Selasa, 30 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Tidak jemu tambah ilmu

Posted: 30 Jul 2013 08:00 AM PDT

Melihat koleksi gambar bayi yang baru saja berusia seminggu di dalam bakul rotan dengan pelbagai aksi berbeza, ia tentunya menimbulkan rasa teruja, lebih-lebih lagi kepada bakal ibu atau sesiapa saja yang melihatnya. Mungkin lontaran pertama yang terkeluar daripada bibir mereka, 'Bagaimana penggambaran dilakukan?' atau 'Adakah bayi ini tidak meragam diperlakukan sedemikian rupa atau ia melalui teknik tindan padan?'

Jika dulu menyimpan gambar bayi baru lahir atau menggantung bing­kai gambar di dinding dianggap kurang perlu atau membazir tetapi kini ia menjadi satu kemestian terutama bagi ibu bapa moden yang ingin mengabadikan gambar si kecil dalam suasana berbeza dan istimewa.

Anggapan mereka, biarlah ia kekal menjadi kenangan terindah dan boleh ditunjukkan kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Bertanya lebih lanjut kepada tiga jurugambar profesional wanita, mereka memberitahu, pengalaman mengambil gambar bayi baru lahir lebih mencabar berbanding kanak-kanak atau dewasa.

Foto

AMELIA menggunakan pakaian ikan duyung untuk bayi.

Foto

HASIL karya Amelia yang mendapat pujian.

Foto

ANTARA hasil kerja terbaik Rumaizah.


Ini diakui Rumaizah Abdul Wahab yang mengatakan kunci utama dalam pengambilan gambar bayi adalah kesabaran yang tinggi. Walaupun masih kecil, bayi mempunyai keperluan sendiri dan jurugambar perlu me­ngambil kira keselesaan mereka. Kadang-kadang sesi penggambaran boleh me­ngambil masa lima hingga enam jam kerana bayi berhenti menyusu, perlu ditukar lampin dan tidur.


Dia yang memulakan kerjaya jurugambar selepas melahirkan anak ketiga tiga tahun lalu, mengakui minat mengambil gambar bayi timbul kerana mahu mengabadikan saat awal kelahiran untuk dijadikan kenangan. Oleh itu, dia memberanikan diri mengambil gambar anak ketika dalam pantang.

"Saya sendiri merasai cabarannya walaupun ketika itu saya mempunyai banyak masa bersamanya. Ini kerana ketika tidur saya perlu meletakkan bayi dalam keadaan paling menarik dan ini sudah tentu mengganggu tidurnya. Namun selepas melihat hasilnya, memang saya sangat teruja. Bermula dari situ timbul minat dan keseronokan sehingga saya menjadikan bidang ini sebagai kerjaya utama.

"Walaupun dulunya bermula dengan fotografi perkahwinan, lama kelamaan saya mula jatuh hati dengan gambar potret terutama bayi dan kanak-kanak kerana merasakan setiap gambar yang dirakamkan begitu suci dan boleh menceriakan sesiapa saja. Tambahan pula bidang ini begitu dekat dengan naluri keibuan, menguji kesabaran dan daya kreativiti seseorang," katanya yang belajar menerusi pengalaman dan mengikuti kelas dalam talian daripada jurugambar luar negara bagi mendalami seni gambar bayi yang begitu menitikberatkan keselamatan dan kesempurnaan.

Rumaizah yang memuat­kan hasil kerja dalam www.thelittlebigshots.com dan https://www.facebook.com/LittleBigShots menjelaskan, bagi memudahkan kerja atau mengelakkan wujud masalah pada saat akhir, dia membuat sedikit penyelidikan mengenai sifat anak, peralatan digunakan serta lokasi penggambaran.

Ini kerana walaupun bayi tidak banyak bergerak, mereka sangat sensitif kepada suasana persekitaran dan kadang-kadang memerlukan masa yang agak lama untuk mententeramkannya semula. Jadi jurugambar perlu mengambil dari setiap sudut untuk memastikan hasil menarik dan terbaik.

Ditanya bagaimana mendapat idea untuk hasil yang berbeza, jelas Rumaizah, biasanya ilham datang secara spontan ketika sesi peng­gambaran. Dengan hanya mengubah sedikit sudut pandangan, hasilnya cukup menyerlah.

"Saya juga mengalu-alukan pandangan daripada ibu bayi berkenaan kerana ia menjadikan gambar lebih eksklusif dan menarik. Begitu juga dengan peralatan yang saya sediakan, ada juga ibu bapa prihatin dan ingin menggunakan peralatan sendiri seperti selimut dan topi yang mung­kin ada kenangan sendiri.

"Saya pernah mengambil gambar bayi dengan kamera vintaj milik ibu bapa bayi itu. Ia penuh kenangan dan saya merasakan itu sesuatu yang unik dan sesuai dirakamkan," katanya yang menjadikan pasangan jurugambar, Kelley Ryden dan Tracy Raver dari Omaha, Nebraska sebagai idola. Ini ­kerana setiap gambar mereka menjadikan fotografi bayi sebagai seni yang tidak ternilai harganya.

Tidak seperti bangsa lain yang begitu menghargai gambar bayi, cabaran paling utama adalah untuk meyakinkan masyarakat terutama Melayu mengenai pentingnya merakamkan saat awal bayi kerana bayi cepat membesar. Jadi jari-jemarinya yang halus dengan kulit merah mengelupas antara perkara pertama yang amat perlu dirakamkan seawal mungkin.

"Namun begitu, ma­syarakat kini semakin terbuka untuk mengabadikan gambar si comel sebaik dilahirkan kerana inilah yang akan menjadi kenangan seumur hidup apabila anak-anak dewasa kelak," ujar­nya yang meletakkan harga RM500 ke atas untuk pakej penggambaran.

Papar sentuhan tersendiri

Menyedari kurangnya pembabitan jurugambar wanita dalam penghasilan gambar bayi dan kanak-kanak mendorong Amelia Shafer menceburi bidang ini dan menjadikannya sebagai kerjaya tetap. Selain sukakan bayi dan kanak-kanak, keterbukaan masyarakat Malaysia dalam memaparkan wajah dan detik terindah bayi mereka sememangnya sesuatu yang unik dan perlu disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Berbeza dengan gambar perkahwinan, mengendalikan bayi baru lahir adalah sesuatu yang sangat mencabar. Ini kerana mereka sukar dijangka, tidak mampu menerima arahan dan mempunyai pelbagai ragam.

"Mengambil gambar potret bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh kerana bayi sukar dijangka dan kadangkala tidak selesa ketika sesi penggambaran, saya perlu mengenal pasti sebab bayi tidak selesa supaya saya mampu merakamkan gambar tanpa gangguan.

"Kadangkala ia mengambil lebih masa yang sepatut­nya sehingga satu atau dua jam daripada jangka masa sebenar. Apa yang saya lakukan adalah memastikan bayi cukup tidur dan kenyang supaya mereka tidak buat hal," katanya yang mula mengambil gambar anak sendiri, rakan dan saudara-mara sehingga mendapat kepercayaan orang ramai.

Contohnya, ketika me­ngambil gambar anak salah seorang pelanggan tetapnya, Rozita Yusof yang baru berusia 14 hari, Amelia memerlukan masa hampir enam jam kerana bayinya meragam.

"Oleh kerana Rozita pelanggan tetap, saya melanjutkan tempoh daripada tiga jam kepada masa tambahan tiga jam lagi sehingga saya berpuas hati dengan hasilnya.

Cabaran lain adalah memastikan pelanggan faham harga ditetapkan. Selain masa, mereka membayar kreativiti dan barang yang ditempah khusus untuk bayi," katanya yang memastikan kamera berada dalam keadaan baik, keperluan bergambar dalam keadaan bersih dan dikelaskan mengikut jantina dan umur bayi serta tema yang dipersetujui pelanggan.

Kebanyakan rujukan Amelia daripada laman sesawang luar negara yang mereka sedaya upaya memperagakan bayi dalam pelbagai konsep dan stail.

"Ini menarik minat saya selain tertarik dengan peng­gunaan peralatan berwarna-warni. Namun demikian saya juga sedaya upaya memastikan sentuhan mempunyai identiti sendiri seperti mengenakan pakaian bertemakan ikan duyung, coklat, adiwira Batman dan Superman," ujarnya yang sering menghadiri kelas berkaitan portraiture yang dijalankan jurugambar profesional dan selebihnya diperoleh daripada YouTube.

Walaupun dulu gambar potret bayi dan kanak-kanak kurang mendapat sambutan, kini berdasarkan pemerhatiannya, masyarakat di Malaysia mula memandang positif mengenai pentingnya menyimpan gambar sebagai kenangan.

"Walaupun tinggal di Pulau Pinang, saya melihat potensi profesion ini bakal berkembang memandang­kan saya kerap menerima tempahan di luar kawasan Pulau Pinang iaitu Kuala Lumpur dan Shah Alam sedangkan perniagaan saya bertapak di utara.

"Walaupun jauh dan dikenakan bayaran lebih, mereka tetap berminat kerana inginkan sentuhan tersendiri. Saya pasti fenomena ini juga bakal berlaku di kawasan utara sedikit masa lagi," kata­nya yang menetapkan harga bermula daripada RM588 hingga RM1,588.

Dia yang memuatkan hasil kerja menerusi www.ameliashafer.com dan www.facebook.com/AmeliaShaferPhotography berharap lebih ramai jurugambar wanita berani mendekati bidang bayi dan kanak-kanak manakala ibu bapa lebih terbuka untuk mengabadikan gambar si comel mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30

Diet seimbang ketika berpuasa

Posted: 30 Jul 2013 07:02 AM PDT

Apabila berpuasa, ramai yang tidak ambil tahu mengenai khasiat pemakanan sedangkan ia faktor penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

Menurut Ahli Farmasi AEON Wellness, Elisha Teh Hwee Yee, Ramadan sememangnya peluang terbaik untuk memberi tumpuan terhadap kesihatan dengan diet seimbang dan minda yang baik.

"Setiap individu perlu faham bagaimana tubuh badan bekerja ketika berpuasa. Apabila kita berpuasa selama lapan jam tanpa sebarang makanan atau minuman, badan akan mula menggunakan glukos di dalam otot dan hati sebagai sumber tenaga.

"Kemudian apabila glukos sudah kehabisan, lemak pula menjadi sumber tenaga seterusnya untuk badan. Ia bahagian paling baik kerana boleh mengekalkan kesihatan terutama bagi mereka yang memiliki berat berlebihan," katanya.


Tambahnya, Ramadan juga masa sesuai untuk mengurangkan berat badan, namun perlu dilakukan dengan diet seimbang. Ketika ini, penggunaan lemak membantu menurunkan berat badan, selain mengurangkan tahap kolesterol.


Proses nyahtoksin juga berlaku kerana sebarang toksin yang disimpan di dalam lemak akan disingkirkan daripada badan.

Selepas beberapa hari berpuasa, tahap endorfin iaitu sejenis peptida terdapat di dalam otak secara semula jadi akan muncul dalam darah.

"Ia membuatkan kita lebih peka dan menimbulkan keseluruhan perasaan dan mental yang sejahtera. Disebabkan itu, pengambilan makanan yang seimbang dan minum air dengan banyak penting jika ingin berpuasa.

"Fungsi buah pinggang akan lebih baik untuk mengekalkan kehadiran air dalam tubuh dan kandungan garam seperti natrium dan kalium.

"Namun, sumber cecair dalam badan boleh hilang disebabkan peluh. Selain itu, untuk mengelakkan kerosakan otot, makanan yang diambil mesti mengandungi cukup tenaga seperti karbohidrat, lemak dan protein," katanya.

Diet seimbang

Ketika berpuasa, lazimnya kita menikmati dua waktu makan setiap hari iaitu ketika berbuka dan bersahur. Pengambilan makanan sepatutnya lebih ringkas dan tidak banyak beza daripada diet rutin sebelum berpuasa.

Makanan yang diambil perlu mengandungi kumpulan makanan utama seperti:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Roti, bijirin dan kentang.
  • Daging, ikan atau alternatif lain.
  • Susu dan makanan tenusu.
  • Makanan yang mengandungi lemak dan gula.

    "Karbohidrat kompleks membantu membebaskan tenaga secara perlahan dalam tempoh yang lama ketika berpuasa.

    "Ia boleh diperoleh dalam makanan seperti barli, gandum, oat, bijirin, tepung, kekacang, tepung bijirin penuh dan beras basmati.

    "Makanan yang tinggi dengan sumber serat pula akan dicernakan secara perlahan yang boleh didapati menerusi pengambilan bijirin, gandum, kentang dengan kulitnya serta sayuran seperti kacang hijau," jelasnya.

    Tambahnya, hampir semua buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi termasuk aprikot, prun dan buah tin.

    Ketika bersahur, pemakanan yang diambil harus sihat dan seimbang, selain ia cukup sekadar menyediakan tenaga untuk beberapa jam ketika berpuasa.

    Seharusnya, hidangan perlu lebih ringan dan dicerna secara perlahan bagi mengurangkan rasa lapar di samping mengekalkan tenaga.

    "Pengambilan air sebanyak dua liter dan vitamin sangat penting yang boleh diperoleh daripada sumber buah-buahan manakala sesetengah individu mengambil minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang.

    "Kurma pula membekalkan tenaga manakala jus buah-buahan juga mempunyai kesan kecergasan sama. Mulakan bersahur atau berbuka dengan air yang banyak bagi membantu proses penghidratan dan mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan," katanya.

    Sebaiknya, elakkan pengambilan makanan yang diproses, makanan yang mudah dibakar termasuk mengandungi karbohidrat, gula dan tepung putih serta hidangan berlemak misalnya, kek, biskut, coklat dan gula-gula.

    Bagi minuman pula, elakkan pengambilan kafein atau bergas kerana ia hanya merangsang kehilangan air lebih cepat menerusi air kencing.

    Untuk kanak-kanak yang berpuasa pula, bersahur dengan bijirin adalah pilihan terbaik yang boleh diambil bersama multivitamin, boleh diamalkan oleh orang dewasa.

    Selain itu, prebiotik juga baik diambil untuk mengekalkan bakteria dalam badan yang berfungsi melancarkan proses pencernaan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30
  • Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Persiapan raya tinggal abu

    Posted: 29 Jul 2013 02:56 PM PDT

    Kuala Lumpur: Impian menyambut kemeriahan Aidilfitri bagi lima keluarga berkecai selepas kediaman mereka dan sebuah pejabat musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, di sini, pagi semalam.

    Dalam kejadian jam 8 pagi itu, api marak dengan cepat menyebabkan lima kediaman dan sebuah pejabat yang terletak berderetan di Jalan Pasir Tengah membabitkan 19 penghuni, musnah.


    Seorang mangsa, Mazla Zahari, 46, berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya berusia satu hingga lima tahun sedang tidur.

    "Sebaik mengetahui ada kebakaran, saya terus membawa anak dan ibu saya berusia 70 tahun keluar dari rumah dan mengarahkan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan depan rumah. Sebaik mengundur kereta, saya mendapati api sedang marak membakar rumah.


    "Habis semua tempahan biskut raya pelanggan dan baju raya kami hangus dalam kebakaran itu," katanya yang menganggarkan kerugian hampir RM100,000.


    Beliau berkata, dia menerima tempahan biskut raya daripada beberapa pelanggan dan semua tempahan itu sudah hampir siap.

    Foto

    ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran deretan rumah di Kampung Pasir Baru, semalam.

    Seorang lagi mangsa, Rafeah Othman, 37, berkata, dia kini buntu memikirkan di mana mereka akan menetap selepas kediaman yang disewa lebih lima tahun lalu musnah terbakar.


    Berikutan itu, Rafaeh dan suami serta empat anaknya berusia antara dua dan 12 tahun akan menetap di dewan berhampiran bersama mangsa lain.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Nasi kosong kuah kicap

    Posted: 29 Jul 2013 03:18 PM PDT

    Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.

    Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.

    Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

    "Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.

    Foto

    ROSITA bersama anaknya di hadapan rumah serba daif di PPMS Batu Enam Beriah, Bukit Merah.


    "Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim," katanya.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30

    Rontaan si rangkak

    Posted: 29 Jul 2013 03:18 PM PDT

    Jitra: Bagi mengelak ditahan pegawai penguat kuasa, seorang lelaki warga asing sanggup bersembunyi di bawah rumah kongsi sebelum ditemui ketika cuba meloloskan diri dengan merangkak sejauh 10 meter dalam serbuan di tapak pembinaan di Kepelu, Padang Sera, di sini, awal pagi semalam.

    Difahamkan, lokasi persembunyian lelaki berusia 28 tahun itu berjaya dikesan apabila anggota Jabatan Imigresen negeri membuat pemeriksaan secara menyeluruh di kawasan rumah kongsi berkenaan termasuk di bahagian bawah rumah itu.

    Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, lelaki itu dipercayai bekerja sebagai buruh binaan itu meronta-ronta sambil meminta dilepaskan dan cuba melawan sewaktu ditangkap.

    Menurutnya, lelaki warga Bangladesh itu adalah antara 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops 6P yang diadakan di sekitar Padang Sera.

    Foto

    WARGA asing yang ditahan dalam operasi, semalam.


    Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit bertindak melarikan diri kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Perlis 'pancing' Cikgu Jan

    Posted: 29 Jul 2013 01:13 PM PDT

    Kangar: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menawarkan gaji lumayan memancing bekas pemain dan jurulatih skuad kebangsaan Norizan Bakar sebagai jurulatih merangkap pengurus pasukan Singa Utara yang baru.

    Naib Presiden PFA Azhar Ahmad berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemilik nama 'Cikgu Jan' itu bagi membawa cabaran Perlis musim depan selepas melakukan rombakan besar-besaran dalam PFA.


    Katanya, setakat semalam, pihaknya ada berhubung dengan Norizan mengenai hasrat mereka yang sememangnya mahu anak tempatan mengisi kekosongan ditinggalkan ketua jurulatih Yunus Aliff.

    Norizan yang berasal dari Kampung Datuk Kayaman, menjadi sasaran PFA selepas Presiden Datuk Rozabil Abd Rahman mahu pengurusan serta pemain Perlis terdiri daripada muka tempatan dan anak jati negeri itu.


    "Bagaimanapun, tiada pertemuan atau kata putus rasmi sama ada daripada PFA mahupun Norizan mengenai tujuan itu, namun kami berhasrat mendapatkan khidmat beliau," katanya.


    Sumber dalaman PFA mendedahkan jika hasrat PFA menjadi kenyataan, Norizan bakal mendapat kebebasan membentuk pasukan. Namun keputusan itu masih terletak di tangan presiden.

    Foto

    NORIZAN calon tepat galas cabaran Perlis pada musim depan.

    Katanya, Norizan masih mempunyai kontrak bersama pasukan IPTA yang berakhir Disember ini.


    "PFA akan berbincang dengan pihak IPTA berkenaan mengenai status kontrak selepas mendapat maklumbalas positif daripada Norizan yang akan ditawarkan secara rasmi selepas perbincangan dalaman PFA dilakukan," katanya.

    Sementara itu, Norizan ketika dihubungi mengesahkan menerima tawaran itu namun enggan mendedahkan lebih lanjut termasuk jumlah gaji yang bakal diterimanya.


    "Kami ada berbual tapi tidak secara rasmi. Saya masih belum mengetahui perincian tawaran yang diberikan," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30

    'Tiada konflik antara kami'

    Posted: 29 Jul 2013 10:12 AM PDT

    Hong Kong: Pengurus Manchester United David Moyes mengelak daripada bercakap mengenai persengketaan antaranya dengan rakan setugas di Chelsea Jose Mourinho.

    Ketika kedua-dua kelab itu berada di Bangkok pada siri jelajah pramusim, Mourinho mengaku beliau berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang United, Wayne Rooney.


    Peristiwa itu mencetuskan permulaan kepada persengketaan antara Mourinho dan Moyes yang menyaksikan bos United itu seolah-olah mencabar Mourinho selepas kelabnya menewaskan Bintang Liga Australia di Sydney.

    Moyes bagaimanapun menegaskan tiada konflik antaranya dengan Mourinho selain persaingan normal antara pengurus yang membimbing kelab berbeza.


    Sebaliknya, pengendali dari Scotland itu begitu mengagumi Mourinho, sama seperti dinyatakan pengurus Chelsea itu terhadap Moyes minggu lalu.


    "Mourinho seorang pengurus yang hebat. Beliau berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang pada saingan Liga Perdana Inggeris.

    "Seperti saya, beliau mula mendapatkan lesen kejurulatihan di Scotland dan saya mengenalinya," katanya.


    Moyes berkata, beliau pernah menyatakan rasa simpati ke atas pengendali dari Portugal itu ketika disingkirkan daripada Chelsea pada 2008.

    "Saya masih ingat ketika beliau kehilangan jawatannya, saya menulis surat kepadanya," katanya. - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved