Sabtu, 10 Disember 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT

"Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik," kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.

"Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu," katanya lagi.

Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.

Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.


Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.


Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.

Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.

Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.

Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.

Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.

Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada

di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan - iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.

"Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi," katanya.

Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.

"Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.

"Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera," katanya.

Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.

"Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah," katanya.

Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.

"Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat," katanya. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


7 penari tiang menggelabah

Posted: 09 Dec 2011 09:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.


Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.

''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.


Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Datuk tak sentuh saya lepas jumpa janda lama’

Posted: 09 Dec 2011 09:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Kebahagiaan berumah tangga yang diimpikan seorang wanita selepas bersetuju berkahwin dengan duda bergelar Datuk bertahan tidak sampai tiga tahun kerana dia ditinggalkan.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Leeya, 30, berkata sehingga kini dia tidak tahu kenapa suaminya mengabaikan nafkah zahir dan batin sedangkan lelaki itu mencintainya di awal perkahwinan.


"Bergelar Datin di usia muda bukan sesuatu yang dibanggakan, malah mengundang kesengsaraan jiwa selepas suami langsung tidak menyentuh saya hampir dua tahun lalu selepas berbaik semula dengan bekas isteri," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengimbas apa yang berlaku, Leeya berkata, dia berkahwin dengan duda anak tiga berusia 50 tahun itu beberapa bulan selepas lelaki terbabit bercerai pada 2009.


"Sebelum ini kami berkawan dan saya menjadi tempat dia meluahkan masalah rumah tangga. Sebagai kawan, saya hanya memberi nasihat sehingga dia menceraikan isterinya.


"Dia mengajak saya berkahwin dan demi kebahagiaan rumah tangga saya berhenti kerja kerana tertarik dengan keperibadiannya yang baik serta bertanggungjawab," katanya. Leeya berkata, di awal usia perkahwinan, Datuk itu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan diberi kemewahan termasuk kerap dibawa bercuti ke luar negara.

"Tetapi, selepas saya melahirkan anak pertama, dia mula semakin jarang pulang ke rumah atas alasan urusan kerja. Keadaan bertambah teruk ketika anak berusia tiga bulan apabila kami mula bertengkar, manakala pemberian wang saraan hidup saya semakin dikurangkan," katanya.


Menurutnya, dia cuba menyiasat kenapa suaminya yang dulu penyayang berubah sekelip mata dan mendapati lelaki itu sudah berbaik semula dengan bekas isteri.

"Sekarang suami datang seminggu sekali itupun untuk bertemu anak. Apabila anak kami tidur, dia keluar rumah tanpa menyentuh atau melihat saya," katanya.


Leeya berkata, dia tidak kisah suaminya berbaik semula dengan bekas isteri kerana mereka mempunyai anak, tetapi kenapa dirinya menjadi mangsa penganiayaan.


"Saya tidak merampas suami orang sebaliknya dia sudah bercerai sebelum kami berkahwin. Sekarang dia memfailkan cerai terhadap saya. Berat untuk saya menerima kenyataan ini sebab masih sayangkan perkahwinan kami," katanya.


Mengulas perkara itu, Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata sebagai penasihat keluarga, beliau kerap berdepan kes sedemikian dan Datin berkenaan mempunyai hak sebagai isteri dari segi syarak.


"Apabila rumah tangga itu tidak mencapai maksud dikehendaki syarak wajar perceraian dipertimbangkan, namun sewajarnya ia diselesaikan dengan cara baik supaya tidak ada pihak menjadi mangsa penganiayaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Adrian raih RM20,333

Posted: 09 Dec 2011 08:37 AM PST

ATLET bowling negara, Adrian Ang menerima ganjaran tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bernilai RM20,333 selepas merangkul empat pingat emas di Sukan Sea ke-26, di Indonesia, bulan lalu.

Kejayaan cemerlang itu nyata menaikkan lagi semangat atlet berusia 23 tahun itu untuk melakukan yang lebih baik tahun depan sekali gus mengukuhkan lagi namanya di peringkat dunia.


"Hakikatnya saya sekadar sasarkan yang terbaik di Indonesia, pastinya untuk meraih pingat emas. Tetapi, tidak sangka semuanya berjalan lancar sepanjang kejohanan sehingga saya berjaya menerima ganjaran tertinggi ini.

"Kejayaan ini melonjakkan lagi semangat saya untuk tampil lebih hebat bukan saja untuk saingan tahun depan, malah di mana-mana kejohanan terutama di peringkat dunia akan datang," katanya selepas dianugerahkan ganjaran Shakam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Stadium Juara Bukit Kiara, petang semalam.


Berasal dari Pulau Pinang, Adrian meraih habuan pingat emas menerusi acara Masters (RM10,000), RM5,000 (Beregu), RM3,333 (Trio) dan RM2,000 dalam acara lima sepasukan.


Mengulas lanjut, Adrian berkata, ganjaran kemenangan itu sama sekali tidak akan digunakan melainkan untuk simpanan.

"Semuanya untuk simpanan masa depan, memiliki rumah dan berkahwin," katanya, namun mengakui masih belum mempunyai sebarang pilihan hati.


"Saya atlet bowling sepenuh masa, maka ganjaran serta wang kemenangan seperti ini penting untuk kegunaan jangka panjang dan masa depan," katanya.

Sementara itu, pelumba berbasikal trek wanita Fatehah Mustapa menjadi individu kedua terbanyak dengan RM20,000 menerusi hasil tiga emas dalam acara 500m ujian masa individu, pecut individu dan pecut berpasukan.


Akuatik yang menyumbang 19 pingat emas, menerusi renang, terjun, renang berirama dan renang laut terbuka menjadi penerima terbanyak Shakam dengan menerima keseluruhan RM209,998.


Disusuli berbasikal (RM65,000), olahraga (RM61,000), boling (RM51,999), bola sepak lelaki dan karate (RM40,000), ski air (RM37,000), wushu dan pencak silat (RM30,000), lawan pedang (RM20,000), memanah (RM19,999), menembak (RM15,000) dan snuker & biliard (RM10,000).

Full content generated by Get Full RSS.

PM mahu pemimpin sukan amanah jalankan tugas

Posted: 09 Dec 2011 08:27 AM PST

DI SEBALIK kegembiraan meraikan kecemerlangan atlet negara di Sukan Sea Indonesia semalam, ada mesej penting yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak buat pemimpin persatuan sukan tanah air.

Peminat sukan nombor satu negara itu memberi peringatan supaya mereka yang terbabit menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih bertanggung jawab.


"Kalau kerajaan memberikan peruntukan besar namun kepimpinan lemah, semua kejayaan tidak akan menjadi kenyataan. Pihak pengurusan sukan perlu bertanggung jawab dalam melaksanakan amanah yang dipikul," katanya pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelas kata-kata Najib itu tepat pada masanya berikutan timbul kemelut dalaman yang menimpa beberapa persatuan sukan tanah air kebelakangan ini antaranya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selepas pencapaian kurang memberangsangkan di pentas antarabangsa.


Malah dua persatuan ini mula mendapat perhatian sehingga ada atlet, bekas atlet dan peminat sukan itu mendesak supaya ada perubahan dalam pucuk pimpinan.


Dalam pada itu, Najib turut mencadangkan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji untuk mewujudkan model baru liga profesional di negara ini.

Katanya, kejayaan meraih pingat emas di Sukan Sea Indonesia harus dijadikan landasan untuk meraih lebih banyak kejayaan di peringkat lebih tinggi dan bukan hanya mendabik dada di peringkat Asia Tenggara.


"FAM kena kaji untuk menggerakkan model baru liga profesional, ini satu cadangan supaya mutu bola sepak dapat ditingkatkan. Kita tak boleh nak beri ganjaran kepada diri sendiri hanya kerana menjadi juara rantau ini, tapi kita mesti jadi 'global champion' (juara di peringkat global)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Datin tak ghairah lagi

Posted: 09 Dec 2011 09:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak tahan dengan perangai kasanova suaminya.

Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang melihat wanita 'berdahi licin', tetapi lelaki berusia 50-an itu juga mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan.

Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38, berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal.

Menurutnya, dia hilang sabar dengan sikap 'kaki perempuan' suaminya sejak berkahwin hampir 10 tahun lalu dan tidak berubah walaupun kini berusia 50-an.


"Saya banyak kali terjumpa gambar dan rakaman video dia dengan pasangannya 'beraksi'. Kalau dia pergi ke luar negara, pasti saya memeriksa kameranya kerana saya pernah lihat banyak gambar 'melaram' dengan wanita asing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Cinta palsu RM1j

Posted: 09 Dec 2011 09:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian RM1 juta apabila ditipu lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai jurutera syarikat cari gali minyak di pantai timur.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 47, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe, 48, sejak September lalu melalui sebuah laman web cari jodoh.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Lim mula mengenali Joe yang menyamar warga Kanada dan bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.

"Mereka hanya berhubungan melalui telefon sebelum Joe merayu Lim memasukkan wang berjumlah RM1 juta ke dalam akaunnya kerana terdesak memerlukan wang bagi menguruskan satu projek syarikatnya.


"Tertipu dengan pujuk rayu Joe, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza yang kemudian dikenal pasti pemilik akaun berkenaan seorang wanita warga tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mahu bergelar doktor

Posted: 09 Dec 2011 04:26 AM PST

PENAMPILANNYA menerusi sinetron Safa dan Marwah, Nikita dan terbaru, Putri Yang Ditukar kini rancak disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang semakin menyerlahkan bakat lakonan bintang remaja Indonesia, Nikita Purnama Willy atau Nikita, 17.

Lakonan gadis kelahiran Jakarta, yang sopan dan penuh emosi sebagai Amira dalam sinetron yang mula disiarkan sejak 27 September lalu, menunjukkan kematangan dalam membawakan watak. Penampilan Nikita sekali lagi menarik perhatian dan sebutan peminat sinetron tanah air.

Penerima Anugerah Artis Paling Digemari Peminat pada Anugerah Panasonic Gobal dua tahun berturut-turut itu membuktikan usia bukan halangan buatnya melakonkan watak yang lebih dewasa.

Seperti lakonan, sisi peribadi gadis genit ini turut mendapat perhatian ramai. Terutama selepas tersebarnya beberapa gambar seksi seterusnya gambar berparti bersama teman lelaki yang disebarkan di ruang maya membuatkan ada yang melabelkan Nikita semakin remaja liar dan gemar bersosial.


Kesempatan bertemu gadis comel pada sesi fotografi khas di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini yang diatur pengurusan syarikat rakaman, NSR dan Ketua Bahagian Melayu NSR, Anthony KH Gan memberi ruang untuk membalas tuduhan yang dilemparkan kepadanya.


Anggun mengenakan gaun berona hitam, penampilan ringkas Nikita pada malam itu tanpa mengundang perhatian orang ramai yang berada di ruang lobi hotel berkenaan. Walaupun kepenatan, Nikita tetap memberikan pose manja berdepan lensa kamera.

Mengulas tuduhan itu, Nikita menganggap ia sebagai gosip biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Apa yang lebih penting buatnya, dia tahu apa yang berlaku dan begitu juga ibu bapanya yang sering memberi sokongan.

"Saya sering ditemani ibu sebagai pengurus jika terbabit dalam aktiviti seni. Paling tidak teman rapat atau penerbit malah ibu bapa juga tahu ke mana saja saya pergi.

"Gambar-gambar seperti yang disebarkan di Internet itu hanya gambar biasa dan saya sendiri tahu batasannya. Tidak timbul langsung soal saya semakin liar atau gemar bersosial," katanya.

Nikita yang mula berlakon sejak usia lapan tahun, dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Bara Tampubolon dan terbaru, bersama pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Diego Michiel.

Kata Nikita, dirinya masih solo biarpun mempunyai ramai teman lelaki. Buat masa ini dia mahu menumpukan bidang seni terlebih dahulu.

Nikita akui, pembabitannya dalam dunia seni pada awalnya tidak mempunyai perancangan untuk terbabit dalam dunia hiburan. Namun selepas diberi peluang oleh bapa saudaranya yang mengambilnya sebagai pelakon iklan dan terjun dalam bidang peragaan pada zaman kanak-kanak, membuatkan dirinya semakin berani untuk menceburi dunia lakonan.

Apa pun kata Nikita, dia menaruh impian bergelar doktor suatu hari nanti dan lebih selesa terbabit dalam lakonan berbanding nyanyian. Memandangkan didedahkan dalam lakonan sejak kecil jadi tidak timbul banyak masalah ketika terbabit dalam penggambaran.

"Jika menyanyi saya masih ada perasaan gementar dan boleh dianggap masih baru berbanding lakonan. Begitupun saya sentiasa ingin mencuba apa saja yang membabitkan bidang seni.

"Saya sentiasa meletakkan sasaran melakukan yang terbaik terhadap kerjaya yang diceburi. Alhamdulillah, usaha saya berbaloi apabila menerima anugerah Artis Paling Digemari pada Anugerah Panasonic Globel yang saya idamkan sejak kanak-kanak lagi.

"Namun saya masih belum puas dan mahu berusaha tampil dalam seberapa banyak sinetron dan filem yang boleh, seterusnya menambah koleksi anugerah," katanya.

Nikita yang turut ditemani produsernya, Natasha Lam, bangga kerana lagu nyanyiannya dipilih sebagai runut bunyi sinetron Putri Yang Ditukar. Lagu Kutetap Menanti mencatat sejarah sebagai muat turun nada dering tertinggi melebihi satu juta. Sinetron berkenaan juga mencatat jumlah penonton tertinggi di kalangan stesen televisyen nasional Indonesia.

Katanya, jadualnya sangat padat untuk menyiarkan Putri Yang Tertukar yang mempunyai lebih 200 episod hingga selama hampir dua bulan tidak berehat.

Selepas promosi single terbaru, Lebih Dari Indah di Kuala Lumpur, Nikita yang gemar membeli belah dan melancong mempunyai perancangan untuk menjelajah seluruh Asia selain memikirkan untuk bercuti di Amerika Syarikat jika semuanya berjalan lancar.

Mengenai nyanyian, Nikita yang sudah mempunyai lima lagu iaitu Kutetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur (lagu Ramadan), Maafkan dan lagu duet bersama Oskar Mahendra, mempunyai perancangan menghasilkan album penuh selewat-lewatnya Januari depan.

"Setakat ini album saya sudah hampir 80 peratus siap. Saya sudah mempunyai lima lagu dan mungkin tambahan untuk satu atau dua lagi lagu untuk melengkapkan album penuh.

"Jika tiada aral, album penuh dijangka siap awal tahun depan. Siapa tahu jika ada rezeki saya dapat mempromosikan album pertama saya di Malaysia," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Nikita Purnama Willy
NAMA KOMERSIL: Nikita Willy
TARIKH LAHIR : 29 Jun 1994
TEMPAT LAHIR : Jakarta, Indonesia
ADIK-BERADIK : Anak pertama daripada dua beradik
KAREIR: Model, pelakon dan penyanyi
IKLAN: Choki Choki, Bank BNI, Lip Ice, Fruitamin, jam tangan Alba, kosmetik Pigeon
SINETRON: Bulan Bintang, Roman Picisan, Ratu Malu dan Jendral Kancil, Pengantin Remaja, Si Cecep, Pacar Pilihan, Mak Comblang Jatuh Cinta, Habibi dan Habibah, Nikita, Safa Marwah, Mr Olga, Putri Yang Ditukar
FILEM: Married By Accident, Bestfriend dan Tertipu Laris Manis
LAGU: Ku Tetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur, Maafkan dan Pantas Untukku duet bersama Oskar Mahendra
PENCAPAIAN: Artis Paling Digemari di Anugerah Panasonic Global 2010 & 2011, Artis Paling Digemari Anugerah Nickelodeons Kids 2010 dan Selebriti Terbaik Telefon Bimbit Telkomsel 2010

Full content generated by Get Full RSS.

Kami ‘tak makan’ penulis

Posted: 09 Dec 2011 04:12 AM PST

KENYATAAN penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari menerusi artikel Memang Tak Berbaloi dalam ruangan Interaksi Rabu lalu, mengundang episod kontroversi terbaru filem ini.

Luahannya yang menyifatkan penerbit novel ini, Alaf 21 seakan tidak adil, ternyata kurang disenangi Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Beliau bersama Penerbit Eksekutif Alaf 21, Firdaus Hussamuddin, Penasihat Alaf 21, Nordin Mohamed dan peguam Alaf 21, Zuwita Kamaruzaman tampil menjawab dakwaan ini pada sidang media khas yang diadakan di pejabat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, semalam untuk memberi penjelasan dan gambaran sebenar apa yang berlaku.

Katanya, perbincangan untuk adaptasi novel kepada filem bermula pertengahan 2009 apabila mereka dihubungi Tarantella Pictures Sdn Bhd untuk meminta kebenaran mengangkatnya ke filem.


"Apabila Ombak Rindu nak dijadikan filem, kami buat keputusan menjual dengan harga yang dirasakan patut. Ini kerana sebelum ini ada penerbit yang ambil novel kami tanpa kebenaran dan ubahsuai jalan cerita. Ini langsung tidak beri hasil kepada kami.


"Kami faham penerbit kena keluarkan kos untuk buat skrip semula novel yang dijadikan filem atau siri TV. Apabila ditawarkan harga RM4,000, kami bersetuju. Daripada tidak dapat apa, ada baiknya kerana sekurang-kurangnya penulis dapat royalti. Sebagai penerbit buku, kami berasakan filem ini meletup, buku ini akan kembali meletup," katanya.

Hussamuddin mengakui antara novel terbaik terbitan Alaf 21 ialah Ombak Rindu
dan mereka sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada Fauziah iaitu sebelum filem ini dihasilkan.

"Kalau Fauziah pernah dapat lebih RM200,000 tanpa filem, bayangkan berapa dia akan dapat sekiranya filem ini meletup. Kami dah ulang cetak Ombak Rindu sebanyak 20,000 keping dan habis dan ulang cetak lagi 20,000.

"Saya jangkakan fenomena ini boleh pergi jauh mungkin kami akan cetak lagi banyak. Kalau jumlah 40,000 kami cetak terjual, dia akan dapat sekurang-kurangnya RM50,000.

"Jadi kami rasa perlu perjelaskan di sini, adalah tidak adil memberi kenyataan yang boleh memberi gambaran kami 'makan' penulis. Fauziah tahu kerana dia sudah tandatangan kontrak. Kalau dia tidak baca, itu salahnya sendiri. Dia seorang penulis sepatutnya dia kena jadi seorang pembaca.

"Kami nak jelaskan juga, Fauziah dan juga semua penulis-penulis Alaf 21 sudah menandatangani kontrak untuk memberi kuasa kepada kami menguruskan buku, penerbitan dan kami berhak secara mutlak menerbitkan karya ini dalam penerbitan lain seperti pementasan filem, video, 3G dan apa juga bentuk mengikut perkembangan teknologi elektronik.

"Kami juga diberi kuasa untuk mengurus dan buat keputusan. Sebelum kewujudan Alaf 21, novel-novel di Malaysia hanya dijual sekitar 3,000 hingga 5,000 naskah sahaja dan adakalanya lima tahun pun tidak habis. Tapi sejak kemunculan Alaf 21, bayangkan novel boleh dijual sehingga ratusan ribu hingga kami bayar royalti dengan jumlah ratusan ringgit kepada Fauziah.

"Biasanya novel hanya meletup sekejap sebelum menurun jualannya. Apabila kami lihat stok dalam gudang tidak laris dan kami didatangi untuk dijadikan filem, kami buat keputusan untuk menjual dengan harga yang kami rasa patut. Kita tahu graf jualan filem di Malaysia pun tidak bagus sangat sebelum ini.

"Bila novel ini dijadikan filem dan ia meletup di pasaran, novelnya juga kembali meletup," katanya.

Menjawab pertanyaan mengapa tidak meminta lebih dari produser filem, Hussamuddin berkata, dia menyedari kesukaran kos yang perlu dikeluarkan dan tidak mahu membebankan mereka.

Baginya, ini adalah situasi menang-menang kerana walaupun Fauziah tidak dapat banyak dari filem, dia boleh mendapatkan hasil menerusi royalti. Bahkan Fauziah perlu berterima kasih kepada Alaf 21.

"Sebagai penerbit, kami sentiasa terbuka menerima pandangan dan menjaga kepentingan semua pihak. Saya mahu menutup isu ini.

"Saya juga tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap Fauziah dan sudi menjalinkan kerjasama selanjutnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


89 korban kebakaran hospital

Posted: 09 Dec 2011 07:09 AM PST

KOLKATA: Kakitangan sebuah hospital di sini lari meninggalkan pesakit mereka untuk menyelamatkan diri awal pagi semalam apabila bangunan hospital terbakar, menyebabkan 89 orang mati, kebanyakannya akibat lemas.

Ketika pasukan penyelamat berusaha memindahkan mangsa, polis memfailkan kes terhadap hospital di Kolkata, timur India itu kerana tidak mematuhi prosedur keselamatan. Pegawai kanan kerajaan berikrar untuk mendakwa hospital itu bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan dan mula bertindak untuk membatalkan lesennya.


"Ia kesalahan besar dan kami akan mengambil tindakan paling tegas," kata Mamata Banerjee, Ketua Menteri Benggala Barat di tempat kejadian.

Anggota bomba dengan mengguna tangga, memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital AMRI untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap sementara anggota keluarga pesakit menangis di bawah.


Pesakit yang berjaya diselamatkan dibawa dengan pengusung dan kereta tolak ke sebuah hospital berhampiran.


Seorang pesakit, Moon Moon Chakraborty yang berada di hospital itu kerana patah pergelangan kaki menelefon suaminya di rumah untuk memaklumkan mengenai kebakaran itu.

"Dia sudah mati apabila saya tiba di hospital," kata suaminya, S Chakraborty.


Kejadian itu meragut 89 nyawa, termasuk tiga kakitangan hospital, kata Naib Presiden Kanan Syarikat Hospital AMRI, Satyabrata Upadhyay.

Mangsa lain yang terbunuh ialah pesakit dan anggota keluarga pesakit yang membantu menjaga mereka.


Pegawai penyelamat berkata, kebanyakan mangsa mati akibat tersedut asap.


Ketika kejadian, kira-kira 160 pesakit berada di hospital yang mempunyai 190 katil itu.


Hospital swasta itu yang mengenakan bayaran mahal kepada pesakit diiktiraf sebagai antara hospital terbaik di Kolkata oleh sebuah majalah India baru-baru ini.


Kebakaran bermula di besmen dan asap tebal merebak dengan cepat untuk memenuhi seluruh bangunan hospital.


Punca kebakaran bagaimanapun belum diketahui.


Menurut saksi, kebakaran dan asap itu mula disedari oleh penduduk yang mendiami kawasan setinggan berhampiran hospital. Sebahagian mereka meluru ke hospital itu untuk memaklumkan mengenai kejadian tetapi pengawal keselamatan menghalang mereka masuk dengan berkata, ada kebakaran kecil di bahagian dapur dan tidak ada apa yang hendak dibimbangkan.


Apabila asap menyelubungi keseluruhan bangunan itu, penduduk terbabit menyertai usaha menyelamat.


Pasukan bomba mengambil masa sejam untuk tiba selepas kebakaran bermula, kata saksi, Pradeep Sarkar.


Bapa saudaranya dimasukkan ke hospital itu beberapa jam sebelum kejadian selepas diserang sakit jantung di rumah dan berjaya dipindahkan ke hospital berhampiran.


Jalan raya yang sempit di sekitar hospital itu menyukarkan bomba membawa tangga hidraulik yang diperlukan untuk menyelamat mangsa yang terperangkap di tingkat atas.


Pesakit dan anggota keluarga berkata, kakitangan hospital tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu, malah alat pengesan asap juga tidak berfungsi. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

2 terbunuh dalam keganasan terbaru di Virginia Tech

Posted: 09 Dec 2011 07:04 AM PST

WASHINGTON: Keganasan berulang di Virginia Tech semalam apabila dua orang ditembak mati, termasuk seorang anggota polis kampus.

Pusat pendididikan itu menjadi tempat kejadian pembunuhan paling buruk di kawasan pusat pengajian dalam sejarah Amerika Syarikat pada 2007 apabila 32 orang ditembak mati, termasuk penyerang.


Polis enggan mengesahkan laporan bahawa mangsa kedua yang terbunuh dalam keganasan semalam ialah penembak itu sendiri meskipun selepas universiti yang mempunyai 31,000 pelajar itu sudah mengumumkan tiada lagi ancaman.

Apabila ditanya sama ada lelaki bersenjata terbabit masih bebas, jurucakap polis Virginia, Bob Carpentieri memberitahu wartawan: "Penyiasat yakin mereka sudah mengesan orang yang bertanggungjawab." Anggota polis yang terbunuh ialah anggota pasukan keselamatan Virginia Tech yang ditembak ketika pemeriksaan rutin jalan raya di tempat letak kereta berhampiran kemudahan sukan.


"Saksi melaporkan kepada polis bahawa penembak terbabit melarikan diri ke kawasan tempat letak kereta. Di situ, mayat kedua ditemui," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak universiti dalam laman webnya.


Ia bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama sementara Carpentieri berkata, sepucuk senjata ditemui berhampiran mangsa kedua. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved