Ahad, 27 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sepasang kekasih maut

Posted: 26 Nov 2011 02:11 PM PST

IPOH: "Kedua-duanya sudah lama mengenali antara satu sama lain dan keluarga juga merestui hubungan mereka. Kami sedih hubungan mereka berakhir sebegini," kata ahli keluarga Ain Nadia Baharuddin, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Ain Nadia dan rakan sekuliahnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Muhammad Hilmi Md Yusoff, 21, terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 7, Jalan Ipoh-Lumut, di sini.


Ahli keluarga Ain yang enggan dikenali berkata, arwah berasal dari Kampung Dato Ahmad Said Tambahan, Manjoi di sini, adalah anak bongsu daripada lima beradik manakala Muhammad Hilmi berasal dari Hulu Kinta.

Dia berkata, kedua-duanya sudah berkenalan lama sebelum sama-sama mendapat peluang melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


"Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini. Kami terkilan kerana hasrat arwah untuk menukar kursus diploma diikutinya kepada ijazah sarjana muda tidak kesampaian," katanya sedih.


Muhammad Hilmi adalah penuntut program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di UiTM Seri Iskandar manakala Ain Nadia penuntut program diploma kursus sama. Difahamkan, Ain Nadia ketika ini mengikuti program penerapan untuk menukar program diplomanya kepada sarjana muda.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Muhammad Hilmi dalam perjalanan dari Jelapang menghala ke Lumut, gagal memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.


"Akibat perlanggaran itu, kereta Kancil terbabit tercampak kembali ke laluan menghala ke Lumut dan dilanggar sebuah kereta Honda CRV manakala lori pula terbabas ke kiri jalan," katanya di sini, semalam.

Wan Shahruddin berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa tersepit pada mulanya menyangka hanya seorang mangsa di tempat duduk pemandu berikutan seorang lagi mangsa terperosok di bawah kereta yang remuk teruk itu.


Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke kampus UiTM Seri Iskandar.


Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing, petang semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Garis panduan keselamatan tambahan di Mesir

Posted: 26 Nov 2011 02:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Mesir mula mengeluarkan garis panduan keselamatan tambahan kepada semua agensi kerajaan serta seluruh warga negara Malaysia yang berada di negara itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Berdasarkan pekeliling ditandatangani Kuasa Usaha Sementara/Ketua Canseri, Shaiful Anuar Mohaamd bagi pihak Duta Besar Malaysia ke Mesir, baru-baru ini, semua pihak, termasuk agensi berkaitan kerajaan, turut dibenarkan mengeluarkan garis panduan mengikut keperluan masing-masing.


Kata pekeliling itu, aktiviti harian di Mesir masih berjalan seperti biasa dan pasukan polis juga memulakan tugas secara berperingkat-peringkat, namun pasukan keselamatan itu tidak dapat menepati masa untuk tiba sewaktu kecemasan ketika kejadian jenayah kerap dilaporkan.

"Kes jenayah seperti pecah rumah, pergaduhan serta jenayah membabitkan samseng jalanan semakin kerap dilaporkan. Bagaimanapun, keyakinan rakyat awam Mesir terhadap pasukan polis mereka belum pulih sepenuhnya.


"Kehadiran tentera yang dilihat mengawal di luar bangunan kerajaan juga tidak banyak memberi kesan kepada keamanan dan dilihat tidak membantu mengurangkan jenayah," katanya.


Selain itu, pihak kedutaan menjelaskan, beberapa insiden seperti perbalahan pelajar dengan pemilik rumah yang disewa, kemalangan membabitkan kematian ketika mengikuti aktiviti bukan akademik yang tidak dilaporkan patut dijadikan pengajaran supaya pelajar menjaga keselamatan diri.

"Pilihan raya Parlimen Mesir akan diadakan secara berperingkat bermula November 2011 hingga Mac 2012. Pusat pengajian swasta serta syarikat antarabangsa mengumumkan penutupan pada tarikh tertentu sepanjang tempoh itu sebagai menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.


Yang pasti, rakyat Malaysia diminta mengelak menghadirkan diri di lokasi tumpuan perusuh seperti Dataran Tahrir, premis kerajaan, terutama Pejabat Kementerian Penerangan, Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Gabenor (Muhaffiz).

Pelajar juga diingatkan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran penduduk tempatan, sama ada secara terbuka atau tertutup di dalam atau luar kampus, selain mengelak memberi komen mengenai politik semasa Mesir.


Warga Malaysia yang bukan pelajar pula diminta mendaftarkan diri dengan kedutaan, selain mengelak berjalan pada waktu malam serta berselisih faham dengan rakyat tempatan yang kini bersemangat dengan revolusi dibawa mereka selama ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Janji gegar gol Bahrain

Posted: 26 Nov 2011 12:42 PM PST

JENTERA serangan skuad Olimpik negara menjadi tumpuan utama jutaan rakyat Malaysia bagi memburu gol kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Malah ini adalah detik terbaik kepada barisan penyerang negara membuktikan kemampuan selepas dikritik pelbagai pihak kerana kegagalan meledak gol pada Sukan Sea Indonesia dan bertemu Syria, Rabu lalu.


Situasi memang sukar untuk skuad negara akibat kecederaan beberapa tonggak utama yang sering menjadi sandaran menjaringkan gol seperti Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Irfan Fazail.

Pengendali skuad negara yang mempertahankan emas Sukan Sea Indonesia, Ong Kim Swee mengaku perkara paling penting malam ini adalah menjaringkan gol.


"Bagi saya tidak penting siapa menjadi penyerang asalkan kita mampu menjaringkan gol dan meraih tiga mata penting," katanya pada sidang media semalam.


Beliau kini memiliki Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir untuk diturunkan selain A Thamil Arasu dan Ahmad Fakri Saarani.

"Saya turut sedia memberikan peranan lebih kepada Mohamad Nazmi Faiz Mansor terutamanya dalam membantu jentera serangan," katanya.


Menurut pengendali dari Melaka itu lagi, corak permainan Bahrain tidak banyak berbeza dengan dua pasukan yang pernah Malaysia bertemu sebelum ini iaitu Syria dan Lubnan.

"Teknik mereka bagus, laju dan menggunakan hantaran jauh. Saya yakin pemain mampu menanganinya dengan lebih baik kali ini.


"Selain itu tumpuan latihan kami juga terarah kepada teknik individu walaupun pemain sebenarnya belum seratus peratus pulih daripada keletihan," katanya.


Peluang tiga tonggak, Syahrul Azwari, Ifran Fazail dan Mohd Muslim Ahmad diturunkan masih samar dan perlu menunggu hingga saat akhir.


Jurulatih Bahrain, Salman Shareeda mengaku perlawanan ini penting bagi kedua-dua pasukan jika ingin menghidupkan peluang untuk terus bersaing.


"Kami ke sini untuk mengutip tiga mata namun ia bukan perkara mudah kerana lawan bagus selain sokongan penyokong yang ramai.


"Kami sudah menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dan bersedia untuk beraksi," katanya.


Skuad Olimpik negara dan Bahrain perlu menang bagi memburu sekurang-kurangnya tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia.


Malaysia tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan kepada gergasi Asia, Jepun pada September lalu sebelum tunduk dengan jaringan sama kepada Syria.

Full content generated by Get Full RSS.

Belum boleh peluk tubuh

Posted: 26 Nov 2011 12:35 PM PST

SEDAR atau tidak, keupayaan atlet negara melepasi sasaran di temasya sukan antarabangsa kini tidak boleh dipandang rendah. Apa saja sasaran (meskipun ada yang menganggapnya 'selamat'), pasti mampu diatasi, seolah-olah semangat 'Malaysia Boleh' sudah terpahat dalam sanubari setiap atlet.

Trend ini dilihat ketara sejak beberapa tahun lalu apabila kontinjen negara melakar satu demi satu sejarah dalam temasya sukan antarabangsa disertai.


Misalnya pada 2006, kontinjen negara menepati sasaran tujuh pingat emas Majlis Sukan Negara (MSN) di Sukan Komanwel Melbourne, biarpun diikuti kegagalan menepati sasaran sembilan pingat emas di Sukan Asia Doha apabila pulang dengan lapan pingat emas.

Pada 2007, Malaysia meraih pencapaian pingat emas tertinggi di luar negara di Sukan Sea Korat dengan 68 pingat emas, melebihi sasaran 64 emas diikuti kejayaan melepasi sasaran, kali ini di Sukan Sea Vientiane dengan 40 emas, melebihi 30 hingga 35 sasaran emas sebelum temasya.


Dua temasya penting 2010 juga tidak mengecewakan apabila kontinjen negara melepasi sasaran 10 emas di Sukan Komanwel New Delhi dengan 12 emas manakala sasaran Sukan Asia Guangzhou iaitu sembilan emas, turut menjadi kenyataan.


Yang pasti tradisi menetapkan sasaran bukan baru tapi mula dipraktik sejak mantan Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan melaksana Program Jaya '98 dengan beliau meletakkan sasaran tujuh emas di Sukan Komanwel 1998, yang akhirnya berjaya membuahkan 10 pingat emas di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, di sebalik trend positif itu, persoalan yang timbul adalah bagaimana mengekalkan reputasi itu, apatah lagi dengan kehendak masyarakat yang sentiasa dahagakan kejayaan.


"Kejayaan penting tapi lebih penting adalah perkembangan sukan negara berjaya menggalakkan budaya bersukan di kalangan rakyat, apatah lagi ia menjadi medium perpaduan tanpa mengira latar belakang," katanya.

Apatah lagi menurutnya, sukan berjaya mencipta ikon seperti Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David yang secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup sihat dan menaikkan imej negara di mata dunia.


Begitupun di sebalik pelbagai kejayaan diraih atlet negara tahun ini terutamanya Sukan Sea yang menjadi kemuncak pencapaian, beliau menganggap misi memenuhi sasaran itu bukan mudah dilakukan apatah lagi dengan 'bekalan atlet' serta bajet yang terhad.


Menurutnya kejayaan di Sukan Sea baru-baru ini membayangkan penguasaan sebenar atlet yang berada dalam program Road To London, menerusi pencapaian atlet terjun dan memanah menjelang Sukan Olimpik London tahun depan.


"Pencapaian di Olimpik jauh lebih penting apatah lagi dengan matlamat membawa pulang pingat emas Olimpik pertama buat negara. "Apapun, kita tidak boleh mengharap saja, banyak lagi perlu dilakukan jika ingin berjaya di Olimpik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bantah PM baru Mesir

Posted: 26 Nov 2011 01:51 PM PST

KAHERAH: Penunjuk perasaan semalam meneruskan tuntutan mereka supaya majlis tentera menamatkan pemerintahannya sementara beberapa pertempuran berlaku berhampiran Dataran Tahrir, dua hari sebelum pilihan raya Parlimen.

Ratusan penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di dataran itu dan sebahagian mereka berarak menuju ke bangunan Parlimen berhampiran pada awal pagi untuk membantah perlantikan perdana menteri baru oleh majlis tentera.


Majlis berkenaan kelmarin melantik Kamal Ganzouri untuk membentuk Kabinet baru. Kamal pernah menjadi perdana menteri ketika pemerintahan Hosni Mubarak.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu. Empat orang dilapor cedera.


Pertempuran singkat itu adalah yang pertama selepas keganasan terhenti dua hari lalu setelah 41 orang terbunuh dalam pertempuran selama beberapa hari sejak Sabtu lalu.


Sementara itu, kumpulan yang berhimpun di Dataran Tahrir melaungkan slogan mendesak Ketua Majlis Tentera, Mohamed Hussein Tantawi meletak jawatan.

Jumaat lalu, puluhan ribu rakyat Mesir mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi mendesak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menyegerakan penyerahan kuasa kepada orang awam yang mereka percaya memerlukan pemimpin tentera berundur sekarang.


Kekacauan politik dan keganasan memburukkan keadaan ekonomi negara itu yang teruk terjejas sejak penggulingan Hosni Februari lalu.

Sehingga ini, belum ada tanda-tanda menunjukkan pemimpin tentera bersedia untuk memenuhi tuntutan penunjuk perasaan.


Mereka sebaliknya berjanji bahawa presiden baru akan dilantik menerusi pilihan raya pada pertengahan tahun depan, lebih cepat daripada yang diumumkan sebelum ini serta melantik Kamal, 78, untuk mengetuai kerajaan sementara.


Sementara itu, majlis tentera mengumumkan setiap peringkat pengundian akan diadakan selama dua hari bagi memberi peluang semua orang mengundi.


Pengundian akan bermula esok tetapi tidak akan berakhir sehingga awal Januari kerana ia terpaksa melalui pelbagai peringkat. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Masak kurma mayat suami

Posted: 26 Nov 2011 01:49 PM PST

ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.

Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.


Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.

Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.


Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: "Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya." Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.


Dia naik untuk menegur wanita itu.

Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.


Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.

Zainab dipetik sebagai berkata: "Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. "Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk." Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. "Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tertarik kerana sabar

Posted: 26 Nov 2011 03:07 PM PST

HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia.

Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.


"Bagaimanapun, selepas dia membawa dua daripada lima anaknya ketika itu, baru saya menyedari dia bersungguh-sungguh, malah lebih mengharukan apabila kedua-dua anaknya sibuk menguruskan perkahwinan kami di kampung saya dan menerima saya seadanya.

"Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.


"Saya pada mulanya risau, mana tahu saya dijual atau tidak dilayan sebagai isteri, namun selama setahun kami hidup bersama saya akhirnya berasa selesa, malah hingga kini sering berulang-alik ke Medan, menyebabkan kebimbangan adik-beradik hilang," katanya.


Kini, selepas sembilan tahun berkongsi hidup dengan Abdul Aziz, Noraida yang bunting pelamin ketika perkahwinannya mempunyai dua cahaya mata yang menyerikan hidup mereka iaitu Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.

Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.


Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya sama ada dia mengamalkan pemakanan atau senaman tertentu memberitahu, tiada amalan atau rahsia yang diamalkannya kecuali melakukan senaman ringan pada awal pagi dan mengelak minuman sejuk, selain sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.

"Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi," katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.


Menurutnya, perkahwinan terbarunya adalah yang ketiga. Perkahwinan pertama pada 1960 dan dikurniakan lima anak kini berusia 49, 48, 46 dan 44 tahun (anak bongsu meninggal dunia pada usia 17 tahun dalam nahas jalan raya).


"Isteri saya meninggal dunia sebelum saya mendapat pengganti, tetapi perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan akhirnya kami berpisah. Kami juga tidak ada zuriat sebelum saya berasa kesunyian lalu bertemu jodoh dengan wanita dari seberang ini.


"Sebenarnya jodoh kami adalah hasil usaha keluarga saya yang masih ada di sana kerana saya berketurunan Mendeling dan merekalah yang menemukan kami berdua.


"Alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa bahagia dengannya, malah anak saya juga menerima perkahwinan ini," katanya.


Menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, beliau berkata, anaknya pulang menyambut lebaran di rumahnya dan ada kalanya ke Medan menyambut hari raya di sana.


"Kalau ada rezeki lebih, kami akan beraya di sana, malah Aidiladha lalu, anak saya turut mengadakan korban di kampung ibu tiri mereka dan ia sangat mengharukan saya," katanya.


Abdul Aziz yang masih boleh membaca tanpa memakai kanta mata berkata, dia mempunyai 19 cucu dan dua daripadanya bakal berkahwin tahun depan.


Ditanya sama ada dia bercadang menambah zuriatnya dalam masa terdekat, katanya, tiada cadangan ke arah itu setakat ini dan kehadiran sepasang cahaya mata sebagai pengikat kasih dalam rumah tangga mereka sudah memadai kerana mempunyai tujuh anak sebelum ini.


"Kami kini lebih menumpukan pada persekolahan anak dan perniagaan, namun kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Yana cantikkan lakonan

Posted: 26 Nov 2011 03:06 PM PST

LAPAN tahun lalu, langkahnya bermula sebagai editor produksi. Setahun dia berada di posisi itu dan pada masa sama mencuba nasib sebagai penyanyi hingga terhasil album berjudul Yana Ceria.

Fokusnya terhadap kerja kreatif terpaksa dihadkan apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara selama tiga tahun.

Pemilik nama Norliana Samsudin atau mesra membahasakan diri Yana ini hanya memikul tugas sebagai penyunting pada cuti semester dan pada 2007, dia diberi peluang oleh Metrowelth Pictures mengarah filem Selamat Pagi Cinta yang dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani.

Tahun sama juga dia menjayakan filem Histeria sebagai penutup sementara kerjaya seninya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Usai menggenggam segulung ijazah, gadis kelahiran Yong Peng, Johor ini ditawarkan membintangi filem Adnan Sempit dan itulah permulaan pintu rezeki sebagai pelakon terbuka luas.


Tawaran datang mencurah-curah baik di layar kaca mahupun perak. Syukur...

berulang kali frasa itu dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerja keras dan kesabarannya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Biarpun terpaksa menunggu, manisnya tidak terucap dengan kata-kata.

"Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual saya penuh dengan penggambaran filem, drama dan telefilem. Ada yang sudah ditayangkan, selebihnya keluar tahun depan. Boleh dikatakan saya berpuas hati kerana tahun ini saya dapat merasa pelbagai karakter dan kelainan.

"Berdebar kerana tahun depan lima filem lakonan saya akan ditayangkan bermula dengan Adnan Sempit 2 pada 23 Februari diikuti Tiga Temujanji (5 April), 8 Jam, Aku Ada Kau Ada dan Minyak Dagu.

"Saya bahagia usaha keras selama ini berbaloi dan pada usia muda, saya bekerja di belakang tabir, berlakon, mengarah, menulis skrip filem serta menyanyi.
Syukur, rezeki Allah," kata gadis berjiwa periang ini.

Dipuji lakonannya semakin mantap, dengan merendah diri Yana berkata, andai itu disuarakan penonton, dia berbesar hati namun bagi dirinya apa yang dipersembahkan belum capai tahap piawaian yang disasarkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki malah proses pembelajaran tidak pernah bernoktah.

Ulasnya, bermula dari bawah mendidiknya menjadi anak seni berjiwa penyabar, gigih berusaha, tahu apa itu makna bersyukur serta menghargai peluang yang hadir depan mata. Masih segar di kanvas memori, awalnya dia hanya diberi peranan pelakon tambahan. Ketika itu hanya 'baju' yang nampak di kaca TV, siapa sangka dia kini pelakon utama.

"Umpama mimpi kerana saya tak pernah terfikir akan dapat peluang ini. Awal pembabitan, saya diberitahu susah naik kerana tidak ada pakej. Bagaimanapun selepas bertemu mereka yang menjelaskan apa sebenarnya makna berlakon, persepsi saya terhadap diri mula berubah. Frasa berlakon tak perlu cantik tetapi lakonan yang menampakkan pelakon cantik memberi 1001 makna kepada saya. Sejak itu keyakinan diri mula bertambah dan syukur Adnan Sempit melonjak nama saya.

"Kalau nak tahu gigi saya pun pernah jadi isu. Kata mereka kalau nak berlakon kena gigi cantik dan pada ketika itu saya nekad mahu pakai pendakap gigi. Saya sudah berjumpa doktor gigi dan ukuran sudah diambil. Fikir punya fikir, akhirnya saya batalkan hasrat itu. Gigi saya bukan jarang, cuma tidak rata.

"Nasib baik tak buat sebab ramai peminat cakap gigi saya 'cute'. Alhamdulillah saya suka dengan apa yang saya ada dan terima seadanya. Tak perlu ubah atau tambah," katanya seraya ketawa.

Mengulas perkembangan terkini, sehingga penghujung bulan depan Yana terbabit dengan penggambaran Santau Merasuk arahan Azhari Zain untuk slot Seram TV3.
Menerusi siri yang diadaptasi dari filem Santau ini, Yana menggantikan Puteri Mardiana.

"Ini bukanlah projek seram pertama saya kerana sebelum ini saya pernah menjayakan Jangan Tegur Lagi dan Minyak Dagu. Pun begitu inilah kemunculan sulung saya sebagai teraju utama menerusi genre seram. Cabarannya memang berbeza kerana dalam projek terdahulu saya cuma melihat hantu tetapi kali ini saya yang terkena santau dan dirasuk.

"Ketika menelaah skrip, saya sedar perlu persediaan lebih baik dari segi mental mahupun fizikal kerana ada banyak babak yang babitkan darah. Mengenali Abang Zack (Azhari Zain), filem seram garapannya pasti ada lintah, cacing dan ulat.
Saya geli dengan semua itu dan tidak tahan dengan bau darah buatan. Jika masih segar, boleh tahan lagi tetapi andai disimpan sehari dua saya memang tak lalu.

"Apabila terhidu baunya saya akan rasa mual. Dalam siri ini ada banyak babak muntah darah, bayangkan saya kena letakkan darah itu dalam mulut. Suka atau tidak saya kena lalui kerana itu adalah tugas seorang pelakon.

"Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok," katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur.

Ditanya bilakah dia akan kembali duduk di kerusi pengarah sambil tersenyum Yana berkata sejak dua tahun lalu hasrat itu bermain di tangkai hatinya namun belum ada kesempatan lantaran terikat dengan jadual penggambaran yang ketat.

Pernah dia cuba mencari ruang tahun ini namun tidak betah menolak tawaran beraksi depan kamera. Bukan sikapnya tergamak menghampakan harapan pihak yang percayakan kemampuannya demi mengejar sasaran peribadi.

"Sejak tahun lalu saya cakap mahu mengarah tetapi hingga ke hari ini belum berkesempatan. Kalau ikutkan skrip, sudah ada cuma masa tidak mengizinkan.
Tawaran berlakon tidak putus-putus dan bagi saya selagi ada permintaan saya harus penuhi.

"Maklumlah untung nasib pelakon tidak menentu. Ada masanya banyak tawaran dan ada ketikanya langsung tidak ada. Sementara ada permintaan ini, kita buat habis-habisan.

"Mengarah bila-bila masa pun boleh. Insya-Allah, tengoklah tahun depan macam mana. Harap-harap menjadi," katanya.

Beralih ke perihal cinta, sepantas kilat Yana menjelaskan belum ada insan istimewa di hatinya. Bukan tidak ada cuba mendekati tetapi berat hatinya untuk menerima berikutan bimbang rutinnya yang padat akan menjadi punca ketegangan di kemudian hari.

Justeru ada baiknya, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada karier terlebih dulu daripada ada hati terluka. Andai memahami tidak mengapa namun akal warasnya memintanya menimbang perkara ini sedalam-dalamnya kerana apabila ada rasa sayang pasti tinggi harapan yang disandarkan.

"Bukan semua orang faham cara kerja anak seni yang tidak menentu masa. Tambahan dalam keadaan sekarang, saya belum bersedia kerana masa sangat terhad.
Bayangkan jika ada insan istimewa di hati, pasti dia terkilan apabila saya tidak dapat melapangkan banyak masa dengannya.

"Lagipun dalam soal hati dan perasaan, saya tidak mahu tergesa-gesa. Apabila tiba masanya nanti, saya pasti bertemu seseorang yang akan membuat saya ketawa dan tersenyum bahagia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved