katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai 'lombong' mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

"Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dihempap lori pasir

Posted: 16 Jul 2011 10:00 AM PDT

KULIM: Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan anak sulung maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama suami dan bapa mentuanya dihempap sebuah lori pasir yang hilang kawalan di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Sharlini Yusof, 26, dipercayai mati di tempat kejadian manakala suaminya yang memandu kenderaan, Norhusaini Hamdan, 26, dan bapa mentuanya, Hamdan Abdullah, 61, cedera.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika lori pasir terbabit dalam perjalanan dari arah Air Merah menghala ke Taman Selasih dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Menurutnya, lori sarat dengan muatan pasir itu dipercayai mahu membelok ke kiri untuk ke Taman Selasih tetapi terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum menghempap kenderaan dinaiki mangsa.


"Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk belakang dalam kenderaan terbabit yang menunggu lampu hijau di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih.


"Tiba-tiba sebuah lori penuh dengan muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik, manakala pasir dibawanya menimbus kenderaan dinaiki mangsa.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian bergegas untuk menyelamatkan mangsa dan membantu mengorek pasir yang menimbus kenderaan terbabit," katanya.

Menurutnya, orang ramai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dipanggil untuk menghulurkan bantuan sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit dan membawa mereka ke Hospital Kulim.

Katanya, pasukan bomba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang, tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia berada di sebuah kedai berhampiran apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat.

Katanya, sebaik menoleh ke arah lampu isyarat itu, dia mendapati sebuah lori terbalik menghempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan, dan turut mendengar suara orang meminta tolong ketika menghulur bantuan.

"Saya dan orang ramai bergegas mengambil penyodok untuk membuang pasir yang menimbus kenderaan mereka dan cuba mengeluarkan mangsa yang tercedera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jennifer Lopez, Anthony bercerai

Posted: 16 Jul 2011 09:28 AM PDT

LOS ANGELES: Penyanyi yang juga pelakon, Jennifer Lopez akan bercerai dengan suami, Marc Anthony selepas tujuh tahun berkahwin.

Pasangan itu mendedahkan keputusan mereka dalam kenyataan bersama kepada majalah People, semalam.


"Ia keputusan yang amat sukar. Kami mencapai keputusan itu selepas menimbang semua perkara," kata mereka.

Jennifer dan Anthony berpacaran seketika tetapi putus pada 1990-an sebelum menyambung percintaan mereka pada 2004.


Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun itu juga dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Jennifer di Beverly Hills.


Penyanyi itu melahirkan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. "Ia keputusan amat menyedihkan bagi semua," kata pasangan itu dalam kenyataan berkenaan.

Jennifer yang juga dikenali sebagai JLo, mula memegang watak utama menerusi filem 'Selena' pada 1997 sebelum dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam nyanyian. Album terbarunya, yang ketujuh, berjudul 'Love' diterbitkan April lalu.


Ia adalah perkahwinan ketiga bagi Jennifer dan kedua untuk Anthony. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah taksub Internet

Posted: 16 Jul 2011 09:27 AM PDT

LONDON: Penggunaan Internet secara melampau boleh merosakkan otak remaja.

Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.


Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.

Ia juga boleh mendorong kepada tingkah laku tidak sesuai.


Penyelidik mengimbas otak 18 pelajar universiti berusia 19 tahun yang menghabiskan masa antara lapan hingga 13 jam sehari di depan Internet selama enam hari seminggu.


Pelajar berkenaan dikategorikan sebagai penagih Internet dan diperlukan menjawab lapan soalan, termasuk sama ada mereka sudah mencuba untuk berhenti menggunakan komputer dan sama ada mereka berbohong kepada anggota keluarga mengenai jumlah masa yang dihabiskan pada Internet.

Keputusan itu kemudian dibandingkan dengan sekumpulan pelajar kedua terdiri daripada 18 orang yang hanya menghabiskan masa dua jam sehari di depan Internet.


Hasilnya menunjukkan ada berlaku kedutan pada permukaan otak, tempat memproses memori, emosi, pengucapan, penglihatan, pendengaran dan kawalan motor berlaku pada kumpulan pertama.

Hasil imbasan otak pelajar itu menunjukkan semakin lama ketagihan Internet mereka berlaku, semakin serius kerosakan itu.


"Keputusan kami menunjukkan ketagihan jangka panjang terhadap Internet akan menyebabkan perubahan pada struktur otak," kata penyeluidik.


Kajian itu dilakukan oleh pakar neurosains dan radiologi di universiti dan hospital di China.


Kira-kira 24 juta remaja negara itu dipercayai ketagih Internet. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Bangkitlah Brazil!

Posted: 16 Jul 2011 09:15 AM PDT

CAMPANA (Argentina): Brazil hampir mengalami kekalahan pada peringkat kumpulan Copa America menentang Paraguay sebelum berjaya meraih keputusan seri pada minit terakhir.

Namun penyerang Alexandre Pato berkata pasukan kendalian Mano Menezes itu perlu bangkit dan tidak melakukan sebarang kesilapan di La Plata awal pagi esok dengan kedua-dua pasukan itu dipertemukan sekali lagi pada suku akhir.


Menezes menghabiskan hampir sepanjang hari kelmarin meminta skuad simpanannya beraksi seolah-olah corak permainan Paraguay ketika sesi latihan.

Bagaimanapun, selepas Brazil akhirnya bangkit dengan mengalahkan Ecuador untuk menjuarai Kumpulan B, mereka sekali lagi bermula sebagai pasukan pilihan dengan penyerang Neymar (gambar) dan Pato menjadi sandaran utama.


Kedua-duanya menyumbang dua gol menentang Ecuador, sekalipun Menezes menyedari Paraguay tidak mungkin memberikan banyak ruang kepada mereka untuk mara ke depan.


Robinho dan Paulo Henrique Ganso akan ditugaskan untuk membuat hantaran bagi membuka ruang buat Neymar dan Pato dengan Ramires dan Lucas Leiva turut memperkemaskan jentera tengah.

Pato berkata Brazil mesti bersedia dari wisel permulaan, tidak seperti minggu lalu, apabila gol saat-saat akhir Fred menyelamatkan mereka untuk seri 2-2.


"Ia pastinya satu perlawanan sukar dan berbeza daripada sebelum ini dan kali ini tidak harus ada kesilapan.

"Tapi kami yakin mampu memenanginya," kata penyerang AC Milan itu.


Berdasarkan kehebatan Neymar dan Pato, Paraguay pasti resah kerana penyerangnya Roque Santa Cruz, yang menjaringkan gol pada peringkat kumpulan, tidak pasti diturunkan kerana kecederaan selepas dikeluarkan ketika seri 3-3 menentang Venezuela.


"Kami masih berharap," kata jurulatih Gerardo Martino kelmarin. "Kami akan tunggu sehari lagi dan melihat keputusan ujian."

Santa Cruz, pemain Blackburn Rovers dalam Liga Perdana Inggeris, yang muncul penjaring gol terbanyak bersama sepanjang zaman negaranya dengan 25 gol selepas menjaringkan gol menentang Brazil minggu lalu, terpaksa dikeluarkan sebelum rehat babak pertama menentang Venezuela selepas cedera otot kaki dan digantikan Nelson Haedo Valdez. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Borghi tetap percayakan Suazo

Posted: 16 Jul 2011 09:14 AM PDT

MENDOZA (Argentina): Penyerang Chile, Humberto Suazo (gambar) akan tetap berada dalam kesebelasan utama bagi pertembungan suku akhir menentang Venezuela awal pagi esok sekalipun gagal menjaringkan gol setakat ini, menurut jurulatih Claudio Borghi, kelmarin.

Suazo adalah penjaring gol terbanyak pada kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan tetapi mengalami kecederaan bahu menjelang pusingan akhir yang menjejaskan penampilannya.


Dia bergelut mengembalikan semula prestasi terbaiknya sejak itu dan belum lagi menjaringkan sebarang gol pada Copa America.

"Saya akan menanti selama yang boleh. Saya tidak berhasrat untuk mengetepikannya," kata Borghi apabila ditanya mengenai persembahan hambar Suazo.


"Ketika perlawanan kami akan melihat perubahan berdasarkan bagaimana seseorang pemain beraksi, tapi saya tidak ragu-ragu Suazo akan berada dalam kesebelasan utama." Chile terpaksa membuat sedikit rombakan menentang Venezuela di bandar raya Andes, San Juan. Pemain sayap kiri Juan Beausejour digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika menang 1-0 ke atas Peru dan perancang utama Matias Fernandez cedera dan tidak mungkin memulakan perlawanan. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved