Selasa, 16 Oktober 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gempar lima ‘bom’

Posted: 15 Oct 2012 04:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang telefonis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuala Lumpur Bandar di Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG), Kampung Attap, di sini, menggigil sebaik menerima panggilan menyatakan ada bom untuk meletupkan bangunan itu jam 10.30 pagi, semalam.

Panggilan bom palsu yang dibuat seorang lelaki jam 9 pagi itu menyebabkan lebih 300 kakitangan di bangunan 21 tingkat terbabit diarah keluar.


Kakitangan KWSG, Aishah Salim, 40, berkata, beliau mengetahui mengenai panggilan itu sebaik pengawal keselamatan mengarahkan semua kakitangan mengosongkan bangunan dan berkumpul di depan bangunan.

"Saya diberitahu pemanggil terbabit memberitahu dia benci LHDN dan sudah meletakkan lima bom dalam bangunan yang akan meletup tepat jam 10.30 pagi.


"Kami semua meninggalkan bangunan dan membawa barang berharga sementara menunggu polis menjalankan pemeriksaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Pengarah LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Zulkifli Mohd Tahir berkata, seorang telefonisnya menerima panggilan daripada seorang lelaki memberitahu dia meletakkan lima bom dalam bangunan.

"Telefonis itu memaklumkan kepada pegawai keselamatan lalu menghubungi saya yang ketika itu sedang bermesyuarat di Wangsa Maju. Saya arahkan beliau menghubungi polis dan minta kakitangan kosongkan bangunan," katanya.


Menurutnya, selain LHDN, bangunan berkenaan turut menempatkan kakitangan jabatan kerajaan lain dan swasta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.11 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.


"Unit Pengesan Bom dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan dalam bangunan, namun selepas sejam, pemeriksaan tidak menemui bahan letupan dan bangunan terbabit disahkan selamat sebelum semua pekerja dibenarkan masuk," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Buru penyamun dapat 8 berpesta dadah

Posted: 15 Oct 2012 04:03 PM PDT

BRICKFIELDS: Polis yang menyerbu sebuah hotel di Jalan Kuchai Maju, di sini, minggu lalu, bagi menahan seorang lelaki yang terbabit kes pecah rumah, turut menahan lapan lagi, termasuk dua wanita ketika semua mereka asyik berpesta dadah dalam bilik hotel berkenaan.

Berikutan penahanan itu, seorang lagi wanita ditahan di rumahnya di Keramat, dekat sini, kerana dipercayai menyimpan barang curi hasil pecah rumah lelaki terbabit yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, sehari kemudian.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis menyerbu bilik hotel berkenaan jam 3 pagi, 10 Oktober lalu, bagi menahan seorang lelaki yang dikehendaki kerana kes pecah rumah di Taman Desa, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, ketika serbuan, ada enam orang lagi termasuk dua wanita yang semua mereka asyik berpesta dadah.


"Selain menahan mereka termasuk penjenayah pecah rumah itu, polis merampas satu bekas plastik dipercayai berisi dadah jenis ketamin dan Eramin 5. Pemeriksaan lanjut menemui kereta Toyota Camry yang dilarikan dalam kejadian pecah rumah Taman Desa, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pocong tanah kubur

Posted: 15 Oct 2012 04:26 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

"Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak," kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.


Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


‘Saya malu...’

Posted: 15 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja.

Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012.


"Mengikut perancangan, majlis persandingan saya dan Embun akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor sejurus selepas pernikahan kami pada 20 Oktober nanti. "Pun begitu, ia tiba-tiba dibatalkan pihak penaja di saat akhir.

"Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan pakej perkahwinan yang dijanjikan itu dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos ekspo termasuk majlis persandingan disebabkan tiada sambutan pada penjualan gerai.


"Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. "Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya.


"Tidak sepatutnya mereka berbuat seperti ini kerana bukan saya yang meminta penajaan itu. Sebaliknya, mereka yang datang kepada saya. Malah, atas persetujuan lisan dibuat, mereka juga memilih saya sebagai duta untuk program Malaysia Wedding Expo 2012 itu dan akan menaja keseluruhan majlis persandingan.

"Selain itu, mereka juga menjanjikan saya pakej bulan madu ke Bali," katanya memaklumkan pernah hadir di majlis sidang media diadakan penaja terbabit berhubung pelantikannya sebagai duta dan penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012 di MIECC pada 18 Julai lalu dan artikel mengenainya disiarkan di akhbar New Straits Times pada 27 Julai lalu.


Menurut Qazem lagi, bagi tindakan selanjutnya berupa tuntutan saman kepada pihak berkenaan, dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada 14 Oktober lalu. Malah, Qazem juga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Seniman dan sidang media berhubung perkara ini akan dibuat esok di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), jam 3 petang.

Sehubungan itu, Qazem berkata, tarikh majlis persandingannya ditunda awal November nanti. Katanya, tindakan undang-undang diambil sebagai pengajaran kepada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan selebriti sepertinya mangsa masalah dihadapi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Jauh lebih kreatif

Posted: 15 Oct 2012 07:54 AM PDT

AKHIRNYA selepas melihat kebarangkalian dan mendengar keluhan peminat, trio bersaudara yang pernah mencetuskan fenomena menerusi program televisyen Disney, Jonas Brothers sepakat untuk kembali berbincang mengenai perancangan mereka.

Tiga tahun membawa haluan sendiri, berusaha membina empayar secara individu hingga mengetepikan profil saudara yang ada, Jonas Brothers yang dianggotai abangnya yang kini berusia 25 tahun, Paul Kevin Jonas II, Joseph Adam Jonas, dua tahun lebih muda dan si kecil berusia 20 tahun, Nicholas Jerry Jonas melihat 'bersatu dan bersama' adalah alternatif terbaik.

Peluang menemubual ketiga-tiga saudara ini awal minggu lalu menerusi Skype secara langsung dari New York memberikan perspektif baru mengenai perjuangan muzik dan perancangan terbaru mereka.

Menurut abang sulungnya yang sinonim dengan panggilan Kevin menyifatkan Jonas Brothers adalah sebuah biografi muzik keluarga yang acap kali memberikannya nafas dan inspirasi.


Meskipun tidak bersama serta mencatur langkah secara individu, dirinya yakin dan percaya keserasian yang ada akan berkekalan dan menjadi formula terbaik dalam menghasilkan naskhah berkualiti.


"Akhirnya kami mengambil keputusan untuk kembali bergabung selepas membuka ruang lebih tiga tahun membina kerjaya dan projek masing-masing. Kami sengaja berasingan sementara kerana sebaik memenuhi rangka promosi album keempat, Lines, Vines and Trying Times, kami lihat ada baiknya saya dan dua adik saya mengejar impian yang masih belum tercapai.

"Maklumlah kami bermula sejak awal bersama, dari program Disney hingga ke hari ini, kami bertiga sudah terikat dengan genre dan percaturan Jonas Brothers sendiri sedangkan saya tahu kedua-dua adik saya punya visi dan objektif berlainan.

"Oleh itu, peluang yang ada untuk kami memikirkan kreativiti masing-masing terlebih dulu dan mengukur sejauh mana kemampuan kami.

"Justeru, selepas lebih tiga tahun, Joe dan Nick yang sudah puas melihat kredibiliti sendiri tanpa Jonas dan mengembangkan kreativiti masing-masing dalam mengukuhkan empayar muzik secara solo, mereka kembali ingin meneruskan perjuangan kami bersama," katanya.

Tambah Kevin yang dilahirkan di Wyckoff, New Jersey dan kini sudahpun berkahwin dengan wanita pilihannya, Danielle Deleasa, 25 tahun pada Disember 2009, menyifatkan tempoh tiga tahun membawa haluan sendiri adalah ruang terbaik buat mereka bertiga berehat dan menumpukan pada kehidupan peribadi masing-masing.

"Saya bertuah kerana dipertemukan dengan Danielle dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Kiranya dalam tempoh kami berehat seketika daripada Jonas Brothers, setidak-tidaknya saya berpeluang menumpukan perhatian kepada kehidupan baru sebagai suami. Ia satu pengalaman paling manis dan indah kerana itulah yang selalu saya inginkan sejak dulu.

"Bangun pagi dan melihat wanita yang paling saya cintai berada di sebelah.
Bukan saja menjadi sahabat yang menemani hidup seharian, malah Danielle saya sifatkan sebagai inspirasi yang memberikan ilham setiap hari," katanya yang bertemu isterinya pada musim bunga lima tahun lalu di Bahamas ketika bercuti bersama keluarga.

Kevin dan Danielle akan muncul dalam program realiti terbitan saluran E! berjudul Married to Jonas yang turut menampilkan Joe dan Nick dalam membongkar kehidupan perkahwinan pasangan muda ini.

Nick pula yang dilahirkan di Dallas, Texas berjaya membina nama dan jenama lakonannya sendiri menerusi siri Smash yang disiarkan di saluran NBC, selain diberikan kepercayaan menggantikan watak Daniel Radcliffe dalam How to Succeed in Business Without Really Trying on Broadway.

Abangnya, Joe kini sedang bersiap sedia untuk membintangi beberapa filem termasuk ingin bergelar penerbit selepas menjadi bintang undangan siri TV, Hot in Cleveland.

Jelas Joe kelahiran Casa Grande, Arizona yang sebelum ini pernah membintangi drama siri Band in a Bus dan Night at The Museum: Battle of The Smithsonian, sudah tiba masanya mereka kembali bersatu untuk mengubati rindu peminat yang tidak jemu menanti kehadiran mereka.

"Kami rasa 2012 adalah jawapan kepada segala persoalan yang selama ini peminat nantikan. Selepas tiga tahun berehat, akhirnya Jonas Brothers muncul dengan satu persembahan jelajah istimewa seluruh dunia bagi menghiburkan mereka," katanya bersemangat.

Kumpulan yang mula mencetuskan fenomena di seluruh dunia melalui filem keluaran Disney iaitu Camp Rock dan juga sekuelnya, Camp Rock 2: The Final Jam pada sekitar 2009 ini sudah banyak kali menerima pengiktirafan seluruh dunia termasuk Anugerah Muzik Amerika, Teen Choice Award serta beberapa anugerah lain.

Bakal menggegarkan Stadium Negara pada 24 Oktober ini dengan konsert sulungnya di negara ini, Jonas Brothers sudah lebih awal menyusun sesuatu yang istimewa untuk dikongsi dengan peminat.

Jelas Nick yang tampak lebih ceria di samping dua abangnya ketika berinteraksi bersama wakil media menerusi Skype pagi itu menyifatkan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang amat dinantikan memandangkan ramai peminat mereka di sini yang selalu bertanyakan bila agaknya Jonas Brothers akan datang ke Malaysia.

"Walaupun kami berehat seketika, namun masing-masing masih rajin melayan pertanyaan peminat terutamanya daripada facebook dan twitter.

Memang ramai yang bertanya bila untuk kembali dan Malaysia juga antara negara di Asia yang acap kali kami terima ucapan dan pertanyaan.

Justeru, dengan kehadiran kami menerusi konsert sulung ini, saya harap mereka akan hadir untuk berhibur bersama kami," katanya.

Jonas Brothers sedia untuk menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu popular mereka yang dipetik daripada empat album studio mereka termasuk It's About Time yang diterbitkan pada 2006, Jonas Brothers (2007), A Little Bit Longer (2008) dan Lines, Vines and Trying Times, setahun kemudian.

Jonas Brothers yang popular dengan lagu Mandy, Hold On dan Time For Me To Fly menyifatkan jelajah sulung mereka ke Asia sebagai satu eksperimen berani untuk mendekatkan diri dengan peminat di sini.

Tambah Kevin, inilah peluang yang mereka ada untuk mendengar sendiri keseronokan dan nyanyian peminat di sini yang tidak pernah ditemui mereka.

"Ada yang pernah ke Asia namun semuanya secara berasingan ketika sibuk membawa jenama masing-masing. Kiranya ini adalah pengembaraan kami ke Asia secara rasmi bersama," katanya berjenaka.

Tiket bagi menyaksikan konsert Jonas Brothers pada 24 Oktober di Stadium Negara ini berharga RM88, RM188, RM238 dan RM288. Tiket boleh didapati menerusi TicketCharge Online dengan melayari ticketcharge.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15


Mimpi bertemu A Ramlie

Posted: 15 Oct 2012 07:28 AM PDT

"SAYA tidak pernah bertemu Allahyarham A Ramlie ketika hayatnya kerana beliau sudah meninggalkan kita pada 2001 dan ketika itu saya baru berusia 13 tahun. Namun, saya pernah bermimpi mengenai arwah dan ia meninggalkan kesan cukup mendalam dalam diri sampai sekarang," kata penyanyi lagu 60-an dan Naib Juara Peringkat Kebangsaan, Bintang Asli Remaja 2006 (RTM), A Rozainie.

Bagi pemilik nama sebenar, Roszaini Razalli, 25, mimpi bertemu penyanyi terkenal era 60-an, A Ramlie itu mempunyai makna yang cukup mendalam pada dirinya.

"Dalam mimpi itu, saya lihat wajah arwah yang saya panggil pak cik nampak sedih saja. Arwah hanya memakai seluar pendek dan saya juga sempat menyikat rambutnya. Saya pun bertanya, sama ada arwah ingin baring atas tilam dan dia terus senyum dan wajahnya kembali berseri apabila saya mula memanggilnya ayah.

"Pada pandangan saya, mungkin kerana arwah teringin untuk memiliki anak lelaki sebab itu dia ingin saya memanggilnya sebagai ayah dalam mimpi itu, sekali gus meneruskan perjuangannya sebagai penyanyi irama 60-an selepas pemergiannya.


"Maklumlah, hasil perkongsian hidup dengan Maria Bachok, A Ramlie hanya memiliki seorang anak perempuan Marliana yang juga penari kebudayaan di Kampung Geylang, Singapura," katanya.


Akui Rozainie, hubungannya dengan keluarga bapa saudaranya yang juga bekas vokalis kumpulan The Rythms Boys serta dikenali dengan lagu Oh! Fatimah itu cukup erat sampai sekarang.

"Arwah adalah anak sulung daripada 18 beradik. Bapa saya pula adalah adiknya dan mereka cukup rapat dulu. Melalui bapa jugalah saya banyak mengetahui kisah hidup arwah.

"Begitu juga hubungan saya dan Marliana yang rapat sampai sekarang. Saya pernah bertanya Marliana kenapa dia tidak menyanyi seperti ibu bapanya. Jawapannya mudah saja, dia tidak minat menyanyi dan lebih meminati bidang tarian. Selain itu, saya turut ada perancangan untuk menghasilkan album duet dengan ibu saudara iaitu Maria tidak lama lagi," katanya.

Ditanya sama ada dia tidak kisah dilabel penyanyi klon A Ramlie, anak muda kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan ini mengakui berasa bangga kerana dapat memartabatkan lagu yang pernah dipopularkan arwah dulu.

"Saya mula menyanyi sejak di bangku sekolah rendah dengan menjadikan Allahyarham Datuk Ahmad Jais sebagai idola ketika itu. Malah, saya sering menyampaikan lagu popular Ahmad Jais ketika pertandingan.

"Tapi akhirnya orang anggap saya klon A Ramlie pula. Saya juga menyanyi dengan cara sendiri tetapi orang tetap samakan suara saya dengan arwah.

"Setiap kali menjayakan persembahan, orang tetap anggap saya sebagai klon arwah atau arwah 'hidup semula' di pentas. Saya pula anggap diri tidak sehebatnya dan belum mampu menandingi kehebatan arwah yang bertaraf legenda itu," katanya.

Terus terang, kata Rozainie, dia ingin dikenali sebagai penyanyi lagu asli dan tradisional serta bukan sekadar penyanyi lagu irama 60-an semata-mata.

"Saya bukan saja boleh menyanyi lagu irama 60-an saja tapi semua lagu asli, ghazal dan tradisional. Saya percaya, tidak ramai generasi muda hari ini yang minat atau mempunyai bakat untuk menyanyi lagu lama kerana menganggap ia lagu orang tua.

"Saya sendiri tak kisah jika orang label diri seperti itu kerana minat dan bakat ini adalah anugerah Allah dan tidak wajar untuk disia-siakan begitu saja kerana kita perlu pelapis untuk menyanyi lagu sedemikian. Kalau saya tak teruskan siapa lagi yang ingin teruskan warisan budaya kita ini?" katanya.

Jika ramai artis lain mengeluh kurang dapat undangan, rezeki duda seorang anak, Noralya Natasya, 7, ini tidak pernah putus kerana sentiasa mendapat undangan persembahan saban bulan sejak berkecimpung dalam bidang nyanyian selama 10 tahun.

"Saya bersyukur kerana rezeki murah dalam bidang seni. Saya juga belum dapat bercuti kerana agenda seni yang padat saban bulan membabitkan undangan persembahan ke serata tanah air hinggalah ke Singapura dan Brunei Darussalam," katanya yang sudahpun memiliki pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya selama ini.

Dalam perkembangan lain, A Rozanie juga mempertaruhkan bingkisan album Kenangan Mengusik Jiwa - Live dengan iringan D-Warisan/Javaroot terbitan Warisan Records. Ia memuatkan lagu seperti Oh Fatimah, Harapan Menanti, Kasih Tak Sudah, Mencari Bahagia, Menimbang Rasa, Peracun Kalbu, Seruan Ku, Hari Berganti Hari, Hidup Bersama, Ingat Padaku dan Dendang Anak Tani.

Terdahulu, dia muncul dengan album A Rozainie - Fatimah Pujaanku dan irama 60-an, A Rozainie - Fatimah Pujaanku, versi karaoke yang berada di pasaran pada tahun lalu. Ia memuatkan lagu seperti Fatimah Pujaanku, Dilambung Rindu, Ikhlas Setia, Indah Di Jiwa, Terbayang Dinda, Ku Kenang Dalam Derita, Belum Jodoh, Pujangga Desa, Kerana Ibunya dan Ke Alam Baru.

Album pertamanya berjudul Rentak Warisan dihasilkan sekitar 2007 dan menyusul selepas itu, Jelmaan A Ramlie.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/15


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Ukiran labu menyeramkan

Posted: 15 Oct 2012 03:17 PM PDT

BELLAIRE: Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.

Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.

Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.

Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam.


Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata: "Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan.


"Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang.

"Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru.

"Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir.

"Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya," DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Isteri, 4 anak doktor rentung

Posted: 15 Oct 2012 03:16 PM PDT

ESSEX: Seorang ibu dan empat anaknya mati selepas rumah mereka di sini terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dua budak lelaki berusia 13 tahun dan enam tahun serta seorang perempuan berumur 11 tahun serta ibu mereka disahkan mati selepas ditarik keluar dari rumah itu.


Wanita yang mati dikenalpasti sebagai Sabah Usmani. Suaminya, Doktor Abdul Shakour hanya cedera ringan. Anak mereka yang terbunuh ialah Sohaib dan Rayan serta anak perempuan, Hira.

Anak lelaki ketiga, Muneeb, sembilan, dan anak perempuan, Maheen, tiga, diselamatkan oleh anggota bomba dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, Muneeb kemudian meninggal dunia di Hospital Princess Alexandra.


Ketua Bomba, David Johnson berkata, kebakaran itu bermula di tingkat bawah rumah ketika keluarga itu tidur di atas. Ia merebak dengan pantas, menunjukkan sejenis bahan pembakar mungkin digunakan.


Menurutnya, Dr Abdul berada di luar rumah apabila kebakaran bermula.

"Anggota bomba bertindak sedaya upaya untuk menyelamatkan keluarga itu," kata Johnson.


Rakan Dr Abdul, Parvez Hamid, 43, yang melawat kediaman mangsa menyifatkan keluarga itu sebagai 'keluarga contoh.' "Keluarga itu cukup menakjubkan. Mereka baru saja menetap di sini dan keluarga kami dan keluarganya menjadi rapat. "Anak kami sering bermain bersama. Saya tertarik dengan tingkah laku dan sopan santun mereka. "Mereka ialah keluarga contoh. Abdul ialah doktor dan lelaki yang bijak. Saya diberitahu dia lompat dari tingkat atas untuk membunyikan penggera. "Dia dan isteri amat menyanyangi anak mereka dan akan melakukan apa saja untuk mereka.

"Apa yang berlaku amat mengejutkan. Isteri saya menangis sejak pagi. Dia dan Sabah berkawan baik," kata Parvez. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Misi pulih reputasi

Posted: 15 Oct 2012 03:06 PM PDT

SELEPAS semangat Harimau Malaya direntap dengan kekalahan 0-2 di tangan seteru Asia Tenggara, Vietnam pada aksi persahabatan antarabangsa bulan lalu, kini ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal perlu mencari formula terbaik untuk memulihkan semula semangat yang hilang itu.

Berbaki kurang dua bulan sebelum sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF, kemenangan perlu diburu skuad kebangsaan bagi menyuntik keyakinan mereka kini berada di landasan tepat bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.


Peluang terbaik adalah dengan menjadikan Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, malam ini mangsa kebangkitan mereka biarpun Rajagobal seperti biasa awal-awal lagi menyatakan pertemuan dengan skuad kendalian Ernie Merrick adalah untuk menguji pemain.

Sekalipun mahu terus melakukan eksperimen, keputusan juga perlu diambil kira memandangkan kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa menjunam ke tangga ke-162 baru-baru ini berikutan kekalahan kepada Vietnam.


Rajagobal tanpa pemain Kelantan dan ATM yang bakal berentap pada final Piala Malaysia Sabtu ini seharusnya tiada alasan untuk tidak mempamerkan permainan menarik kerana skuadnya masih lagi mempunyai pemain berwibawa termasuk penyerang Mohd Safee Sali yang pada saat akhir diputuskan bebas daripada penggantungan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Bagaimanapun mungkin salah satu masalah yang membelenggu fikiran pengendali negara itu adalah tahap kecederaan dialami kapten, Mohd Safiq Rahim.

Pemain perancang itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika Selangor tersingkir pada separuh akhir kedua Piala Malaysia Sabtu lalu namun turut dibawa Rajagobal ke Hong Kong.


Kehadiran Safiq amat penting menjana bahagian tengah selain mempunyai kepakaran mengambil sepakan percuma. Malah pemain yang dikhabarkan akan berpindah ke kelab Indonesia, Arema Malang itu juga menjadi kapten dan menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada pertemuan terakhir di Stadium Shah Alam, Februari tahun lalu.

"Buku lali kanan masih sakit tapi saya tetap mahu beraksi dalam perlawanan ini. Saya harap dapat pulih sebab sudah lama saya tidak bermain dengan pasukan kebangsaan.


"Jika diturunkan saya mahu memberikan aksi terbaik dan saya yakin akan pulih kerana kecederaan ini tidak serius," kata Safiq.


Andai Safiq tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama, lilitan di lengan mungkin dipakai Safee manakala tempatnya di bahagian tengah bakal diisi Baddrol Bakhtiar atau Gary Steven Robbart.


Skuad negara harus waspada dengan ancaman Hong Kong biarpun hanya mempunyai empat perlawanan persahabatan tahun ini dengan dua kemenangan ke atas Taiwan, 5-1 dan Singapura, 1-0 sebelum tewas dalam dua aksi terakhir kepada Vietnam, 1-2 dan Singapura, 0-2.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Vettel optimis

Posted: 15 Oct 2012 03:01 PM PDT

YEONGAM (Korea Selatan): Juara bertahan, Sebastian Vettel berdepan empat perlumbaan terakhir musim menyedari dia memiliki momentum dan tuah menyebelahinya selepas kemenangan menakjubkan di Korea Selatan.

Pemandu Red Bull itu meraih kemenangan ketiga berturut-turut kelmarin sekali gus menyingkirkan pemandu Ferrari, Fernando Alonso di carta teratas kedudukan pemandu dalam pertarungan dua penjuru merebut kejuaraan.


Gandingan McLaren, Lewis Hamilton dan Jenson Button yang turut mencabar kejuaraan, mengalami hujung minggu mengecewakan di Yeongam. Hamilton menduduki tangga ke-10 manakala rakan senegaranya dari Britain tersingkir daripada perlumbaan selepas berlanggar dengan Kamui Kobayashi.

Hamilton dan Button, kedua-duanya bekas juara dunia, mengaku buruan merebut kejuaraan sudah berakhir. Kimi Raikkonen dari Lotus menduduki tangga ketiga dalam kedudukan pemandu namun terlalu jauh ketinggalan. Vettel, yang memburu kejuaraan ketiga berturut-turut, mendahului carta dengan 215 mata, Alonso dari Sepanyol, 209 dan Raikkonen, 167. Perlumbaan Grand Prix berikutnya di India dua minggu lagi.


"Pencapaian kami tidak konsisten pada awal musim tapi akhirnya kami menemui semula kekuatan dan sejak perlumbaan di Singapura, semuanya menjadi," kata Vettel dari Jerman, selepas dia dan Mark Webber membantu kemenangan 1-2 Red Bull di Korea Selatan.


"Hari ini pasukan melakukan semua perkara dengan tepat dan jika saya tidak melakukan sesuatu yang bodoh, kami pasti mahu meneruskan rentak ini." Perlumbaan di Singapura bulan lalu memulakan rentetan kemenangan buat Vettel yang menyaksikannya merapatkan kedudukan dengan Alonso sebelum mengatasinya kelmarin. Alonso menduduki tangga ketiga pada perlumbaan itu manakala rakan sepasukan, Felipe Massa di tangga keempat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved