Jumaat, 8 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Rekaan tampak eksklusif, bergaya

Posted:

Pakaian pengantin sememangnya menjadi tumpuan hadirin pada majlis perkahwinan. Ketelitian rekaan baju digayakan berserta warna pilihan memastikan raja sehari yang diraikan itu tampil anggun menawan.

Bagi memberi kelainan, Butik Pengantin Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur menyediakan pelbagai rekaan busana pengantin yang menarik sama ada moden atau tradisional.


Pemilik butik berkenaan, Nurin Adlina Basir mengakui amat mementingkan ketelitian terutama apabila menghasilkan rekaan busana pengantin.

"Saya amat menitikberatkan kekemasan setiap perincian. Setiap satu dijahit menggunakan tangan dan kebanyakan idea terhasil secara spontan.


"Walaupun ada busana menggunakan perincian agak sarat, ia masih kelihatan menarik dan tidak keterlaluan sekiranya dipadankan dengan kombinasi aksesori serta penggayaan tudung yang betul," katanya.


Tidak hanya tertumpu kepada pengantin bersaiz kecil, malah mereka yang memiliki bentuk badan berisi juga boleh menggayakan rekaannya dengan mudah.

Nurin Adlina banyak menggunakan kain sifon, sutera sifon, bridal sifon, fabrik jaring dan renda yang digabungkan bersama bagi memastikan rekaan eksklusif dihasilkan lebih mewah dan bergaya. Antara rekaan dihasil-kannya ialah gaun labuh, kebaya pendek dan baju potongan bertingkat disertakan layah meleret bagi bakal pengantin untuk tampil bergaya. Selain itu, padanan warna busana turut disesuaikan dengan perincian manik pada baju.


"Penggunaan warna kontra untuk perincian manik atau sulaman menjadi keutamaan kerana ia boleh menyerlahkan lagi rekaan baju.

"Corak flora menjadi pilihan untuk rekaan perincian pada baju kerana ia mudah dan menarik apabila siap dijahit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Pilihan cenderahati istimewa

Posted:

Setiap kali berkunjung ke pusat beli-belah, jika terpandang kedai yang satu ini, pasti kaki penulis akan melangkah masuk.

Bukan tujuan mahu membeli barangannya, tetapi melihat-lihat saja sudah mencukupi. Ini kerana barangan cenderahati yang disediakan di situ amat menarik, comel dan cantik belaka.


Kedai yang dimaksudkan ialah Memory Lane yang menawarkan pelbagai barangan cenderahati sempena majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai acara lagi.

Sempena kedatangan hari kekasih tidak lama lagi, Memory Lane turut menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan. Tanpa perlu berkunjung ke kedainya juga anda boleh membeli apa yang dihajati menerusi laman web terbarunya di www.memorylane.com.my.


Di situ, pilih saja pelbagai reka bentuk belon, kad ucapan, anak patung, bing-kai gambar dan bermacam-macam lagi untuk dijadikan hadiah sempena hari istimewa itu.


Bukan saja kepada kekasih, hadiah berkenaan turut sesuai diberi kepada ibu tersayang, adik perempuan, kakak, malah ayah sekalipun.

Tambah mudah apabila selesai memilih dan membeli barangan kegemaran, perkhidmatan penghantaran oleh pihak Memory Lane ada disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pengutip hutang ditembak

Posted:

Subang Jaya: Seorang pengutip hutang mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Puchong Utama, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Lee Sam Ong, 41, yang duduk di bahagian penumpang depan kereta dipandu isterinya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke pusat perubatan swasta berdekatan.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, selain mangsa dan isterinya, adik lelaki mangsa berusia 35 tahun turut berada dalam kereta berkenaan.

"Ketika itu, mereka baru pulang dari makan tengah hari di sebuah restoran di Taman Puchong Utama sebelum didatangi sebuah motosikal Yamaha LC ditunggang dua lelaki bertopi keledar berpenutup penuh ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian.


"Lelaki terbabit yang berada di sebelah mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang menembusi dada, leher, lengan dan bahu kirinya," katanya.


Menurut Yahaya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui dua kelongsong peluru Luger 9 milimeter (mm) dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan pihak forensik.

Foto

LOKASI kejadian mangsa ditembak.

Katanya, mangsa yang juga pengutip hutang untuk mana-mana syarikat yang memerlukan khidmatnya mempunyai beberapa pekerja dan baru berpindah di USJ 4, dekat sini, sejak setahun lalu.


Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Seri lebih baik

Posted:

Doha: Kekalahan 0-2 di tangan Qatar semalam pastinya bukan penamat kempen kelayakan Piala Asia 2015 buat skuad kebangsaan, namun ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mengaku nasib mereka untuk melepasi halangan peringkat Kumpulan D pasti lebih baik jika dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata ke atas pasukan pilihan itu.

Bagi Rajagobal, dengan kesungguhan dipamer anak buahnya pada aksi pertama di Stadium Jassim Bin Hamad Doha itu, mereka sepatutnya tidak pulang tangan kosong.


"Melihat kepada aksi perlawanan tadi (semalam), kami sepatutnya membuat kejutan mungkin sekurang-kurangnya meraih satu mata.

"Qatar dan Bahrain pasukan pilihan untuk layak daripada kumpulan ini tapi kita akan lihat selepas ini. Kedudukan pasti berubah jika kami meraih keputusan seri hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu semalam.


Tanpa tujuh pemain tonggak termasuk, kapten Safiq Rahim, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, barisan pemain seperti Mohd Amri Yahyah, Mohd Shakir Saari, Mohamad Ashaari Samsudin, Azamuddin Mohd Akil dan K Reuben yang dianggap pemain 'skuad kedua' sebelum ini membuktikan mereka wajar diberi lebih peluang atas kesungguhan dalam aksi menentang Qatar.


Malah aksi pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli yang bermain di posisi tengah bersama Shakir juga harus dipuji kecuali kesilapannya yang memberikan sepakan percuma yang menghasilkan gol pertama Qatar.

Walaupun Qatar tampak lebih baik berbanding Harimau Malaya namun mereka terpaksa mengharapkan gol sepakan percuma Khalfan Ibrahim yang terbias pemain pertahanan negara pada minit ke-54 serta jaringan lewat permainan Yusef Ahmed untuk merekod kemenangan 2-0.


Kekalahan itu menyebabkan Malaysia kini menduduki tangga ketiga manakala Yaman yang tumpas 0-2 kepada Bahrain di tangga tercorot juga tanpa sebarang mata.

Tiga mata yang dikutip pada perlawanan pertama membolehkan Qatar dan Bahrain menduduki dua tempat teratas kumpulan.


Selepas ini Harimau Malaya bakal berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 22 Mac dan hanya kemenangan akan mencerahkan peluang untuk meneruskan kempen merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.


"Kami perlu fokus kepada satu-satu perlawanan, sekarang untuk mendapat peluang (layak), kita perlu mendapat keputusan baik menentang Yemen di tempat sendiri. Qatar akan menentang Bahrain, salah satu daripada pasukan itu akan kalah atau seri dan perlu positif," kata Rajagobal yang menetapkan misi utama membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2015.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Nadal pamer aksi bertenaga

Posted:

Vina del Mar, Chile: Rafael Nadal melakukan kemunculan semula dalam acara perseorangan selepas rehat tujuh bulan dengan mengalahkan pemain pusingan kelayakan, Federico Delbonis 6-3, 6-2 pada pusingan kedua kejohanan gelanggang tanah liat ATP, semalam.

"Saya gembira bermain perlawanan perseorangan selepas sekian lama," kata Nadal. "Saya perlukan masa mengembalikan semula permainan tapi setakat ini perasaan berada di gelanggang amat hebat.


"Paling penting menghabiskan banyak masa di gelanggang. Kemenangan ini memberikan saya peluang bermain sekurang-kurangnya dua lagi perlawanan, perseorangan dan beregu." Juara 11 Grand Slam dari Sepanyol itu tidak beraksi sejak mengalami kekalahan mengejut pada pusingan kedua Wimbledon Jun lalu sekalipun dia memanaskan badan di sini kelmarin dengan kemenangan acara beregu.

Tendon terkoyak dan radang lutut kiri menyebabkannya terlepas aksi Sukan Olimpik London dan Terbuka AS 2012 manakala jangkitan virus menangguhkan kemunculan semulanya tahun ini.


Permainan berkarat ditunjukkan Nadal, kini di ranking kelima dunia, selepas servisnya dirampas pada permainan pertama perlawanan itu dan ketinggalan 0-2 di tangan pemain kidal Argentina itu.


Namun dia bangkit bergaya mengatasi Delbonis, pemain ranking ke-128, merampas semula servis pada permainan keempat dan melakukannya sekali lagi pada permainan kelapan sekali gus memberikannya peluang melakukan servis untuk menamatkan set pembukaan itu.

Dia mendahului selesa 4-0 pada set kedua, bergerak dengan licik di gelanggang tanah liat itu walaupun apabila meluru ke jaring selepas pukulan drop. Dia menamatkan perlawanan selepas 87 minit dengan empat servis ace dan berdepan hanya satu mata 'break'.


Pada suku akhir, dia berdepan pemenang pertemuan rakan senegara, Albert Montanes dan Daniel Gimeno-Traver. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Mualaf dianiaya suami

Posted:

Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya.

Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.

Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam.

"Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi," katanya.

Foto

AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.


Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

3 disyaki rekrut pengganas

Posted:

Kuala Lumpur: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua lagi individu ditahan Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Pengganas Bukit Aman dipercayai terbabit merekrut ahli baru selain mempromosikan aktiviti keganasan sejak lebih empat bulan lalu.

Suspek dibebaskan daripada tahanan ISA pada 4 Disember 2008 ditahan semula kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bersama seorang pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an.

Susulan penahanan suspek dan pekerjanya, PDRM menyerbu sebuah rumah di Kajang, di sini, dipercayai disewa suspek bersama seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai digunakan sebagai markas menyebarkan fahamannya itu.

Wanita terbabit turut ditahan di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sekumpulan anggota dan pegawai polis.

Foto

ANGGOTA polis membawa tiga suspek yang ditahan menaiki kenderaan.


Penahanan suspek dan dua lagi individu itu disahkan Ketua polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


'Ahli sihir' mati dibakar

Posted:

Sydney: Seorang ibu muda yang dituduh mengamalkan sihir dibogel, disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup di depan orang ramai, termasuk kanak-kanak sekolah, di Papua New Guinea.

Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta.

Menurut akhbar Post Courier, dia dibakar penduduk kampung yang menuduhnya membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan mengguna sihir.

Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu.

Foto

KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.


Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.


Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu.

Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab.

Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian.

Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup.

Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08

Penduduk berang gantung harimau

Posted:

New Delhi: Sekumpulan penduduk kampung di India memukul seekor harimau bintang dan menggantungnya di pokok selepas haiwan itu menyerang tiga penduduk di negeri Assam.

Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat haiwan itu.

Seekor harimau bintang dikatakan menceroboh masuk ke rumah seorang penduduk, Haren Roy sebelum menyerang mangsa serta dua lagi anggota keluarganya.

Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.


Roy dan dua ahli keluarganya dimasukkan ke hospital awam Dhubri dan dikatakan kritikal. Seorang mangsa cedera parah di muka.

Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan.

Tiada statistik rasmi mengenai kematian harimau bintang yang dibunuh oleh penduduk, tetapi laporan tidak rasmi meletakkan angkanya adalah kira-kira 70 antara tahun 2005 hingga 2011, menurut Indian Express.

Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/08
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mahu perbaiki diri

Posted:

Hijrah buat Diana Amir sudahpun dilakukannya sejak enam bulan lalu namun pada tahap ini dia akui perlu mempertahankan penghijrahan itu.

Pelakon Tujuh Petala Cinta ini berkata, dia perlu melalui pelbagai proses pembelajaran untuk lebih mendalami Islam dan sentiasa muhasabah diri.

Penghijrahan sebenarnya memerlukan kekuatan dan kesabaran. Malah kadang-­kadang terpaksa menempuh dugaan cukup hebat daripada Allah SWT.

"Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Saya sebagai manusia biasa sentiasa berhati-hati kerana saya takut melakukan kesalahan. Dulu kalau saya buat salah, saya buat tak tahu saja tetapi sekarang, saya akan cepat-cepat mohon keampunan Allah.

Foto

Diana Amir

Foto

Diana bersama Ustaz Halim ajak peminat ke Tanah Suci.


"Cabaran buat saya bukan sekadar bertukar penampilan namun segala tindakan, perbuatan dan amalan kita setiap hari perlulah mencerminkan perubahan. Segala ilmu yang saya pelajari perlu diamalkan. Dugaan untuk menuju ke arah kebaikan itu amat besar dan saya perlu memandang ke depan tanpa terlalu memikirkan kisah silam. Biarlah ia berlalu menjadi sebuah kenangan dan pengajaran," katanya.


Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, dia tidak mahu ambil kira apa orang cakap mengenainya, sebaliknya lebih memikirkan penerimaan Allah terhadap dirinya.

"Orang boleh berkata apa saja. Kalau kita terlalu memikirkannya pasti hidup ini akan jadi huru-hara kerana hakim sebenar yang akan menilai buruk baiknya diri kita adalah Pencipta kita.

"Ramai rakan artis turut berhijrah yang membuatkan saya tambah gembira kerana kami bersama-sama dapat berganding bahu mencari keredaan mengikut ajaran Islam," katanya.

Akan muncul pada karnival Jom Kahwin di Wangsa Walk pada 15 Jun ini, Diana menemui sinar baru dalam hidupnya selepas mengerjakan umrah pada Jun tahun lalu dan pada April ini, Diana menerusi agensi pelancongan yang ditubuhkannya bersama rakan kongsi, Khairunizam Zaini (Nizam), Kembara Addin, ingin mengajak peminat ke Tanah Suci.

Pakej umrah mereka selama 15 hari 13 malam itu turut berkunjung ke Mesir. Agensinya bekerjasama dengan Ustaz Halim Hafidz ia­itu Pengarah Mantop Travel And Tours Sdn Bhd.

"Tanyalah pada sesiapa pun, selepas kali pertama mengerjakan umrah mesti terasa nak pergi lagi. Kali ini saya bekerjasama dengan Ustaz Halim yang sudah beberapa kali mengerjakan haji dan umrah untuk memberi pengisian yang lebih mantap kepada jemaah umrah yang akan bersama-sama dengan saya nanti.

"Pergi ke sana bukan sekadar untuk mengerjakan yang fardu saja tetapi sebaik-baiknya hendaklah diiringi dengan perkara sunat. Apa yang saya rasa tak lengkap ketika pemergian kali pertama, saya berazam akan memperbaikinya. Bukan senang untuk mendapat undangan daripada Allah pergi ke 'rumahnya' jadi apabila ada peluang ke sana, eloklah kita melakukan yang terbaik untuk-Nya," kata Diana.

Melawat tempat suci, bersejarah

Ustaz Halim yang hadir sama di Balai Berita, Bangsar bersama Diana berkata, dia akan bertindak selaku pembimbing (mutawif) kepada jemaah umrah yang menyertainya nanti. Rombongan akan pergi ke Iskandariah dan Kaherah, Mesir terlebih dulu untuk melawat tempat bersejarah di sana.

"Pada setiap persinggahan akan saya ceritakan sejarahnya agar jemaah dapat menghayati perjuangan pejuang Islam dan sahabat ­Rasu­lullah SAW dalam usaha mereka menegakkan syiar Islam.

Asalnya nak bawa jemaah ke Turki, tetapi untuk menghayati perjuangan Islam yang sebenar ke Mesir lebih bermakna," katanya.

Di sekitar Kaherah, jemaah akan dibawa melawat tinggalan Piramid, Khan Khalili (tapak jualan cenderamata), Masjid Al-Azhar, Masjid Saidina Hussain, Masjid Amru Al-As, Makam Imam Syafie, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Muzium Tahrir.

Ketika di Iskandariah pula, lawatan diteruskan ke Istana Raja Farouk, Makam Nabi Daniel, Kubu Salahuddin Al-Ayyubi Iskandariah dan bersiar-siar di sekitar pantai Iskandariah yang cantik itu.

"Menariknya di Iskandariah, berhadapan makam Nabi Daniel adalah makam seorang yang amat soleh dan disayangi Allah iaitu makam Luqmanul Hakim. Dia bukanlah nabi, tetapi seorang hamba yang berkulit hitam legam dan hidung pesek, tetapi sa­ngat bertakwa dan soleh.

"Ini bermakna Allah tidak pernah menilai seseorang daripada kegagahan, status, jawatan atau warna kulit," katanya.

Ustaz Halim melanjutkan ceritanya, ­di ­Madinah dan Makkah pula, jemaah akan ditekankan dengan sejarah dan penghayatan di kedua-dua lokasi yang suci itu.

"Di Madinah jemaah akan dibawa melawat antaranya di sekeliling Masjid Nabawi dan wakaf perkuburan Baqi yang terletak di sebelah masjid itu. Sepanjang masa saya akan berikan tazkirah dan saya sudahpun menyediakan modul kerana saya mahu jemaah mengisi masa mereka dengan ibadah.

"Saya juga akan mengajar mereka doa yang mustajab. Kepada jemaah, kalau ada sebarang kemusykilan jangan malu untuk bertanya. Perlu juga saya ingatkan di sini, jika mahu melakukan umrah, jangan sehingga 'terlanggar' waktu solat wajib. Insya-Allah saya akan beri penerangan terperinci ketika berada di sana nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07

Terpaksa akhirnya cinta

Posted:

Sememangnya manusia mudah lupa diri apabila dilimpahi kemewahan. Ketika itu perasaan menjadi angkuh dan bongkak kerana merasakan segalanya-gala–nya boleh dibeli dengan wang ringgit termasuk perasaan dan kasih sayang.

Inilah mesej yang cuba ditampilkan menerusi telefilem arahan Amran Roni yang akan disiarkan menerusi TV AlHijrah pada jam 9.30 malam ini.

Kerana Dia membariskan pelakon Hafiz Anak Wayang sebagai Ariq, Diana Amir (Suraya), Sobri Anuar (Datuk Hashim) dan Rozita Che Wan (Datin Fatimah).

Ia mengisahkan kehidupan Ariq, usahawan muda yang menerajui syarikat milik bapanya, Datuk Hashim. Selain berkelulusan dari universiti terkemuka antarabangsa, Ariq amat terkenal di kalangan rakan-rakan kerana kekayaan dan cara hidup yang berkiblatkan Barat.


Sebut saja mana-mana kelab malam ternama atau gadis jelita di kota raya, semuanya berjaya ditawan dan ditakluk Ariq. Terkenal dengan sikap pantang dicabar, Ariq menyahut cabaran rakan-rakannya yang mahu dia mengahwini gadis kampung yang sudah semestinya bukan selera dan pilihan Ariq.


Hadiahnya cukup lumayan, bukan saja dia akan memiliki gadis impiannya Reyna, malah dia akan dihadiahkan dengan sebuah kereta mewah idamannya.

Dalam keghairahan mencari mangsa sesuai untuk dijadikan korban permainannya, Ariq bertemu Suraya, iaitu anak gadis kepada bekas tukang kebun keluarganya. Sifat dan latar belakang kehidupan Suraya benar-benar berbeza dengan Ariq.

Bukan saja dikenali sebagai seorang gadis berperwatakan lembut, suci lagi naif, Suraya amat patuh kepada ajaran Islam selain taat pada kedua-dua orang tuanya. Kehidupannya yang sederhana terisi dengan melakukan perkara berfaedah serta menepati syariat.

Suraya dilihat amat bertepatan untuk dijadikan mangsa pertaruhannya. Biarpun pada awalnya keluarga Suraya berbelah bahagi untuk menerima pinangan Ariq, namun kerana terhutang budi, Suraya yang juga guru kelas Fardu Ain menerima pinangan itu dengan hati yang reda dan ikhlas.

Ariq adalah cinta pertama Suraya dan sebolehnya-bolehnya dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik kepada suaminya. Setiap perlakuan dan layanan terhadap Ariq lahir daripada hati yang penuh ikhlas.

Ariq yang pada asalnya mengahwini Suraya kerana cabaran, ditakdirkan mulai jatuh cinta pada kecantikan dalaman Suraya. Sedikit demi sedikit Ariq cuba memperbetulkan dirinya, akhlak serta ibadatnya. Tertanam di dalam hati mahu menjadi pelindung dan pembimbing Suraya.

Kehidupan mereka berjalan dengan baik dan semuanya kelihatan sempurna dan teratur hinggalah pada suatu hari, Ariq dan Suraya terserempak dengan rakan-rakan lama Ariq ketika mereka sedang membeli-belah.

Ariq terkedu. Segala kesilapan lalu seakan-akan ditayangkan kembali di kotak fikirannya. Perkara yang paling dikhuatiri Ariq akhirnya terjadi. Rakan-rakannya membuka kisah silam dan memberitahu Suraya bahawa perkahwinannya dan Ariq sudah dirancang Ariq untuk menyahut cabaran mereka.

Bagaimanakah Suraya mengharungi konflik yang melanda dirinya? Suraya dibelenggu sama ada untuk mempercayai kata-kata Ariq atau pergi jauh dari kehidupan lelaki yang pernah memberinya harapan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved