Rabu, 22 Mei 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Seiring pelukis lelaki

Posted: 22 May 2013 06:17 AM PDT

Matanya bersinar tatkala bercakap mengenai seni lukisan kaca bertemakan lautan, malah menceritakan secara mendalam mengenai setiap pengalaman ketika menjengah ke dasar laut di beberapa kawasan menyelam terkenal di dalam dan luar negara.

Mengenalinya secara lebih dekat, nyata pemilik nama Zuzila Zain, 43, bukan sekadar pelukis berbakat, tetapi juga mempunyai jiwa yang tabah dalam melalui liku hidup penuh cabaran.

Semuanya diterima dengan hati tabah dan diolah menjadi aur positif, kemudiannya dipantulkan sepenuh jiwa ke dalam hasil seni yang dapat menarik perhatian sesiapa yang memandang.

"Memang ada masa kita akan berasa kecewa, marah dan sedih apabila datang cabaran dalam hidup, tetapi kita kena reda. Pada saya usaha dan tawakal perlu seiring; dan ia elemen yang sangat penting dalam kehidupan ini.

Foto

TEMA laut jadi keutamaan karya Zuzila.


"Kita juga kena sentiasa berfikiran positif dan perlu bersyukur dengan apa yang kita ada kerana jika kita lihat sekeliling, ada lagi orang lain yang mempunyai kehidupan lebih susah. Bukan cabaran itu yang melemahkan kita tetapi cara kita berfikir. Bagaimana cara kita lalui sesuatu ujian itu yang penting," katanya.


Berguru dengan pelukis terkemuka negara, Raja Azhar Idris, Zuzila adalah antara artis wanita yang berani mengetengahkan bakat menghasilkan seni kaca yang selalunya dipelopori pelukis lelaki.

Ini kerana katanya, seni berkenaan agak sukar serta berbahaya kerana menggunakan peralatan yang tajam. Malah serbuk kaca yang halus boleh menyebabkan masalah kesihatan serius sekiranya langkah keselamatan tidak ambil.

Keadaan itu menjadikannya kurang popular di kalangan artis wanita namun baginya, selain melukis dia amat tertarik dengan kerja pertukangan atau bidang yang ekstrim, kerana ia menepati jiwanya.

Malah lukisan yang dihasilkan di atas kanvas turut mendapat sentuhan kerja pertukangan apabila Zuzila memotong dan membentuk kayu hingga menyerupai hidupan laut, sebelum ditampal pada lukisannya.

Ia menjadikan hasil kerja wanita itu unik dan menarik, malah mempunyai peminat tersendiri yang tidak teragak-agak mengeluarkan wang untuk mendapatkan kerja seninya biarpun ada yang mencecah ribuan ringgit.

"Saya juga seorang penyelam profesional dan mengajar kanak-kanak untuk menyelam. Saya gemar pergi ke tempat menarik dan menyelam di sana kerana sentiasa rasa takjub dengan kehidupan di dalam laut.

"Biarpun sudah beberapa kali pergi ke tempat sama sepanjang lima tahun aktif dalam skuba tetapi setiap kali menyelam, pemandangannya berbeza. Setiap kali menyelam ia memberikan pengalaman baru kepada saya.

"Ketenangan yang saya rasakan ketika menyelam dan pemandangan indah yang dilihat dalam laut itu digabungkan bersama karya seni saya," katanya.

Malah Zuzila turut menggemari aktiviti menyelam pada waktu malam kerana tertarik dengan keadaan dan jenis hidupan laut yang keluar pada ketika itu berbeza dengan pemandangan pada waktu siang.

Turut menerima tempahan daripada pelanggan, setiap karya seni Zuzila mengambil tempoh antara satu hingga dua minggu untuk dihasilkan bergantung kepada kerumitan dan juga idea yang datang.

Antara teknik lukisan yang digunakannya adalah 'scribble', pindah kolaj, pindah foto, ukiran kayu atas kanvas dan seni kaca yang menggabungkan beberapa jenis dan warna kaca untuk membentuk lukisan.

Warna terang juga mendominasi hasil kerja Zuzila memandangkan menurut wanita itu, dia memang menggemari warna sebegitu kerana ia seolah-olah memberi satu nafas kehidupan dan nampak bersemangat.

Bagi seni kaca, Zuzila berkata, dia akan memotong dan menyusun semua kaca di tempat yang dimahukan, kemudian ia akan dimasukkan dalam ketuhar dan dibakar pada suhu sehingga 1,200 darjah Celsius.

"Ada antara seni kaca saya ditempah untuk dijadikan hiasan dinding dan ada juga yang mahu ia dibentuk menjadi mangkuk hiasan. Saya memilih warna terang kerana ia nampak cantik dan saya mahu setiap orang yang melihat hasil saya akan berada gembira dan terhibur. Saya mahu orang rasa teruja setiap kali melihat karya saya," katanya.

Selain mendapat tunjuk ajar dari Raja Azhar, Zuzila pernah mengikuti kelas seni kaca di Canberra, Australia. Semua kaca yang digunakannya diimport khas dari Australia kerana kualitinya yang tinggi.

Pemilihan tema laut dalam karya seninya juga mempunyai mesej tersendiri kerana Zuzila berharap ia akan meniup semangat cintakan khazanah laut selain meningkatkan kesedaran untuk menjaga alam sekitar sebaiknya.

Masa lapangnya juga banyak dihabiskan dengan mengajar kanak-kanak sekolah cara melukis atau membuat kraf di Balai Seni Visual Negara dan Galeri Petronas, malah turut ke sekolah pendidikan khas dan melukis mural bersama-sama pelajar.

Katanya, dia gemar menghabiskan masa bersama kanak-kanak kerana golongan cilik itu mampu memberikan inspirasi kepadanya untuk berkarya dengan lebih yakin.

Selain melukis dan menyelam, Zuzila juga suka memasak untuk menjamu rakan-rakan dan keluarga, serta sering melancong sama ada bersendirian atau bersama teman yang ditemui di luar negara.

"Saya sanggup mengambil cuti sebulan dan pergi melancong. Saya gemarkan pelancongan bajet kerana ia lebih mencabar dan memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan.

"Bila melancong kita dapat berkenalan dengan bangsa lain, belajar sesuatu dan mengenali budaya mereka. Namun sebagai seorang Islam, kita kena teguh menjaga solat biarpun di mana pun kita berada.

"Mereka menghormati kita kerana kita ada prinsip dan melancong juga akan membantu menguatkan semangat dan menjadikan kita lebih berani berhadapan dengan sesiapa saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Kekuatan dalaman Gillard

Posted: 22 May 2013 05:18 AM PDT

Julia Gillard adalah wanita cekal yang mendapat pujian antarabangsa atas kecaman berapinya terhadap sikap sesetengah pihak yang suka merendahkan kedudukan serta martabat kaum wanita, namun rata-rata pengundi masih belum dapat memahami atau menerima sepenuhnya sisi feminis beliau sebagai Perdana Menteri wanita pertama Australia.

Sifat kerasnya sebagai feminis dapat dilihat apabila ahli politik dari Parti Buruh Australia itu berjaya mematahkan cabaran terbaru terhadap kepimpinan beliau baru-baru ini dalam gaya yang menunjukkan kebangkitan kuasanya selepas memegang tampuk pemerintahan sejak 24 Jun 2010.

Selepas berminggu spekulasi berkisar mengenai kejatuhannya, Gillard berdiri di dalam Parlimen dan memberitahu pembangkang supaya bersedia sebelum berhadapan dengan pemberontakan dalaman partinya.

Malah, Gillard, 52, yang terkenal dengan sikapnya yang pragmatik dan berakal tinggi pernah menggelar pembangkang, Tony Abbott sebagai 'ulat selesema' dan rakan Abbot, Christopher Pyne, sebagai 'anak anjing pencincang'.


"Perdana menteri ini adalah pemimpin yang cekal. Dia sekuat cabarannya," kata Bendahari, Wayne Swan mengulas kesungguhan Gillard yang ketika itu berusaha mempertahankan perjuangan politiknya.


Kekuatan dan kelantangan Gillard juga terserlah secara terbuka apabila dalam satu ucapannya pada Oktober 2012, beliau menyerang pemimpin pembangkang konservatif, Abbott dalam kemarahan luar biasa dengan disaksikan jutaan orang melalui YouTube.

"Saya tidak akan diberi syarahan mengenai seksisme atau kebencian terhadap wanita oleh lelaki ini. Kerajaan juga tidak akan diberi syarahan mengenai seksisme atau kebencian terhadap wanita oleh lelaki ini. Tidak sekarang, tidak selamanya," kata wanita berusia yang berjaya menaiki tangga parti politik yang dikuasai oleh golongan lelaki.

Ucapannya itu serta-merta menjadi sensasi dan membuatkan Gillard dikagumi ramai termasuklah majalah serta blog feminis yang memuji Perdana Menteri Australia itu.

Kejadian itu sedikit sebanyak melonjakkan namanya ketika undian dilakukan namun bekas peguam itu masih berhempas-pulas untuk memenangi pendapat awam mengenai dirinya.

Menurut satu bancian yang dijalankan syarikat maklumat global, Nielsen, Gillard tidak pernah menang dalam pendapat awam sejak pilihan raya terakhir pada 2010.

Segala perkara mengenai dirinya daripada slanga Australia sehingga minatnya kepada jaket berwarna putih mendapat kritikan hebat. Dia juga dituduh sengaja memandulkan diri kerana tidak mempunyai anak. Gillard tinggal bersama pasangannya, bekas pendandan rambut, Tim Mathieson.

Apabila dia menarik balik ikrar yang dibuat pada pilihan raya mengenai cukai karbon, Gillard dikecam teruk dan dilabel sebagai penipu. Perhimpunan juga diadakan oleh penunjuk perasaan yang turut membawa sepanduk yang tertera ayat 'singkir ahli sihir itu'.

Namun wanita kelahiran pendatang dari Wales itu mempunyai kekuatan dalaman dan ketenangan yang menyerlahkan lagi nilai kepimpinannya.

"Sejak dulu saya memang mempunyai kekuatan dalaman dan tidak mudah ditolak atau ditarik (terpengaruh) oleh pandangan orang lain," kata Gillard pada Disember lalu.

Peningkatan kuasanya yang pantas, dengan menyingkirkan ketua sendiri Kevin Rudd dalam rampasan kuasa yang mengejut, sentiasa membayangi pemerintahannya kini.

Melalui undian terbaru, Gillard hampir menyebabkan berlakunya bencana apabila partinya kehilangan majoriti dan hanya terus bertahan melalui sokongan kumpulan bebas dari kawasan luar bandar dan parti Greens.

Dianggap sebagai perunding yang cemerlang, beliau berjuang untuk cukai karbon pencemaran dan cukai kontroversi ke atas keuntungan perlombongan melalui parlimen.

Menyentuh sedikit mengenai latar belakangnya, Gillard dilahirkan pada 29 September 1961 di Barry, sebuah bandar pelabuhan perlombongan arang batu.

Ketika usianya baru menginjak empat tahun, ibu bapanya membawa Gillard belayar ke Australia selepas mengambil skim penghijrahan dengan harapan iklim yang lebih panas akan menyembuhkan masalah paru-paru kronik yang dihidapinya.

Seorang pelajar yang bijak, dia mengikuti pengajian seni dan undang-undang di Adelaide di mana keluarganya tinggal. Gillard turut menjadi presiden Kesatuan Pelajar Australia pada 1983.

Wanita yang lantang bersuara ini membina kerjaya dalam undang-undang perindustrian sebelum terbabit dalam politik sebagai ketua kakitangan pemimpin pembangkang, John Brumby.

Selepas pada mulanya ditolak oleh Parti Buruh bagi kerusi Parlimen, Gillard memasuki Dewan Rakyat pada 1998 dan berjaya memenangi kerusi selamat Lalor.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pusat sehenti masyarakat di balai bomba

Posted: 21 May 2013 10:29 AM PDT

KANGAR: Bagi memberi perkhidmatan lebih cekap, kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat sehenti di setiap balai bomba dan penyelamat di seluruh negara bagi membantu mangsa membuat permohonan mendapatkan semula dokumen penting seperti kad pengenalan yang musnah dalam kebakaran.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penubuhan pusat sehenti itu adalah usaha jabatan dalam tanggungjawab kemasyarakatan dan merapatkan hubungan dengan orang ramai.

"Mereka yang menjadi mangsa kebakaran kebiasaannya akan mengalami trauma dalam tempoh panjang, dan ini menyukarkan mereka sekiranya perlu berurusan di kaunter agensi kerajaan berkaitan yang dipenuhi dengan orang ramai atas pelbagai urusan.

"Justeru, kewujudan pusat sehenti ini berfungsi membantu memudahkan mereka memohon bagi mendapatkan salinan dokumen mereka musnah dalam kebakaran tanpa perlu bersusah-payah kerana urusan itu dilakukan pihak bomba," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis perasmian Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri di sini, semalam.


Perasmian disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat mencemar Duli ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Azlan Man dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Bangunan Ibu Pejabat JBPM negeri itu siap dibina dengan kos RM10.3 juta pada 14 Mac 2010 dan diserahkan kepada JBPM pada penghujung 2010 serta mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2011.

Ia turut menempatkan enam bahagian iaitu Bahagian Operasi Kebombaan; Bahagian Keselamatan Kebakaran; Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pendakwaan; Bahagian Latihan; Bahagian Pengurusan dan Bahagian Kejuruteraan.

Selain sebuah Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) dengan menempatkan 52 pegawai dan anggota JBPM negeri.

Abdul Rahman berkata, selain itu kementerian juga bakal mengadakan perbincangan bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan antara JBPM dengan orang ramai selain menjalankan tugas hakiki mereka iaitu memadam kebakaran.

"Pihak kementerian juga akan berbincang agar JBPM dapat mewujudkan suatu hubungan emosi antara kerajaan dengan rakyat supaya dapat turut sama menyelami kesusahan yang dialami mereka terutama apabila ditimpa musibah.

"Ia adalah salah satu saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar anggota bomba mendekati masyarakat seperti membantu meredakan trauma mereka selepas menyelesaikan tugas masing-masing memadam kebakaran," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mempelawa pakatan pembangkang menyumbang idea bagi menangani isu berkaitan kementeriannya.

Beliau berkata, mereka boleh duduk bersamanya tanpa komitmen rasmi untuk bersama-sama mencari jalan mengatasi isu berbangkit, tanpa perlu berbahas di Parlimen.

"Elakkan Parlimen jadi tempat percakaran. Ada isu yang boleh diselesaikan di luar Parlimen atau peringkat kementerian," katanya.

Katanya cara itu juga dapat mengurangkan pembaziran masa ketika persidangan Parlimen kerana pembangkang tidak perlu lagi membangkitkan isu yang sudah selesai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tertonggeng dalam baldi

Posted: 21 May 2013 10:17 AM PDT

Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.

Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.

Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.

Foto

BILIK air tempat kejadian Bilal lemas dalam baldi.


Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Takdir lepas rindu

Posted: 21 May 2013 10:17 AM PDT

Pontian: "Kelmarin (Ahad) Akhmad Mukholil baru saja menjemput isterinya, Mita Nurmala Sari yang masuk ke negara ini untuk bekerja. Tidak sangka, pagi tadi (semalam), kedua-duanya dijemput Ilahi selepas maut dalam kemalangan," kata Sarah, 33, di sini, semalam.

Empat rakan Sarah, Moch Muhson, 29, Ahmad Mujiano, 24, Akhmad Mukholil, 33, dan Mita Nurmala Sari, 19, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 66.5, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, jam 5.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Waja dinaiki keempat-empat mangsa bertembung sebuah bas kilang menyebabkan dua daripada mereka mati di tempat kejadian, manakala dua lagi di Hospital Pontian.

Mangsa kelima, Dian Mitami, 21, isteri kepada Moch Muhson yang juga penumpang Proton Waja berkenaan parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.


Menurut Sarah, sehari sebelum kejadian, keempat-empat rakannya itu kelihatan lain daripada hari biasa, malah bergurau tidak seperti gurauan biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bekas ahli gusti playboy dadah

Posted: 21 May 2013 09:09 AM PDT

London: Seorang penggusti kandang yang bersara dari sukan itu untuk mengetuai kumpulan penyeludup kokain selepas hilang sebelah kaki dalam kemalangan jalan raya, diarah membayar £700,000 (RM3.5 juta) - atau berdepan dengan tempoh tahanan yang lebih lama di penjara.

Vincent Graham, 33, bapa kepada 10 anak menjalani kehidupan yang sangat mewah dan memiliki beberapa kereta sport selepas mengetuai sindiket penyeludupan dadah ke Britain dari Afrika Selatan.


Playboy itu yang lebih dikenali dengan gelaran 'Big Vin' bergambar separuh bogel di beberapa laman web dan berpacaran dengan beberapa wanita yang tertarik dengan gaya hidup mewahnya.

Bagaimanapun, kegiatan dadahnya terbongkar selepas ditangkap dan disoal siasat berhubung dakwaan rancangan menculik di Belanda.


Polis di negara itu membebaskannya tanpa sebarang tuduhan tetapi memaklumkan kepada rakan mereka di Britain mengenai hartanah yang dimiliki Graham kerana mengesyaki ia digunakan untuk perniagaan dadah kelas A.


Polis menemui 25 kilogram benzocaine, bahan yang digunakan untuk melarutkan kokain di sebuah rumah di Liverpool. Ia dipercayai mampu untuk menghasilkan kokain bernilai lebih £1 juta (RM5 juta).

Foto

DADAH yang ditemui polis di rumah sewa Graham. Gambar kecil, Graham.

Foto

ANTARA barang mewah yang dirampas daripada Graham, termasuk dua jam bernilai lebih RM275,000.

Graham menyewa rumah mewah lima bilik di Brockhall Village, Lancashire dengan bayaran £1,500 (RM7,500) sebulan serta memiliki sembilan kereta, termasuk sebuah Lamborghini Gallardo berharga lebih £40,000 (RM200,000), sebuah Nissan Skyline,dan sebuah Audi Q7.


Polis turut menemui wang tunai berjumlah £5,000 (RM25,000) apabila menyerbu beberapa premis yang dimiliki atau disewanya.

Motosikal, jet ski, motor empat roda, barangan elektrik, barang kemas dan hasil seni bernilai lebih £150,000 (RM450,000) ditemui dalam garajnya.


Pemeriksaan akaun banknya menunjukkan deposit berjumlah lebih £35,000 (RM175,000). Mereka juga merampas jam tangan berjenama Jacobs berharga kira-kira £50,000 (RM250,000) dan rantai leher berlian bernilai £32,000 (RM160,000) daripadanya.


Pada Julai 2011, Graham yang disifatkan oleh polis sebagai 'orang penting' dalam bekalan dadah di Barat Laut England mengaku terbabit mengedar kokain dan dipenjara tujuh tahun.


Semalam, dia dihadapkan ke mahkamah Preston dan diberi amaran berdepan dengan hukuman penjara tambahan selama empat tahun setengah jika tidak membayar balik £700,000 (RM3.5 juta). - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

Wanita 'bom jangka' ada 8 ketumbuhan di otak, tulang belakang

Posted: 21 May 2013 08:35 AM PDT

Worcester: Seorang ibu menyifatkan dirinya sebagai 'bom jangka' selepas disahkan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkannya terpaksa hidup dengan lapan ketumbuhan.

Derrie Tustin, 25, dijangkiti lima ketumbuhan bukan barah di otak dan tiga di tulang belakang.


Doktor memberi amaran lebih banyak ketumbuhan akan muncul bila-bila masa.

Derrie dari Worcester didiagnos dengan penyakit neurofibromatosis jenis dua (NF2), yang menyebabkan ketumbuhan pada sistem saraf.


NF2 menyebabkan ketumbuhan pada sistem saraf pendengaran dan keseimbangan badan, menyebabkan kehilangan pendengaran, tinitus dan masalah keseimbangan badan.


Ketumbuhan boleh juga berlaku dalam otak atau tulang belakang dan saraf ke lengan dan kaki.

Ia boleh menyebabkan lemah pada kaki dan tangan serta pening.


"Penyakit saya menjadikan saya seperti 'bom jangka. Ketumbuhan boleh muncul bila-bila masa sepanjang hidup saya. "Saya tidak boleh mengelaknya. Doktor memantau ketumbuhan itu tetapi ia seperti bermain 'Russian roulette' kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya ketika ditemui, semalam.

NF2 disebabkan oleh mutasi genetik dan dalam sebahagian kes, mutasi itu diwariskan kepada anak daripada ibu bapa.


Dalam kes lain seperti yang dialami Derrie, mutasi itu berkembang sendiri pada seorang kanak-kanak yang keluarganya tidak menghidap penyakit itu.


Tidak ada ubat untuk NF2. Rawatan yang dijalankan ialah mengawalnya ketika ia berlaku, sebagai contoh, pembedahan untuk membuang ketumbuhan. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan pesakit pekak atau lemah.


Semangat Derrie hancur selepas mengetahui penyakit itu mungkin diwarisi oleh anak lelakinya, Kai yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, dia perlu menunggu sehingga kanak-kanak itu berusia 18 tahun sebelum doktor dapat mengesahkannya.


"Kai menghadapi 50 peratus peluang mewarisi penyakit berkenaan. Tiada ibu bapa yang sanggup berdepan dengan keadaan itu," katanya ketika ditemui. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Star Trek Into Darkness Memuaskan!

Posted: 21 May 2013 05:41 PM PDT

Filem 'Star Trek Into Darkness' merupakan filem ke-12 dalam siri francais filem 'Star Trek' dan merupakan sekuel kepada filem 'Star Trek' terbitan tahun 2009.

Karya terbaru pengarah terkemuka J. J. Abrams yang sebelum ini pernah mengarahkan 'Mission: Impossible III', dilihat memberikan dimensi baru kepada para penonton yang gemarkan filem genre aksi penggambaraan.

Masih lagi menggunakan khidmat para pelakon asal seperti Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Simon Pegg, Karl Urban dan ramai lagi, filem 'Star Trek Into Darkness' menampilkan plot penceritaan yang berkisarkan mengenai perjalanan krew Enterprise yang berusaha untuk menghalang kuasa-kuasa jahat yang timbul dalam Enterprise itu sendiri.

Cerita bermula apabila krew Enterprise dipanggil semula dan mereka mendapati satu kuasa jahat wujud dalam organisasi mereka, sekaligus menimbulkan krisis kepada dunia. Kapten James T. Kirk bersama kesemua krew USS Enterprise telah diarahkan untuk melakukan satu misi pemburuan bagi memberkas individu yang menimbulkan huru-hara. Di situlah para penonton dapat melihat wujudnya watak baru iaitu John Harrison, lakonan Benedict Cumberbatch, yang menjadi sasaran mereka.


Aksi-aksi yang dipamerkan dan kesan khas yang digunakan untuk filem ini nyata memberikan impak yang sangat memuaskan kepada para penonton. Ditambah dengan kesan khas 3D dan IMAX, semestinya para penonton akan tersenyum puas setelah meninggalkan panggung wayang.


Pengarah juga tidak ketinggalan menyelitkan elemen sedih dan babak-babak emosi yang dijayakan oleh Pine dan Quinto yang memberikan sedikit rencah dalam penceritaan filem ini. Di samping itu, elemen aksi dan 'thriller' juga digarapkan dengan baik oleh pengarah untuk menjadikan filem sekuel ini lebih menarik.

Setakat ini, filem 'Star Trek Into Darkness' mendapat respon positif daripada penggemar filem seluruh dunia dan dilihat lebih baik dari filem sebelumnya.

Bagi penggemar filem genre aksi penggembaraan dan siri francais 'Star Trek', jangan ketinggalan menyaksikan 'Star Trek Into Darkness' yang telah pun menjengah pawagam di Malaysia pada 16 Mei 2013!

Jika anda peminat setia Star Trek, cuba jawab soalan disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/22

Lakonan pengaruhi kehidupan realiti

Posted: 21 May 2013 04:28 AM PDT

Penantian hampir enam jam untuk bersemuka dengan bintang utama filem aksi terbaru Fast & Furious 6 (Fast 6), Vin Diesel buat pertama kali ternyata pe­ngalaman yang berbaloi.

Walaupun bintang itu menangguhkan sesi temubual yang pada asalnya dijadualkan pada sekitar jam 1 petang atas alasan penat, namun ia tidak tidak sia-sia apabila masa selama 25 minit yang diperuntukkan penganjur untuk menemubual aktor bertubuh sasa berjaya merungkai pelbagai sudut cerita aktor itu, baik kerjaya mahu pun peribadi.

Malah, lebih mengejut­kan apabila Diesel diusik mengenai sisi peribadi, dia terbuka dan tidak berat mulut berkongsi cerita.

Katanya, pengalaman bergelar bapa kepada dua orang anak adalah transformasi terhebat dalam hidupnya.

Foto

Diesel dan Michelle Rodriguez menerima sambutan hangat di tayangan perdana filem Fast & Furious 6 di Makati City, Filipina baru-baru ini.

Foto

Babak cemas dalam filem aksi Fast & Furious 6.


Baginya, walaupun dia agak lewat membina keluarga sendiri berbanding saudara kembarnya Paul, keadaan itu tetap memberikan pengalaman luar biasa buatnya.


"Saudara kembar saya (Paul) mendirikan keluarga kira-kira 10 atau 15 tahun lebih awal berbanding saya. Saya akui agak lewat, tetapi ia satu transformasi yang hebat," kata aktor berusia 46 tahun ini ketika ditemui pada tayangan perdana filem aksi itu di Makati City, Filipina, minggu lalu.

Bersama kekasihnya model dari Mexico, Paloma Jimenez yang dikenali sejak 2007, pasangan itu kini bahagia menjalani kehidupan di samping sepasang cahaya mata berusia lima dan dua tahun.

"Anak perempuan saya adalah ratu hati dan dia adalah segala-galanya. Saya akan lakukan apa saja deminya. Jika saya tidak berkomunikasi dengannya sama ada menerusi video atau memberitahu apa saya lakukan, saya akan rasa bersalah.

"Kehadirannya banyak me­ngubah saya. Saya menjadi se­orang yang pelembut dan penyayang dalam sekelip mata. Bergelar bapa adalah transformasi terhebat," katanya.

Sambung Diesel, kelewatan membina keluarga adalah perihal yang tidak boleh dielakkan bagi seseorang selebriti yang mahu berjaya di pentas Hollywood.

"Dunia lakonan ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi kepada pemainnya. Jika anda mahu menjadi bintang besar dunia kadang kala anda perlu bersikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kerjaya dulu.

"Saya sudah menunggu peluang (bergelar bintang) terlalu lama. Akibatnya, saya tidak dapat mengelak daripada memulakan keluarga agak lewat," katanya.

Beralih pada francais filem pecah panggung itu, Diesel mengakui kekuatan elemen kekeluargaan yang diketengahkan dalam filem itu meninggalkan impak yang menjangkaui realiti sebenar kehidupan.

"Saga (francais) ini sangat kuat dalam hidup kami (pelakon). Bayang­kan, elemen kekeluargaan antara kami dalam filem ini menjangkau sehingga ke aspek realiti kehidupan kami di luar.

"Anak perempuan saya dilahirkan ketika kami menjalani penggambaran Fast 4 manakala anak lelaki pula ketika Fast 5. Anak saudara perempuan saya (anak Paul) dilahirkan ketika Fast 6 menjalani penggambaran. Malah, rakan-rakan pelakon termasuk pengarahnya Justin Lin mendapat anak ketika penggambaran Fast 6 berlangsung," katanya yang turut bertindak sebagai penerbit bersama francais itu.

Francais paling progresif

Diesel turut menyifatkan filem yang pertama kali diterbitkan pada 2001 itu sebagai francais paling progresif di Hollywood.

Katanya, mereka berjaya menghasilkan rangkaian filem aksi yang hebat yang menyentuh hati dan kekeluargaan. Ia membanggakan apabila jenama itu muncul sebagai francais aksi pertama yang mengetengahkan kepelbagaian budaya dalam sesebuah filem.

"Ini (kandungan dan plot) bukan idea yang sering dilakukan dalam filem-filem Hollywood. Di sana, anda tidak akan dapat melihat hubungan persaudaraan antara seorang berbangsa Amerika iaitu watak Dominic dan Han yang berbangsa Jepun, atau Brian dan Roman (Amerika-Afrika).

"Namun, kami berjaya melakukan sesuatu yang melangkaui spektrum dalam sesebuah filem aksi iaitu aspek perasaan, hati dan kekeluargaan," katanya.

Malah, katanya selepas bersama keluarga Fast & Furious lebih sedekad, dia percaya filem ini kekal relevan atas sokongan peminat. Dia juga tidak menolak jika naskhah itu berlanjutan sehingga tiga siri lagi pada masa akan datang. Luahnya, mereka tidak akan menerbitkan bahagian sambungan jika pihaknya tidak melihat potensi dan kemampuan filem itu di pasaran.

"Walaupun kita (filem) tidak memiliki buku komik namun ia terus bertahan kerana sokongan berterusan peminat francais ini.

"Musim panas ini kami akan memulakan penggambaran Fast 7 di Los Angeles. Pada asalnya Fast 7 sepatutnya menjalani penggambaran serentak dengan Fast 6, tetapi faktor masa dan cuaca membataskan idea itu. Ia bakal diarahkan pengarah dari Malaysia, James Wan," katanya.

Selain Diesel, filem yang ditulis Chris Morgan itu turut membariskan Paul Walker, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Luke Evans, Gina Carano, Dwayne 'The Rock' Johnson, Chris 'Ludacris' Bridges, Sung Kang, John Ortiz, Gal Gadot dan Elsa Pataky.

Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara esok.

Peluang pengampunan

Enam penjenayah profesional yang diketuai Dominic Toretto (Diesel) mengambil keputusan untuk bersara daripada aktiviti jenayah yang mereka lakukan selama ini selepas kejayaan merompak di Rio De Janeiro, Brazil dalam Fast 5 pada 2011.

Masing-masing memulakan hidup baru dengan membawa haluan berasi­ngan. Bagaimanapun, status sebagai pelarian bukan jaminan kebebasan mutlak kepada mereka sehinggalah ejen Luke Hobbs (Johnson) daripada US Diplomatic Security Service (DSS) menawarkan sesuatu yang sukar ditolak enam individu ini.

Mereka ditawarkan peluang untuk membersihkan rekod jenayah terdahulu dan kembali ke tanah air dengan syarat mereka membantu DSS menumpaskan sebuah organisasi kewa­ngan berkemahiran tinggi yang diketuai Owen Shaw (Evans) dan orang kanannya iaitu kekasih Dominic, Letty Ortiz (Rodriguez) yang sudah disangka mati dalam Fast 4.

(Penulis mengikuti tayangan perdana filem Fast & Furious 6 di Makati City, Filipina anjuran United International Pictures, baru-baru ini)

Sudah merasai kehangatan Fast & Furious 6? Klik disini & menangi hadiah yang menarik! Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Apa sudah jadi?

Posted: 21 May 2013 08:29 AM PDT

Kuala Lumpur: Jerman pun boleh baham Malaysia dalam badminton, sukan apa lagi yang boleh diharapkan.

Begitulah gambaran betapa sukan Malaysia kini semakin hilang gemerlapan di peringkat dunia dan cukuplah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengulangi kata-kata keramat 'kami berjaya melahirkan (Datuk) Lee Chong Wei'.


Cukup perit apabila tewas kepada dua pasukan yang bukannya kuasa badminton dunia, iaitu Taiwan dan semalam, Jerman ketika pemerhati badminton dunia meramalkan Malaysia mudah mara ke suku akhir Piala Sudirman pada penganjuran pertama kejohanan itu di Kuala Lumpur.

Harapan terakhir menerusi Vivian Hoo-Woon Khe Wei ternyata 'harapan palsu' apabila mereka tunduk kepada gandingan Birgit Michels-Johana Golsizewski 16-21, 21-16, 18-21 bagi memberi slot ke suku akhir kepada wakil Eropah itu.


Sememangnya sejak dari awal lagi perlawanan berlangsung dengan penuh debaran.


Chong Wei memberikan kelegaan buat peminat yang tidak berganjak dari tempat duduk selepas Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels 17-21, 21-16, 17-21.

Foto

PEMAIN Jerman meraikan kemenangan mereka.

Mengulas mengenai kekalahan Peng Soon-Liu Ying, Chong Wei mengakui Peng Soon tidak bermain di tahap terbaik.


"Perkara sebegini biasa kerana biasanya saya sering turun dalam acara pertama, saya sudah banyak pengalaman dalam kejohanan berpasukan berbanding pemain lain," kata Chong Wei yang menjadikan kedudukan 1-1 selepas Peng Soon-Liu Ying tewas kepada Fuchs-Michels.

Chong Wei menang ke atas Dieter Domke 21-18, 21-18.


V Shem-Khim Wah yang diturunkan dalam beregu lelaki memikul tanggungjawab yang tidak mampu digalas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, beraksi dengan penuh keyakinan ketika mengatasi Ingo Kindervater-Johannes 21-16, 23-21.


"Walaupun tewas pertemuan pertama di Jerman, sebenarnya kami yakin boleh menewaskan mereka sebab kekalahan pertama itu dibantu pengadil servis yang berat sebelah," kata Khim Wah.


Aksi Tee Jing Yi yang menentang Olga Konon langsung tidak meyakinkan apabila tewas mudah 12-21, 14-21, sekali gus keputusan jurulatih tidak membariskan Sonia Cheah, menjadi persoalan.


Sementara itu dalam perebutan juara Kumpulan B antara Korea dan Thailand yang pada awalnya dijangka sengit, meleset selepas Korea mendominasi dengan kemenangan 5-0.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21

Yongbo terus angkuh

Posted: 21 May 2013 08:20 AM PDT

Kuala Lumpur: Li Yongbo dengan nada angkuh berkata, China tidak kisah siapa akan ditemui di suku akhir, selepas mereka membelasah Indonesia 5-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A, di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Kenyataannya itu hadir ketika menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan bertemu Malaysia kerana tuan rumah sekadar muncul naib juara Kumpulan C.


"Siapa juga yang akan kami jumpa, saya tidak kisah dan kami tiada masalah," kata ketua jurulatih negara Tembok Besar itu.

Ketika menganggap pemainnya mempamerkan prestasi baik ketika menewaskan Indonesia sekali gus menjuarai Kumpulan A, beliau berasa pasukan Garuda tidak mengambil serius perlawanan itu kerana kedua-dua pasukan sudah sah ke suku akhir.


Sementara itu, Denmark selaku pilihan kedua kejohanan kalah kepada Jepun 2-3 namun layak ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan D.


Ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong amat puas hati dengan persembahan pemain yang kali pertama menewaskan Denmark pada saingan Piala Sudirman.

"Sebelum ini hanya skuad Piala Uber pernah mengatasi Denmark, pemain bermain mengikut strategi dirancang. Kemenangan beregu wanita berhasil selepas Matsutomo Misaki-Takahashi Ayaka tidak mengikut rentak permainan Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl," kata Joo Bong.


"Suku akhir bukan mudah kerana banyak pasukan besar muncul naib juara kumpulan seperti Malaysia dan Korea."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved