Sabtu, 22 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut terhidu asap

Posted: 21 Oct 2011 10:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati dalam kebakaran unit rumahnya di tingkat satu pangsapuri Rampai Court, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Ser Thien Fan, 43, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan terbakar di tangan kiri.


Menurut sumber, sebelum kebakaran, mangsa datang ke rumah jirannya dan cuba memotong jeriji rumah dengan pisau pemotong dan penukul besi.

Katanya, jiran lain yang kebetulan berada di tempat kejadian keluar untuk menenangkan mangsa.


"Mangsa mendakwa adiknya berada dalam rumah jirannya itu, tetapi sebenarnya tidak," katanya.


Beliau berkata, sebaik ditenangkan, mangsa pulang semula ke rumahnya manakala jiran berkenaan memaklumkan kepada pengawal keselamatan di pangsapuri itu agar menghubungi polis.

"Beberapa minit kemudian polis tiba dan datang ke rumah mangsa, tetapi dia enggan membuka pintu. Anggota terbabit kemudian pulang semula ke balai.


"Dalam kejadian jam jam 6 petang, ada jiran ternampak api dalam bilik rumah mangsa sebelum menghubungi bomba. Ketika kejadian mangsa hanya berseorangan manakala suaminya keluar bekerja," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.09 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera dan 30 anggota.


Katanya, sebaik tiba, pintu rumah mangsa terkunci dan anggotanya terpaksa memecahkannya untuk masuk menyelamatkan mangsa.


"Kami mendapati mangsa terbaring dalam bilik dengan keadaan tidak sedarkan diri. Terdapat kesan melecur pada tangan kiri mangsa," katanya ketika ditemui.


Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat terhidu asap.


"Siasatan kami mendapati kebakaran bermula dari dalam bilik mangsa. Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua syarikat guna perisian cetak rompak diserbu

Posted: 21 Oct 2011 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan dan sebuah syarikat kejuruteraan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara berasingan selepas dikesan menggunakan perisian komputer cetak rompak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan pertama pada 12 Oktober lalu jam 3 petang, empat anggota menyerbu syarikat kejuruteraan selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti berkenaan.


"Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa menyita lima komputer dan 27 perisian komputer bernilai RM214,000. Tindakan diambil kerana disyaki menggunakan salinan `langgaran'," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop.


Sementara itu, operasi pada jam 3 petang, Rabu lalu (19 Oktober) pula membabitkan syarikat pembinaan dengan anggota penguat kuasa menyita tiga kelengkapan komputer serta 17 salinan `langgaran' bernilai RM99,000.


"Perkara ini berlaku kerana perisian tiruan paling mudah diperoleh selain syarikat tidak gemar berbelanja besar bagi mendapatkan perisian tulen.

"Mereka sebenarnya tidak faham bukannya membeli hak cipta sesebuah perisian itu, tetapi hanya menggunakannya mengikut syarat dan peraturan yang sudah dikuatkuasakan," katanya.


Menurutnya, antara perisian yang dicetak rompak ialah Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adobe InDesign dan Symantec Norton Anti Virus.

Abu Samah berkata, kedua-dua syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda minimum RM2,000 setiap keping dan maksimum RM20,000.


Katanya, sejak Januari lalu, pelbagai barangan dan perisian cetak rompak bernilai RM1.5 juta dirampas dan ini menyaksikan 'trend' kegiatan itu dikesan semakin berleluasa dalam pelbagai industri di negara ini.


Sebanyak 49 komputer dan 219 salinan perisian palsu dirampas membabitkan industri seni bina, pengurusan acara dan pameran, pengangkutan, kafe siber dan pembelajaran pertahanan serta penerbangan secara talian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Makan malam berdarah

Posted: 21 Oct 2011 10:23 AM PDT

SIBU: Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin.

Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam.

Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.

Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka 'naik angin' dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tembakan di kepala punca kematian

Posted: 21 Oct 2011 10:23 AM PDT

MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.


Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.


Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.


"Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian," kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.

"Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain," katanya.


Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.

Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. "Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati," katanya kepada Reuters.


Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: "Belum ada keputusan lagi." Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Segak di mata, kekal di hati

Posted: 21 Oct 2011 06:16 AM PDT

JIKA dihitung jumlah drama dan filem lakonannya sepanjang aktif pada 1997, aktor Korea, Won Bin sekadar membintangi lima filem dan tujuh drama. Namun, dalam jumlah itu, dia mampu melonjakkan namanya dan memastikan diri berada pada tahap kukuh.

Cemerlang dengan langkah diambil, Won Bin yang mula dikenali menerusi drama Propose pada 1997, semakin menjadi perhatian peminat sekitar tahun 2000 menerusi drama hebat lakonannya, Autumn In My Heart dan Tough Guy's Love (Kkokji).

Begitu pun, Won Bin juga mencipta kejayaan membanggakan di layar perak apabila dia berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij. Malah, tahun lalu dia meraih anugerah Aktor Terbaik dan Anugerah Aktor Paling Popular di Grand Bell Awards.

Bagaimanapun, untuk 2011 di Grand Bell Awards atau kini dikenali sebagai '48th Daejong Film Awards' yang berlangsung baru-baru ini, Won Bin menjadi pilihan pemenang Anugerah Aktor Paling Popular untuk kali kedua. Justeru, ia sangat mengejutkan.


Ini kerana tiada drama dan filem baru dilakonkan Won Bin untuk tahun ini dan dia masih menjadi pilihan peminat. Menerusi filem The Man from Nowhere seperti tahun lalu, Won Bin berjaya membuatkan penonton tidak mampu melupakan lakonannya.


Sepanjang majlis anugerah itu berlangsung, undian di Internet dibuka kepada penonton bagi memilih aktor dan aktres pujaan mereka untuk memenangi Anugerah Paling Popular. Ternyata, Won Bin tiada saingan kerana dia amat disanjungi peminat.

Dalam ucapan ringkasnya di pentas sebaik menerima penghargaan itu, Won Bin dengan reaksi seperti tidak percaya pada kemenangannya memaklumkan agak sukar untuk dia terima anugerah berkenaan. Ujarnya, sudah tentu ada aktor lain yang lebih layak.

"Saya tidak pasti apakah layak menerimanya. Anugerah ini sangat besar maknanya bagi aktor dan aktres yang menyumbang dalam industri seni Korea pada masa kini. Apa yang pasti, saya tiada sebarang projek filem sepanjang tahun ini.

"Oleh itu, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada peminat yang menyokong saya. Tak dinafikan, saya amat terkejut kerana masih lagi popular dan diterima baik peminat. Ini penghargaan yang cukup besar pernah saya miliki," katanya.

Pengacara majlis, Jang Seo Hee yang berdiri di sebelah Won Bin terus mencelah dengan berkata, hanya menatap wajah aktor itu, sudah mampu membuatkan sesiapa saja gembira. Katanya, Won Bin memiliki mata yang menjadi impian ramai.

"Tidakkah awak (Won Bin) sedar, ramai orang ingin memiliki mata seperti awak? Mata yang menjadi perhatian dan berupaya membuatkan orang lain gembira. Memang, tidak pernahkah awak terfikir akan keinginan peminat untuk jadi seperti awak?" katanya.

Won Bin hanya menjawab ringkas bahawa dia tidak pernah terfikir seperti itu sebelum turun dari pentas. Malah, ketika ditemui media, dia turut memberitahu sangat bersyukur kerana terpilih untuk membintangi filem The Man from Nowhere.

"Saya ingin ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang mempercayai bakat lakonan saya untuk turut serta menjayakan projek filem sehebat The Man from Nowhere, tahun lalu. Saya harap akan ada peluang baru lagi," katanya.

Menyorot perjalanan karier Won Bin, dia mengambil keputusan meninggalkan industri seni seketika pada 2005 kerana menyertai latihan ketenteraan Korea secara sukarela selama dua tahun. Bagaimanapun, pada 7 Jun 2006, Won Bin disahkan menarik diri.

Dia tidak boleh meneruskan perkhidmatan dalam tentera kerana faktor kesihatan. Won Bin mengalami kecederaan kaki yang serius hingga memerlukan dia dibedah serta menjalani rawatan pemulihan. Lebih setahun Won Bin dirawat sebelum kembali pulih.

Pada 2008, Won Bin memulakan karier lakonannya semula dengan membintangi filem Mother arahan Bong Joon-ho. Filem itu menemui penonton pada Februari 2009 serta layak bertanding di Festival Filem Cannes. Won Bin, nyata bijak membuat pilihan.

Kemunculan semula pada 2012

SELEPAS agak lama berehat daripada dunia lakonan, Won Bin dilaporkan bersiap sedia untuk kembali membina namanya sebagai pelakon popular dan terkenal Korea, tahun depan. Tidak beraksi di layar perak, Won Bin menerima projek drama hebat.

Menurut sumber, Won Bin kemungkinan akan berlakon drama terbitan stesen TV MBC sebagai watak utama. Bertemakan fantasi romantik komedi, drama yang belum dimaklumkan apa judulnya itu sudah dijangkakan bakal menjadi perhatian penonton.

Apapun, dikatakan jalan cerita drama itu agak berat kerana mempunyai kaitan hubungan di antara Korea Selatan dan Korea Utara. Turut dikatakan, ada juga elemen politik dan diplomasi walaupun jalan ceritanya berkisar dugaan percintaan.

Memandangkan drama ini agak hebat dan luar biasa, proses perbincangan produksi saja mengambil masa selama satu tahun. Apapun, penting untuk Won Bin membuat kemunculan semula kerana sudah sembilan tahun dia tidak menghasilkan drama.

Kali terakhir lakonan Won Bin pastinya dalam drama usaha sama antara Korea dan Jepun, Friends pada 2002. Dalam drama terbitan stesen TV MBC dan TBS itu, Won Bin melakonkan watak utama, Kim Ji-honn di sisi aktres jelita Jepun, Kyoko Fukada.

PROFIL

NAMA: Kim Do-jin
PANGGILAN KOMERSIAL: Won Bin
TARIKH LAHIR: 10 November 1977
ASAL: Korea Selatan
PENDIDIKAN: Yong-In University, Baekje Arts College
KARIER: Aktor, model
STATUS: Bujang
MULA AKTIF: 1997
TINGGI: 1.78 meter
DRAMA: Propose (1997), Ready, Go! (1998), Kwangki (1999), Small Station, Tough Guy's Love (Kkokji), Autumn in My Heart (2000), Friends (2002)
FILEM: Guns & Talks (2001), Taegukgi, My Brother (2004), Mother (2009), The Man from Nowhere (2010)
ANUGERAH: KBS Drama Acting Awards - Best Newcomer (1999), KBS Drama Acting Awards - Excellence in Acting (2000), (37th) PaekSang Arts Awards - Best Newcomer (2001), (12th) Chunsa Film Art Awards - Best New Actor, (27th) Golden Cinematography Awards - Best New Actor (2004), (47th) Grand Bell Awards - Best Actor, Popularity Award, (8th) Korea Film Awards - Best Actor, (31st) Blue Dragon Awards - Popularity Awar, (6th) University Film Festival of Korea - Best Actor (2010), (2nd) Film Journalists Association Annual Film Awards (Korea) - Best Actor, (8th) MaxMovie Awards (Korea) - Best Actor, (48th) Daejong Film Awards - Popularity Awards (2011)

Full content generated by Get Full RSS.

Artis boikot AIM18?

Posted: 21 Oct 2011 05:02 AM PDT

SABAN tahun, Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak pernah lekang dengan kontroversi. Tamparannya lebih hebat pada penganjuran kali ini apabila sebilangan penyanyi dan penggiat muzik dikatakan mahu memboikot Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang bakal berlangsung pada 12 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Desas-desus (boikot) yang berlegar sejak minggu lalu itu, sebagai tanda protes sebahagian penggiat muzik yang kecewa serta tidak berpuas hati dengan penjurian AIM18 dalam memilih lima calon terbaik setiap kategori dipertandingkan.

Isu berbangkit lain, turut menyentuh pengecilan kategori daripada 29 menjadi cuma 18 selain beberapa kriteria serta garis panduan yang jelas.

Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, Adrian Lim, tidak menafikan dia mendengar khabar angin yang sama namun berharap perkara itu tidak berlaku.


"Tiap-tiap tahun ada suka dan ada yang tidak suka dengan keputusan juri dalam memilih lima calon terbaik. Perkara ini adalah isu biasa dan sering dibangkitkan menerusi penganjuran AIM sebelum ini.


"Namun, tindakan memboikot pada pendapat saya hanya memburukkan lagi keadaan industri muzik Malaysia. Saya mengharapkan khabar angin ini tidak benar dan jika ia berlaku sekalipun persembahan akan tetap diteruskan. Kita sememangnya tidak boleh memuaskan hati semua pihak," katanya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan barisan penyampai dan artis membuat persembahan di AIM18, kelmarin.

Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18, Rosmin Hashim menambah, AIM adalah anugerah yang dianjurkan untuk meraikan penggiat muzik tempatan yang berbakat, justeru anugerah berprestij ini sewajarnya mendapat sokongan daripada mereka yang terbabit secara langsung dalam arena ini.

"Saya juga mendengar khabar yang sama dan tidak faham kenapa ada yang mahu memboikot penganjuran AIM18 sedangkan sejak kali pertama ia dianjurkan, majlis berprestij ini diadakan untuk mengiktiraf hasil karya penggiat seni muzik keseluruhannya. Ia sekali gus menjadi 'platform' kepada penyanyi menunjukkan kehebatan mereka.

"Penggiat muzik seharusnya faham penganjur sama sekali tiada kena mengena dengan penjurian kerana pemilihan top 5 diadili juri profesional yang dipertanggungjawabkan menilai setiap karya untuk dipertandingkan dalam anugerah ini.

"Juri juga menghadapi cabaran besar dalam memilih lima calon terbaik kerana setiap tahun penyertaan yang diterima sungguh menggalakkan tetapi kesudahannya hanya lima saja akan berentap dalam setiap kategori dipertandingkan.

"Apa yang pasti, semua pencalonan dilihat memenuhi kriteria g ditetapkan RIM untuk AIM18 kali ini," katanya.

Rosmin menolak usul menggunakan khidmat penggiat seni luar bagi menyelesaikan isu penjurian yang sering dibangkitkan dan mendapat keputusan penjurian lebih adil kepada semua pihak.

Katanya, mereka akan tetap menggunakan kepakaran karyawan tempatan, selari dengan objektif AIM18 yang mengiktiraf karya muzik tempatan.

"Bagaimanapun, kami mempunyai perancangan untuk mengadakan satu forum sekitar Disember nanti dengan artis, wartawan, komposer serta seluruh penggiat seni diundang supaya sama-sama memikirkan aspek terbaik dalam mewujudkan sistem penjurian yang dapat memperbaiki penganjuran AIM pada masa akan datang," katanya.

Sidang media yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

AIM18 dengan tema Persada Bergemerlapan dan Glamor membariskan artis terkenal seperti Ella, Yuna and the Band, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura, Hafiz AF7, Mawi, Akhil Hayy, Stacy, Meet Uncle Hussain, Azlan and the Typewriter, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad, Zamani Slam, Nashrin dan Salma akan membuat persembahan.

Sudah menjadi tradisi dalam penganjuran AIM mengundang artis luar negara dan kali ini Greyson Chance diterbangkan khas dari Amerika Syarikat yang khabarnya akan memukau penonton dengan bakat luar biasanya.

Bakal bergandingan dengan penyanyi tempatan Najwa Latif, penyanyi berusia 14 tahun itu dicungkil bakatnya daripada laman YouTube dan kini sudah pun bergelar seorang bintang.

Kata Rosmin, pihaknya mencari kelainan dengan menampilkan persembahan dua artis yang popular di laman YouTube yang diterima masyarakat kini. Selain itu, mahu memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di medium arus perdana.

"Kami juga melihat peralihan industri hiburan dari zaman menggunakan kaset, cakera padat dan kini YouTube sebagai medium untuk mengetengahkan bakat," katanya.

AIM18 menyaksikan gandingan dua pengacara dengan gaya tersendiri, AC Mizal dan Zizan Razak.

Untuk sesi karpet biru, Awal Ashaari dan pelakon Diana Danielle bergandingan menggalas tugasan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Congak Maniam

Posted: 21 Oct 2011 08:26 AM PDT

MISI 33 bakal berkubur sekiranya Selangor melepaskan sekurang-kurangnya gol awal kepada Terengganu dalam detik penentuan untuk ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Ia sesuatu yang perlu dielakkan juara 32 kali Piala Malaysia itu selain mengharapkan pengendalinya, P Maniam mencatur strategi terbaik mendapatkan tiga gol dalam baki 90 minit di separuh akhir kedua di laman lawan yang pastinya diiringi sokongan puluhan ribu peminat fanatik juara Piala FA itu.


Namun bukan saja Misi 33 menjadi taruhan kali ini, malah kedudukan kebanyakan pemain dan Maniam sendiri sebagai ketua jurulatih Selangor untuk musim depan pastinya dinilai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas skuad itu gagal meraih sebarang piala musim ini.

Pengendali berusia 43 tahun itu bagaimanapun tetap berfikiran positif dalam misi sukar mencari sekurang-kurangnya tiga gol tanpa bolos malam ini dengan menganggap pelbagai perkara boleh berlaku dalam bola sepak.


"Malah pemain tetap bersemangat ketika menjalani latihan dan kelihatan tidak terjejas walaupun tewas 2-0 pada separuh akhir pertama di laman sendiri.


"Sebagai bekas pemain dan jurulatih saya yakin kami mampu melakukannya dengan barisan pemain yang ada," katanya.

Ketika tahap kecergasan Mohd Amri Yahyah masih menjadi persoalan, Maniam perlu menyediakan kombinasi penggempur yang ampuh di barisan depan bagi menggegar gawang lawan sekiranya kapten Merah Kuning itu tidak dapat diturunkan.


"Saya mungkin menggunakan gandingan Rudie Ramli dan Mohd Fadzli Saari yang diharapkan dapat mencari gol awal walaupun ia bukanlah tugas yang mudah," katanya.

Maniam sebelum ini dilantik menggantikan K Devan bagi mengendalikan dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan berjaya membimbing Merah Kuning melepasi suku akhir.

Full content generated by Get Full RSS.

Trio berbisa nadi Penyu

Posted: 21 Oct 2011 08:22 AM PDT

BISA tiga peledak tersohor Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak musim ini, Abdul Hadi Yahaya serta Mohd Ashari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat terus ditagih jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk merobek gawang juara 32 kali Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Irfan Bakti, 60, turut mengharapkan benteng pertahanan dan jentera tengah mampu melaksanakan tugas dengan berkesan untuk menyekat Red Giants yang mahu mengatasi kelebihan dua gol tuan rumah yang menang 2-0 pada aksi pertama.


Menurutnya , kelicikan tiga serangkai itu yang sentiasa bertukar posisi dan hantaran ketika menyerang tidak perlu diragui kerana mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing.

Katanya, prestasi mereka amat menggembirakannya dan berharap terus berusaha gigih bagi merealisasikan hasrat Terengganu memburu juara piala berprestij itu.


"Prestasi tiga pemain di posisi depan itu semakin menyerlah dan serasi sebagaimana dibuktikan ketika beraksi menentang Kelantan dan Selangor pada separuh akhir pertama dan saya percaya jika persembahan tiga pemain itu digandakan, skuad Terengganu mampu melangkah dengan bergaya malam ini," katanya.


Menurutnya, biarpun Abdul Hadi masih belum menemui sentuhan jaringan dalam pentas Piala Malaysia, tetapi hantarannya kepada Abdul Manaf dan Mohd Ashari tetap berbisa, sekali gus membuktikan dirinya selaku penyerang hebat dan berkualiti sebagaimana ketika meledakkan 20 jaringan.

"Begitu juga dengan Abdul Manaf yang menghasilkan dua gol di Shah Alam, Selasa lalu dan Mohd Ashari yang juga menjaringkan dua gol ketika menentang Kelantan di suku akhir.


"Saya yakin tiga pemain ini mampu menjadi senjata pemusnah ketika menentang Selangor nanti," katanya. Dalam pada itu, jurulatih berasal dari Kelantan itu turut mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan Selangor malam ini yang pasti cuba bangkit untuk memerangkap mereka.

"Sebarang kealpaan pasti mengundang padah dan saya berharap pemain dapat mencari gol awal bagi melemahkan semangat lawan," katanya.


Sementara itu, Abdul Hadi, berharap penyertaannya ber sama Terengganu musim ini bakal memberi tuah buat dirinya dan pasukan dalam misi memburu mahkota kejuaraan piala berprestij itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved