Isnin, 1 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pusat sehenti 'raja sehari'

Posted: 01 Jul 2013 08:38 AM PDT

Semuanya bermula apabila satu demi satu sahabat baik ini melangkah ke alam rumah tangga bersama pasangan tercinta masing-masing, hingga hati mereka terdetik memulakan majalah portal sendiri, Songket Affairs, sebagai pusat sehenti pertama di negara ini untuk pencarian barangan keperluan perkahwinan, dek kesukaran serta masa yang banyak dihabiskan mereka sebelum ini demi mengatur majlis yang meriah.

Bermula secara suka-suka dan ingin mencuba, laman www.songketaffairs.com berkembang pantas apabila mendapat banyak maklum balas positif daripada bakal pengantin hingga ada yang memberi idea untuk memperkembangkan lagi produk yang boleh ditawarkan melalui ruangan maya itu.

Operasi laman yang dimulakan Irda Nurhidayah Mohd Salleh, 29, dan kakaknya, Irda Suriana Mohd Salleh, 32, Intan Juliana Zulkifli, 32 dan Liza Adrina Osman, 28, menjadi lebih lancar dan semakin maju memandangkan keempat-empat mereka 'sekepala' kerana mempunyai hubungan yang erat sejak zaman universiti dan berkongsi minat yang sama dalam bidang perniagaan.

Biarpun masing-masing sibuk dengan keluarga selain Intan Juliana menetap di Bandung, Indonesia kerana mengikut suami yang bertugas di sana, ia tidak sekali-kali merenggangkan hubungan mereka atau membuatkan perniagaan yang diuruskan bersama tergendala, sebaliknya rakan baik itu sering berkomunikasi menggunakan semua teknologi sosial terbaru yang tersedia ketika ini.

Foto

INTAN Juliana menetap di Bandung bersama suami.

Foto

IRDA Nurhidayah banyak bertemu vendor untuk berbincang mengenai pakej.

Foto

LIZA Adrina baru habis pantang selepas melahirkan anak pertama.

Foto

IRDA Suriana memulakan pusat sehenti dan maklumat urusan perkahwinan bersama adik dan dua sahabat karib.

Foto

LIZA Adrina (dari kiri) Irda Suriana, Irda Nurhidayah dan Intan Juliana memulakan perniagaan atas talian bersama-sama.


Menurut Irda Suriana, biarpun bertugas sebagai akauntan, tetapi minat yang mendalam pada pengurusan perkahwinan membuatkan dia dan adiknya, memulakan laman berkenaan dengan kerjasama dua rakan baik mereka.


Katanya, masing-masing mempunyai bidang tugasan yang sudah ditetapkan dalam usaha mempromosi, mencari pelanggan serta bertemu dengan vendor bagi menjalinkan kerjasama.

"Apa yang menarik mengenai kami adalah selain laman ini bertindak sebagai pusat sehenti bagi mencari barangan dan persediaan majlis perkahwinan, kami juga mempunyai kerjasama dengan pereka yang mempunyai kredibiliti tinggi dalam menghasilkan produk istimewa untuk pelanggan kami.

"Malah harga pakej yang ditawarkan oleh vendor melalui laman kami jauh lebih murah berbanding sekiranya pelanggan pergi terus kepada mereka. Itulah keistimewaan perkhidmatan kami," katanya.

Pada pertemuan itu, suasana agak meriah kerana keempat-empat mereka jarang dapat duduk bersama disebabkan masing-masing sibuk, manakala Liza Adrina pula baru habis berpantang selepas melahirkan anak pertamanya.

Irda berkata, dia banyak melakukan kajian ketika hendak melangsungkan perkahwinannya pada 2010 kerana agak sukar membuat persediaan majlis perkahwinan sekiranya terpaksa mencari sendiri setiap satu maklumat, daripada rekaan baju, kek, kasut hinggalah kepada majlis perkahwinan.

Katanya, banyak maklumat yang dikumpulnya sepanjang bertunang sehinggalah selepas sudah melangsungkan perkahwinan dan daripada semua maklumat yang dikumpul itu, dia mula menulis di blog mengenainya sebelum memulakan laman web yang lebih khusus memudahkan pasangan untuk mendirikan rumah tangga.

"Laman kami memberi maklumat mengenai persiapan perkahwinan dari A hingga Z. Malah kami turut memberikan dan berkongsi tip secara percuma kepada bakal pengantin.

"Pelbagai pakej ditawarkan di ruangan ini termasuk pakaian pengantin, katering dan sebagainya melalui kerjasama istimewa dengan vendor yang terbabit. Malah pakej berbulan madu juga disediakan dan pasangan boleh berjimat kerana kami sudah melakukan perbincangan dengan vendor yang menawarkan harga istimewa khas buat pelanggan kami," katanya.

Disebabkan oleh keunikan Songket Affairs, ia mendapat perhatian dan kunjungan ramai bakal pengantin yang tidak mahu pening kepala memikirkan persiapan perkahwinan yang sememangnya memakan banyak masa, tenaga dan wang.

Bagi menjaga kualiti produk supaya ia sentiasa eksklusif, setiap pakej yang ditawarkan mempunyai tempoh masa terhad di mana pakej baru dan terkini akan dipaparkan setiap beberapa minggu.

Biarpun mendapat kerjasama eksklusif termasuk bersama pereka ternama dengan reputasi tinggi serta selebriti termasuk Serina Redzuawan, Emelda Rosmila dan Natasha Hudson untuk menghasilkan produk premium, harga yang ditawarkan adalah berpatutan kerana keempat-empat sahabat ini bersepakat mahu menawarkan pakej yang mampu dinikmati semua golongan.

"Lagipun dengan adanya laman ini, ia menawarkan harga berpatutan yang boleh dinilai sendiri oleh bakal pengantin selain mereka tidak berasa tertipu. Kami juga sangat selektif memilih vendor dan hanya memilih yang terbaik. Setakat ini kami sudah ada 25 vendor yang menyediakan pakej eksklusif.

"Apa yang kami mahu sebenarnya adalah menyediakan seberapa banyak maklumat yang boleh untuk memudahkan urusan perkahwinan dengan menawarkan produk berkualiti. Ini kerana kami sudah melalui fasa itu dan tahu betapa sukarnya membuat persediaan sekiranya tidak ada semua maklumat ini," katanya.

Sambutan menggalakkan daripada bakal pengantin membuatkan mereka memasang impian melangkah lebih maju dalam bidang perniagaan itu dan merancang melebarkan sayap hingga ke negara jiran seperti Indonesia, apalagi salah seorang daripada mereka sudah lama menetap di negara itu serta mula mahir dengan selok-belok perniagaan di sana.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Aurat Mahkota Wanita: Pelihara aurat wanita

Posted: 01 Jul 2013 06:16 AM PDT

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara. Allah SWT menjadikan wanita cantik dan menarik. Justeru, setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang diberikan Allah, bukan me­nyalahgunakannya.

Islam amat sayangkan wanita, tidak hairanlah Allah menggariskan beberapa ketetapan dan panduan agar kehormatan wanita dijaga dengan baik.

Islam tidak menghalang perkembangan fe­syen, tetapi perlu me­ngikut kehendak syarak bagi memelihara wanita itu daripada dieks­ploitasikan.

Tidak guna kecantikan seseorang wanita itu tanpa memelihara aurat. Bertudung itu anggun tetapi ja­ngan cemarkan dengan memakai pakaian ketat atau berbaju lengan pendek.


Buku setebal 150 muka surat ini turut membincangkan secara detail aurat wanita termasuk suara, perhiasan selain hijab dan jilbab.


Selain itu, buku ini turut membicarakan apakah aurat wanita ketika bersanding, masuk ke tandas, bersama kanak-kanak, mendapat rawatan doktor dan cara menutup aurat menurut syarak.

INFO:

Tajuk: Aurat Mahkota Wanita
Penulis: Rusydi Ramli Al-Jauhari dan Haliza Aris
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Harga: RM16.90(Semenanjung Malaysia) RM19.90 (Sabah/Sarawak)

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


3 sangkut 24 jam

Posted: 30 Jun 2013 11:53 AM PDT

Kuala Lumpur: Tiga penjenayah yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun kereta sekitar Lembah Klang ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara, kelmarin.

Semua suspek yang ditahan dalam tempoh 24 jam itu, dipercayai daripada dua kumpulan samun kereta dengan tangkapan terbaru dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Wangsa Maju pada jam 4.15 petang, kelmarin.


Dalam kejadian itu, unit kereta peronda polis (MPV) dari balai berkenaan menjejaki sebuah kereta Proton Perdana yang dilaporkan hilang di Taman Melati, di sini, Khamis lalu. Hasil pemantauan, kereta berkenaan dikesan dan disekat di Jalan 13/27 B, Taman Desa Setapak, sebelum polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang memandu kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta itu polis menemui sebilah parang di bawah tempat duduk pemandu selain peralatan memecah kenderaan dipercayai digunakan suspek untuk melakukan aktiviti samun.


"Polis turut menemui beberapa bentuk kunci pendua, kikir besi, alat kawalan jauh kereta serta dua set nombor pendaftaran palsu dalam kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Taman Bukit Maluri, di sini, itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berhubung kes samun dan menceroboh.

Foto

PERALATAN yang digunakan suspek (berbaju biru) dirampas.

Foto

KERETA yang dilaporkan hilang di Taman Melati ditemui dalam serbuan di Taman Desa Setapak.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan jam 10 malam Jumaat lalu, dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun yang menaiki sebuah kereta Toyota Alphard dicekup ketika cuba melarikan sebuah kereta mewah BMW X6 di kawasan rumah kedai Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.


Kejadian mengakibatkan 10 kereta yang diparkir sekitar Taman Sri Rampai rosak akibat dirempuh suspek ketika dikejar polis.

Kedua-dua suspek aktif melakukan samun kereta mewah sejak beberapa bulan lalu dan polis menemui gambar kereta mewah Toyota Alphard dan BMW yang dimuatkan dalam kontena dipercayai disamun serta untuk diseludup ke luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Brazil juara Piala Konfederasi

Posted: 30 Jun 2013 08:43 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Dua gol daripada Fred serta satu jaringan Neymar membolehkan tuan rumah Brazil mengalahkan juara dunia Sepanyol 3-0 dalam perlawanan final Piala Konfederasi, di stadium Maracana awal pagi ini.

Fred menjaringkan gol pertama Brazil kurang dua minit selepas perlawanan bermula dan Neymar menambahkan jumlah jaringan pasukan itu sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir.

Sementara itu, Fred menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan pada awal separuh masa kedua untuk memberi kemenangan yang boleh dikatakan mudah mengatasi Sepanyol.

Sergio Ramos gagal melaksanakan sepakan penalti bagi Sepanyol pada minit ke-55 dan pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique dibuang padang selepas mendapat kad merah kerana mengasari Neymar pada minit ke-68


Neymar juga memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan Piala Konfederasi, manakala penyerang Sepanyol, Fernando Torres memenangi anugerah Golden Boot dengan jaringan lima gol semasa kejohanan itu.


Penjaga gol Brazil, Julio Cesar pula memenangi anugerah Golden Glove. - AP

Barisan pemain

Brazil: Julio Cesar, Daniel Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Luiz Gustavo, Paulinho (Hernanes, 88), Oscar, Hulk (Jadson, 73), Neymar, Fred (Jo, 80).

Spain: Iker Casillas, Gerard Pique, Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Fernando Torres (David Villa, 59), Pedro Rodriguez, Juan Mata (Jesus Navas, 52), Sergio Ramos, Sergio Busquets, Alvaro Arbeloa (Cesar Azpilicueta, 46), Jordi Alba.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Konvoi berdarah

Posted: 30 Jun 2013 12:39 PM PDT

Kota Tinggi: "Sepanjang konvoi mereka amat ceria dan tak sangka ini konvoi terakhir saya bersama mereka," kata Shahil Zulfyri Muhd Zulkeri, 24, rakan kepada dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, maut di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori tangki.

Lori berkenaan ketika itu melintang di tengah jalan selepas cuba mengelak daripada melanggar kereta yang berhenti mengejut dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

Shahil Zulfyri berkata, konvoi yang dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk pulang ke Kuala Terengganu itu membabitkan lima kereta dan 16 motosikal berkuasa tinggi.

Foto

KEADAAN lori tangki dan motosikal selepas kemalangan.


Menurut Shahil, ibu bapanya iaitu Muhd Zulkeri Embong, 49, dan Anisar Muhammad, 49, turut menyertai konvoi berkenaan dengan menunggang dan membonceng motosikal Harley Davidson manakala dia memandu kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Piala pulang lewat

Posted: 30 Jun 2013 10:18 AM PDT

Kota Bharu: Piala FA dijangka tiba di Kota Bharu Rabu ini berikutan skuad Kelantan terpaksa ke Perak terlebih dulu bagi menghadapi perlawanan Liga Super dengan skuad Seladang, malam esok.

Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim berkata, skuad The Red Warriors (TRW) teruja membawa balik trofi berkenaan namun kerana faktor jadual padat, piala berkenaan terpaksa dibawa pulang sedikit lewat.


"Memang tidak dinafikan kita tidak sabar membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu bagi dipamerkan kepada seluruh penyokong setia TRW namun kita perlu melupakan sejenak perkara itu kerana masih ada perlawanan penting berdepan Perak.

"Saya harap seluruh penyokong setia TRW menunggu ketibaan Piala FA dengan sabar dan terus memberi sokongan kepada Kelantan untuk perlawanan malam esok," katanya ketika dihubungi, semalam.


Sementara itu, Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA) berkata, mereka masih belum membuat keputusan berhubung majlis perarakan Piala FA itu.


Katanya, pasukan kini terpaksa melupakan kegembiraan menjulang Piala FA buat kali kedua berturut-turut buat sementara kerana perlu memberi fokus kepada perlawanan dengan Perak, malam esok.

Foto

KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi julang piala bersama Tan Sri Annuar Musa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

PM ucap tahniah

Posted: 30 Jun 2013 10:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang Piala FA.

"Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang Piala FA. Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau semalam.

Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi paling terkenal di dunia

Posted: 30 Jun 2013 09:21 AM PDT

London: Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton.

Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai "bayi paling terkenal di dunia." Apabila Kate - yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge - melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain. Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.


Justeru, tidak menghairankan apabila kelahiran bayi itu akan menjana perolehan AS$415 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.


Namun, di seluruh dunia - di Amerika, India, Australia, New Zealand dan Kanada misalnya 'demam' itu mencapai puncaknya. Minggu lalu sejumlah gambar bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard menjahit anak patung kangaru untuk anak Kate itu disiarkan media. Namun, ia adalah sebahagian kecil daripada gambaran obsesi antarabangsa terhadap anak yang bakal lahir itu.


Antara puncanya, lawatan diraja pasangan Kate dan Putera William ke beberapa negara luar, selain sambutan Jubli Intan pemerintahan diraja Britain membantu melonjakkan profil mereka. Bagaimanakah penduduk dunia membuat persediaan menyambut kelahiran bayi diraja itu? Di seberang Lautan Atlantik, liputan meluas media menghangatkan rasa ingin tahu orang ramai, Minggu lalu, Kate muncul sebagai penghias muka depan hampir semua majalah di AS dan setiap butiran kehamilannya dilaporkan sebagai berita utama.

Foto

ANTARA cenderamata yang dijual sempena bakal kelahiran anak William, Kate.

Foto

CENDERAMATA yang dijual.

Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi "berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013." Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang - termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar - sudah membuat catatan di situ.


Seorang peminat dari Filipina menulis: "Seluruh dunia tidak sabar menunggu untuk melihat si bayi." Siaran berita juga pelbagai - daripada berbentuk serius sehingga ke laporan mengarut. Di Sepanyol Kate sering menjadi penghias muka depan majalah Hola! dan menggelar bakal anaknya sebagai "masa depan monarki Britain." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01

Bieber mahu berkeluarga pada usia muda

Posted: 30 Jun 2013 09:15 AM PDT

Los Angeles: Penyanyi remaja Justin Bieber mengaku mahu memulakan hidup berkeluarga pada usia muda.

Dalam keluaran khas majalah Us, selebriti berusia 19 tahun itu berkata, dia mengimpikan hubungan romantik seperti yang dilalui pasangan nenek dan datuknya. "Hubungan Bruce dan Diane Dale menjadi contoh ikutan saya," katanya. Kata Bieber, pasangan datuk dan neneknya itu saling sayang menyayangi walaupun selepas berumah tangga sekian lama.


Justeru, kata Bieber, apabila tua nanti dia mahu tetap romantik dengan isterinya seperti pasangan Dale.

Bieber berkata, dia mahu segera berkahwin dan mempunyai anak ketika masih muda.


"Bagaimanapun saya perlu mencari teman wanita terlebih dulu," katanya. Bieber pernah bercinta dengan Selena Gomez tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini.


Di sebalik perpisahan itu, Bieber dan Selena dilihat seperti pasangan kekasih ketika sama-sama menghadiri majlis Anugerah Muzil Billboard. Kata Bieber, tiada sebab untuknya memusuhi Selena kerana perpisahan mereka berlaku secara baik. Sementara itu, Bieber berkata, ramai orang memberikan nasihat kepadanya untuk mendapat teman wanita yang tepat. "Nasihat terbaik yang saya terima ialah, bersabar dan mendengar.

"Saya masih muda dan sedang cuba menjadi lelaki yang lebih baik setiap hari," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/01
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: World War Z sarat adegan mendebarkan!

Posted: 30 Jun 2013 06:31 AM PDT

Filem 'World War Z' akhirnya menjengah ke pawagam setelah sekian lama dipromosikan dengan hebat.

Filem yang diterajui oleh Brad Pitt ini sememangnya ditunggu oleh penulis memandangkan sudah terlalu lama tidak melihat kelibat suami kepada Angelina Jolie ini di layar perak. Sudah terbit rasa rindu. Kali terakhir Pitt dilihat beraksi adalah dalam filem 'The Curious Case of Benjamin Button' pada tahun 2008.

Berbalik kepada 'World War Z', filem ini tidak jauh bezanya dengan filem-filem yang mengisahkan tentang penularan wabak atau virus yang tidak dikenali di kalangan manusia. Cuma, jalan ceritanya sedikit berbeza. Mesej yang cuba disampaikan juga sangat jelas iaitu kelalaian manusia boleh mengundang bahaya yang tidak terduga.

Penulis suka dengan nilai-nilai kasih sayang yang ditampilkan. Saat-saat perpisahan Gerry Lane (Pitt) dengan isteri dan anak-anaknya mengusik perasaan dan mengundang simpati. Terbayang pula kehidupan sebenar Pitt yang diketahui umum sangat menyayangi anak-anaknya.


Bercerita mengenai pengalaman menyaksikan 'World War Z', terus-terang penulis katakan filem ini mengundang debaran berpanjangan. Penulis skrip tidak menunggu lama untuk menghadiahkan debaran kepada penonton. Rasanya hanya 10 minit pertama penulis boleh duduk diam tanpa jeritan. Selepas itu, penulis asyik terkejut disergah makhluk yang tidak disenangi. 


Otak juga ligat berfikir kerana satu demi satu persoalan bermain di fikiran. Walaupun dapat menjangka hero akan selamat, namun penulis masih berdebar-debar memikirkan keselamatan Gerry dan keluarganya, termasuklah manusia sejagat. 

Sesekali pecah juga ketawa kerana terdapat beberapa perkara melucukan tetapi, penulis tidak mahu kongsikan apa kelucuan yang ada pada filem arahan Marc Forster ini. Anda kena lihat sendiri.

Jika anda suka dengan filem-filem aksi mendebarkan, penulis sangat menyarankan anda menonton filem ini di pawagam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

B2ST buat peminat 'histeria'

Posted: 30 Jun 2013 06:24 AM PDT

Bagaikan sorakan untuk gol kemenangan, begitulah yang boleh diibaratkan kepada kumpulan kegilaan dari Korea Selatan, Beast pada konsert AIA K-Pop Live in Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Jelas sekali, kemunculan kumpulan dianggotai Doo-joon, Hyunseung, Junhyung, Yoseob, Gikwang dan Dongwoon itu memang dinantikan. Buktinya, setiap kali terpampang gambar mereka di skrin, penonton seakan hilang kawalan meskipun konsert belum bermula.

Menjadi artis terakhir mengambil-alih pentas malam itu, tidak hairanlah mengapa Beast digilai sebegitu rupa kerana bukan saja anggotanya tampan belaka namun aura serta persembahan mereka ternyata luar biasa.

Momentum sorakan penonton nyata tidak terjejas meskipun muncul lambat malah semakin gamat dan gempita stadium berkenaan sebaik kelibat mereka kelihatan.

Foto

PALING menggamatkan malam itu, Beast tampil lincah dan bertenaga.

Foto

SEMPAT bermain air di atas pentas.

Foto

G. NA seksi dan vokalnya mengagumkan.

Foto

BEAST memang punya aura tersendiri.

Setanding kehebatan BigBang dan SuperJunior, sokongan peminat terhadap mereka boleh tahan juga kerana melihat sendiri kegilaan penonton, Beast memang bikin satu stadium 'histeria'.

Lincah, bertenaga dan sarat dengan karakter, mereka muncul dari bawah pentas mendendangkan lagu hit Beautiful Night disusuli Bad Girl, Shock dan Special.
Sorakan makin memuncak apabila menerusi lagu Special, mereka menunjukkan skil tarian masing-masing dengan koreografi mantap sebelum beralih kepada lagu Fiction.

Mengubah suasana malam itu, terkenal dengan vokal berbeza-beza dan mempunyai kekuatan tersendiri, peminat kemudian dibuai pula menerusi lagu berentak melo Will You Be Alright.

Khas dan buat pertama kali, lagu baru berkenaan berjaya menggamit perasaan penonton yang tidak ketinggalan bernyanyi sama sebelum persembahan diteruskan dengan lagu Beautiful serta V.I.U sebagai lagu penamat.

Berjaya menguasai pentas malam itu, setiap anggotanya bijak mengusik penonton apabila menggunakan sepenuhnya ruangan pentas berbentuk I itu. Peminat fanatik pula terkejar-kejar penyanyi kegilaan mereka itu semata-mata mahu berada serta melihat mereka secara dekat.

Sudah berkunjung beberapa kali ke sini, Beast mengakui sentiasa teruja apabila hadir ke sini disebabkan peminat yang tidak putus-putus menyambut baik kunjungan mereka.

"Setiap kali datang Malaysia, mesti akan memberikan kami kenangan manis. Terutama sekali buat peminat kesayangan kami di sini, tanpa kamu semua, kami tidak akan berada di sini.

"Terima kasih juga kepada penganjur kerana memberi peluang kepada kami untuk memeriahkan konsert ini," kata mereka yang menutup konsert malam itu dengan aksi 'nakal' bermain simbah air sesama sendiri.

Apapun, menjadi pembuka tirai malam itu, kehebatan penyanyi kelahiran Korea-Kanada G. NA pun tidak kurang menyengat apabila tampil 'panas' dengan aksi serta persalinan seksi bersama penarinya.

Petah berbahasa Inggeris, nyata stamina penyanyi jelita ini cukup mengagumkan apabila berjaya melunaskan lapan buah lagu sekali harung meskipun tampil solo.
Dimulakan dengan lagu Supa Solo disusuli 2Hot, penonton bersorak riang tatkala dia menampilkan Junhyung menyanyi bahagian rap bersamanya menerusi lagu I'll Back Off So You Can Live Better.

Tidak ketinggalan, mengakui dia amat meminati penyanyi berkaliber Rihanna, dia turut mendendangkan versi tersendirinya medley lagu Take A Bow dan Rude Boy.

Sesekali meneguk air mineral dan kedengaran dia tercungap, bagaimanapun vokalnya jelas tidak terganggu sewaktu menyanyikan lagu seterusnya iaitu First kiss, Top Girl serta Black & White.

Berpengaruh serta turut memuncak namanya kala ini, 4Minute yang bukan nama asing serta dianggotai penyanyi seksi, Hyun-a pula tampil ranggi malam itu dengan fesyen ala-ala Harujuku.

Dianggotai Ji-hyun, Ga-yoon, Ji-yoon, Hyun-a dan So-hyun yang masing-masing berbeza perwatakan, suasana menjadi lebih meriah dengan aksi tarian nakal mereka menakluk setiap inci pentas.

Meskipun rata-rata penonton malam itu terdiri daripada kalangan wanita, namun 4Minute jelas digilai kaum hawa juga berikutan kehebatan nyanyian serta tarian mereka sangat bertenaga.

Mendendangkan himpunan lagu popular mereka termasuklah What's Your Name, Mirror Mirror, I'm Ok, Huh, Music dan Ment 4, tidak terkecuali sedikit rangkap daripada sebuah lagu popular juga turut dinyanyikan khas buat penonton.

Kumpulan berkenaan mengakhiri persembahan mereka malam itu dengan lagu Heart To Heart dan Hot Issue sebelum Beast mengambil alih pentas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved