Rabu, 19 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tubuh lebih bertenaga

Posted: 19 Dec 2012 06:30 AM PST

IRAMA muzik rancak pop Korea mengiringi pakar terapi yang sedang melakukan urutan gaya Korea kepada beberapa pelanggan. Jika dilihat, ia seakan sama dengan urutan tradisional Indonesia atau Melayu namun diberi sedikit kelainan dengan menumpukan kepada pemecahan lemak di kawasan bermasalah seperti pinggul, pinggang, perut dan paha.

Sekali-sekala tangan juru terapi bergerak pantas mengulit kemas pada bahagian pinggang mengikut alunan irama. Semakin lama semakin perlahan namun masih keras bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan. Kesannya selepas melakukan buat kali pertama tubuh menjadi lebih mantap, darah mengalir lancar sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan mulus sekiranya dilakukan secara berterusan.

Menurut pemilik Mentari Hair Beauty & Spa, Aida Nordin, urutan gaya Korea disediakan kerana menyedari kebanyakan pelanggan semakin bersikap terbuka dalam menjalani rawatan kecantikan.

Selain urutan tradisional Melayu dan Bali, gaya Korea semakin mendapat tempat kerana masyarakat di negara berkenaan amat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Lihat saja kepelbagaian jenis rawatan kecantikan ditawarkan daripada hujung rambut hingga kaki serta kaedah tradisi yang memberi kepuasan kepada mereka.


Jelas Aida, urutan gaya K-Pop ini dibawa khas dari Korea selepas menjalani latihan dengan pakar terapi terlatih dari negara terbabit. Selepas merasai sendiri dan melihat keberkesanannya, dia menghantar empat terapi di bawah pengawasannya menjalani latihan yang sama.


"Saya teruja selepas menyedari di Malaysia tidak banyak pusat kecantikan menyediakan urut gaya Korea kerana lebih cenderung dengan urut Bali dan Thailand. Selepas mencuba ia bukan saja mampu menurunkan berat badan malah tubuh menjadi lebih ringan dan bertenaga," jelasnya.

Sebelum diurut, sejenis minyak disapu ke seluruh badan pelanggan bagi memudahkan proses urutan dan melembutkan kulit. Urutan dilakukan menggunakan sejenis garam bagi memberikan kesan lebih menyerlah ke setiap bahagian bermasalah.

Diakui urut gaya Korea ini sedikit menyakitkan terutama apabila diberikan tekanan bagi pemecahan lemak pada pinggul, perut, paha dan lengan manakala pada otot lain hanya sapuan lembut dan ringan. Tumpuan utama diberikan pada bahagian mengandungi lemak kerana proses pemecahan perlu dilakukan berulang kali.

"Pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan namun selepas 30 minit pelanggan akan merasai keselesaan selepas pemecahan lemak berlaku. Hampir 60 minit mereka yang melakukannya akan merasai kehilangan berat badan dan pada bahagian tertentu lemak berkurangan sehingga dua inci. Malah ramai mengakui kesakitan dialami akan berkurangan selepas beberapa minit diurut dan meninggalkan rasa 'sedap' dan segar," jelasnya yang menggalakkan wanita melakukannya dua kali seminggu dalam masa tiga bulan untuk mendapatkan hasil maksimum. Selepas itu, kebanyakan mereka berpuas hati kerana urutan ini bukan saja baik untuk kesihatan malah mencantikkan badan.

Untuk kesan yang lebih memuaskan selepas diurut, pelanggan digalakkan melakukan spa atau mandi herba bagi memulih dan melancarkan peredaran darah.

Pusat kecantikan yang terletak di Semenyih ini menyediakan semua keperluan untuk wanita seperti rawatan badan, mandi susu, mandi herba, rawatan sental, rawatan kuku tangan dan kaki, wajah serta rambut. Menyedari kebanyakan wanita mengimpikan kulit yang halus dan gebu serta tubuh menawan, Aida akhirnya membuka pusat kecantikan ini pada Mei 2003 selepas menamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat swasta sejurus menerima maklum balas positif pelanggan.

Dengan susun atur letak serta rekaan mendamaikan, Aida berpegang kepada prinsip bukan saja ingin memberikan perkhidmatan kecantikan malah jaminan keselesaan ketika mendapatkan rawatan.

"Kebanyakan mereka yang datang ke sini biasanya akan melepak dari pagi hingga ke petang. Biasanya mereka meluangkan masa melakukan rawatan badan, wajah dan rambut sekali gus kerana kekangan waktu," katanya yang turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit Eada termasuk sabun, penyegar, krim pelembap, losen, krim pelindung matahari dan set untuk jerawat.

Menggunakan rona cerah jingga di segenap ruang serta merah jambu pada perabot dan tirai, Aida yakin warna terang menjanjikan keceriaan kepada pelanggan.

Selain itu, dia membahagikan ruang kepada tiga bahagian iaitu bilik rawatan wajah, badan dan rambut.

"Biasanya wanita yang melakukan rawatan wajah inginkan suasana sunyi sebab itu saya mengasingkan kepada beberapa bahagian bagi keselesaan mereka," katanya.

Pusat yang dikhususkan untuk wanita ini juga menyediakan ruang santai bagi pasangan atau ahli keluarga menunggu. Namun mereka tidak perlu bimbang kerana lokasi di tengah bandar Semenyih dengan deretan kedai makan serta pusat beli-belah, pelanggan tidak akan bosan menunggu.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9 pagi hingga 7 malam, pusat terbabit turut menyediakan khidmat rawatan kecantikan untuk pelanggan yang ingin melangsungkan perkahwinan serta urut bersalin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Teknik semburan udara popular

Posted: 19 Dec 2012 06:04 AM PST

MAMPU memberikan kesan solekan yang lebih kemas dan semula jadi, teknik semburan udara (air brush) menjadi kegemaran ramai jurusolek profesional di dalam mahupun luar negara.

Malah, teknik solekan ini sebenarnya sudah lama popular di negara membangun seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Berbanding negara kita, teknik ini mungkin masih kurang mendapat pendedahan.

Menurut pemilik dan jurusolek Face Art Academy serta Nica Professional Make Up, Monica Lee, berbeza dengan solekan biasa, teknik ini hanya menggunakan peralatan khusus yang dipanggil 'the gun' serta disokong oleh mesin khas, kompresor.

Peralatan itu membolehkan bedak asas disembur pada kulit wajah ketika proses solekan.


"Uniknya, teknik ini menjadikan ton bedak asas lebih sekata, semula jadi dan paling penting tahan lama. Namun, bagi mereka yang baru hendak mencuba, anda harus mempelajari prosesnya dengan terperinci kerana ia tidak semudah yang disangka.


"Kita mesti pandai mengawal picu pada alat ini supaya kesan semburan menjadi sekata," katanya.

Kesan cela seperti jerawat dan bintik hitam boleh ditutup dengan hanya menggunakan kesan solekan nipis. Selain menggunakan berus atau jari untuk mengenakan solekan, kecanggihan teknologi seperti ini turut berupaya memberi kesan berbeza.

Selain bedak asas, kosmetik lain seperti pemerah pipi, pembayang mata dan gincu juga boleh disapu menggunakan teknik semburan lalu menjadikan solekan lebih ringan dan kita juga berasa selesa dengan aktiviti seharian.

Teknik solekan ini cukup popular dan banyak digunakan untuk perfileman, iklan komersial televisyen, teater atau pertunjukan fesyen. Ia banyak dipraktikkan di luar negara dan kini semakin digemari kebanyakan jurusolek profesional Malaysia.

Tambah Monica, teknik solekan semburan udara mempunyai banyak kebaikan iaitu memberikan liputan meluas selain menutup kulit wajah tidak sempurna seperti kemerahan, kesan penuaan atau parut jerawat.

Solekan berdefinisi tinggi atau HD ini memberikan sapuan sekata pada seluruh wajah. Solekan definisi tinggi hampir popular seperti menggunakan alat solek mineral atau yang mempunyai kolagen yang mengandungi reflektor ringan dan bahan untuk memberikan kulit sempurna selepas disolek terutama ketika penggambaran.

"Solekan menggunakan teknik ini turut membuatkan kulit kelihatan lebih muda.
Bahan digunakan begitu halus membuatkan solekan sekata tanpa meninggalkan sebarang garisan yang mungkin ada jika menggunakan berus atau span.

"Bedak asas wajah dalam bentuk cecair yang digunakan untuk teknik semburan udara ini juga mengandungi oksigen yang baik untuk kulit. Ia boleh mengelakkan liang pori daripada tersumbat atau kulit menjadi kering serta tidak berminyak seperti solekan biasa," katanya menambah, teknik ini juga sesuai digunakan oleh setiap peringkat umur.

Wanita kini rata-rata gemarkan solekan ringkas dan tampak moden tetapi memberikan impak kepada keyakinan diri mereka terutama untuk solekan harian.

Selain jenis solekan normal, teknik semburan udara ini juga sesuai untuk menghasilkan solekan berbentuk karakter seperti cerita seram dan kesan kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jadilah antara 4 juta pembaca Harian Metro

Posted: 19 Dec 2012 03:22 AM PST

PRINT & EPAPER

BUNDLE PACKAGES

PAYMENT METHOD : We accept CIMB Click, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Maybank2U, Meps Cash, Alliance Online Transfer, Ambank, China Union Pay, Mobile Money, RHB, Credit Card and Paypal. If you do not receive notification email from us after subscribing, please check your email bulk or spam folder.

Lagak pekerja cekup perompak

Posted: 18 Dec 2012 08:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis menyamar sebagai pekerja kedai serbaneka KK Supermart Holdings Sdn Bhd berjaya menangani kes rompakan dan samun di premis milik syarikat itu termasuk yang terbaru seorang remaja ditembak mati dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Setapak, kelmarin.

Pengurus Besarnya, Hooi Weng Kheong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama antara pihaknya dengan polis sejak dua bulan lalu bagi menangani kes rompakan berkenaan yang kerap berlaku.


Katanya, anggota polis yang menyamar dengan memakai pakaian seragam kedai serbaneka itu mematahkan cubaan samun dan rompakan yang sering berlaku.

"Taktik polis memakai pakaian seragam pekerja kedai sudah dilaksanakan di beberapa cawangan yang dikenal pasti sering disamun terutama di kawasan panas termasuk Sentul, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Puchong, Cheras, Serdang, Wangsa Maju dan Setapak," katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata, kedai serbaneka di kawasan itu menjadi tumpuan samun apabila 15 kes dicatat bagi tempoh tahun lalu hingga kini.


Menurutnya, sejak beroperasi pada 2008, pihaknya mengalami kerugian lebih RM1 juta akibat kejadian rompakan dan samun bersenjata.

Katanya, kes berkenaan berlaku di 351 cawangan kedai serbaneka itu membabitkan 671 kes.


"Bagi 2012, syarikat mengalami kerugian RM352,000 membabitkan 217 kes samun," katanya.

Hooi berkata, operasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam turut membantu mengesan suspek terbabit.


Beliau membuat sidang media berkenaan sebagai mengulas kejadian dua lelaki menyerang polis yang mengakibatkan seorang mati, manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Rampai, kelmarin.


Dua lelaki bersenjata parang itu memasuki kedai berkenaan pada jam 4.40 pagi sebelum polis melepaskan tembakan menyebabkan seorang suspek berusia 19 tahun mati, manakala rakannya melarikan diri.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seorang rakan suspek yang berusia 19 tahun kini diburu untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Mati dendam tukang kebun

Posted: 18 Dec 2012 10:28 AM PST

SHAH ALAM: Perselisihan faham yang berlarutan sekian lama antara seorang ketua penduduk dengan tukang kebun sebuah pangsapuri di sini, mencapai kemuncaknya semalam apabila pemimpin masyarakat terbabit mati akibat dihentak di kepala dengan penyodok tanah.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, K S Natchymuthu, 53, parah di kepala dan badan, namun sempat menunggang motosikal sejauh 30 meter sebelum jatuh dan meninggal dunia.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan, Seksyen U9, di sini, yang juga pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan penyodok tanah.


Beliau berkata, biarpun parah mangsa masih sempat melarikan diri menaiki motosikal, namun rebah berhampiran pondok pengawal keselamatan 30 meter dari tempat dia dipukul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Ajal selepas gagal merompak

Posted: 18 Dec 2012 10:28 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong ketika dua lelaki bertopi mengacukan parang selepas memecah masuk kedai dan meminta saya menyerahkan wang tunai sebelum melarikan diri," kata pekerja sebuah pusat Internet di Taman Len Seng, di sini, dikenali sebagai Winnie, 20 tahun yang menjadi mangsa samun, semalam.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tidak dikenali itu pada mulanya menceroboh premis terbabit kira-kira jam 9.30 malam dan terus membuka mesin wang namun hampa berikutan tiada wang di dalamnya.

"Mereka kemudian datang ke arah saya dan cuba mengacukan parang serta meminta menyerahkan wang tunai jika tidak mahu diapa-apakan, ketika itu ada seorang pelanggan sedang bermain komputer.

"Saya yang ketakutan kemudian bertindak menjerit meminta tolong sambil menangis dan memberitahu tidak mempunyai wang menyebabkan mereka panik dan terus melarikan diri," katanya.


Winnie berkata, selang beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi tembakan di luar premis menyebabkan dia memberanikan diri keluar sebelum mendapati lelaki yang mengacukan parang mati ditembak polis.


"Premis ini baru beroperasi selama dua minggu dan ini kejadian kali pertama berlaku sejak saya bekerja di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek berusia 20-an bersama seorang rakannya dipercayai cuba menyamun pusat Internet terbabit sebelum seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang kebetulan membuat risikan di kawasan berkenaan kira-kira jam 10 malam terserempak dengan mereka.

Menurutnya, pegawai polis berkenaan yang terdengar jeritan dari dalam premis terbabit bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum dia mendapati dua lelaki bersenjatakan parang cuba melarikan diri.

"Dia kemudian memperkenalkan diri sebagai polis dan cuba menahan mereka namun suspek cuba menyerangnya menyebabkan dia terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai dada seorang suspek sementara rakannya berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan ke atas mayat kita menjumpai dadah di dalam poket seluarnya dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan. Kita juga akan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) untuk siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Kak Limah dah sembuh tapi..

Posted: 18 Dec 2012 04:33 AM PST

FILEM trilogi Kampung Pisang pertama, Zombie Kampung Pisang yang ditayangkan sekitar 2007, diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 dan terbaru, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit bakal mencetus fenomena baru bagi peminat pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini menampilkan elemen kejutan serta jenaka tersendiri yang menghiburkan.

Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.


Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.


Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap 'hantu', sudah pulih sepenuhnya.
Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.

Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?

Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sendirian Berhad (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai, ketika ditemui selepas sesi tayangan perdana Husin, Mon & Jin Pakai Toncit bertempat di TGV, Ipoh Parade, Ipoh minggu lalu berkata, kejayaan filem arahan Mamat sebelum ini amat luar biasa dan menjadi pemangkin kepada pihaknya untuk menerbitkan trilogi seterusnya.

"Produksi kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Mamat Khalid dan percaya dengan kredibiliti beliau untuk mengarahkan filem mengenai Kampung Pisang seterusnya.

"Kami berharap filem ini dapat diterima peminat seperti mana filem sebelumnya yang berjaya mencetus fenomena tersendiri," katanya.

Sementara itu, Mamat berkata, filem trilogi ketiga arahan beliau yang menelan bajet kira-kira RM1.65 juta itu banyak menggunakan kesan khas atau imej janaan komputer (CGI) yang mampu dibanggakan serta mencapai kualiti global.

"Sebanyak 20 peratus CGI digunakan dalam filem ini bagi memberikan kesan yang lebih hebat kepada filem ini. Disebabkan mahu menyiapkan CGI kepada Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan filem ini.
Saya mahu pastikan CGI yang digunakan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

"Kami ingin memberikan yang terbaik kepada penonton dan kesan khas yang digunakan itu adalah antara satu kelainan dalam filem ini. Saya fikir tidak mengapalah kita lambat sedikit asalkan hasilnya dapat memberikan kepuasan kepada peminat setia 'Kampung Pisang'," ujarnya.

Tegas Mamat lagi, dia masih mahu mengekalkan Kampung Pisang sebagai lokasi penting filemnya itu namun menyuntik banyak elemen segar dari segi penceritaan dan babak-babak lucu.

"Saya masih lagi kekalkan Kampung Pisang sebagai latar utama filem ini kerana dua filem saya yang lepas bertumpu kepada kemelut di kampung itu. Saya mahu penonton terus terhibur dengan plot terbaru yang berlaku di kampung yang sama.

"Akan tetapi elemen jenaka yang pernah saya gunakan dalam filem lepas tidak diulang sebaliknya saya memaparkan banyak elemen baru supaya ia lebih segar.
Kesinambungan wataknya tetap ada namun kita melihat banyak perubahan terjadi ke atas mereka," jelasnya.

Kata Mamat lagi, kalau dalam filem kedua dulu dia memberikan tumpuan utama kepada peranan Kak Limah lakonan Delimawati yang sakit tetapi dituduh menjadi 'hantu', namun kali ini dia cuba menonjolkan pula watak Husin dan Mon. Katanya, Awie dan Ezlynn sendiri ada keserasian dan mampu meninggalkan kesan.

Bagaimanapun kata Mamat lagi, peranan penting lain seperti Usop (Usop Wilcha), Pak Jabit (Man Kadir) dan Pak Abu (Allahyarham Zami Ismail) masih lagi dikekalkan kerana merekalah yang menambah rencah kelucuan terhadap filem ini.

"Saya yakin penonton tentu mahu melihat plot yang berbeza pula dan apa kejutan terbaru kali ini. Kalau saya masih teruskan penceritaan Kak Limah mungkin ia akan menyebabkan filem ini kurang menarik dan mungkin boleh dijangkakan. Sebab itulah saya angkat peranan Husin dan Mon pula kerana ada plot misteri membabitkan mereka.

"Sebagai satu lagi kelainan, saya memperkenalkan watak baru iaitu Dr Shamsuddin lakonan Rashidi Ishak. Saya yakin kemunculan Rashidi akan turut memberikan kesan kepada filem terbaru ini," jelas Mamat.

Turut hadir pada tayangan khas itu pelakon seperti Awie, Rashidi Ishak, Usop Wilcha, Azwan Annuar dan Nazari (anak Mamat Khalid). Apa yang jelas, semua penonton cukup terhibur dengan hasil arahan Mamat itu yang dianggap cukup menghiburkan dan menggeletek hati seperti mana filem yang lepas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18



Soseh Soseh: Didie diintai Suria FM?

Posted: 18 Dec 2012 04:07 AM PST

SURIA FM yang semakin mendapat perhatian pendengar radio baru saja kehilangan penyampainya iaitu Nabil Raja Lawak apabila dia tidak menyambung kontraknya dengan stesen radio itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga terutama anaknya yang baru lahir serta kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara.

Selama setahun ke udara, dia digandingkan dengan penyampai popular iaitu Halim Othman dan Kencana Devi. Mereka bertiga memang serasi tetapi sayang sekali jodoh Nabil dengan mereka tak panjang. Khabarnya Suria FM sedang mencari pengganti Nabil bagi menambahkan seri segmen pagi yang selama ini mendapat sambutan yang sangat baik.

Dalam pencarian mereka itu, SS difahamkan mereka teringin menyunting pelakon dan pengacara popular iaitu Didie Alias bagi menggantikan Nabil. Meskipun tak serupa, barangkali mereka melihat Didie antara calon paling hampir dan paling sesuai untuk menggantikan Nabil. Pun begitu, SS dapat tahu yang Didie masih menimbangkan tawaran itu, bukan dia tak sudi tetapi bimbang tak boleh memberikan komitmen nanti.

Maklum saja, kalau dia sanggup terima tawaran itu, jam 5 pagi dah terpacak di konti sehinggalah jam 10 pagi setiap hari. Sedangkan pada masa sama, Didie juga sibuk berlakon dan mengacara. Malah tanggungjawab besarnya sebagai ibu dan isteri, perlu juga diutamakan. SS faham situasi Didie, apa pun SS harap Didie dapat membuat pilihan terbaik.


Apabila bercerita mengenai Didie, SS lihat selepas dia berkahwin buat kali kedua dan kemudian dia serta suami menyertai program Sehati Berdansa, rezekinya dalam industri cukup murah. Sebelum ini, puas dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara anak-anaknya selepas berpisah dengan bekas suami, aktor Redzuan Hashim.


Semua kerja dibuatnya termasuklah berniaga dan bekerja di belakang tabir produksi. Kini segalanya sudah berubah, anak-anaknya semakin dewasa dan berjaya dalam pelajaran. Didie juga bahagia dengan suami barunya. Segala pengorbanan yang yang dilakukannya selama ini dibalas dengan segala kebaikan daripada
Allah SWT.

SS: Pilih yang berbakat, bukan populariti.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bukan untuk seks

Posted: 18 Dec 2012 08:19 AM PST

STOCKHOLM: Seorang wanita berusia 37 tahun yang didakwa meyimpan bahagian rangka manusia di rumahnya agar dia dapat melakukan hubungan seks dengannya berkata, walaupun perbuatannya pelik tetapi dia tidak melakukan jenayah.

Wanita Sweden itu didakwa mencabuli ketenangan si mati selepas dia dituduh menggunakan 100 bahagian, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang untuk memuaskan nafsunya.


Dia memberitahu akhbar Goeteborgsposten, dia tidak menggunakan rangka manusia untuk kepuasan seksual, tetapi dia berminat dengannya.

Bagaimanapun, dia mengakui berminat dengan nekrofilia, tetapi menafikan cenderung untuk melakukan seks dengan rangka manusia.


"Saya tahu ia pelik, tetapi rangka manusia adalah hobi saya.


"Saya berminat dalam perubatan forensik dan saya juga meminati osteologi. Saya mempunyai gambar orang mati. Saya tidak menafikan itu," katanya. Wanita itu ditahan September lalu apabila polis dihubungi ke apartmennya selepas kedengaran bunyi tembakan pistol. Mereka menemui beberapa rangka manusia dan beberapa pisau. Polis Sweden kemudian mendedahkan gambar yang dirakam di apartmennya menunjukkan tengkorak manusia di atas katil, dalam beg dan dalam peti dingin beku miliknya.

Ia menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia dan wanita itu percaya dia menjadi mangsa ketidakadilan. "Lebih ramai orang telah melihat wajah saya berbanding filem Batman," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Wanita maut selepas terima paru-paru perokok

Posted: 18 Dec 2012 08:16 AM PST

LONDON: Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengidap kelainan kelenjar sekresi fibriosis sistik meninggal dunia setelah mendapat paru-paru daripada seorang penderma perokok tegar.

Jennifer Wederell dari Hawkwell, Essex, meninggal di kediamannya Ogos lalu, 16 hari selepas menjalani transplan di Hospital Harefield, London.


Bapanya, Colin Grannel berkata, dia yakin anaknya tidak akan bersetuju dengan transplan itu jika dia mengetahui penderma terbabit ialah perokok tegar.

Hospital berkenaan meminta maaf kerana tidak memberi pilihan kepada Jennifer untuk menolak transplan itu.


Jennifer didiagnosis menghidap fibriosis sistis sejak berusia dua tahun dan setelah mencapai usia 20-an, dia perlu bernafas dengan bantuan oksigen 24 jam sehari.


Jennifer telah mendaftar sebagai penerima transplan paru-paru sejak 18 bulan lalu dan pada April tahun lalu, dia diberitahu bahawa ada penderma yang sesuai. Grannel berkata, keluarganya sentiasa menunggu hari itu sejak bertahun lamanya dan menjangka transplan yang dijalani Jennifer akan berjalan lancar.

Jennifer berkahwin dengan lelaki idamannya, David Wederell pada September tahun lalu tetapi Februari lalu, kanser dikesan di paru-parunya. Grannel mendakwa anaknya mati akibat kelalaian pihak hospital.


"Pihak hospital tidak pernah menyatakan bahawa paru-paru yang digunakan dalam transplan itu adalah milik seorang perokok tegar," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Raja ‘saintis’ kekal

Posted: 18 Dec 2012 08:05 AM PST

KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.

Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.


"Satu mesyuarat sudah dijalankan pagi tadi (semalam) dan hasil daripada mesyuarat itu, Rajagobal dikekalkan hingga kontraknya tamat Disember 2013. Ini satu berita gembira untuk pasukan kebangsaan," menurut sumber dalaman FAM.

Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.


Kegagalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat tempatan memandangkan prestasi Harimau Malaya tampak merosot dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara Asia Tenggara apabila tersingkir di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga ranking yang jatuh merundum.


Ada pihak menyarankan agar tugas membimbing Harimau Malaya diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee namun dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang dirahsiakan pihak FAM itu semalam, ia sekali gus menjawab segala persoalan berhubung kedudukan Rajagobal.

Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.


Malah bagi badan induk bola sepak tanah air itu, kekalahan kepada pasukan hebat seperti Thailand bukanlah satu kegagalan, tambahan pula dengan masalah kecederaan pemain yang dihadapi Rajagobal pada perlawanan itu.

Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.


Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia menentang Qatar pada 6 Februari sebelum bertemu Yaman dan Bahrain dalam saingan Kumpulan D.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18



Hammam umum lepas jawatan

Posted: 18 Dec 2012 08:01 AM PST

PARIS: Mohamed Hammam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Beliau menegaskan menerusi kiriman e-mel sudah meletak jawatan 10 hari lalu selepas Jawatankuasa Etika Fifa membuka siasatan baru tuduhan rasuah terhadapnya.


Fifa memberi tindak balas terhadap kenyataan Hammam dengan berkata, sudah menerima surat peletakan jawatan itu namun menegaskan, jawatankuasa terbabit tetap mengadili individu yang dituduh 'meskipun sudah meletak jawatan'.

Atas dasar itu juga, Fifa berkata, laporan itu menunjukkan "berlaku ulangan pelanggaran Perkara 19 (Konflik Kepentingan) Kod Etika Fifa, edisi 2012, merujuk kepada tindakan Mohamed Hammam semasa memegang jawatan Presiden AFC dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa 2008-2011 yang mewajarkan penggantungan sepanjang hayat terhadapnya daripada semua aktiviti membabitkan bola sepak." Hammam, 63, dari Qatar dituduh cuba membeli undi untuk mendapatkan jawatan tertinggi Fifa pada 2011 hingga digantung Fifa daripada semua aktiviti bola sepak.


Penggantungan itu bagaimanapun disekat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berpangkalan di Lausanne pada Julai kerana kekurangan bukti.


Hammam yang masih digantung sementara ketika ini medakwa sudah bosan dengan dakwaan yang direka-reka itu.

"Bagi saya, keputusan CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) menunjukkan Fifa tidak cukup bukti yang kukuh," kata Hammam.


"Keputusan ini juga sudah disahkan Mahkamah Siasatan bagi Jawatankuasa Etika Fifa yang gagal mengemukakan bukti baru biarpun sudah melabur jutaan dolar untuk siasatan itu." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved