Selasa, 18 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Saat satukan ibu dan anak

Posted: 18 Oct 2011 11:44 AM PDT

KELETAH manjanya memikat sesiapa saja. Berwajah bulat dengan mata galak bersinar ditambah alis mata yang panjang dan lentik, si comel ini mudah didekati serta tidak takut berhadapan orang ramai. Buktinya ketika di pentas, Puteri Nurkamilia Nuwairah Al Atrash Isfizal menunjukkan aksi bersahaja. Sambil memegang buku, dia teruja melihat gambar penuh berwarna.

Gelagatnya yang penuh berkeyakinan inilah memikat juri, sekali gus dinobatkan sebagai bayi paling comel dan sihat dalam pertandingan Bayi Johnson 2011 menewaskan 19 peserta lain.

Ketika diumumkan pemenang, ibunya, Nurnahdatul Salwa Muhamad Zaki, 32, dan ayah, Isfizal Al Atrash Md Idris, 35, insan paling gembira apabila puteri kesayangan mereka yang kini mencecah usia sembilan bulan diumumkan sebagai pemenang, sekali gus menerima wang tunai RM15,000 serta hamper Johnson bernilai RM1,000.

Menurut Nurnahdatul, dia langsung tidak menaruh harapan atas kemenangan ini kerana menganggap penyertaannya hanya sekadar suka-suka. Lagipun ini bukan kali pertama dia menghantar penyertaan untuk Puteri (panggilan manja anak kesayangan mereka) kerana sudah kali kelima dan hanya pernah memenangi tempat ketiga.


"Saya memang suka menyertai pertandingan bayi comel untuk Puteri sekadar suka-suka dan memenuhi masa lapang. Tidak pernah terlintas untuk mendedahkannya kepada dunia glamor, sebaliknya cara ini memberi keyakinan kepada Puteri berhadapan dengan ramai orang. Saya tidak sangka penyertaan kelima ini membuahkan hasil. Ini semua rezeki Puteri," katanya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan Cheras, Selangor.


Bercerita mengenai anak sulungnya ini, menurut Nurnahdatul, Puteri bayi yang cergas dan aktif. Dia yang dilahirkan pada 28 Disember 2010, senang dijaga dan tidak banyak kerenah.

Sejak kecil Puteri sudah didedahkan dengan bahan bacaan menyebabkan dia gemar melihat buku dan membaca dalam bahasa tersendiri. Apabila melihat gambar, mulutnya tidak putus-putus bersuara. Puteri juga suka melihat cermin dan akan membuat aksi dan mimik muka apabila melihat wajahnya sendiri.

Anaknya juga suka mendengar muzik dan akan menari mengikut alunan lagu.
Mungkin kecenderungan ini ada kaitan dengan Nurnahdatul yang juga guru muzik di sekolah.

"Selain meminati buku dan muzik, saya juga sering membawa Puteri keluar ke mana saja. Ini bagi mendedahkan dia dengan orang ramai, suasana bising dan panas supaya dia tidak kekok dan yakin. Sebab itu dia tidak takut dan mudah mesra dengan sesiapa saja," katanya.

Bagi mendapatkan anak yang cerdas dan pintar, ketika dalam kandungan, Nurnahdatul mengamalkan membaca al-Quran serta surah Yasin kerana amalan ini diakui sangat baik untuk perkembangan bayi.

"Walaupun dia sudah berusia sembilan bulan, saya masih mengamalkannya sehingga kini. Setiap pagi sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh, saya akan membacakan surah Yasin terlebih dulu," katanya.

Menurut Nurnahdatul lagi, Puteri langsung tidak mempunyai iras ibu dan bapanya tetapi banyak mengikut wajah neneknya iaitu Sharifah Johra Syed Rastan (sebelah suami) yang berdarah kacukan Arab dan Pakistan serta ibunya sendiri, Noridah Hanim Abdullah.

Kedua-dua mereka adalah insan paling gembira apabila cucu kesayangan mereka memenangi pertandingan ini.

Ditanya mengenai hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurnahdatul memberitahu, semua wang itu akan disimpan untuk pelaburan masa depan anaknya termasuk pembiayaan pengajian. Seperti ibu yang lain, besar harapan Nurnahdatul agar Puteri Nur Kamilia membesar menjadi anak yang sihat dan cergas serta membahagiakan ibu bapanya.

Pemenang kedua, Millen Teo Yuen Yee, 2, cahaya mata kepada Beh Fern Fern dan John Teo Jee Ghen memenangi hadiah wang tunai bernilai RM8,000 dan hamper Johnson RM800.

Beh mengetahui pertandingan ini menerusi rakan memandangkan dia sering menyertai pertandingan bayi comel sebelum ini.

Millen yang dilahirkan pada 6 Ogos 2009 sangat suka menari dan bermain silang kata bergambar. Dia juga sangat suka membaca buku dan gemar dibawa ke kedai buku.

"Sejak kecil saya sudah biasakan dia dengan kedai buku dan sering membacakan buku sebelum tidur. Tabiat ini terbawa-bawa sehingga sekarang," katanya.

Seperti ibu lain, Beh sangat prihatin pada pemakanan anaknya dan hanya memberi makanan berkhasiat agar dia kekal cergas sepanjang masa.

"Millen makan apa saja tetapi saya akan pastikan makanannya mengandungi nutrisi lengkap dan mengambil buah-buahan setiap hari. Dia juga gemar makan dadih serta nasi ayam bersama sup," jelasnya yang menyimpan semua hadiah wang tunai untuk pembelajaran Millen pada kemudian hari.

Tempat ketiga dimenangi Koemi Ooi Lee Yern, 2. Ibu kepada bayi comel yang berasal dari Kedah ini, Teow Sooi Yee menerima wang tunai RM5,000 serta hamper Johnson RM500.

Di samping itu, tujuh bayi antara 10 peserta akhir turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta hamper RM200. Bagi peserta separuh akhir, setiap mereka menerima hadiah wang tunai RM500 dan hamper RM100.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Soo Woon Yee, pertandingan bayi Johnson kali ini adalah meraikan ciri-ciri terbaik setiap bayi bukan saja mencari bayi paling comel tetapi mengutamakan ciri keseimbangan seperti kesihatan dan kecergasan.

Bayi yang berjaya mendapat tempat pertama diperiksa rapi pakar kanak-kanak dan pemilihan mereka berdasarkan kesihatan, kebijaksanaan berdasarkan tahap umur dan perkembangan mereka.

"Tiga pengadil dipilih dan mereka melihat kualiti khas seperti kelebihan pada senyuman yang menawan serta pergerakan menarik bayi," jelasnya.

Tambahnya, pertandingan ini menjadi platform bagi ibu bapa berkongsi rasa dengan si manja mereka. Ini kerana komitmen serta kesibukan ibu bapa menjejaskan kualiti bersama anak.

"Pertandingan ini adalah peluang keemasan bagi ibu bapa yang sibuk untuk meluangkan masa dengan anak. Kami berharap ketika mengambil gambar, ibu dan bayi akan bersama dan berseronok bagi mengeratkan kasih sayang antara mereka," kata Soo.

Digelar pertandingan bayi paling berprestij di Malaysia, pertandingan Bayi Johnson 2011 mendapat sokongan menggalakkan sejak bermula 19 tahun lalu. Untuk tahun ini, pertandingan berkonsepkan sentuhan kerabat diraja memandangkan setiap anak adalah putera dan puteri di mata ibu bapa. Oleh itu, Johnson Bayi memberi gelaran Putera dan Puteri bagi bayi bergelar juara.

Berkongsi pendapat mengenai pertandingan pada tahun hadapan, jelas Soo, bagi meraikan ulang tahun pertandingan ke-20, Johnson berharap lebih ramai ibu bapa serta bayi akan menyertai pertandingan ini.

Bayi yang akan memenangi Bayi Johnson 2012 nanti akan mencerminkan pencapaian Johnson dalam mengeratkan perhubungan antara ibu dan bayi Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Manisan panna cotta

Posted: 18 Oct 2011 09:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BAGI mereka yang ingin mencari kelainan, apa kata mencuba manisan panna cotta bersama mangga berkaramel yang enak dan lazat.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Luluh hati lihat jasad suami

Posted: 17 Oct 2011 09:31 AM PDT

MELAKA: "Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.

"Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif," kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.

Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

"Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.


"Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lari tinggal 2 anak

Posted: 17 Oct 2011 09:26 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.


Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.

Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.


"Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu," katanya. Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan 'menyemadikan' mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.


"Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia," katanya.

Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Taisyan tuntut kembali janji Bob

Posted: 17 Oct 2011 06:07 AM PDT

MENZAHIRKAN perkara yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar tidak mudah, apatah lagi memainkan peranan sebagai Syaitan. Sebagai pelakon, sudah pasti cabaran itu yang dicari Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Khairulizam Abdul Rahman (Khir Rahman) dalam berkarya.

Watak berat seperti itu bukan selalunya datang. Harus diingatkan bahawa syaitan bukan hantu, melakonkan watak hantu mudah tetapi menggambarkan syaitan di mata umum menuntut imaginasi tinggi.

Watak seperti itu memberikan kepuasan dan peluang itu diberikan kepada mereka oleh pengarah prolifik, Mamat Khalid sewaktu menghasilkan karya terbaru, Rentaz @ Lebuh Raya Ke Neraka.

Menampilkan tema kerohanian, Rentaz mengisahkan Bob yang membesar dalam keadaan tidak sempurna dalam keluarga bermasalah, kerana mahu hidup senang, dia bersekongkol dengan syaitan.


Begitupun ada syarat yang perlu dipatuhi. Syaitan menjelma dalam watak Taisyan menuntut kembali janji-janjinya sewaktu Bob mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma.


Awie berkata, pada peringkat awal Mamat Khalid mempelawa membintangi filem itu, dia tertarik dengan watak Taisyan yang diibaratkan watak terbaik.

"Memang saya mahukan watak Taisyan kerana ia cukup mencabar. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya terpaksa menolaknya dan Mamat menawarkan saya memainkan watak Bob.

"Saya menolak melakonkan watak itu kerana status saya sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak, sudah tentu tidak manis jika apa yang dilakukan kelak memberi kesan kepada pertubuhan itu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Rentaz di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sebagai ganti, ada beberapa nama dicadangkan, namun mereka dirasakan tidak cukup kuat untuk memainkan peranan Taisyan, sehinggalah Awie sendiri memberikan nama Khir Rahman kepada Mamat Khalid.

Kata Awie, selepas menjalani proses pembacaan skrip dan pemahaman watak ternyata Khir Rahman adalah pelakon paling sesuai. Selepas menjalani penggambaran, Awie akui bakat dimiliki Khir Rahman juga besar dan keserasian antara mereka senang untuk diwujudkan.

"Melakonkan watak itu, dia perlu lebih berhati-hati agar tidak berlebih-lebihan dan sentiasa berada di atas landasan yang sudah ditetapkan pengarah.

"Watak Taisyan memang besar dan dia boleh menjadi apa saja kerana dia adalah jelmaan syaitan. Kerana itu apabila beraksi depan kamera, saya sentiasa bersedia apa yang hendak dilakukan Khir Rahman terhadap permainan wataknya dan memberikan lakonan apa yang sepatutnya dilakukan," katanya.

Bercerita lanjut mengenai Rentaz, ia bukan filem hantu atau seram tetapi berkonsepkan 'thriller'. Ia juga bukanlah filem ketuhanan, sebaliknya lebih kepada kerohanian.

Kata Awie, sepanjang menjalani penggambaran filem itu yang diadakan di utara tanah air, berlaku juga perkara yang agak menyeramkan terutama sewaktu berada di dalam hutan bersempadan dengan negara jiran, Thailand.

"Waktu itu kami sedang mengadakan penggambaran membabitkan babak mengusung keranda. Waktu itu ada beberapa orang mengambil gambar dan sewaktu kami melihat kembali foto diambil kelihatan entiti asing.

"Perkara itu membuatkan semua pelakon dan kru berasa seram. Bagaimanapun, syukur tiada perkara buruk berlaku sepanjang proses penggambaran Rentaz dijalankan," katanya.

Bagi Khir Rahman pula, dia berterima kasih atas cadangan Awie dan pelawaan Mamat Khalid sendiri untuk dia membintangi Rentaz dan memegang watak besar sebagai Taisyan.

"Hendak diikutkan tidak bagus sekiranya saya mahu membanggakan watak
syaitan ini dan ia bukan sesuatu yang bagus untuk direbut. Namun, tidak dinafikan ia sangat besar. Untuk menzahirkan watak ini, pendekatan yang saya gunakan adalah realism atau menonjolkan benda nyata," katanya.

Katanya, sebagai manusia kita tidak pernah melihat syaitan itu secara nyata jadi sudah pasti cabarannya besar. Malah, apa yang dilakukan, sebagai pelakon Khir Rahman secara jujur menjelaskan ia tidak pasti sama ada ia betul ataupun tidak.

"Kalau salah percaturan boleh bercanggah dengan iman. Jadi untuk menjayakan watak syaitan ini, saya cuba membawanya dalam pendekatan mekanikal. Kalau terlalu memikirkan mengenainya takut pula nanti lakonan nampak begitu teknikal," katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Awie, Khir Rahman menyifatkan penyanyi utama kumpulan 'otai' Wings itu sebagai jujur dan sentiasa berpegang kepada intipati watak.

"Sebagai syaitan, saya boleh menggambarkan watak saya dengan sebebas-bebasnya tapi berbeza dengan Awie, dia harus mengawal lakonannya. Begitupun keserasian banyak membantu untuk menunjukkan apa yang dilakonkan itu nampak baik dalam layar," katanya lagi.

Biasanya sebagai pelakon yang pernah mengarah, mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap watak yang mahu dilakonkan. Sedangkan pengarah pula mahukan watak itu dilaksanakan dalam caranya sendiri. Tidakkah perkara itu akan menimbulkan konflik?

Mengenai perkara itu, kata Khir yang sebelum ini mengarahkan filem ... Dalam Botol menjelaskan, apabila berlakon dia akan meletakkan disiplinnya sebagai pelakon, iaitu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengarah.

PROFIL KHIR RAHMAN

Nama Penuh: Khairulizam bin Abdul Rahman
Panggilan: Khir Rahman
Tarikh Lahir: 12 Mac 1973
Umur: 38 tahun
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Pelakon, komposer, pengarah, jururunding skrip dan penyanyi.
Arahan: Dalam Botol

Filem: Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, Kapoww!!, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Los Faun, Cuci, Gubra, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Potret Mistik dan Rentaz.

Drama: Kasih Ke Syurga, Cahaya, Mingguan Lelaki, Pabila Larut Malam dan Oh Yeah!

PROFIL AWIE:

Nama Penuh: Ahmad Azhar Othman
Panggilan: Awie
Tarikh Lahir: 28 November 1968
Umur: 43 tahun
Asal: Datuk Keramat, Selangor
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Album Solo: Satu, Otak, Unplugged, Awie, Rentap dan Santai.

Filem: Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu II, Tragedi Oktober, Merah, Maria Mariana II, Nafas Cinta, Bara, Getaran, Iskandar, Baik Punya Cilok, Diva Popular, Zombie Kampung Pisang, Sumolah, Cuci, Duyung, Antoo Fighter, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Anugerah: Pelakon Terbaik Anugerah The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards (Cuci The Musical), Penghibur TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995, Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996.

Full content generated by Get Full RSS.

Permulaan meyakinkan

Posted: 17 Oct 2011 05:52 AM PDT

PERMULAAN yang meyakinkan. Begitulah dapat disaksikan pada konsert minggu pertama program realiti terbaru VOKAL - Bukan Sekadar Rupa (VBSR) yang membuka tirai dari Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam. Sudah ada kejutan yang bakal menjadikan program ini popular seperti Mentor.

Menampilkan lima peserta, program malam kelmarin diadili juri tetap, komposer Azmeer dan Erra Fazira manakala Datuk Siti Nurhaliza diundang sebagai juri jemputan.

Antara matlamat utama program ini cuba mengubah perspektif masyarakat agar melihat suara dulu selepas rupa.

Kejutan bermula sejak awal apabila peserta pertama, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, muncul mendendangkan lagu Rolling in the Deep nyanyian Adele yang berjaya memukau penonton dan juri.


Namun peserta kedua, Muhd Fakhrullah Mohd Yusoff atau Epiit, 21, gagal memikat juri. Dia kedengaran meyakinkan ketika intro lagu Bila Cinta nyanyian Filianti Vlee. Bagaimanapun, suaranya tidak konsisten ketika bahagian korus menjadi punca utama kegagalannya pada malam itu.


Tiga lagi peserta iaitu Norhasmidar Ahmad atau Asmidar 22, mendendangkan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor, Azmarul Azuan Harun atau Azmarul, 27, (Sedetik Lebih) dan Mohd Janizam Jamaluddin atau Boby, 26, (Selalu Mengalah, turut berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Menariknya ketika setiap peserta menyanyi pada awal kemunculan, juri dan penonton hanya mendengar vokal. Kemudian selepas pemilihan atau penolakan dibuat, barulah mereka muncul di depan pentas.

Boby boleh dianggap sangat bertuah kerana pada saat dia ditolak Erra Fazira, Azmeer dan Siti tampil menyelamatkannya atas alasan mahu memberikan dia peluang.

Ditemui pada sidang media selepas itu, Azmeer menjelaskan berpuas hati dengan kemampuan mereka kecuali Epiit yang disifatkan tidak menyanyi dalam satu pakej serta hilang 'mood' pada bahagian korus.

"Keputusan terpaksa dibuat kerana ia pertandingan dan bukan lagi uji bakat.
Kami kena tegas dalam perkara ini. Azmarul ada suara yang bagus. Walaupun nyanyiannya masih mirip Anuar Zain, dia tidak buat kesilapan. Dia boleh belajar untuk membentuk nyanyian dengan gaya sendiri selepas ini.

"Segala komen yang dilontarkan saya adalah ikhlas. Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak tegur mereka? Kalau tanya ibu bapa mereka, semua akan cakap nyanyian anak mereka bagus," katanya.

Mengulas isu dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai 'aku' kepada peserta, Azmeer anggap ia tidak kasar.

"Aku dan kau tak ada masalah kalau nak digunakan. Malah ia juga ganti nama yang kita pakai apabila kita bersolat. Bagi saya bukan sebab hendak pandang rendah tapi cara saya mendekatkan diri dengan mereka dan membentuk kasih sayang sesama manusia," katanya.

Menjelaskan sikap serius yang boleh membuatkan peserta jadi gerun sehingga hilang fokus, Azmeer berkata, sekiranya mereka penyanyi yang baik, mereka perlu belajar menangani segala tekanan.

"Kalau mereka penyanyi yang baik, mereka tak akan gerun dengan saya. Bagaimana kalau mereka hendak menyanyi di depan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri kalau ada rasa gerun yang sukar dikawal?" katanya.

Erra pula menyambut peluang daripada TV3 yang mahukan dia menjadi juri dengan hati yang terbuka selepas dia berjaya memenangi Mentor.

"Saya tahu ramai lagi artis lain yang lebih berpengalaman berbanding saya tapi saya yakin TV3 ada sebab tersendiri memilih saya. Ini satu tanggungjawab besar. Saya ingin mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk menilai bakat baru yang boleh digilap menjadi penghibur," katanya.

Menjelaskan mengenai pemilihan Azmeer sebagai juri dalam kebanyakan program realiti TV di TV3, penerbit VBSR, Suffian Isa berkata, mereka tahu keupayaan komposer itu dalam menilai bakat baru.

"Kami sudah banyak kali bekerjasama dan yakin dengan kredibiliti Azmeer.
Minggu depan, lagi lima peserta akan bertanding. Mereka yang berjaya akan dibimbing penasihat yang sudah disediakan pihak kami. Pada minggu ketiga barulah ada undian SMS iaitu 50 peratus juri dan 50 peratus penonton.

"Mengenai lagu yang dinyanyikan, ia adalah pilihan peserta sendiri tapi kami akan menapis terlebih dulu. Penasihat akan tengok kesesuaian lagu itu dengan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Epiit menganggap dia tiada rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Dia sudah mencuba yang terbaik namun terpaksa akur dengan keputusan juri pada malam itu.

"Saya tak pasti sebab kenapa saya tak terpilih. Apapun saya pasrah kerana ini antara pencapaian paling jauh pernah saya lalui. Saya bangga kerana terpilih antara 10 terbaik daripada 2,000 yang mencuba nasib," katanya yang tidak akan serik mencuba lagi dalam pertandingan lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kelar bayi dalam asrama

Posted: 17 Oct 2011 09:50 AM PDT

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


"Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta ‘terbang’

Posted: 17 Oct 2011 09:49 AM PDT

SEREMBAN: "Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara 'terbang' menghempap bumbung kereta lain," kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.


Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.

"Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.


Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.


Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.


Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.


Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.


"Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain," katanya.


Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum 'terbang' ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.


Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.


Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.


"Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved