Ahad, 18 Disember 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Port’ warga Afrika digempur

Posted: 17 Dec 2011 02:19 PM PST

KEPONG: Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan menggempur 'port' warga Afrika di Desa Aman Puri, semalam, berikutan aduan penduduk yang mendakwa sesetengah daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Singa berkata, operasi yang dijalankan berjaya menahan 13 lelaki Nigeria yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.


Katanya, hasil soal siasat, kebanyakan mereka mendakwa sebagai pelajar di pusat Bahasa Inggeris di ibu kota dan memberi pasport mereka dipegang oleh pihak kolej untuk tujuan permohonan pas pelajar.

"Dalam operasi ini, Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan mengejut ke atas 50 rumah dan memeriksa 87 warga Nigeria.


"Bagaimanapun, 13 warga Nigeria berusia 20-an hingga 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan. Semua mereka akan ditahan di depoh Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Beliau berkata, operasi yang dijalankan pihak imigresen berdasarkan aduan diterima daripada penduduk dan hasil risikan selama seminggu.

Full content generated by Get Full RSS.

Wang tunai RM14,000 hangus

Posted: 17 Dec 2011 02:18 PM PST

TAMPARULI: Sembilan beranak tergamam melihat rumah papan separuh konkrit yang dihuni 23 tahun hangus sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Bundu Tohuri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, penghuni rumah berkenaan bukan saja tinggal sehelai sepinggang, malah hilang tempat berteduh selepas api memusnahkan keseluruhan ruang rumah mereka.


Bindaron Soriou, 78 dan isterinya Kondisim Kadog, 76, gagal menyelamatkan harta benda di dalam rumah berkenaan kerana bahang terlalu panas akibat api marak.

"Kami hanya mampu melihat rumah yang dihuni selama ini musnah begitu saja dan tiada harta sempat diselamatkan.


"Daripada nyawa melayang, lebih baik kami menyelamatkan diri kerana api merebak ke seluruh rumah," katanya ketika ditemui, semalam.


Bagaimanapun, Bindaron mendakwa turut kehilangan wang tunai sebanyak RM14,000 yang disimpan di dalam rumah.

"Selain wang tunai, beberapa dokumen penting, termasuk dokumen pengenalan diri gagal diselamatkan. Namun, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat daripada tragedi ini," katanya.


Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Tuaran berkata, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota untuk memadam kebakaran.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi, api berjaya dikawal 30 minit kemudian, namun rumah gagal diselamatkan," katanya.


Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim turut bersimpati dengan musibah menimpa keluarga Bindaron dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Seronok lihat lelaki sogok wang

Posted: 17 Dec 2011 02:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).

Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.


Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.


Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.


Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.

"Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau 'test market'.


"Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat.

"Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.


"Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta," katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.


Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.


"Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya," katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.


Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.


"Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.


"Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka," katanya.


Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.


Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.


"Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.


"Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.


"Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.


"Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.


"Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.


"Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.


"Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Jika ada jodoh’

Posted: 17 Dec 2011 02:33 PM PST

KUALA LUMPUR: "Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin," kata Fasha Sandha.

Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.


Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Fasha lebih senang memberi jawapan selamat terhadap gosip terbarunya.

Namun, pelakon ini berkata, dia tidak lokek berkongsi berita gembira apabila sudah bersedia dan sesuai masanya.


"Bila tiba masanya dan bila saya sudah 'ready', saya akan berkongsi dengan semua. Buat masa ini, 'no comment'. Kita doakan yang baik-baik," katanya.


Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai ura-ura Fasha akan melangsungkan hari bahagianya dengan Jejai sekitar majlis ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac 2012.

Spekulasi mengenai pelakon itu dikatakan membuat persiapan hari perkahwinannya timbul selepas gambar Fasha mencuba sepasang gaun pengantin tersebar di kebanyakan blog tempatan.


Ketika ditanya konsep perkahwinan diimpikan, Fasha berkata dia belum ada perancangan mengenainya.

"Saya tidak fikir apa-apa lagi. Lagipun belum tiba masanya," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Ketika ini, kata Fasha, fokusnya lebih kepada seni lakonan dan perniagaan salon miliknya, Chinta.


Sebaik diminta mengulas sambutan penonton terhadap drama siri lakonannya yang baru selesai ditayangkan di slot Akasia TV3, Fasha melahirkan kesyukuran.


"Alhamdulillah, karakter saya meninggalkan kesan buat penonton. Saya menjadi selektif dalam menerima tawaran sekarang kerana ingin buat lebih baik dalam bidang ini," katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran Filem Penanggal di bawah arahan Ellie Suriati.


Fasha terpaksa menghadiri kelas Bahasa Arab bagi wataknya, Sharifah Zahrah yang memerlukan dia berbahasa Arab.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Cabaran terkulai

Posted: 17 Dec 2011 01:49 PM PST

CHEN Long terus menjadi batu penghalang pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia, apabila kandas kepada pemain China itu di saingan separuh akhir semalam.

Begitupun Chong Wei tidak memberi laluan mudah apabila bertarung dalam tiga set sebelum hampa dikecewakan pemain nombor tiga dunia itu, 16-21, 21-16, 18-21 dalam aksi berlangsung selama 1 jam 19 minit di Liuzhou, China.


Kekalahan itu sekali lagi memadamkan harapan peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertarungan epik di antara Chong Wei-Lin Dan pada saingan penutup tirai Siri Super Dunia tahun ini.

Set pertama menjadi milik Chen Long meskipun Chong Wei memberi tentangan hebat sebelum pemain China itu menguasai babak akhir set itu dengan 21-16.


Chong Wei segera bangkit pada babak kedua apabila menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi dominasi pemain muda China itu lebih ketara pada set ketiga meskipun pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18 sebelum Chen Long menoktahkan kemenangan, 21-18.


Hakikatnya ini bukan kali pertama Chen Long menjadi 'ranjau baru' dalam perjuangan Chong Wei apabila tewas kepada pemain itu pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, September lalu sebelum menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis, bulan lalu.

Statistik itu wajar ditangani segera agar impian menyaksikan Chong Wei merangkul pingat pertama Olimpik tahun depan tidak berakhir begitu awal.

Full content generated by Get Full RSS.

MU mahu tiga mata

Posted: 17 Dec 2011 01:46 PM PST

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester City berkunjung ke QPR malam ini.

United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.


Kemenangan 4-1 ke atas Wolves hujung minggu lalu, selain kekalahan City kepada Chelsea, 1-2 bermakna United semakin merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu dengan hanya dua mata.

Kemenangan di Loftus Road, yang dikunjungi mereka kali terakhir pada Mac 1996 akan meletakkan mereka satu mata di depan City yang akan menanti kunjungan Arsenal selepas itu.


Begitupun, Ferguson kini memberi tumpuan terhadap rancangan jangka panjang untuk menyekat kemaraan City.


"Pastinya ia perlawanan yang sukar tetapi kami berharap dapat mengembalikan prestasi pasukan dan pada akhir bulan ini, tampil sebagai pencabar gelaran liga.

"Pada masa itu, anda akan mendapat idea apa yang perlu dilakukan dan siapakah yang menjadi pencabar utama kami.


"Pada akhir musim, apa yang penting adalah siapa yang akan kehilangan paling banyak mata malah setiap pasukan berdepan tekanan tersendiri.

"Kami cuba memenuhi harapan, semua orang berharap kami berada di tahap lebih baik dan anda lihat sendiri kritikan yang diterima apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan kami sudah biasa menghadapinya.


"Tetapi kami berjaya menanganinya dan peluang akan lebih cerah pada separuh kedua musim ini." Ferguson ternyata kagum dengan pencapaian QPR yang kali pertama menyertai Liga Perdana Inggeris, selepas tersingkir pada 1996.


"Mereka melakukan pelaburan bijak dan membawa masuk pemain berbakat. Pemilik pasukan dan Neil Warnock menyedari jika anda berada dalam liga yang besar, anda perlu mendapatkan pemain yang lebih baik dan ia memberii peluang yang lebih baik kepada mereka." - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Britney, Trawick bertunang

Posted: 17 Dec 2011 01:54 PM PST

LAS VEGAS: Penyanyi pop Britney Spears dan kekasihnya Jason Trawick akhirnya mengumumkan pertunangan mereka, semalam.

Pasangan itu mengadakan majlis tertutup di bandar raya ini untuk meraikan pertunangan mereka bersama keluarga dan rakan terdekat di Planet Hollywood Resort and Casino.


Pasangan terbabit juga dijangka meraikan kegembiraan mereka dalam majlis makan malam di Chocolate Lounge, Sugar Factory di Hotel Paris sebelum menghadiri parti tari-menari di kelab malam Chateau.

Menurut sumber, Trawick melamar Britney malam Jumaat lalu ketika dia menyambut hari jadinya yang ke-40 tahun. "Ya, kami sudah bertunang," kata Trawick kepada Access Hollywood, pagi semalam.


Trawick berkata, dia menghadiahkan cincin berlian tiga karat Neil Lane ketika melamar Britney.


"Ia adalah sesuatu yang tradisional. Trawick memilih cincin yang digemari Britney. Dia membuat kejutan itu selepas Britney memberikan hadiah hari jadinya," kata satu sumber kepada Hollywood Insider. Britney, 30, yang baru selesai mengadakan konsert jelajah Femme Fatal mengesahkan berita itu di laman Twitternya.

"Malam tadi, Trawick mengejutkan saya dengan hadiah yang sudah lama saya nantikan selama ini," tulisnya.


Satu sumber memberitahu, Trawick sebelum itu meminta kebenaran daripada bapa Britney, Jamie Spears yang bertindak sebagai penjaga Britney untuk mengahwini anak perempuannya.

Britney mula berpacaran dengan Trawick pada awal 2009 selepas hubungan kontroversi penyanyi itu bersama paparazzi Adnan Ghalib berakhir.


Trawick juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan dua anak lelaki Britney, Sean Preston, 6, dan Jayden James, 5.


Pasangan itu dikhabarkan akan memeterai perjanjian praperkahwinan sebelum melangsungkan perkahwinan mereka. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Miley berusaha jadi ikon remaja terbaik

Posted: 17 Dec 2011 01:53 PM PST

HOLLYWOOD: Artis remaja Miley Cyrus menerima banyak kritikan selama ini kerana perangai liarnya.

Bagaimanapun, Miley baru-baru ini, mengakui menjadi ikon remaja amat penting bagi dirinya dan dia berharap dapat memberi conton terbaik kepada peminatnya.


"Saya berusaha menjadi ikon remaja yang terbaik kepada peminat dan menganggap ia sesuatu yang serius dalam hidup.

"Namun demikian, saya tidak dapat menjadi seorang individu yang sempurna dari semua segi. Saya hanya dapat mencuba melakukan yang terbaik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved