Khamis, 7 Julai 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Resah kereta sering dipecah

Posted: 06 Jul 2011 11:31 AM PDT

PETALING JAYA: Penghuni di kawasan Mentari Court, di sini, resah dan bimbang apabila kenderaan yang diparkir sering menjadi sasaran pecah masuk dan kecurian sejak setahun lalu.

Penduduk mendakwa hampir setiap minggu kejadian itu berlaku menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.


Penduduk, Hasliza Abdullah, 25, berkata sejak mendiami Apartmen Mentari Court setahun lalu, sudah dua kali keretanya dipecah masuk dan mengalami kerugian hampir RM2,000.

"Sasaran mereka mencari kereta yang diletakkan di kawasan yang agak jauh dari apartmen. Mereka membuka kenderaan tanpa kedengaran bunyi penggera, namun ada juga cermin kereta dipecah kerana mereka mahu mengambil barangan berharga.


"Bulan lalu, kali kedua kereta saya dipecah masuk dan kehilangan beberapa wang tunai dan radio. Bukan itu saja, cermin kereta turut dipecahkan," katanya.


Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk mendakwa kehadiran warga asing yang semakin padat di situ menjadi punca kes kecurian sering berlaku selain kesesakan kereta yang diparkir sepanjang jalan menyebabkan mereka sukar menyedari kehadiran pencuri.

Pekerja swasta, Amir Hamzah, 35, berharap pihak berkuasa lebih kerap menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan kerana sejak kawasan itu dihuni warga asing dari Indonesia dan Afrika, kejadian kes pecah masuk dan kecurian kenderaan kerap berlaku.


"Bukan hanya pecah masuk kenderaan di sini, namun lebih membimbangkan rumah dijadikan sasaran pencuri yang mahu melarikan beberapa barangan berharga.

"Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, tetapi mengesyaki golongan ini kerana mereka sering berkeliaran di kawasan hadapan rumah terutama pada waktu malam," katanya.


Menurutnya, walaupun menyedari terdedah kepada risiko kecurian, penduduk tiada pilihan kerana kawasan itu menjadi tempat mereka meletakkan kenderaan berikutan kekurangan parkir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Uncle Kamal tak begitu

Posted: 06 Jul 2011 10:19 AM PDT

SHAH ALAM: "Saya tak percaya Uncle Kamal (Kamaruddin Mohammad) akan buat begitu. Saya sudah periksa bilik, memang tidak ada kamera," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, ketika perbicaraan kes pembunuhan ibunya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, semalam.

Erni Dekritawati atau Rita berkata, Kamaruddin, 44, bekerja sebagai pemandu peribadi ibunya sejak tiga tahun lalu seorang yang baik, sering membuat kelakar dan tidak pernah menimbulkan masalah terhadap keluarganya.

"Selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan jangan benarkan Kamal masuk rumah ibu, saya pulang ke rumah. Saya menghubungi rakan ibu, Habishah Bahari dan dia beritahu terima panggilan telefon dari ibu juga. Tidak pernah ibu dan Kamal bergaduh sehingga begitu sekali.

"Timbul syak wasangka di hati kerana saya tidak percaya Kamal akan buat begitu terhadap ibu. Selepas dimaklumkan Habishah berhubung kamera yang didakwa berada dalam bilik ibu, saya terus periksa dan memang tidak ada. Habishah sendiri pun tidak percaya Kamal akan buat begitu," kata Rita ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yussuf.


Menurut Rita, pada malam kejadian iaitu 30 Ogos 2010, iaitu selepas berbuka puasa, dia tidak perasan Sosilawati menghubunginya. Ketika memeriksa telefon bimbit dia mendapati ada SMS dihantar ibunya, namun dia gagal menghubunginya semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Cheryl kemuka pelbagai syarat

Posted: 06 Jul 2011 09:51 AM PDT

LONDON: Ashley Cole dilapor bersetuju terhadap senarai permintaan daripada bekas isteri, Cheryl, yang akan menyaksikan dia berbelanja sehingga 10 juta (RM50 juta) untuk membolehkan dia mengahwininya semula.

Bekas juri X Factor itu yang kini sudah kembali kepada bintang bola sepak berkenaan mendesak dia mengeluarkan wang untuk:

Majlis perkahwinan di luar negara dan bulan madu tanpa dia mengeluarkan perbelanjaan.

Akhbar The Sun semalam melaporkan, Cheryl juga meminta Cole membelikannya cincin yang harganya mesti lebih mahal daripada dua cincin yang tidak lagi dipakainya berikutan kecurangan bintang bola sepak itu.

Kedua-dua cincin berkenaan berharga RM750,000 dan RM800,000.

Cole, 30, pemain pertahanan Chelsea dan England, juga mesti membenarkan ibu mentuanya tinggal bersama mereka.

Menurut The Sun, seorang rakan Cole berkata, Cheryl tidak mahu bertolak-ansur atau berunding mengenai tuntutan itu.

Rakan bintang bola sepak itu berkata: "Jika Cheryl sudah bersedia untuk berdepan dengan orang ramai kerana menerima Cole kembali, dia ingin tahu sama ada bekas suaminya itu sudah bersedia untuk bertindak daripada hanya bercakap.

"Cole tidak mempunyai pilihan. Dia mungkin akan dapat Cheryl kembali tetapi dengan harga yang mahal."

Cole dilapor sudah mula mencari rumah di Los Angeles.

Dia juga dikatakan mencari rumah di Dubai untuk mereka kongsi bersama sebaik dia dan Cheryl, 28, berkahwin semula.

Gambar pertama pasangan itu sejak mereka bercerai dirakam pada majlis hari jadi Cheryl hujung minggu lalu.

Satu sumber berkata: "Keputusan muktamad mengenai mereka berkahwin semula belum dicapai. Mereka tidak tidur bersama. Cole perlu melakukan lebih banyak untuk menambat semula hati Cheryl." - The Sun

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahmoud kecam asing pelajar

Posted: 06 Jul 2011 09:46 AM PDT

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam mengarahkan pembatalan serta-merta rancangan untuk mengasingkan pelajar mengikut jantina di beberapa universiti.

Beliau menyelar rancangan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak bijak.


"Di beberapa universiti, kursus untuk satu jantina dilaksanakan tanpa memikirkan akibatnya," kata Mahmoud dalam surat kepada Menteri Pendidikan Tinggi dan Kesihatan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kak Wati menangis, suami tergesa-gesa

Posted: 06 Jul 2011 12:07 PM PDT

SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.
SAKSI...isteri Ahmad Kamil, Sabrina beri keterangan, semalam.

SHAH ALAM: Isteri peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, suaminya pernah memaklumkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menangis kerana pemandunya bernama Kamal mengugut mahu menyebarkan 'gambar tidak senonoh.'

Sabrina Adnan, 32, yang bertugas di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi berkata, maklumat itu diberitahu Ahmad Kamil dalam perbualan terakhir mereka menerusi panggilan telefon pada kira-kira jam 7.50 malam, 30 Ogos tahun lalu.


"Dia cakap secara tergesa-gesa dan berkata dia tak balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa, dia kata ada masalah... Kak Wati (Sosilawati) menangis. Saya tanya kenapa, dia kata Kamal ugut (Sosilawati) untuk sebarkan gambar tidak senonoh.

"Jadi, dia nak tolong Sosilawati. Dia mahu selesaikan dalam tempoh tiga hari. Saya tanya dia nak ke mana, tetapi dia tidak jawab," kata Sabrina.


Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Ahmad Kamil, 32, pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44 atau nama panggilannya Kamal serta pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.


Sabrina yang juga saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, suaminya bercakap dengan nada tersekat-sekat, cepat dan tergesa-gesa serta tidak menjawab soalannya dalam perbualan telefon selama antara dua dan tiga minit itu.

Menurutnya, dia juga ada mendengar suara latar lelaki yang kedengaran garau ketika bercakap dengan Ahmad Kamil, tetapi tidak dapat memastikan bahasa yang dituturkan individu itu sebelum suaminya memutuskan panggilan itu.


Sabrina berkata, selepas panggilan terakhir itu, dia cuba menghubungi suaminya antara lima hingga enam kali, tetapi tidak berjaya dan panggilannya masuk ke dalam peti pesanan suara.

Katanya, dia juga menghubungi suaminya setiap hari sehingga membuat laporan di Balai Polis Brickfields di Kuala Lumpur, berhubung kehilangan Ahmad Kamil pada 3 September tahun lalu.


Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam Manjeet Singh, Sabrina berkata dia tidak mendedahkan identiti Sosilawati dan hanya menyatakan 'anak guam' suaminya dalam laporan polis kerana tidak mahu dikatakan sebagai 'pembawa mulut'.


Selain itu, katanya, dalam perbualan terakhir suaminya juga menyatakan akan menyelesaikan isu gambar itu dan oleh itu, dia beranggapan memaklumkan identiti Sosilawati sebagai anak guam suaminya sudah memadai.


Ketika disoal balas peguam, Amer Hamzah Arshad, saksi sama berkata, Ahmad Kamil ada menyebut 'mereka' akan memberi duit bagi mengelakkan gambar yang dikatakan tidak senonoh itu daripada tersebar.


Dia berkata, berdasarkan pemahaman daripada percakapan suaminya, dia beranggapan perkara itu membabitkan peras ugut.


Menurutnya, dia juga tidak mencuba untuk mencari Ahmad Kamil selepas perbualan telefon itu kerana berpegang kepada kata suaminya akan pulang tiga hari lagi selepas menyelesaikan masalah dihadapi Sosilawati itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tembak mati penyerang

Posted: 06 Jul 2011 11:57 AM PDT

CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat.
CEDERA...Rosita cedera terkena peluru sesat.

SHAH ALAM: Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.

Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.

Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.


"Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.


"Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis," katanya.

Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.


Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.

Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.


Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.


"Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.


"Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian," katanya.


Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.


Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.


Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.


Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.


"Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Avramovic optimis

Posted: 06 Jul 2011 11:23 AM PDT

SELEPAS mengintip kekuatan Malaysia menentang Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yakin beliau memiliki strategi terbaik bagi meranapkan impian anak buah Datuk K Rajagobal untuk mara ke pusingan seterusnya.

Katanya, secara tradisi pertembungan Malaysia dengan Singapura pasti sengit tidak kira dalam apa jua pertandingan dan beliau menjangkakan situasi sama terjadi pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.


"Perlawanan itu akan mencetuskan satu suasana hebat dan akan mengembalikan memori sebelum ini, namun ia sudah berlalu. Ini adalah saingan kelayakan Piala Dunia dan kami mahu layak ke pusingan ketiga sekali lagi," katanya sebagai memetik laporan laman web Today Online semalam.

Berdasarkan rekod pertembungan di pusingan kelayakan Piala Dunia oleh Fifa, kedua-dua negara ini pernah bertemu tiga kali dengan dua daripadanya memihak kepada Singapura pada 1977 dan 1989.


Sebagai persiapan menghadapi skuad Harimau Malaya, Avramovic, 61, semalam mengumumkan senarai 25 pemain untuk menjalani latihan pusat yang bermula 14 Julai ini.


Namun rata-rata pemain yang masih mendapat tempat dalam skuad itu adalah muka-muka lama memandangkan beliau tidak memiliki masa untuk menguji pemain baru.

Apa yang penting baginya, pasukannya tidak mengalami masalah sama seperti yang dialami rakan sejawatnya, Rajagobal yang dihimpit masalah kecederaan pemain.


"Ini adalah 25 pemain terbaik yang kami ada dan saya tidak memanggil ramai pemain baru kerana tidak mempunyai masa untuk menguji mereka. Saya cuma berharap kami tidak berdepan sebarang masalah kecederaan apabila bertemu Malaysia," jelas Avramovic.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan itu, Singapura masih menagih khidmat pemain luar yang diberikan hak kerakyatan iaitu Qiu Li dan Shi Jiayi (China), Bennett Daniel Mark (England) Aleksandar Duric dan Mustafic Fahrudin (Serbia).


Bagaimanapun penyerang kelahiran Nigeria, Agu Casmir dan juga bintang tempatan, Mohamed Noh Alam Shah tidak berada dalam senarai kali ini.


Apa yang memeningkan kepala Avramovic apabila kedudukan kapten skuad Singa itu, Shahril Ishak masih dalam tanda tanya selepas dia beraksi dalam liga haram Indonesia bersama kelab Medan Chiefs yang berkemungkinan berdepan tindakan Fifa.


Selepas aksi pertama di Singapura, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini untuk mencari tempat beraksi di peringkat kumpulan.


Singapura mendapat bye pada pusingan pertama manakala Malaysia mengatasi Taiwan menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 4-4.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FAM belum putus hasrat Young Lions

Posted: 06 Jul 2011 11:19 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengesahkan kedudukan pasukan bawah 23 tahun Singapura, Young Lions yang sebelum ini dilaporkan berhajat menyertai Liga Super musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sebarang keputusan hanya akan diketahui selepas mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah, Selasa ini.


"Tunggu sidang media selepas mesyuarat Exco FAM, pengumuman akan dibuat mungkin ada kaitan dengan soalan yang diajukan tadi (mengenai penyertaan Young Liong dalam Liga Super)," katanya.

Berdasarkan laporan The New Paper dari Singapura baru-baru ini, ada usaha untuk menempatkan skuad Young Lions negara itu ke dalam kancah liga tempatan selepas 17 tahun negara jiran itu menarik diri daripada menyertai Piala Malaysia sebaik muncul juara buat kali ke-24 pada 1994.


Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) difahamkan akan mengadakan perbincangan dengan FAM mengenai cadangan itu.


Skuad Young Lions dibimbing jurulatih Robin Chitrakar beraksi dalam Liga Singapura bagaimanapun mereka terkandas di pusingan awal kelayakan Olimpik London 2012 selepas tumpas kepada Yaman dengan agregat 3-0.

Sementara itu, Azzuddin yang ditemui pada majlis pengumuman syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai syarikat penerbangan rasmi Chelsea bagi Jelajah Asia 2011 turut memaklumkan pihaknya sudah menghubungi FAS untuk memohon peruntukan tiket bagi penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.


Beliau berkata, FAM berusaha mendapatkan 3,000 tiket bagi penyokong Harimau Malaya menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal menentang Singapura di Stadium Jalan Besar yang hanya mempunyai kapasiti 6,000 penonton saja.

"Stadium itu hanya boleh memuatkan 6,000 penonton dan agak sukar untuk mereka (FAS) memenuhi permintaan kita. Tapi saya harap mereka dapat mempertimbangkan permintaan sebanyak 50 peratus tiket untuk penyokong Malaysia," katanya.


Azzuddin sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MAS sebagai syarikat penerbangan rasmi Chelsea yang akan bertandang ke Kuala Lumpur pada 17 Julai ini sebelum mengadakan pertemuan dengan skuad Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai.


Majlis itu dihadiri Pengarah Urusan MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, Naib Presiden Eksekutif, Strategi Komersial MAS, Datuk Dr Amin Khan, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam dan Pengarah Urusannya, San Boon Wah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Fazura tak kenal Neelofa

Posted: 06 Jul 2011 07:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SESUDAH Nur Kasih, drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima disebut-sebut akan mencetuskan fenomena luar biasa. Namun belum lagi ia ditayangkan kepada penonton, sudah terbit cerita panas mengaitkan dua pelakon jelita drama itu.

Giliran Syafiq berkarya

Posted: 06 Jul 2011 05:17 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]FILEM terbitan Skop Productions Sdn Bhd banyak mencatat sejarah dalam industri filem tempatan membabitkan kutipan tiket hingga menjadi penanda aras kepada perkembangan industri.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved