Sabtu, 22 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


MPSJ saman isu jual hotel

Posted: 21 Sep 2012 01:07 PM PDT

SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan undang-undang ke atas Mayland Valiant Sdn Bhd (Mayland Valiant) berhubung isu bangunan Hotel Grand Dorsett Subang yang dijual untuk membangunkan perumahan.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, sebelum ini pihaknya sudah meluluskan projek pembangunan yang membabitkan cadangan tambahan dan pengubahsuaian sebahagian bangunan terbabit, namun pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai penjualan hotel itu kepada individu.


"Kami akan memohon untuk satu deklarasi bahawa Kebenaran Merancang bertarikh 5 Oktober 2010 yang diberikan kepada defendan adalah untuk kegunaan hotel semata-mata.

"Satu injunksi bagi menahan mereka daripada menggunakan atau membenarkan kawasan itu dimajukan sebagai kawasan perumahan turut di pohon," katanya di sini, semalam.


Asmawi berkata, pihaknya sudah menghantar surat saman kepada Mayland Valiant pada 14 September lalu.


Menurutnya, pengurusan kes itu ditetapkan oleh mahkamah pada 24 September ini sambil memohon pihak terbabit dan orang ramai dapat memberikan kerjasama serta menunggu keputusan mahkamah.

Mengulas perkara sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yoeh berkata, penduduk kawasan itu tidak bersetuju dengan idea pembangunan yang mengubah persekitaran kawasan dan menyebabkan ketidakselesaan.


Beliau berharap supaya mahkamah memberikan keputusan adil bagi menjamin kesejahteraan di kawasan berkenaan di samping dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


JKM Hulu Langat kesan dua waris bayi

Posted: 21 Sep 2012 01:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat meminta bantuan orang ramai mengesan waris dua bayi yang ditinggalkan di hospital ketika menjalani rawatan kesihatan.

Kedua-dua bayi yang belum diberi nama itu akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berdaftar di bawah JKM jika tidak dituntut mana-mana ahli keluarga mereka.


Bayi pertama yang dilahirkan pramatang di Hospital Kajang pada 17 Mac lalu ditinggalkan ibunya yang dikenali sebagai Fasa, seorang warga Indonesia selepas anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, pihak JKM Hulu Langat sudah berulang kali menghubungi ibu bayi berkenaan melalui nombor telefon yang didaftarkan ketika bersalin, namun talian itu tidak aktif.


Seorang lagi bayi ditinggalkan ibunya di Hospital Serdang pada 28 Jun lalu selepas dilahirkan di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, di sini.


Ibu bayi berkenaan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sri Rahayu, nombor pasport AR5664256 dan alamat terakhirnya di B-4-05, Jalan 6/2, Seri Cempaka Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau waris yang ingin menuntut kedua-dua bayi berkenaan boleh menghubungi Penjaga JKM Hulu Langat, Rohaidah Omar di talian 03-87378007.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pakej mandi buih naga

Posted: 21 Sep 2012 01:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai 'mandian buih naga'.

Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.

Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Rugi RM10 bilion

Posted: 21 Sep 2012 01:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat pelaburan emas berpangkalan di luar negara termasuk di Panama, Geneva dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dikesan menjadikan golongan kenamaan dan berpengaruh di negara ini termasuk mereka yang bergelar Datuk Seri sebagai mangsa penipuan dengan nilai kerugian keseluruhan lebih RM10 bilion.

Tanpa sebarang lesen atau pendaftaran perniagaan, dengan jumlah pelaburan antara RM4 juta hingga RM36 juta, rangkaian perniagaan terbabit turut mensasarkan syarikat berkaitan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu dengan jumlah pelaburan antara RM4 juta dan RM36 juta.

Taktik mengaut keuntungan mudah itu dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan daripada ejen berkaitan selepas mereka menanggung kerugian disebabkan kegagalan mendapatkan 'habuan' seperti dijanjikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Rodriguez idam watak Catwoman

Posted: 21 Sep 2012 07:29 AM PDT

LASAK dan seksi. Itulah dua perkataan terbaik bagi menggambarkan aktres Michelle Rodriguez, 34, kalau kita melihat dia di layar perak.

Bagaimanapun selepas penulis sendiri bertentang mata dengan dengan pelakon itu, dua lagi perkataan harus ditambah kepada dirinya iaitu... peramah dan imaginatif.

Michelle ditemui Harian Metro dalam rangka promosi filem terbarunya, Resident Evil: Retribution di Cancun, Mexico, tidak lama dulu. Pertemuan eksklusif itu diaturkan Sony Pictures Releasing International yang membawa wakil media dari seluruh dunia bersantai di pantai peranginan itu yang terdampar di perairan Caribbean.

Dalam pertemuan pada hari itu, Rodriguez, 34, hanya muncul dalam gaya ringkas dan ranggi. Pun begitu kejelitaannya masih terpancar memandangkan dia datang dari keturunan Latin yang selalunya dizahirkan dengan raut wajah eksotik.


Pemilik nama sebenar Mayte Michelle Rodriguez ini dilahirkan pada 12 Julai 1978 di San Antonio, Texas. Ibunya anak jati Republik Dominica manakala ayahnya pula anggota tentera Amerika Syarikat yang berasal dari Puerto Rico.


Rodriguez mula mendapat perhatian dalam dunia hiburan selepas membintangi filem Girlfight pada 2000. Setahun kemudian, dia muncul dalam filem aksi terkenal The Fast and the Furious.

Seterusnya, Rodriguez membintangi beberapa lagi filem besar seperti Resident Evil, S.W.A.T, Machete dan Battle: Los Angeles. Bagaimanapun salah satu lakonannya yang paling diingati jutaan peminat adalah dalam karya sains-fiksyen terhebat, Avatar arahan James Cameron. Selain itu, dia turut dikenali dengan wataknya sebagai Ana Lucia Cortez dalam siri TV, Lost. Kini, Rodriguez kembali ke layar perak sebagai Rain Ocampo dalam Resident Evil: Retribution arahan Paul W S Anderson yang turut dilakonkan Milla Jovovich.

Ikuti wawancara sekumpulan wartawan antarabangsa termasuk Harian Metro bersama Rodriguez dalam sesi previu di Mexico.

WARTAWAN: Kenapa anda dilihat lebih banyak berlakon filem komersial. Tidak inginkan sebarang perubahan?

RODRIGUEZ: Saya memang teringin mencuba sesuatu yang berbeza dalam lakonan sebagai contoh, membintangi filem bercorak indie atau artistik, namun buat masa ini saya lebih suka filem yang bercorak komersial. Dengan erti kata lain, saya lebih suka kalau lakonan saya - walaupun hanya lima saat - diingati dan ditatap oleh jutaan penonton. Saya lebih puas kalau lakonan saya membuatkan kanak-kanak contohnya, menjadi lebih kuat (semangat) selepas menonton lakonan saya itu.

Betul, saya selalu berlakon filem komersial, tapi pada masa yang sama, saya juga mengikuti perkembangan Academy Awards dan sukakan filem yang bertema berat. Malah, kadang-kadang saya tersentuh dan menangis apabila melihat sesetengah karya yang hebat. Namun, buat apa lakonan saya hanya ditatap lima orang saja kalau saya berlakon filem bercorak indie.

W: Apa yang anda lihat pada perkembangan filem aksi zaman ini?

R: Sekarang saya gembira kerana penulis skrip dan produser pada zaman sekarang memberi lebih ruang kepada pelakon wanita untuk menonjolkan diri sebagai wira dalam filem dan bersemangat kental. Mungkin dulu kita lihat zaman Arnold Schwarzenegger, Sylvester Stallone atau Vin Diesel menyelamatkan wanita, tapi sekarang watak hero untuk wanita semakin banyak. Ia perkembangan yang bagus. Saya tak suka jadi wanita lemah, hidup hanya bergelumang kasut tumit tinggi dan bermati-matian hanya kerana seorang lelaki. Tolonglah, saya bukan jenis itu... (terus ketawa)

W: Anda rasa anda sudah sampai ke tahap boleh memilih watak?

R: Kalau ikutkan, sudah lama saya melalui fasa itu. Saya rasa saya boleh memilih atau menolak watak yang ditawarkan kepada saya, namun apa pun, hati saya lebih cenderung kepada filem lasak, menonjolkan teknologi dan bersifat futuristik kerana saya kuat berkhayal. Rasa-rasanya tidak ada orang lain yang ada imaginasi seperti saya. Mungkin satu hari nanti saya boleh menulis karya yang berdasarkan imaginasi saya sendiri untuk dikongsi dengan penonton.

  • (Ketika wawancara sedang rancak berlangsung di tepian pantai pada petang itu, tiba-tiba angin ribut melintas lalu tiang kecil 'spotlight' terbalik menimpa meja. Namun, mujurlah semua wartawan dan Rodriguez tidak tercedera)
  • R: Saya OK, saya OK. Anda semua OK? Wow, inilah Caribbean. Cuacanya kadangkala sukar diramal (menarik nafas panjang). Baiklah, kita sambung cerita...

    W: Baiklah, ada calon pengarah yang teringin anda bekerja?

    R: Saya teringin bekerja dengan pengarah asal filem The Girl with the Dragon Tattoo dalam versi Sweden, Niels Arden Oplev. Saya pernah sekali berjumpa dengannya dan suka dengan cara pemikirannya. Dia tidak melihat perbezaan antara kuasa antara lelaki dan wanita. Bagi saya secara peribadi, wanita tidak perlu menjadi mangsa rogol dulu baru menjadi seorang yang kuat. Saya juga sukakan cara pengarahan Quentin Tarantino.

    W: Bagaimana pula dengan watak idaman?

    R: Kalau anda nak tahu, saya betul-betul teringin melakonkan peranan Catwoman, tapi dalam cara saya sendiri. Itu watak idaman saya sejak kecil lagi. Catwoman ibarat serigala yang keseorangan, tapi sangat licik. Dia seorang yang bijak mengambil kesempatan, tapi cukup seksi. Saya suka watak yang masih menonjolkan kewanitaan dalam keadaan yang tangkas. Terus terang, Saya suka jadi seksi dalam keadaan gagah.

    W: Bagaimana dengan Resident Evil terbaru. Boleh kongsi pengalaman anda?

    R: Saya gembira kerana kembali semula dalam sekuel kali ini. Inilah juga kali kedua saya menjalani penggambaran di luar Amerika Syarikat selepas dulu terbabit di Berlin. Saya berseloroh kepada Paul, dulu saya sudah kena 'tembak' dan sekarang anda kena aktifkan saya semula. Dia kata itu bukan masalah. Bagi saya, Paul tahu apa yang dia henak dan sangat hebat. Dengan bentuk filem 3D juga, kami kena lebih teliti sebab semuanya akan nampak pada skrin besar. Cara lakonan dan babak pertarungan juga kena tepat agar kadar jarak kedalaman tidak menampakkan kecacatan. Bagi saya Paul seorang pengarah yang taktikal.

    W: Gembira dapat berlakon dengan Milla (Jovovich)?

    R: Oh ya. Sangat gembira. Milla terpaksa berlatih lebih banyak babak aksi berbanding saya. Saya lebih mudah, cuma berlatih dua minggu saja sebelum penggambaran. Saya nampak Milla sangat bekerja keras untuk filem ini dan sekarang inilah kami... sudah mula sibuk membuat promosi.

    W: Apakah agaknya situasi yang biasanya membuatkan anda sedih?

    R: Ketidakadilan. Lebih-lebih kalau memandang muka orang yang menjadi dalang kepada sesuatu kejahatan dan penindasan. Ia benar-benar membuatkan saya rasa sedih, geram, marah dan 'terbakar'.

    W: Anda sanggup berkorban demi cinta?

    R: Saya hanya akan berikan kepada sesuatu kepada orang kalau saya sendiri sudah menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin saya kedengaran macam seorang yang idealistik dalam soal cinta, tetapi pengorbanan itu bagi saya biarlah berpada-pada (senyum).

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/21


Haida aktif semula

Posted: 21 Sep 2012 07:08 AM PDT

HAMPIR tidak kenal pada wajah ini. Berbanding kemunculannya sedekad yang lalu, penampilan baru wanita ini jauh lebih mengancam!

Masih belum dapat meneka siapakah gerangan wanita ini? Wajahnya pernah menghiasi klip video Zapin Usik Mengusik, dendangan bersama kumpulan Senario sekitar 1998 dulu.

Sekian lama lama menyepi, Noor Haida Mohd Idris atau memilih Haida sebagai nama pentasnya kembali untuk menggegarkan persada seni suara selepas hampir lapan tahun mengasingkan diri dari dunia glamor demi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Bertekad untuk kembali aktif, apatah lagi dirinya kini bukan lagi di bawah tanggungan suami apabila secara sah berpisah pada April 2011, Haida perlu mencari rezeki demi masa depannya.


Lantas, dunia nyanyian terus menjadi pilihan lantaran minat menyanyi sekian lama yang sekian terpahat dalam jiwa penyanyi berusia 31 tahun itu.


"Bukan tidak ada pekerjaan lain, cuma cinta saya pada bidang nyanyian tidak pernah padam sekalipun sedikit masa lalu kurang aktif.

"Memilih untuk kembali aktif menyanyi, bukan didorong kehendak diri saja malah ramai teman-teman dan mereka yang menyokong kerjaya seni saya sejak dulu bertanya bilakah saya mahu merakamkan album semula.

"Bukan syok sendiri, akan tetapi terfikir juga apa salahnya mencuba. Mana tahu, kemunculan kali ini lebih membawa sinar kerana dulu saya berkahwin muda dan tidak sempat untuk melihat kerjaya muzik berkembang," katanya.

Haida menamatkan zaman bujang dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya pada 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Al Hafiz Aminuddin, yang kini berusia tujuh tahun.

Tidak menafikan, ada yang cuba memperlekehkan usahanya bergiat aktif semula namun, Haida enggan melihat cemuhan itu sebagai pematah semangat.

Merencanakan sebuah single baru, Lima Tahun Saja, lagu ciptaan Panji, komposer dari seberang itu, diharap dapat menjadi sandaran untuk kembali dikenali. Tambahan pula, bukan sedikit pelaburan dilakukan dan ia menelan kos RM20,000.

"Saya sering mengikuti perkembangan Panji dan sudah lama memasang angan untuk bekerjasama dengannya. Saya sukakan karyanya yang mesra pendengar dan kebanyakan lagunya mendapat sambutan hangat.

"Untuk mendapatkan khidmatnya, saya melalui jalan sukar pada awalnya namun mujurlah dengan bantuan seorang kawan akhirnya saya dapat berhubung dengan Panji.

"Bermula awal tahun lalu kami banyak berbincang menerusi BBM. Saya juga ada menghantar rakaman suara dan kemudian barulah dia menghasilkan lagu bersesuaian dengan vokal saya.

"Sesudah lagu disiapkan, saya diminta terbang ke Bandung untuk menjalani rakaman di sana. Sejumlah wang yang besar saya laburkan untuk satu single ini iaitu RM20,000, tetapi mendengarkan semula hasilnya saya berpuas hati," katanya menandatangani kontrak di bawah pengurusan Indigital Sdn Bhd selama tahun.

Ditemui di majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, baru-baru ini, hati wanitanya turut diselami apabila dilaporkan gagal mendapatkan hak penjagaan anak sebaliknya hak itu diserahkan kepada bekas suami.

Berasa sedih dengan ketetapan itu pada mulanya, namun dia akur kerana penting baginya mendahulukan perasaan anak berbanding dirinya sendiri.

"Saya yang mengandungkannya sembilan bulan sepuluh hari dan saya yang melalui kesakitan melahirkannya, sudah tentulah saya berasa terkesan apabila terpaksa berjauhan dengan anak.

"Tetapi perasaan saya tidak lagi penting, mengenangkan Hafiz rapat dengan ayahnya, saya berkorban. Lagipun, bekas suami tidak pernah menghalang saya bertemu Hafiz pada bila-bila yang saya suka.

"Yang penting, adalah kebahagiaan Hafiz dan saya yakin dia dalam keadaan yang baik di bawah penjagaan ayahnya. Sekiranya dia bahagia, saya pun turut berasa bahagia.

"Sebagai ibu saya tidak pernah lepas tangan dan memastikan segala keperluan Hafiz dilaksanakan dengan baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/21


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


21 tahun dirantai

Posted: 21 Sep 2012 09:32 AM PDT

NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.

Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.

Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.


Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


"Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah," katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.

"Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya," katanya.

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

"Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya," katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.

"Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Puteri Sultan Brunei kahwin staf Pejabat Perdana Menteri

Posted: 21 Sep 2012 09:29 AM PDT

BANDAR SERI BEGAWAN: Anak perempuan Sultan Brunei dinikahkan dengan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub dalam majlis penuh meriah di istana, semalam.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, adalah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Pengiran Anak Saleha.

Pengiran Muhammad Ruzaini, 29, melafazkan ijab kabul di depan ahli keluarga dan tetamu jemputan.

Kedua-dua mempelai adalah kakitangan kerajaan dengan Puteri Hafizah - memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan - bekerja di Kementerian Kewangan, manakala suaminya di Pejabat Perdana Menteri.


Sultan Hassanal Bolkiah juga bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan di negara kecil tetapi kaya itu.


Baginda mempunyai 12 anak, termasuk lima lelaki, hasil tiga perkahwinan. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


KOM perlu lebih telus

Posted: 21 Sep 2012 01:49 PM PDT

"SEGALA hasil siasatan perlu didedahkan dan tidak boleh disembunyikan," itu tegas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar berhubung laporan lengkap mengenai hasil siasatan membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, semalam.

Bagaimanapun, bukan tugas MOM mendedahkan isi laporan itu biarpun beliau turut menerima laporan itu.


"Mengapa perlu disorok keputusan laporan itu. Ia perlu dimaklumkan kepada semua pihak kerana mereka pasti tertunggu-tunggu dan mahu mengetahui keputusan hasil siasatan," katanya.

Namun, hanya presiden iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim yang berhak memaklumkan perkara itu. Katanya, MOM hanya membantu untuk menyediakan proses penyiasatan dan segala urusan atau keputusan terpulang kepada presiden untuk memutuskannya. Terdahulu satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengumpul fakta mengenai isu doping membabitkan atlet olahraga pada Sukan Sea Indonesia selain isu enam atlet lari daripada ujian doping yang menggemparkan sukan tanah air dan kedua-dua kes itu dikaitkan dengan Karim.


Dalam siasatan itu, Karim turut disiasat berhubung petisyen 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga yang diserahkan kepada Shahidan 13 Februari lalu atas arahan MOM bagi meredakan kemelut yang melanda KOM. Namun hingga semalam, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Shahidan yang mengesahkan Karim tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Boleh rujuk FAM

Posted: 21 Sep 2012 09:46 AM PDT

PETER James Butler masih mempunyai ruang memperoleh keadilan sekiranya berasa dirinya teraniaya.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali Terengganu itu boleh merujuk kepada badan induk bola negara itu andai tidak puas hati berhubung hukumannya.


"Beliau harus diberi peluang oleh persatuan untuk merayu dalam tempoh tertentu. Namun andai selepas itu masih tidak puas hati barulah boleh merujuk kepada FAM menerusi Jawatankuasa Status yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan," katanya semalam.

Menurut Hamidin, pengendali bangsa Inggeris itu boleh membawa ke mahkamah timbang tara.


Butler sebelum ini digantung enam bulan, denda RM4,OOO dan dipotong 15 peratus gaji bulan depan kerana membuat kenyataan kepada media mengenai masalah disiplin dua pemain dan insiden menolak penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.


Namun situasi makin mengelirukan apabila kontrak Butler mungkin ditamatkan berikutan syarat yang menyatakan beliau tidak boleh dikenakan hukuman gantung melebihi sebulan.

Insiden membabitkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) wajar ditangani dengan baik kerana turut membabitkan imej bola sepak negara dan Hamidin mengaku pihaknya memantau perkembangan terbabit.


Sementara itu, Hamidin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menegaskan beberapa peraturan baru akan diperkenalkan musim depan.

"Bermula musim depan mana-mana pasukan yang didapati tidak mempamerkan semangat kesukanan boleh dipanggil dan dikenakan tindakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved