Khamis, 17 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ilham kreatif aksesori butang

Posted: 28 Oct 2011 07:29 AM PDT

MUDAH serta tidak memerlukan banyak masa untuk menghasilkan sesuatu rekaan, itulah yang menjadi pegangan pemilik laman aksesori ber–asaskan butang SNf Craft, Siti Norfathiah Md Afandi, 24.

Paling penting, suai padankan bentuk serta corak butang berkenaan dengan kombinasi warna menarik serta perhiasan tambahan yang digunakan untuk mencantikkan lagi perhiasan dihasilkan.

Untuk aksesori butang, dia banyak menumpukan pada koleksi sepit rambut, cekak dan juga kerongsang. Kelengkapan yang diperlukan untuk proses pembuatannya pula ringkas yang hanya menggunakan tampalan gam pistol dan daya kreativiti kerana ia hanya perlu dilekatkan bagi membentuk corak serta bentuk diingini.

"Masa untuk membuatnya juga tidak lama, malah ia boleh disiapkan dalam masa 15 minit saja tanpa perlu bertungkus-lumus seharian.


"Ia lebih menjimatkan masa memandangkan saya tidak gemar menjahit terutama menggunakan mesin tetapi lebih mudah menjahit tangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, baru-baru ini.


Idea yang digunakan untuk menyediakan koleksi aksesori berkenaan banyak diperoleh melalui pemerhatian laman aksesori di Internet terutama blog aksesori luar negara.

Pemerhatian sebegitu dijadikan panduan untuk mencipta dan mereka aksesori mudah dan ringkas tetapi masih nampak comel dan sesuai dengan kehendak persekitaran tempatan.

"Kebiasaannya kanak-kanak meminati aksesori kepala sebegini untuk digayakan dan dipadankan dengan busana pilihan. Ia bukan saja ringkas, malah harganya juga berpatutan serta mengikut permintaan pelanggan," katanya.

Walaupun baru memulakan perniagaan aksesori berkenaan secara dalam talian awal Februari lalu, Norfathiah tidak sesekali menjadikannya sebagai bebanan walaupun masih bergelar pelajar.

"Saya hanya memfokuskan pada pembuatan aksesori setiap hujung minggu dan tidak akan mencampuradukkan minat dengan pengajian.

"Kedua-duanya amat penting dan untuk itu, saya akan me–nyeimbangkan masa," katanya.

Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi aksesori butang yang dihasilkan Norfathiah, layari itsacrafttime.blogspot.com/ teyare.tumblr.com ataupun sertainya di laman facebook.com/snfcrafttilicious.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


J-Lo guna kelebihan tubuh ‘tambat’ teman lelaki baru

Posted: 16 Nov 2011 08:32 AM PST

LOS ANGELES: Pemuda yang kini menjadi pacar terbaru Jennifer Lopez (J-Lo) mendakwa, penyanyi dan pelakon jelita itu mempunyai selera seks yang sukar dipuaskan.

Menurut Casper Smart, J-Lo memang memiliki tubuh badan awet muda walaupun usianya kini 42 tahun.


"Dengan susuk tubuh menggiurkan itu, dia tidak pernah ragu atau bimbang menggunakannya," katanya.

Bekerja sebagai penari, Smart, 24, menjadi sebahagian daripada anggota rombongan J-Lo mengembara ke serata dunia dalam program konsert jelajah penyanyi terbabit enam bulan lalu.


Bagaimanapun, hubungan mereka semakin intim beberapa minggu lalu dan mula keluar bersama untuk lebih saling mengenali.


Pasangan itu dilihat berpesta di Las Vegas dan pulang ke hotel bersama beberapa hari lalu.

Rakan Smart berkata, penari itu mengagumi bentuk tubuh J-Lo.


"Bagi Smart, J-Lo memiliki bentuk badan jauh lebih baik berbanding mana-mana wanita yang pernah dikenalinya," katanya.

Bagi Smart, kata sumber itu, tubuh J-Lo seperti gadis berusia 20 tahun.


Mengenai hubungan terbaru itu, sumber terbabit berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana J-Lo akan berpacaran dengan Smart.


"Pada dasarnya, mereka berkawan hanya kerana seks, tetapi Smart teruja untuk mencuba nasib memanjangkan hubungan mereka lebih daripada sekadar itu," katanya.


Sumber di pihak J-Lo pula mengesahkan mereka kini berada di tahap "bergembira" dan mula berpacaran.


Sumber berasingan berkata, J-Lo jelas tidak mampu menahan dirinya daripada kekacakan Smart walaupun di antara mereka ada jurang perbezaan 18 tahun, selain tidak banyak persamaan di antara mereka.


"Tetapi tiada siapa perlukan kata-kata apabila fizikal anda mempunyai keserasian?" katanya.


Ibu kepada dua anak, J-Lo berpisah dengan penyanyi Marc Anthony, 43, empat bulan lalu selepas tujuh tahun berumah tangga. - TS

Full content generated by Get Full RSS.

Mariah gugur saman Bieber

Posted: 16 Nov 2011 08:31 AM PST

LOS ANGELES: Wanita yang mendakwa melahirkan anak Justin Bieber semalam menggugurkan tuntutan ke atas penyanyi remaja kelahiran Kanada itu.

Peminat Bieber, Mariah Yeater, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan artis itu di belakang pentas selepas berakhirnya satu konsert di Staples Center, Los Angeles pada Oktober 2010.


Bieber menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan awal minggu ini menawarkan diri untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan bahawa bayi Mariah berusia empat bulan itu bukan zuriatnya.

Peguam Mariah sebelum ini berkata, mereka mempunyai "bukti kukuh" bahawa wanita terbabit bercakap benar dalam dakwaannya.


Bagaimanapun, sebuah laman sesawang hiburan AS melaporkan, dua peguam mewakili Mariah, Lance Rogers dan Matt Pare, kini menarik diri daripada mewakilinya.


"Tuntutan itu ditarik semula secara senyap-senyap minggu lalu," katanya.

Difahamkan, Rogers dan Pare menarik diri selepas peguam Bieber, Howard Weitzman, mengancam untuk menyaman Mariah serta pasukan peguamnya kerana membuat tuduhan palsu.


Sejak dakwaan itu timbul, Bieber sentiasa menafikan dia pernah mengadakan hubungan seks dengan Mariah seperti didakwa wanita itu.

Malah, Bieber, 17, juga bertegas mendakwa dia tidak pernah bertemu Mariah.


Pendedahan mengejutkan itu juga mendorong pihak berkuasa memulakan siasatan ke atas Mariah kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.


Bieber dianggap masih di bawah umur kerana ketika kejadian, dia berusia 16 tahun.


Dalam temubual baru-baru ini, Bieber berkata, tiada satu pun tuduhan dilemparkan kepadanya oleh Mariah berasas.


"Ia memang gila.


"Setiap kali selepas pertunjukan, saya meninggalkan pentas dan terus ke kereta," katanya. - TS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved