Rabu, 19 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Riasan mata serlah penampilan

Posted: 19 Sep 2012 09:50 AM PDT

SELAIN busana persalinan, hantaran, gubahan serta pelamin, mekap memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi seri wajah pengantin.

Malah, mekap juga boleh menyembunyikan kekurangan yang ada pada kulit wajah apatah lagi sepanjang majlis berlangsung.

Pengasas butik pengantin Andaman Qaseh, Siti Nattrah Saidin, banyak memfokuskan tatarias di bahagian mata apabila mengendalikan pasangan raja sehari.

Riasan mata yang galak dan tajam memberikan kelebihan kepada pengantin terutama bagi mereka yang memiliki bentuk mata agak sepet agar lebih terserlah.


Bagi memberikan kesan mata lebih besar dan cerah, gunakan pensel atau

penggaris mata warna putih di bahagian dalam garis bawah mata.

"Gabungan warna pembayang mata digunakan pula harus mengikut kesesuaian kulit pengantin agar olesan terhasil tidak keterlaluan.

"Campuran warna mampu membentuk warna akhir yang lebih menyerlah berbanding penggunaan satu warna saja. Apa yang penting, berani untuk mencuba," katanya.

Di samping itu, pemakaian bulu mata palsu juga memberikan impak ketara kepada pengantin kerana ia mampu menonjolkan bentuk mata dengan lebih sempurna.

"Penggunaan bulu mata palsu membuatkan sudut luar mata lebih terbuka serta menjadikan olesan mekap lebih glamor dan unik.

"Pengantin tidak perlu bimbang kerana pelbagai cara boleh digunakan bagi menaikkan seri wajah menggunakan teknik mekap yang betul," katanya.

Tip penggunaan bulu mata palsu

  • Sesuaikan ukuran bulu mata palsu. Penting untuk mengukur garis atas mata apabila menggunakan bulu mata palsu kerana setiap individu memiliki bentuk mata berbeza.

    Rapatkan bulu mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai, kemudian gunting bahagian bulu mata palsu yang melebihi panjang kelopak mata.

  • Rias kelopak mata terlebih dulu sebelum memakai bulu mata palsu menggunakan pembayang mata dan penggaris mata agar bulu mata palsu digunakan mampu melekat sempurna.
  • Lekatkan bulu mata palsu pada bahagian garis atas mata dan lakukan berhati-hati agar ia melekat sempurna. Biarkan beberapa minit agar gam kering sekata.
  • Sempurnakan riasan mata. Gunakan maskara untuk memberikan kesan lentikan lebih ketara pada mata serta kemaskan menggunakan penggaris mata agar bulu mata asli dan bulu mata palsu bersatu sempurna.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Timun untuk kecantikan

Posted: 19 Sep 2012 09:14 AM PDT

TIMUN, sejenis sayuran yang murah dan mudah didapati di pasar serta sering terdapat di rumah hampir setiap individu. Ia boleh dimakan mentah begitu saja atau dimasak bersama hidangan lain.

Selain digunakan dalam masakan, ramai mengenali timun sebagai bahan kecantikan semula jadi untuk mata yang mana ia dapat memberi kesegaran kepada pancaindera itu yang kepenatan dan mempunyai lingkaran gelap.

Namun sebenarnya faedah kecantikan yang boleh didapati daripada timun melangkau lebih daripada itu. Timun juga mempunyai banyak kebaikan yang boleh digunakan untuk tujuan penjagaan kecantikan kulit wajah wanita mahupun lelaki.

Bukan setakat murah, ia bersifat semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang mampu mengancam nyawa sekiranya digunakan secara kerap dalam jangka masa panjang.


Sebelum itu, mari berkenalan dengan keluarga timun dan mendapat sedikit fakta mengenai sayur berkenaan. Seperti juga sayuran lain, walaupun kelihatan serupa, timun sebenarnya mempunyai beberapa variasi mengikut tempat asalnya.


Antara jenis timun adalah dosakai, iaitu timun berwarna kekuningan, berbentuk bulat dan banyak didapati di beberapa bahagian di India. Ia sering dimasak bersama kacang dal dan dijadikan jeruk.

Selain itu, timun Inggeris mempunyai kandungan biji yang sedikit dan boleh tumbuh sehingga mencapai panjang dua kaki manakala timun Mediterranean pula mempunyai kulit halus dengan hampir tiada biji serta mempunyai rasa yang lebih lembut.

Sementara itu, timun Jepun berwarna hijau gelap dengan kulit yang menggerutu dan sering digunakan dalam hidangan salad.

Timun juga kaya dengan silika iaitu bahan galian yang memegang tisu penghubung dan menyumbang kepada kekuatan tisu berkenaan seterusnya membantu memberikan penampilan lebih muda pada kulit.

Silika juga sudah terbukti mampu menghalang penuaan tisu berkenaan yang mana kekurangannya serta asid hyaluronic boleh mempercepatkan proses penuaan kerana tisu penghubung tidak lagi dapat memegang air dengan cekap.

Kandungan silika dalam timun didapati mampu menggalakkan penghasilan kolagen yang memberikan kulit lebih muda dan segar. Timun juga adalah rawatan yang baik untuk kulit bermasalah seperti rosak akibat selaran matahari, jerawat atau kering.

Sayur berkenaan mengandungi 90 peratus air menyebabkan ia juga dikenali sebagai ejen penyejuk hingga digunakan untuk memberi kesegaran pada mata yang sembap dan keletihan.

Timun juga mampu mengurangkan pengumpulan air pada kawasan bawah mata yang menyebabkannya kelihatan letih dan tidak bermaya kerana ia sarat dengan kebaikan asid ascorbic atau lebih dikenali sebagai vitamin C.

Mereka yang berasa letih selepas penat seharian bekerja boleh mengamalkan penggunaan timun yang dipotong nipis dan diletakkan pada kedua-dua mata sambil berehat.

Keberkesanannya memang sudah terbukti sehingga ia antara rejimen kecantikan semula jadi yang paling banyak digunakan di pusat kecantikan di seluruh dunia.

Selain mata, timun yang mengandungi paras hidrogen yang sama dengan kulit mampu memberi kebaikan pada kulit wajah dengan membantu menenangkan dan melembutkannya.

Ia membantu merawat wajah yang bermasalah kerana kesan menyejukkan yang ada padanya selain kandungan pembersih yang mampu mencuci seterusnya meninggalkan kulit yang lembut dan gebu.

Antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kulit cantik adalah dengan mengisar timun yang sudah dikupas bersama putih telur dan disapu pada wajah, biarkan hingga kering sebelum dicuci.

Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memicit timun dan menyapu jus yang keluar pada wajah dan biar ia menyerap ke dalam kulit. Ia mampu menyerikan wajah jika dilakukan secara konsisten, tanpa perlu bergantung kepada produk mahal.

Jus timun juga membantu untuk mengurangkan penampilan warna kulit tidak sekata dengan menyapunya ke seluruh wajah dan biar selama 15 minit sebelum dicuci.
Tiada masalah untuk melakukannya setiap hari kerana ia bahan semula jadi dan tidak memudaratkan.

Kulit yang sering terdedah kepada matahari hingga 'terbakar' juga boleh mendapat manfaat daripada timun kerana ia mempunyai bahan yang mampu menyejukkan dan mengurangkan kesan selaran matahari hanya dalam masa singkat.

Timun juga boleh bertindak sebagai penyegar dengan menyapunya pada wajah dan mencuci selepas 10 minit bagi menghasilkan kulit lebih bercahaya.

Bagi mendapatkan kesan lebih baik, timun juga boleh dijadikan pupur dengan mengisar timun bersama daun pudina dan putih telur menjadi puri. Sapu pada wajah dan biarkan 15 minit atau sehingga kering sebelum dibasuh.

Mendapatkan kulit lebih cerah juga tidak sukar dan ia boleh dicapai dengan menggunakan timun yang dicampur bersama air kelapa. Ia dapat memudarkan bintik noda pada wajah.

Mereka yang mempunyai parut pada wajah akibat masalah jerawat boleh mendapat manfaat daripada timun dengan mencampurkan jus timun bersama jus limau nipis dan disapu pada jerawat atau parutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Polis hilang gigi

Posted: 18 Sep 2012 03:56 PM PDT

SUBANG JAYA: Seorang anggota Balai Polis Subang Jaya patah gigi, luka di lengan dan lutut kanan selepas bergelut dengan seorang penjenayah yang cuba menyerangnya dengan parang dalam kejadian di Persiaran Kewajipan berhampiran SS14, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam, anggota itu yang berusia 20-an bersama empat lagi rakan setugas mengejar tiga suspek lelaki yang menaiki motosikal yang cuba menyamun di SS16, di sini.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan melakukan rondaan bermotosikal pencegahan jenayah dan pemantauan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) apabila terserempak tiga lelaki mencurigakan.

"Anggota berkenaan menghampiri dua lelaki terbabit yang menaiki satu motosikal, manakala seorang lagi menunggang sendirian untuk membuat pemeriksaan identiti.


"Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek memecut motosikal mereka menghala USJ1 menyebabkan anggota polis berkenaan mengejar," katanya.


Menurutnya, anggota polis berkenaan berjaya memintas sebuah motosikal dinaiki dua suspek sebelum pemboncengnya terjatuh.

"Ketika mengejar, seorang suspek yang membonceng mengeluarkan parang panjang dari dalam bajunya lalu melibas ke arah anggota polis yang menghampiri dengan motosikal.


"Namun, tiba-tiba lelaki terbabit terjatuh dan cuba lari dengan melompat pembahagi jalan menuju SS14, manakala dua rakannya melepaskan diri," katanya.

Katanya, seorang anggota polis mengejar suspek terbabit dan mengepungnya di tempat kejadian sebelum suspek nekad menyerang dengan parang panjang.


"Anggota polis berkenaan bergelut dengan suspek dan dalam pergelutan itu dia terlepas satu tembakan.


"Tembakan itu mengenai cermin hadapan sebuah kereta yang melalui tempat kejadian, tetapi tidak mencederakan pemandu dan penumpangnya," katanya.


Yahaya berkata, suspek terbabit diberkas dan dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut, manakala parang berukuran 68.5 sentimeter yang digunakan untuk menyerang polis turut dirampas.


"Siasatan mendapati, suspek berusia 22 tahun berada dalam keadaan khayal ketika kejadian apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis syabu," katanya.


Sehubungan itu, Yahaya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi suspek supaya diminta menghubungi talian 03-78627222 atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Waris dua mayat dicari

Posted: 18 Sep 2012 03:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris dua mayat reput yang ditemui dalam rumah mereka di Taman Desa dan Jalan Abdul Samad yang kini belum dituntut.

Mayat pertama, Nisar Ahamed M Raj Mohamed dengan kad pengenalan, 610125715017 ditemui polis di rumahnya di Danau Murni Condo, Taman Desa, dekat sini, pada 11 September lalu.


Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Sarjan Baharudin Harun di talian 012- 9033291 untuk menuntut mayat terbabit.

Bagi mayat kedua pula, Lim Kuan Sam (441008105549) ditemui di rumahnya di F 96 Jalan Abdul Samad, dekat sini, awal pagi kelmarin dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.


Mereka yang mengenalinya atau mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Sarjan Sukhbir Singh di talian 0192194355 atau 03-7982449.


Mayat kedua-duanya kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PP UM).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Peluru tembusi pipi

Posted: 18 Sep 2012 04:23 PM PDT

SUNGAI PETANI: "Ketika berlari ke dalam rumah, saya melihat seorang lelaki mengangkat tangan ke arah ibu dan bapa mentua dalam gelap sebelum terdengar dua das tembakan dan mendapati ibu rebah di depan bapa mentua."

Begitu kata V Devi, 23, menantu K Kalyani, 57, yang terbaring berlumuran darah dan mati di tempat kejadian akibat terkena satu daripada dua das tembakan selepas rumah mereka diserang sekumpulan lelaki di Estet Bukit Lembu, Bukit Selambau, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.45 malam ketika mangsa bersama suami, anak dan beberapa jiran berbual di hadapan rumah apabila sekumpulan 15 hingga 20 lelaki bermotosikal serta kereta muncul di pekarangan rumah berkenaan.

Selepas menetak dua saudara serta anak mangsa yang cuba menghalang, kumpulan bersenjatakan parang dan kayu itu meluru lalu berhenti di hadapan pagar rumah berkenaan.


Secara tiba-tiba seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa dan suaminya yang ketika itu mengarahkan semua anaknya masuk dalam rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Suami tinju, madu pukul

Posted: 18 Sep 2012 04:23 PM PDT

KANGAR: "Salahkah tindakan saya jika bertemu suami kerana mahu meminta wang bagi membeli susu untuk anak lelaki berusia 15 bulan yang sudah seminggu kelaparan susu, tetapi dipukul dengan penyapu selain turut ditumbuk dan diterajang."

Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka.

Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya.

Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur.


Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Tiada unsur rasuah’

Posted: 18 Sep 2012 12:55 PM PDT

PENJAGA gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie disahkan bebas daripada dakwaan mengatur keputusan perlawanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kertas siasatannya ditutup selepas didapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan wujud unsur rasuah ketika pasukan itu menentang Kedah, 1 September lalu.


Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain dalam kenyataannya berkata, pihaknya sudah membuat siasatan menyeluruh selepas jurulatih pasukan Peter Butler mendakwa Mohd Sharbinee menjual permainan.

"Hasil siasatan mendapati tidak ada sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah pada perlawanan itu. Malah, sepanjang siasatan dijalankan, SPRM memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan membantu siasatan.


"Ujian poligraf yang dijalankan SPRM juga menunjukkan Tiada Tindakbalas Signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa malah ketika rakaman ujian dijalankan, keputusan diperoleh adalah dia bercakap benar kepada soalan dikemukakan," katanya.


Md Yusoff berkata, siasatan terhadap kes itu dibuat mengikut bidang kuasa diperuntukkan Akta SPRM 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas, telus dan profesional.

Kontroversi itu bermula apabila Mohd Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan Butler selepas penjaga gol terbabit melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 dalam saingan Piala Malaysia, di laman sendiri.


Mohd Sharbinee yang juga bekas penjaga gawang kebangsaan dilapor turut mengaku membuat kesilapan dan sanggup disiasat SPRM bagi menepis dakwaan kononnya ia berkait dengan isu 'menjual perlawanan'.

Berikutan itu, SPRM memulakan siasatan pada 4 September lalu dengan memanggil beberapa individu termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Gegaran Fiesta Futsal

Posted: 18 Sep 2012 12:52 PM PDT

FIESTA Futsal KSN kali kesembilan anjuran Kompleks Sukan Negara (KSN) dijangka lebih mencabar apabila penganjur mewujudkan dua acara sampingan, bola keranjang 3 lawan 3 dan Sukan Gusti Lengan.

Lebih menarik, kejohanan dua hari yang bakal berlangsung 22 September ini akan diadakan di venue baru iaitu di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic) dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.


Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif KSN, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim berkata, ketiga-tiga acara hanya terbuka kepada penyertaan lelaki saja.

"Objektif utama untuk menanam semangat kesukanan dan menggalakkan aktiviti berfaedah kepada orang ramai di samping mewujudkan saingan sihat. Malah, fiesta ini juga dijangka mampu mencungkil bakat baru dalam arena sukan futsal, bola keranjang atau gusti lengan.


"Kami juga ingin memperkenalkan dua gelanggang futsal baru di venue yang kami ambil alih pada 2010," katanya pada Majlis Penyerahan Tajaan di Stadium Nasional, petang semalam. Fiesta Futsal KSN menerima tajaan Figos Sdn Bhd, Nestle Product Sdn Bhd, F&N Beverage Marketing Sdn Bhd, Sports Spin Sdn Bhd dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.


Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN, Mohd Zulqurnain Muhammad dan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dan Jualan, Khairul Azhar Sadar Muhammad.

Mohd Zulqurnain berkata, penyertaan dijangka meningkat berbanding tahun lalu dengan sokongan dua acara sampingan serta hadiah menarik.


Habuan lumayan membabitkan wang tunai berjumlah RM7,100 untuk Fiesta Futsal dengan pemenang turut menerima piala pusingan, piala iringan, pingat, cenderahati dan sijil.

Manakala acara 3 On 3 Basketball pula menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM2,800 dengan pemenang menerima piala iringan, pingat, cenderahati dan sijil.


Peserta gusti lengan pula turut menerima habuan menarik dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM1,800, pingat, cenderahati dan sijil.


Pendaftaran perlu dibuat segera dengan menghubungi talian 03-89920888 sambungan 843 atau 844 atau 012 6299617 (Haslina) / 019 3576879 (Fitri Ani). Borang boleh dimuat turun di laman web www.stadium.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mahu angin perubahan

Posted: 18 Sep 2012 10:21 PM PDT

RASANYA bukan sekadar pengkritik filem yang banyak mengomel, sebaliknya peminat hari ini pun sudah bijak menilai fakta bahawa aktres jelita kacukan Melayu-Thailand ini hanya muncul mewarnai karya terbitan Metrowealth (MIG) selaku syarikat pengurusannya.

Jauh mana langkahnya dan hebat mana pencapaian yang ada, persepsi skeptikal masih lagi berpaut, kononnya Intan Ladyana tidak punya cabaran dan saingan kerana hanya diterima berlakon di bawah syarikat pengurusan sendiri saja.

Hakikatnya ketika bertemu dengan pelakon yang cukup peramah itu baru-baru ini, MIG hanya institusi yang bertanggung jawab membentuk bakatnya namun kini bakat yang ada pada dirinya sudah pun diteroka produser dan pengarah luar MIG.

Andai ada siapa yang menganggap pemilik senyuman manis ini hanya bersandarkan produksi pengurusan MIG saja untuk terus bernafas, ia satu tanggapan silap kerana Intan tidak pernah berharap kepada satu syarikat saja untuk terus bertahan dan bergerak ke depan.


Bakat Intan jauh melangkaui persepsi mata sekeliling yang menganggapnya tidak berbakat dan hanya memperdagangkan wajah cantik. Kata mereka, jika ada pun tawaran yang datang semuanya sudah diatur dari pihak MIG sendiri.


Sangkaan ramai yang banyak mengatakan dirinya juga pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya hanya tampil mewarnai filem MIG memang salah sama sekali.

"Saya hanya ada dua buah filem saja bersama MIG tahun ini termasuk Adnan Sempit 3 dan Pada Suatu Cinta Dahulu serta drama siri Bini-Bini Ku Perkasa. Selebihnya tiga lagi filem bersama produksi luar. Mana mungkin ada yang berpendapat saya hanya popular kerana bersandar pada satu syarikat saja yang percaya akan bakat saya.

"Alhamdulillah selepas tiga tahun mencari tapak dengan MIG, makin ramai pihak luar yang yakin dengan kemampuan saya. MIG hanya satu permulaan yang membantu saya membentuk diri dan jiwa untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Namun ruang dan peluang yang diberi itu tidak berlalu begitu saja kerana saya sentiasa peka untuk meneroka tawaran lain," katanya membuka cerita.

Jelas Intan mengukir senyum, jiwanya bersyukur kerana setiap pandangan dan persepsi orang lain itu adalah rahsianya dalam mengumpul semangat untuk menjadi lebih baik.

"Alhamdulillah akhirnya impian saya terlaksana. Nama dan bakat yang ada makin dikenali ramai dan itulah yang menjadi keutamaan saja sejak awal menjejakkan diri dalam industri ini. Saya ingin sekali orang lain dan pihak produksi luar nampak akan kemampuan dan kredibiliti saya dalam menghidupkan apa saja watak yang diberikan.

"Mana tidaknya, jika dulu ramai yang mengatakan saya hanya diberi peluang berlakon filem di bawah MIG saja namun 2012 memperlihatkan sesuatu yang positif dan lebih baik dalam profil lakonan saya. Rezeki datang tanpa henti dan lebih menariknya, saya diberi kepercayaan oleh produksi luar pula.

"Pihak Excellent Pictures Sdn Bhd umpamanya menawarkan saya watak untuk filem Apacelop, kemudiannya filem Sebelum Subuh terbitan 3 Line Productions dan Dampak pula terbitan Ops Productions. Kesemuanya satu eksperimen buat saya untuk bekerja dengan produksi luar dan masih baru dalam penerbitan namun itulah pengalaman baru yang makin memberikan saya pendedahan berguna.

"Malah filem Halimunan yang kini sedang hangat dipromosikan juga adalah sebuah filem terbitan RPL Empire yang pertama kali meletakkan saya dengan watak Sutera yang berbeza dan cukup menarik," katanya lagi.

Itulah pencapaian buat aktres berusia 30 tahun ini. Melihat kembali kesemua senarai filem lakonannya, Intan punya peningkatan positif dalam persembahan dan bakatnya.

Malah selepas dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem tahun lalu menerusi filem Bini-Biniku Gangster, Intan bukan lagi pelakon tempelan yang hanya wujud dalam industri namun fungsinya tiada siapa yang nampak.

Jelasnya yang mula dikenali menerusi drama siri Puteri sebelum ini, itulah rezeki dan hatinya sentiasa percaya dengan kesungguhan dan disiplin yang dipamerkan selama ini akan membuahkan hasilnya.

Lebih menariknya dan rancaknya perbualan petang itu apabila pelakon kurus tinggi ini berhasrat untuk beranikan diri melangkah membina nama sendiri tanpa lagi bersandar pada syarikat pengurusannya itu.

Berbaki lagi dua tahun kontraknya, Intan memasang niat untuk bergerak sendiri untuk melihat percaturannya nanti.

"Saya bertuah kerana David Teo banyak membantu selama ini. Dia sudah bukan seperti majikan lagi sebaliknya lebih kepada seorang abang yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Bukan saja soal lakonan malah David acap kali membuka mata saya akan soal masa depan, perancangan seorang pelakon dan bagaimana untuk memasarkan diri ke luar.

"Justeru semua itu saya jadikan sebagai pengajaran yang melengkapkan lagi diri. Kini saya fikirkan sudah tiba masanya untuk berdiri sendiri dan membuka peluang yang sama kepada mereka yang masih baru dan memerlukannya. MIG ada ramai bakat baru dan saya rasa sudah tiba masanya mereka pula diberikan perhatian dan peluang yang lebih.

"Seperti apa yang selalu dipesan ibu kepada saya, jangan terlalu lama berada di takuk selesa kerana bimbang ia akan meleset kalau khayal dan leka. Jadi saya berhasrat untuk bergerak sendiri tanpa MIG selepas tamat kontrak nanti. Harap-harap ia akan memberikan saya lebih kebebasan untuk mencuba produksi lain nanti," katanya yang pernah membintangi banyak filem di bawah MIG termasuk Jangan Pandang Belakang, I'm Not Single, Adnan Sempit, V3 Samseng Jalanan, Kembar Siang dan Flat 3A.

Mengakui hasrat untuk meninggalkan MIG tidak semudah bibir mengucapkannya, Intan bagaimanapun yakin rezeki itu ada di mana-mana dan mengharapkan akan ada pihak lain yang menaruh kepercayaan kepada lakonannya.

Meskipun sudah basi dan acap kali dibentangkan di depannya, persoalan mengenai cintanya dengan aktor terkenal, Kamal Adli bagai sudah menjadi soalan rutin untuk disoal kepadanya.

Sudah lama menjadi tatapan umum dan perhatian media, kisah percintaan mereka yang sudah merentas lebih tiga tahun ini hanya menanti pengumuman kedua pihak bagi mengesahkan langkah seterusnya.

Namun sudah dijangkakan, mengenali Intan lama sudah, menerjah persoalan yang sama, jawapannya tidak sekali berubah.

"Kami berdua masih seperti biasa. Menjalani hubungan kekasih seperti yang lain, ada pasang dan surutnya. Namun alhamdulillah kami berdua sudah cukup kenal antara satu sama lain yang mana keserasian dan persefahaman itu sudah ada.

"Insya-Allah jika ada jodoh pastinya saya akan berkongsi dengan peminat semua. Untuk apa pula kami berahsia jika ia perkara yang baik cuma buat masa kini, masing-masing hanya sibuk menumpukan pada kerjaya agar semakin kukuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/18


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi, ibu, nenek maut

Posted: 18 Sep 2012 02:46 PM PDT

CARDIFF: Tiga sekeluarga dari tiga generasi, termasuk seorang bayi berusia enam bulan yang baru beberapa hari berada di rumahnya, terbunuh dalam kebakaran disyaki berpunca daripada perbuatan khianat, semalam.

Kimberley Buckley terbunuh bersama ibunya, Kayleigh Buckley, 17, serta neneknya, Kim Buckley, 46, apabila mereka terperangkap dalam rumah semiberangkai yang terbakar di Coed Eva, barat Cwmbran di Wales Selatan.


Keluarga itu dilaporkan sedang meraikan kepulangan Kimberly yang sebelum ini dirawat di hospital kerana lahir pramatang.

Kimberly lahir dengan berat 860 gram adalah anak kembar tetapi pasangannya, Rose seberat 425 gram meninggal dunia dua hari selepas dilahirkan.


Jiran mendengar jeritan Kayleigh meminta tolong kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika rumah berkenaan terbakar. Bomba menemui mayat mereka sejurus selepas dihubungi orang ramai.


Seorang lelaki dikenali penduduk setempat sebagai Carl Mills, 27, ditahan untuk disoal siasat kerana disyaki membakar rumah berkenaan. Mills adalah bekas kekasih Kayleigh yang juga bapa kepada anak kembarnya. Jiran berkata, Kim seorang nenek yang penyayang dan begitu teruja menyambut kepulangan Kimberly beberapa jam sebelum kejadian. Kain rentang menyambut kepulangan Kimberly turut dinaikkan di rumah berkenaan. Seorang jiran mangsa berkata, keluarga terbabit berulang-alik ke hospital selama beberapa bulan untuk bersama Kimberly.

"Kim begitu tabah memberi apa saja sokongan untuk anak dan cucunya," katanya. Malah, katanya, Kim juga berhenti kerja bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka. "Sebab itu Kayleigh menamakan anaknya Kimberley sebagai menghargai pengorbanan ibunya," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kru kabin Ryanair gagal seludup 13,800 batang rokok

Posted: 18 Sep 2012 02:41 PM PDT

LONDON: Dua kru kabin syarikat penerbangan Ryanair ditahan pihak berkuasa kerana cuba menyeludup 13,800 batang rokok dalam beg mereka, kata sumber semalam.

Gemma Phillips, 26, dan Adam McEvatt, 28, ditahan kakitangan kastam di Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool sejurus selepas mereka tiba dari pulau peranginan di Sepanyol, Gran Canaria.


Menurut sumber, Gemma melawat McEvatt yang menetap di pulau berkenaan empat hari seminggu.

Gemma didapati membawa 2,000 batang rokok dalam satu beg, manakala 5,800 lagi dalam beg pakaian.


"McEvatt pula ditahan lima minit kemudian dengan 6,000 batang rokok," katanya.


Sumber berkata, kedua-dua mereka ditahan di luar waktu bertugas.

"Mereka meletak jawatan selepas menghadapi tindakan disiplin," katanya. Semalam, Gemma dan McEvatt mengaku salah di Mahkamah Majistret Manchester kerana cuba mengelak duti bernilai 3,500 (RM17,414).


Majistret kemudian memberikan mereka pembebasan bersyarat selama dua tahun. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved