Ahad, 24 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Rugi RM340,000

Posted: 23 Jul 2011 08:13 AM PDT

AMPANG: Terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan kad kredit dan akaun bank yang mengaku kononnya pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), seorang pengurus syarikat kerugian sehingga RM340,000.

Mangsa berusia 34 tahun dihubungi anggota sindiket berkenaan yang memberitahu maklumat peribadi akaun bank miliknya dicuri pihak tertentu bagi tujuan penipuan.


Akibat panik dengan amaran itu, mangsa kemudian menurut arahan anggota sindiket yang meminta dia membuat pemindahan wang ke dalam akaun lain yang didakwa milik pegawai BNM untuk mengelak wangnya 'hangus'.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mangsa membuat dua transaksi pada hari sama, masing-masing berjumlah RM79,000 dan RM262,000.


"Sepanjang perbualan, mangsa tidak dibenarkan memutuskan talian atau bercakap dengan sesiapa sehingga transaksi selesai.


"Suspek meminta mangsa menunggu tiga jam sebelum berjanji memindahkan semula wang itu ke dalam akaun milik mangsa. Bagaimanapun, suspek terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat terbabit, beliau berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun dan merampas 27 kad mesin juruwang automatik (ATM), 15 buku bank dan wang tunai sebanyak RM257,000 pada 15 Julai lalu selepas 24 jam mangsa membuat laporan polis.


Sementara itu, dalam kes berasingan, pemeriksaan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ke atas sebuah rumah teres dua tingkat berjaya menemui berbelas bungkusan putih dipercayai dadah jenis ketamin dan syabu seberat 773 gram dianggarkan bernilai RM196,000.

Dalam serbuan di Taman Maju Jaya, jam 10 malam Khamis lalu, seorang jurujual berusia 24 tahun bersama rakannya berusia 21 tahun ditahan dan ujian air kencing mereka disahkan positif dadah.


Menurut Amiruddin, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Ampang sejak tiga bulan lalu.


Katanya, siasatan polis juga percaya suspek mendapat bekalan dadah berkenaan dari Cheras.


"Polis juga merampas sebuah kereta Suzuki Swift dan dua telefon bimbit jenis Iphone menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM279,000.


"Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 27 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Makmal mini dadah diserbu

Posted: 23 Jul 2011 08:08 AM PDT

IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah apabila sebuah rumah teres setingkat dipercayai dijadikan makmal mini diserbu di Lengkok Hillview, Gunung Rapat, di sini, pagi semalam.

Serbuan jam 5 pagi itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi semalam berkata, dalam serbuan itu empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita ditahan ketika leka memproses dadah di rumah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh berat sebenar dadah yang dirampas.


"Kami mengesyaki ia dadah jenis syabu dan heroin. Selain itu, kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.


"Polis turut menyita dua kereta dipercayai milik suspek yang diletakkan di depan rumah berkenaan," katanya.

Katanya, pihaknya turut memanggil Unit Forensik bagi membuat pemantauan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).


Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) serta direman hari ini untuk membantu siasatan.

Katanya, sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


84 remaja mati ditembak

Posted: 23 Jul 2011 08:37 AM PDT

OSLO: Seorang lelaki bersenjata yang berpakaian seragam polis menembak mati sekurang-kurangnya 84 orang di satu perkhemahan musim panas anjuran parti yang memerintah Norway, beberapa jam selepas letupan bom meragut tujuh nyawa di di bandar raya ini.

Saksi berkata, lelaki itu yang dikenalpasti warga tempatan berusia 32 tahun yang dipercayai terbabit dalam pengeboman di tengah Oslo, pergi ke pulau percutian Utaoya dan melepaskan tembakan rambang ke arah remaja.


Polis berkata, mereka sudah mendakwa lelaki berkenaan atas tuduhan serangan bom dan menembak itu.

"Sebuah pulau peranginan bertukar menjadi neraka," kata Perdana Menteri, Jens Stoltenberg pada sidang akhbar semalam.


Remaja di perkhemahan tepi tasik berkenaan bertempiaran lari sambil menjerit ketakutan, ramai yang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan diri apabila penyerang itu mula melepaskan tembakan.


"Saya melihat ramai yang terjun ke dalam air, kira-kira 50 berenang ke tebing. Ramai yang menangis. Mereka ketakutan," kata Anita Lien, 42, yang tinggal di tepi Tasik Tyrifjord, beberapa ratus meter dari Utoeya.

"Mereka begitu muda, antara 14 dan 19 tahun." Seorang mangsa yang terselamat, Jorgen Benone berkata: "Keadaan menjadi begitu kelam kabut. Saya yakin beberapa orang mati ketika cuba berenang menyelamatkan diri.


"Saya melihat orang ditembak. Saya cuba mendiamkan diri. Saya bersembunyi di sebalik batu, beberapa meter dari penyerang itu.

"Sejurus sebelum serangan itu, kami berkumpul di dewan utama, berbincang mengenai pengeboman di Oslo. Tiba-tiba kami mendengar tembakan. Mulanya kami menganggap tidak ada apa-apa buruk berlaku.


"Tidak lama selepas itu, semua orang berlari, kata Hana, 16.


"Saya melihat seorang anggota polis. Dia berkata: ' Saya mahu semua orang berkumpul.' "Dia kemudian berlari dan mula menembak. Kami berlari ke arah pantai dan berenang. Dia tetap menembak kami," kata gadis itu.


Ramai peserta perkhemahan itu berlindung di bangunan sementara bunyi tembakan bergema di seluruh pulau berkenaan yang menganjurkan perkhemahan tahunan untuk sayap belia Parti Buruh.


Polis yang tiba d tempat kejadian 30 minit selepas bunyi tembakan pertama, turut menemui bahan letupan di pulau berkenaan.


Bom yang meletup di pusat pentadbiran kerajaan di Oslo beberapa jam sebelum itu menyebabkan kersosakan pada bangunan pejabat perdana menteri dan beberapa kementerian. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suspek pelampau Kristian, minat memburu

Posted: 23 Jul 2011 08:31 AM PDT

OSLO: Lelaki Norway berusia 32 tahun yang ditangkap kerana menembak mati kira-kira 84 remaja di pulau percutian Utaoya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai Anders Behring Breivik, pengurus sebuah syarikat pertanian.

Suspek berkenaan dilapor tiba di pulau itu dan melepaskan tembakan selepas menegur beberapa remaja.


Menurut laporan, dia juga kelihatan berada di tempat letupan bom di Oslo, dua jam sebelum kejadian di Pulau Utaoya.

Dalam laman Facebooknya, lelaki berusia 32 tahun itu menyifatkan dirinya sebagai 'bujang' dan beragama Kristian serta menyenaraikan drama pembunuhan bersiri, Dexter dan siri pontianak, True Blood, sebagai rancangan televisyen yang diminatinya.


Mengenai politik, Anders menyenaraikan dirinya sebagai 'Konservatif.' Bagaimanapun, Televisyen Norway melaporkan dia mempunyai hubungan dengan pelampau berhaluan kanan.


Seorang rakan berkata, dia juga anti-Islam dan menentang keras dasar pelbagai budaya. Antara minatnya ialah memburu, bina badan serta gerakan Freemason.

Anders dikatakan memiliki mesingan dan sepucuk pistol Glock.


Selaku pengurus syarikat pertanian Breivik Geofarm, dia mudah memperoleh baja untuk menghasilkan bom.

Dalam laman Twitter atas namanya, hanya terdapat satu mesej yang ditulisnya pada 17 Julai lalu.


Mesej itu berbunyi: "Seorang dengan kepercayaan adalah sama kuatnya dengan 100,000 orang yang hanya mempunyai minat." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Uruguay buru gelaran ke-15

Posted: 23 Jul 2011 11:38 AM PDT

BUENOS AIRES: Uruguay akan berusaha memburu rekod kejuaraan Copa America buat kali ke-15, mengatasi 14 kejuaraan dikongsi bersama negara tuan rumah Argentina, sekiranya mereka mengalahkan Paraguay pada perlawanan akhir di Stadium Monumental awal pagi esok.

Uruguay tidak mampu bersaing dengan pasukan terdahulu yang menjuarai dua Piala Dunia dan dua pingat emas Sukan Olimpik pada babak pertama abad sebelum ini namun dalam era yang menyaksikan taktik lebih diutamakan, pencapaian mereka sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan.


Selepas menyingkirkan pasukan pilihan Argentina pada suku akhir, Uruguay boleh mengatasi musuh lama mereka daripada segi jumlah kejuaraan Copa.

"Saya fikir kami berdepan saat hebat. Selepas kempen panjang pada kelayakan Piala Dunia (2010), pusingan akhir (2010) dan Copa America pastinya bagus jika menjulang piala ini," kata pemain tengah Egidio Arevalo Rios.


"Usaha yang kami lakukan menentang Argentina adalah bagus tapi bagi perlawanan ini (final) ia patut berganda." Uruguay, yang menduduki tangga keempat pada Piala Dunia setahun lalu, enggan dianggap sebagai pasukan pilihan sekalipun Paraguay, yang memburu kejuaraan Copa ketiga selepas menang kali terakhir pada 1979 di Buenos Aires, dilihat mempunyai banyak kekurangan.


"Banyak pasukan bermula sebagai pilihan dan hari ini mereka terkeluar. Ia bukannya persoalan mengenai menjadi pilihan, anda perlu mempamerkannya di atas padang," kata Arevalo Rios.

Paraguay, yang layak ke final selepas lima keputusan seri, berehat kurang sehari daripada lawannya dan tampil dalam dua masa tambahan termasuk kemenangan separuh akhir Khamis lalu ke atas Venezuela perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti dan kini kehilangan pemain kerana kecederaan serta penggantungan perlawanan.


Uruguay mengalahkan Peru 2-0 pada separuh akhir Rabu lalu, ketika penyerang Luis Suarez menjaringkan dua gol untuk berkongsi dengan pemain Argentina, Sergio Aguero sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan tiga gol. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maria laung amaran

Posted: 23 Jul 2011 08:23 AM PDT

MENERUSI setiap kejohanan yang disertainya, Maria Sharapova (gambar) menyedari permainannya semakin meningkat.

Juara tiga acara perseorangan Grand Slam itu yang juga bekas pemain nombor satu dunia muncul naib juara pada kejohanan tenis Wimbledon awal bulan ini selepas layak ke separuh akhir pada Terbuka Perancis Jun lalu.


Dia menyertai kejohanan Klasik Bank of the West di Universiti Stanford yang bermula esok dengan menduduki ranking kelima dunia.

Ia kali pertama dia berada dalam kelompok lima teratas dunia sejak 2008, tahun sama menyaksikannya menjalani pembedahan di bahunya yang tercedera.


"Sedikit demi sedikit, saya sudah mengambil langkah awal dan saya membetulkan beberapa perkara kecil dalam permainan saya," kata Maria.


"Anda tidak pernah tahu bila keputusan yang diingini akan dicapai, tapi saya berasakan sedikit demi sedikit saya semakin menghampirinya." Maria berkata, mara ke perlawanan akhir Wimbledon, yang menyaksikan dia tumpas di tangan pemain Republik Czech, Petra Kvitova dalam straight set, memberikannya keyakinan betapa dia sudah melakukan perkara yang tepat sejak beberapa bulan lalu.

Selepas Wimbledon, Maria berkata dia bercuti enam hari sebelum kembali turun ke gelanggang untuk berlatih bagi mempersiapkan diri menghadapi Klasik Bank of the West.


Sebelum Terbuka Amerika Syarikat di Flushing Meadows, New York yang bermula 29 Ogos ini, Maria berkata dia turut dijadualkan beraksi pada Piala Rogers di Toronto, Kanada dan Kejohanan Terbuka Western dan Southern di Cincinnati.

Ada banyak perkara yang diharapkan Maria boleh ditingkatkan sebelum Terbuka AS, yang dimenanginya pada 2006 termasuk kepantasan, permainan agresif dan pukulan servisnya.


"Saya tidak fikir anda boleh hanya duduk diam dan berkata setiap sudut permainan anda sempurna," katanya. "Saya sering berasakan anda boleh meningkat. Walaupun jika ia sekadar beberapa peratus. Walaupun jika ia sekadar beberapa langkah lebih pantas."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lantaran cinta, nafsu

Posted: 23 Jul 2011 11:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.


"Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.

"Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian," katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.


Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.


"Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.

"Namun bila kita sudah 'berkedut', semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan 'sealam' juga saya kembali," katanya.


Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi 'isteri', Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.

"Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.


"Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.


"Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura," katanya.


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.


"Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.


"Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.


"Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.


Bagaimanapun, katanya, 'kerjaya' di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.


"Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.


"Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terkilan sikap ‘lepas tangan’

Posted: 23 Jul 2011 11:24 AM PDT

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap 'lepas tangan' hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.


"Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.

"Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.


"Akibatnya kami terpaksa pulang dengan hampa meskipun persediaan sudah dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.

"Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.


"Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema," katanya.

Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.


"Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.


"Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram," katanya.


Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.


"Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan," katanya.


Harian Metro melaporkan mengenai perasaan terkilan Mohd Noor dan Mek Wook berikutan tidak dapat menunaikan umrah ke Makkah tanpa sebab musabab, walaupun membayar wang RM34,000.


Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.


Sementara itu, usaha wartawan Metro Ahad untuk menghubungi individu yang menguruskan pakej umrah kepada pasangan berkenaan gagal berikutan sudah berangkat ke tanah suci bersama rombongannya, Khamis lalu.


Perkara itu disahkan anak kepada wakil agensi itu, selain tidak tahu mengenai kegagalan Mek Wook dan suaminya menunaikan umrah ke Makkah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved