Ahad, 16 Jun 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Elak buah pinggang rosak

Posted: 16 Jun 2013 07:41 AM PDT

Dua minggu lalu, seorang pesakit buah pinggang, Lawrence Breakly, 62, menjadi orang pertama menerima pembuluh darah tiruan untuk proses dialisis dalam satu prosedur perubatan selama dua jam di Hospital Universiti Duke, North Carolina, Amerika Syarikat.

Pembuluh darah tiruan itu dihasilkan pasukan pengkaji universiti berkenaan menggunakan sel darah manusia yang 'dihidupkan' dalam peranti berbentuk tabung di makmal.

Menurut pakar bedah prosedur terbabit, Dr Jeffrey H Lawson, ujian klinikal mendapati pembuluh darah tiruan itu berfungsi lebih baik berbanding pembuluh darah sintetik atau pembuluh darah daripada haiwan.

Sebelum ini, doktor menggunakan pembuluh darah sintetik untuk prosedur hemodialisis, tetapi ia kerap menyebabkan darah bergumpal.

Foto

AMALKAN pengambilan makanan kurang kandungan garam dan bahan perasa.


Tambahnya, beberapa ujian lanjut masih dilakukan oleh Universiti Duke dan jika lulus, pembuluh darah tiruan ini akan menjadi kaedah paling berkesan kepada jutaan pesakit buah ping­gang yang terpaksa melakukan proses dialisis secara rutin.


Membaca kisah ini membuatkan penulis terfikir sampai begini sekali usaha membantu pesakit buah pinggang yang perlu melalui proses dialisis supaya mereka dapat menjalani rawatan berkenaan dengan lebih baik.

Sekiranya kita menjaga buah pinggang dengan baik sejak muda, mungkin rawatan sedemikian tidak perlu ditempuh.

Menjejakkan kaki ke bilik rawatan dialisis Pusat Perubatan Sunway bersama Terapi Rehabilitasi Sukan pusat berkenaan, Muhammad Ghazali Abdul Jalil, sudah cukup membuatkan penulis hiba kerana tidak sampai hati melihat ramai warga emas terlantar di atas katil sambil melakukan proses dialisis.

Keadaan itu juga sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada penulis supaya lebih menghargai organ penting yang menjadi kilang penapis darah ini, apatah lagi selepas melihat kepayahan mereka.

Perunding Pemakanan Pusat Perubatan Sunway, Ng Yee Voon berkata, kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Oleh kerana kehadirannya jarang disedari, tiada langkah diambil untuk memperlahankan proses ini sehinggalah keupayaan buah pinggang seseorang untuk menapis darah hanya tinggal 10 hingga 15 peratus.

"Beberapa gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuk berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih, lesu atau sakit belakang.

"Tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak pembuangan air kencing, air kencing yang me­ngandungi darah atau rasa pedih ketika membuang air kencing, bengkak pada muka, kaki dan abdomen serta kesukaran untuk tidur malam.

"Malangnya, semua gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda berkenaan walaupun buah pinggang sudah tidak berfungsi lagi.

"Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada semua gejala dinya­takan untuk mengesan penyakit buah pinggang dan mengang­gap anda tidak mempunyai penyakit itu jika langsung tidak mengalami­nya," katanya.

Langkah pertama penjagaan penyakit buah ping­gang yang lebih berkesan adalah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal.

Ia amat penting terutama jika individu itu se­orang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebab­kan mereka berisiko tinggi menghidap pe­nyakit buah pinggang.

Buah pinggang adalah kilang penapis yang bekerja sepanjang masa. Ia menapis kira-kira 200 liter darah sehari untuk menyingkir bahan buangan dan air berlebihan daripada badan menerusi air kencing.

Selain itu, buah pinggang mengawal jumlah cecair dan elektrolit dalam badan, mengawal tekanan darah, ­membantu penghasilan sel darah merah dengan mengeluarkan hormon eritropoietin yang penting dalam proses pembentukan darah dan mengekalkan kesihatan tulang dengan mengawal tahap kalsium serta fosforus dalam darah.

Justeru, kawalan makan sangat penting supaya buah pinggang mampu bertahan lama. Jika tidak, ia akan rosak terus dan perlu menjalani rawatan dialisis untuk meneruskan hidup.

Walaupun tahu betapa mustahaknya buah pinggang, ramai kurang sedar penyakit membabitkan organ ini sebenarnya sangat membebankan. Mungkin inilah sebabnya masih ramai yang berat hati hendak me­ngamalkan gaya hidup aktif meskipun sudah berulang kali dimaklumkan aktiviti fizikal sangat penting untuk mengawal penyakit.

Pengambilan makanan mengikut selera dan jarang bersenam sebenarnya boleh mempercepatkan proses kerosakan buah pinggang yang gejala kerosakannya tidak disedari.

Biasanya gejala hanya akan muncul apabila fungsi buah pinggang kurang daripada 30 peratus. Apabila disebut fungsi atau keupayaan buah pinggang bekerja, ia membabitkan kedua-dua buah pinggang.

"Untuk pesakit buah ping­gang, mereka perlu mengambil protein, kalori, cecair, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk mendapatkan tenaga diperlukan sepanjang hari.

"Ini kerana pesakit akan kehilangan protein ketika melakukan dialisis dan keperluan mereka berbeza dengan pesakit buah ping­gang kronik. Sumber protein dan kalori penting untuk membina dan memperbaiki tisu dan menentang jangkitan selain menyingkirkan bahan tidak perlu pada tubuh.

"Jangan merokok kerana ia boleh memberi kesan langsung kepada buah pinggang. Jika buah pinggang sudah rosak, berhenti merokok tidak banyak membantu untuk memperbaiki fungsi buah pinggang," katanya.

Sekiranya menghidap kencing manis, berusaha sedaya mungkin untuk mengawal paras gula darah dengan menjaga pemakanan, mengambil ubat dan paling penting, bersenam.

Lebih 50 peratus pesakit yang menjalani rawatan dialisis menghidap kencing manis. Kerosakan buah pinggang akibat kencing manis boleh dicegah jika dikesan awal. Pakar perubatan menganggarkan keba­nyakan kes kencing manis dikesan selepas hampir 10 tahun penyakit itu bersarang dalam badan.

Sentiasa memastikan paras kolesterol terkawal dan paling utama, kurang­kan pengambilan garam. Cuba sasarkan kurang daripada 1,500 miligram sehari. Ini boleh dilakukan dengan mengehadkan penggunaan garam dalam masakan serta mengurang­kan makanan masin.

Pilih makanan yang baik untuk jantung seperti buah-buahan segar, sayur beku atau segar, makanan bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak.

Selain pesakit, keluarga juga memainkan peranan penting menyediakan resipi yang masih me­ngekalkan kelazatan dan ciri-ciri diperlukan untuk menjana kesihatan holistik.

Bermula 10 hingga 14 Jun lalu, Pusat Perubatan Sunway menganjurkan Minggu ­Nutrisi 2013 de­ngan tema Kesihatan dan Kesejahteraan Buah Pinggang.

Pelbagai aktiviti berfaedah dijalankan antaranya ujian darah percuma dan pameran kesihatan.

Bengkel diet rendah protein juga akan diadakan pada 29 Jun ini untuk pesakit dan ahli keluarga mereka di Pusat Konvensyen Swan, Pusat Perubatan Sunway.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Dietetik dan Nutrisi pusat perubatan berkenaan di 03-74919191.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Senaman pesakit ginjal

Posted: 16 Jun 2013 07:31 AM PDT

Ramai beranggapan setiap pesakit penyakit kronik tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan seperti senaman kardio misalnya joging atau berlari untuk menambah stamina dan memastikan jantung sentiasa dalam keadaan baik.

Sebenarnya, ia masih boleh dilakukan cuma harus berhati-hati dan apabila dilakukan bersungguh-sungguh, ia memberi impak menakjubkan ke dalam diri setiap pesakit.

Kekuatan dalaman mula terbentuk apabila sedikit demi sedikit peserta dapat melakukan pergerakan yang dirasakan tidak mampu, tetapi dengan kesungguhan mereka dapat mempamerkan aksi luar biasa.

Terapi Rehabilitasi Sukan Pusat Perubatan Sunway, Muhammad Ghazali Abdul Jalil berkata, pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis juga boleh melakukannya tetapi dengan syarat mereka tahu keadaan sebenar dan terkini rekod perubatan.

Foto

(LANGKAH 1,2,3): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

Foto

(LANGKAH 1,2,3): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

Foto

(LANGKAH 1,2,3): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

Foto

LANGKAH 4: Letakan gulungan selimut atau tuala di bawah paha atau antara dua lutut lalu tekan dalam kiraan yang sama.

Foto

LANGKAH 5: Letakan gulungan selimut atau tuala di bawah paha atau antara dua lutut lalu tekan dalam kiraan yang sama.

Foto

LANGKAH 6: Sekiranya kaki tidak kuat, gulung tuala dan genggam erat.

Foto

LANGKAH 7: Sekiranya kaki tidak kuat, gulung tuala dan genggam erat.

Foto

LANGKAH 8: Angkat botol air begini untuk senaman di bahagian bahu dan tangan.

Foto

LANGKAH 9: Angkat botol air begini untuk senaman di bahagian bahu dan tangan.


Saranan doktor mengenai diet atau jenis senaman yang boleh dilakukan juga perlu diikuti supaya tidak memudaratkan diri.


"Saya amat menggalakkan pesakit bersenam kerana ia sedikit sebanyak membantu proses pemulihan mereka selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

"Kebanyakan pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal ketika menjalani rawatan dialisis. Mereka hanya baring, tidur, melayari Internet atau membaca buku. Ini boleh diubah dengan melakukan beberapa pergerakan ringkas supaya mereka lebih cergas kerana selalunya pesakit akan berasa lemah sepanjang tempoh terbabit dan selepasnya," katanya.

Antara faedah senaman untuk pesakit buah pinggang termasuk menambah kekuatan badan dan daya tahan, menambah kelenturan sendi dan otot, menguatkan sendi dan otot, meningkatkan stamina dan sistem kardiovaskular serta mengurangkan penat ketika dan selepas dialisis.

Selain itu, ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pengambilan pil darah tinggi, mengurangkan tekanan, meningkatkan hormon, menjadikan pesakit lebih aktif dan mening­katkan keyakinan diri antara pesakit dengan masyarakat.

Jenis senaman yang boleh dilakukan pula adalah berjalan, berjalan pantas,
berbasikal, aerobik, ­melangkah tangga, berenang dan senaman kardiovaskular untuk membantu jantung dan ­paru-paru supaya sistem pernafasan berjalan lancar dan teratur serta mengurangkan berat badan.

Bersenam selama termampu

Senaman bebanan untuk menguatkan otot dan sendi supaya kekal bertenaga dan mudah melakukan kerja atau meneruskan aktiviti harian boleh dipertingkatkan dengan bersenam menggunakan dumbbell, beg pasir, botol air atau jalur getah anjal.

Jenis senaman lentur untuk meningkatkan kelenturan sendi dan otot bagi mengelakkan kecederaan atau otot menjadi ketat ketika bersenam pula adalah yoga, bola fit dan regangan.

"Waktu sesuai untuk bersenam bagi pesakit buah pinggang adalah ketika mereka tidak melakukan rawatan dialisis dan tidak berasa keletihan atau sakit.

"Pesakit digalakkan supaya bersenam secara berteman atau di tempat awam. Ini bagi mengelakkan sesuatu berlaku ketika senaman dilakukan. Jangka masa yang disarankan untuk melakukan senaman adalah sekurang-kurangnya 30 minit dan lebih.

"Mereka digalakkan untuk bersenam selama yang mampu asalkan tidak menyebabkan penat keterlaluan dan masih mampu melakukan kerja harian selepas aktiviti itu.

"Tetapi pesakit harus lakukan senaman secara berpering­kat. Rehat secukupnya mesti diambil. Jangan buat senaman mengikut perasaan dan tentu pesakit dinasihati memakai pakaian dan kasut bersesuaian dan selesa," katanya.

Berikut contoh senaman yang boleh dilakukan pesakit buah pinggang ketika menjalani rawatan dialisis. Ia juga boleh dilakukan di rumah menggunakan objek sedia ada seperti bola, tuala, selimut dan botol air.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Perjalanan maut 2 beranak

Posted: 15 Jun 2013 10:52 AM PDT

Padang Besar: Hasrat seorang ibu membawa anak bongsu menemaninya ke tempat kerja mengundang padah apabila dua beranak itu dan seorang remaja lelaki maut selepas dua motosikal bertembung dalam kemalangan ngeri, malam kelmarin.

Kejadian jam 8.30 malam di Kilometer 16 Jalan Guar Nangka, di sini, menyebabkan Chen Cha Cha, 35, bersama anak lelakinya, Chuah Zheng Zhang, 7, dan remaja terbabit, Mohd Affendi Halim, 19, mati serta-merta di tempat kejadian.


Kedua-dua motosikal berkenaan juga 'melekat' dalam keadaan remuk selepas bertembung secara berdepan.

Suami Cha Cha, Chuah Poh Hwa, 42, dari Kampung Baru Pauh, Arau, berkata, isterinya bekerja di kedai jahit milik ibu mentuanya di Beseri. Dia turut membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu berikutan kanak-kanak berkenaan mahu mengikutinya.


"Sebelum ini, isteri tak pernah bawa anak bongsu ke tempat kerjanya kecuali hari ini (kelmarin) selepas Zheng Zhang berkeras mahu mengikutnya ke tempat kerjanya.


"Isteri tiada pilihan dan terpaksa membawanya bersama dengan meninggalkan dua lagi anak perempuan kami berusia 11 dan sembilan tahun di rumah," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Foto

KEADAAN dua motosikal mangsa yang berlanggar di KM 16 Jalan Guar Nangka, Padang Besar, malam semalam.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan adik iparnya jam 8.45 malam dan pada mulanya berasa isterinya hanya terbabit dalam kemalangan biasa.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, dia terkejut dan sedih melihat isteri serta anak bongsunya maut di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan.

Sementara itu, abang kepada Mohd Affendi, Mohd Faizul Halim, 21, berkata, adiknya ketika itu baru selesai makan malam di rumahnya di Kampung Guar Nangka, di sini, sebelum mahu pergi semula ke tempat kerjanya di Kilang Gula Felda Chuping.


"Kebiasaannya adik bekerja pada syif malam, namun pada hari kejadian dia bekerja pada syif petang dari jam 3 petang hingga 11 malam.


"Dia pulang jam 8 malam (kelmarin) untuk makan malam bersama saya yang juga bekerja di kilang sama sebelum pergi bekerja semula sejurus selepas itu," katanya.


Katanya, sebaik keluar dari rumah tidak sampai 10 minit, dia mendapat maklumat adiknya terbabit dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata, dalam kejadian itu Mohd Affendi datang dari arah Guar Nangka menghala ke Bukit Keteri, manakala Cha Cha dan anaknya dari arah Bukit Keteri.


"Polis difahamkan, ketika itu seorang daripada mangsa yang menunggang motosikal cuba memotong sebuah treler tanpa menyedari kehadiran sebuah lagi motosikal dari arah depan.


"Akibatnya, kedua-dua motosikal yang dipandu laju bertembung secara berdepan, menyebabkan ia remuk di tengah-tengah jalan berdekatan Kampung Chelom, di sini," katanya.


Menurutnya, kedua-dua topi keledar dipakai Cha Cha dan Mohd Affendi hancur, manakala kanak-kanak terbabit pula tidak memakai topi keledar.


Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga nyawa muda melayang

Posted: 15 Jun 2013 11:57 PM PDT

SHAH ALAM: Tiga maut manakala seorang cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga, di sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mayat dihantar ke Rumah Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Taja 120 pergi umrah

Posted: 15 Jun 2013 11:19 AM PDT

Kuala Lumpur: Bukan dua atau tiga tetapi 120 orang, termasuk 35 artis, mendapat 'rezeki terpijak' apabila ditaja seorang ahli korporat 'misteri' untuk menunaikan umrah secara percuma.

Turut mendapat habuan ialah penduduk dan pelajar kurang kemampuan sekitar Pulau Indah, Klang, yang berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Jeddah, Arab Saudi pada pagi Selasa lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 22 Jun ini.

Rombongan artis diketuai Datuk Zulkifli Zain. Ini julung kali ada pihak sanggup melabur sejumlah wang begitu banyak untuk menaja artis.

Jika mengambil kira kos satu kepala jemaah RM7,000, bermakna RM840,000 dibelanjakan untuk rombongan umrah ini.

Foto

ROMBONGAN artis jemaah umrah mendengar penerangan sebelum berlepas.


Lebih menarik, ahli korporat berkenaan tidak mahu menonjolkan diri dengan kerja amal itu, bagaikan mahu melabur saham ke syurga.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Enggan berganjak

Posted: 15 Jun 2013 10:24 AM PDT

Istanbul: Penunjuk perasaan Turki semalam enggan berganjak dari taman dekat bandar raya ini, sekali gus menolak tawaran yang diharap kerajaan mengakhiri kekacauan di seluruh negara itu.

Tawaran Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan untuk menggantung projek pembangunan semula Taman Gezi dianggap sebagai tolak ansur penting.


Bagaimanapun, selepas berunding semalaman, penunjuk perasaan berkata mereka lebih utama daripada matlamat diperjuangkan. "Kami akan terus membantah sebarang ketidakadilan di negara kami. Ini hanya satu permulaan," kata anggota Perpaduan Taksim yang dilihat wakil utama penunuk perasaan dalam kenyataan mereka.

Keputusan itu pasti menyemarakkan ketegangan sehari selepas Recep menawarkan penggantungan pembangunan Taman Gezi hingga mahkamah memutuskan kesahihan projek itu dalam usaha mengakhiri cabaran terbesar yang dihadapi kerajaannya.


"Anda sudah berada di situ terlalu lama dan sudah menyatakan hasrat kamu. Mengapa masih tidak berganjak?" kata Recep dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.


Sementara itu, di ibu negara Ankara, polis antirusuhan menembak gas pemedih mati dan meriam air sekali lagi untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Kira-kira 30 penunjuk perasaan ditangkap.

Foto

Seorang penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes baring di atas kereta yang terbalik di pintu masuk Taman Gezi.

Dalam pada itu, puluhan ribu penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep dijangka berarak di Ankara hari ini untuk perhimpunan pilihan raya, sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri itu.


Keganasan melanda Turki sejak 31 Mei lalu apabila polis bertindak keras menyuraikan kempen secara aman untuk menyelamatkan 600 pokok di Taman Gezi.

Empat orang terbunuh dan hampir 7,500 cedera sepanjang keganasan itu yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Hanya kerana makaroni keju

Posted: 15 Jun 2013 10:17 AM PDT

Volusia: Seorang lelaki Randy Zipperer, 49, dituduh menikam adik lelakinya kerana makaroni dan keju.

Saksi memberitahu pihak berkuasa di Volusia, Florida bahawa Randy dan adik lelakinya Edward Zipperer, 47, mula bergaduh selepas makaroni dan keju Randy hilang, lapor Daytona Beach News-Journal. Adik lelakinya itu turut membantu mencari makanan itu, tetapi ketika sibuk mencari Edward terlanggar botol bir yang diminum Randy. Bir yang tertumpah itu menyebabkan Randy semakin berang. Polis berkata, Randy mengambil pisau lalu menikam perut adiknya. Apabila polis tiba ke tempat kejadian, mereka mendapati Edward mengalami kecederaan di perutnya selain kesan darah antara dapur dan bilik tidur, menurut Click Orlando.


Randy mengakui mengacukan pisau ke arah adiknya, tetapi tidak bermaksud mencederakannya.

Dia dituduh melakukan serangan berat dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas tetapi tanpa menggunakan keganasan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Atlet paralimpik terpinggir?

Posted: 15 Jun 2013 09:57 AM PDT

Kuala Lumpur: Selepas kejayaan Hasihin Sanawi dan Mohd Ziyad Zolkefli memenangi pingat perak dan gangsa di Sukan Paralimpik London tahun lalu, dunia sukan ini sekali lagi 'hilang' dari radar peminat sukan.

Realitinya, masih terpinggirkah kelompok atlet dari kalangan golongan orang kelainan upaya ini daripada kepesatan pembangunan sukan negara yang melahirkan ramai bintang? Inisiatif Majlis Sukan Negara (MSN) menubuhkan Cawangan Paralimpik dan kemudian menyerapkan atlet berpotensi dalam program mereka harus dipuji tapi ia bukan sesuatu yang boleh dicapai sekelip mata.


"Kita tidak boleh memandang ringan pembangunan sukan paralimpik," kata Pengarah Cawangan Paralimpik Mohd Safrussahar Yusof.

"Sukan paralimpik kini sudah mencapai tahap tinggi dengan dominasi atlet China, Amerika Syarikat, Britain dan Australia." Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan negara tidak ketandusan bakat baru untuk diketengahkan dan beliau melihat pembangunan di peringkat negeri sebagai elemen yang perlu diberi perhatian buat masa ini.


Menurutnya, hingga 2012, belum ada atlet OKU berlatih secara konsisten dan untuk itu, cawangan terbabit memulakan program di peringkat negeri sejak Januari tahun ini menggunakan khidmat jurulatih yang melatih atlet sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


Lima sukan terbabit dalam latihan peringkat negeri itu adalah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan ping pong, membabitkan 271 atlet dan 23 penggerak di hampir semua negeri.

Foto

ZIYAD (kiri) dan Hasihin menunjukkan pingat dimenangi kepada Tun Abdullah Badawi (tengah).

"Mereka bukan saja menjalani latihan tapi prestasi mereka diukur menerusi kejohanan dianjurkan sebelum dipilih menyertai program elit." Hingga kini, 74 atlet daripada 11 sukan berada dalam program elit yang dibantu 23 jurulatih menjalani latihan sepenuh masa di MSN.


Sebelas sukan terbabit membabitkan berbasikal, memanah, olahraga, pelayaran, ping pong, powerlifting, renang, lawan pedang, tenis berkerusi roda, bola keranjang dan triatlon.

Begitupun dalam usaha melahirkan atlet lebih mantap untuk berada dalam kelompok 16 atlet terbaik dunia layak ke Sukan Paralimpik, beberapa atlet terpaksa digugurkan.


"Mereka yang digugurkan disebabkan faktor usia dan tidak mampu mempamerkan peningkatan tapi kita masih beri peluang untuk kejohanan peringkat kebangsaan." Menurutnya, 2013 masa sesuai mempersiapkan atlet untuk Sukan Paralimpik Rio 2016 dan sehubungan itu tidak banyak kejohanan disertai tahun ini.


"Program 'conditioning' diadakan supaya fizikal, teknikal dan taktikal atlet lebih mantap sebelum bertanding di peringkat antarabangsa. Malah atlet luar negara juga dilihat tidak banyak menyertai kejohanan ketika ini.


"Begitupun 2014 dan 2015 masa untuk atlet memberikan aksi terbaik, cuba mengumpul mata demi memastikan tiket ke Paralimpik." Pada masa sama, beliau berharap pembinaan Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan mampu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Pirlo kekal mantap

Posted: 15 Jun 2013 09:48 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Bukan saja memiliki ladang anggur, kehebatan pemain tengah Itali, Andrea Pirlo terus membuktikan usia bukan penghalang untuknya menempah kejayaan lebih baik.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka akan tampil di perlawanan antarabangsa buat kali ke-100 menentang Mexico di Piala Konfederasi awal pagi esok. Lebih menarik, setiap kali beraksi di padang dia seolah-olah membuatkan AC Milan menyesal dengan tindakan melepaskannya pergi pada 2011.


Pirlo menyumbang kepada kemenangan trofi di San Siro termasuk dua gelaran di Serie A serta Liga Juara-Juara masing-masing pada 2003 dan 2007.

Bagaimanapun, malangnya AC Milan mengambil keputusan enggan menyambung kontraknya. Lantaran itu, Pirlo berhijrah ke Juventus sekali gus menjulang reputasinya sebagai pemain tengah unggul serta dinobatkan Pemain Terbaik Serie A.


Akur dengan Milan yang menyingkirkannya, Pirlo sekali lagi meletakkan sasaran memburu kemenangan keempatnya di Kejohanan Itali musim depan pada penghujung tahun ini.


Menurut rakan seangkatannya di Juventus dan Itali, Gianluigi Buffon, keputusan kelab membeli Pirlo adalah yang terbaik abad ini.

Bagaimanapun bulan lalu, Pirlo mengumumkan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya antarabangsanya selepas Piala Dunia Brazil tahun depan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved