Sabtu, 27 April 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


'Perlu jaga tepi kain orang'

Posted: 26 Apr 2013 11:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Pesalah jenayah syariah sukar dihadapkan ke mahkamah jika kes mereka tidak mendapat bukti secukupnya, malah perkara itu turut memberi kesan kepada pihak penguatkuasaan yang mungkin dicemuh kerana tidak bertindak berhati-hati.

Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Razali Shahabudin berkata, penangkapan adalah proses awal yang memerlukan beberapa proses bagi mendakwa pesalah di mahkamah. "Penangkapan adalah proses yang amat sukar kerana ia perlu melalui penyiasatan sebelum pesalah didakwa di mahkamah. "Sebab itu program pencegahan perlu diadakan bagi mendidik masyarakat bersama-sama membanteras gejala maksiat yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.


Menurutnya, masyarakat perlu menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi serta mencegah kegiatan jenayah dengan lebih berkesan.

"Ia selari tuntutan umat Islam untuk melaksanakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Perbuatan ini ibadah yang sewajarnya dilakukan. "Sekiranya masih berpegang dengan alasan 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' sudah tentu usaha memeranginya sukar," katanya pada majlis perasmian Karnival Semarak Syariah di Masjid Negara, di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dagang Halal Berhad Mohamed Hazli Mohamed Hussain serta Timbalan Presiden Kanan Bahagian Perbankan Konsumer Bank Muamalat Malaysia Berhad Shamsudin Bahari.


Pada majlis itu, Razali turut melancarkan Buletin Cegah keluaran Bahagian Penguatkuasaan JAWI yang diterbitkan empat kali setahun.

Buletin itu memaparkan berita dan isu berkaitan hal penguatkuasaan selain memberi kefahaman kepada pembaca mengenai penguatkuasaan JAWI serta akta kesalahan yang sering kali dipertikaikan komuniti.


Karnival tiga hari yang julung kali diadakan itu disertai 14 jabatan agensi kerajaan serta 62 pempamer yang memfokuskan kesedaran mengenai pencegahan jenayah syariah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Konsert bertenaga

Posted: 26 Apr 2013 07:35 AM PDT

Persembahan mantap, muzik padu dan bertenaga. Itulah yang dirasai penonton ketika menyaksikan Konsert Wings Rockestra 2013 di Istana Budaya (IB), malam kelmarin.

Hampir dua jam setengah, mereka terpaku dan tidak mahu berganjak dari kerusi masing-masing berikutan aksi hebat daripada Awie (vokal), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) yang diiringi 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pimpinan Mustafa Fuzer Nawi.

Menambah kualiti pada konsert berkenaan, mereka turut mengundang gitaris hebat, Ian Antono dari band rock legenda Indonesia, God Bless dan gitaris tersohor tempatan, Hillary Ang yang berganding dengan Joe dalam sesi selingan iaitu Ilusi Intonasi 3G.

Menerusi kejayaan yang dilakar dalam Konsert Opera Hidup Wings di lokasi sama dua tahun lalu, konsert kali ini dilihat bakal mengulangi kejayaan serupa.


Buktinya, persembahan previu untuk media, rakan artis dan penaja malam kelmarin turut mendapat sambutan hangat sehingga ruang dalam IB penuh tanpa meninggalkan ruang kosong.


Konsert Wings Rockestra 2013 mula dipersembahkan kepada penonton yang membeli tiket malam semalam dan diteruskan malam ini, esok dan Selasa depan bermula jam 9 malam. Apa yang dipersembahkan dalam sesi previu kelmarin adalah sama dalam siri konsert seterusnya.

Sebelum konsert dimulakan, penonton mula teruja dengan empat arca gergasi berwajah Awie, Joe, Eddie dan Black yang digantung di pentas.

Mungkin ada yang membayangkannya dengan ukiran gergasi wajah empat presiden Amerika Syarikat (AS) di Mount Rushmore di Keystone, South Dakota, AS.

Tiupan seruling daripada Mohar untuk 'intro' lagu Amok membuatkan penonton semakin tidak sabar. Sudah pastinya ia sesuatu yang menarik kerana Amok yang dipetik dari album Bazooka Penaka amat jarang dimainkan Wings dalam kebanyakan konsert mereka sebelum ini.

Amok walaupun kurang mendapat perhatian segelintir peminat Wings sebenarnya adalah sebuah lagu yang menarik jika dipersembahkan secara 'live'.

Gabungannya dengan muzik orkestra menjadikan lagu yang pernah dimuatkan dalam runut bunyi filem Bintang Malam itu lebih menarik dan padat.

Wings seterusnya membawakan lagu Bujang Senang, Pengabdian Kekasih, Suara Kita, Hikayat Penuh Ranjau, Anugerah, Sayap Ilusi, Alam Barzakh, Awang Trasher, Misteri Mimpi Syakila untuk segmen pertama.

Tanpa sebarang cacat cela sama ada nyanyian Awie mahupun persembahan pemuzik. Penyatuan muzik rock bersama orkestra sememangnya menakjubkan, menghiburkan dan membawa kelainan dalam persembahan ini. T

iada sebarang rungutan daripada peminat yang terus melekat di kerusi menyaksikan kehebatan mereka.

Bagi memberikan rehat kepada Awie, gandingan Joe, Ian dan Hillary ditampilkan dalam persembahan dinamakan Ilusi Intonasi 3G. Petikan tiga gitaris handalan bersama orkestra ini sememangnya memukau. Masing-masing mempunyai skil tersendiri yang dikagumi ramai.

Seterusnya Awie muncul kembali mengambil tempat dengan menyampaikan lagu Dari Tuhan, Ameringgo dan Julang Timur Tengah. Nyanyian ini turut menampilkan tiga gitaris terbabit yang saling berubah posisi dengan persembahan begitu menarik.

Persembahan yang hangat dan rancak kembali tenang apabila Awie menyampaikan lagu Taman Rashidah Utama. Peminat turut sama menyanyi bersamanya diikuti dengan lagu Ranjang Mawar dan Kota Kemusnahan.

Seperti janjinya sebelum ini, Wings turut menyanyikan lagu Harapan dari album ketiga Teori Domino yang sememangnya mencabar kerana bernada tinggi. Namun Awie berjaya menyanyikannya dengan lancar tanpa masalah.

Mengakhiri persembahan mereka, Wings menyampaikan lagu Opera Hidup yang menjadi siulan ramai suatu ketika dulu dan lagu berhantu mereka Sejati.

Berbanding sebelum ini, Awie juga tidak banyak berkomunikasi dengan peminat. Dia lebih mengutamakan nyanyian kerana mahukan mereka yang hadir menikmati sepenuhnya persembahan yang digandingkan dengan orkestra ini.

Ketika penutup, anggota Wings sempat lagi bergurau di atas pentas sekali gus membuktikan keakraban mereka yang menjadi antara resipi kejayaan bertahan sehingga hari ini.

Walaupun ada cakap-cakap mengatakan Wings banyak membawa lagu yang kurang dikenali peminat, itu sebenarnya tidak perlu dipersoalkan.

Lagu seperti Hikayat Penuh Ranjau, Suara Kita, Pengabdian Kekasih, Sayap Ilusi, Anugerah, Dari Tuhan, Harapan dan Kota Kemusnahan adalah lagu popular dalam kalangan peminat Wings, cuma ia jarang dimainkan dalam konsert mereka dulu.

Justeru, pemilihan lagu adalah tepat kerana peminat setia Wings sememangnya menanti-nantikan idola mereka ini memainkan lagu berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Meluru selamat motosikal

Posted: 26 Apr 2013 11:38 AM PDT

Ampang: "Saya dan anak sempat tarik beberapa motosikal kerana bimbang lebih banyak yang terbakar," kata Ramli Mohd, 44, saksi kejadian dua kereta dan tujuh motosikal terbakar di tempat letak kenderaan di Blok D Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu turut menyebabkan beberapa rumah di tingkat atas tempat letak kenderaan itu rosak terkena asap tebal.

Ramli bekerja sebagai juruteknik berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan seorang lelaki warga asing memberitahu ada kebakaran.

"Ketika itu saya tidur di rumah saya tingkat 8 Blok F dan mendengar jeritan memaklumkan ada kebakaran. Selepas menjenguk ke luar rumah. Saya nampak api marak di tempat letak motosikal blok depan.

Foto

KEADAAN kenderaan milik penduduk yang terbakar di Blok D Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang.


"Saya dan anak lelaki berusia 18 tahun meluru turun ke bawah untuk menyelamatkan motosikal saya yang turut diletakkan di situ, selain cuba menyelamatkan beberapa motosikal lain," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Culik isteri pula

Posted: 26 Apr 2013 11:38 AM PDT

Johor Bahru: Seorang suri rumah berusia 20 tahun berdepan detik cemas apabila diculik selama dua jam 15 minit dari rumahnya di Taman Suria Muafakat di sini, kelmarin oleh sekumpulan along akibat kegagalan suaminya membayar pinjaman RM500 kepada kumpulan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi sekumpulan along terbabit.

Namun tindakan pantas mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya, seorang juruelektrik di bandar raya ini, ketika berada di dalam kereta along berkenaan berjaya menyelamatkannya daripada dilarikan sehingga ke Kuala Lumpur.

Hasil maklumat disampaikan oleh suaminya yang berusia 23 tahun kepada polis, kumpulan along terbabit yang terdiri daripada empat lelaki berumur 23 hingga 47 tahun berjaya ditahan kira-kira 15 kilometer dari kediaman mangsa.

Foto

ZAINUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan beberapa senjata yang ditemui bersama suspek.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, tindakan pantas mangsa bukan saja berjaya menyelamatkan nyawanya, tetapi pada masa sama membantu pihaknya menahan kumpulan along terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tayang barang curi di FB

Posted: 26 Apr 2013 10:40 AM PDT

London: Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook.

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic 'wang.' Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan.


"Polis akhirnya berjaya menangkap mereka selepas seorang anggota memuatnaikkan gambarnya duduk di atas bonet sebuah Range Rover curi dalam Facebook", katanya.

Gambar itu membolehkan polis menemui beberapa gambar lain dalam laman sosial itu dan pada telefon kumpulan berkenaan yang menunjukkan mereka berbangga mengenai kekayaan masing-masing. Ia menunjukkan mereka duduk di atas kereta curi, minum arak, memakai jam Rolex dan Cartier serta bergaya bersama-sama longgokan not £20 dan £50.


Satu daripada gambar itu menunjukkan Conor Murphy, 19, menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.


Polis turut menemui rakaman video pada telefon mereka yang menunjukkan anggota kumpulan itu berlumba dengan kereta yang mereka curi. Mesej Blackberry yang digunakan oleh anggota kumpulan itu untuk mengatur rompakan juga ditemui.

Foto

MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.

Foto

MURPHY di depan kereta Porche yang dicuri.

Foto

ANGGOTA kumpulan itu hidup mewah dengan kegiatan jenayah mereka.

Tujuh anggota kumpulan itu mengaku bersalah terhadap jenayah itu. Seorang lagi, Rory Mason, 18, menafi terbabit dalam rancangan untuk mencuri kereta. Dia bagaimanapun didapati bersalah.


Mahkamah Isleworth diberitahu mengenai bagaimana kumpulan terbabit memberi tumpuan terhadap kediaman yang memiliki kereta mewah.

Kegiatan itu dijalankan antara April dan September tahun lalu dan kawasan yang menjadi sasaran ialah di Notting Hill, Kensington dan Kensal Green. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Peragut berbasikal sasar telefon bimbit

Posted: 26 Apr 2013 10:22 AM PDT

London: Peningkatan dalam kes kejadian meragut kebanyakannya membabitkan pencuri berbasikal yang menyasarkan telefon bimbit mewah.

Jumlah kejadian itu di jalan raya semakin meningkat, menurut angka rasmi dan tahun lalu, hampir 300 orang menjadi mangsa sehari.


Polis memberi amaran, penjenayah terbabit menyasarkan telefon bimbit, iPad dan barangan elektronik lain untuk dijual di pasar gelap di seberang laut, di mana harganya dua kali ganda berbanding di United Kingdom.

Mereka juga berkata, orang awam mendedahkan diri mereka kepada serangan apabila menaip dan membaca mesej atau melayari Internet sambil berjalan, selalunya dengan fon telinga di telinga masing-masing, menyebabkan mereka tidak menyedari apa yang berlaku di kawasan sekeliling.


Pejabat Statistik Kebangsaan berkata, jumlah kecurian seumpama itu meningkat sebanyak lapan peratus tahun lalu. Polis mencatatkan 107,471 kes sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu, berbanding 99,396 tahun sebelumnya.


Bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai mangsa ragut tidak melaporkan kejadian yang menimpa mereka kepada pihak polis. - Dailymail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Jodoh masih panjang

Posted: 26 Apr 2013 10:14 AM PDT

Kuala Lumpur: Pengurus skuad kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal mahu Datuk K Rajagobal memberi perhatian penuh pada misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia selepas pengendali itu bebas daripada hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kedudukan Rajagobal terancam berikutan kenyataan mengkritik dasar FAM sebelum ini namun 'jodoh' beliau bersama Harimau Malaya masih panjang apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan tiada kes untuk mendakwanya, Rabu lalu.


Justeru pengendali itu terus menjadi sandaran FAM untuk memikul misi utama melepasi halangan pusingan kelayakan Piala Asia Kumpulan D yang juga bakal menjadi faktor menentukan sama ada kontrak disambung ataupun sebaliknya.

"Saya harap tiada lagi isu merunsingkan jurulatih (Rajagobal). Saya mahu beliau beri perhatian kepada misi layak ke Piala Asia di Australia," kata Subahan yang mengaku tidak terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang memihak kepada Rajagobal itu.


"Sejak hari pertama lagi saya sudah maklumkan, beliau tidak bersalah. Orang cakap saya hanya mahu mempertahankannya tapi sekarang terbukti beliau tidak menyalahi Artikel 88," katanya.


Rajagobal sebelum ini didakwa atas kesalahan mengkritik FAM kerana mempertikai penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia pada sidang media selepas menyaksikan anak buahnya tewas 1-4 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam 25 Januari lalu.

Foto

RAJAGOBAL (kiri) sasar layak ke Piala Asia.

Bagaimanapun selepas mendengar pembelaan pengendali berusia 56 tahun itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Datuk Taufek Abd Razak memutuskan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan FAM hingga hujung tahun ini didapati tidak bersalah.


Subahan berkata, Rajagobal perlu mempersiapkan pasukannya menjelang perlawanan ketiga peringkat kumpulan menentang Bahrain di Kuala Lumpur pada 15 Oktober.

"Kita perlu meneruskan misi layak ke Piala Asia, selepas menang dengan Yaman kita akan bertemu Bahrain selepas ini. Saya mahu beliau beri perhatian kepada persiapan skuad negara dengan beberapa perlawanan persahabatan menentang Chelsea, Barcelona, India dan Uzbekistan sebelum berdepan Bahrain." Skuad kebangsaan kini menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam Kumpulan D selepas tumpas 0-2 di tangan Qatar pada aksi pembukaan sebelum menang 2-1 ke atas Yaman.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Program berbaloi

Posted: 26 Apr 2013 10:11 AM PDT

Melaka: Pasukan bolasepak Penguatkuasa Majlis Perbandaran (MP) Muar berjaya menewaskan AFM FC, 3-2 pada aksi persahabatan di Stadium Jasin, baru-baru ini.

Perlawanan sengit itu menyaksikan pelawat ketinggalan 0-2 pada babak pertama namun bangkit membenam lawan pada hujung saingan.


Pengurus Penguatkuasa MP Muar Zahid Husin berkata, perlawanan itu menjadi pentas mengeratkan silaturahim antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pasukan di sekitar Melaka.

Beliau berkata, walaupun pasukan itu baru ditubuhkan kira-kira dua bulan lalu, kemenangan itu amat bermakna bagi membentuk pasukan lebih mantap.


"Kemenangan bukan matlamat sebenar namun kejayaan ini menyuntik semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang pada perlawanan akan datang.


"Saya bangga komitmen tinggi dipamer pemain Penguatkuasa MP Muar yang meningkatkan persefahaman sama ada dalam mahupun di luar padang secara langsung membentuk semangat setiakawan tinggi dalam kalangan anggota.

"Kami turut bercadang mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan di Johor, sekitar Melaka serta Negeri Sembilan terutama untuk memperkenalkan MP Muar kepada masyarakat umum," katanya.


Zahid berkata, sokongan pengurusan tertinggi MP Muar turut mendorong latihan lebih agresif diadakan bagi membentuk sebuah pasukan berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved