Sabtu, 29 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Korban’ projek lebuh raya

Posted: 28 Sep 2012 03:31 PM PDT

SELAYANG: Orang ramai yang mendiami kawasan berhampiran projek pembinaan lebuh raya menghubungkan Bandar Baru Selayang ke Bukit Boyan dan Jalan Sungai Tua, di sini, mula bimbang dengan projek itu yang sudah 'mengorbankan' banyak tumbuhan hijau dan menarah sebahagian bukit di situ.

Berdasarkan maklumat yang tertera pada papan tanda, projek lebuh raya itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya Selangor dengan melantik Jurumart Sdn Bhd sebagai kontraktor.


Bagaimanapun, projek yang bermula 15 Mac lalu dan dijangka siap pada 25 September tahun depan itu menyebabkan sebahagian bukit di Bandar Baru Selayang ditarah sehingga berlaku hakisan dan pergerakan tanah.

Lebih membimbangkan, kesan pergerakan tanah mula berlaku apabila sebatang pokok besar jatuh dan menghempap dua rumah di Jalan 2/20D menyebabkan kerosakan harta benda penduduk di situ.


Penduduk, Mazuwin Haniza Mohamed Sani, 42, berkata, kejadian itu berlaku pada 20 September lalu jam 4 petang apabila sebatang pokok jatuh ke halaman rumahnya dan menimpa kereta serta atap rumah.


"Biasanya setiap petang saya membiarkan anak bermain di halaman rumah. Alhamdulillah pada hari berkenaan, saya terlalu penat manakala anak pula tidur menyebabkan kami hanya berada dalam rumah.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dan rumah bergegar seketika sebelum melihat sebatang pokok besar jatuh di halaman rumah," katanya.


Kejadian itu menyebabkan Mazuwin sekeluarga mengalami kerugian lebih RM100,000 akibat kerosakan pada tiga kenderaan, atap di hadapan rumah tertanggal dan kerosakan pada dinding rumah.

Sementara itu, Adun Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, terdapat aliran dan takungan air berlaku di kawasan tapak projek.


"Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku di sini. Dalam hal ini, pihak berkuasa baik JKR mahupun MPS perlu memantau kontraktor secara berterusan bagi memastikan setiap projek besar yang dijalankan tidak mengancam keselamatan awam.


"Saya akan membawa perkara ini ke pihak atasan dan meminta JKR menghentikan projek terbabit sementara waktu dan mengarahkan kontraktor melakukan kerja pengukuhan tebing serta membina benteng berhampiran kawasan perumahan penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Diskaun 25 peratus cukai taksiran MPAJ

Posted: 28 Sep 2012 03:28 PM PDT

AMPANG: Pemilik pangsapuri kos rendah di Selangor akan menerima diskaun 25 peratus kadar cukai taksiran bermula 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berkata, antara syarat yang perlu dipenuhi termasuk pemilik premis berkenaan tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran.


"Pemilik mesti pemastautin atau mendiami pangsapuri berkenaan dan waris juga layak mendapat diskaun.

"Selain itu, hak milik strata mesti dikemukakan sebagai bukti dokumen pemilikan rumah untuk mendapat perakuan sah pemastautin daripada pihak berkuasa seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Pesuruhjaya Bangunan (COB) atau Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPAJ, di sini, semalam.


Abdul Hamid berkata, bagi pemilik yang sudah membayar cukai taksiran tahun ini sepenuhnya, pemberian diskaun itu dibawa ke penggal pertama tahun depan.


"Keistimewaan ini diberikan bagi mengurangkan beban hidup penduduk di kawasan perumahan kos rendah," katanya.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya menerima RM6.4 juta cukai taksiran tahunan daripada kadar biasa yang dikenakan kepada penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Elfira cabar diri di Afrika

Posted: 28 Sep 2012 06:53 AM PDT

BELUMPUN sempat beradu nasib, kewujudannya dalam deretan nama 30 selebriti tempatan yang menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia, bagai dipertikai.

Pertikaian yang tercetus langsung tidak membabitkan popularitinya kerana ternyata pemilik nama Nurul Elfira Loy itu sudah dikenali, dan tidak keterlaluan menyifatkan pembabitan gadis itu mampu menarik kelompok penonton remaja yang menjadi pengikut setianya selama ini.

Komentar mengatakan dia tidak layak, bersifat peribadi ekoran saiz tubuh gadis cantik itu yang genit sehingga kemampuannya diperlekehkan tanpa dia diberi peluang beradu nasib.

"Saya sedar ramai yang terkejut apabila saya terpilih menjadi salah seorang selebriti yang menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia. Pendapat mereka itu sebenarnya tidak membuatkan saya 'down', akan tetapi ia melonjakkan lagi keinginan saya untuk mencuba.


"Berdasarkan pengamatan saya menerusi siri Fear Factor sebelum ini, saya tahu cabaran yang harus ditempuhi peserta tidak mudah. Tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Paling tinggi sasaran saya hanya mahu ke peringkat final.


"Mungkin orang nampak saya begini (kecil) dan lembut, tetapi saya sebenarnya seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan mampu mencabar diri," katanya.

Bakal bergandingan dengan Ajak daripada kumpulan Shiro (Raja Lawak) sebagai sebuah pasukan, duta produk kecantikan Maybelline itu turut ditanya apakah pembabitannya menerusi program berkenaan sebagai melangsaikan komitmen dengan Astro lantaran dia dilantik sebagai Wajah Eksklusif Astro.

"Sewaktu saya ditawarkan menyertai pertandingan ini oleh pihak Astro, tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju kerana saya mahu mencuba. Saya tidak pernah tahu bahawa pembabitan saya menerusi program ini boleh mengurangkan baki 'jam' atau komitmen saya dengan Astro sebagaimana tertera dalam kontrak Wajah Eksklusif Astro.

"Untung untuk saya sebenarnya apabila dimaklumkan pembabitan ini diambil kira sebagai tempoh waktu bekerja dengan Astro. Sambil-sambil saya ingin melakukan perkara yang saya suka, saya juga bekerja," katanya.

Mengenai pemilihan Ajak atau nama sebenarnya Mohammad Hanaffi Razak, 26, sebagai pasangan, Elfira berkata, mereka saling mengenali memandangkan sama-sama menaungi Astro.

"Semasa saya mendapat tawaran Fear Factor Malaysia, hanya dua peserta saja yang saya tahu ketika itu iaitu abang Ajak dan Jehan Miskin. Memandangkan saya dan abang Ajak saling kenal serta sama-sama menaungi Astro, jadi saya mengajak dia untuk menjadi rakan sepasukan," katanya.

Berbicara soal cabaran bakal ditempuhi antara satu lagi tarikan yang membuatkan si manis berusia 19 tahun yang melonjak menerusi drama bersiri Qalesya ini menyatakan persetujuannya.

Ujar Elfira, dia tidak begitu takut pada binatang walaupun ada beberapa jenis tidak disukainya. Namun paling meloyakan ketika menonton siri Fear Factor yang mempunyai francais di merata dunia adalah cabaran memakan makanan berupa organ haiwan dan binatang buas.

"Apa yang menyeronokkan mengenai Fear Factor Malaysia, peserta tidak akan berdepan dengan cabaran yang memerlukan kami makan makanan eksotik boleh membawa kesan kepada tubuh badan.

"Yang pasti, saya difahamkan akan ada cabaran membabitkan laut, kawasan tinggi termasuk binatang buas memandangkan penggambaran program ini dilakukan di Afrika. Saya akan berangkat ke sana pada 22 Oktober dan jika mampu bertahan sampai peringkat final, saya akan berada di sana sehingga 16 November," katanya.

Sempena keberangkatan nanti, Elfira bakal mengubati rindu peminat dengan kemunculan sebuah drama dinanti ramai, Dalam Hati Ada Taman yang dibintangi bersama aktor kacak dari seberang, Randy Pangalila. Drama bersiri 13 episod arahan Michael Ang itu akan bersiaran pada 29 Oktober.

Gandingan Elfira dan Randy menerusi drama itu bukanlah yang pertama kerana sebelum ini mereka pernah menjadi pasangan kekasih dalam sebuah cereka dengan judul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Gara-gara Elfira masih lagi menjadi bintang pilihan untuk digandingkan dengan pelakon remaja terkenal Indonesia itu, khabarnya mengundang cemburu pelakon remaja (perempuan) di negara ini.

"Dulu saya meminati Randy kerana lakonannya menerusi Cinta Kirana. Sampaikan masa 'shooting' dengan Michael Ang, jika ada masa terluang saya minta buka drama itu kerana saya dan mama mengikuti siri berkenaan.

"Michael yang turut menonton bersama kami memuji lakonan Randy dan berkata pada saya, mana tahu suatu hari nanti dapat berlakon dengan dia. Tup-tup! Atas usaha Michael juga, saya dapat berlakon dengan Randy dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

"Bertitik-tolak daripada gandingan itu, Astro khabarnya menerima maklum balas sangat positif sehingga peminat dan penonton sendiri memberi cadangan agar drama seterusnya membabitkan kami berdua.

"Sebagai memenuhi permintaan pelanggan, maka lahirlah drama Dalam Hati Ada Taman. Berbanding pengalaman pertama, ternyata gandingan kali ini lebih memudahkan saya dengan Randy untuk bekerja memandang sudah ada keserasian yang dibina melalui kerjasama terdahulu selain sudah faham kerja masing-masing.

"Melalui drama ini, saya memegang watak sebagai Bella yang menetap dengan ibunya di Paris dan bekerja di sebuah kedai roti. Di mana Randy yang menggunakan nama sebenarnya sebagai watak turut mencari rezeki di kedai sama.

"Kami selalu bergaduh kerana Bella tidak sukakan Randy yang sering mengusiknya. Kehidupan Bella dan ibunya yang mencabar di kota Paris membuatkan ibunya mahu menjodohkan Bella dengan anak orang kaya namun Bella enggan.

"Menyedari Randy menyukainya, Bella minta Randy menyamar sebagai tunangannya. Ingin tahu konflik yang berlaku seterusnya, kenalah menonton drama ini," kata Elfira dengan nada suara manja.

Memiliki pelbagai kebolehan, penuntut jurusan Diploma in Entertainment Arts, Kolej Universiti KDU itu juga mempunyai bakat mengacara. Khusus untuk peminat ciliknya, Elfira akan bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi menerusi program Rekativiti.

Rekativiti adalah rancangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dikendalikan bersama Zoey Rahman, di mana program itu cuba mencungkil kebolehan si cilik dalam menghasilkan rekaan mengikut kreativiti masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Pertahankan agama

Posted: 28 Sep 2012 06:12 AM PDT

SEPAKAT mempertahankan kesucian agama Islam daripada anasir luar yang berusaha untuk menghancurkan agama suci itu serta memesongkan akidah umatnya menerusi filem arahan Nakoula Basseley Nakoula dan Alan Roberts yang berjudul Innocence of Muslims, Erma Fatima serta beberapa kenalan rapatnya menganjurkan acara yang dinamakan Malam Seni Cintakan Rasulullah SAW.

Acara itu akan diadakan di Lanai Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur mulai jam 8 malam ini.

Menurut Erma, idea untuk mengadakan acara itu datangnya daripada bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Bagi Mohd Asri, kalau bukan orang Islam sendiri yang

bangkit mempertahankan agama, siapa lagi yang boleh berbuat demikian.

Tambah Erma yang lebih terkenal sebagai pengarah drama berunsur keagamaan, orang Islam tidak boleh berdiam diri dan perlu berbuat sesuatu bagi menyelar bangsa asing yang sewenang-wenangnya melakukan apa saja bagi memburukkan imej Islam.

Pada acara itu nanti, Mohd Asri akan bermonolog untuk menyatakan kecintaannya kepada Rasulullah SAW dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ pula akan membaca puisi.

Artis popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Wardina Saffiya juga akan membaca puisi dan menyanyikan lagu yang bersangkut paut dengan Rasulullah.

"Kami memperjuangkan kesucian agama menerusi seni dan acara ini tiada penganjur kerana kami melakukannya bersama-sama. Acara ini adalah percuma, datanglah beramai-ramai malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap agama kita. Semua artis dan selebriti yang terbabit dalam acara ini pun tidak mengenakan sebarang bayaran.

"Alhamdulillah, Malam Seni Cintakan Rasulullah SAW ini mendapat sokongan pelbagai pihak seperti dari syarikat sistem bunyi dan katering. Mereka menyediakan alat sistem bunyi dan makan minum secara percuma kerana apa yang penting adalah untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada kekasih Allah SWT.

"Acara ini untuk menunjukkan penyatuan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Kita semua mesti bersatu hati untuk agama. Lupakan sebentar orang itu parti apa dan menyokong siapa," katanya.

Sebelum acara dimulakan, diadakan solat Isyak berjemaah.

"Ajaklah kawan-kawan, saudara-mara dan keluarga ke Lanai Matic malam ini," kata Erma.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Sekepala’ buat noda

Posted: 28 Sep 2012 03:50 PM PDT

Oleh Muhd Izawan Baharin, Nurul Huda Kosnon, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang 'sekepala' menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.

"Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.

"Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.


"Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Mati di pangkuan rakan

Posted: 28 Sep 2012 03:50 PM PDT

ALOR GAJAH : "Saya melompat keluar selepas menyedari gegaran kuat pada traktor yang terhoyong-hayang sebelum hilang kawalan lalu menjunam ke dalam gaung.

"Ketika itu saya lihat tayar kiri traktor tercabut manakala pemandu serta rakan saya (mangsa) terpelanting di laluan di sebelah bawah bukit sebelum traktor itu menghempap mereka."

Demikian kata Ibrahim Baharudin, 44, selepas seorang rakannya, Basri Hasan, 44, maut dihempap traktor dipandu seorang lagi rakannya dikenali sebagai Arifin berusia 40-an di sebuah ladang di Brisu, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, dia sempat memangku Basri selama beberapa minit sebelum rakannya itu meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaan parah manakala Arifin turut cedera parah.


Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi selepas selesai bekerja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Penerbit filem Innocence of Muslims ditahan

Posted: 28 Sep 2012 09:43 AM PDT

LOS ANGELES: Hakim Persekutuan semalam mengarahkan lelaki California yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam ditahan kerana dianggap berisiko tinggi melarikan diri.

Ketua Hakim Daerah Sentral, Suzanne Segal, berkata Nakoula Basseley Nakoula wajar ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia melanggar perintah pengawasan ekoran sabitan kes penipuan pada 2010.


Pendakwa, Robert Dugdale, berkata Nakoula melanggar perintah itu lapan kali, termasuk menipu pegawai menyelianya, serta menggunakan nama samaran.

Selepas disabitkan pada 2010, Nakoula dihukum penjara 21 bulan dan dilarang menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun tanpa kebenaran pegawai penyelia. Kata Dugdale, Nakoula perlu ditahan berdasarkan pola penipuannya yang panjang.


"Dia sentiasa cuba menghilangkan diri," katanya. Nakoula, 55, didakwa bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims dan mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia. Melalui filem itu, Nabi Muhammad digambarkan sebagai kaki perempuan, pencabul kanak-kanak dan penipu.


Petikan sepanjang 14 minit daripada filem itu dimuat naik di YouTube pada Julai lalu dan mencetuskan bantahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Pada 11 September lalu, keganasan merebak dan mengorbankan empat diplomat Amerika Syarikat (AS) di Libya.


Nakoula penganut Kristian Koptik berasal dari Mesir tetapi berhijrah ke AS. Dia bersembunyi sejak identitinya diketahui. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Tengkorak dalam perut

Posted: 28 Sep 2012 09:40 AM PDT

BOISE (Idaho): Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.

Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.


Pada masa sama, sebahagian daripada tengkoraknya 'hilang.' Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk mencantumkan semula tulang berkenaan.

Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang selepas bertarung dengan maut kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog mengenai pengalaman itu, Jamie berkata, tiada yang lebih penting padanya daripada terselamat melalui detik kritikal sebelum ini.


"Saya boleh bermain dengan anak-anak, mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. "Hati saya bagaikan mahu meledak dengan kesyukuran.


"Adakah hidup saya segala-galanya sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!" katanya. Memenangi gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell's Canyon, Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.

Apabila Nick tiba di situ, dia mendapati Jamie terkulai tanpa denyutan nadi atau bernafas. Namun, ketika Nick mengangkat Jamie, wanita itu kembali bernafas dan hasil bantuan Renjer Hutan dan perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke hospital di Boise menaiki helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak Jamie membengkak dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tentera belum selamat

Posted: 28 Sep 2012 02:27 PM PDT

PERTEMUAN membabitkan dua pasukan yang menjadi antara pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini berkesudahan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membenam cabaran Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Juara Liga Perdana itu bagaimanapun terpaksa menunggu pada babak kedua permainan untuk membuka jaringan walaupun dilihat menguasai babak pertama dalam aksi suku akhir pertama itu.


Gol yang dinantikan ribuan penonton di Selayang hadir pada minit ke-56 menerusi rembatan pemain sayap, Christie Jayaselan dari dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias.

Kerapuhan pertahanan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah yang gagal mengemaskan kembali permainan selepas jaringan pertama ATM dimanfaatkan Bruno Sebastian Marteloto untuk menggegar gol kedua tuan rumah pada minit ke-61.


Namun kecuaian penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun mengundang padah ketika pasukannya mendahului 2-0 apabila sepakannya di dalam kotak penalti terkena belakang badan Firdaus Azizan yang melambung dan menerjah gawang sebelum Hairuddin Omar meledak gol ketiga ATM pada minit ke-80.


Bekalan selesa diimpikan ATM bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila pemain gantian Mohd Shakir Ali melakukan sepakan gunting untuk juara bertahan Piala Malaysia merapatkan kedudukan 2-3 sebagai bekalan untuk aksi suku akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Selasa ini.

ATM yang dikendalikan B Sathianathan bagaimanapun berpeluang meledak jaringan pada babak pertama namun pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-31 selepas Marteloto dijatuhkan Mohd Syukor Adan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Misi besar Pahang

Posted: 28 Sep 2012 02:24 PM PDT

PAHANG mensasarkan untuk layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2012 Ke-34 berlangsung di gelanggang Majlis Sukan Pahang (MSP), hujung bulan depan.

Presiden Persatuan Bola Jaring Pahang (PBJP), Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi semasa skuad yang semakin menunjukkan peningkatan pada kejohanan tempatan.


Pada masa sama, dengan kehadiran beberapa pemain kebangsaan, tidak mustahil skuad tuan rumah mampu merealisasi sasaran yang ditetapkan PBJP.

"Buat masa ini, seramai 12 pemain menjalani latihan pusat dikendalikan jurulatih, Maslinda Mohd Dom. Kami berusaha menyediakan satu pasukan mantap untuk memberikan imej baru kepada pasukan Pahang.


"Dengan barisan pemain dan pengurusan persatuan yang baru selepas Pahang tidak menyertai kejohanan itu tahun lalu, saya percaya sebagai tuan rumah, kami mampu melakar kejayaan," katanya.


Shahaniza turut menuntut barisan pemainnya lebih bersedia dan mempamerkan komitmen tinggi untuk melangkah ke kelompok empat pasukan terbaik kerana cabaran yang bakal mereka hadapi bukan mudah terutama selepas diundi dalam kumpulan sama dengan naib juara tahun lalu, Kedah.

"Barisan pemain kali ini juga perlu membuktikan Pahang yang pernah muncul antara empat pasukan terbaik kejohanan mampu mengulangi kejayaan itu." Pada kejohanan 18 hingga 21 Oktober itu, Pahang diundi dalam Kumpulan B bersama Kedah, Melaka dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala juara bertahan, Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor, Perak dan Perlis tersenarai dalam Kumpulan A.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved