Isnin, 26 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Koleksi simpanan peribadi

Posted: 19 Nov 2012 06:33 AM PST

PAMERAN jenama minuman terkenal, Coca-Cola yang dibuka seawal jam 10 pagi pada Sabtu lalu memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung di Solaris Dutamas (Publika) dan tidak ketinggalan bagi diri penulis.

Apa tidaknya, ada yang sanggup berhabis duit dan datang dari jauh semata-mata ingin berkongsi koleksi memorabilia dimiliki bersama peminat di negara ini.

Bagi pasangan dari Hatyai, Thailand, Norin Inyod dan Chicky Kai yang menyertai Festival Pengumpul Coca-Cola 2012 kali kedua itu menganggap ia perkara cukup bermakna.

Semangat untuk menyertai acara berkenaan semata-mata memenuhi minat yang mendalam selain berkongsi dan bertukar idea bersama pengumpul jenama Coca-Cola yang lain.


"Walaupun hampir 20 tahun mengumpul koleksi barangan berkenaan, saya tidak pernah berasa bosan dan semakin gemar menjadikannya sebagai simpanan peribadi.


"Barangan paling istimewa ialah botol kaca yang pertama kali dihasilkan di Thailand sempena ulang tahun ke-40 jenama berkenaan," katanya yang kini memiliki botol, tin minuman, mainan dan rantai kunci.

Paling menggembirakan Norin apabila dia berjaya mendapatkan koleksi berkenaan secara percuma di kilang berkenaan kira-kira 10 tahun lalu.

Bukan sekadar mempamerkan koleksi yang ada, malah dia juga lebih gemar berkongsi barangan dimiliki dengan mereka yang mempunyai hobi sama.

Sandra Monteiro berasal dari Kuala Lumpur juga antara 30 pengumpul barangan
Coca-Cola sejak 10 tahun lalu, turut tidak melepaskan peluang menyertainya.

Mengumpul sebanyak 8,000 tin dan lebih 3,000 botol bagi melengkapkan setiap edisi terhad yang dikeluarkan jenama berkenaan belum cukup untuk memuaskan hatinya.

"Paling saya gemari ialah koleksi tin. Saya memang meminati bentuk tin kerana ia dihasilkan dengan pelbagai saiz dan warna berbeza.

"Selain itu, ia tidak mudah pecah jika jatuh dari tempat yang tinggi, sekali gus mengelakkan koleksi yang dikumpul musnah begitu saja," jelasnya.

Baginya, perkara paling menggembirakan ketika mendapat botol edisi terbaru yang menampilkan wajah aktor terkenal dalam filem Skyfall, James Bond.

Apatah lagi dia juga peminat setia James Bond lantas Sandra segera mencarinya daripada rakan lain yang mempunyai maklumat mengenainya.

Wanita berusia 34 tahun itu juga memiliki bilik khas di rumah untuk menempatkan semua koleksinya bagi mengelakkan barang yang dikumpul rosak.

Jika difikirkan, memang tidak logik untuk mengumpul botol dan tin yang banyak di dalam rumah, namun disebabkan minatnya yang mendalam pada rekaan koleksi itu, dia tidak kisah berhabis banyak duit demi memenuhi misi hobinya itu.

"Saya tidak kisah berbelanja untuk mendapatkan koleksi diminati dan pernah membeli botol 250 mililiter semahal RM4,000.

"Botol yang sangat saya sayangi ini dibeli daripada pengumpul Perancis yang memaparkan wajah penyanyi kumpulan Kiss, Gene Simmons.

"Walaupun saya jarang ke luar negara, kakak dan rakan banyak membantu membeli koleksi istimewa di tempat yang mereka lawati," ujarnya yang tersentuh dengan sokongan orang di sekeliling.

Bagi memastikan Sandra sentiasa mendapat tahu koleksi terkini yang mesti dimiliki atau tidak pasti dengan keasliannya, dia banyak berhubung dengan pengumpul lain.

Ini bagi mengelakkan ditipu, malah melalui perkongsian idea serta barangan dikumpul, Sandra sedaya upaya melengkapkan koleksi edisi terhad yang harus dimiliki.

Tambah menarik, Sandra juga mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi maklumat dengan menjual koleksinya kepada rakan lain. Tidak hanya tertumpu pada tin dan botol, Sandra turut memiliki koleksi dulang, permainan jigsaw puzzle dan bekas peti surat.

Muhammad Azmeer Alhafiedz, 29, juga tidak mahu ketinggalan mengumpul lebih banyak koleksi barangan Coca-Cola kerana berminat dengan reka bentuknya.

Walaupun hobinya baru tercetus tiga tahun lalu, dia berbangga kerana dapat mengumpul koleksi yang lebih unik seperti model kapal terbang, kereta dan motosikal Vespa selain tin serta botol.

"Minat saya tercetus ketika bercuti di Thailand. Saya dapati di sana banyak peminat barangan Coca-Cola dan terfikir sebab mereka menjadikannya hobi.

"Untuk mendalaminya, saya sengaja membeli satu koleksi dan sejak itu, saya lihat ia sebenarnya barangan yang menarik jika disimpan sebagai kenangan.

"Sejak itu, saya meneruskan minat dengan mencari rakan yang mempunyai hobi sama di laman sosial facebook dan bertukar-tukar idea mengenainya," katanya yang mengumpul hampir 1,000 koleksi peribadi.

Walaupun tidak menggemari minuman berkarbonat itu, dia begitu sukakan warna dan rekaan jenama berkenaan yang membuatkannya bersemangat untuk mendapatkan lebih banyak lagi koleksi terhad.

Ditambah dengan kehadiran isteri yang sering memberikan sokongan, Muhammad Azmeer memandang serius hobi barunya itu.

Paling menggembirakannya apabila memperoleh koleksi botol sempena 125 tahun Coca-Cola di Malaysia selepas memenangi peraduan anjuran jenama berkenaan, tahun lalu.

Anak pertama daripada tujuh beradik itu juga mengakui pernah mendapat koleksi botol 1994 dari Maldives yang diberikan rakannya.

"Saya berasa puas apabila dapat banyak maklumat dan bertukar-tukar koleksi sesama rakan di samping bertemu pengumpul baru yang mempunyai minat sama.

"Bukan hanya di Malaysia, kami juga mempunyai rakan di luar negara yang sama-sama memberi maklumat mengenai koleksi edisi terhad yang boleh dimiliki," katanya.

Acara yang diadakan selama sehari itu turut mempamerkan Muzium Bergerak Coca-Cola yang menampilkan pelbagai koleksi daripada arkib di Atlanta, Amerika Syarikat.

Menurut Pengurus Besar Syarikat Coca-Cola Rantau Malaysia, Singapura dan Brunei, Gill McLaren, pelbagai barangan pameran dibawa khas bukan saja untuk peminat setia jenama berkenaan juga orang ramai yang mengunjungi acara terbabit.

Misalnya, barangan seni, muzik, fesyen dan koleksi edisi khas tajaan Coca-Cola seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia Fifa.

"Ini bukan acara buat peminat setia jenama ini saja tetapi untuk orang ramai melihat sendiri edisi terhad koleksi botol dan tin yang menjadi perhatian ramai.

"Pengumpul Coca-Cola sudah lama menantikan acara seperti ini dan ia antara sebab kami memenuhi permintaan mereka di sini.

"Sejak minuman ini dicipta pada 1886 oleh John S Pemberton, kejayaannya bukan terletak pada rasanya yang istimewa, malah kempen pengiklanan yang kreatif untuk memikat pengguna sepanjang masa," jelasnya pada acara yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Mohd Kadri Mohd Taib.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


RM77j urus PPR

Posted: 25 Nov 2012 12:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melantik 77 kontraktor dengan kos keseluruhan RM77 juta untuk menyelenggara Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kebanyakan kontraktor yang dilantik sudah selesai urusan kontrak bagi memulakan kerja penyelenggaraan dalam masa terdekat.


"Apa yang diharapkan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab secepat mungkin kerana ada kawasan menanti proses penyelenggaraan dijalankan. Proses penyelenggaraan ini dipantau DBKL dan saya sudah memberi sasaran kepada Datuk Bandar dan DBKL supaya menyelesaikannya dalam masa tiga bulan," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Piala Pusingan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kejohanan Bola Jaring Piala Pusingan Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini, semalam.

Menurutnya, aspek penyelenggaraan merangkumi pelbagai aduan penduduk PPR antaranya resapan dan bocor akibat hujan. Kos projek untuk satu kontraktor adalah RM1 juta dan kerja penyelenggaraan dilakukan di kawasan masing-masing.


"Proses ini dilakukan berdasarkan audit kerosakan yang dibuat sejak April lalu," katanya.


Sementara itu, DBKL membelanjakan RM2.1 juta untuk pembinaan 26 gelanggang baru dan 11 gelanggang dibaik pulih yang sudah dijalankan pada tahun ini manakala 12 gelanggang baru dibina pada tahun depan.

Katanya, gelanggang baru ini membawa konsep tiga dalam satu yang boleh digunakan untuk kemudahan sukan futsal, bola jaring dan sepak takraw. Kos satu gelanggang baru adalah RM83,000 manakala RM23,000 digunakan untuk kos baik pulih.


"Aktiviti sukan ini sangat penting untuk menggalak warga kota mengamalkan gaya hidup sihat untuk jangka masa panjang. Taraf kesihatan warga kota perlu dipertingkat dan pada masa sama sukan diperkasakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



‘Kami dah beri kelonggaran’

Posted: 25 Nov 2012 12:13 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota Setapak berniaga pada setiap Isnin dan Selasa, meskipun pada cuti sekolah.

Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat berikutan rungutan penduduk yang mahu bazar terbabit dipindahkan ke tempat lain.


"Kami sudah beri kelonggaran sebelum ini iaitu peniaga boleh meneruskan perniagaan kecuali pada Isnin dan Selasa, sedangkan permintaan penduduk mahukan bazar itu dipindahkan terus dari lokasi berkenaan.

"Namun mereka (peniaga) memohon melanjutkan tempoh perniagaan setiap hari sempena cuti sekolah, namun kami tidak luluskan kerana mengambil kira kepentingan penduduk," katanya selepas majlis penutup Pertandingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Pusingan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur di PPR Kerinchi, semalam. Mohd Amin Nordin juga berkata, DBKL mengenal pasti lokasi sesuai bagi memindahkan peniaga ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan setiap hari tanpa mengganggu kawasan penduduk.


"Tapak baru itu akan memberi kepuasan kepada peniaga dan menyelesaikan masalah penduduk di Danau Kota yang mendakwa bazar terbabit mengganggu keselesaan mereka sejak beroperasi tujuh tahun lalu," katanya. — Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Buruan polis fanatik Apek

Posted: 25 Nov 2012 12:45 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.


Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Ibu beruk naik angin

Posted: 25 Nov 2012 12:45 PM PST

KUALA TERENGGANU: Angkara seekor ibu beruk yang berang kerana menyangka seorang wanita cuba merempuhnya dengan motosikal, haiwan berkenaan naik angin dengan menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di muka selepas motosikalnya terbabas ketika cuba mengelak terkaman beruk berkenaan.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Mahana Latif, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan, di sini, ke Kampung Gemuroh, untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya.

Namun lima minit selepas keluar dari rumahnya, muncul beruk sambil menggendong anaknya melintas jalan secara tiba-tiba sebelum menerkamnya menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terjunam ke longkang sedalam dua meter.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.


Suri rumah itu berkata, dia tidak mengingati sepenuhnya kejadian itu kerana pengsan ketika terjatuh ke dalam longkang sebelum dibantu penduduk yang kebetulan melalui di jalan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


90 kali bedah untuk tampan

Posted: 25 Nov 2012 11:41 AM PST

NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.


Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.


Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.


Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.


Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.


Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.


Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.


Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.


Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Gangnam Style catat rekod tontonan di Youtube

Posted: 25 Nov 2012 11:38 AM PST

SEOUL: Video 'Gangnam Style' oleh sensasi pop Korea Selatan, Psy, semalam menjadi video paling banyak ditonton di YouTube.

Video berkenaan mencatatkan lebih 805 juta tontonan. mengalahkan 'Baby' oleh penyanyi remaja dari Kanada, Justin Bieber.

Penyanyi berusia 34 tahun itu menjadi terkenal sejak 'Gangnam Style,' yang menyaksikan dia melakukan tarian kuda, mendapat sambutan hangat sejak diterbitkan pada Julai lalu.

Sehingga petang kelmarin, video muzik itu mengumpulkan catatan 805 juta tontonan, berbanding 'Baby' yang mencatatkan 803 juta.


YouTube berkata, video itu 'mendapat sambutan di peringkat global yang tidak pernah kami saksikan sebelum ini.


"Setiap hari, 'Gangnam Style' ditonton antara tujuh hingga 10 juta kali berbanding 350,000 hingga 500,000 untuk Baby," kata Kevin Allocca, Pengurus Trend Youtube, dalam blognya.

'Gangnam Style' mencatatkan rekod itu hanya dalam masa empat bulan.

Lagu Psy yang menceritakan mengenai kawasan kediaman elit di Seoul, menduduki carta muzik teratas di Britain ke Australia dan menjadi sebutan orang kenamaan, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon.

Sementara itu, populariti Psy yang nama sebenarnya Park Jae-Sang terus meningkat dengan mendapat penghormatan dalam industri muzik awal bulan ini apabila membuat persembahan bersama ikon pop, Madonna di konsertnya di Madison Square Garden, New York.

Dalam wawancara dengan CNN baru-baru ini, Psy mendedahkan rancangan untuk menerbitkan lagu terbaru dengan lirik berbahasa Inggeris dan Korea. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Dibaham Singa

Posted: 25 Nov 2012 11:27 AM PST

SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya - 'Rajagobal apa kau buat?' ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya.

Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.


Adakah kekalahan di tangan skuad kendalian Radojko Avramovic ini masih tidak boleh diambil kira kerana Malaysia juga tewas 5-1 kepada Indonesia pada aksi pertama dua tahun lalu sebelum muncul juara, tapi apa yang pasti untuk menang baki dua perlawanan kumpulan menentang Laos dan Indonesia selepas ini bukan mudah, biarpun ia tidak mustahil.

Dalam aksi menentang musuh tradisi Singapura itu, pengalaman sembilan pemain skuad juara 2010 menjadi taruhan Rajagobal dalam kesebelasan utama selain tiga pertahanan baru, Mohd Azmi Muslim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Bunyamin Umar diberi kepercayaan kali ini.


Dengan sokongan lebih 40,000 penyokong tempatan, Harimau Malaya bermula baik dengan serangan awal menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang membuat larian di sebelah kanan untuk menggelecek dua pemain Singapura namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.


Namun aksi panas anak buah Rajagobal yang menewaskan Singapura 2-0 pada pertemuan terakhir Jun lalu dalam aksi persahabatan hanyalah seketika.

Selepas aksi hambar lebih setengah jam, skuad kebangsaan kemudian tergamam dengan dua gol pantas kapten skuad Singa, Shahril dalam tempoh enam minit.


Hantaran Shahdan Sulaiman berjaya dikawal baik pemain tengah LionsXII itu yang melepasi kawalan Azmi dalam kotak penalti sebelum meledak gol pertama pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.

Empat minit kemudian, Khairul Fahmi melakukan kesilapan apabila tertampan bola sepakan percuma Shahdan ke belakang dan biarpun cuba dikeluarkan Mohd Fadhli Shas di atas garisan gol, Shahril pantas menanduk untuk gol kedua Singapura.


Kemasukan dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Mahali Jasuli menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Azmi memberikan sedikit kebangkitan, namun kekeringan idea untuk menembusi benteng Singapura yang ampuh bertahan.


Hanya satu serangan bahaya berjaya dilakukan, namun hantaran lintang Mahali dari sebelah kanan pantas diselamatkan Mohamad Izwan ketika penyerang negara Mohd Safee Sali dalam posisi terbaik untuk menolak masuk bola ke dalam gawang.


Duric yang berusia 42 tahun membuktikan kenapa pengalamannya begitu berharga buat Avramovic dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-75, hanya dua minit berada di atas padang selepas menggantikan Shahril.


Kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah memberikan kelegaan buat Singapura sebelum berdepan Thailand manakala Harimau Malaya perlu bangkit menentang Laos pada Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Guardiola minat bimbing Brazil

Posted: 25 Nov 2012 11:24 AM PST

RIO DE JANEIRO: Bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola tidak akan melepaskan peluang untuk mengendalikan skuad Brazil, yang menyingkirkan Mano Menezes, minggu ini.

Akhbar harian sukan, Lance melaporkan Guardiola sebagai berkata yang 'pasukan kebangsaan Brazil adalah satu-satunya pasukan yang beliau sedia untuk melatih esok' jika diberikan peluang.


Sumber itu memberitahu pengasas kumpulan dan pengerusi Lance, Walter de Mattos Jr, yang menulis artikel itu, mengaitkan bekas pengurus Barca itu dengan jawatan berkenaan.

Guardiola sebelum ini menekankan yang beliau akan kekal bercuti di Amerika Syarikat selepas meninggalkan Nou Camp, musim panas lalu.


Tapi sumber itu berkata, beliau mungkin melakukan kerja yang baik dengan juara dunia lima kali itu, yang kini mencari pengganti untuk Menezes, dipecat kelmarin, 18 bulan sebelum Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014.


"Jika beliau mengendalikan Selecao, kita akan menang Piala Dunia - anda beritahu itu kepada Pengerusi Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF)," kata sumber itu.

CBF berkata, mereka akan mengumumkan pengganti Menezes dalam tempoh terdekat. Menezes gagal untuk memberikan pingat emas Olimpik apabila Brazil tewas kepada Mexico di final acara bola sepak di London, musim panas lalu.


Pengurus baru itu, jika beliau memulakan kerja pada Januari ini akan mempunyai masa enam bulan untuk membentuk sebuah pasukan yang berupaya menjulang Piala Konfederasi di gelanggang sendiri yang bertindak sebagai kejohanan pemanas badan kepada Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, Lance berkata, pengambilan jurulatih asing akan menimbulkan kontroversi dan sehubungan itu menjadi faktor yang tidak memihak kepada Guardiola.


"Buat masa ini tiada jurulatih di Brazil - walaupun di kalangan yang terbaik kita ada - berupaya bukan saja untuk melonjak tapi turut mewujudkan revolusi bagi mempengaruhi semua peringkat bola sepak Brazil, baik dari bawah hingga ke atas.


"Tapi itulah yang mampu Barca lakukan...menekankan 'jogo bonito' atau permainan cantik yang menjadi lambang Barca serta Brazil." Guardiola turut menjadi sasaran AC Milan selain Chelsea berikutan penyingkiran Roberto di Matteo. Tapi, beliau juga pernah disebut-sebut seawal musim panas ini sebagai pengganti kepada Menezes.


Turut sama berada dalam senarai jurulatih itu adalah Luiz Felipe Scolari yang pernah menjulang Piala Dunia 2002 di samping Tite dari Corinthians dan pengurus Santos, Muricy Ramalho. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/26



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Konsep persembahan bertaraf dunia

Posted: 25 Nov 2012 06:25 AM PST

MALAM gemilang buat Yunalis Zarai (Yuna) dan Zizan Razak (Zizan) apabila kedua-duanya membawa pulang dua trofi di Shout! Awards 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Jika Yuna yang digelar 'singer-songwriter' semakin melakar nama di pentas antarabangsa, Amerika Syarikat cemerlang menerusi kategori Popstar Award dan Wired Celebrity Award, Zizan pula diangkat peminatnya menerusi kategori Best On Screen Chemsitry Award bersama Johan untuk program Raja Lawak 6 dan Favorite TV Personality Award.

Kemenangan Yuna melalui Popstar Award bukan saja mengulangi kejayaannya tahun lalu, juga menewaskan nama besar seperti Aizat, Hafiz, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin.

Pengiktirafan bagi kategori Wired Celebrity Award yang julung kalinya diperkenalkan di Shout! Awards, dinilai berdasarkan pengaruh selebriti dalam media sosial dan Yuna sememangnya pilihan yang tepat.


Yuna melalui akaun twitternya @yunamusic bukan saja mempunyai jutaan 'followers' tetapi juga satu-satunya artis tempatan yang menerima logo 'verified' daripada pihak pentadbiran twitter, menandakan dia diiktiraf sebagai artis antarabangsa.


Yuna menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penulis berkata, dia menghargai setiap kemenangan yang dimenangi, malah setiap satunya memberi makna yang berbeza-beza.

"Bagi saya setiap kemenangan amat bermakna bagi saya. Perbezaan kemenangan yang dulu, semestinya satu pengalaman yang amat manis kerana ia pengiktirafan terawal saya semenjak berada dalam industri seni.

"Kemenangan sekarang ini saya andaikan sebagai penggerak untuk lebih bekerja keras dalam bidang muzik. Kemenangan sebenarnya bukan mudah untuk diraih kerana peminat di luar sana sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada saya.

"Saya tidak melihatnya sebagai satu cabaran saja tetapi juga tanggungjawab dan saya tak akan pernah berhenti melakukan yang terbaik untuk masa depan saya dan industri muzik tempatan.

"Mengenai kemenangan menerusi kategori Wired Celebrity Award pula, walaupun anugerah itu tidak mengkhusus pada muzik tetapi peminat yang mengikuti perkembangan saya menerusi media sosial adalah satu 'reflection' kepada kerjaya muzik saya sendiri.

"Jika bukan kerana muzik dan lagu saya, mereka tidak akan mengenali siapa Yuna.
Saya amat berbesar hati dan mendedikasikan anugerah itu buat semua peminat saya," katanya.

Tidak sekadar membawa pulang dua trofi malam itu, Yuna juga muncul sebagai penyampai anugerah Ultimate Shout! Award di mana anugerah sama pernah dimenanginya tahun lalu.

Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan trio adik-beradik, KRU sebagai pemenangnya.
Kejayaan mereka diukur berdasarkan sumbangan selama 20 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Lebih bermakna, Yuna tampil dengan persembahan cukup memukau menerusi lagu Lullabies diiringi kumpulan koir cilik dan penyanyi latar dari luar negara.

Pujian harus diberikan kepada Zizan kerana bintang popular itu sanggup bergegas datang selepas selesai beraksi di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2.

"Saya jarang muncul dalam produk 8TV. Disebabkan itu, saya terkejut apabila mengetahui yang saya memenangi dua anugerah iaitu Best On-Screen Chemistry dan Best TV Personality Award.

"Apatah lagi, Shout! Awards ini berbeza daripada majlis anugerah hiburan yang lain kerana ia membabitkan golongan 'urban' sesuai dengan 8TV sebagai stesen 'urban'. Sementara saya pula orang kampung (berseloroh)!

"Jadi saya amat terharu kerana kehadiran saya diterima dalam acara 'urban' seperti Shout! Awards ini. Penerimaan mereka memperluaskan lagi jalan untuk saya berkarya, sekali gus mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.
Kejayaan ini akan terus membakar semangat untuk memberikan yang terbaik," katanya.

Black juga cemerlang pada malam itu apabila kolaborasi pertamanya dengan Malique Too Phat menerusi lagu Teman Pengganti, melayakkan mereka menerima trofi Flava Award yang dulu pernah dimenangi Mizz Nina.

"Saya yakin anugerah ini dimenangi tidak hanya kerana populariti lagu Teman Pengganti tetapi juga pengaruh besar Malique. Walaupun dia sudah lama muncul di khalayak ramai, pengaruhnya cukup kuat dan hebat.

"Saya bertuah menjadi antara artis yang diterima Malique untuk berkolaborasi.
Saya mengharapkan satu hari nanti, Malique akan membuat kemunculan semula kerana saya pasti akan hadir untuk menontonnya," katanya.

Kumpulan Bunkface pula terus mempertahankan trofi Rockstar Award tiga tahun berturut-turut tanpa tercabar mana-mana artis sejak tahun pertama penganjuran Shout! Awards.

"Kami berasa sangat bersyukur kerana Bunkface masih lagi menjadi pilihan peminat untuk anugerah ini selama tiga tahun berturut-turut. Terima kasih peminat kerana menyokong dan mempercayai karya kami," ujar Sam.

Massacre Conspiracy yang mendominasi kategori Break Out Award (Best New Act) tidak menyangka kemenangan mereka kerana dari awal, Diandra Arjunaidi disebut-sebut menguasai pencalonan kategori berkenaan.

"Kami tidak menyangka akan menang kerana kami sangka trofi ini milik Diandra.
Kami amat berbangga dan terima kasih kepada peminat yang mengundi," kata salah seorang anggota kumpulan itu.

Pernah memenuhi undangan membuat persembahan di beberapa negara seperti Kanada dan Indonesia, Massacre Conspiracy khabarnya merancang 'road tour' di seluruh Asia Tenggara sekitar Januari ini.

Sementara itu, pelakon jelita Nora Danish yang membuat kemunculan khas menerusi video muzik, Ajari Aku nyanyian Anuar Zain, baru-baru ini, sekali lagi mempertahankan gelaran Hot Chick Award yang dimenanginya tahun lalu.

Robot Transformers memukau!

IMPAK pertama yang dapat dikatakan mengenai Shout! Awards 2012 adalah rekaan pentas, kesan visual serta penataan lampunya bertaraf antarabangsa, malah terbaik kalau dibandingkan dengan mana-mana anugerah tempatan setakat ini.

Meskipun baru masuk tahun ketiga ia dianjurkan, kehebatan pentasnya setaraf majlis anugerah antarabangsa iaitu MTV Awards.

Ia menghidangkan persembahan pembukaan paling 'grand' dan memukau dengan kemunculan robot ala Transformers bersama kesan lampu fluorescence dan percikan bunga api selepas kemunculan Altimet, ZE dan Goldfish & Blink.

Seperti tahun sebelumnya, Shout! Awards begitu berani mengetengahkan pendatang baru dalam barisan persembahan. Tahun ini misalnya, menampilkan Go Gerila, Diandra Arjunaidi, Anas, Ila Damia, Liyana Fizy, kumpulan Massacre Conspiracy dan ramai lagi.

Dalam memberi peluang kepada yang baru, yang lama tidak dilupakan. Penonton malam itu dibawa mengimbau kehebatan lagu 90-an yang pernah menjadi fenomena pada satu ketika dulu. Anas menyanyikan lagu Inilah Nasibku nyanyian Nico manakala Ila Damia melontarkan vokal gemersiknya melalui lagu Belaian Jiwa dipopularkan Carefree dan Innuendo.

Menyedari seluruh dunia dilanda deman K-Pop, Shout! Awards kali ini turut menerbangkan khas dua kumpulan K-Pop iaitu Vixx dan Nu'est 1. Ada sebahagian penonton terutama gadis bersorak dan selebihnya terutama lelaki menyambutnya dengan laungan 'boooooo!' Mungkin juga ia sekadar usikan nakal kepada peminat gadis yang begitu tergila-gilakan K-Pop.

Menjelang giliran Yuna membuat persembahan, pihak produksi 8TV terlebih dulu memberi 800 belon kepada penonton untuk dilepaskan ke udara. Bagaimanapun, gimik itu tidak menjadi kerana Yuna sendiri terlupa memberikan isyarat kepada penonton lantas belon-belon itu tidak dilepaskan.

Seperkara yang normal dalam sesebuah majlis penganugerahan, apatah lagi dibuat di lokasi terbuka, sebagus manapun ia pasti ada sedikit kekurangan. Antara yang ketara, berlaku berapa kesalahan teknikal. Barangkali kesulitan berlaku ekoran hujan renyai seawal persembahan lagi.

Satu babak pula menyaksikan Atilia, Yasmin Hani dan Sazzy Falak tersilap membacakan keputusan. Bukan salah mereka, tetapi dek gara-gara tertukar sampul surat kategori, sehinggakan keputusan anugerah Favourite TV Show bertukar menjadi Favourite TV Personality.

Secara keseluruhan, acara anugerah yang dikendalikan Hannah, Razif dan Henry Golding ini wajar diberi pujian. Kemunculan Amy Search, Jason Lo, Sharifah Amani dan tiga lagi adik-beradiknya, Marsha Milan Londoh, Sara Ali, Izara Aishah, Siti Saleha, Farid Kamil, Rina Omar dan ramai lagi sebagai penyampai anugerah menambah kehangatan majlis ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25



Enggan berjauhan

Posted: 25 Nov 2012 06:01 AM PST

ISTERI kepada pelakon kacak, Hugh Jackman berkeras untuk tidak mahu berjauhan lebih daripada dua minggu lagi selepas ini.

Bintang Les Miserables itu mengahwini isterinya, Deborra-Lee Furness, juga seorang aktres dan pengarah pada 1996 berjanji sewaktu perkahwinan itu bahawa penting bagi mereka bertemu selalu.

"Sewaktu bertemu Deb dulu, dia sudah menghasilkan 20 filem. Dia mengatakan kepada saya bahawa kami tidak boleh berjauhan lebih daripada dua minggu dan saya membalas, kenapa tidak, ia satu idea bagus.

"Deb risau kerana selama berkecimpung membikin 20 filem berkenaan, dia menyaksikan ramai orang yang menjauh akibat jarang berjumpa.


"Ramai yang beranggapan, seorang aktor pasti akan jatuh cinta dengan pasangan utamanya dalam sesuatu filem, tetapi sebenarnya tidak begitu. Bila sudah berada di lokasi, memang kena hidup seperti di lokasi dan kadang-kadang orang yang ada di sana kelihatan menarik," katanya.


Hugh yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Deborra iaitu Oscar, 12, dan Ava, 7, berpindah semula ke tempat kelahirannya di Sydney, Australia enam bulan lalu untuk menyelesaikan penggambaran filem The Wolverine.
Dia juga berkata, sangat gembira dapat berada semula di sekeliling rakan-rakan serta ahli keluarganya di sana.

"Saya banyak menghabiskan masa dengan bapa saya yang tidak berapa sihat dan tahu hanya itu saja saat paling berharga boleh saya berikan apatah lagi mengetahui keadaannya bertambah teruk.

"Tidak pernah rasa bahagia sebegini kerana Deb dan anak-anak juga nampaknya gembira dengan keputusan untuk berpindah di sini. Setiap pagi, saya akan turun ke pantai untuk berenang bersama teman-teman dan rasa hidup ini sangat indah," katanya sewaktu ditemu bual stesen radio Triple M 104.9FM di sana.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/25



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved