Ahad, 2 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dua mati lemas

Posted: 01 Oct 2011 10:17 AM PDT

BAHAU: "Sejak beberapa hari lalu, arwah memang kerap pergi mandi sungai berbanding biasa dan kurang berselera makan," kata Nurul Syahida Baharin, 15, ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang lemas di sungai di Kampung Sri Rompin, dekat sini, kelmarin.

Memilukan apabila mayat pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Rompin, Muhamad Hakimi Khairul Nizam, dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan dengan seorang lagi lelaki, Mohd Isa Mustafa, 40, yang juga anak angkat nenek saudaranya, jam 6.50 petang kelmarin.


Menurut Syahida, kedua-dua mangsa memberitahu mahu mandi di sungai berdekatan, jam 9 pagi.

"Kebiasaannya, mereka berdua pasti pulang semula ke rumah, namun saya pelik apabila masih tidak melihat kelibat mereka walaupun sudah petang.


"Berikutan itu, ibu (Robiah Birum) segera ke sungai dan melihat motosikal dinaiki mereka di atas tebing bersama pakaian masing-masing.


"Panik dengan keadaan itu, kami segera memaklumkannya kepada penduduk kampung untuk mencari mereka sebelum melaporkan kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, semalam.

Syahida berkata, dia terkejut mengetahui kedua-dua mangsa mati lemas apabila mayat mereka dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan.


Menurutnya, dia sedih kerana anak saudaranya dilihat berkelakuan baik berbanding biasa manakala anak angkat ibunya turut sempat mengemas rumah sebelum kejadian.

"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan kedua-dua Allahyarham masing-masing selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Besar dan Jelai tadi (semalam)," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian, Robiah yang juga ibu angkat Mohd Isa pergi ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk mengambil ubat, jam 7.30 pagi.


"Sewaktu perjalanan pulang ke rumahnya jam 11.30 pagi, wanita itu yang melalui sungai ternampak motosikal mangsa, namun tidak mengesyaki apa-apa berikutan mereka sering ke situ.


"Namun, selepas menunggu sekian lama, kedua-dua mangsa masih tidak pulang ke rumah, menyebabkannya kembali semula ke sungai itu untuk meninjau.


"Robiah cuba memanggil namun tiada sahutan lalu memberitahu orang kampung dan membuat laporan di Balai Polis Rompin," katanya.


Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa ditemui sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bahau 70 meter dari tebing sungai, jam 6.50 petang.


"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing pagi semalam (kelmarin)," katanya yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Nyaris maut van dirempuh lori sampah

Posted: 01 Oct 2011 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu dan rakannya nyaris maut apabila van mereka yang diletakkan di tepi jalan dirempuh sebuah lori sampah selang 30 saat keluar dari kenderaan itu di Taman Seri Bayu, Ampang, semalam.

Pemandu van, G Ganesan, 36, berkata dia yang berhenti bagi membeli peralatan elektrik di sebuah kedai tidak menyangka niatnya mengajak rakan sekerja, Sebastian Fancis, 46, untuk turun bersama menyelamatkan nyawa mereka.


"Selalunya saya minta Sebastian tunggu sebentar di dalam van, sementara saya membeli semua kelengkapan elektrik tetapi hari ini (semalam) saya minta dia turun dan membantu sekali.

"Sebaik kami turun, saya terdengar jeritan orang ramai dan melihat sebuah lori sampah sudah merempuh van yang diletakkan di tepi jalan itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi, lori sampah dengan muatan lebih 10 tan dalam perjalanan ke Kepong hilang kawalan ketika menuruni bukit di Jalan Ampang-Hulu Langat kerana mengalami masalah brek hingga merempuh van Tenaga Nasional Berhad itu.


Pemandu lori yang juga penduduk tetap warga Indonesia, Yanto, 42, berkata apabila brek lorinya gagal berfungsi, dia terpaksa membelok ke kanan jalan bagi mengelak kenderaan itu terjunam ke dalam gaung.

"Saya terpaksa membelok ke kanan jalan dengan harapan kelajuan lori dapat dikurangkan dan berhenti dengan selamat, malangnya terpaksa merempuh sebuah van yang diletakkan di situ," katanya.


Susulan rempuhan itu, van terbabit diseret 10 meter sebelum kedua-dua kenderaan terhumban di tebing dan menghempap enam motosikal penduduk.

Yanto yang mengalami luka kecil di bawa ke Balai Polis Trafik Ampang bagi membantu siasatan kejadian.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Janji lepas geram

Posted: 01 Oct 2011 09:32 AM PDT

LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mahu anak buahnya melupakan kekecewaan di Valencia, Rabu lalu dan mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Bolton.

Skuad Blues keletihan selepas pulang dari Sepanyol akibat perjalanan yang sukar dan kecewa apabila bolos di saat akhir untuk pulang dengan hanya satu mata pada perlawanan yang dianggap paling mencabar di peringkat kumpulan.


Kunjungan ke Stadium Reebok pastinya tidak begitu sukar kerana pasukan bimbingan Owen Coyle mempamerkan aksi hambar sejak awal musim.

Villas-Boas kehilangan khidmat Fernando Torres yang digantung tiga perlawanan selepas dibuang padang ketika menewaskan Swansea hujung minggu lalu tetapi dengan kesediaan Didier Drogba untuk kembali beraksi dan Daniel Sturridge pula cuba menarik perhatian selepas bergelar pemain pinjaman lima bulan lalu, Chelsea kelihatan cukup yakin.


"Didier kini sudah cergas sepenuhnya," kata pengurus Chelsea itu.


"Dia tersenarai bersama pasukan untuk dua perlawanan lalu. Kami mahu memberinya peluang sebelum menentang Fulham tetapi ia mustahil kerana sebab tertentu begitu juga ketika menentang Swansea dan satu-satunya pilihan adalah menurunkannya pada akhir perlawanan.

"Dia bagaimanapun kini mempamerkan persembahan terbaik dan sedia untuk dipilih. Kami perlu memutuskan apa yang kami ingini mengikut strategi tetapi semua pemain bersemangat," katanya.


Manchester City dan Manchester United beraksi 24 jam sebelum itu dan Chelsea mungkin ketinggalan enam mata atau mungkin hanya tiga mata sebelum perlawanan ini bermula.

Villas-Boas bagaimanapun menegaskan, apapun keputusan dicapai dua kelab Manchester itu, persediaan pasukannya tetap sama.


"Tiada kaitan langsung. Jadual menetapkan ada yang bermain pada Sabtu dan bakinya keesokan hari. Kami mungkin ketinggalan enam mata atau berpeluang menyamakan kedudukan.


"Terpulang kepada anda untuk memilih perkara positif atau negatif. Ini perlawanan ketujuh, tiada sesuatu yang pelik.


"Kami memiliki masa rehat dua hari selepas aksi di Valencia yang memenatkan akibat penerbangan yang ditangguh. Apapun saya yakin seluruh pasukan ini akan bangkit dan mempamerkan persembahan terbaik," katanya lagi. - AFP

Ashton julang England

Posted: 01 Oct 2011 09:28 AM PDT

AUCKLAND: Tindakan Chris Ashton melayangkan badan di penjuru padang tiga minit sebelum permainan berakhir, mengesahkan tempat skuad ragbi England layak ke suku akhir Piala Dunia dengan kemenangan 16-12 ke atas Scotland.

Scotland beraksi dengan baik sepanjang perlawanan dan mendahului perlawanan hingga minit ke-78 apabila Ashton bijak mengambil kesempatan lambungan jauh yang dilakukan rakan sepasukan untuk menyempurnakan try tunggal perlawanan.


Flyhalf, Tony Flood menyempurnakan sepakan conversion untuk mengakhiri semangat melawan Scotland yang perlu menang dengan kelebihan lapan mata untuk melangkah ke suku akhir.

Pertembungan antara England dan Scotland adalah yang tertua dalam saingan ragbi antarabangsa dan kerap menghasilkan pertemuan yang menghiburkan.


England kini memenangi 69 daripada 129 perlawanan sejak 1871 dan berjaya menguasai kedua-dua pertemuan di pentas Piala Dunia, yang pertama mengalahkan Scotland, 9-6 di separuh akhir Piala Dunia 1991 di Twickenham.


Hasil kemenangan itu, England bakal bertemu Perancis di suku akhir. Meskipun Scotland mengutip mata bonus pada perlawanan ini, mereka mungkin terpaksa pulang awal kerana Argentina dijangka tidak berdepan masalah untuk membelasah Georgia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, hari ini. - Reuters

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Taikun masih tak jumpa calon heroin

Posted: 25 Sep 2011 05:52 AM PDT

KEJAYAAN filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim mencatat kutipan melebihi RM8.5 juta ketika ditayangkan November tahun lalu membuatkan produser Metrowealth Pictures (MIG), David Teo terus menaruh kepercayaan kepadanya mengarahkan filem terbaru, Taikun.

Filem ke-65 terbitan produksi itu bergenre aksi komedi menampilkan gandingan pelawak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham dan Iskandarshah Hashim (Angah) sebagai teraju utama.

David berkata, dia menaruh kepercayaan dan kredibiliti pengarah berkenaan
berdasarkan reputasi yang dimilikinya.

Malah Bob bukan hanya membuktikan kemampuan dalam pengarahan malah mampu menghasilkan pelbagai genre filem.

"Saya yakin kemampuan Ismail Bob Hasim bukan sekadar filem komedi selain elemen aksi dan seram yang menjadi kekuatannya mampu mengikut jejak langkah kejayaan filem MIG sebelum ini.

"Selepas melihat filem aksi komedi terbitan MIG, Bini-Biniku Gangster yang mula ditayangkan sejak 22 September lalu. Saya yakin filem ini mampu diterima peminat apabila ditayangkan nanti," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem itu, baru-baru ini.

Bagaikan menjadi trend apabila pelakon utama wanita atau heroin untuk filem kebelakangan ini tidak lagi menjadi keutamaan apabila watak mereka diwujudkan hanya sebagai penyeri layar perak.

Malah ketika majlis sidang media memperkenalkan pelakon dan pelancaran memulakan penggambaran filem berkenaan di pejabat MIG baru-baru ini, David mengakui masih mencari calon sesuai membawa watak heroin dalam filem itu.

"Memang kami sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai pendek termasuk yang menghadiri uji bakat secara terbuka namun kami masih mempertimbangkan calon sesuai.

"Kami mencari heroin yang mampu melaksanakan tanggungjawab berat menerusi filem ini. Heroin berkenaan bukan saja perlu mempunyai susuk tubuh menarik atau seksi malah mampu melakukan babak aksi.

"Tidak kira pelakon yang sudah dikenali atau pelakon baru. Jika kami berasa dia calon sesuai dan mampu melaksanakan tanggungjawab itu sudah pasti di layak memegang peranan itu.

"Kemungkinan besar calon heroin akan dimaklumkan beberapa hari lagi. Walaupun penggambaran filem ini bermula 24 September. Namun untuk babak membabitkan heroin hanya akan mulakan penggambaran sekitar 5 Oktober nanti," kata David.

Sementara itu, Bob berkata, skrip karya Fadzil Bahri Zahari dan Yana Samsudin itu mempunyai kekuatan tersendiri. Bukan hanya menerusi penceritaan sebalik penampilan gandingan pelakon baru dan lama menerusi filem itu.

"Budaya kerja di MIG memang menggalakkan pekerjanya sentiasa mencuba benda baru. Selain mengikut kehendak dan selera penonton masa kini.

"Boleh dikatakan sejak kejayaan filem Adnan Sempit ia bagaikan menjadi aliran baru buat industri filem tempatan untuk mencuba pelbagai strategi untuk menghasilkan karya terbaik sekali gus menggalakkan penonton untuk ke panggung.

"Kita perlu sedar penonton sekarang semakin bijak menilai. Walaupun dengan kemunculan bakat baru termasuk pelapis di kalangan pembikin filem," katanya.

Ini juga filem kelapan Bob bersama MIG. Filem terbarunya, Bini-Biniku Gangster sedang ditayangkan di pawagam sejak 22 September lalu dan mendapat sambutan membanggakan.

Mengenai gandingan Along dan Angah, mereka terlebih dahulu muncul menerusi filem komedi, Alamak Toyol yang dijadualkan untuk tayangan pada 3 November ini.

Dalam Taikun, Angah membawa watak Tai manakala Along sebagai Miskun Tusnan aka Kun. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Selangor itu turut dibintangi Zul Supian, Alex Yanz, Adey Syafrien, Mikael Andre, Addy Rauf dan Mie Raja Lawak.

Bagi Along pula, gandingan mereka yang juga residen artis MIG sudah lama terbentuk sama ada sebagai kawan atau musuh.

Selain dicungkil daripada program realiti Raja Lawak mereka terbabit dalam drama sebelum berganding dalam filem.

"Mungkin ini rezeki kami daripada kejayaan tersenarai dalam kelompok Top 5 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelawak.

"Dari sana mungkin David melihat kemampuan bakat kami dan percaya kami mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Bukan mudah untuk diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama apatah lagi membawakan babak aksi.

"Selain bergandingan sebagai pengacara pentas kami juga kerap terbabit dalam pembikinan drama dan filem," katanya.

Senada dengan rakannya, Angah memaklumkan dirinya perlu bersedia dalam aspek kecergasan untuk memastikan semua penggambaran membabitkan aksi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Dalam filem ini tidak ada sesiapa yang akan membayangi antara satu
sama lain. Sebaliknya kami akan berbincang dan melakukan latihan sebelum menjalani penggambaran.

Selepas kali pertama membaca skrip saya dapati kedua-dua karakter ini agak seimbang," katanya.

Depan Mata: Sultan puji Hasnah

Posted: 07 Aug 2011 07:48 AM PDT

Biar ku bersedih
biar aku merintih
setelah gagal berkasih
lari bersama pedih

ITU antara bait lagu Bersedih yang cukup sinonim dengan penyanyi 60-an, Hasnah Haron. Bertemu dengannya pada 24 Mei lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, nyata itulah pertemuan pertama dan terakhir.

Dalam usia 64, penyanyi kelahiran Kampung Melayu, Singapura pada 9 November 1946 ini meninggal dunia pada 1 Ogos lalu, jam 8 pagi selepas lima hari dimasukkan ke hospital, Johor Bahru kerana barah pangkal rahim yang dihidapinya lebih dua tahun lalu.

Ketika itu juga, umat Islam seluruh dunia memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sehari sebelum itu, kebetulan saya menghubungi pemilik Restoran Puteri, Rubiah Suparman dan dimaklumkan Hasnah yang juga kawan baiknya sejak remaja dalam keadaan nazak. Berita itu baru saja disampaikan anak perempuannya, Haslinda Mohd Eunos (Linda).


Sememangnya itulah pertama kali bertemu dengannya tetapi orangnya ramah begitu juga Linda yang sudi bercerita keadaan ibunya. Linda membawa ibunya ke Kuala Lumpur untuk mencuba rawatan cara Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Gombak yang diusahakan pelakon Ashraf Muslim.


Badannya kurus kerana kurang selera makan dan pergerakan juga terbatas dan cepat penat tetapi apabila diminta bercerita mengenai zaman popularitinya sejak menghasilkan album pertama pada 1969, wajahnya nampak ceria.

Malah apabila diminta menyanyikan lagu Bersedih, beliau tidak keberatan begitu juga apabila ditanya lagu popular lainnya, terus menyanyikan lagu Sabar Menanti dan Siti Zubaidah. Suaranya juga tetap merdu.

Linda mengatakan ibunya sering bermuram dan enggan keluar rumah seolah-olah tiada semangat. Bagaimanapun apabila dibawa ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan-rakan seangkatan, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Azizah Mohamad, Datuk Jeffrydin dan Datuk Yusni Hamid, wajahnya nampak riang. Mereka diundang Kak Rubiah ke restorannya untuk bertemu.

Linda sempat memohon kalau ada rakan-rakan atau peminat ibunya ingin berjumpa, boleh berkunjung ke rumah mereka. Mungkin cara itu mampu membuatkan ibunya lebih bersemangat untuk terus hidup sekali gus melawan penyakit yang belum ada penawarnya. Malah, dia akan membawa ibunya turun ke Kuala Lumpur lagi jika keadaan kesihatannya mengizinkan.

Kata Linda, ibunya juga tidak suka menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi lagi kerana membuatkan badannya tidak selesa dan menyambut baik saranannya untuk mencuba rawatan Islam.

Selepas bertemu Ashraf, mereka dimaklumkan ada dua benda dalam badan Hasnah. Pertama kanser pangkal rahim tahap tiga dan merebak ke paru-paru dan kedua ada sihir dengan kehadiran 30 jin. Ashraf membekalkannya dengan Surah al-Mukminin dan Surah Hud untuk dibaca setiap hari lepas solat.

Berbual dengan Linda mengenai dirinya sebagai anak penyanyi dan kini memikul tanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-beradik lain, katanya, ketika kecil dia dan adiknya Mohd Lufthi tidak pernah tahu ibu mereka bekerja sebagai penyanyi. Mereka juga tidak pernah melihat sendiri ibu mereka menyanyi.

Pernah satu ketika ibu mereka terpaksa membawa anak-anak bekerja, mereka dikunci dalam satu bilik dan tidak dibenarkan keluar sehingga ibunya selesai bekerja, semata-mata tidak mahu anaknya tahu pekerjaannya. Hasnah juga tidak mahu anak-anak mengikut jejaknya menjadi orang seni.

Apabila dewasa, bagi Linda tiada apa yang harus dibanggakan menjadi anak penyanyi. Bagaimanapun, perasaan itu mula berubah apabila bertemu Sultan Johor dan memuji ibunya sebagai wanita yang baik dan menjaga pergaulannya walaupun berada dalam dunia glamor.

Terasa bangga di hatinya apabila ibunya diangkat begitu tinggi dan kini sebagai anak, Linda bertanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-adiknya. Hasnah mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Eunos dan tiga anak bersama suami kedua, Syed Murshed.

Sejak sakit dan tidak lagi menyanyi, ibunya banyak menghabiskan masa mengikuti kelas agama di masjid berhampiran rumahnya. Dengan peribadi yang baik dan sentiasa menjaga maruah diri, Hasnah dipanggil Yang Maha Esa pada 1 Ramadan lalu.

Bak kata Linda, ia satu anugerah buat dirinya apabila ibunya pergi dalam bulan Ramadan yang mulia kerana ia menjadi impian semua umat Islam. Ketika hayatnya, Hasnah Haron banyak dilemparkan tohmahan dan pandangan sinis yang dilalui tetapi, semua itu ditelannya dengan sabar walaupun hatinya sedih dan merintih.

Walaupun kehilangan ibu yang melahirkannya dia dan adik-beradik menyambut Aidilfitri tidak lama tanpa ibu, Linda reda dengan pemergian ibunya.

Kini genap seminggu arwah pergi dan bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru tetapi suaranya yang mendayu pasti terus berkumandang.

Bait akhir lagu Bersedih, 'Usah lagi dikenang, pada aku yang malang, nanti engkau kan sedu, di sisi jasadku kaku' pasti membuatkan kita mendengar bergenang air mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Demi, Kutcher elak cerai

Posted: 01 Oct 2011 09:19 AM PDT

LOS ANGELES: Di tengah kemungkinan menjadi pasangan selebriti terbaru bercerai, pasangan Demi Moore dan Ashton Kutcher dilihat mengunjungi pusat keagamaan Kabbalah di Los Angeles, semalam.

Kedua-dua mereka masih memakai cincin perkahwinan masing-masing.


Menurut saksi, Demi, 48, dan suaminya, Kutcher, 33, tiba di situ secara berasingan tetapi meninggalkan kawasan berkenan bersama-sama.

Perkembangan itu mengiringi khabar angin yang mendakwa mereka di ambang perceraian selepas Kutcher curang dengan berfoya-foya dengan seorang penuntut, Sara Leal, 23, awal bulan ini.


Pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat daripada kakitangan Kabbalah sepanjang musim panas ini bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.


Sumber berkata, Demi - popular dengan lakonannya dalam filem Ghost - memang tidak tinggal bersama Kutcher.

Semalam adalah sambutan Rosh Hashanah - hari suci untuk golongan Yahudi kerana mereka boleh "membasuh dosa" masing-masing.


Demi dan Kutcher menganut fahaman itu sejak sekian lama, malah mereka berkahwin pada 2005 mengikut istiadat agama berkenaan.

Sumber berkata, Demi dan Kutcher bermalam di rumah sama.


"Sebelum ini, Demi amat sedih dan malu apabila skandal suaminya didedahkan," katanya.


Lebih mengaibkan, kecurangan Kutcher di sebuah hotel di San Diego itu dilakukan pada hari ulang tahun perkahwinannya dengan Demi pada 24 September.


Sejak aksi Kutcher dan Sara dibongkar, kedua-dua pasangan itu memilih Twitter untuk menyatakan perasaan masing-masing.


Demi, misalnya, memuat naik imejnya berbaring dan memejam mata dengan diiringi nota "aku melihat melalui kamu." Dia juga memetik kata-kata ahli falsafah Greek, Epictetus, mengenai kemarahan Beberapa hari lalu, Demi berhenti mengikuti catatan Twitter Kutcher dan aktor Two and a Half Men itu juga bertindak sama. - TS

Paus Sei betina mati terdampar 800 meter dari pantai

Posted: 01 Oct 2011 09:17 AM PDT

EAST YORKSHIRE: Pakar marin kebingungan melihat bangkai ikan paus dari spesies jarang ditemui terdampar kira-kira 800 meter dari pantai, semalam.

Bangkai paus sepanjang 10 meter itu terbiar di kawasan perkampungan Skeffling, East Yorkshire.


Pemeriksaan mendapati, paus itu mati akibat terperangkap di kawasan cetek.

Pakar dilaporkan "95 peratus yakin" paus berkenaan betina dari spesies Sei yang jarang ditemui.


Rekod menunjukkan, hanya tiga paus seumpama itu ditemui terkandas di perairan Britain sejak 20 tahun lalu.


Pegawai Amanah Hidupan Liar Yorkshire, Andy Gibson, berkata keadaan air cetek menyebabkan ikan itu tersangkut pada pasir pantai.

"Keadaan ikan ini menyedihkan. Selepas terperangkap, ia berguling supaya liang udara di atas badannya tertutup," katanya. - YN

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tempat lepas kemarahan

Posted: 01 Oct 2011 10:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dipukul dan dikurung adalah harga yang terpaksa dibayar seorang lelaki yang beristerikan wanita panas baran, malah kerap naik hantu apabila permintaannya tidak dapat dipenuhi.

Dia dipukul kerana tidak mahu melayani nafsu isterinya dan dikurung hanya disebabkan enggan membeli sebotol air mineral di kedai 40 kilometer dari rumah.

Itulah nasib Azhar, 46, yang mengimpikan mahligai bahagia melalui perkahwinan ketiganya tetapi menjadi mimpi ngeri kerana isteri mudah mengamuk.

"Diherdik dan dihamburkan kata-kata kesat ibarat 'makanannya' kerana hampir setiap hari telinga saya terpaksa menadah cercaannya.


"Dia kerap naik angin hanya kerana perkara remeh, lebih-lebih lagi jika kehendaknya tidak dipenuhi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

CAK: Nurul jadi Zaiton

Posted: 01 Oct 2011 10:13 AM PDT

SEINGAT CAK, tahun lalu bukan main hangat lagi teman memperkatakan kisah hidup penyanyi popular 1990-an, Zaiton Sameon yang diangkat ke layar perak.

Maka, ramailah yang menanti, maklumlah Zaiton bukan calang-calang artis. Pada zaman kegemilangannya, siapa tidak kenal empunya diri yang terkenal dengan suara tinggi dan nyaring. Penampilannya yang seksi sering diperkatakan, malah jadi ikutan pada zaman itu.


Tunggu punya tunggu, projek istimewa diterajui Fauziah Nawi itu tidak muncul-muncul, malah lain pula yang jadi apabila timbul kisah kononnya penerbit tidak berpuas hati sehingga projek itu terpaksa diperap.

Bagaimanapun, baru-baru ini CAK dengar filem diberi judul Zaiton itu akan memulakan semula penggambaran tidak lama lagi. Khabarnya filem ini akan diarah oleh Esma Danial dan bintang utamanya pula Nurul Abd Wahab. Maknanya, Nurul akan mengambil alih tempat pelakon berwibawa, Mislina Mustafar bagi watak Zaiton Sameon.


Kalau nak ikutkan daripada segi rupa Mislina lebih mirip dengan Zaiton, tetapi kata sumber yang terbabit dengan filem biografi ini, selepas disolek Nurul tidak perlu diragui lagi. Tak kisahlah siapapun yang terpilih melakonkan watak Zaiton kerana pasti produksi buat keputusan terbaik.


Yang penting bagi CAK, filem ini dapat diteruskan kerana ramai tidak sabar-sabar mahu menontonnya.

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved