Isnin, 20 Jun 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pengorbanan tanpa batasan

Posted: 20 Jun 2011 12:20 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MEREKA wanita hebat juga ibu cemerlang. Mempunyai kisah dan cerita menarik untuk diselami yang tentunya memberi inspirasi kepada sesiapa saja.

Keajaiban gerhana bulan

Posted: 20 Jun 2011 12:01 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BUKAN semua teruja mahu menyaksikan gerhana bulan atau matahari. Mungkin kerana astronomi sering dikaitkan dengan sains dan tidak ramai yang meminati sains. Sebenarnya ilmu astronomi memberikan kita lebih kefahaman mengenai alam cakerawala selain mendekatkan kita kepada pencipta alam semesta, Allah s.w.t.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat

Posted: 19 Jun 2011 10:16 AM PDT

KOTA BHARU: "Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

"Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.


Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.


Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.


Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.


Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.


"Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.


"Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu," kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.


Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.


Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5,000 meriahkan ulang tahun MBPJ

Posted: 19 Jun 2011 10:11 AM PDT

PETALING JAYA: Sambutan ulang tahun kelima Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meriah selepas program hari terbuka yang diadakan selama dua hari di Stadium Kelana Jaya, di sini, berakhir semalam dibanjiri kira-kira 5,000 penduduk.

Sebanyak 15 aktiviti diadakan bagi penduduk pelbagai peringkat umur antaranya pertandingan bola jaring, futsal dan mewarna selain konvoi kereta mini klasik.


Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata selain menyatupadukan penduduk di kawasan pentadbirannya, sambutan itu juga sebagai tanda penghargaan mereka.

Katanya, pihaknya sentiasa memberi keutamaan kepada penduduk dalam menunaikan tanggungjawab sosial menerusi penyediaan bas komuniti percuma, van orang kelainan upaya (OKU) dan klinik MBPJ.


Menurutnya, selari dengan pembangunan bandar raya berkenaan, pihaknya menyasarkan pertumbuhan ekonomi Kerajaan Selangor sebanyak RM10 juta menjelang hujung tahun ini bersempena pembaharuan semula bandar itu.


"Cadangan pembangunan yang bakal dijalankan dalam masa terdekat ini membabitkan Seksyen 52, Seksyen 51, Seksyen 51A, Seksyen 13 dan Seksyen 8 di bawah pakej rangsangan ekonomi Kerajaan Selangor," katanya ketika merasmikan Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat dan Kawad Formasi Piala Datuk MBPJ.

Sementara itu, beliau turut merasmikan perkhidmatan terbaru pihaknya, 'Mr EZ Pay' iaitu perkhidmatan kaunter pembayaran mudah bergerak yang bakal memulakan operasi awal Julai ini.


"Perkhidmatan ini akan bergerak pada jam 9 pagi hingga 5 petang di kawasan tumpuan ramai setiap hari sekitar Petaling Jaya bagi memudahkan urusan pembayaran dan pembaharuan lesen dan 100 peratus pembayaran cukai akan dicapai tahun ini berbanding 85 peratus tahun lalu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Pantang Fasha di lokasi

Posted: 19 Jun 2011 08:07 AM PDT

LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.

Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.

Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.


Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.


Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh. Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.

"Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.

"Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.

"Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.

"Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan," katanya.

Bintang filem Cicakman dan Anak Halal ini juga mempunyai pantangnya ketika di set penggambaran iaitu begitu menghormati skrip miliknya. Jika ada orang yang melangkah atau pelakon lain tidak membawa skrip mereka hingga terpaksa meminjam 'nyawanya' itu, ia memang jelas mengundang marah kepadanya.

Mungkin sebab itu juga, biar dipalit seribu satu kisah panas, hakikatnya, Fasha tetap menjadi pilihan produser dan pengarah untuk menjayakan drama atau filem mereka. Wajahnya tetap menjadi taruhan untuk menarik minat penonton hingga berderet-deret drama lakonannya menanti tayangan.

Siri Chinta membuka mata penonton mengenai bakat lakonannya begitu juga Samson Delaila dan Dia Atilia. Baru saja selesai penggambaran 5 Tahun 5 Minit, Fasha terus berkejar ke set drama Dewa Cinta pula. Selepas ini, Fasha bakal melangkah ke set drama siri terbitan Suhan Movies pula.

Menyifatkan semua itu sebagai rezeki dan hadiah atas kesungguhannya, pemilik pusat kecantikan Chinta Saloon ini mengakui terpaksa menolak dua tawaran filem semata-mata tidak mahu hilang fokus dengan mengambil dua kerja dalam satu masa.

"Bohong kalau saya katakan tidak terkilan kerana terpaksa menolak dua tawaran filem. Lebih-lebih lagi saya sudah lama tidak beraksi di layar perak. Namun saya tidak mahu mengaut semua tawaran hingga nanti terkejar-kejar pula.

"Lagipun, jujurnya sebagai seorang pelakon, saya tidak boleh mendalami sesebuah watak itu jika tiada fokus. Oleh kerana itu, saya hanya mengambil watak yang sudah saya persetujui terlebih dulu.

"Alhamdulillah, pihak produksi tidak henti meletak kepercayaan kepada saya dan selesa dengan apa yang saya berikan. Memang tidak dinafikan saya banyak membintangi drama televisyen akhir-akhir ini kerana setiap tawaran yang datang itu lengkap memberikan watak yang kuat serta plot cerita yang berbeza hingga mampu menonjolkan bakat lakonan saya.

"Malah saya merasakan mungkin ini juga alternatif terbaik untuk mendekati peminat baik di kawasan bandar mahupun jauh di pedalaman apabila saya banyak tampil untuk drama televisyen," katanya yang merancang kembali membintangi filem tahun depan.

Dewa Cinta bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam mulai hari ini. Kali ini, Fasha digandingkan dengan Iqram Dinzly dan turut dijayakan Aida Khalida, Nabila Huda, Bkay Nair serta penampilan sulung, Black.

Drama siri 26 episod yang diarahkan Haris Fadzillah ini mengangkat Fasha selaku teraju utama membawakan watak Dewi Junita Anastasia atau June, penyanyi kelab malam yang menyimpan misteri kisah silamnya hingga mengheret jiwanya memberontak ingin kebebasan daripada perasaan trauma lampau itu.

Fasha yang pertama kali dipertemukan bersama Iqram, menyifatkan plot ceritanya begitu kuat dan pembangunan watak yang begitu berbeza menyuntik rasa ingin mencuba buatnya.

"Selain watak dan jalan ceritanya yang berbeza dan menarik, Dewa Cinta pertama kali menampilkan watak saya sebagai penyanyi dan ini memaksa saya belajar bermain alat muzik. Maklumlah, kononnya saya penyanyi yang penuh karektor dan misteri. Namun saya bersyukur kerana ada Black yang sudi mengajar bermain gitar bagi menghidupkan watak June.

"Kelakarnya, ini juga pertama kali peminat dapat menyaksikan saya menyanyi sendiri menerusi dua lagu, Endless Love dan Dewa Cinta. Memang ia satu pengalaman yang indah dan begitu hebat sekali," katanya.

Dewa Cinta menemukan dua jiwa berlainan latar belakang, Iqbal lakonan Iqram, seorang anak muda yang lahir daripada keluarga berada namun cuba melarikan diri selepas memberontak dengan perasaan sendiri akibat ayahnya yang terlalu garang.

Iqbal meninggalkan kemewahan dan menyembunyikan perasaannya sebelum bertemu June, wanita yang lebih berusia daripadanya namun punya sikap dan personaliti menarik.

June masih setia menanti kekasihnya di luar negara untuk bermain muzik namun hingga ke saat ini belum pulang kepadanya. Akhirnya, atas dasar ikhlas dan keserasian yang lama-kelamaan muncul, June dan Iqbal mula terperangkap dengan kemelut cinta.

PROFIL

Nama Penuh: Nur Fasha Sandha Hassan
Tarikh Lahir: 28 Mac 1984
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Drama: Kasih... Relaku pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Sutera Maya, Spa Qistina, Duyung Aridinata, Chinta, Samson Delaila, Dia Atilia, 5 Tahun 5 Minit dan Dewa Cinta.
Filem: Skrip 7707, Cicakman 2: Planet Hitam, Cinta U-Turn, Evolusi KL Drift, Anak Halal, Nana Tanjung 2, 9 September, Cicakman, Cinta, Nana Tanjung, Gong, Bujang Senang, Anak Mami Kembali, SH3 The Movie, Berlari Ke Langit, Bintang Hati dan Black Maria.
Iklan: Darlie, Sunsilk, Maybelline, Garnier, Maxis, Petronas, Nokia, Darlie,Pantene,Total Image, Walls Ice Cream dan Fair & Lovely
Pencapaian: Pelakon Wanita TV dan Filem Popular sebanyak empat kali di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belasungkawa Zami Ismail (1944 - 2011): Bawa nama Pak Uda ke akhir hayat

Posted: 19 Jun 2011 07:53 AM PDT

SUASANA tenang ketika kebanyakan warga seni berehat pada hujung minggu dikejutkan dengan berita pelakon dan pelawak terkenal, Zami Ismail menghadap Ilahi.

Pelakon popular dengan watak Pak Uda menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat kompilasi jantung dan paru-paru. Arwah berusia 67 tahun dibawa ke tempat kelahirannya di Tapah, Perak untuk pengebumian selepas solat Asar.

Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dan tenat malam sabtu apabila terpaksa bergantung dengan bantuan mesin pernafasan.

Sepanjang aktif berlakon, arwah pernah berulang kali mengalami sesak nafas sejak membintangi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dia dimasukkan ke hospital pada 1997 dan 2007 sehingga koma hampir tiga hari. Bulan lalu, arwah


dimasukkan ke Hospital Ampang kerana penyakit asma yang teruk, tetapi dibenarkan pulang selepas kesihatan bertambah baik.


Aktif sebagai anak seni sejak era 1960-an, anak seni kelahiran Tapah, Perak ini pernah membintangi pelbagai drama termasuk 18 filem. Penampilan akhirnya di layar perak menerusi Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid pada tahun lalu.

Satu lagi filem baru bersama Mamat iaitu Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit menjalani penggambaran pada Februari lalu serta filem, Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek belum ditayangkan.

Arwah meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan anak, Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Opie Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24, dan Zahid Albukhman, 21.

Pengarah sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Prof Dr Hatta Azad Khan berkata, pemergian arwah satu kehilangan besar pada bidang hiburan tempatan. Dia yang berkenalan dengan arwah sejak aktif menerusi drama pentas di Ipoh, Perak pada penghujung 60-an, cukup mengagumi dan menghormati bakat lakon dalam diri rakannya itu.

"Dia seorang pelakon yang sangat berbakat. Malah, bakatnya dihargai apabila menang Festival Teater Kebangsaan. Saya melihat bakat lakonnya semula jadi sejak zaman muda.

"Ketika dia berlakon bersama saya menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia bersama kumpulan pelakon yang sama-sama berbakat. Sumbangannya terhadap sitkom itu cukup mengagumkan hingga nama watak Pak Uda dikenali ramai sehingga akhir hayatnya.

"Secara peribadi mengikut pengalaman saya bersamanya, dia seorang pelakon yang mudah bekerjasama, sentiasa ceria dan apabila saya bagi skrip kepadanya dia nampak mudah untuk berlakon.

"Saya percaya karakter itu sudah ada dalam dirinya yang membuatkan lakonannya hidup dan menjadi. Begitu juga dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia serasi dengan rakan pelakon yang lain," katanya.

Kali terakhir Hatta bertemu dengan arwah ketika tayangan semula, Mat Som sempena program Merakyatkan Filem di Coliseum, Kuala Lumpur, tahun lalu.

Katanya, ketika berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dia ada menunjukkan masalah kesihatan akibat sesak nafas, tetapi keadaan itu tidak kerap berlaku.

"Apa yang saya lihat, semangat dia kuat untuk terus bekerja. Memang itu sikapnya sejak dulu dan tidak putus asa terhadap masalah kesihatan dihadapi," katanya.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez pula berkata, kehilangan arwah membawa berita mengejutkan semua warga seni khususnya mereka yang pernah bekerjasama.

"Sepatutnya, arwah terbabit dalam satu acara persembahan makan malam, Pesta Lawak anjuran Karyawan di Restoran Seri Melayu pada 26 Jun ini.

"Pada mulanya, acara ini dirancang persembahan pada 5 Jun lalu, tetapi ditangguh untuk memberi masa kepada arwah berehat sebelum latihan bermula pada minggu depan.

"Sebelum ini, dia nampak begitu bersemangat dan teruja mahu menjayakan acara ini. Tiga minggu lepas, saya bersama beberapa rakan artis melawatnya di rumah selepas dia keluar hospital, bulan lalu.

"Ketika melawatnya, saya meminta dia banyak berehat dan tidak bimbang kerana acara Pesta Lawak tetap diteruskan apatah lagi dia membawakan watak utama," katanya yang mendapat berita kematian Zami menerusi Imuda yang berada di Pulau Pinang.

Freddie berkesempatan menziarah arwah buat kali terakhir di IJN berkata, acara Pesta Lawak akan tetap dijalankan sebagai penghormatan mengenang jasanya. Karyawan mengharapkan penjualan meja untuk acara ini mendapat sokongan rakan artis agar hadir beramai-ramai.

"Sebahagian kutipan jualan meja itu nanti akan disumbangkan pada balu arwah. Sepanjang mengenali arwah, dia seorang yang ceria dan aksi jenakanya sering menghiburkan. Bagi saya, dia seorang pelawak disanjung ramai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Cheryl kembali kepada Cole

Posted: 19 Jun 2011 09:22 AM PDT

LONDON: Cheryl Cole dilapor kembali kepada bekas suaminya, Ashley. Bintang Girls Aloud itu dikatakan bermalam di rumah mereka di Surrey sebelum pemain bola sepak itu bercuti baru-baru ini.

Meskipun penyanyi itu, yang disingkir daripada menjadi hakim dalam siri X-Factor versi Amerika Syarikat baru-baru ini, menetap di rumah 12 bilik berkenaan, pasangan itu dikatakan tidak berkongsi bilik. Cheryl dan Cole berkahwin pada Julai 2006 tetapi bercerai September lalu.


Mereka dikatakan bercerita mengenai malam istimewa yang dikongsi bersama. Seorang rakan memberitahu akhbar News of the World, pasangan berkenaan juga mendedahkan bagaimana mereka menghabiskan masa seperti dulu, bermain snooker, merokok dan minum bersama.

"Tidak ada yang janggal antara mereka dan mereka kelihatan begitu selesa bersama. Selepas bersama semula, bintang bola sepak Chelsea itu berlepas ke Amerika Syarikat untuk bercuti, meninggalkan Cheryl di rumah itu.


Penyanyi itu dipercayai ingin melarikan diri daripada media dan tumpuan yang dihadapinya di rumah sewanya di utara London.


Rakan bintang itu juga dipetik oleh News of the World sebagai berkata: "Cheryl tahu Cole akan bercuti. Kerana itu adalah sesuai baginya untuk berada di rumah itu.

"Mereka menghabiskan masa bersama malam itu dan ia berjalan lancar. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku apabila Cole kembali daripada bercuti kelak." Laporan itu tersebar ketika timbul tanda tanya mengenai keadaan Cheryl selepas dia digugurkan daripada senarai jemputan satu majlis makan malam eksklusif diraja.


Majlis berkenaan diadakan untuk Putera William dan isteri, Kate Middleton apabila mereka tiba di Los Angeles bulan depan.

Bagaimanapun, namanya ditarik balik dari senarai berikutan pemecatannya daripada X-Factor versi AS.


Satu sumber memberitahu News of the World: "Ia satu lagi tamparan kepada Cheryl kerana ia adalah sesuatu yang yang diharapkannya ketika ini. Seluruh bintang Hollywood mahu dijemput ke majlis berkenaan. "Tetapi tanpa X-Factor, tidak ada alasan untuknya berada di majlis itu. Ia adalah acara yang akan membolehnya dilihat menyerlah pertama kali oleh seluruh warga Amerika Syarikat." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasangan kembar ubati duka Hefner

Posted: 19 Jun 2011 09:20 AM PDT

LOS ANGELES: Pengasas Playboy, Hugh Hefner sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya Crystal Harris, kelmarin.

Tetapi, sebalik bersedih dengan tindakan bakal pengantin perempuan itu melarikan diri, jutawan berkenaan menemui penawar paling sesuai untuk merawat hatinya yang luka - dua wanita jelita yang pernah meninggalkannya dulu, kembali menemaninya. Beberapa hari selepas ditingggalkan, Hefner, 85, mengalu-alukan kembali bekas teman wanitanya, Karissa dan Kristina ke rumah agam Playboy, semalam.


Pasangan kembar itu mengesahkan perkembangan itu dan kelihatan pasti untuk menggembirakan bekas teman lelaki mereka.

Malah Karrisa juga meninggalkan teman lelakinya, pelakon Smallville, Sam Jones untuk bersama dengan Hefner.


Menurut laporan, gadis Platyboy itu juga berbohong kepada Jones mengenai rancangannya kembali ke rumah Hefner.


Rakannya memberitahu TMZ, dia mendakwa dia perlu kembali ke rumah itu atas alasan profesional tetapi kemudian mengaku dia me mutuskan untuk pulang ke pangkuan Hefner selepas Jones membantunya berkemas.

Dalam pada itu, Crystal dilihat bersama-sama dengan penyanyi dan penulis lagi, Jordan McGraw semalam meskipun menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Malaysia boleh!

Posted: 19 Jun 2011 10:58 AM PDT

BIARPUN kedudukan skuad negara untuk melepasi halangan pusingan kedua Olimpik London 2012 masih belum terjamin, seri 0-0 dengan Lubnan pada aksi pertama di Beirut memberi sedikit kelebihan apabila mereka bertemu sekali lagi di Stadium Bukit Jalil, Khamis ini.

Walaupun gagal mencatat kemenangan dengan aksi positif di tempat lawan, sekurang-kurangnya anak buah Ong Kim Swee boleh pulang ke tanah air dengan lapang dada kerana berjaya mengelak lawan daripada mendapat bekalan berharga untuk perlawanan kedua nanti.

"Misi kami di sini (Beirut) boleh dianggap berjaya kerana mencatat keputusan seri dan tidak membenarkan mereka (pemain Lubnan) mendapat gol.

"Tapi, agak kecewa sedikit kerana kami hampir mencatat kemenangan jika pemain tidak mensesiakan banyak peluang.


"Bagaimanapun, dengan keputusan ini, moral pemain kembali meningkat dan yakin untuk beraksi pada perlawanan kedua di Kuala Lumpur," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.


Aksi awal perlawanan yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut tampak hambar apabila kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati mengatur permainan.

Berbekalkan sorakan semangat yang diberikan lebih 300 penyokong yang kebanyakannya anggota tentera daripada pasukan Malbatt dan Malcon Malaysia yang bertugas menjaga keselamatan di Lubnan, skuad negara yang pada mulanya tenggelam berjaya mengancam kubu tuan rumah.

Asakan awal bermula dengan rembatan pemain sayap kanan Wan Zack Haikal Wan Nor yang Berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah Mohamad Dakramanji pada minit ke-11.

Seminit kemudian Malaysia terlepas peluang terbaik apabila tandukan Izzaq Faris Ramlan melambung tinggi walaupun mendapat hantaran cantik Fandi Othman di depan pintu gol.

Bagaimanapun, Lubnan yang dikendalikan jurulatih Samir Saad hampir mendahului pada minit ke-32 namun rembatan kencang Hassan Chaito sedikit tersasar walaupun penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

Pada babak kedua beberapa peluang Malaysia yang terhidang gagal disempurnakan dengan baik oleh Wan Zack dan penyerang gantian Syahrul Azwari Ibrahim sekali gus menyaksikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Namun Kim Swee tetap berpuas hati dengan komitmen pemain selepas dikritik hebat gara-gara aksi buruk dalam perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Qatar sebelum ini.

"Strategi kami menjadi kerana tidak membenarkan pemain Lubnan bermaharajalela di tempat mereka, saya berharap pemain-pemain dapat menunjukkan prestasi lebih baik untuk memastikan kita layak ke pusingan seterusnya," katanya.

Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu.

Jika melepasi pusingan kedua, mereka akan layak bersaing ke peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Olimpik London 2012.

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Olimpik Munich 1972.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat (C), Mohd Zubir Azmi, Mohd Fadhli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Irfan Fazail, K Gurusamy, Gary Steven Robart, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Mahali Jasuli, Izzaq Faris Ramlan.

LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Omar Quaida, Nour Mansour, Ali Bazzi, Chad Atie, Hassan Chaito, Abdallah Taleb, Haitham Faour, Mohamad Haidar, Mahmoud Kojok, Kassem Leila.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4 sahabat maut

Posted: 19 Jun 2011 10:47 AM PDT

KUALA LIPIS: Empat sahabat karib yang sedang dalam perjalanan ke sebuah restoran, maut dalam keadaan mengerikan apabila Toyota Vios dinaiki mereka terputus tiga akibat bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Lipis, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, pemandu kereta, Hoi Wai Kin, 20, dari Benta Jaya, Lipis, penumpang, Wong Kok Heng, 17, Wong Chin Xion dan Yap Chung Hung, kedua-duanya 15 tahun, dari Kampung Penjom, maut di tempat kejadian.


Seorang lagi penumpang yang selamat, Chan Kwan Yong, 30, juga dari Kampung Penjom, patah tangan kiri dan mengalami gegaran otak dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan mendapati, kereta dinaiki mangsa menghala ke Benta dari Penjom dipercayai dipandu laju menyebabkannya hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres yang menghala ke Kelantan dari Kuala Lumpur.


Katanya, akibat pelanggaran itu, kereta dinaiki mangsa berpusing dan berhenti di tepi jalan menyebabkan Wai Kin yang bekerja sebagai pemandu jentera, Kok Heng dan Chin Xion, masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, di sini, manakala Chung Hung pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa, tercampak keluar kira-kira 10 meter daripada kenderaan mereka.


"Bagaimanapun, Kwan Yong yang tersepit di tempat duduk belakang kereta berjaya dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke HKL, namun kemudian dipindahkan ke Hoshas," katanya.

Menurutnya, pemandu bas, Wan Seman Wan Yi, 48, pula hanya cedera ringan dan turut menerima rawatan di HKL manakala pemandu kedua serta 42 penumpang bas tidak cedera.


Abdul Razak berkata, siasatan mendapati permukaan jalan kering dan keadaan cuaca baik namun lokasi kejadian tidak mempunyai lampu jalan.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas terbabit untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987.


Abdul Razak berkata, mayat semua mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing selepas selesai bedah siasat, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Proton gah di New Caledonia

Posted: 19 Jun 2011 10:28 AM PDT

BAGAIKAN ulangan keputusan di Malaysia, Proton meraih tangga pertama dan ketiga pada kejuaraan Rali New Caledonia untuk mencatat kemenangan kedua mereka selepas tiga pusingan Kejuaraan Rali Asia-Pasifik (APRC), semalam.

Merangkul kemenangan kedua musim ini selepas muncul juara pada perlumbaan pembuka tirai musim pada Rali Malaysia April lalu, Chris Atkinson dan jurupandu Stephane Prevot bertindak hebat dengan jentera Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan tiga hari itu di depan pemandu Pertamina Cusco Racing, Rifat Sungkar yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.


Ketabahan dan keazaman rakan sepasukan, Alister McRae berbaloi apabila dia menduduki tangga ketiga selepas melepaskan pendahuluan awalnya pada rali itu kerana tayar pancit dan kerosakan driveshaft.

Kemenangan di New Caledonia menyaksikan Proton merampas kejuaraan keseluruhan, tangga teratas di kalangan pencabar APRC dan tangga pertama Piala Pasifik. Proton turut merangkul Trofi Berpasukan APRC pada rali itu.


"Ia keputusan luar biasa buat Proton, seluruh pasukan dan buat Stephane dan saya secara peribadi. Perlumbaan kami tidaklah berakhir tanpa halangan terutama dengan kerosakan driveshaft pada hari kedua tapi kami bertuah kerana mampu jarakkan diri dan kekal pendahuluan," kata Atkinson.


"Daripada segi kuasa, persembahan dan ketahanan, Satria Neo S2000 beraksi bagaikan sebutir permata minggu ini." Dengan mata maksimum dipungut di New Caledonia, Atkison kini merampas tangga teratas kejuaraan pemandu APRC dengan 58 mata, hanya dua mata di depan McRae.

Di tangga ketiga pemandu Team MRF, Gaurav Gill, yang tidak menamatkan perlumbaan di New Caledonia.


McRae turut merampas kedudukan tangga pertama dalam kejuaraan pemandu Piala Asia daripada Gill. Turut melonjak ke tangga pertama dan kedua kejuaraan jurupandu APCR adalah Prevot dan Bill Hayes dengan masing-masing mengutip 58 dan 56 mata.

Proton turut mengukuhkan pendahuluan mereka dalam Trofi Berpasukan APRC dengan 128 mata di depan Team MRF.


Satu lagi bonus buat Proton adalah Karamjit Singh memenangi kategori dua lejang dengan jentera 1600cc Satria Neo sekali gus memantapkan lagi pendahuluannya dalam kejuaraan pemandu dan kejuaraan pengeluar dengan 78 mata. Karamjit menduduki tangga kesembilan keseluruhan pada rali itu.


"Kami amat teruja dengan kemenangan ini. Dua kemenangan dalam tiga pusingan APRC pasti membuktikan Satria Neo S2000 kompetitif. Kami mengalami nasib kurang baik dan isu mekanikal tapi kereta ini terbukti dari semasa ke semasa mampu untuk bersaing dengan kereta yang lebih kuat dan lebih penting memenangi rali," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


"Kami banyak menyalurkan usaha ke arah pembangunan daripada segi meraih persembahan hebat dan ketahanan sejak rali terakhir di Australia dan ini nyata berbaloi di sini di New Caledonia," menurutnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haziq, Khairul terpilih ke Itali

Posted: 19 Jun 2011 10:24 AM PDT

PRESTASI cemerlang ketika menyertai kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini menjadi teras pemilihan Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad untuk diberikan kepercayaan bersaing merebut tiket ke Olimpik 2012 pada Kejohanan Dunia di Itali, bulan depan.

Dua pemanah muda negara itu akan bergandingan bersama pemanah berpengalaman, Cheng Chu Sian manakala tiga pemanah yang tersenarai dalam program Road to London 2012 iaitu Izzuddin Abd Rahim, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz dan Arif Farhan Ibrahim Putra diketepikan.


"Kami membuat keputusan berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan mereka manakala pemanah yang tidak terpilih gagal memberikan aksi diharapkan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Ia juga adalah cadangan ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung," kata Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Abdul Hamid Hasan.

Sejak awal tahun ini, Haziq dan Khairul Anuar mempamerkan persembahan membanggakan pada beberapa kejohanan yang disertai termasuk meraih emas di sirkit kedua Grand Prix Asia kedua di Laos.


Malah ketika aksi di Laos itu, gandingan Haziq dan Khairul Anuar bersama Fazli Hisyam Fauzi berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan meraih 228 mata dalam acara berpasukan untuk mengatasi rekod lama, 224 mata yang dilakukan Chu Sian, Wan Mohd Khalmizam dan Mohd Marbawi Sulaiman pada Kejohanan Dunia 2007.


Kejohanan Dunia di Torino itu yang bermula dari 3 hingga 10 Julai ini adalah saingan pertama menawarkan tiket untuk melayakkan diri ke Olimpik 2012 dengan lapan pasukan terbaik dan 22 pemanah teratas layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Sekiranya gagal, barisan pemanah negara masih mempunyai dua peluang untuk meraih tiket itu iaitu sirkit ketiga Piala Dunia di Amerika Syarikat pada Ogos dan Kejohanan Asia di Iran, pertengahan Oktober.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved