Selasa, 6 September 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gubahan bunga biar seimbang

Posted: 06 Sep 2011 08:42 AM PDT

PASTINYA gubahan bunga yang menarik dan ceria untuk dijadikan hiasan menjadi pilihan suri rumah bagi menghias rumah setiap kali sambutan perayaan.

Antara tempat yang menjadi keutamaan adalah meja makan, meja tamu, bunga dinding serta bunga sudut agar ceria menerima kunjungan tetamu.

Menurut penggubah bunga, Che Rosni Abu Bakar, sebolehnya gubahan yang dipilih untuk dijadikan hiasan pada meja makan mempunyai ketinggian di bawah paras penglihatan bagi membolehkan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih baik.

"Jika terlalu tinggi maka proses komunikasi yang berlangsung akan menjadi hambar kerana sukar untuk melihat mimik muka mereka yang sedang bercakap ataupun mendengarnya.


"Kita juga terasa seperti bercakap sendirian kerana hanya mampu memandang gubahan bunga, bukan mereka yang bercakap," katanya.


Malah, bekas ataupun pasu bunga yang digunakan juga perlu berbentuk bulat berbanding bekas bersegi bagi menampakkan kembang bunga agar tidak kelihatan terlalu rendah.

Sementara itu, bunga pula seelok-eloknya dua kaki panjang selain warna bunga digunakan perlu seimbang agar tidak nampak comot dan keterlaluan.

Che Rosni berkata, jika terlalu panjang, lebar gubahan bunga itu akan menjadi terlalu besar dan ia akan menyebabkan banyak ruang meja digunakan hingga menyukarkan untuk meletakkan barangan lain.

Selain itu, bukan hanya penggubah profesional boleh menyediakan gubahan terbabit malah mereka yang baru belajar menggubah juga berpeluang mempelajarinya jika asas yang digunakan betul.

Ikuti langkah mudah penyediaan gubahan bunga meja makan salam lebaran dikendalikan Che Rosni yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Terima kasih:

  • Che Rosni Abu Bakar
  • Krismaya Art & Crafts (No 2, Jalan Wangsa Maju, Wangsa Biz Avenue off Jalan 34/26, Kuala Lumpur - 03-41436253@www.krismaya.com)
  • Enaknya karipap gajah

    Posted: 06 Sep 2011 07:30 AM PDT

    PADA bulan puasa lalu, penulis terserempak karipap yang luar biasa besarnya. Karipap ini pasti membuat–kan sesiapa yang memakannya terasa kenyang. Sebiji saja pasti pemakannya terasa puas.

    Sebenarnya melihat karipap besar begitu bukanlah asing kerana biasa melihatnya di pasar malam dan dijual di tepi jalan pada hari biasa. Sudah beberapa kali juga menikmatinya yang berinti telur. Ada juga beberapa peniaga yang membuatnya sedikit tawar agar boleh dicicah sos khas yang masam manis rasanya.

    Tetapi yang berbeza mengenai karipap kali ini ialah bentuknya yang jelas garing dan mengembang. Karipap sememangnya kuih tradisi kita yang sesuai dimakan pada bila-bila masa, sama ada sebagai kudapan ataupun hidangan berat kerana ia turut mengenyangkan.

    Karipap juga antara kuih yang mudah dibuat dan bahannya juga sangat asas, cuma kepelbagaian rasa biasanya terletak pada intinya.


    Sering bereksperimen dengan karipap, dapatlah disimpulkan karipap yang sedap bukan hanya bergantung pada intinya tetapi juga adunan tepung dohnya. Walaupun sekadar tepung dan marjerin, jumlah majerin mesti tepat dan berpatutan.

    Sekiranya kurang ia akan terasa tawar, berlebihan pula membuatkan kita muak.

    Karipap yang sedap juga biasanya ringan dan tidak berat setelah digoreng. Karipap gajah Rosliza Mahmad, 36, menepati ciri-ciri ini. Selain ringan, ia juga tampak menyelerakan.

    Lantas penulis bertanya Rosliza sama ada ada meletak sesuatu seperti serbuk penaik yang menjadikannya mengembang sebegitu.

    "Tidak, resipinya sama dengan karipap biasa. Apabila saiznya besar dia jadi mengembang begitu berbanding karipap yang kecil," katanya.

    Namun Rosliza mengakui, karipapnya memang rapuh dan perlu digoreng penuh hati-hati.

    "Ia agak sensitif. Sebab itu perlu berhati-hati ketika meng–gorengnya supaya tidak pecah. Kami menggunakan besen khas bagi menggorengnya supaya cepat masak," jelas suami Rosliza pula.

    Di gerai Rosliza, selain menjual karipap gajah, ada juga karipap bersaiz biasa, pau goreng, donat dan rebusan stimbot.

    Melihat ukurannya yang besar, menurut Rosliza, memang pelanggan menggelar karipapnya dengan pelbagai nama seperti karipap besar dan karipap gajah.

    "Bagi saya ia karipap biasa saja kerana saya sudah berniaga kuih ini sejak 10 tahun lalu," kata anak kelahiran Kelantan ini.

    Namun katanya, nama karipap gajah memang cepat melekat kerana saiznya itu.
    Rosliza mendapat idea membuat saiz sebegini supaya senang menjualnya dengan harga seringgit satu. Intinya pula ada dua pilihan, sama ada ayam atau sardin.

    Kali ini, tahun pertama pasangan suami isteri itu menjualnya di pasar Ramadan Sungai Besar. Pada hari biasa, dia dan suaminya, Shamsul Kamal, 37, berniaga kuih sama di pasar malam biasa seperti di pasar malam Sungai Besar, Sekinchan dan Parit 16.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Leher lebam ditekan kayu

    Posted: 05 Sep 2011 10:10 AM PDT

    AMPANG: Gara-gara ingin meleraikan pergaduhan akibat perselisihan faham kerana seorang remaja lelaki bermain mercun di kawasan perumahannya, seorang wanita menanggung kesakitan dan lebam di leher serta belakang badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh seorang wanita yang juga jirannya di Taman Kencana, di sini, kelmarin.

    Mangsa, Maya, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dia berada di dalam rumah apabila terdengar kekecohan seperti orang bertengkar di luar.


    Dia meninjau apa yang berlaku sebelum mendapati kira-kira enam orang yang juga jirannya mengepung seorang remaja lelaki kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan remaja terbabit bermain mercun berhampiran rumah mereka.

    "Sebaik mendekati mereka, saya mendapati seorang remaja lelaki yang juga kenalan anak tiri saya dikepung jirannya itu kerana tidak berpuas hati dengannya yang bermain mercun.


    "Remaja terbabit datang ke rumah jiran saya untuk memohon maaf kerana bermain mercun, tetapi ahli keluarganya tidak berpuas hati," katanya.


    Beliau berkata, dia cuba menenangkan suami jirannya itu yang masih tidak berpuas hati dengan remaja terbabit, tetapi tindakannya tidak disenangi.

    "Saya yang ditemani suami berunding dengan suami jiran itu dan berharap pertengkaran diselesaikan cara baik selain menerima maaf remaja terbabit, tetapi dia mengugut supaya saya tidak masuk campur.


    "Tiba-tiba, dia meluru keluar dari rumahnya sambil memegang sebatang kayu dan menekan kayu berkenaan pada leher saya menyebabkan tekak saya berasa perit," katanya ketika ditemui.

    Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian memukul belakang badan mangsa hingga bengkak.


    Bimbang jirannya itu melakukan sesuatu lebih buruk, suami mangsa menariknya dan meminta suspek tidak memukul isterinya.


    "Suami membawa saya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.


    Maya berkata, dia menjalani pemeriksaan kesihatan susulan terhadap kecederaannya di Hospital Ampang dan doktor mengesahkan dia bengkak dan lebam kesan dipukul selain masih berasa kesakitan di belakang badan.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan terbabit dan berkata siasatan lanjut dijalankan.

    Aktor pembantu positif dadah

    Posted: 05 Sep 2011 09:40 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini, selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin.

    Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.


    Selain itu, pelakon terbabit yang lebih dikenali dengan penampilan imej ganas pernah berganding dengan aktor terkenal seperti Ady Putra, Beego dan Norman Hakim menerusi telemovie Tetamu Malam (TV2) dan Rambut (TV1).

    Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.


    Menurut sumber polis, serbuan dilakukan di premis hiburan itu pemeriksaan rutin yang biasa pihak berkuasa dalam membanteras penggunaan dadah di kawasan berkenaan.


    "Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.

    "Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif," katanya.


    Sumber berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut.

    "Semua mereka direman bagi membantu siasatan," katanya.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Hanya mayat 4 saudara

    Posted: 05 Sep 2011 10:04 AM PDT

    LAHAD DATU: "Masih terngiang-ngiang kata-katanya yang tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri bersama saya dan sepupu lain di rumah saya, tapi hari ini (semalam) saya hanya dapat menatap jasadnya yang kaku."

    Demikian kata Boni Alkan, 40, sepupu kepada Kempoh Asari, 39, yang maut dalam kemalangan ngeri apabila kenderaan dinaikinya bersama seorang anak dan tiga sepupunya berlanggar dengan Toyota Hilux di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini, semalam.


    Selain Kempoh, turut maut dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu pemandu kereta, Abu Halil Esdari, 56, dan dua penumpang dikenali Noor Muhamad Sapiulla, 41, dan Sajid Asin, 30.

    Anak Kempoh, Amirkan, 20-an, parah di kepala dan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.


    Pemandu serta seorang penumpang Toyota Hilux terbabit hanya cedera ringan. Identiti mereka belum dikenal pasti.


    Boni berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada polis memaklumkan ahli keluarganya dari Sandakan dan dalam perjalanan ke daerah ini terbabit dalam kemalangan dan memintanya segera ke Hospital Lahad Datu.

    Menurutnya, perasaan pilu tidak dapat disembunyikan apabila melihat wajah Kempoh terbujur kaku bersama tiga lagi sepupu. "Saya tidak menyangka kehadiran semua mereka ke sini bagi menyambut Aidilfitri bersama, berakhir dengan tragedi yang sungguh menyedihkan," katanya ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Hospital Lahad Datu di sini, semalam.


    Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kwet Khiun berkata, dalam kemalangan itu pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit hanya cedera ringan.

    "Siasatan mendapati kereta Nissan Sunny dinaiki mangsa cuba memotong sebuah van di depan sebelum hilang kawalan dan bertembung pacuan empat roda dari arah bertentangan.


    "Impak pelanggaran itu, kenderaan dinaiki mangsa remuk teruk, malah empat daripada mereka tersepit dan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang parah berjaya dikeluarkan orang ramai.


    "Anggota bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan lain," katanya ketika dihubungi, semalam.


    Beliau berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Umur 7 tahun tinggi 56sm

    Posted: 05 Sep 2011 10:04 AM PDT

    KUALA TERENGGANU: Melihat kepada saiz fizikalnya, pasti ramai tidak menyangka kanak-kanak cilik dengan ketinggian 56 sentimeter (22 inci) ini usianya tujuh tahun enam bulan.

    Kama Mirezzanial Kama Rezmee yang juga cucu dua bekas atlet olahraga negara, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, dan Allahyarham Kamaruddin Maidin mempunyai saiz fizikal tidak normal sejak lahir pada 2 Mac 2004.
    Menurut bapanya, Kama Rezmee Kamaruddin, 36, anaknya yang lebih mesra dengan panggilan Zanial di kalangan ahli keluarga lahir ketika kandungan isterinya, Masitah Md Yusof, 34, berusia lapan bulan.

    "Zanial lahir di Hospital Putrajaya menerusi pembedahan ketika isteri saya mengandungkannya lapan bulan.
    "Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan Zanial kerana dia ketika itu sudah mula membuang air besar dalam kandungan.
    "Bayangkan ketika Zanial dilahirkan, ukuran badannya sebesar tapak tangan dan beratnya hanya 550 gram manakala jari tangan pula sebesar batang mancis dengan kepala sebesar bola tenis," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, kelmarin.

    Berdasarkan saiznya, Zanial yang juga anak sulung dua beradik lebih rendah daripada lelaki terpendek di dunia, Junrey Balawing, 18, dari Filipina yang mempunyai ketinggian 60sm.
    Dia juga lebih rendah daripada Khagendra Thapa Magar, 19, yang dilantik Duta Pelancongan Nepal bagi kempen melawat negara itu dengan ketinggian 67sm.

    Khagendra diisytiharkan sebagai lelaki kedua terpendek di dunia.
    Menurut Kama Rezmee, Zanial kini mempunyai berat badan 4.8 kilogram dan mempunyai sifat yang normal dan cukup anggota badan tanpa cacat cela cuma saiz fizikal badannya kecil seperti kanak-kanak berusia setahun atau dua tahun.
    "Adiknya, Kamarya Myzara berusia empat tahun separuh lebih tinggi daripadanya menyebabkan kalau mereka berdua bermain, ramai menyangka Zanial itu adik.
    "Sejak dia berusia lima tahun, saya perhatikan tubuh badannya tidak membesar. Dia seorang kanak-kanak periang tetapi agak pemalu dengan orang tidak dikenali," katanya yang menguruskan syarikat katering di Seri Kembangan, Selangor.
    Kama Rezmee berkata, sebaik dilahirkan menerusi pembedahan, anaknya itu terpaksa diletakkan dalam wad khas 10 hari dengan pengawasan rapi pihak Hospital Putrajaya kerana keadaan fizikalnya terlalu kecil serta lemah selain untuk mengelak dijangkiti virus.
    Menurutnya, selepas dikeluarkan dari wad itu, anaknya diletakkan dalam inkubator selama 75 hari dan sepanjang tempoh itu, orang ramai dan ahli keluarga tidak dibenarkan mendekati Zanial.
    "Ketika ditempatkan dalam wad khas, doktor memberitahu peluang untuk Zanial hidup hanya 35 peratus.
    "Saya bersyukur kerana sekarang Zanial sudah boleh berjalan dan sihat. Doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya juga mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit," katanya.
    Sementara itu, Rajemah berkata, dia difahamkan cucunya itu menghidap sindrom Seckle yang menjejaskan tumbesaran dan penghidap sindrom berkenaan dikatakan mempunyai wajah hampir serupa.
    "Setakat ini Zanial tiada sebarang masalah kesihatan dan dia sentiasa riang bermain dengan adiknya, Kamarya Myzara serta ahli keluarga yang lain. Dia juga boleh berkomunikasi walaupun percakapannya seperti kanak-kanak yang baru boleh bercakap," katanya.
    Menurutnya, dia berhasrat melihat Zanial boleh membaca dan menulis seperti kanak-kanak lain yang pada usianya sudah berada di tahun satu.
    "Sebelum ini Zanial pernah dihantar ke tadika tetapi hanya sekejap kerana dia menjadi seperti barang mainan kanak-kanak lain kerana terlalu kecil," katanya.
    "Kami juga bimbang jika dia dipijak kanak-kanak lain andai keadaan tidak dikawal menyebabkan kami berhentikannya daripada tadika. Ketika ini dia hanya belajar di rumah dengan ibunya," katanya yang terpanggil memberitahu media mengenai cucunya itu selepas membaca akhbar mengenai Khagendra yang melawat negara ini, kelmarin.
    Sementara itu, The Malaysia Book of Records yang dihubungi berkata, pihaknya akan memeriksa kriteria yang ditetapkan sama ada Zanial layak menyandang status lelaki terpendek di dunia atau tidak.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Anak Krisdayanti mirip Raul Lemos

    Posted: 05 Sep 2011 09:00 AM PDT

    JAKARTA: Penyanyi, Kris- dayanti semalam selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinannya dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos.

    Kakak Krisdayanti, Yuni Shara, ketika bercakap kepada wartawan mengenainya berkata, bayi perempuan itu yang diberi nama Aryana Amora Lemos, dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean dengan berat 2.9 kilogram dan panjang 48 sentimeter.


    "Wajahnya mirip bapanya, Raul. Bibirnya juga seksi seperti Raul," kata Yuni pada sidang akhbar di Hospital Mitra Kemayoran, Jakarta.

    Krisdayanti melahirkan anaknya di hospital itu pada jam 1.45 petang.


    Ia adalah anak ketiga yang dilahirkannya. Dua anaknya sebelum ini adalah hasil perkahwinannya dengan penggubah dan penyanyi, Anang Hermansyah.


    Nama Aryana Amora Lemos begitu istimewa kepada Raul dan KD. Raul, dalam kenyataannya pada sidang akhbar berkenaan berkata, nama itu adalah gabungan perkataan Latin dan Portugis.

    "Aryana bermaksud intan dan Amora pula cinta. Jadi nama itu bererti intan yang penuh cinta," kata Raul.


    Sebelum itu, Raul sempat mengucapkan syukur dan terima kasih kepada peminat Krisdayanti yang selama ini mendoakan keselamatan penyanyi itu.

    Pasangan itu berkahwin 20 Mac lalu.


    Krisdayanti dikatakan memilih pembedahan Caesarean kerana usianya yang sudah meningkat. - Agensi

    Lelaki tikam isteri, mentua

    Posted: 05 Sep 2011 08:58 AM PDT

    LONDON: Seorang lelaki menikam isteri yang baru dikahwini dan ibu mentuanya sebelum melarikan seorang kanak-kanak.

    Mangsa ketiga, seorang gadis berusia 19 tahun dikatakan turut ditikam di lehernya. Dia dilaporkan tenat di hospital. Suspek dikatakan membawa kanak-kanak lelaki itu ke pusat bandar sambil memegang pisau berlumuran darah. Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun itu ketika dia merayau-rayau di Thame, Oxfordshire bersama seorang kanak-kanak kerana disyaki membunuh dua wanita terbabit.


    Sebelum itu, beberapa jiran berkata, mereka dikejutkan oleh bunyi jeritan selepas mendengar pergaduhan antara suspek dan isterinya yang baru dikahwini dua bulan lalu. Lelaki terbabit didakwa menikam isterinya, Mihaela yang berusia 28 tahun dan ibu mentuanya, Julie Sahin, 49, di leher dan di dada.

    Anggota paramedik yang dikejarkan ke kediaman mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua wanita itu tetapi mereka mati di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa adalah rakyat Britain walaupun mereka dikatakan berkahwin dengan lelaki Turki.


    Pasangan itu baru berkahwin dua bulan lalu dan Julie dikatakan meminta izin tuan rumah supaya membenarkan menantunya berpindah ke kediaman teres dua tingkat berkenaan yang dikongsi bersama suami dan anak perempuannya.


    Sementara itu, ketua detektif, Inspektor Joe Kidman dari balai polis Thames Valley berkata: "Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami sudah menahan suspek yang disyaki terbabit dengan pembunuhan itu.

    "Kami percaya tidak ada suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu." - DM

    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Tunggu seminggu lagi

    Posted: 05 Sep 2011 08:45 AM PDT

    BEREGU bebas Gan Teik Chai-Tan Bin Shen terpaksa menunggu seminggu lagi bagi menyelesaikan isu ketidakadilan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang diadu mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bulan lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Alternatif Penyelesaian Masalah MOM, Datuk Roy Rajasingham berkata dua isu gagal menemui persetujuan bersama daripada kedua-dua pihak dalam semua isu yang dibangkitkan di mahkamah timbangtara sukan yang berlangsung di bangunan badan induk Olimpik negara di Kuala Lumpur.


    "Masalah ini belum selesai selepas kedua-dua pihak tidak dapat menyelesaikan dua isu, tapi saya yakin ia akan selesai pada pertemuan kedua selepas banyak perkara dipersetujui hari ini," kata Rajasingham mengenai perbicaraan yang berlangsung hampir empat jam, bermula jam 2 petang semalam.

    Dua isu terbabit bagaimanapun tidak didedahkan, namun spekulasi kuat mengatakan BAM tidak bersetuju untuk membuat permohonan maaf dan mengaku kesilapan mereka secara umum selain enggan menawarkan tempat buat gandingan itu dalam skuad Piala Thomas, kejohanan yang menawarkan mata kelayakan Olimpik setaraf Kejohanan Dunia.


    Rajasingham tidak terbabit sepenuhnya dalam perbicaraan itu, sebaliknya diuruskan dua peguam, Seumas Tan dan Wong Lu Peen yang dilantik sebagai perantara (mediator) yang berbincang secara langsung dengan pengadu, Teik Chai-Bin Shen dan wakil BAM, Ng Chin Chai (Setiausaha Kehormat) dan Kenny Goh (Pengurus Besar).


    Pertemuan kedua akan dilakukan di MOM pada 13 September depan (Selasa), namun tiada jaminan perkara ini akan berakhir jika kedua-dua pihak iaitu pengadu dan yang diadu gagal mencapai kata sepakat.

    Malah ketika ditanya mengenai hak pemain berstatus bebas, Rajasingham berkata segala-galanya tertakluk kepada badan induk persatuan sukan terbabit untuk membuat keputusan dan pihaknya sekadar mampu memberi nasihat.


    Mengulas mengenai isu terbabit, Rajasingham menganggap setiap orang mahukan publisiti di dada-dada akhbar supaya perkara itu diketahui oleh orang awam berbanding BAM mahukan isu itu diselesaikan secara senyap tanpa diketahui umum, namun beliau mungkin tidak sedar yang isu ini dipandang dingin BAM biarpun Teik Chai-Bin Shen membuat bantahan kepada persatuan itu hingga menyebabkan mereka membuat aduan kepada MOM.

    Isu ini bermula selepas Teik Chai-Bin Shen layak ke Kejohanan Dunia di London Ogos lalu. Mereka layak secara merit tetapi tempat mereka dinafikan apabila BAM pada Mei memberikan kuota itu kepada pemain yang bernaung di bawah mereka Zakry Latif-Hoon Thien How yang dianggap mempunyai prestasi semasa lebih baik.

    Elak buat silap

    Posted: 05 Sep 2011 08:41 AM PDT

    MISI hidup mati Selangor untuk menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya mendakap Piala Malaysia bermula di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

    Namun lawan yang menanti juara 32 kali Piala Malaysia itu tidak boleh dipandang mudah kerana tuan rumah, T-Team sudah membuktikan kemampuan mereka apabila mencatatkan kemenangan 3-2 (di Stadium Shah Alam) dan 2-1 (di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah) dalam aksi Liga Super musim ini.


    Pengendali Selangor, K Devan bagaimanapun enggan bersikap negatif apabila menganggap kemenangan skuad bimbingan Yunus Alif itu berpunca daripada kesilapan barisan pemainnya sehingga memberi ruang kepada lawan mencipta kemenangan.

    "Mereka tidaklah terlalu hebat (untuk ditewaskan). Ia adalah kesilapan pemain dan tidak harus berulang pada perlawanan pembukaan kami nanti," katanya yang perlu merealisasikan impian Selangor memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 selepas gagal mempertahankan dua piala (Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah) selain kecundang dalam saingan Piala FA musim ini.


    Ketika ditanya mengenai tekanan terbabit, Devan berkata ia adalah lumrah apabila bersama Selangor kerana harapan tinggi peminat disandarkan ke atas pasukan yang mempunyai sejarah kegemilangan tersendiri dalam kancah bola sepak tempatan itu.


    "Bukan saja untuk Piala Malaysia, malah bagi setiap perlawanan lain, tekanan tetap ada. Harapan peminat adalah tinggi, namun pemain sudah biasa dengannya," kata pengendali berusia 50 tahun itu yang masih belum mengecapi kejuaraan Piala Malaysia walaupun mempunyai rekod cemerlang meraih beberapa piala lain sebelum ini.

    Menurut Devan, semua pemain Selangor cergas untuk diturunkan menentang T-Team kecuali tonggak pertahanan tengah berpengalaman, Khairul Anuar Baharom, namun menegaskan ia tidak memberikan sebarang masalah mempunyai beberapa pemain lain seperti Mohd Bunyamin Omar dan Mohd Asraruddin Putra Omar.


    Selangor membuat persiapan rapi dengan mengadakan tujuh perlawanan persahabatan sepanjang bulan lalu sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Negeri Sembilan pada aksi terakhir selain mengejutkan Harimau Malaya 1-0.

    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved