Rabu, 24 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Anak pengsan bapa mati

Posted: 23 Aug 2011 09:26 AM PDT

KLANG: Tiga mangsa yang cedera akibat dipanah petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dibenarkan pulang pada petang semalam.

Mangsa, Sumriyah Arup, 35, atau Som tidak menyangka bahawa hari kejadian hari terakhir dia berbual mesra dengan suaminya, Suradi Muhamad, 45, yang maut bersama dua yang lain ketika mereka sedang duduk bersantai di depan pintu rumah kongsi mereka.


"Saya sedang mencuci pinggan di dalam rumah kongsi sementara suami saya bersama abang ipar dan sepupu sedang berehat di depan pintu sebelum kilat menyambar air yang bertakung di depan pintu rumah kongsi kami.

"Selepas bekerja suami macam biasa berehat letakkan kaki dalam air bertakung. Tapi tak sangka boleh terkena renjatan yang daripada air yang naik akibat hujan lebat sebaik petir menyambar," katanya.


Sumriyah yang kelihatan trauma selepas kehilangan suami tercinta hanya memikirkan keadaan dua anaknya yang ditinggalkan di Jawa Timur berusia lapan dan 13 tahun.


"Kedua-dua anak saya sudah dimaklumkan mengenai kematian ayah mereka dan saya diberitahu saudara bahawa anak saya pengsan sebaik dimaklumkan tragedi menimpa ayah mereka," katanya.

Mangsa, Rosit Sadin, 20, ketika ditemui di HTAR berkata, dia dan abangnya Dasir Sadin, 31, tetap akan pulang berhari raya walaupun masih trauma dengan kejadian berkenaan.


Sementara itu, jurucakap HTAR berkata, mangsa yang masih lemah dan memerlukan pertolongan untuk bergerak dengan dipapah, namun mereka dibenarkan pulang.

Harian Metro semalam melaporkan enam buruh Indonesia maut, manakala lima lagi cedera dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di Selangor, kelmarin.


Kejadian pertama kira-kira jam 2.40 petang di tapak pembinaan di U5 Glenmarie, Shah Alam, meragut tiga nyawa. Lima minit kemudian, tiga lagi maut dalam kejadian di Sungai Choh, Hulu Selangor, ketika semua mangsa sedang menanam sayur.

7,307 disaman

Posted: 23 Aug 2011 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepanjang Ramadan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengeluarkan 7,307 kompaun kesalahan trafik kepada kenderaan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata nilai kompaun yang membabitkan pelbagai kesalahan trafik itu bernilai RM100 dan RM300.

Selain itu, sehingga kini sebanyak 114 kenderaan sudah ditunda DBKL, katanya, selepas meninjau Bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar jalan terbabit, semalam.

"Hari ini saya meninjau keadaan di Jalan TAR dan Masjid India mendapati keadaan di sini lancar dengan perniagaan berjalan dengan baik dan menurut peniaga, pengunjung ke bazar ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini.


"Kebanjiran pengunjung ini menunjukkan ekonomi kita mula pulih dan orang ramai suka berkunjung ke bazar membeli barang persiapan Aidilfitri pada waktu perayaan begini," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Terkesima ribuan peminat histeria

Posted: 23 Aug 2011 05:35 AM PDT

FENOMENA yang dicetuskan Kim Hyun Joong sudah terbukti di Korea. Kini dia terus melebarkan pengaruhnya ke serata Asia, malah di mana juga muzik dan lakonan artis Korea diterima.

Bukan saja kacak dan memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, Hyun Joong juga berbakat besar lalu menjadi jejaka idaman jutaan wanita.

Vokalis kumpulan SS501 itu kini memulakan perjalanannya ke peringkat antarabangsa bagi mempromosikan mini albumnya yang berjudul Break Down.

Ia memuatkan tiga lagu - Kiss Kiss, Break Down dan Please.


Tidak mempertikaikan vokalnya, Hyun Joong yang mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2005 semakin menunjukkan kematangan vokalnya walaupun bergerak solo.


Berkesempatan datang lagi ke Malaysia, Sabtu lalu dijadikan sebagai ruang promosi untuk projek beliau yang lebih besar konsert solo di Malaysia pada Disember ini. Tentu itu berita yang cukup baik bagi semua peminatnya di negara ini.

"Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan album mini kedua dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober nanti. Selepas itu, saya akan mengadakan satu siri jelajah ke seluruh Asia bagi mempromosikan album itu.

"Sekali gus kedatangan saya kelak bukan sekadar mempromosikan album kedua, tetapi juga untuk membuat konsert khas buat peminat saya yang ada di sini. Malaysia juga istimewa di hati saya," katanya ketika sidang media di Hotel Hilton, di sini, Jumaat lalu.

Berusia 25 tahun, Hyun Joong berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan album Break Down. Pertama kali menghasilkan album itu sendirian, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Uniknya dia banyak menggunakan rona hitam bagi menaikkan lagi pesona dan karakter dirinya.

Beliau yang popular menerusi drama bersiri Boys Over Flowers melalui 8TV, ternyata menjadi kegilaan remaja bukan hanya di negara asalnya, malah di negara lain. Dalam kisah itu, dia memegang peranan sebagai Yoon Ji Hoo.

Namun, ketika menjayakan promosi jelajah di Jepun pada September 2009 untuk Boys Over Flowers, dia mengejutkan peminatnya apabila disahkan menghidap H1N1.
Ia juga menyebabkan dia tidak dapat hadir majlis International Drama Awards di Seoul ketika itu dan diwakili rakan-rakannya dalam SS501.

Terbaru Hyun Joong sangat terkedu dengan mendapat sambutan hangat daripada peminat di Malaysia. Dia akui perbezaan bahasa bukan penghalang bagi dia untuk menunjukkan bakat dan diterima ramai.

Tampil lebih matang, Hyun Joong akui dulu tidak pernah berniat untuk meninggalkan SS501 semata-mata mahu bergerak solo. Namun, dia sekadar memenuhi permintaan peminat yang mahukan dia menghasilkan album solo. Mulanya, dia enggan berbuat sedemikian kerana komitmen bersama kumpulan, namun akhirnya atas sokongan ahli SS501 sendiri iaitu, Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong dan Kim Hyung Jun, dia mengorak langkah bergerak sendirian.

"Saya awalnya risau tidak dapat membahagikan komitmen terhadap kumpulan dan fokus kepada pembikinan album sendiri, tapi rakan-rakan saya dalam kumpulan itu percaya saya boleh melakukannya.

"Menuruti nasihat rakan-rakan, saya akhirnya menghasilkan album pertama ini dan terkejut dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat," ujarnya.

Walaupun selalu beraksi di atas pentas, menyanyi seorang diri tanpa ahli kumpulan yang lain membuatkan dia terasa gementar. Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya untuk meneruskan niat yang sudah disematkan di dalam hati. Dengan keyakinan yang kuat, Hyun Joong meneruskan perjalanan kariernya dengan bersungguh-sungguh.

Dia yang dilahirkan di Seoul bukan hanya bijak menghiburkan penonton ketika di atas pentas, tetapi dia aktif bersukan. Jarang sekali kita mendengar selebriti rajin meluangkan masa untuk beriadah, tetapi berlainan dengan Hyun Joong yang sangat aktif bermain bola sepak sehingga dinobatkan sebagai selebriti-atlit kerana membantu pasukannya memenangi pertandingan bola sepak.

Sementara itu, sehari selepas sidang media itu diadakan satu sesi ramah mesra bersama peminat diadakan di Grand Ballroom di Tingkat 5, The Garden, Mid Valley Megamall.

Dia yang muncul dengan persalinan tuksedo putih-kelabu, kira-kira jam 4.10 petang memberikan reaksi terkesima apabila melihat separuh dewan yang mampu membuatkan ribuan penonton itu dibanjiri peminat bersama jerit histeria.

Tidak pernah menyangka peminatnya sebegitu ramai di Malaysia, Hyun Joong berjanji untuk kembali ke Malaysia seperti yang disebut dalam sidang medianya.

"Saya sukakan negara ini. Peminat di sini membuatkan saya berasa terharu. Saya mulanya bimbang kalau-kalau kunjungan saya di sini disambut dingin, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Saya berjanji untuk kembali ke Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert saya awal tahun depan," katanya meninggalkan dewan selepas kira-kira 60 minit melayani peminat.

Sesi itu turut dimanfaatkan Hyun Joong untuk menceritakan keunikan album solonya, Break Down yang tidak hanya menggegarkan hati pendengar dengan alunan muzik tarian, tetapi setiap lagunya juga diterjemahkan ke muzik video.

Hyun Joong juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Malaysia jika mempunyai peluang dan artis yang digandingkan bersesuaian genre muziknya. Kita tunggu siapa calonnya.

PROFIL

NAMA PENUH: Kim Hyun Joong
TARIKH LAHIR: 6 Jun 1986
USIA: 25 tahun
TEMPAT LAHIR: Seoul, Korea Selatan
KERJAYA: Pelakon, penyanyi, model, penari, pengacara
PENDIDIKAN: Mahasiswa Universiti Cheongwoon dalam bidang pengurusan perancangan persembahan.
DRAMA: Boys Over Flowers, Playful Kiss, Dream High
IKLAN: Samsung Anycall Blue, Hotsun Chicken, Converse, T.I For Men, Elite Uniform

Perangkap Cinta Part II

Posted: 23 Aug 2011 05:17 AM PDT

LAGU Trilogi Cinta nyanyian Saleem yang menjadi sebutan dan mendapat tempat di kalangan peminat muzik pernah mencetus tanda tanya siapakah pencipta lagunya.

Ada pendapat mengatakan lagu berkenaan mempunyai sejarah apabila dikatakan dihasilkan seorang banduan yang berhadapan hukuman digantung kerana membunuh.

Trilogi Cinta atau dikenali dengan lagu Cinta Tiga Segi dan Perangkap Cinta. Pelbagai versi penyanyi dan klip video dapat dilihat di laman web YouTube dan Internet. Boleh dikatakan lagu puitis dan penuh makna itu mencetus fenomena tersendiri.

Penulis dan komposer asal lagu itu, Mohammed Nazri Mohd Yusof atau Ayie Soulstar, 26, dari Singapura berkata, semua dakwaan membabitkan lagu berkenaan adalah tidak benar. Tambahnya sebagai pencipta lagu dia adalah orang pertama yang merakamkan video di YouTube.


"Pada asalnya tajuk lagu ini berjudul Perangkap Cinta. Memang di Singapura sudah ramai yang mengenali Ayie yang menyanyikan lagu itu. Sebelum versi sama yang dinyanyikan Saleem berjudul Trilogi Cinta. Memang penerimaan peminat terhadap lagu itu cukup menggalakkan.


"Saya mencipta lagu itu ketika berusia 13 tahun berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Sebelum memasukkannya ke YouTube sekitar 2006," katanya.

Sebagai komposer dan penulis lirik lagu itu dia cukup berbangga melihat sambutan yang diberikan menerusi lagu itu apatah lagi apabila lagu berkenaan dinyanyikan penyanyi legenda seperti Saleem. Dia yang membesar menerusi lagu berentak seperti itu cukup kagum dengan bakat nyanyian Saleem.

Ekoran sambutan menggalakkan terhadap lagu itu, Ayie merancang menerbitkan lagu Perangkap Cinta Part II. Sebagai penulis lirik lagu berkenaan, Ayie memaklumkan lagu berkenaan sebenarnya berkisar kepada pemuda yang meminati seorang wanita, namun dia berdepan dilema kerana bekas kekasih wanita itu menagih cintanya semula.

Ayie yang berkhidmat sebagai anggota Polis di Singapura baru saja menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Muzik Valley untuk merakamkan beberapa lagu baru tidak lama lagi.

"Sebelum ini saya pernah menandatangani perjanjian dengan Data Keris yang berminat sebagai pengedar lagu dan menguruskan soal royalti. Begitu juga selepas lebih setahun saya langsung tidak dimaklumkan apa-apa, malah apabila di tanya mengenai pembayaran atau bahagian saya macam-macam alasan yang diberikan pihak pengurusan.

"Menerusi perbincangan dengan pihak pengurusan Muzik Valley jadi saya bersetuju menandatangani perjanjian bersama mereka supaya hak terhadap lagu ini diperoleh," kata Ayie ketika berkunjung di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Menurut Ayie yang berkebolehan bernyanyi dan bermain muzik dia masih mempunyai beberapa lagu yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri antaranya berjudul Sekolah, Kawan dan Hadiah.

Jika tiada aral dia akan merakamkan semula lagu berkenaan. Terpulang kepada pihak Muzik Valley sama ada mahu dia menyanyikan lagu berkenaan atau dinyanyikan penyanyi lain.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


4 hari kurung kekasih suami

Posted: 23 Aug 2011 09:17 AM PDT

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.

Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.


Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Maut dalam longkang

Posted: 23 Aug 2011 09:17 AM PDT

PASIR MAS: Mayat seorang tukang rumah ditemui dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud dengan kopiah masih melekat di kepalanya selepas dihempap runtuhan kepingan konkrit penutup longkang setebal kira-kira 10 sentimeter dan ditimbus pasir ketika pergi ke kawasan longkang berhampiran tempatnya bekerja dekat Kampung Lati, di sini, untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Ibrahim Awang Kecik, 58, dari Kampung Dalam Parit, Meranti, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Sebelum kejadian, mangsa yang sepatutnya memasang atap sebuah kedai makan bersama rakannya, pergi ke kawasan longkang berhampiran untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit penutup longkang berkenaan apabila ia runtuh.

Difahamkan, kepingan konkrit penutup longkang yang baru disiapkan sebulan lalu oleh pihak lain, runtuh selepas mangsa mengalihkan tiang penahannya.


Rakan mangsa, Mohd Rosli Ibrahim, 55, berkata, sebelum kejadian Ibrahim menyuruhnya memulakan kerja membuang dan memasang atap zink di sebuah kedai makan kerana mahu membuang papan lapis di bawah penutup longkang yang tiada kena mengena dengan pekerjaan mereka.


Katanya dia tidak sempat melihat ke mana Ibrahim pergi dan menyedari kehilangannya selepas rakannya itu tidak menyahut panggilannya.

"Selepas beberapa kali memanggil tetapi tiada sahutan, saya mencarinya dan bertanya kepada peniaga daging kira-kira 50 meter dari tempat bekerja.


"Saya memang tidak perasan longkang itu runtuh sehinggalah penduduk kampung yang melalui kawasan itu memberitahu longkang dipenuhi pasir seperti runtuh. "Selepas mengesyaki ada yang tidak kena, saya bersama penduduk kampung menghubungi bomba untuk menggali kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, hancur luluh hatinya apabila mayat rakannya ditemui di bawah runtuhan konkrit penutup longkang dan ditimbus pasir.


Katanya, dia dan Ibrahim sudah tiga hari melakukan kerja baik pulih kedai makan itu dengan menukar zink lama kepada yang baru.


"Penutup longkang konkrit selebar tiga meter itu bukan kami yang buat tetapi pihak lain dan siap sebulan lalu. Saya tidak tahu mengapa arwah tiba-tiba mahu membuang papan lapis di situ kerana ia tiada kena mengena dengan kerja kami.


"Akibatnya, Ibrahim ditimpa kemalangan. Kemungkinan dia ditimpa runtuhan konkrit itu ketika cuba mengalihkan tiang penongkat di bawah kepingan konkrit," katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.43 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.


Katanya lima anggota bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui dalam keadaan terduduk di bawah runtuhan konkrit serta pasir pada jam 10.55 pagi sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tentera Libya lancar Scud ke Misrata

Posted: 23 Aug 2011 08:03 AM PDT

BRUSSELS: Tentera yang masih setia kepada Muammar Gaddafi melancarkan peluru berpandu Scud ke arah Misrata ketika pertempuran sengit berlangsung di Tripoli kelmarin.

Pada awalnya, Nato berkata, tiga Scud dilancarkan tetapi pertubuhan itu mengesahkan hanya satu dilepaskan ke arah kubu kuat pemberontak itu.


Ketua jurucakap Nato, Oana Lungescu, berkata Scud itu dilancarkan dari kawasan Sirte.

"Peluru berpandu itu mendarat di laut atau pantai Misrata dan kami tidak mengetahui sebarang kerosakan atau kematian akibat Scud itu," katanya.


Pada 15 Ogos lalu, Amerika Syarikat dan Nato mendakwa, tentera Gaddafi menggunakan peluru berpandu Scud untuk kali pertama sejak Libya diserang pertubuhan itu pada 19 Mac lalu.


Oana berkata, penggunaan peluru berpandu Scud menjadi ancaman kepada orang awam.

"Ia senjata ganas dan tindakan tentera Libya itu tidak bertanggungjawab," katanya.


Libya dianggarkan memiliki 240 peluru berpandu dalam simpanan.

Menurut majalah mingguan ketenteraan, Jane's Defence Weekly, Scud B yang dimiliki Libya mampu mencapai sasaran kira-kira 300 kilometer. Sementara itu, pertempuran terus berlangsung di Tripoli.


Kata Oana, pertempuran masih terjadi di ibu negara Libya itu dan keadaan masih tidak menentu.


"Tentera Gaddafi mengalami kekalahan teruk tetapi mereka masih dianggap mampu memberi ancaman ketika ini," katanya. - AFP

Bab al-Azizya kena gempur

Posted: 23 Aug 2011 07:59 AM PDT

TRIPOLI: Pemberontak semalam melancarkan serangan besar-besaran ke atas Bab al-Azizya yang menjadi kubu Muammar Gaddafi ketika anak lelaki pemimpin Libya itu muncul menafikan berita penahanannya.

Sebelum itu, pejuang pemberontak memberikan amaran awal untuk meningkatkan serangan dengan sokongan kereta kebal milik tentera yang mereka rampas.


Bunyi tembak-menembak kedengaran memuncak di tengah bandar raya Tripoli sejak pemberontak memasuki ibu negara Libya itu Ahad lalu.

Asap tebal pula kelihatan menjulang dari kompleks berkenaan.


Ketika bunyi tembakan senjata berat dan ringan memenuhi suasana, jet Nato pula melancarkan serangan lebih hebat berbanding beberapa hari lalu.


Bunyi peluru dan bom digugurkan dapat didengar sejauh dua kilometer.

Kumpulan pemberontak pula mundar-mandir di tengah kota menaiki lori dan kereta sejak mereka berjaya memasuki Tripoli dan menguasai stesen televisyen negara.


Walaupun begitu, di sebalik tanggapan bahawa Gaddafi kini hanya menunggu masa untuk tumbang, persoalan sejauh mana tentangan diberikan tentera yang setia kepadanya masih menjadi tanda tanya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menggesa peralihan kuasa di Libya dilakukan secara menyeluruh sambil menuntut Gaddafi menyerah kalah.


"Perjuangan pemberontak masih belum berakhir," katanya.


Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet, berkata situasi konflik di Libya belum berakhir, malah ia masih jauh untuk dicapai.


Imej pemberontak tercalar teruk semalam selepas dakwaan mereka menahan Saif al-Islam dinafikan dengan kemunculan anak Gaddafi itu di khalayak ramai di luar Bab al-Azizya.


Kata Saif al-Islam, 39, Tripoli masih dalam kawalan kerajaan.


"Semua pihak tidak perlu bimbang kerana keadaan Tripoli terkawal.


"Saya berada di sini untuk menafikan pembohongan disebar pemberontak," katanya.


Saif al-Islam juga mendakwa pemberontak mengalami kekalahan teruk apabila mereka melancarkan cubaan pertama menyerbu Bab al-Azizya.


Pemberontak juga menerima tamparan hebat apabila seorang lagi anak Gaddafi, Mohammed, meloloskan diri daripada tahanan rumah. - AFP

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved