Rabu, 3 April 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kanta lekap elemen penting

Posted:

Pemakaian kanta lekap kini semakin diperluaskan lagi penggunaannya. Ia bukan saja dipakai pada hari biasa sebaliknya semakin digemari bakal pengantin sebagai pelengkap solekan. Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah keserasian antara teknik solekan dengan warna kanta lekap supaya penampilan tidak terlalu ketara dan nampak segar pada hari persandingan.

Bagi mempelai, tidak semua sesuai memakai kanta lekap kerana ia turut bergantung pada jenis warna anak mata serta tujuannya. Sekiranya warna anak mata terlalu gelap atau cerah, mereka boleh memilih kanta lekap bersesuaian untuk menyeimbangkan penampilan.

Menurut jurusolek profesional Iwan daripada Iwan Fancy, pemilihan alat solek bersesuaian mampu menaikkan seri wajah pengantin lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai kanta lekap berwarna. Ini kerana bagi sesetengah individu, kanta lekap menjadi penyelamat iaitu sebagai penambah gaya.

"Untuk mempelai dinasihatkan memilih warna semula jadi seperti hazel, coklat atau kelabu supaya wajah tidak terlalu berbeza dan nampak garang. Selain itu, ia memudahkan jurusolek mencari warna pembayang mata sesuai," ujarnya.

Foto

TAMPIL berseri di hari bahagia.

Foto

WAJAH sebelum disolek. Tanpa pemakaian kanta lekap wajah tidak bermaya dan kurang berseri.

Foto

PEMAKAIAN bedak asas mampu menutup cela dan menjadikan rona kulit lebih sekata.

Foto

SAPUAN pembayang mata warna gelap menyeimbangi pemakaian kanta lekap.

Foto

PELENGKAP solekan dengan sapuan pemerah pipi.

Foto

GINCU menjadikan bibir lebih seksi menawan.


Untuk menaikkan seri pengantin, sebaiknya pilih pembayang mata warna berbeza dengan kanta lekap. Sebagai contoh, kanta lekap hazel tampil lebih menawan dengan solekan smokey manakala coklat boleh digandingkan dengan pembayang mata cerah seperti biru, merah jambu atau ungu.


"Dengan menggandingkan warna pembayang mata bersesuaian dengan kanta lekap, solekan menjadi lebih menyerlah dan lebih penting penampilan anggun pada hari bahagia. Namun anda seharusnya mendapatkan pandangan jurusolek terlebih dulu sebelum memakainya. Ini bagi mengelak anda memakai warna yang tidak sesuai dengan personaliti anda," jelasnya.

Tambah Iwan, untuk tampil menawan pemakaian celak dan maskara seharusnya tidak diabaikan kerana ia membantu menaikkan seri wajah selain gincu merah jambu dan pengilat bibir untuk bibir yang seksi.

Untuk mempelai yang inginkan kelainan, dandanan rambut sangat penting kerana ia akan membuatkan wajah tambah jelita. Jika terbiasa dengan rambut yang dilepaskan apa kata pilih sanggul tinggi bersesuaian dengan busana dipakai. Pilih perhiasan seperti anting-anting untuk kekal anggun pada hari bahagia.

Panduan memilih kanta lekap

  • Pemilihan kanta lekap bergantung kepada warna asal mata, warna kulit, personaliti, warna pakaian dan solekan.
  • Pilih jenis kanta lekap yang ideal.
  • Di pasaran terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu satu, dua dan tiga lapisan. Kanta lekap satu lapisan hanya terdiri daripada satu lapisan warna dan kelihatan kurang semula jadi. Kanta lekap dua lapis pula terdiri daripada warna asas dan warna di sekeliling anak mata manakala kanta lekap tiga lapisan terdiri daripada warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap).
  • Pilih yang selesa dipakai.

    Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang memakai kanta lekap

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/04
  • Bantu beri harapan

    Posted:

    Selama tujuh tahun mengabdikan masa dan tenaga­nya berkhidmat dengan anak yatim, dia sering ditanyakan kanak-kanak mengapa mereka ditinggalkan dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.

    Lontaran soalan berkenaan membuatkan hati kecil usahawan, Dr Peggy C Wong, terusik hingga mengambil keputusan mengasaskan sebuah badan amal, Living Hope Global. Badan amal ini membantu serta memberi sokongan, kasih sayang dan harapan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik yang ditinggalkan atau diabaikan oleh ibu bapa tidak bertanggungjawab.

    Beliau yang juga Pengerusi Living Hope Global berkata, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa itu berasa tertekan, sedih dan rasa terpinggir dalam masyarakat.

    Malah ada antara kanak-kanak yang terabai itu turut berasa malu dan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar yuran, membuatkannya terus berazam membantu mereka.


    Katanya, golongan miskin perlu dibantu dengan memberi akses kepada pendidikan supaya mereka mendapat kehidupan lebih baik pada masa hadapan.


    "Pendidikan mampu menghapuskan kitaran kemiskinan dan kami membantu mereka termasuk membelikan kelengkapan persekolahan.

    "Apabila menyampaikan barang keperluan sekolah kepada kanak-kanak, mereka bukan saja akan rasa dihargai, tetapi menjadi lebih gembira dan bersema­ngat," katanya ketika majlis pelancaran buku hasil nukilannya, Living A Balanced Life, baru-baru ini.

    Majlis ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri Pe­ngerusi Perbadanan Nasional Bhd, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

    Antara peranan Living Hope Global juga adalah mengenal pasti keluarga miskin dan menyalurkan bantuan dalam bentuk keperluan harian seperti bahan asas makanan terdiri daripada susu, minyak, gula, garam dan makanan dalam tin.

    Bagi tujuan berkenaan, pihaknya turut menjejakkan kaki ke kampung pedalaman yang dihuni oleh ma­syarakat Orang Asli selain membantu golongan miskin yang hidup kesempitan di bandar besar.

    "Berdasarkan pemerhatian saya selama 10 tahun ke atas kehidupan masyarakat, keluarga dan kanak-kanak yang dibantu, saya dapati paling penting bagi setiap insan hidup bahagia adalah kehidupan yang seimbang, bukannya semata-mata mementing­kan wang, harta benda dan kerjaya.

    "Saya berpegang kepada kepercayaan, keluarga, kewangan, kesihatan, kawan, pembawaan diri serta keseronokan. Paling utama, kita perlu mempunyai kepercayaan kerana ia memberi hala tuju dan matlamat dalam hidup.

    "Kita juga perlu menjaga keluarga sebaik mungkin kerana anak-anak memerlukan ibu bapa. Biar setinggi mana kejayaan yang kita capai, kalau keluarga tunggang-langgang, kita tidak akan bahagia," katanya.

    Peggy berpendapat, setiap orang perlu menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarganya selain bersikap menyayangi dan saling menghormati untuk hidup bahagia.

    Namun katanya, biarpun nilai kekeluargaan terletak pada kedudukan utama, kewangan tetap penting kerana tanpanya hidup akan susah serta mewujudkan permasalahan lain.

    "Bagi mendapat kehidupan yang seimbang, setiap orang disaran mempelbagaikan pelaburan untuk memperoleh keuntungan yang berganda.

    "Kesihatan juga perlu dijaga bukan setakat fizikal, malah kesihatan rohani dan emosi juga perlu diberi perhatian. Buang semua perasaan negatif kerana ia boleh menjadi racun yang merosakkan dan membuatkan hidup kita menderita," katanya.

    Menurut Peggy, kebahagiaan juga boleh dicapai dengan bergaul bersama rakan yang memberi aura positif dan membantu meningkatkan diri kita, bukannya mereka yang mencerca atau mempengaruhi diri kita dengan perkara yang merosakkan.

    Memilih rakan yang membantu kita menjadi lebih baik sememangnya amat penting, manakala rakan yang negatif dan menjatuh­kan perlu ditinggalkan demi kesejahteraan hidup.

    Malah membawa diri sendiri dengan baik, berusaha hingga berjaya dan menjalankan tanggungjawab yang mampu memberi kesan positif kepada orang di sekeliling boleh memberi kebahagiaan kepada diri kita sendiri.

    "Kesimpulannya, kita perlu menikmati setiap hari sebaiknya dan menghargai kehidupan. Apabila kita bangun setiap hari tanpa penyakit kronik, ia satu anugerah tidak ternilai dan kita sepatut­nya gembira dan bersyukur," ­katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/04
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Kembali mengganas

    Posted:

    Kuala Lumpur: Geng Oxy yang biasanya menggunakan gas oxy dalam kegiatan jenayah mereka kembali mengganas, kali ini memecah dan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di bangunan IME lot 22, Jalan Medan Pasar, di sini, semalam dan melarikan wang RM300,000.

    Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa yang memberitahu, kejadian berkenaan kemungkinan membabitkan Geng Oxy.


    Menurutnya, kejadian terbabit disedari penyelia bangunan berkenaan berusia 39 tahun pada jam 7.45 pagi semalam sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada polis.

    "Polis yang tiba ke tempat kejadian mendapati satu lubang ditebuk dalam kedai pengurup wang dan pemeriksaan lanjut mendapati dua mesin ATM dan deposit wang yang berada di dalamnya dipecahkan. "Kami percaya suspek menggunakan gas oxy dan penukul untuk memecahkan mesin terbabit sebelum melarikan wang RM300, 000," katanya.


    Khairi berkata, polis kini memburu suspek dan mengumpul bahan bukti di tempat kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.


    "Kami juga akan meminta bantuan pihak bank untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

    Foto

    MESIN ATM yang dibakar penjenyah terbabit, semalam.

    "Polis percaya kes ini berlaku awal pagi dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini membabitkan Geng Oxy," katanya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Kelantan berpesta gol

    Posted:

    Kota Bharu: Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

    Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.


    Seawal minit pertama, pertahanan tuan rumah sudah diuji menerusi rembatan penyerang import SHB Da Nang, Merlo Sebastian Gaston selepas menerima lorongan Giang Tran Quach Tan namun ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamat keadaan.

    Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.


    Dua minit berselang, Nwakaeme membuka tirai jaringan menerusi percubaan luar kotak penalti selepas menerima hantaran pemain sayap, Mohd Faiz Subri yang mempamer kelincahan melepasi tiga pemain lawan.


    Minit keenam, Indraputra terus menjarakkan kedudukan apabila menghasilkan jaringan kedua selepas menerima umpanan cantik bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos sekali gus menewaskan penjaga gol, Nguyen Thanh Binh.

    Foto

    NWAKAEME (kiri) jaring gol pertama Kelantan.

    Ketinggalan dua gol menyaksikan pasukan pelawat yang dikendalikan Le Huynh Duc buntu melakukan gerakan sebaliknya Kelantan terus menguasai perlawanan. Minit ke-15 Nwakaeme sekali lagi melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol.


    Kelincahan Mohd Faiz terus menjadi perhatian kira-kira 10,000 penyokong, malah usahanya berjaya menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-23 selepas menerima umpanan Nwakaeme sekali gus terus mengukuhkan kedudukan.

    Pelawat yang ketinggalan 0-3 memaksa melakukan perubahan apabila menukar tiga pemainnya meskipun belum berakhir babak pertama.


    Peluang terbaik SHB Da Nang hadir pada minit ke-44 namun percubaan Vo Hoang Quang sedikit tersasar meskipun Khairul Fahmi sudah tertewas. Keputusan 3-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.


    Bermula babak kedua, Kelantan terus garang malah Nwakaeme terus mempamer kehebatan dengan merembat kencang dari kotak penalti pada minit ke-47 namun sekadar melepasi palang gol.


    SHB Da Nang terus derita apabila Petratos menghadiahkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke-58 selepas menerima hantaran lintang Mohd Faiz.


    Kelantan berpeluang menghasilkan gol kelima menerusi sepakan penalti selepas Nwakaeme dikasari penjaga gawang pada minit ke 69. Namun sepakan penalti Mohd Shahir Shaari tersasar ke kanan gawang meskipun penjaga gol sudah tidak dapat membaca arah sepakan berkenaan.


    Minit ke-83 penyerang berbahaya, Nwakaeme digantikan dengan Zairo Anuar Zailani. Penyokong Kelantan terus berpesta apabila kapten, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti selepas penjaga gawang lawan keluar dari kawasannya untuk menyelamatkan serangan Petratos.


    Dua minit masa tambahan tidak cukup untuk SBH Da nang mencari gol sagu hati yang menyaksikan keputusan 5-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03

    Penat lelah berbayar

    Posted:

    Senawang: Mereka mengharungi perjalanan ratusan kilometer sejak bermula Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 semata-mata bagi mencari tiket beraksi di grand final. Itulah ranjau yang terpaksa dihadapi skuad futsal bawah 12 tahun Remaja Semangat Pejuang (RSP) Smart Kids A dari Klang.

    Percubaan mereka di Orbit de Futsal, Kuala Lumpur menerusi Siri Pertama, Manjung Indoor Sports Arena, Perak (Siri Ke-2) dan Safira Sports Palnet, Pulau Pinang (Siri Ke-3), semuanya menemui jalan buntu.


    Namun akhirnya tuah berpihak kepada mereka di Sports Planet Senawang, Negeri Sembilan apabila muncul juara selepas menumpaskan SK Puchong Indah, 2-1.

    Sebelum itu pada separuh akhir, RSP Smart Kids A menumpaskan RSP Smart Kids, B 1-0 manakala SK Puchong Indah mengalahkan Sri Remaja Kapar Junior, 2-1.


    Pengurus pasukan Muhammad Nazrin Ab Aziz gembira dengan kejayaan itu selepas beberapa kali langkah mereka tersekat di separuh akhir.


    "Pemain menunjukkan aksi konsisten dan permainan yang menghiburkan penonton sepanjang kejohanan," katanya yang akan mempertaruhkan skuad RSP Smart Kids B untuk bersaing di Melaka pada 13 April ini.

    Perlawanan sengit turut dipamerkan kedua-dua finalis kategori bawah 16 tahun, membabitkan GB FC A dari Klang menentang Kartallar FC (Sepang) sehingga juara terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 2-2. Gelaran milik GB FC A apabila menang 3-2.


    Kartallar FC tidak menghadapi masalah mengalahkan wakil tuan rumah Safias FC dari Ampangan, 5-1 pada separuh akhir manakala GB FC A diberi tentangan hebat Impro Mahkota (Johor) sebelum menang 3-1.

    Hadiah disampaikan Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Ng Ping Loong.


    Siri Ke-5 berlangsung di Sports Arena Klebang pada 13 April ini diikuti Siri Ke-6 di Arena Sukan Simpang Tiga, Sarawak (20 April). Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui www.syoknyasukan.com atau hubungi Nik Muhd Radzi menerusi talian 019- 3519934 dan Zack 019- 9444334.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Jari kelengkeng anak dalam perut anjing

    Posted:

    Florida: Seorang lelaki menembak mati seekor daripada anjing kesayangan keluarga dan membelah perut haiwan itu selepas ia membaham sebatang jari anaknya.

    Sebelum itu, Fernando Brignoni, 11, sedang memanjakan anjing peliharaan mereka sekeluarga, Sassy, apabila haiwan berkenaan tiba-tiba membaham tangannya.


    Mendengar Fernando menjerit kesakitan, bapa budak itu, Luis bergegas ke halaman dan memukul kepala Sassy.

    Namun, selepas Luis, 43, menarik tangan Fernando dia mendapati jari kelengkeng anaknya telah putus dan dipercayai berada dalam perut Sassy.


    Ketika itu, kata Luis, anjing berkenaan masih berlegar-legar di laman rumah mereka di Bradenton.


    Dalam keadaan itu, Luis berkata, dia sedar tidak ada pilihan lain kecuali menyelamatkan jari Fernando dengan membunuh Sassy.

    Foto

    FERNANDO masih dirawat di hospital kerana cedera di tangannya tetapi dia dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

    "Saya mengambil pistol dan menembak Sassy," katanya.


    Sebaik saja Sassy mati, Luis membelah perut anjingnya untuk mendapatkan semula jari Fernando. Menggunakan helikopter, Fernando kemudian diterbangkan bersama jarinya ke hospital. Kata Luis, dalam keadaan mencemaskan, seseorang boleh bertindak apa saja demi menyelamatkan anak mereka.

    "Anda tidak tahu dari mana kekuatan itu datang," katanya. Walaupun begitu, Luis mengakui dia amat sedih kerana kehilangan Sassy yang dipeliharanya sejak tujuh tahun lalu.


    "Pada asasnya, kami kehilangan sebahagian daripada anggota keluarga," katanya. Kata Luis, dia terpaksa membuat pilihan sukar.


    "Saya terpaksa mengutamakan anak daripada Sassy dan ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang pilihan," katanya. Di sebalik tindakan nekad Luis, jari Fernando tetap gagal diselamatkan kerana ia mengalami kerosakan saraf. - Metro

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03

    Kakitangan kerajaan berjudi meningkat

    Posted:

    Bangkok: Kakitangan awam dinasihat supaya menjauhi amalan berjudi kerana ia mungkin menyebabkan mereka kehilangan kerja ketika kajian menunjukkan aktiviti itu semakin meningkat, terutama di kalangan guru.

    Pengurus Pusat Maklumat Untuk Dasar Kawalan Perjudian, Pongtorn Chantharatsami berkata, kajian sejak lima tahun lalu membuktikan berlaku pertambahan ketara, terutama di kalangan kakitangan awam yang berkhidmat di wilayah berhampiran sempadan. Kata Pongtorn, kakitangan awam terutama guru di Buri Ram, Si Sa Ket, Sa Kaeo, Surin, Prachin Buri dan Nakhon Ratchasima sering mengunjungi kasino di Kemboja melalui pintu sempadan Sa Kaeo di daerah Aranyaprathet.


    "Aktiviti perjudian memberi kesan serius kepada keluarga pelakunya.

    "Jika seorang guru terbabit dengan aktiviti perjudian, sesetengah daripada mereka akan ditarik kelayakan mengajar sekali gus menamatkan kerjaya sebagai pendidik," katanya. Kajian yang dijalankan agensi itu di wilayah Surin mendapati punca utama kakitangan awam dikenakan tindakan disiplin ialah akibat aktiviti berjudi.


    Antaranya, perjudian membabitkan keputusan perlawanan bola sepak atau mengunjungi kasino di negara jiran. Justeru, Gabenor Surin mengarahkan semua agensi kerajaan memantau dan menghalang kakitangan awam berkunjung ke mana-mana kasino serta melarang mereka terbabit dalam sebarang bentuk perjudian. Kajian di Chiang Rai menunjukkan ramai kakitangan menyokong perjudian dengan mengambil rasuah bagi memudahkan orang ramai mengunjungi kasino di Myanmar dan Laos. Kata Pongtorn, sebarang pembabitan kakitangan awam dengan aktiviti judi boleh dikenakan tindakan, termasuk dipecat. - Bangkok Post

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Parlimen sudah dibubarkan

    Posted:

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-13.

    Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau sudah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12.

    Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

    DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.


    Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April tahun lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.


    Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

    Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

    Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

    Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

    Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari. - Bernama

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03

    15 peluru dendam

    Posted:

    SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

    Mangsa, Bernard Ooi Poh Beng, 39, mati di tempat kejadian selepas enam daripada tembakan mengenai bahagian dada serta masing-masing satu di lengan kiri, ketiak kanan dan perutnya.

    Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan jumlah kelongsong peluru serta cara tembakan dilepaskan, polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif kejadian.

    "Mangsa dikatakan sedang dalam berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di blok satu flat berkenaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.


    "Menurut saksi yang ditemubual, sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba berhenti berdekatan mangsa dan orang yang berada di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mangsa rebah," katanya kepada wartawan.


    Menurut Abdul Razak lagi, polis menemui dua jenis peluru yang berbeza dan yakin suspek lebih daripada dua orang menggunakan dua senjata api berlainan.

    Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah.

    Katanya, polis akan menyiasat latar belakang mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Nora & Sam rasa selesa

    Posted:

    Filem genre Islamik selain membawa mesej dakwah, sesuai ditonton seisi keluarga. Itulah antara mesej yang ingin disampaikan dalam filem genre romantik Islamik, Dua Kalimah terbitan MIG yang ditayangkan di pawagam mulai esok.

    Dua Kalimah jelas memiliki mesej yang mendalam untuk disampaikan kepada penonton kerana cerita ini mengangkat kisah kehidupan manusia yang tersasar dari landasan Islam dan akhirnya ingin kembali mencari keredaan Ilahi.

    Filem arahan pengarah muda Eyra Rahman ini julung kali menggandingkan bintang popular Shaheizy Sam dan Nora Danish di layar besar.

    Sam ketika ditemui RAP, akui tertarik membintangi Dua Kalimah kerana ingin menyahut cabaran dalam genre Islamik yang belum pernah dicubanya sepanjang pembabitan dalam bidang lakonan.


    "Saya tidak pernah berlakon dalam filem genre ini. Berbanding genre lain, genre ini agak sensitif dan kita perlu peka dengan perkara yang membabitkan isu keagamaan supaya tidak ada fakta yang salah dari segi agama.


    "Saya juga membuat kajian mendalam di Internet mengenai mereka yang diserang penyakit angin ahmar untuk menjiwai babak Aiman yang diserang penyakit itu supaya ia nampak tidak dibuat-buat sekali gus memberi kesan mendalam pada penonton," katanya.

    Sebagai pelakon berpengalaman, Sam nampaknya tidak sukar mencari keserasian ketika bergandingan dengan Nora dalam filem itu.

    "Kami berdua cepat serasi kerana Nora juga memberi apa yang saya kehendaki dalam filem ini. Sepanjang penggambaran filem ini, Nora juga buat saya rasa selesa untuk menjiwai babak romantik Selina dan Aiman.

    "Apa yang penting, babak romantik dilakonkan itu nampaknya menjadi dan tidak keterlaluan kepada penonton. Walaupun masih baru dalam filem, saya melihat banyak peningkatan dalam lakonan Nora sekarang. Apapun, saya percaya filem ini memiliki tarikan tersendiri kerana banyak pengajaran yang ingin disampaikan pada penonton," katanya.

    Sam menangis, Nora kena mandi jenazah

    Sam yang yang baru saja mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Songlap pada Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCKK), Sabtu lalu berkata, fokus utamanya kini untuk mengukuhkan lagi misinya dalam bidang lakonan.

    "Selepas menang anugerah di AIFFA, sampai masanya saya lebih selektif dengan pengarah yang saya ingin bekerja dan naskhah yang ditawarkan kerana saya inginkan yang terbaik untuk karier lakonan pada 2014. Terbaru, saya akan berlakon dalam filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly terbitan Red Films Sdn Bhd," katanya.

    Nora yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan mengakui impiannya untuk bergandingan dengan Sam akhirnya kesampaian dalam filem itu.

    "Saya teruja apabila dapat tahu digandingkan dengan Sam selaku teraju utama filem ini. Walaupun kami bernaung di bawah payung Metrowealth (MIG), baru sekarang kami dapat digandingkan sama dalam filem. Terus terang, saya sangat mengagumi bakat Sam kerana dia seorang pelakon yang hebat menerusi pelbagai pencapaiannya dalam bidang seni hari ini.

    "Pada mulanya saya rasa takut berlakon dengannya tetapi Sam berjaya buat saya selesa di lokasi filem ini yang menjalani penggambaran, lapan bulan lalu. Sam juga banyak membimbing saya dari aspek lakonan supaya menjadi lebih bersahaja. Sebelum berlakon, dia akan membuat kajian mengenai sesuatu watak di laman YouTube terlebih dulu.

    "Saya percaya, peminat pasti tersentuh hati apabila menonton salah satu babak Sam menangis untuk menjiwai watak Aiman dalam filem ini. Babak itu lima minit saja tapi kita dapat merasainya," katanya.

    Ditanya cabaran melakonkan watak Selina, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli, 3, ini berkata dia ditawarkan watak yang lebih serius dalam Dua Kalimah.

    "Saya cukup tertarik untuk melakonkan watak Selina, anak orang kaya yang suka bersosial tetapi terpaksa bertudung untuk mengaburi mata orang kampung apabila mengikut teman lelakinya, Aiman (lakonan Sam) pulang ke kampung.

    "Saya juga tidak ada masalah pegang watak bertudung kerana pernah berlakon watak bertudung dalam Mencari Cinta dan ternyata peminat suka melihat imej saya seperti itu. Dari segi babak yang susah pula adalah ketika Selina turut serta memandikan jenazah seorang wanita yang meninggal di kampung itu," katanya.

    Plot Dua Kalimah

    Filem ini menceritakan mengenai Aiman, pemuda yang disayangi dan disenangi penduduk kampung kerana akhlaknya yang baik. Dia juga memiliki kekasih yang solehah di kampungnya, Humaira dan berjanji untuk mengahwininya. Bagaimanapun, semuanya berubah apabila Aiman melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan jatuh cinta dengan Selena.

    Apabila Aiman mahu pulang ke kampung halamannya, Selina mahu mengikut kekasihnya itu. Kemudian konflik berlaku apabila Aiman dibesarkan dalam keluarga yang penuh didikan agama, manakala, Selina pula sebaliknya gadis liar.

    Barisan pelakon lain Dua Kalimah adalah Yana Samsudin, Shima Anuar, Mikael Andre, Siti Aziz, Adiba Yunus, Niezam Zaidi, Wan Hanafi Su, Kartina Aziz, Rashidah Jaafar, Azlan Komeng, Kay Maria dan Ustaz Dini. Ia membabitkan lokasi indah di pesisiran pantai Kemaman, Terengganu.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03

    Advertorial: Terlahirnya 'Oblivion'

    Posted:

    Pada tahun 2005, lima tahun sebelum Joseph Kosinski mengarahkan filem pertamanya, 'TRON: Legacy' (2010), dia telah menghasilkan sebuah karya setebal 12-muka surat yang diberi judul 'Oblivion'. Karya bergenre aksi pengembaraan itu berlatarbelakangkan Bumi pada tahun 2077, enam dekad selepas pencerobohan makhluk asing yang meninggalkan Bumi terdedah kepada radiasi. Watak utama bernama Jack Harper, seorang juruterbang berani mati yang kini bertugas di Bumi.

    Realiti yang Jack selama ini percaya sebagai kebenaran musnah dalam sekelip mata apabila dia dipertemukan dengan seorang wanita misteri. KesedarJack akhirnya melihat lelaki ini menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin kepada mereka yang masih berada di Bumi.

    Impian Kosinski ialah untuk mengadaptasi 'Oblivion' buat layar perak. Malangnya, masa sering tidak menyebelahinya. Sehinggalah beberapa tahun kemudian bila dia ditemukan dengan pengasas Radical Studios, Barry Levine dan Jesse Berger.

    Ketika itu, mereka bertiga mendapat idea untuk mempersembahkan cerita 'Oblivion' dalam versi novel grafik. Tujuannya bagi memudahkan mereka mendemonstrasikan halatuju 'Oblivion' kepada pelabur yang berminat. Arvid Nelson dipertanggungjawabkan untuk menulis novel tersebut sementara ilustrasi oleh Andree Wallin.


    Pada masa yang sama, mereka ingin mendapatkan maklum balas dari orang-orang awam terhadap 'Oblivion'. Sebanyak 30,000 salinan novel grafik itu diedarkan di Comic-Con International 2010 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.


    Kosinski ingin berkongsi pengalaman dan minatnya mengarah sebuah karya sains fiksyen. Beliau membesar dengan filem-filem klasik seperti 'The Omega Man', 'Blade Runner' dan '2001: A Space Odyssey' dan buku termasuk 'Hyperion' serta rancangan TV seperti 'The Twilight Zone'. Pengarah muda ini memberitahu, dia gemar melihat teknologi canggih yang dipersembahkan dalam rekaan bergaya ditemukan dengan latarbelakang yang 'rugged'.

    Bagi Berger dan Levine, mereka tertarik dengan 'Oblivion' kerana ia bukan sahaja sebuah filem aksi-penggembaran yang hebat tetapi pada terasnya, ia mengisahkan tentang seorang individu yang sedang mencari kemanusiaannya dan sebagai penonton, anda mahu menyokong dan melihatnya berjaya.

    Selepas kejayaan mereka di Comic-Con, Universal Pictures dan Chernin Entertainment bersetuju untuk bekerjasama merealisasikan impian Kosinski. Sementara kerja-kerja mengadaptasikan 'Oblivion' untuk layar perak dimulakan, Kosinski perlu fokus pada pencarian pelakon-pelakon yang akan menghidupkan watak-wataknya.

    Berbeza dari filem aksi-penggembaraan lain yang dipopulasikan dengan ramai pelakon, 'Oblivion' hanya mengetengahkan beberapa watak sahaja, lebih-lebih lagi Bumi pada waktu itu sudah ditinggalkan penduduknya.

    Buat Kosinski, pelakon A-list Hollywood, Tom Cruise merupakan calon teratas di dalam senarainya. Walaupun begitu, dia mengakui terkejut bila dihubungi wakil Cruise yang memaklumkan bahawa pelakon tersebut sudah membaca novel grafik 'Oblivion' dan ingin duduk berbincang dengannya. Dalam tempoh tiga jam, pertemuan yang berlangsung di sebuah hangar kapal terbang di Burbank berakhir dengan berita gembira yang Cruise ingin terlibat sama dalam projek Kosinski.

    Tentang koloborasi mereka, Kosinski menjelaskan, "Tom tahu apa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah filem yang hebat. Berpeluang bekerjasama dengannya sesuatu yang menakjubkan, bukan sahaja di set ketika penggambaran tetapi dari awal lagi sewaktu kami bersama-sama membentuk skrip dan wataknya.

    Bagi Tom pula, alasannya menawarkan diri untuk 'Oblivion' mudah sahaja - dia tartarik dengan ceritanya.

    "Pertama kali kami bertemu, saya sudah kagum dengannya (Kosinski). Joe seorang yang berbakat. Dia seorang pengarah yang mencipta dunia lain dan visinya untuk 'Oblivion' membuatkan saya tertarik. Belum pernah lagi saya melihat visi sebegitu di dalam karya-karya lain. Walaupun sudah lama saya tidak terlibat di dalam sebuah filem sains fiksyen sejak 'Minority Report' tetapi saya suka genre itu dan saya tahu Joe mampu menghasilkan sebuah karya yang hebat."

    'Oblivion' bukan sahaja percubaan pertama Cruise bekerja di bawah arahan Kosinski tetapi ia juga pertama kali dia digandingkan dengan pelakon tersohor Morgan Freeman yang membawa watak Beech, pemimpin revolusi.

    Kongsi Cruise, "Pada tahun 1990, kami berdua telah dicalonkan untuk Oscars. Saya untuk watak saya dalam 'Born on the Fourth of July dan dia untuk 'Driving Miss Daisy'. Saya begitu mengaguminya dan saya ingat lagi di malam Oscars, saya memberitahunya saya meminati hasil kerjanya dan mencadangkan kami patut bekerjasama. Agak sedih ia telah mengambil masa bertahun lamanya untuk kami digandingkan tetapi saya gembira diberikan peluang ini. Dia seorang individu yang hebat dan pelakon yang luar biasa."

    Barisan pelakon lain yang turut terlibat di dalam 'Oblivion' termasuk Olga Kurylenko (sebagai Julia Rusakova, penggembara misteri yang telah merentas masa dan ruang untuk mencari cinta sejati), Andrea Riseborough (Victoria 'Vika' Olsen, pembantu setia Jack), Nikolaj Coster-Waldau (Sykes, orang kanan Beech) dan Melissa Leo (Sally, ketua pegawai yang ditugaskan mengendalikan pemindahan penduduk dari Bumi).

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/03
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved