Rabu, 23 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tak serik mencuri

Posted: 22 Nov 2011 09:56 AM PST

KLANG: Ketua kumpulan curi kereta digelar Geng Ah Boy yang baru dibebaskan dari penjara dua minggu lalu dicekup semula bersama empat lelaki dan dua wanita dipercayai ahli kumpulan itu dalam tiga serbuan berasingan, Sabtu, Ahad dan kelmarin.

Ahli kumpulan terbabit pakar mencuri kereta yang lengkap dengan sistem keselamatan penggera canggih dalam tempoh lima hingga 10 minit. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata polis memberkas tujuh suspek berusia 19 hingga 34 tahun itu termasuk ketua kumpulan Geng Ah Boy yang baru dua minggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan sama.


"Semua suspek ditahan dalam serbuan tiga hari. Serbuan pertama Sabtu lalu, dua suspek lelaki ditahan ketika memandu Proton Perdana V6 di Jalan Tiara, Bandar Baru Klang.

"Susulan itu, sehari kemudian polis menahan empat suspek, dua lelaki dan dua wanita bersama sebuah Toyota Vios di sebuah rumah di Sungai Putus, Klang.


"Suspek yang terakhir ditangkap kelmarin di Taman Gembira, Klang, yang menaiki sebuah Proton Waja," katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.


Menurutnya, dalam serbuan berikutan maklumat awam itu, polis merampas empat kereta dipercayai dicuri iaitu dua Proton Perdana V6, sebuah Toyota Vios dan sebuah Proton Waja. Semua kereta itu dianggarkan bernilai RM150,000. Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti saki-baki kumpulan itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

3 stesen monorel dinaik taraf

Posted: 22 Nov 2011 09:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad menjalankan kerja menaik taraf tiga stesen Monorel RapidKL iaitu Stesen Tun Sambanthan, Stesen Maharajalela dan Stesen KL Sentral.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Azimat ampuh

Posted: 22 Nov 2011 08:29 AM PST

HANYA kehadiran puluhan ribu penyokong tempatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini mampu mencetuskan api kebangkitan skuad Olimpik negara.

Seruan terbabit disuarakan pengendali, Ong Kim Swee dengan melihat peranan penting bakal dimainkan penonton tempatan apabila anak-anak buahnya turun menentang Syria, 48 jam selepas berjaya mempertahankan emas Sukan Sea.


"Saya tidak boleh menafikan pemain kini keletihan selepas mengharungi jadual padat di Sukan Sea. Saya cuma boleh berharap mereka mampu memberikan aksi terbaik seperti yang dipamerkan dalam final semalam (malam kelmarin).

"Penyokong bakal memainkan peranan penting esok (malam ini) seperti yang dilakukan penyokong Indonesia semasa kami beraksi di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media menjelang perlawanan menentang Syria dalam saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.


Skuad bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan menewaskan Indonesia malam kelmarin dalam penentuan sepakan penalti jelas berdepan jadual yang padat dalam tempoh dua minggu.


"Sekarang kami berdepan salah sebuah pasukan gergasi di Asia, bukan lagi di tahap Asia Tenggara dan berdasarkan ranking dalam kelayakan ini (tempat ke-12), keupayaan meraih satu mata sudah cukup membanggakan.

"Namun sasaran tiga mata tetap menjadi keutamaan kami," katanya jelas mengharapkan skuad negara mampu meraih mata selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada September lalu.


Selain berdepan masalah keletihan pemain, pengendali dari Melaka itu perlu merangka strategi terbaik selepas beberapa pemain utamanya tidak akan dapat beraksi kerana kecederaan seperti Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart selain kecergasannya Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih diragui.

Beliau bagaimanapun masih mempunyai beberapa pemain berkebolehan yang tersisih ke Sukan Sea sebelum ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Sasaran 44 emas’

Posted: 22 Nov 2011 08:19 AM PST

AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) mendedahkan angka sebenar sasaran mereka pada temasya Sukan Sea ke-26 yang berakhir semalam iaitu sebanyak 44 pingat emas bukannya antara 40 hingga 45 yang diuar-uarkan sebelum ini.

Jelas, 59 pingat emas yang diraih atlet negara membuktikan sasaran MSN itu sudah tersasar sebaliknya sasaran persatuan (60 emas) dan Majlis Olimpik Malaysia (antara 50 hingga 55) adalah yang paling tepat.


Atas kertas, ia menunjukkan kejayaan kerana daripada 44 emas sasaran MSN, atlet negara di bawah kelompok itu berjaya meraih 50 emas menerusi acara berbasikal (tujuh), terjun (tujuh), olahraga (enam), renang (lima), renang berirama (lima), bowling (lima), karate (empat), pencak silat (tiga), wushu (tiga), memanah (dua), menembak (dua) dan bola sepak (satu).

Empat sukan yang tidak disasarkan MSN sebelum ini kerana dikatakan tiada rekod pencapaian di peringkat antarabangsa menghasilkan sembilan emas lagi menerusi luncur air (empat), lawan pedang (dua), renang perairan terbuka (dua) dan snuker (satu).


Namun, selepas mereka berjaya walaupun tidak diberikan sebarang harapan sebelum ini, MSN tampil dengan kenyataan majlis itu turut menyumbang bantuan dan geran latihan ke luar negara terhadap sukan-sukan itu.


"Saya gembira dapat mengatasi sasaran 44 pingat emas. Selepas persembahan di Kuala Lumpur (2001), ini adalah pencapaian kedua terbaik selepas Korat (68 emas) sekali gus mengatasi 40 emas di Laos.

"Sukan di luar program MSN yang berjaya seperti lawan pedang, luncur air, snuker dan renang perairan terbuka masih kami beri bantuan dan geran untuk latihan ke luar negara," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong di Palembang, semalam.


Persoalannya kenapa baru sekarang MSN mengaku ada menyalurkan bantuan kewangan tetapi berat hati meletakkan sebarang sasaran ke atas sukan-sukan itu? Zolkples mengkategorikan pencapaian pada temasya Sukan Sea kali ini kepada tiga kategori berbeza.

Sukan yang cemerlang dan mencapai sasaran tergolong dalam kategori pertama adalah akuatik, karate dan wushu, pencapaian sederhana (menembak dan memanah) dan gagal (gimnastik, pelayaran, sepak takraw dan tinju).


Memanah disasarkan empat emas tetapi hanya pulang dengan dua, menembak disasarkan tiga tapi hanya dua manakala gimnastik, pelayaran dan tinju langsung tidak menyumbang pingat emas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved