Jumaat, 9 September 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Suai padan beg tangan, kasut

Posted: 09 Sep 2011 06:34 AM PDT

SEORANG wanita itu dikatakan bijak bergaya apabila dia dapat memaksimumkan penggunaan pakaian sebaik mungkin.

Dalam erti kata lain, wanita harus tahu teknik suai padan supaya tampil elegan, versatil dan moden sama ada untuk acara siang dan juga malam.

Oleh itu, wanita seharusnya bijak memilih padanan sesuai yang dapat dipakai ketika menghadiri pelbagai acara.

Misalnya, padanan yang sama ke pejabat boleh dipakai untuk acara malam. Dalam hal ini kebijaksanaan dalam menyuai padan memberi kelebihan kepada wanita untuk tampil anggun menyerlah selain dapat menjimatkan kos.


Ramai wanita tidak tahu hanya dengan sehelai pakaian mampu menyerlahkan penampilan. Apatah lagi, sekiranya mereka bijak menambah perhiasan seperti anting-anting, rantai, jam tangan, kaca mata dan beg tangan supaya tampil anggun sama ada ke pejabat atau menghadiri majlis keraian.


Namun wanita harus bijak memilih warna sesuai supaya tidak nampak janggal.
Paling penting pilih beg tangan yang boleh digunakan untuk pelbagai acara, begitu juga kasut yang boleh dipadankan dengan pelbagai warna baju.

Bagi yang gemar menghadiri dua acara pada waktu siang dan malam, usah bimbang memakai pakaian sama kerana anda boleh menukar atau menambah perhiasan bagi memberikan kelainan. Mungkin pakaian anda sesuai dikenakan jaket atau kardigan.

Empat padanan gaya berbeza daripada Carlo Rino mungkin membantu anda dalam membuat pilihan. Untuk lebih selamat, pilih blaus yang boleh digayakan dengan dua kardigan. Tambahkan perhiasan seperti rantai, beg tangan dan kasut untuk lebih menyerlah.

Wajah, rambut cantik

Posted: 09 Sep 2011 05:35 AM PDT

WANITA memang mahukan kulit yang halus mulus tanpa sebarang celaan, namun dengan pelbagai produk di pasaran, ia pasti menyukarkan untuk membuat pilihan.

Awas kerana kebanyakan produk di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit serta pengawet paraben yang menyebabkan kanser payudara.

Kulit yang cantik bermula daripada kulit yang sihat dan kulit yang sihat bermula dengan pengambilan pemakanan seimbang di samping pembekalan sel kulit dengan nutrien yang secukupnya.

Ini boleh anda dapati menggunakan sumber botani yang kaya dengan vitamin, antioksida dan protein yang membantu meremajakan wajah.


Di Secretleaf, anda boleh mendapatkan produk penjagaan kulit yang bebas daripada bahan kimia. Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat di seluruh negara sejak diperkenalkan tahun lalu.


Ia diformulakan daripada 100 peratus minyak argan asli dan organik bagi membantu mengatasi masalah kulit kering, kedutan dan garis halus.

Dengan Pure Oil Series 01, pengguna dapat menikmati sepenuhnya khasiat 'Cecair Emas Maghribi' ini tanpa sebarang penambahan bahan pengawet mahupun pewangi.

Minyak argan turut diguna di salun eksklusif luar negara untuk rawatan rambut rosak, pemulihan rambut bercabang dan spa rambut.

Ia mengembalikan sinar dan seri kepada rambut yang tidak bermaya, serta menyihatkan kulit kepala agar rambut mudah tumbuh selain mengurangkan keguguran rambut.

Selepas Pure Oil Series 01, Secretleaf muncul dengan produk kedua berasaskan minyak argan organik iaitu Moisturizing Facial Soap With Organic Argan Oil, pencuci muka dengan tri-tindakan: melembap, mencerah dan mengembalikan keanjalan kulit.

Ia turut mengandungi kolagen marin untuk mengurangkan garis halus serta ekstrak licorice bagi memudarkan parut dan bintik hitam.

Paling unik, ianya diformulasi tanpa SLS, agen pembuih yang banyak digunakan dalam pembersih muka yang boleh mengakibatkan kekeringan kulit.

Gunakan ia bersama Pure Oil Series 01 untuk dua kali ganda keberkesanan minyak argan.

Berbanding produk organik lain, produk keluaran Secretleaf mampu dimiliki kerana harganya yang berpatutan.

Anda boleh mendapatkan Pure Oil Series 01 secara online di www.e-ecretleaf.com atau farmasi terpilih dan rangkaian Farmasi Alpha, Multicare Pharmacy, Farmasi Ehsan (Kelantan) dan Healthlane Pharmacy.

Untuk mendapatkannya melalui pengedar berdekatan, hubungi 016-2273815/3816/3813 atau talian bebas tol 1-800-88-3818 pada waktu pejabat.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sekeluarga terancam along tagih RM70,000

Posted: 08 Sep 2011 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga kini hidup dalam ketakutan selepas diburu along yang meminta bayaran RM70,000 selepas seorang ahli keluarga mereka meminjam wang sebanyak RM3,000 untuk membayar bil hospital di Klang.

Mangsa hanya dikenali sebagai Rokiah, 50, berkata, along dan konconya ada pergi ke premis perniagaannya minggu lalu dan menggugut meminta wang sebanyak RM70,000.


Katanya, along berkenaan mahu wang pinjaman itu dilunaskan segera sekiranya mereka mahu selamat.

"Selepas itu, konconya datang lagi ke kedai saya meminta wang sebanyak RM35,000 tetapi ia masih tidak mampu dilunaskan oleh saya kerana jumlahnya terlalu besar.


"Kelmarin, mereka datang lagi meminta wang RM25,000 tetapi saya tiada wang sebanyak itu. Mereka turut mengugut kami sekeluarga hingga kami takut untuk keluar rumah," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya sekeluarga kerana konco along terbabit kerap datang meminta wang padahal jumlah pinjaman anaknya tidak seberapa tetapi kadar bunga dikenakan amat tinggi dan berlipat kali ganda.

Katanya, anaknya membuat pinjaman dengan along berkenaan April lalu kerana suaminya sakit. Pinjaman itu terpaksa dilakukan bagi membiayai bil hospital.


"Saya tidak menyangka perkara ini menjadi semakin rumit apabila kami sekeluarga pula diburu along terbabit yang menuntut hutang mereka dengan jumlah yang banyak.

"Pada awal pinjaman, anak saya ada membayar sebanyak RM50 sehari bagi tempoh dua minggu dan berhenti apabila kesempitan wang," katanya yang tidak tahan dengan gangguan along menyebabkan dia sekeluarga nekad membuat laporan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

5 lelaki ‘tawan’ 11 pelanggan

Posted: 08 Sep 2011 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suasana tenang di sebuah restoran makanan laut di Jalan Kuchai Lama, di sini bertukar kecoh apabila lima lelaki bersenjatakan parang 'menawan' 11 pelanggan termasuk pemilik premis berkenaan sebelum merampas pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah kira-kira RM21,200, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu berhenti di hadapan restoran berkenaan sebelum semua suspek tiba-tiba turun lalu menyerbu pelanggan yang sedang menjamu selera.

Pemilik restoran, Cha Cheng Yong, 50, berkata, suspek kemudian meletakkan parang ke leher beberapa pelanggan dan mengugut mereka untuk mengeluarkan semua barangan berharga atau mereka akan bertindak lebih kasar.

"Kami semua ketakutan pada masa itu kerana mereka bersenjatakan parang.


"Kami terpaksa menyerahkan segala barangan berharga termasuklah wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kad bank, jam tangan, malah dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu pun mereka rampas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Buang bapa, kebas wang

Posted: 08 Sep 2011 09:58 AM PDT

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar 'orang suruhan' anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.


Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Nafi Marsha cuba bunuh diri

Posted: 08 Sep 2011 09:47 AM PDT

PETALING JAYA: "Berita penyanyi Marsha Milan Londoh cuba menelan 30 biji pil bagi cubaan membunuh diri tidak benar dan spekulasi liar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul," kata Afeeq Abdul Wahab, 25, teman rapat Marsha ketika dihubungi bagi mengulas kejadian penyanyi berusia 28 tahun itu yang dikejarkan ke hospital pagi Rabu lalu.

Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas rebah di parkir kediamannya di Jalan Klang Lama akibat tekanan darah rendah. "Marsha mengalami kemalangan sebelum itu mengakibatkan cedera dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka. Ketika itu Marsha keluar sendirian membeli makanan di kawasan berdekatan kondominiumnya. "Dia masih boleh memandu hingga ke rumah sebelum rebah. Saya percaya ia disebabkan trauma atas kemalangan yang berlaku memandangkan tidak pernah berdepan masalah sebegitu "Spekulasi kononnya dia menelan 30 biji pil untuk membunuh diri dan apa saja gosip tersebar tidak tepat dan mungkin ada pihak menyalah anggap tindakannya dengan mengambil ubat bagi mengurangkan penyakit tekanan darah rendah," katanya.


Sebelum itu desas-desus mengatakan Marsha cuba membunuh diri kerana marahkan teman lelakinya juga ahli perniagaan kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berfikiran positif serta saling percaya

Posted: 08 Sep 2011 05:36 AM PDT

LEBIH tiga tahun menyulam cinta, pasangan artis, Eira Syazira, 27, dan kekasihnya Azad Jazmin, 35, memilih tarikh bernikah di kediaman keluarga Eira di Persint 14, Putrajaya pada 16 September ini.

Bukan lagi rahsia apabila pasangan yang pada mulanya bergandingan dalam lakonan menerusi beberapa drama dan filem, seterusnya menyanyi lagu duet bersama selain bernaung di bawah syarikat rakaman sama iaitu FG Music Sdn Bhd.

Mungkin itulah dikatakan suratan atau kebetulan. Apabila sampai jodoh dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, akhirnya pasangan sejoli ini bakal disatukan pada majlis serba ringkas namun penuh makna.

Biarpun pelbagai persepsi timbul ekoran pengumuman majlis perkahwinan itu yang dikatakan dilakukan secara mengejut, namun bagi Eira yang popular dengan watak air mata itu menyerahkan semuanya kepada keluarga. Malah dia sudah bersedia menerima apa saja andaian dan kecaman daripada semua pihak.


"Sebenarnya semua perancangan saya serahkan kepada keluarga. Kami memang merancang untuk bernikah sudah lama sebelum ibu bapa ke umrah Ramadan lalu.


"Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, baru ibu bapa kami berbincang dan memilih tarikh yang sesuai. Saya serahkan sepenuhnya keputusan kepada keluarga. Restu dan doa daripada keluarga dalam hubungan kami cukup penting pada saya.

"Begitupun saya menunggu semua perkara yang diatur betul-betul jadi dan berjalan lancar baru saya bertindak memaklumkan dan mengedarkan jemputan kepada media dan rakan seminggu selepas Aidilfitri," katanya.

Eira mengakui walaupun memaklumkan secara mengejut, namun timbul pelbagai dakwaan mengenai hubungan mereka malah ada pula yang berteka-teki tarikh majlis perkahwinan mereka. Ikut perancangan asal mereka sebenarnya mahu mendirikan rumah tangga tahun depan namun dia tidak menyangka jodohnya sudah sampai.

Tambah Eira yang popular menerusi drama Cinta Balkis, dia gembira dan teruja apabila keputusan mereka untuk bergelar suami isteri diterima baik peminat. Malah ada yang memberi restu dan menyokong keputusan itu.

Debaran menanti detik disatukan sememang gagal disembunyikan Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi yang baru saja melancarkan album solo berjudul, Di Hati Ini Julai lalu. Dia bersyukur kerana dipercepatkan jodoh bersama kekasih hatinya itu.

Selain kerap terbabit bergandingan dalam filem dan drama antaranya filem Ngangkung, Eira dan Azad juga dipilih syarikat rakaman FG Music menyampaikan lagu duet berjudul Lagu Jiwa ciptaan Manusia Putih. Lagu berkenaan yang sudah siap dirakam dijangka berada di pasaran sekitar November ini.

Ditanya mengenai personaliti jejaka berjaya menawan hatinya itu, Eira berkata, dia tidak meletakkan sebarang kriteria khusus buat Azad memandang ia cukup klise. Seperti pasangan bercinta dan bakal menempuh alam rumah tangga dia sentiasa berfikiran positif dan saling mempercayai antara satu sama lain dalam hubungan mereka.

"Tidak perlu saya jelaskan apa keistimewaan dirinya yang berjaya menambat hati satu. Biar saya simpan saja perkara itu. Yang penting pada saya dia memang segalanya buat saya," katanya.

Sebelum ini timbul kontroversi membabitkan Azad dan pelakon, Faezah Elai yang didakwa mempunyai hubungan cinta. Selain itu, Azad didakwa bertanggungjawab menyebarkan gosip hubungan Faezah dengan pengarah terkenal, Heykal Hanafiah sehingga membabitkan kes mahkamah yang masih belum selesai. Faezah bakal bernikah dengan Heykal hari ini di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut mengenai isu membabitkan Azad dan bekas kekasih (Faezah Elai), Eira enggan campur tangan mengenai perkara itu, sebaliknya dia ada menasihatkan Azad untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik tanpa membabitkan isu saman dan mahkamah. Tambah melegakan hatinya, kebenaran terbukti dan biar masyarakat sahaja yang menilai apa yang positif dan negatifnya.

Sementara, Azad ketika dihubungi memaklumkan majlis pernikahan mereka ditetapkan keluarga perempuan dan secara kebetulan berlangsung dalam bulan yang sama dengan pernikahan Faezah.

"Saya sudah bersedia menjadi suami kepada Eira. Malah itu jawapan dan janji saya kepada keluarga Eira sebaik ditanya mengenai sejauh mana keseriusan saya dengan hubungan kami.

"Memang saya merancang untuk bernikah dengannya sudah lama namun disebabkan komitmen kerja dan pelbagai urusan menyebabkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan," katanya.

Walaupun Azad baru selesai menjalani penggambaran filem SAM arahan Shafiq Yusof dan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Skuad Metro, namun persiapan untuk majlis berkenaan tetap berjalan lancar.

Ketika ini persiapan majlis pernikahan itu sudah hampir 90 peratus siap. Eira juga berasa bertuah kerana mendapat tajaan pakaian daripada Wan Pa dan Zaha Wedding Planer dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan yang berkonsep cermin, kristal dan bunga ros.

Majlis resepsi Eira kemungkinan besar akan diadakan pada 19 November juga di Putrajaya. Sementara di sebelah Azad dengan bertemakan Bollywood mendapat tajaan Jalinan Kasih di Pulau Pinang pada 26 November ini.

PROFIL

NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira
NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi
TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik
KARIER: Pelakon dan penyanyi
TEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja
FILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung, Aku Bukan Tomboy
DRAMA: Puluhan antaranya Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Ku Milikmu, Embun Mutiara & Cinta Balqis.

Cabaran Sein arah Langgar

Posted: 08 Sep 2011 05:28 AM PDT

BERALIH karier seni suatu yang lumrah berlaku pada artis. Sama ada penyanyi menjadi pelakon atau sebaliknya, artis yang mempelbagaikan bakat sendiri mempunyai banyak peluang untuk meraih pendapatan.

Perubahan pada karier turut dilalui bekas anggota kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein yang kini berkecimpung dalam bidang pengarahan. Sejak empat tahun tidak lagi bersama kumpulan itu, Sein membawa haluan sendiri memilih lakonan sebagai fokus.

Gandingan mantap bersama Lisa Surihani menerusi drama bersiri, Adamaya disiarkan menerusi TV3 pada April tahun lalu, antara lakonan yang memberi kesan mendalam pada penonton.

Mengumpul pengalaman yang ada, Sein tidak mahu sekadar selesa dengan komitmen sedia ada, sebaliknya berusaha mempertingkat kemahiran diri dengan menimba ilmu belakang tabir.


Atas kesungguhan dan minat mendalam itu, Sein memberanikan diri dengan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah. Percubaan pertamanya kali ini memberi cabaran besar apabila meraih kepercayaan produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk mengarah filem Langgar.


Katanya, peluang keemasan ini ditunggu sejak sekian lama dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berkongsi idea pada aspek praproduksi filem genre aksi ini.

"Sebenarnya selepas Adamaya, saya ambil keputusan sambung belajar dengan memilih kursus jangka pendek selama lapan bulan di London Film School.

"Ketika itu, pengajian saya tertumpu pada skop pengarahan dan sinematografi. Sejak setahun lalu, saya terbabit dengan projek video korporat dan filem pendek.

"Begitu juga, untuk filem ini saya bekerjasama dengan Pierre Andre menghasilkan skrip. Kami sudah lama merancang mahu menghasilkan filem bersama dan akhirnya projek ini dapat dimulakan sejak dua bulan lalu.

"Filem ini melalui proses pembikinan skrip sebanyak 15 draf dan saya terbabit ketika menghasilkan draf ketiga hingga kelima," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Langgar di Damansara Heights, baru-baru ini.

Mengenai Langgar, Sein menyatakan dia mempertaruhkan kisah samseng atau gangster membabitkan tiga kumpulan berbeza. Mahu lari dari persepsi segelintir terhadap filem genre sama seperti KL Gangster dan Kongsi, dia cuba tampil kelainan dari aspek plot dan gaya pengarahan.

"Saya suka menonton filem mengenai gangster. Selalunya penonton menganggap ia adalah filem jantan tetapi saya tidak mahu ia disampaikan secara ekstrem.

"Saya mencuba dengan menampilkan adegan aksi seperti pertarungan yang berbeza. Setiap aksi yang ditunjukkan mempunyai graf peningkatan.

"Seperti watak utama Nizam lakonan Adi Putra, pada mulanya dia tidak pandai berlawan tetapi lama-kelamaan dia belajar untuk mempertingkat kemahiran diri," katanya.

Filem ini yang masih menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang, turut menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Namron, Khir Rahman, Hans Isaac, Bell Ngasri, Zul Huzaimy dan Natasha Hudson.

Selepas Langgar, kata Sein, dia mempunyai satu lagi skrip sendiri genre psikologi 'thriller' untuk diterbitkan bersama produksi sama pada tahun depan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita paling gemuk di dunia

Posted: 08 Sep 2011 08:17 AM PDT

SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.

Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks' dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.


Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.


Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

"Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.

"Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram," katanya.

"Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang."

"Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim."

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM

Facebook untung RM4.78 bilion enam bulan pertama 2011

Posted: 08 Sep 2011 08:14 AM PDT

SAN FRANCISCO: Keuntungan Facebook naik sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.78 bilion) pada separuh tahun pertama 2011 walaupun berdepan dengan kesukaran mendapatkan iklan dan terpaksa bersaing dengan Google Inc.

Keuntungan bersih yang dicatat pada pertengahan tahun 2011 pula hampir mencapai AS$500 juta (RM1.496 bilion) kata pegawai yang mahu namanya dirahsiakan kerana Facebook tidak pernah mendedahkan kedudukan kewangan mereka.

Kewangan Facebook menjadi kukuh apabila pelabur menaikkan nilai hingga US$80billion dalam pasaran persendirian. Pemerhati industri menjangka laman sosial nombor satu dunia itu akan masuk ke papan bursa saham pada 2012. - Agensi

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved