Khamis, 28 Julai 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lepas tumpang kebas suami

Posted: 27 Jul 2011 10:16 AM PDT

BANTING: "Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas," rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.

Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.


"Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.

"Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah," katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.


"Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.


"Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.

"Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu," kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.


Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.

"Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja," katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Padah zalimi tiga kucing

Posted: 27 Jul 2011 10:15 AM PDT

PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Februari lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.


Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti dua kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Chow juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Veterinar, Jamadi Badri, manakala Chow tidak diwakili peguam bela. Penganiayaan Chow terhadap tiga kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya pencinta haiwan sehingga mendorong mereka menggerakkan usaha 'mencari seorang pembunuh kucing'.

Rakaman video itu menunjukkan perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak hingga menyebabkan seekor kucing mati.


Selepas pelbagai usaha dijalankan, Chow yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu akhirnya dikesan di facebook melalui pakaiannya dalam video yang disebarkan.


Chow yang menyedari identiti dirinya terbongkar meminta maaf secara terbuka dengan memaklumkan dia sedang menjalani rawatan psikologi kerana tekanan yang dikatakan dihadapinya akibat perceraian ibu bapanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Raddy kecut

Posted: 27 Jul 2011 09:53 AM PDT

BERITA 85,000 tiket perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil yang habis dijual semalam nyata mengundang rasa kurang senang buat jurulatih kelahiran Serbia, Radojko Avramovic.

Bagaimanapun beliau tetap menganggap anak buahnya sedia mengharungi sorakan penyokong Harimau Malaya di stadium yang membawa tuah kepada pasukan tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF, Disember lalu.


"Memang sukar jika semua 85,000 penyokong datang menyaksikan perlawanan esok (hari ini), tapi pemain saya sudah melalui situasi sama sebelum ini dan kami sudah cukup bersedia.

"Dari aspek lain, kehadiran penyokong yang ramai ini bagus untuk kedua-dua pasukan daripada bermain tanpa penyokong," katanya dalam sidang media yang turut disertai rakan sejawat, Datuk K Rajagobal semalam.


Skuad Singa kini memiliki kelebihan dua gol selepas melakar kemenangan 5-3 ke atas Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.


Dan jurulatih yang mula membimbing Singapura pada 2003 itu nyata tidak menyenangi soalan wartawam yang menyentuh mengenai strategi bakal digunakannya pada aksi timbal balik nanti.

"Siapa beritahu anda yang kami akan bermain (secara bertahan) seperti itu? Siapa yang beritahu anda yang kami akan hanya bertahan dan tidak menyerang? Saya anggap ini perlawanan ini seperti yang lain.


"Apa yang penting kami sudah bersedia untuk mencapai sasaran kami bagi layak ke pusingan seterusnya," kata Avramovic, turut dikenali dengan panggilan Raddy.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sekat Safee

Posted: 27 Jul 2011 09:46 AM PDT

PEMAIN tengah Singapura, Mustafic Fahrudin menganggap antara jalan terbaik menghalang Malaysia daripada mara adalah dengan menyekat pergerakan penyerang berbisa Mohd Safee Sali.

Dia berkata, Safee adalah penyerang terbaik di rantau ini dan kehebatannya terbukti dengan menyumbat dua gol dalam pertemuan pertama yang dimenangi Singapura 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu lalu.


"Saya fikir Safee penyerang terbaik Asia Tenggara, saya cukup mengenalinya kerana saya juga bermain di Indonesia. "Dia penyerang terbaik ketika ini. Jika kami menyekat Safee bermakna kami akan menyekat Malaysia, jadi kami perlu memberi perhatian lebih kepadanya," katanya yang ditemui Arena Metro sebelum sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pemain kelahiran Yugoslavia yang diberikan taraf kerakyatan dan mula mewakili skuad Singa pada 2006 itu berjaya meledak satu gol dalam perlawanan pertama menentang Malaysia di Stadium Jalan Besar.


Katanya, walaupun bakal berdepan tugas sukar beraksi di hadapan lebih 85,000 penyokong dalam aksi kedua ini, Singapura kini berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.


"Malaysia perlu menang dan perlu mencari dua gol, jika kami dapat menjaringkan satu gol pasti akan menyukarkan mereka untuk bangkit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved