Rabu, 10 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kaunter zakat lengang ramai bayar saat akhir

Posted: 09 Aug 2011 10:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat di negara ini yang suka melakukan kerja pada saat akhir menyebabkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, lengang daripada kunjungan pembayar zakat.

Difahamkan, pembayar zakat kebanyakannya memilih untuk berurusan pada waktu pagi dan hanya segelintir yang datang membayar zakat pada waktu petang.


Ketua Unit Kanan, Unit Komunikasi Korporatnya, Nor Mukshar Harun, berkata mengikut trend sebelum ini, pembayar zakat berpusu-pusu menunaikan kewajipan apabila masuk minggu ketiga dan empat Ramadan.

Katanya, kebanyakannya menunggu waktu gaji masuk dan memilih hari minggu untuk membayar zakat.


"Keadaan sama berlaku setiap tahun dengan pembayar lebih memilih untuk menunaikan zakat di saat akhir. Jika membabitkan zakat fitrah, ada yang melengahkan masa sehingga ke pagi solat sunat Aidilfitri.


"Begitu juga dengan pembayaran fidyah, kebanyakan memilih untuk membayar di minggu akhir sebelum Ramadan. Dua bulan yang menjadi tumpuan pembayar zakat ialah pada setiap minggu akhir Ramadan dan Disember," katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang sembilan hari berpuasa PPZ mengumpulkan RM10.7 juta hasil daripada bayaran zakat harta dan menyasarkan kutipan RM36.9 juta sempena Ramadan ini.


"Kutipan ini datang daripada mereka yang membayar zakat secara dalam talian dan pemotongan gaji setiap bulan. Biarpun tidak dapat datang ke kaunter mereka boleh menunaikan zakat melalui perkhidmatan lain yang disediakan. Bezanya, di kaunter mereka dapat merasai sendiri pengalaman membayar zakat iaitu ada akad dan doa sejurus pembayaran," katanya.

Untuk keterangan lanjut mereka boleh hubungi talian zakat, 1300885757, laman web zakat.com.my, laman sosial facebook di www.facebook.com/zakat.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cemburu jadi motif bunuh

Posted: 09 Aug 2011 10:51 AM PDT

AMPANG: Motif cemburu dikenal pasti menyebabkan seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia enam tahun dibunuh kejam sebelum mayat mereka dikerat lebih 15 bahagian.

Mayat dua beranak itu dibungkus dalam tiga plastik sebelum dibuang di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, pada 3 Ogos lalu.


Polis mengesahkan wanita berkenaan juga mengandung berdasarkan bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, polis menahan sembilan lelaki termasuk suami mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan di Bandar Baru Ampang, di sini, dua hari lalu.


Lapan lagi lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci adalah warga Bangladesh. Seorang daripada lelaki dipercayai kekasih 'gelap' wanita berkenaan.


Siasatan awal, suami mangsa yang berasal dari Sabah tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan kejam itu.


Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dipukul perusuh

Posted: 09 Aug 2011 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London," kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.

Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.


Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.

Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.


"Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.


"Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.


"Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

"Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana," katanya.


Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


"Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London," katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak terbaring mulut berbuih

Posted: 09 Aug 2011 11:49 AM PDT

MERU: "Ketika ke bilik air kira-kira jam 6.10 pagi saya dengar bunyi dengusan nafas yang kuat dan terkejut melihat Dini terlentang dengan mata terbeliak serta mulut berbuih.

"Saya membawanya ke hospital, tapi sebaik tiba, doktor beritahu anak saya sudah meninggal dunia," kata Mohamad Ali Khir, menceritakan detik kematian anak perempuannya berusia 11 tahun selepas berbuka puasa dengan juadah dibeli di bazar Ramadan.

Mohamad Ali, 37, berkata dia membeli air batu campur (ABC) dan otak-otak untuk juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Taman Seri Mewah Fasa 2, di sini, pada petang Ahad lalu.

Menurutnya, anak perempuan tunggalnya, Nurdini, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, di sini, meminta untuk berbuka puasa dengan ABC dan otak-otak sejak hari pertama berpuasa.


"Hanya pada hujung minggu lalu (Ahad) saya sempat membeli juadah itu. Arwah amat berselera menghirup ABC ketika berbuka puasa. Saya dan anak-anak serta pembantu rumah juga menikmati juadah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mariani rasa terhina

Posted: 09 Aug 2011 06:20 AM PDT

"JANGANLAH melayan artis veteran ibarat barang yang tidak berharga yang boleh dibuang sesuka hati."

Itulah rintihan Seniwati Mariani Ismail, 75, apabila mengalami dua kejadian yang disifatkan menghina dirinya sebagai pelakon dalam tempoh seminggu, baru-baru ini.

Katanya, kejadian pertama membabitkan produksi Suhan Movies & Trading apabila mendakwa dia dihubungi Pengurus Produksi (PM) yang menawarkan watak nenek bagi drama terbitan mereka manakala kejadian kedua dengan produksi Filmscape Sdn Bhd untuk filem Azazil arahan Kabir Bhatia.

Mariani berkata, pihak terbabit bagaimanapun membatalkan tawaran itu pada saat-saat akhir sedangkan sebelum itu semuanya sudah dibincangkan.

Perkara itu turut diluahkan anaknya, Melissa Saila (Lis) melalui laman sosial twitter dan facebook (fb), 4 Ogos lalu.
Mariani yang dihubungi semalam mengakui rasa cukup terhina dengan dua kejadian itu.

Katanya, sepatutnya mereka menghormati artis veteran seperti dirinya yang sudah menjadi pelakon selama lebih 60 tahun.

"Saya memang rasa terkilan dan bertanya mengapa mereka buat saya begini? Bukan saya yang meminta berlakon tetapi mereka yang tawarkan itu kepada saya. Apabila saya sudah setuju, senang-senang pula cakap kata tidak jadi pada saat-saat akhir," katanya kepada Harian Metro, kelmarin.

Dalam kejadian pertama membabitkan Suhan Movies, Mariani yang juga pelakon filem klasik seperti Labu Labi, Sri Mersing, Masam Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang, berkata pada mulanya dia memaklumkan tidak dapat berlakon pada tarikh yang diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama untuk TV9.

"Selepas berbincang, PM itu bersetuju dengan tarikh baru iaitu pada 3 Ogos lalu dan penggambaran akan berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Dia juga meminta saya membeli dulu tiket bas untuk pergi ke sana dan kemudian mereka bayar semula.

"Jadi saya sudah beli tiket dan bersedia untuk pergi 'shooting' pada hari yang dijanjikan. Bagaimanapun, sehari sebelum itu, dia menghubungi saya dan memberitahu tidak jadi ambil saya berlakon. Saya tanya mengapa dia buat saya begitu?

"Dia cakap ada menghubungi saya beberapa kali tapi tidak berjawab. Saya tanya mengapa tidak hantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas)? Dia boleh kata, takut saya tidak boleh baca SMS.

"Apa yang lebih membuatkan saya terkilan adalah terpaksa melalui dua pengalaman sama dalam tempoh beberapa hari. Situasi yang sama saya lalui untuk filem Azazil. Saya dihubungi PM produksi Filmscape tawarkan saya berlakon sebagai kakak Diana Danielle (ketika tua) dan mereka meminta saya kosongkan jadual pada 10 Ogos.

"Saya tiada masalah dengan tarikh itu kerana 'shooting' di Kedah hanya beberapa hari dan selesai sebelum itu dan meminta mereka berurusan dengan anak saya, Lis mengenai jadual.

"Bagaimanapun, jadual ditukar kepada 4 Ogos dan mereka tanya apakah saya boleh buat? Kalau tidak, mereka cari orang lain. Kebetulan waktu itu saya lapang kerana sudah tidak jadi berlakon dengan Suhan Movies dan bersetuju dengan tarikh 4 Ogos. Saya perlu berada di lokasi jam 4 petang dan mereka akan mengambil saya di rumah kerana saya tidak ada pengangkutan.

"Semuanya sudah dibincangkan dengan Lis. Sehari sebelum 'shooting', saya menghubungi mereka untuk bertanya baju apa yang perlu saya pakai. Tapi PM mereka minta maaf kerana ada berita buruk untuk saya. Mereka tidak jadi ambil saya berlakon. Alasannya mereka dah tukarkan kepada watak lebih muda dan saya tidak sesuai untuk watak itu pula," katanya.

Kata Mariani, mereka yang terbabit ternyata bersikap mudah dengan membuat tawaran berlakon dan kemudian membatalkannya. Bagaimanapun katanya, tiada apa yang mampu dilakukannya kerana tiada hitam putih dan tawaran hanya dibuat melalui telefon. Namun sebagai orang tua, mereka seharusnya memahami perasaannya.

"Bagi saya, mereka yang dipertanggungjawabkan mencari pelakon perlu amanah dengan tugas dan janji mereka. Saya tidak tahu apa motif mereka berbuat begitu.
Mungkin juga mereka rasa harga yang saya letak itu tinggi dan mengubah fikiran pada saat-saat akhir apabila dapat pelakon ganti yang sanggup terima bayaran lebih murah.

"Memang saya tetapkan sejumlah harga untuk bayaran mengikut hari bekerja tapi untuk Azazil, mereka tawar menawar macam beli ikan di pasar. Saya akhirnya setuju kurangkan harga tapi akhirnya ini yang saya terima," katanya.

Sementara itu Melissa berkata, dia meluahkan perasaannya melalui twitter pada 4 Ogos lalu kerana kesal dengan sikap produksi itu yang memberi layanan buruk kepada artis veteran.

"Sehari selepas keluar luahan saya di twitter, seseorang dari Filmscape yang mendakwa produser, menghubungi saya untuk menjelaskan perkara itu. Katanya, berlaku salah faham antara pengarah dan PM kerana tidak tahu PM sudah berurusan dengan Mariani kerana pengarah buat keputusan tukar karaktor pada saat akhir.

"Apapun alasannya, mereka tidak patut buat begitu kepada artis veteran. Rasanya, perkara seperti ini tidak berlaku kepada artis muda tetapi mereka sanggup buat pada artis veteran seperti ibu saya. Saya memang juga terkilan dengan layanan seperti itu.

"Sebelum ini dalam satu majlis penyampaian anugerah perfileman, ibu saya sudah buat persiapan untuk pergi dengan menempah baju tapi pada malam anugerah namanya tercicir dalam senarai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gugup berlakon dengan Fauziah Nawi

Posted: 09 Aug 2011 06:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]RAMADAN kali ini cukup bermakna buat pelakon berbakat, Mas Muharni. Bukan saja kedatangan bulan puasa membawa seribu rahmat kepada seluruh umat Islam, malah rezeki pelakon yang mesra disapa Mas juga kian mencurah.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved