Khamis, 25 Julai 2013

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi diraja diberi nama George

Posted: 24 Jul 2013 08:38 PM PDT

LONDON: Putera terbaru Britain diberi nama George Alexander Louis, menurut pegawai istana.

Anak sulong kelahiran Putera William dan isterinya, Catherine akan dikenali sebagai His Royal Highness Prince George of Cambridge secara rasmi.

Bayi berusia dua hari itu bertemu dengan moyangnya, Ratu Elizabeth II sebelum dibawa ke rumah ibu bapa Kate di kampungnya berdekatan London.

Bayi itu adalah pewaris ketiga takhta monarki Britain selepas datuknya, Putera Charles dan William sendiri.

Foto

Putera George FOTO AP

Foto

Pasangan diraja bersama anak sulong mereka. FOTO AP


Kelahiran bayi berkenaan adalah babak baru untuk William dan Kate yang menikmati hidup yang jauh daripada perhatian umum di Anglesey, Wales sejak berkahwin pada April 2011. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25

Wajah mirip Kate: William

Posted: 24 Jul 2013 09:31 AM PDT

London: Putera William dan isterinya, Kate, menunjukkan anak mereka yang baru lahir kepada umum untuk kali pertama semalam, disambut sorakan dan tepukan orang ramai.

Bercakap kepada wartawan yang menunggu di luar Hospital St Mary, William berkata, mereka masih mencari nama yang sesuai untuk bayi lelaki itu.

"Kami akan namakannya secepat mungkin," katanya.

Kemunculan itu memang detik yang dinanti-nantikan media di seluruh dunia tetapi pasangan diraja itu tidak menampakkan sebarang tanda tertekan di depan berpuluh-puluh kamera yang ada.

Foto

WAJAH anak sulung pasangan diraja Britain yang ditunjukkan kepada umum semalam.

Foto

WILLIAM dan Kate muncul untuk menunjukkan kepada umum anak mereka di luar Hospital St Mary.

Foto

AKHBAR Britain memuatkan berita kelahiran bayi itu pada muka depan masing-masing.


Sebaliknya, pasangan berusia 31 tahun itu ketawa dan bergurau dengan wartawan ketika mereka bergilir-gilir menggendong bayi berkenaan yang kelihatan tidur sepanjang sesi itu.


Kata William bayi itu memiliki wajah seperti Kate.

"Tetapi pastilah dia memiliki sepasang paru-paru seperti saya," katanya.

Bayi itu adalah pewaris ketiga takhta monarki Britain selepas datuknya, Putera Charles dan William sendiri.

Untuk sementara perhatian media dan orang ramai adalah apa saja butiran daripada pasangan William - Kate, seperti perasaan mereka sehingga siapa yang bertanggungjawab menukar lampin bayi berkenaan.

Kate - tampil dengan pakaian ringkas di sisi William - berkata suaminya sudah melakukan tugasan itu sekali.

"Dia sangat mahir melakukannya," katanya.

Ditanya perasaannya, Kate berkata, kelahiran bayi itu sangat menyentuh perasaannya dan amat istimewa.

"Saya rasa setiap ibu bapa tahu bagaimana perasaan itu," katanya.

Mengenai rambut bayi berkenaan, William yang memang memiliki rambut jarang sempat berjenaka dengan berkata: "Saya bersyukur kerana rambutnya lebih lebat daripada saya."

Suasana itu lebih santai berbanding detik Puteri Diana dan Charles membawa William untuk sesi fotografi di hospital sama pada 1982.

Dengan mengenakan kot gelap, tali leher dan bunga Charles bercakap kepada wartawan dengan suara yang canggung.

Sebaliknya William muncul dengan seluar jeans dan kemeja biru dengan lengan baju itu dilipat tinggi.

Pasangan itu masuk semula ke hospital berkenaan untuk meletakkan bayi itu ke dalam sebuah kereta sebelum muncul sekali lagi dan memasuki kereta Range Rover hitam.

Dengan William duduk di kerusi pemandu, mereka meninggalkan tempat berkenaan menuju sebuah apartmen di Istana Kensington untuk bermalam di situ.

Kelahiran bayi berkenaan adalah babak baru untuk William dan Kate yang menikmati hidup yang jauh daripada perhatian umum di Anglesey, Wales sejak berkahwin pada April 2011.

Terdahulu, bapa William, Charles dan isterinya Camilla serta ibu bapa Kate, Michael dan Carole Middleton melawat pasangan itu di hospital. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ajal dalam tidur

Posted: 24 Jul 2013 01:45 PM PDT

Kuala Lumpur: "Dua hari lalu saya berjumpa arwah ketika menghantar sambal ikan bilis kerana dia memang sukakannya. Kami juga berbual seperti biasa sambil bergelak ketawa. Tiada langsung tanda-tanda arwah akan pergi selama-lamanya, lebih-lebih lagi dia tidak menghidap apa-apa penyakit kronik."

Demikian kata Noorkumalasari Mohamed Taib (Noor), 57, anak kepada seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, yang meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, jam 4 pagi semalam.

Noor berkata, dia dikejutkan suaminya, Wan Mohamad Yusof memaklumkan Umi sudah meninggal dunia selepas menerima panggilan telefon daripada Noraini kira-kira jam 4.30 pagi. Kejadian itu disedari anak Noraini yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur.

Noor yang menerima berita sedih itu dengan tenang berkata, arwah ibunya adalah seorang yang cergas sepanjang hayatnya dan hanya menghidap sakit-sakit biasa seperti sakit lutut.

Foto

NOORKUMALASARI (kanan) sebak menatap jenazah ibunya.


"April lalu saya bawa ibu mengerjakan umrah dan seperti biasa saya akan tolak kerusi rodanya. Ketika itu ibu kata dia menyusahkan saya, tapi saya jawab tak mengapa kerana Allah SWT nak beri saya pahala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25

Jeritan dimamah api

Posted: 24 Jul 2013 01:45 PM PDT

Kota Tinggi: "Saya terdengar jeritan kanak-kanak menjerit meminta tolong dalam rumah jiran yang terbakar, malangnya saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api sudah marak," kata Noraini Omar, 41, jiran mangsa kebakaran tiga bersaudara di Jalan Belinjau 4, Taman Kota Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ain, 26, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui dalam keadaan separuh rentung bersama dua mangsa lain berhampiran pintu depan rumah teres itu manakala dua penghuni lain yang melecur terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Noraini berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebaik keluar mendapati rumah jirannya sedang terbakar.

"Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum menelefon bomba sambil menyiram hos getah ke arah rumah mangsa," katanya.

Foto

KEADAAN rumah didiami tiga bersaudara hangus terbakar.


Sementara itu, ibu saudara seorang daripada mangsa, Fadillah Rajab, 41, berkata, tidak menyangka perubahan sikap anak saudaranya dikenali sebagai Ain, 26, yang banyak berdiam diri berbanding sebelum ini yang suka menyanyi dalam van ketika dalam perjalanan ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kota Kecil, di sini, menjadi petanda dia akan meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Alasan kalah usah jadi mainan bibir

Posted: 24 Jul 2013 10:39 AM PDT

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bakal turun beraksi menentang kelab liga utama Jepun, Shimizu S Pulse hari ini tanpa tekanan kerana seperti biasa aksi persahabatan itu hanyalah dijadikan persiapan buat ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menjelang misi sebenar kelayakan Piala Asia 2014 menentang Bahrain pada Oktober.

Bagaimanapun ia tidak boleh terus dijadikan alasan buat Rajagobal untuk anak buahnya mencatat kekalahan demi kekalahan biarpun ia hanya sekadar perlawanan persahabatan kerana mereka tidak boleh terbiasa dengan tewas sehingga lupa nikmat kemenangan.


Justeru, kunjungan 10 hari ke Jepun harus dimanfaatkan sepenuhnya skuad kebangsaan bukan saja sekadar menimba ilmu sebaliknya mencari keputusan positif buat menyuntik kembali aura kemenangan yang mungkin semakin menipis berikutan beberapa siri kekalahan sebelum ini termasuk tumpas kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea 4-1 di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

"Memang setiap perlawanan kita mahu menang, kita sedar harapan semua peminat. Semua pemain perlu ambil ini sebagai cabaran untuk memberikan aksi lebih baik," kata kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang ditemui sebelum berlepas ke Tokyo, Jepun.


Dalam lima perlawanan persahabatan terakhir dengan pasukan berstatus kelab, skuad kendalian Rajagobal hanya berjaya mencatat satu kemenangan ke atas kelab divisyen dua Australia, Sydney Olympic manakala selebihnya berakhir dengan kekalahan.


Satu-satunya kemenangan yang dicatat Harimau Malaya dalam perlawanan antarabangsa ketika menewaskan Yaman 2-1 pada aksi kelayakan Piala Asia 2014 yang menghidupkan peluang untuk bersaing dalam Kumpulan D bagi merebut slot ke pusingan akhir.

Foto

Safiq Rahim

Safiq yang baru pulih daripada kecederaan kaki dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menentang Chelsea menyuarakan keyakinan misi untuk layak ke Piala Asia bukan mustahil bersandarkan kepada persiapan rapi skuad kebangsaan.


"Pasukan ini sudah menunjukkan peningkatan positif, saya percaya peluang Malaysia layak ke Piala Asia masih terbuka," kata pemain tengah itu.

Malaysia kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015, berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) apabila tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 ke atas pasukan tercorot, Yaman selepas mengharungi dua perlawanan.


Skuad negara pulang ke tanah air pada 1 Ogos selepas mengharungi dua lagi perlawanan menentang Shonan Bellmare (27 Julai) dan Tokyo Verdy (30 Julai) sebelum turun beraksi dengan Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil (10 Ogos).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25

Semua kerana Messi

Posted: 24 Jul 2013 10:03 AM PDT

Rosario, Argentina: Gerardo Martino percaya cadangan rakan senegara dari Argentina, Lionel Messi antara pendorong utama beliau dilantik secara mengejut sebagai ketua jurulatih baru Barcelona kelmarin.

"Saya tak tahu bagaimana ia berlaku tapi saya yakin ia banyak dipengaruhi ayah Messi serta Messi," kata Martino yang juga bekas ketua jurulatih Paraguay pada sidang media di Rosario.


"Saya yakin pengurusan kelab ada bertanya pendapat mereka dan mereka akhirnya mencapai keputusan melantik saya sebagai jurulatih," kata pengendali berusia 50 tahun itu yang berasal dari Rosario seperti Messi.

Martino yang membimbing Newell's Old Boys ke final kejuaraan Argentina bulan lalu mengaku menanti tawaran baru tapi tidak menjangkakan memperoleh peluang seperti ini.


"Peluang ini hadir secara tiba-tiba dan ia mengejutkan saya," menurut Martino yang melepaskan jawatan di Newell's selepas mereka tewas separuh akhir Piala Libertadores dua minggu lalu.


Barcelona mencari jurulatih baru selepas Tito Vilanova terpaksa berundur berikutan masalah kanser yang dialaminya.

"Ini tugas penting untuk saya yang hadir selepas masalah kesihatan dialami Vilanova," kata Martino.


"Saya berterima kasih kerana mereka memilih saya. Kualiti yang ada pada skuad Barcelona dengan kehadiran Messi adalah sesuatu yang diimpikan setiap jurulatih.

"Saya pasti sokongan terhadap Messi semakin meningkat untuk menjadi pemain lebih baik," katanya.


Martino yang akan berkunjung ke Barcelona hari ini berharap dapat memikul tanggungjawab berat membimbing salah sebuah kelab terbaik dunia itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved