Sabtu, 8 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Master’ tilik guna SMS

Posted: 07 Sep 2012 04:40 PM PDT

SHAH ALAM: Satu sindiket menawarkan khidmat menilik nombor ekor menerusi telefon bimbit dikesan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah di bandar raya ini, Klang dan Banting sejak beberapa hari lalu.

Risalah hitam putih itu tertera nama sebuah kuil, gambar seorang sami lelaki dipercayai tukang tilik, sekeping nombor ekor dan resit keputusan pemenang menampilkan pengakuan seorang lelaki mengenai keberkesanan tilikan itu yang diberi secara percuma oleh seseorang yang digelar 'Master'.


Dalam risalah terbabit, lelaki itu mendakwa kehidupannya susah dan tidak cukup wang menampung perbelanjaan rumah, ansuran bulanan kereta dan rumah walaupun bekerja sebagai kerani bank.

Bagaimanapun, nasibnya berubah selepas menghubungi talian berkenaan dan menerima nombor daripada Master serta membelinya pada harga RM80 untuk nombor besar dan RM110 untuk nombor kecil.


Dalam risalah itu, dua nombor telefon disertakan untuk orang ramai menghubungi Master yang dikatakan boleh mengubah nasib, masalah kewangan dan menjadikan seseorang kaya dengan hanya menelefonnya.


Penduduk di Seksyen 17, di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Din mendakwa risalah itu diedarkan dari rumah ke rumah oleh seorang lelaki sejak beberapa hari lalu.

"Sebahagian besar penduduk di kawasan perumahan tempat saya tinggal beragama Islam. Jadi, tindakan mereka mengedarkan risalah terbabit tidak elok," katanya.


Wartawan Harian Metro menghubungi talian berkenaan dan berbual dengan seorang lelaki yang meminta menghantar butiran lengkap seperti nama penuh dan tarikh lahir ke nombor telefon tertera pada risalah terbabit.

Apabila cuba ditanya lanjut mengenai tulisan nama sebuah kuil, lelaki terbabit berkata ia sebuah kuil Buddha di Kedah.


"Anda perlu SMS nama penuh dan tarikh lahir. Kami akan periksa nama anda sama ada bernasib baik atau tidak dan sekiranya tidak ada nasib kami tidak memberi sebarang nombor," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan butiran lanjut berkaitan kepastian serta keberkesanan cara itu gagal apabila dimarahi lelaki terbabit sebelum menamatkan perbualan.


Justeru, Harian Metro menghantar SMS nama penuh serta tarikh lahir pada nombor berkenaan, namun tiada jawapan nombor tilikan diterima.


Syarikat telekomunikasi yang dihubungi berkata, pemilik nombor itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor prabayar selain usaha menghubungi talian itu juga gagal.


Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman ketika dihubungi menasihatkan orang Islam menghindarinya supaya tidak terpengaruh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Perlu telus rahsia identiti pengadu

Posted: 07 Sep 2012 04:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rata-rata Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) menyokong tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menangani isu penyalahgunaan kediaman berkenaan berikutan dianggap sudah menindas hak golongan yang lebih memerlukan.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Baru Air Panas, Zalina Hassan berkata, DBKL boleh meneruskan cadangan untuk memberi ganjaran kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat kegiatan penyalahgunaan flat PPR mahupun PPA, tetapi perlu diteliti supaya tidak memudaratkan pihak berkaitan.


"Kami setuju apabila DBKL bercadang memberi ganjaran kepada pengadu, namun bagi pihak penduduk, saya harap ia dapat dilakukan secara telus dan berintegriti," katanya.

Menurut Zalina, pihaknya pernah berbincang mengenai isu ganjaran, namun ramai penduduk mempersoalkan ketelusan DBKL merahsiakan identiti pengadu.


"Kami tidak mahu mendidik masyarakat supaya terlalu fokus kepada soal ganjaran kerana lebih penting hak menduduki bagi golongan yang lebih memerlukan. Bagaimanapun, jika DBKL berhasrat untuk berbuat demikian, kami harap biar ada jaminan identiti pengadu dirahsiakan.


"Ini kerana ada kemungkinan anggota DBKL yang mempunyai pertalian saudara atau kenalan dengan penduduk di sesebuah PPR membocorkan identiti pengadu, sekali gus mendatangkan gangguan serta ancaman kepada keluarga pemberi maklumat," katanya. Pengerusi Persatuan Penduduk PPA Desa Rejang, Ismail Shaari turut menyokong usaha dan tindakan tegas DBKL dalam menangani isu itu yang disifatkan bukan lagi perkara baru, sebaliknya sudah mendatangkan keuntungan berganda kepada individu terbabit.

Ismail berkata, senario itu banyak berlaku di PPR mahupun PPA dan situasi bertambah buruk jika pemilik menyewakan kediaman kepada warga asing.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tidak terbakar dicucuh api

Posted: 07 Sep 2012 03:37 PM PDT

KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar 'budak kebal' kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering 'bermain' dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

"Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit," katanya ketika ditemui.


Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kaki tercabut tendang bola

Posted: 07 Sep 2012 03:37 PM PDT

HULU LANGAT: "Walaupun terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak dan kadang-kadang ia tercabut ketika bermain bola sepak bersama rakan, saya tetap bersyukur dan akan berusaha mencapai kejayaan dalam hidup," kata Zukhairi Aminuddin, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, di sini, tahun lalu.

Dalam kejadian menyayat hati yang mengorbankan 16 nyawa itu, Zukhairi, 14, kehilangan kaki kirinya yang terpaksa dipotong di tempat kejadian selepas tertimbus tanah separas pinggang.

Kini selepas lebih setahun tragedi itu, kesan trauma semakin menghilang, malah sejak 1 Mei lalu, seramai 31 penghuni menikmati penginapan serta kemudahan lebih selesa di premis baru dikenali Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al Hijrah (Raydha Hijrah) di Kampung Sungai Semungkis yang terletak kira-kira dua kilometer daripada tapak asal.

Zukhairi berkata, dia masih menjalani fisioterapi di Hospital Serdang setiap minggu bagi menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu yang dipakai sejak enam bulan lalu dan gembira kerana keadaannya semakin baik.


"Saya bersyukur kerana sudah boleh tinggal di rumah baru. Di sini, semua keperluan ada dan selesa. Insya-Allah, saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan," katanya yang bercita-cita mahu menjadi akauntan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tembak, penggal kepala perogol

Posted: 07 Sep 2012 02:03 PM PDT

ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac, barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu. Dia menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran. Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.


Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.

Pemerkosaan itu berterusan selama lapan bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: "Saya mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.


"Kali ini, saya tembak alat sulitnya. Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal kepalanya," katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali, termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu. Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kecam syarat payu dara dalam pertandingan ratu cantik

Posted: 07 Sep 2012 01:59 PM PDT

BEIJING: Syarat yang ditetapkan oleh penganjur satu pertandingan ratu cantik supaya peserta mempunyai jarak sekurang-kurangnya 20 sentimeter antara dua puting payu dara mengundang kritikan orang ramai di Internet.

"Mengapa lebih daripada 20 sentimeter? Secara jujur, saya tidak tahu siapa yang mempunyai susuk sedemikian," kata seorang pengguna di Weibo, Twitter versi China. "Bagaimana jarak payu dara termasuk dalam standard kecantikan? Adakah mereka menganggap wanita sebagai barang mainan? Mengadili wanita melalui kriteria sedemikan sangat kuno," kata personaliti televisyen, Yang Lan dalam mikroblog itu. Pertandingan itu yang bertujuan memahkotakan 10 pelajar universiti di tengah Hubei menitikberatkan kecantikan dari sudut tradisional China dan standard moden Barat, kata kakitangan pertandingan sebagaimana dipetik akhbar Global Times. Penganjur pertandingan telah melakukan penyelidikan di Internet untuk menentukan kriteria bagi pertandingan itu.


Sebagai tambahan kepada ukuran tradisi seperti dada, pinggang dan pinggul, pertandingan juga mensyaratkan ruang antara anak mata peserta perlu 46 peratus daripada jarak antara anak mata dengan telinga. China menganjurkan banyak pertandingan ratu cantik, termasuk enam Miss World sejak sembilan tahun lalu.

Pesertanya, Yu Wenxia memenangi gelaran dalam pertandingan itu di peringkat antarabangsa yang berlangsung di utara negara itu bulan lalu.


"Pertandingan ratu cantik ini tidak masuk akal," kata seorang lagi pengguna Weibo. "Atas dasar apa juri mengguna pakai standard mereka sendiri untuk mengukur erti kecantikan?," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Tolong fikir perasaan kami’

Posted: 07 Sep 2012 05:53 AM PDT

"MENGARUT! gosip itu cerita lama. Mengapa ia dibangkitkan semula? Adakah kerana ada pihak tidak senang apabila dicubanya cucuk kisah rumah tangga saya tidak jalan?

"Direka pula gosip suami saya berkahwin lain juga tidak jalan dan sekarang ini mereka bangkitkan pula hubungan saya dengan pelakon baru itu?" kata primadona filem Melayu, Erra Fazira.

Kenyataan Erra itu sebagai mengulas pertanyaan mengenai desas-desus kononnya dia mempunyai hubungan dengan pelakon baru, Amar Baharin.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Indigital dan Cube Film, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Erra menyambut pertanyaan dengan wajah terpinga.


"Dia ibarat adik, tidak mungkinlah. Berhentilah menabur fitnah pada saya dan fikirlah secara matang sebelum hendak mereka cerita. Gosip sebegini buat orang tergelak saja.


"Tolong juga fikir perasaan keluarga saya dan suami. Tahukah mereka gosip ditabur selama ini menyinggung perasaan kami. Saya ini isteri orang, jangan buat cerita seolah-olah saya tidak tahu menilai perbuatan buruk dan baik," kata Erra.

Pada pertemuan itu, Erra mengakui dia sendiri buntu dari mana datangnya gosip yang diperkatakan, namun dia percaya hal ini diperbesarkan pihak media apabila mendapat gegaran daripada ruangan gosip di Internet.

"Saya sedar kerjaya saya sebagai artis memungkinkan diri saya sewenang-wenangnya difitnah. Ada ketika saya membelek kisah artis di Internet khususnya yang berkaitan dengan saya, saya beristighfar panjang.

"Mereka yang menulis itu seolah kenal benar dengan saya, tahu luar dan dalam atau lebih mengenali saya daripada diri saya sendiri. Saya tidak hairan kalau pihak media dapat sumber yang salah.

"Zaman sekarang dengan adanya Internet segalanya mungkin," kata wanita jelita juga pemegang peranan utama filem pecah panggung, Sembilu itu.

Obsesi orang memperkatakan soal rumah tangga ada kalanya membuatkan Erra ketawa sendiri. Bayangkan sehingga saat Erra memperkenalkan single terbarunya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, ada pihak membuat spekulasi kononnya lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya.

Menyangkal sama sekali dakwaan itu, Erra memaklumkan, sesebuah lagu yang dicipta berdasarkan imaginasi serta pengalaman yang pernah dilalui penulis lirik mahupun komposer itu sendiri.

"Perlu ke setiap lagu yang dihasilkan harus ada kena mengena dengan penyanyi? Lagu ini saya terima daripada Manusia Putih lengkap berserta dengan liriknya.

"Saya sukakan lagu ini kerana melodinya ringkas bahkan konsepnya juga memenuhi intipati dalam album terbaru nanti. Lagipun saya suka judulnya, Cinta Diam Diam yang menangkap.

"Indonesia sudah lama menggunakan judul seperti Kekasih Gelapku misalnya, tetapi di Malaysia apa yang diperkenalkan Manusia Putih ini masih baru. Jadi sebelum orang lain buat, lebih baik saya mulakan," katanya yang berpuas hati dengan penerbitan lagu berkenaan.

Daripada kisah peribadi, menyingkap pula soal kerjaya. Baru-baru ini, Erra mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sepatutnya mula dipentaskan di Istana Budaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Teater itu bagaimanapun akhirnya terpaksa ditunda lagi pada tarikh baru iaitu 14 September ini. Akui Erra, dia berasa amat sedih terpaksa menarik diri daripada pementasan berkenaan. Bagaimanapun, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

"Pementasan teater itu beberapa kali ditunda menyebabkan tarikh baru diterima bertindih dengan projek yang sudah saya persetujui. Kerana begitu hendak menjayakan pementasan teater berkenaan, beberapa projek yang saya terima ini sudah beberapa kali juga ditukar tarikhnya.

"Mujurlah pengarah dan produser faham. Disebabkan perubahan tarikh terbaru pementasan teater itu, saya memang sudah tidak mampu untuk memberi komitmen dan tidak mahu hanya kerana pembabitan saya menerusi teater itu, produksi yang lain mendapat susah.

"Jadi saya ambil keputusan melepaskan watak isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Siti Hasmah. Terus terang saya sangat sedih kerana ketika pementasan Tun Mahathir, tidak lama dulu, saya yang bawakan watak itu.

"Justeru, apabila pihak produksi memaklumkan untuk mementaskan pula kisah ketokohan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya, memang saya amat teruja.

"Namun, apa yang berlaku di luar jangkaan dan saya terima dengan hati terbuka. Saya harapkan semoga Lisa Surihani yang menggantikan tempat saya dapat menghidupkan watak itu dengan baik. Walaupun tidak terbabit, saya tetap akan menyokong pementasan berkenaan," katanya.

Terikat dengan dua projek drama bersiri, satu telefilem dan satu filem berjudul KL Meroyan, Erra turut ditanya sejauh mana kepuasan diperoleh menerusi pembabitan dalam drama TV.

"Semua drama lakonan saya disiarkan di Astro dan ia hanya dapat disaksikan pelanggan stesen berkenaan saja. Kepuasan dari segi lakonan pula, saya belum dapat yang betul-betul mencabar seperti pernah saya lakukan untuk filem.

"Seperti sekarang ini, saya memang teringin sangat hendak berlakon kisah aksi. Zaman saya berlakon filem dulu, kisah aksinya tidak seperti sekarang yang saya kira lebih menarik dan memberi kepuasan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07


Dokumentari ke global

Posted: 07 Sep 2012 05:21 AM PDT

PERANCANGAN rapi dibuat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk memasarkan dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa nampaknya membawa hasil positif. Bahkan, ada di antara dokumentari itu sudahpun dibeli syarikat penyiar terkenal seperti Discovery Channel dan AETN.

Bagaimanapun, setiap dokumentari dihasilkan itu seiring dengan kehendak corak persembahan yang sudah ditetapkan syarikat penyiar terbabit. Justeru, ia kelihatan agak terikat dan hanya mengikut acuan seperti dikehendaki penyiar.

Apapun, antara dokumentari yang sudah dibeli Discovery Channel ialah Royal Press - A Printing Relic, Royal Carver, Agarwood - The Black Gold Of The Forest, Spirit Of Wood dan Tanjung Pagar - The Last Train. AETN pula membeli 1941: The Fall Of Penang dan Last Journey To Sarawak.

Ketua Pengarah (KP) Finas, Mohd Naguib Razak berkata, kini pihaknya merancang untuk membawa dokumentari tempatan menembusi pasaran lebih jauh lagi untuk mengetengahkan keunikan Malaysia di mata dunia.


"Oleh itu, penghasilan dokumentari istimewa Sanctuary of Faith The Mosque, The Church & The Temple adalah tepat untuk menggambarkan keunikan negara ini yang dihuni pelbagai kaum serta memiliki kepercayaan agama masing-masing.


"Bahkan, biarpun berlainan agama tetapi keharmonian masih mampu dibentuk bersandarkan kepercayaan itu. Justeru, saya percaya dokumentari ini pasti akan mendapat perhatian daripada masyarakat luar.

"Apatah lagi, masih ramai warga asing kurang mengetahui mengenai Malaysia. Kebanyakan mereka melihat Malaysia adalah bangsa Melayu dan tanggapan itu sebenarnya salah," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Naguib berkata, hasil dokumentari Sanctuary of Faith The Mosque, The Church & The Temple akan disiarkan di stesen televisyen Perancis iaitu MIPCom. Malah, kemudian ia dibawa pula ke World Congress of Science and Factual Producers di Washington DC, Amerika Syarikat, November nanti.

Terdahulu, majlis pelancaran dokumentari itu dilakukan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Studio Sound Stage, Finas, baru-baru ini. Malah, pada majlis itu juga turut diserahkan surat pelantikan penerbitan dokumentari kenegaraan kepada produksi tempatan terpilih.

Dr Rais juga turut meluangkan masanya seketika untuk menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Finas sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini. Turut hadir memeriahkan majlis itu, penggiat seni tanah air terdiri daripada artis veteran dan karyawan filem tempatan.

Selain itu, berbicara mengenai dakwaan negatif yang mengatakan Mohd Naguib 'kurang membuat kerja' sejak menggalas tugas KP Finas sejak 1 September tahun lalu, dia dengan senyuman terukir di bibir menyangkal dakwaan itu.

Katanya, bukan mudah untuk membuat perubahan dalam industri hiburan tempatan hanya dalam jangka masa yang singkat. Ujar beliau lagi, setiap perubahan yang ingin dibuat memerlukan strategi yang disusun rapi dan masa yang agak lama.

"Apapun, rasanya orang industri tahu apa yang sudah saya lakukan selama menerajui Finas. Cuma, ia tidak terlalu diuar-uarkan saja. Apatah lagi, saya sendiri lebih selesa melakukan sesuatu kerja dalam diam-diam. Bagi saya, apabila sudah berjaya, barulah seronok untuk dihebahkan.

"Masih banyak lagi yang perlu diubah. Bahkan, buat masa ini, kami di Finas masih lagi merombak dan menyusun semula infrastruktur pasaran filem mengikut transformasi ekonomi dengan menambah beberapa sistem baru," katanya.

Menyentuh soal perasaan kesalnya terhadap dakwaan tak berasas itu, Mohd Naguib berkata, dia tidak sedikit pun berasa kesal mahupun kecewa terhadap tuduhan itu.

Ujarnya, ia adalah situasi yang normal berlaku dalam industri hiburan tempatan apabila ada pihak berusaha cuba menjatuhkan nama baiknya sebagai peneraju Finas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Kay Kim anggap KBS tidak adil

Posted: 07 Sep 2012 01:26 PM PDT

"MEREKA (atlet Paralimpik) sebenarnya lebih layak dan berhak untuk diberi ganjaran serta pencen berbanding atlet normal."

Demikian pandangan pengkritik sukan tanah air, Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas ketetapan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang tidak akan memberi ganjaran skim imbuhan tetap atau pencen kepada pemenang pingat perak Sukan Paralimpik, Hasihin Sanawi seperti dinikmati atlet normal pada temasya Olimpik.


Pelik dengan situasi itu, Kay Kim menganggap keputusan itu tidak adil untuk atlet Orang Kurang Upaya (OKU) yang pada pandangannya terpaksa melalui halangan lebih sukar berbanding atlet normal dalam usaha mereka memenangi pingat.

"Sudah sampai masanya kita mengiktiraf atlet paralimpik yang berjaya setanding dengan atlet normal kerana mereka juga sudah menjadi penyumbang penting untuk mengharumkan nama negara.


"Bagi saya, usaha mereka memenangi pingat lebih sukar berbanding atlet biasa dan seharusnya mereka dilayan lebih adil, sama seperti atlet normal," katanya.


Justeru, beliau berharap pihak kerajaan, terutama menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti semula soal pencen itu berbanding hanya mengutamakan atlet normal yang pada pandangannya masih mampu menjana pendapatan selepas bersara dari dunia sukan.

"Mereka (atlet paralimpik) mesti diberi jaminan andai terbabit dengan apa-apa jenis sukan. Golongan ini yang sepatutnya diberikan pelbagai pengiktirafan, termasuk pencen," katanya.


Namun, Kay Kim juga pada masa sama tidak menolak sumbangan besar kerajaan yang sudah memberi banyak ganjaran kepada atlet negara berbanding ketika era sebelum kemerdekaan.

"Dulu skuad badminton memenangi pertandingan pada saingan antarabangsa tapi tidak mendapat sebarang ganjaran berbanding atlet masa kini," katanya.


Antara atlet normal yang mendapat pencen di bawah Skim Imbuhan Tetap Sukan Olimpik ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta ratu terjun, Pandelela Rinong selepas masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada pentas Olimpik.


Di bawah skim itu, atlet yang memenangi pingat di Sukan Olimpik akan menerima RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 gangsa yang akan diberikan setiap bulan untuk tempoh sepanjang hayat mereka.


Hasihin mencipta sejarah apabila merangkul perak menerusi acara recurve individu lelaki berkerusi roda W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, Isnin lalu sekali gus menyumbang perak pertama selepas 20 tahun.


Pada masa ini, ganjaran yang hampir pasti menantinya adalah RM200,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) tapi Ahmad Shabery menegaskan, atlet itu bakal menerima ganjaran lain selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/07


Peacock Raja Pecut

Posted: 07 Sep 2012 01:16 PM PDT

LONDON: Pelari Britain, Jonnie Peacock muncul Raja Pecut Sukan Paralimpik awal pagi semalam, meranapkan impian Oscar Pistorius melakar satu lagi kejuaraan dengan larian cemerlang dalam acara 100 meter.

Pelari berusia 19 tahun itu, yang memegang rekod dunia 10.85 saat, sekali lagi membuktikan dia pelari cacat terbaik dunia dengan merangkul pingat emas di Stadium Olimpik dengan rekod baru Paralimpik 10.90s.


Pistorius, 25, gagal meraih sebarang pingat apabila menduduki tangga keempat, mencatat 11.17s di belakang rakan senegara dan sebilik, Arnu Fourie, yang meraih gangsa dengan masa 11.08s manakala pelari Amerika Syarikat (AS), Richard Browne memenangi perak, 11.03s.

Peacock yang tergamam menganggap kemenangan itu "amat mengagumkan" manakala Pistorius pasrah dengan kekalahannya dan berkata persembahan pelari Britain itu hanyalah satu permulaan karier gemilang.


"Saya tidak boleh bayangkan bagaimana gembiranya dia melakar kemenangan di depan penyokong sendiri," kata Pistorius.


"Tahniah, ia satu catatan masa hebat. Dia masih muda dan mempunyai masa depan lebih gemilang." Penganjur menganggap acara T44 bagi pelari kudung kaki itu sebagai perlumbaan utama temasya, menjangkakan semua lapan finalis mampu mencatat masa di bawah 11 saat buat kali pertama.

Peacock, yang kudung sebelah kaki dan dilatih Dan Pfaff yang melatih pelari Kanada, Donovan Bailey meraih kejayaan 100m Olimpik 1996, memberi bayangan awal di peringkat saringan kelmarin dengan menyamai rekod Paralimpik 11.08s.


Pistorius, juara 100, 200 dan 400m T44 di Beijing menjelaskan, dia bukannya pelari pilihan bagi acara pecut kerana dia lebih pakar dalam acara 400m. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved