Isnin, 11 Julai 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Lakukan apa saja untuk Iqbal

Posted: 11 Jul 2011 10:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SETIAP hari dia pasti bertanya kepada anaknya yang sedang terlantar sakit, “Abang nak makan apa, abang nak minum apa? Biar ibu sediakan.” Dan apa saja perkataan yang terpacul daripada mulut anak comel ini pasti akan dipenuhi walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan angka tiga pagi.

Bahaya kalori kosong

Posted: 11 Jul 2011 06:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BENTUK pemakanan yang diambil kanak-kanak seawal tumbesaran­nya amat penting dan perlu dikawal kerana ia akan membentuk diri mereka apabila dewasa kelak. Lebih membimbangkan, kanak-kanak obes kebiasaannya cenderung membesar sebagai individu dewasa obes jika masalah kegemukan dan pemakanan tidak diatasi lebih awal.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Bakar' rumah jiran

Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT

PADANG BESAR: Seorang lelaki warga emas terkedu apabila mendapati tindakannya membakar sampah ketika cuaca panas terik menyebabkan rumah jirannya hangus dalam satu kejadian di Kampung Baru Sungai Serai, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 70-an itu hanya mampu tersandar di sebatang pokok berhampiran rumah berkenaan kerana terkejut.


Api yang berpunca daripada pembakaran sampah di bawah pohon buluh berterbangan memasuki rumah mangsa, Ahmad Sulaiman Bakar, 26, hingga menyebabkan ia musnah dan mangsa kini tinggal sehelai sepinggang.

Ketika kejadian, Ahmad Sulaiman bersama ibunya, Siti Fatimah Awang, 62, menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di Kampung Blok 20, Chuping, dekat sini, manakala isterinya, Munirah Murad, 21, yang baru bersalin anak kedua sebulan lalu berada di rumah mentuanya di Abi, dekat sini.


Siti Fatimah berkata, dia dan Ahmad Sulaiman gagal menyelamatkan semua barangan di dalam rumah separuh papan yang diduduki anak ketiganya itu sejak tiga tahun lalu kerana api marak begitu cepat, tambahan pula kebakaran berlaku ketika cuaca panas terik.


"Sebelum itu, saya sudah menegur jiran terbabit (warga emas) supaya berhati-hati membakar sampah pada waktu panas terik memandangkan api ketika itu turut membakar pohon buluh yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah anak saya.

"Tetapi teguran saya tidak diendahkan kerana dia sedang sibuk membersihkan kawasan belukar di kawasan tanahnya untuk ditanam pokok getah. Sebelum menghadiri majlis kenduri itu, saya dan Ahmad sekali lagi memintanya supaya mengawasi sampah yang dibakar," katanya yang menetap bersebelahan rumah Ahmad ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang anaknya, rumah anak ketiganya terbakar dan meminta segera pulang ke rumah ketika sedang menjamah nasi pada majlis perkahwinan itu.

"Sebenarnya, sebelum pergi ke majlis perkahwinan itu, hati saya sudah tidak tenang selepas melihat api pembakaran sampah menjulang tinggi membakar pohon buluh dan bimbang merebak ke rumah anak.


"Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila rumah anak hangus dan jiran yang membakar sampah dilihat duduk tersandar di sebatang pokok berhampiran tapak rumah Ahmad," katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Wanita Negeri, Mansor Jusoh yang hadir melawat lokasi kejadian, berkata empat beranak malang itu ditempatkan sementara di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga menunggu bantuan seterusnya.


"Saya terpaksa menenangkan jiran mereka yang menyebabkan rumah berkenaan terbakar kerana didapati dalam lemah dan terkejut," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar, Penolong Penguasa Halid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2 petang dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat dalam lubang najis

Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT

GOMBAK: Seorang lelaki ditemui mati di dalam lubang najis dengan tiga kesan tetakan di kepala dipercayai dibunuh di kawasan kilang terbiar di Rawang, semalam.

Mayat lelaki berusia 30-an belum dikenal pasti identiti itu dipercayai warga asing dan mangsa ditetak dengan sebilah kapak yang ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dibuang.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Balai Polis Rawang menerima maklumat orang awam kira-kira jam 1 tengah hari dan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap itu dijumpai di dalam lubang najis dengan kedalaman kira-kira tiga meter. "Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan semak tepi kilang terbiar terbabit sebelum dibuang ke dalam lubang itu selepas titisan darah ditemui di kaki lima kilang itu.


"Malah, sebilah kapak dengan kesan rambut dan darah ditemui dalam semak dipercayai digunakan suspek untuk menetak kepala mangsa," katanya.


Abdul Rahim berkata, mayat yang sudah kembung itu dipercayai dibunuh tiga hari lalu dan dipercayai suspek lebih daripada seorang.

"Kilang terbiar itu sudah lebih dua tahun ditinggalkan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau ada waris yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Janda glamor

Posted: 10 Jul 2011 09:39 AM PDT

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman 'gemilang'nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.

Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

"Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.


"Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih," katanya.


Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

"Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami," katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

"Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar," katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

"Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya," katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

"Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

"Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

"Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecewa suami curang

Posted: 10 Jul 2011 09:29 AM PDT

MUAR: "Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri," kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.

Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.


Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.


Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

"Kita selesaikan perkara ini cara baik," teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

"Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bekas banduan rancang bunuh Obama

Posted: 10 Jul 2011 08:36 AM PDT

PIERRE (Dakota Selatan): Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang wanita warga emas dikatakan turut merancang menamatkan riwayat Presiden Amerika Syarikat.

Menurut pendakwa, James McVay menyusun rancangan melakukan pembunuhan ke atas beberapa orang, termasuk presiden dan polis.


Berdasarkan pertuduhan, bekas banduan itu berkata, dia akan "membunuh dan membunuh sehingga saya mendapatkan dia" yang merujuk kepada presiden.

Pendakwa berkata, McVay bercadang pergi ke Chicago atau Indianapolis untuk melakukan pembunuhan seterusnya sebelum mencuri kenderaan dan memandu ke Washington.


Apabila tiba di Washington, McVay akan melepaskan tembakan ke arah Barack Obama menggunakan raifal.


McVay, 41, semalam dibicarakan atas tuduhan membunuh Maybelle Schein, 75, ketika mangsa tidur.

Tertuduh dikatakan mengelar leher Maybelle menggunakan pisau perkhemahan di rumah mangsa di Sioux Falls.


McVay kemudian melarikan kereta Maybelle ke Madison sebelum bercadang menyerang dan membunuh seorang anggota polis bagi mendapatkan senjata apinya.

Tertuduh mengaku mula merancang siri pembunuhan itu dua tahun lalu ketika dia masih meringkuk dalam penjara di Dakota Selatan.


Beberapa jam selepas meninggalkan program peralihan komuniti pada 30 Jun lalu, McVay berjalan ke pasar raya untuk mencuri pakaian serta pisau.


Dia kemudian memecah masuk ke rumah Maybelle dan membunuhnya kerana ternampak ada kenderaan di garaj rumah mangsa.


Pendakwa berkata, McVay akan membunuh sesiapa saja setiap kali ada peluang.


"Tertuduh perlu membasahkan tangannya dengan darah untuk membiasakan diri membunuh," katanya.


McVay ditahan pada 2 Julai lalu di Madison, Wisconsin. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak magnet curi tumpuan

Posted: 10 Jul 2011 08:36 AM PDT

SAO PAULO: Kemampuan seorang budak meletakkan besi ke badannya menarik perhatian orang ramai di Mossoro, timur laut Brazil.

Laporan Globo TV menyatakan, Paulo David Amorim, 11, seolah-olah manusia magnet apabila pelbagai objek, termasuk garfu, pisau, gunting, kuali dan kamera melekat ke badannya.


Bapa Amorim berkata, dia mula menguji kebolehan anaknya selepas mengetahui ada budak lain di Croatia memiliki kemampuan sama.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati garfu dan pisau melekat ke tubuh Amorim.


Disebabkan kelebihannya itu, Amorim mendapat gelaran "budak magnet" di sekolahnya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Bahrain bimbang

Posted: 10 Jul 2011 08:26 AM PDT

BAHRAIN tetap menganggap Malaysia sebagai satu ancaman dalam perebutan slot automatik ke Sukan Olimpik London 2012 dalam saingan peringkat Kumpulan C yang akan bermula September ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Bahrain, Hafedh E Al Dosary, biarpun Malaysia dianggap pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan gergasi Asia Jepun dan Syria, kemampuan wakil tunggal dari Asia Tenggara itu tidak boleh diambil mudah selepas berjaya menumpaskan Lubnan pada pusingan sebelum ini.


"Malaysia bukan lawan yang mudah, kami tahu kemampuan Malaysia. Kami menyaksikan bagaimana Malaysia menewaskan Lubnan dan saya fikir Malaysia pasukan yang bagus dan mempunyai peluang dalam kumpulan ini," katanya yang ditemui pada majlis undian pusingan akhir kelayakan Olimpik London 2012 di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia baru-baru ini.

Dalam undian itu, Kumpulan A membabitkan Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Oman manakala satu lagi pasukan pilihan, Australia berdepan Iraq, Uzbekistan dan Emiriah Arab bersatu dalam Kumpulan B.


Bahrain antara pasukan yang mampu mencabar dalam saingan Kumpulan C bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Palestin pada pusingan kedua sebelum ini.


Pada aksi di Manama, skuad kendalian Salman Ahmed Rashed Shareeda itu tumpas 1-0 pada perlawanan pertama namun berjaya menewaskan Palestin 2-1 pada aksi timbal balik kedua untuk mengikat agregat 2-2 sekali gus mara menerusi jaringan gol di tempat lawan.

Biarpun mengakui kurang selesa dengan kehadiran Jepun dalam saingan Kumpulan C, Hafedh yang juga pengurus pasukan Olimpik Bahrain tetap menganggap semua pasukan memiliki peluang yang sama untuk muncul juara kumpulan bagi meraih tiket automatik ke London.


"Ini adalah undian yang baik bagi kami biarpun Jepun berada dalam kumpulan yang sama. Tapi jika dibandingkan dengan kumpulan lain, peluang dalam kumpulan ini lebih baik. Bagi saya semua pasukan mempunyai peluang yang sama," katanya.

Skuad Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia apabila menewaskan Lubnan pada pusingan kelayakan kedua menerusi agregat 2-1.


Pada pusingan awal, skuad bawah 23 tahun negara itu mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0.


Barisan muda negara itu akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan menentang Jepun di tempat lawan pada 21 September depan.


Juara kumpulan bakal mendapat slot automatik ke Olimpik London manakala pasukan di tangga kedua akan beraksi dalam saingan play off untuk menentang wakil dari benua Afrika bagi satu lagi slot.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eropah pilihan Beng Hai pertajam skil, kemahiran

Posted: 10 Jul 2011 08:22 AM PDT

EROPAH adalah destinasi terbaik untuk skuad senior hoki negara bagi mempertajamkan skil serta kemahiran menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik awal tahun depan.

Namun, impian untuk menyaksikan skuad negara sentiasa mendapat pendedahan di Eropah bukan mudah kerana kalendar perlawanan yang berbeza dengan pasukan Asia menyebabkan sukar untuk pasukan dari dua benua itu mengatur perlawanan persahabatan.


Itu pandangan jurulatih skuad negara, Tai Beng Hai ketika diminta merumuskan aksi anak buahnya pada sembilan siri perlawanan di Eropah termasuklah bersama skuad kebangsaan Belanda serta Sepanyol yang berakhir 7 Julai lalu.

"Jelas sekali corak permainan pasukan Eropah amat berbeza. Antaranya tempo permainan serta jangkauan mereka sangat baik.


"Kalau boleh memanglah pendedahan seperti inilah yang saya mahukan ke atas skuad negara tapi kita kena faham bukan mudah untuk mengatur perlawanan dengan pasukan Eropah ini," katanya.


Apa yang dimaksudkan oleh Beng Hai itu bukanlah bermakna beliau lebih gemar memilih pasukan Eropah untuk aksi anak buahnya berbanding pasukan Asia.

"Kita sudah biasa bertemu dengan pasukan Asia seperti Pakistan serta India dan tidak berdepan masalah besar mengikut rentak permainan mereka.


"Tapi kita jarang dapat peluang bertemu dengan pasukan terbaik Eropah. Sebab itu saya berpendapat peluang bertemu dengan mereka pada siri perlawanan persahabatan ini tidak boleh disia-siakan begitu saya.

"Dan selepas siri perlawanan di sana (Eropah), jelas sekali saya nampak setiap pemain kini lebih bersedia andai bertemu pasukan Eropah selepas ini," katanya.


Pada sembilan siri perlawanan di Eropah, skuad negara mencatatkan lima kemenangan, satu seri dan tewas tiga kali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Perkenal produk baru SimplySiti

Posted: 10 Jul 2011 05:39 AM PDT

TATKALA banyak penganjuran program hiburan seperti konsert, teater dan persembahan dibatalkan gara-gara perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sekitar Lembah Klang, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, pula punya perspektif berbeza dengan meneruskan persembahan eksklusifnya, malam Sabtu lalu.

Konsert Malam Gala dan karnival ulang tahun pertama SimplySiti yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam turut membariskan tiga lagi penyanyi terkenal lain, Amy Search, Ana Raffali dan Aizat Amdan.

"Bohong jika saya katakan tidak bimbang atau tidak mengambil peduli akan senario yang berlaku. Namun semua itu tidak langsung mengganggu perjalanan penganjuran majlis ini kerana lokasinya bukanlah di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi sasaran utama perhimpunan itu sebaliknya majlis ini kami lakukan di Shah Alam.

"Bukan saja jauh daripada Kuala Lumpur malah kami anjurkan dalam kawasan universiti yang saya yakin tahap keselamatannya tinggi. Proses pembatalan sesebuah pengajuran majlis atau konsert seperti ini bukanlah satu keputusan mudah kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Malah tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan sudah pun habis terjual. Lantas ia akan berlanjutan kepada masalah lain pula jika mengambil keputusan untuk membatalkannya. Lagipun saya sendiri kagum melihat segala persiapan dan konsep penganjuran oleh pelajar UiTM yang begitu kemas dan tersusun," katanya.


Menyifatkan penganjuran Konsert Malam Gala dan karnival ulang tahun pertama SimplySiti ini sebagai sebuah persembahan yang indah dan istimewa, Siti berasa bertuah kerana mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk UiTM sendiri dan barisan teman penyanyi yang tidak berfikir panjang bagi turut serta membantu.

"Saya berpuas hati dengan sambutan yang diterima kerana secara keseluruhannya saya merasakan persembahan ini cukup berjaya baik dalam mencapai objektifnya untuk mengumpul dana mahupun menghiburkan kesemua penonton yang hadir.


"Menariknya, saya turut melihat persembahan ini bagai sebuah malam penghargaan buat semua yang menyokong kejayaan SimplySiti selama ini.

"Tidak sekadar pengguna yakin dan percaya dengan produk ini sebaliknya saya turut ingin meraikan semua individu yang terbabit dalam menyumbang kejayaan ini termasuk peminat, pihak media serta rakan kongsi perniagaan yang tidak henti membantu.


"Saya cukup terharu dengan sambutan yang diberi. Bayangkan 5,000 peminat setia hingga ke akhir persembahan memenuhi ruang dewan ini di ketiga-tiga aras. Saya cukup seronok dan berterima kasih kepada peminat," katanya.

Mengangkat matlamat bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, semua hasil kutipan derma dan tiket yang berharga RM38 pada malam konsert disalurkan terus ke dalam tabung berkenaan.

Dana yang terkumpul juga akan digunakan bagi membantu kira-kira 5,000 pelajar cemerlang UiTM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di dalam dan luar negara. Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid turut hadir menyaksikan konsert itu.


Menariknya, Siti tampil dengan motosikal berkuasa besar bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika masuk ke dewan sebagai gimik pembukaan. Peminat bersorak dan tidak henti menjeritkan namanya.

Pada malam itu, penyanyi nombor satu negara itu menyampaikan beberapa lagu termasuk Destinasi Cinta pada awal pembukaan sambil memperkenalkan satu lagi produk terbaru SimplySiti, Lovely Edition diikuti Biarlah Rahsia dan lagu tradisionalnya yang tampak bagai persembahan Citrawarna.


Penyanyi kelahiran Pahang ini turut berduet bersama Aizat menerusi lagu kegemarannya, Lagu Kita sebelum memperdengarkan buat pertama kali lagu Inggeris terbarunya, Falling In Love.


Penyanyi muda, Ana Raffali pula tampil dengan baju kurung tanpa gitar kali ini dengan menyanyikan lagu keramatnya, Tolong Ingatkan Aku. Menariknya, kata Ana dia terharu dan bangga berpeluang menjayakan persembahan malam itu kerana kembali ke UiTM dan menghiburkan peminat di sini selepas beberapa tahun meninggalkan kampus jurusan Undang-Undang.


Penyanyi terkenal, Amy pula menyampaikan dua lagu, Kerja Gila dan lagu keramat, Isabella manakala Aizat bersahaja menyanyikan dua lagu solo, Sungai Lui dan Years From Now.


Konsert Malam Gala dan Karnival Ulang tahun pertama SimplySiti dilakukan atas kerjasama empat fakulti iaitu Teka, Fakulti Muzik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Fakulti Senireka.


Kesungguhan dan komitmen kesemua pelajar yang terbabit akhirnya berjaya merealisasikan sebuah persembahan yang bertenaga dan penuh sambutan.


Mengenai buah hatinya, SimplySiti yang kini sudah pun menjengah usia setahun, penyanyi yang tidak lekang dengan senyuman itu berkali-kali mengucap syukur kerana usahanya selama ini dalam membina empayar perniagaan kosmetik ini berjaya mencapai sasaran dan mengikut perancangan awalnya.


"Memang begitu pantas dan saya sendiri tidak sangka sudah melangkaui setahun rupanya SimplySiti. Namun alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang diharapkan dan saya sentiasa bersyukur kerana apa yang diinginkan dapat direalisasi.


"Selain kempen mengumpulkan wajah-wajah SimplySiti yang kami lakukan sejak Januari lalu serta beberapa rangka jelajah promosi produk, kami kini lebih cenderung memikirkan soal meluaskan lagi pasaran.

"Kini, kami hanya berjaya menembusi pasaran Brunei lantas seterusnya saya memandang untuk memperkenalkan produk ini hingga ke Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat.


"Saya sendiri berterima kasih dengan beberapa pihak yang sentiasa berada di belakang saya dan syarikat dalam mengemudi perniagaan ini. Setakat ini, saya mampu tersenyum melihat perkembangan positif dan segala pencapaian syarikat dalam membawa perniagaan ini ke tahap yang lebih baik," katanya.

>PROFIL
NAMA PENUH: Siti Nurhaliza Tarudin
TARIK LAHIR: 11 Januari 1979
TEMPAT LAHIR: Temerloh, Pahang
KELUARGA: Anak keempat daripada tujuh beradik
STATUS: Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa
PENGALAMAN MANIS: Menjuarai Bintang HMI 95
ALBUM: Siti Nurhaliza I, Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati, Lentera Timur dan Tahajjud Cinta
PENCAPAIAN: Menerima lebih 100 anugerah dan pengiktirafan dalam dan luar negara
PENGACARA: Program bual bicara SITI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SKMM, MDeC tak sokong

Posted: 10 Jul 2011 05:33 AM PDT

JIKA sebelum ini Malaysia menjadi tumpuan penganjuran Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (Kliff) dan Short Shorts Film Festival Asia, sekali lagi kita berbangga apabila Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (Klis) buat julung kali akan dianjurkan pada awal tahun depan.

Acara peringkat global ini dijangka menarik perhatian ramai peserta menerusi kerjasama dengan laman sesawang antarabangsa, Withoutabox, platform yang bertanggungjawab menyediakan sistem penyertaan filem ke lebih 850 festival filem seluruh dunia.


Di sebalik publisiti meluas menerusi laman sesawang popular ini, penganjur, Klis Network melahirkan rasa terkilan apabila acara terbesar ini gagal mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Pengarah Klis, Martias Mohd Ali berkata, dua badan kerajaan itu kurang yakin dengan kebolehannya bersama rakannya, Yusof Kelana selaku pengarah eksekutif dan Jurey Latif Rosli mengendalikan acara ini.


"Kami amat kecewa dengan perkara ini apabila tidak mendapat sokongan dua badan penting ini. Memang kami tidak pernah menganjurkan acara besar ini tetapi saya sendiri banyak kali hadir ke acara seperti ini di seluruh dunia.


"Selepas melihat kejayaan negara lain sebagai penganjur, saya percaya sudah sampai masanya kita mempunyai festival filem pendek sendiri bertaraf antarabangsa.

"Adanya acara ini, ia diharap dapat membuka mata ramai pihak. Sebagai permulaan, kami memberi peluang kepada sesiapa saja menghantar penyertaan.


"Tiada tema khusus atau bayaran dikenakan. Rakaman menerusi telefon bimbit juga boleh dihantar tetapi ia haruslah mempunyai kualiti yang boleh ditonton dan sari kata.

"Bukan soal kualiti diberi perhatian lebih tetapi idea atau mesej yang ingin disampaikan menjadi penilaian juri," katanya pada sidang media Klis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Martias berkata, buat masa ini, sebanyak 350 penyertaan diterima sejak dibuka pada 16 Jun lalu. Daripada jumlah penyertaan seluruh dunia itu, empat dari Malaysia.


"Kami menjangkakan lebih 3,000 penyertaan akan diterima sehingga tarikh tutup pada 30 November nanti. Kebanyakan penyertaan yang diterima mempunyai kualiti dan tahu aspek fotografi.


"Dalam pada itu, matlamat penganjuran ini juga mahu melayakkan karya tempatan agar berpeluang menyertai majlis anugerah berprestij, Academy Award suatu hari nanti.


"Kami berharap penggiat seni tempatan mengambil peluang menghantar seberapa banyak karya mereka ke Klis. Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan bertukar pandangan," katanya.


Acara ini yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 30 Januari hingga 1 Februari 2012 turut dimeriahkan dengan acara lain seperti seminar, bengkel, 'Film Market' dan tayangan filem percuma di skrin Dataran Merdeka.


Empat kategori dipertandingkan iaitu Filem Pendek, Animasi, Pelajar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Setiap penyertaan harus menggunakan durasi antara dua hingga 20 minit.


Yusof pula berkata, acara ini penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai potensi filem pendek yang menjadi salah satu acara popular pada peringkat antarabangsa.


Menariknya, acara yang mendapat sokongan DBKL, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Skop Productions, MIG Pictures, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Astro selaku stesen penyiar, dianjurkan sempena Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari.


"Pemenang utama setiap kategori berpeluang menerima hadiah wang tunai AS$2,000 bersama trofi dan geran tajaan Finas. Hadiah wang tunai tempat kedua pula AS$1,000 manakala AS$500 tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved