Jumaat, 26 Julai 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Sesuai buat wanita sibuk

Posted: 26 Jul 2013 08:25 AM PDT

Memberi penekanan kepada warna terang dan lembut dalam setiap rekaan pakaian Muslimah, ia menjadi nadi kepada perniagaan Butik Aisy sejak mula beroperasi tahun lalu.

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, pemilik butik, Hartini Ahmad, 35, cenderung melahirkan rekaan yang menjurus kepada paduan warna lembut serta terang menggunakan fab­rik lycra dan kain kapas, yang bukan saja kelihatan mewah, malah selesa disarungkan.

Menurut ibu kepada tiga anak ini, 80 peratus pakaian serta tudung yang ada di butiknya menggunakan kain lycra dan selebihnya diserikan dengan kain kapas yang sejuk, sesuai dengan cuaca negara ini yang panas dan lembap.

Pemilihan kain juga berdasarkan pemerhatian­nya selain seleranya sendiri sebagai wanita berkerjaya yang tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa untuk bersiap apabila keluar rumah.

Foto

KEBANYAKAN pakaian daripada kain warna lembut.

Foto

HARTINI menghasilkan rekaan mengikut idea sendiri dan gaya semasa.

Foto

HARTINI (dua dari kiri) bersama pembantu di butiknya.

Foto

BUTIK Aisy yang selesa menawarkan pilihan gaya Muslimah yang ringkas tetapi menawan.


Kain lycra yang tidak perlu digosok sudah pasti menjimatkan banyak masa terutama wanita sibuk yang menggalas banyak peranan untuk menguruskan keluarga serta karier masing-masing.


"Bagi corak pada kain pula, saya banyak menghasilkan rekaan yang menampilkan kain kosong tanpa corak atau sedikit tampalan renda dan sulaman di sesetengah bahagian baju. Bagi saya, ia nampak lebih cantik dan mudah disuai padan dengan tudung buat mereka yang gemar tudung bercorak.

"Teknik tampalan renda bercorak pada baju dilakukan bagi menampakkan kemewahan tetapi pada sama tidak sarat dan masih tampil anggun.

"Idea menghasilkan setiap helaian pakaian dan tudung dikongsi bersama suami dan kemudian ia diterjemahkan melalui lakaran untuk dijahit oleh tukang jahit. Untuk tampalan sulaman itu, saya lakukan sendiri bagi mendapat kepuasan," katanya.

Selain pakaian daripada kain kosong, Hartini turut menghasilkan rekaan pakaian daripada kain bercorak flora dengan kombinasi warna, khusus untuk pelanggan yang lebih meng­gemari baju bercorak, biarpun kedudukan kain bercorak itu agak unik iaitu di lengan saja.

Hartini memastikan setiap pakaian yang dihasil­kannya tidak jarang dan kain tidak melekat pada badan atau mengikut bentuk tubuh biar apapun saiznya. Apa yang ingin ditampilkan wanita berkenaan supaya setiap Muslimah masih mampu bergaya cantik dan pada masa sama tidak perlu mendedahkan aurat.

"Saya banyak melakukan kajian sendiri kerana paling penting bagi saya adalah untuk menghasilkan pakaian yang sopan dan tidak ketat dengan warna yang mudah dipadankan.

"Ini kerana biarpun ada banyak pakaian Muslimah di pasaran, terdapat juga jubah yang mengikut bentuk tubuh dan ia tidak sesuai dengan imej Muslimah," katanya.

Biarpun setiap produk yang dihasilkan adalah idea­nya sendiri, Hartini tetap mengikuti dan memberi penekanan kepada gaya semasa supaya tidak ketinggalan dalam dunia fesyen yang bergerak pantas.

Malah, setiap bulan, dia pasti tampil dengan idea dan rekaan baru supaya koleksi sentiasa segar dan mampu menarik pelanggan, apatah lagi sejak beroperasi hampir dua tahun, butiknya sudah mempunyai pelanggan tetap yang pasti berkunjung untuk mendapatkan rekaan terkini.

"Bagi mendapatkan idea segar, saya dan suami bergilir-gilir ke luar negara untuk mencari inspirasi dan kain yang berkualiti antaranya di Indonesia, Vietnam dan China kerana di sana kita boleh tahu perkembangan fesyennya yang bergerak terlalu pantas.

"Kain untuk menghasilkan setiap koleksi juga tidak dibeli dalam kuantiti banyak kerana mahu memberikan nilai eksklusif kepada pelanggan. Malah untuk mendapatkan satu warna yang sama juga bagi setiap koleksi bukan mudah, seterusnya menambah tarikan pakaian itu," katanya.

Rekaannya sangat terhad dan tidak akan dijual lagi sekiranya sudah habis dibeli. Apabila satu-satu koleksi habis dijual, dia hanya akan menjual rekaan terbaru de­ngan gaya yang lain pula.

Setiap gaya terkini yang menjadi kegilaan wanita misalnya potongan peplum turut diselitkan pada pakaiannya tetapi ia disesuaikan dengan imej Muslimah supaya tampil sopan.

Ini kerana menurut Hartini, gaya peplum bagi pakaian moden selalunya berada di bahagian pinggang, seterusnya menjadikan baju poto­ngan pendek tidak sesuai, oleh itu gaya peplum yang ditampilkan butiknya direka di bahagian lebih labuh.

Selain itu, Hartini turut menghasilkan rekaan tudung dan selendang iaitu rangkaian Izz by Aisy yang mempunyai corak dan warna yang mudah dipadankan, bukan saja de­ngan pakaian daripada butiknya sendiri tetapi pakaian lain.

Lebih menarik, sengkuap tudung yang dihasilkan ha­nya daripada jenis lembut kerana ia lebih mudah dibentuk, terletak elok dan tidak rosak seperti jenis keras yang agak cerewet untuk dijaga.

Disebabkan gaya rekaan yang pelbagai, ramai pelanggannya sanggup datang jauh misalnya dari Singapura dan Brunei semata-mata untuk melihat sendiri pakaian dan jenis kain yang digunakan.

"Kami harus ikut rentak terkini kerana pelanggan pun sudah ramai yang arif mengenai fesyen. Mereka me­ngikut gaya semasa, kada­ngkala lebih hebat daripada penjual. Jadi kami tidak boleh leka seterusnya kehilangan pelanggan.

"Saya turut mendapat pesanan dari luar negara yang gemar membeli dalam kuantiti yang banyak terutama Muslimah di Brunei. Setakat ini, rekaan fe­syen yang ditampilkan menepati cita rasa pelang­gan," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Gaya ranggi menawan

Posted: 26 Jul 2013 08:18 AM PDT

Menjadikan alam semula jadi sebagai sumber inspirasi, Flying Nomad menampilkan pakaian serta aksesori sesuai untuk mereka yang gemar mengembara dengan bergaya, biarpun sedang bercuti panjang.

Bagi koleksi musim bunga dan panas, jenama ini membawakan fesyen lelaki dan wanita bertemakan flora dan fauna yang bukan saja unik, tetapi mampu menarik perhatian serta memenuhi selera mereka yang gemarkan kelainan.

Antara koleksi pakaian yang ditampilkan adalah seluar wanita dengan corak warna-warni, seluar pendek Bermuda, blaus, skaf, baju denim, kemeja, seluar panjang dan gaun yang semuanya direka dengan ringkas tetapi tetap menawan.

Bagi melengkapkan penampilan dan setia pada tema alam, jenama berkenaan turut menawarkan pilihan aksesori ringkas, unik dan berwarna-warni, antaranya beg tangan, tali pinggang, kasut, gelang, rantai dan beg duit.

Foto

FESYEN santai untuk mereka yang suka mengembara.

Foto

IMEJ flora menceriakan rekaan Flying Nomad.

Foto

GAYA lelaki lebih yakin dengan penampilan warna berani.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bukan zon dagang

Posted: 25 Jul 2013 03:24 PM PDT

Kuala Lumpur: Syarat penggunaan tanah bagi lot 58688 dan 58689 yang dicadangkan untuk pembangunan komersial masih dalam kategori perumahan dan bukan untuk zon perdagangan.

Penduduk Hartamas Height, Azim Abdul Aziz berkata, ia hasil pemeriksaan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada minggu ini dan bukan dakwaan tidak berasas.


"Penduduk tiada masalah jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu membina perumahan di kawasan itu, tetapi perlu juga mengambil kira kesan jangka masa panjang.

"Mengikut perancangan mereka mahu membina tiga blok pangsapuri servis 5, 37 dan 47 tingkat membabitkan jumlah keseluruhan 680 rumah, selain pusat beli-belah di tapak bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan.


"Berdasarkan harga nilai tanah di situ, sudah tentu harga rumah juga tinggi menyebabkan sebahagian besar pembelinya dalam kalangan bukan Bumiputera dan beragama Islam.


"Jika azan berkumandang serta pelbagai aktiviti masjid termasuk ceramah agama pasti bergema di kawasan terbabit hingga ke kawasan kediaman kami di Hartamas Height.

Foto

TAPAK yang dicadangkan untuk pembangunan komersial bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan.

"Sudah tentu pasti akan ada (bakal pembeli) yang mempertikaikan keadaan itu seperti yang berlaku di tempat lain, walhal masjid berkenaa lebih awal dibina berbanding kawasan terbabit.


"Justeru, mengapa DBKL mahu 'cari pasal' dengan meluluskan permohonan pemilik tanah sedangkan ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dan pertikaian pada masa depan terutama membabitkan fahaman agama," katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL hanya mengikut hak pemilik tanah serta mengambil kira faktor persekitaran.


Malah, beliau menyatakan kesediaan memberi peluang mendengar bantahan penduduk sekiranya ia perlu dilakukan.


Bagaimanapun, Azim mendakwa sudah tiga kali penduduk mengemukakan surat bantahan kepada DBKL menerusi surat, namun sehingga kini tiada maklum balas.


"Selain itu, tempoh bantahan yang terlalu singkat serta papan kenyataan mengenai projek itu berskala kecil menyukarkan semua penduduk tahu mengenai perancangan seterusnya membuat bantahan.


"Walaupun papan kenyataan atau pemberitahuan mengenai perancangan pembangunan di situ dipasang di empat kawasan (sekeliling tapak projek), tetapi saiznya terlalu kecil, tidak sesuai untuk dibaca dan terselindung di sebalik objek lain.


"Kami terpaksa memberhentikan dan keluar kenderaan bagi menghampiri papan kenyataan itu baru dapat membaca apa yang dipamerkan di atasnya.


"Malah, papan kenyataan berhadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pula diletakkan di sebalik pokok seolah-olah tiada tempat yang lebih strategik dan sesuai untuk meletakkannya," katanya.


Tinjauan Harian Metro mendapati kedudukan tiga papan tanda yang lain juga tidak sesuai dan sukar untuk dibaca penduduk yang melalui kawasan terbabit.


"Kami akan menghantar memorandum kepada DBKL pada Isnin depan sebagai bantahan terhadap projek pembangunan komersial itu.


"Perlu diingatkan kami tidak menolak sekiranya mereka ingin membina kediaman seperti yang tertera dalam syarat kegunaan tanah, tetapi bukan membabitkan kawasan komersial termasuk pembinaan pusat beli-belah yang baru," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bergaduh sampai bogel

Posted: 25 Jul 2013 01:32 PM PDT

Beijing: Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.

Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.


Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. "Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan.

"Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa mengelak daripada melanggar mereka," katanya.


Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.


Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan. - Agensi

Foto

SI lelaki mula menanggalkan pakaian sebelum diikuti oleh teman wanitanya.

Foto

PASANGAN itu akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

William, Kate namakan anak George Alexander Louis

Posted: 25 Jul 2013 09:45 AM PDT

London: Putera William dan isteri, Kate semalam menamakan anak mereka George Alexander Louis.

George, nama enam raja Britain sebelum ini menjadi pilihan ketika spekulasi beredar mengenai nama putera itu.

Nama itu diberikan kepada putera berkenaan mungkin juga sebagai penghormatan terhadap nama bapa Ratu Elizabeth iaitu Raja George VI yang memerintah dari 1936 hingga kematiannya pada 1952.

Bayi baru dilahirkan itu yang juga pewaris ketiga takhta Britain kini secara rasminya dikenali sebagai Prince George of Cambridge sempena bapa dan ibunya, Duke dan Duchess of Cambridge.


Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas ratu bertemu dengan cicitnya di Istana Kensington buat kali pertama selepas dilahirkan Isnin lalu.


Ia mendorong kepada spekulasi bahawa Elizabeth merestui nama itu.

Kate dan William, masing-masing berusia 31 tahun dan putera cilik mereka berlepas ke kediaman ibu bapa Kate di Berkshire, pinggir London selepas singgah di Istana Kensington sebaik keluar dari hospital.

"Duke dan Duchess of Cambridge gembira untuk mengumumkan bahawa mereka menamakan anak lelaki mereka George Alexander Louis.

"Bayi itu akan dikenali sebagai Prince George of Cambridge," menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Kensington.

Media Britain menyokong keputusan William dan Kate, dengan Daily Telegraph semalam berkata, nama itu menandakan "kuasa mutlak raja".

Bayi itu secara automatik tidak akan menjadi Raja George VII apabila menaiki takhta, kerana terdapat laporan bahawa bapa William, Putera Charles akan menggunakan gelaran itu apabila dia menggantikan Ratu Elizabeth kelak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Tiada hitam putih'

Posted: 25 Jul 2013 09:28 AM PDT

Johor Bahru: "Saya tidak mahu ulas lanjut kerana tiada hitam putih."

Jurulatih Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad membuat kenyataan itu berhubung laporan pelantikan bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.


Fandi yang baru pulang dari Chile atas urusan keluarga tidak mengendahkan segala perkhabaran malah bersikap profesional apabila kembali melatih pemain Harimau Selatan tanpa mempedulikan desas-desus membabitkan dirinya menghadapi kempen Piala Malaysia 20 Ogos ini.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai jurulatih baru itu. Tiada maklumat rasmi walaupun saya ada dengar berita mengenai perubahan musim depan. Apa yang saya dengar, jurulatih dari Sepanyol akan ditugaskan selaku ketua jurulatih. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa kerana tumpuan sekarang pada persiapan rapi kempen Piala Malaysia.


"Saya tidak mahu ulas lanjut. Apapun saya akan mengadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapat maklumat lebih terperinci," katanya yang turut memuji pemain yang memberi komitmen tinggi terhadap latihan ketika bulan puasa sekalipun tanpa pemain utama yang bersama skuad kebangsaan.


Sementara itu, Jiminez difahamkan akan berada di Johor Bahru dalam masa terdekat sebelum saingan Piala Malaysia bermula dan belum ada kata putus pengurusan tertinggi sama ada beliau akan bergandingan dengan Fandi.

Foto

FANDI (tengah) fokus persiapan hadapi Piala Malaysia.

Sebelum ini Johor DT dilapor berusaha membawa pemain LionsXII, Hariss Harun dan tiga pemain Harimau Muda yang juga anak jati Johor, Mohd Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman selepas Sukan SEA Myanmar, Disember ini selain pemain pertahanan dan penjaga gol utama Selangor, Norazlan Razali dan Mahali Jasuli.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25

Strategi Guardiola

Posted: 25 Jul 2013 09:10 AM PDT

Munich: Ketua jurulatih Pep Guardiola akan berbincang dengan pengarah sukan Matthias Sammer serta pengerusi kelab Karl-Heinz Rummenigge kemungkinan mengurangkan jumlah pemain berstatus bintang dalam skuad itu selepas mereka bertemu Borussia Dortmund, esok, perlawanan yang dianggap ulangan final Liga Juara-Juara.

Guardiola menyaksikan anak buahnya menang 2-0 di tempat sendiri ke atas bekas kelab bimbingannya, Barcelona pada perlawanan persahabatan kelmarin tetapi pengendali dari Sepanyol itu menurunkan kesebelasan utama pada separuh masa pertama.


Diketuai Lionel Messi, bintang Barcelona itu beraksi selama 45 minit dengan gol sumbangan kapten, Philipp Lahm dan Mario Mandzukic. Pertemuan itu menghiburkan 71,137 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium.

Dengan saingan Bundesliga berlangsung dua minggu lagi, Guardiola perlu membuat beberapa keputusan sukar kerana beliau hanya menyediakan tempat kepada 10 pemain tengah berkualiti dalam kelab itu.


Dengan bintang Jerman, Bastian Schweinsteiger dan Mario Goetze kembali pulih daripada kecederaan manakala pemain Sepanyol, Javi Martinez juga sudah siap untuk diturunkan selepas tugasan Piala Konfederasi, beberapa bintang Bayern akan menyaksikan mereka bakal memanaskan bangku simpanan kecuali jika berhijrah ke kelab baru.


"Kami akan berbincang mengenai perkara ini selepas Piala Super. Kami perlu melihat kembali prestasi setiap pemain," kata Guardiola yang meletakkan pemain sayap Jerman, Thomas Mueller sebagai penyerang tunggal ketika bertemu Barcelona.

Selepas berjaya mendapatkan kapten antarabangsa Sepanyol Bawah 21 tahun, Thiago Alcantara dari Barcelona, Guardiola berkata, beliau ingin cuba beberapa strategi baru.


Bagaimanapun pemain Brazil, Luiz Gustavo dikaitkan ke Wolfsburg sementara Liverpool dilapor berminat mendapatkan pemain sayap Switzerland, Xherdan Shaqiri.

"Kami mempunyai beberapa pemain yang boleh beraksi di posisi berlainan. Saya lebih gemar pemain yang boleh beraksi di mana-manapun dan serasi dengan pelbagai sistem diterapkan," kata pengendali berusia 42 tahun itu.


"Toni Kroos umpamanya sudahpun beralih ke posisi pertahanan tengah. Saya mahu mencuba beberapa perkara baru dan menguji segala strategi pada perlawanan persahabatan itu," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Buaya besar tersadai di tebing sungai

Posted: 25 Jul 2013 03:10 PM PDT

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

"Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

"Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada," katanya ketika ditemui petang semalam.

Foto

Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.


Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.


"Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

"Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

"Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini," katanya.

"Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

'Spiderman' berdikari

Posted: 25 Jul 2013 03:09 PM PDT

Kuantan: "Saya mengambil keputusan berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga. Biarlah gaji setiap bulan kecil asalkan kerja halal," kata Mohd Nor Syukri Yusof, 17, yang pernah digelar 'hantu bungkus' dan 'Spiderman' kerana memakai topeng selepas sebahagian kulit mukanya melecur akibat disambar api ketika rumah mereka di Kampung Peramu, di sini, terbakar pada 2001.

Selepas 13 tahun kejadian itu, kini kehidupan Mohd Nor Syukri tidak lagi dibelenggu ejekan kerana sering memakai topeng, sebaliknya masalah kewangan memaksa dia hidup berdikari.

Adiknya, Mohd Nor Syafuan, 15, yang turut melecur dalam kejadian itu kini belajar di SK Saint Thomas, di sini dan menjadi harapan keluarga untuk mengubah nasib mereka selepas abangnya berhenti sekolah.

Mohd Nor Syukri berkata, keputusan berhenti sekolah dibuat bukan kerana dia tidak minat belajar, tetapi disebabkan gangguan di telinga kiri yang sering berdenyut, sekali gus sukar untuk fokus pada pelajaran.

Foto

MOHD Nor Syukri berbual dengan ibunya sambil melihat keratan akhbar mengenainya.

Foto

PARUT di muka Mohd Nor.


Katanya, selepas berhenti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Panching, dia dihantar ibu, Azizah Dollah, 54, belajar di Sekolah Pondok Maahad Tahfiz Darul Quran, di Machang, Kelantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved