Sabtu, 13 April 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Geng Ah Soon berakhir

Posted: 12 Apr 2013 01:32 PM PDT

Geng Ah Soon yang bergiat aktif melakukan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah sekitar Lembah Klang dan melarikan pelbagai kereta mewah dianggarkan jutaan ringgit sejak tahun lalu tumpas apabila ketua sindiket terbabit ditahan dalam sebuah kereta di Bukit Antarabangsa, di sini, Isnin lalu.

Ketika ditahan pada jam 4.30 petang itu, ketua kumpulan terbabit dikenali sebagai Ah Soon turut berada bersama dua lagi ahli kumpulannya berusia 24 dan 39 tahun.


Polis turut merampas peralatan pecah rumah, tiga komputer riba, wang tunai berserta dua set walkie-talkie dalam kereta mereka.

Berikutan penahanan itu, polis menyerbu beberapa lokasi berasingan dan menahan lima lagi ahli geng berkenaan termasuk seorang wanita.


Siasat lanjut, polis merampas tujuh lagi kenderaan curi daripada kumpulan itu membabitkan nilai rampasan dianggarkan RM1.5 juta.


Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan mendapati suspek ditahan itu adalah kumpulan sama yang terlepas ketika dikejar polis di Jalan Chan Sow Lin 4, April lalu selepas mereka cuba melarikan sebuah kereta Toyota Harier yang sebelum itu dicuri di Ampang.

Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek yang menaiki kereta Mercedes Benz C 200 berwarna hitam melarikan diri dalam serbuan polis di kawasan terbabit, namun polis merampas semula kereta Toyota Harier yang diletakkan berhampiran tempat kejadian.


"Pada 8 April lalu, anggota unit MPV yang menjalankan rondaan mengesan sebuah kereta Toyota Camry di Bukit Antarabangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka.

"Hasil pemeriksaan menemui pelbagai peralatan pecah rumah, parang, komputer riba, walkie-talkie dan beberapa set kunci kereta mewah sebelum mereka dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.


Amiruddin berkata, hasil soal siasat mendapati mereka kumpulan sama yang bergiat aktif sejak tahun lalu melakukan pecah rumah dan melarikan kenderaan mewah.


"Susulan itu, polis menyerbu rumah suspek dan lokasi tempat penyimpanan barang di sekitar Lembah Klang sebelum merampas sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya pada 17 Mac lalu, 13 kunci kereta pelbagai jenis, lapan alat penggera kereta, tiga kad kredit dan tujuh keping Touch N Go.


"Siasatan lanjut seterusnya membawa pasukan polis ke Serdang dan merampas sebuah kereta Mercedes Benz C 200 yang diletakkan di tepi jalan dan kereta terbabit adalah kenderaan sama ketika kejadian di Jalan Chow Sow Lin 4 serta dilaporkan hilang pada 2 April lalu di Wangsa Melawati," katanya.


Beliau berkata, pada jam 2.10 petang Selasa lalu, polis menyerbu sebuah rumah di Seri Kembangan dan menahan empat lelaki dan seorang wanita serta merampas pelbagai kunci kereta.


"Kami merampas dua kereta iaitu Proton Perdana dan Toyota Altis yang masing-masing dilaporkan hilang di Petaling Jaya dan Sungai Besi.


"Dalam tangkapan terbaru petang kelmarin, polis menemui sebuah kereta BMW 320i warna hitam di Batu 9, Cheras yang dilaporkan hilang pada 4 April lalu," katanya.


Menurutnya, semua suspek berusia 24 dan 39 tahun itu kini direman sehingga Isnin ini bagi siasatan kes samun, pecah rumah dan melarikan kereta di sekitar Ampang Jaya.


"Malah, semua mereka positif dadah jenis syabu dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, curi kenderaan dan pecah rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


PERANGKAP NIKAH BATIN

Posted: 12 Apr 2013 01:43 PM PDT

"Mereka bentang sejadah dan duduk berdepan sambil berjabat tangan. Seorang daripada mereka menjadi jurunikah dengan melafazkan akad aneh. Antara lafaz itu ialah bersaksikan Allah, berwalikan malaikat di kiri dan kanan."

Demikian pendedahan wanita mahu dikenali sebagai Umi, 24, ketika menceritakan pengalamannya hadir untuk ditemu duga sebagai pembantu rumah, namun terperangkap dan menjalani acara 'nikah batin' sebelum dirogol majikannya.


Umi berkata, kejadian itu berlaku Februari lalu selepas dia terbaca iklan mencari pembantu rumah yang disiarkan di akhbar dan berminat dengan pekerjaan itu.

Tanpa sebarang prasangka buruk, Umi yang berasal dari utara tanah air berkata, dia menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan sebelum datang ke ibu negara untuk menjalani sesi temu duga.


"Sebaik sampai di Pudu Sentral, saya dijemput seorang lelaki berusia 60-an yang memperkenalkan diri sebagai majikan sebelum dibawa ke sebuah hotel untuk bertemu pembantunya," katanya.


"Bila saya bertanya mengapa perlu ke hotel, dia memberitahu pembantunya menunggu untuk sesi temu duga," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Tiga beranak didakwa

Posted: 12 Apr 2013 01:40 PM PDT

Tiga beranak yang dituduh menganggotai kumpulan pengganas antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas tuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh, Salib Akhmad Emali bersama dua anaknya, Binhar dan Anwar serta lapan lain didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.


Lapan lain, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Aiman Radie, Ismail Yasin, Masir Aidin, Tani Lahad Dahi, Abdul Hadi Mawan, Al-Wazir Osman@Abdul dan Julham Rashid juga didakwa mengikut seksyen sama.

Semua warga asing itu turut menghadapi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.


Salib Ahmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut orang lain sebagai anggota pengganas dan melindungi pengganas.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bukan helikopter biasa

Posted: 12 Apr 2013 01:25 PM PDT

Sekali pandang, ia kelihatan tidak ubah seperti sebuah helikopter biasa, tetapi pesawat baru Northrop Grumman itu kekurangan sesuatu yang penting - juruterbang.

Pesawat MQ-8C Fire Scout itu dipamerkan kepada umum kali pertama beberapa hari lalu.


Ia dilengkapi peralatan elektronik tercanggih sehingga membolehkan ia dikendalikan tanpa juruterbang.

Pada masa sama, ia tetap mempunyai kemampuan sama seperti helikopter normal. Kenyataan firma Northrop Grumman menyebut, pesawat canggih itu dilengkapi pengesan untuk bertugas sebagai peninjau, pemantau dan pencari sasaran.


"Ia memberi sokongan kepada tuntutan perang bagi meningkatkan kesedaran terhadap situasi semasa," katanya.


MQ-8C Fire Scout itu menggabungkan dua sistem udara terbaik dalam pakej kos rendah serta pantas.

Awal tahun ini, Tentera Laut Amerika Syarikat menganugerahkan kontrak bernilai AS$71 juta (RM215.6 juta) kepada Northrop Grumman untuk menghasilkan enam pesawat tambahan MQ-8C bagi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 unit.


Naib Presiden Northrop Grumman, George Vardoulakis berkata, kontrak itu memberikan momentum penting kepada syarikat berkenaan bagi memenuhi keperluan Tentera Laut AS. Helikopter tanpa juruterbang itu dibina berdasarkan helikopter Bell 407 yang sering digunakan hospital, agensi berita, pengeluar filem dan penguat kuasa di seluruh dunia. Lebih 1,000 unit telah dijual dengan mencatatkan jumlah penerbangan terkumpul selama lebih tiga juta jam.

Namun, kini model itu mengalami pengubahsuaian radikal. Kata Northrop Grumman, pesawat MQ-8C itu boleh melaksanakan misi di darat atau laut, selain mampu berlepas atau mendarat di atas kapal perang.


"Ia juga boleh menjayakan pendaratan berjadual atau tidak bagi menurunkan tentera," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Gadai maruah bayar along

Posted: 12 Apr 2013 10:55 AM PDT

Seorang wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi menggantikan bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu.

Semuanya berlaku selepas bekas majikannya yang menjadi perantara dengan along berkenaan sanggup mengarahkan dua lelaki iaitu konco along berkenaan merogol bekas pekerjanya itu disebabkan gadis terbabit gagal berbuat demikian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan mengenainya kini sedang dijalankan.

Harian metro difahamkan, detik hitam dalam hidup wanita itu berlaku di sebuah hotel di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.


Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, mangsa yang berusia 23 tahun menerima panggilan daripada bekas majikannya memberitahu terdapat kerja kosong di premisnya di Pekan Klang di mana tempat dia bekerja sebelum ini.


Bagaimanapun, niatnya untuk mencari pekerjaan bertukar tragedi apabila dia dibawa ke sebuah hotel sebelum dirogol dua lelaki dipercayai pemungut bayaran bunga duit along terbabit.

Difahamkan, mangsa hanya membuat pinjaman sebanyak RM2,000 daripada along terbabit, tetapi tidak mampu untuk membayar bunga hutang berkenaan selepas dibuang kerja hanya kerana mengambil cuti selama sehari.


"Selepas dihubungi dan dipanggil ke premis itu, mangsa dipertemukan dengan dua lelaki terbabit sebelum dimarah dan dimaki hamun dengan perkataan kasar kerana dia tidak membayar duit bunga pinjaman.

"Suspek juga mengugut akan menjual mangsa kepada individu lain sekiranya gagal membuat bayaran berkenaan sebelum membawa mangsa menaiki kereta Proton Satria berwarna kelabu untuk berjumpa dengan majikan mereka," katanya.


Bagaimanapun, mangsa sekali lagi ditipu suspek terbabit apabila dia dibawa ke sebuah restoran di Bukit Tinggi, di sini sebelum diugut buat kali kedua oleh salah seorang daripada mereka.


"Suspek mengarahkan mangsa membayar semua wang yang dipinjam. Sekiranya gagal, dia akan dipaksa bekerja di tempat yang diarahkan suspek sebagai cagaran kepada hutang berkenaan atau diarahkan mengadakan hubungan seks dengan mereka.


"Mangsa yang ketakutan terus merayu kepada agar diberikan masa untuk melunaskan hutang berkenaan, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum membawanya ke hotel," katanya.


Bimbang dirinya diperlakukan lebih buruk, katanya, mangsa hanya menurut perintah untuk mengikuti mereka pergi ke hotel berkenaan dan di sana dia dirogol sebelum suspek menghantarnya pulang ke rumah.


Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Klang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Semua peserta dihidangkan kari'

Posted: 12 Apr 2013 01:24 PM PDT

"Saya sebenarnya sudah mengemukakan masalah berkaitan makanan yang disediakan kepada penganjur dan tiada apa boleh saya lakukan jika mereka tidak mengubahnya".

Penjelasan itu diberikan pengurus skuad trek negara pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India, Ibrahim Mustapa berhubung isu makanan yang dibangkitkan jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang semasa skuad negara menyertai kejohanan itu bulan lalu.


Menurut Ibrahim, makanan berasaskan kari menjadi kebiasaan di negara itu dan semua atlet negara lain turut dihidangkan menu sama.

"Saya sudah panjangkan kepada jawatankuasa terbabit semasa di New Delhi dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus, tindakan selepas itu terpulang kepada penganjur sepenuhnya. "Saya lihat semua pelumba negara lain turut mendapat menu sama kecuali beberapa pelumba yang membawa makanan sendiri," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


Ibrahim yang sebelum ini dipalit kontroversi membabitkan lagu NegaraKu apabila didakwa berada di Taj Mahal hingga menimbulkan kekalutan semasa penyampaian pingat emas pertama skuad trek negara menjurus PKBM menghadapkan beliau kepada Jawatankuasa Disiplin.


Ibrahim terus dikaitkan dengan beberapa insiden lain dengan Azizulhasni kelmarin mendedahkan mereka disajikan masakan kari sepanjang hari selain masalah berkaitan dobi.

"Kadang kala kita perlu mengikut pemakanan negara terbabit. Tidak boleh terlalu memilih," kata Ibrahim.


Menjelaskan masalah berkaitan dobi, Ibrahim berkata, sememangnya tiada peruntukan disediakan untuk pelumba dan pegawai pada kejohanan itu.

"Pelumba negara lain turut membasuh sendiri pakaian mereka, begitu juga saya. Malah setiap pelumba negara sudah diberikan duit poket bagi kegunaan mereka." Selain kepincangan membabitkan skuad trek negara, beberapa insiden membabitkan pelumba lebuh raya negara yang gagal didaftarkan untuk bertanding sudah mendapat perhatian PKBM untuk tindakan susulan Jawatankuasa Tatatertib.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Israel tangkap remaja warga AS

Posted: 12 Apr 2013 10:29 AM PDT

Baitulmaqdis: Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin warga Amerika Syarikat sejak seminggu lalu selepas menyerbu kediaman keluarganya dan menangkapnya atas dakwaan melontar batu pada kenderaan Israel.

Bapa remaja itu, Abdelwahab Khalek berkata, anaknya, Mohammad, 14, ditangkap Jumaat lalu oleh lapan anggota tentera rejim Zionis.


Tentera Israel mengesahkan tangkapan itu dan berkata penahanan Mohammad dilanjutkan sehingga esok.

Abdelwahab, peniaga kereta yang berulang-alik antara Tebing Barat dan New Orleans kerana urusan perniagaan, tidak dibenarkan melawat anaknya di penjara.


Bagaimanapun, dia berjaya bercakap dengannya tiga kali ketika di mahkamah dengan yang terbaru apabila remaja itu didakwa secara rasmi kelmarin, Peguam Mohammad, Randa Wahbe berkata, remaja itu disoal siasat selama beberapa jam dan pada satu peringkat, diserang sehingga pendakap giginya patah. Menurutnya, Mohamad diberitahu oleh penyiasat Israel dia akan dibebaskan jika mengaku melakukan kesalahan itu.


Pegawai pejabat konsular Amerika Syarikat enggan mengulas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved