Sabtu, 4 Mei 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jari kaki putus

Posted: 03 May 2013 03:16 PM PDT

"Saya terdengar bunyi dentuman kuat di luar kaunter. Ketika itu, saya ternampak sebuah kontena betul-betul di hadapan saya pada jarak 15 meter sebelum mendengar pemandunya meraung kesakitan," kata Nor Farah Affiza Othman.

Nor Farah Affiza, 27, jurutol di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, berkata, ketika kejadian lori kontena yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Noorhisham, 31, cuba mengelak daripada merempuh beberapa kenderaan lain yang ketika itu menunggu giliran membayar tol pada jam 3.05 petang, semalam.


Akibatnya, lori kontena itu merempuh benteng penghadang di plaza tol berkenaan menyebabkan kaki mangsa tersepit pada tempat duduk pemandu dan satu jari kaki kanannya putus.

Nor Farah Affiza berkata, dia bersyukur terselamat berikutan lori kontena itu merempuh penghadang berkenaan.


"Ini kejadian kedua berlaku akibat kemalangan membabitkan lori merempuh plaza tol ini sepanjang saya bekerja di sini selepas kejadian pertama tahun lalu apabila lori merempuh penghadang itu.


"Sampai sekarang saya masih terkejut dan trauma kerana menyaksikan sendiri kemalangan di depan mata walaupun baru masuk syif petang jam 2 petang tadi (semalam)," katanya.

Saksi kejadian, Zul Roshidi Ismail, 48, berkata, ketika kejadian dia membayar tol dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkannya berhenti di tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku.


Katanya, dia naik di sebelah tempat duduk penumpang depan lori kontena berkenaan sambil meminta pemandunya yang mengerang kesakitan supaya bersabar.

"Dia sempat memberitahu brek lori kontena yang dipandunya itu tidak berfungsi dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain di plaza tol ini lalu terpaksa merempuh penghadang di plaza tol itu.


"Mangsa menyatakan datang dari selatan menghala ke Bandar Darulaman, Jitra menghantar barang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.


Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan pada kaki.


Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Alor Setar Wan Jamaludin Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang berhubung kemalangan itu dan mendapati mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu.


Beliau berkata, lima anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih sedarkan diri sebelum dihantar ke HSB untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Gandingan satu bonus

Posted: 03 May 2013 05:17 AM PDT

Berlakon di bawah arahan bakat muda bukan alasan untuk pelakon komedi terkenal, Shuib Sepah memberikan yang terbaik melalui wataknya dalam filem terbaru berjudul Oh Mak Kau (OMK) terbitan Star Scope Productions Sdn Bhd.

Shuib yang membawa watak Mun sekali lagi bergandingan dengan Jepp melalui filem bergenre aksi komedi ini di mana masing-masing memegang watak sebagai adik-beradik. Ia diarahkan Nurul Ain Nordin juga selaku produser bersama dan pelakon dalam filem ini.

Bercerita mengenai kerjasama dengan Nurul Ain yang mesra dipanggil Ain, Shuib mengakui walaupun masih baru dalam pengarahan filem, wanita berusia 25 tahun itu seorang yang mudah menerima pandangan daripada pelakon dan tidak cerewet.

"Saya sudah bekerjasama dengan ramai pengarah dan Ain salah seorang pengarah muda yang bagus dan disenangi semua. Dia memiliki kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah setiap pelakon.


"Saya suka cara Ain bekerja, maklumlah bidang pengarahan bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai situasi selain ragam pelakon dan petugas lokasi penggambaran.


"Ain juga tidak pernah meletakkan jarak di antara pengarah dan pelakon, dia senang diajak berbincang dan ini menyebabkan saya rasa selesa untuk bekerjasama dengan bimbingannya," kata Shuib.

Gandingan kali kedua bersama Jepp selepas filem Sepah The Movie, Shuib mengakui ia adalah satu bonus kerana sudah biasa bekerja bersama dan lebih memudahkan untuk Shuib dalam mencari idea bagi menghidupkan wataknya.

"Saya bermula dengan Jepp dalam satu kumpulan dan apabila berpeluang bekerjasama dalam filem, ia satu bonus untuk saya yang mana lebih memudahkan kerja kami untuk berbincang mengenai watak masing-masing.

"Rasanya watak itu kelihatan lebih sempurna apabila bersama, apatah lagi kami digandingkan dalam filem komedi yang menjadi tempat asal kami memulakan kerjaya dan pastinya ia lebih mudah.

"Bukan bermakna saya rasa tidak menarik tanpa Jepp, tetapi keserasian dan lawak itu akan nampak lebih hidup apabila kami bersatu," katanya yang mengakui wataknya dalam cerita itu sedikit mencabar.

Bagi Ain pula, pertama kali mengarahkan filem komedi, ia bukan sesuatu yang sukar kerana baginya filem bergenre seperti ini tidak berisiko malah sasaran menarik perhatian penonton lebih mudah kerana jalan ceritanya yang ringan dan tidak membosankan.

"Saya sedar satu tanggungjawab yang berat apabila perlu mengarah filem yang bukan calang-calang orang mampu melakukannya, saya berani menyahut cabaran ini kerana saya belajar dalam bidang seni layar.

"Malah saya pernah diberi peluang mengarahkan drama 13 episod berjudul Setulus Kasih yang sudah disiarkan di RTM. Justeru, saya yakin dan berpuas hati dengan hasil filem OMK ini.

"Kerjasama yang baik diberikan oleh semua pelakon dan kru terutamanya memudahkan lagi tugasan saya dan saya yakin filem komedi seperti ini mudah diterima semua orang," katanya.

Sementara itu, Yassin Yahya yang turut berlakon berkata, walaupun sekarang dia sangat memilih watak, dia tertarik dengan wataknya di dalam filem ini yang mana menampilkan dia sebagai ahli kumpulan gangster yang diketuai oleh Lutfan lakonan Syamsul Yusof.

"Saya memegang watak sebagai Typo yang kononnya hendak menjadi taiko kerana di dalam filem ini saya banyak membawakan babak bergaduh.

"Memang menarik kerana babak ini dilakukan beramai-ramai dan suasana yang kelihatan seperti bergaduh besar sebenarnya banyak diserapkan elemen lawak.

"Pada saya sebagai seorang pelawak, kalau boleh watak itu dapat dipelbagaikan jadi penonton tidaklah bosan kerana tidak disajikan dengan watak yang sama saja," katanya.

Ain penat tapi puas hati

Melihat pembabitannya melalui filem ini, pasti semua terfikir mampukah anak muda ini menggalas tiga tanggungjawab sekali gus sebagai penerbit, pengarah dan juga pelakon.

Bukan tamak sebaliknya peluang diberikan oleh penerbit yang lain perlu dimanfaatkan sebaiknya apatah lagi Ain salah seorang produser Star Scope Productions Sdn Bhd perlu turun padang bagi memastikan filem sulung mereka berhasil.

"Saya akui sangat mencabar apabila menggalas tiga tanggungjawab serentak, namun saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar dari awal prapenerbitan sehinggalah filem ini selesai disiapkan.

"Saya melakukannya satu persatu, sebelum penggambaran bermula saya fokus dalam penerbitan dan ketika mengarah saya fokus terhadap pengarahan, apabila perlu berlakon pembantu pengarah dan pengarah fotografi menggantikan tempat saya untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

"Alhamdulillah saya mendapat kerjasama yang baik daripada semua justeru sepanjang penggambaran filem ini saya tidak pernah merasa putus asa walaupun kadangkala letih kerana perlu menggalas tiga tanggungjawab dalam waktu serentak," katanya.

Ain adalah pelajar Diploma Seni Layar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pernah membabitkan diri sebagai pelakon melalui filem Suatu Malam Kubur Berasap, Lu Pikirlah Sendiri dan Jidin Sengal.

Shuib tunggu anak kedua

Dalam kesibukannya menerima pelbagai tawaran berlakon, suami kepada penyanyi handalan Siti Sarah ini turut berdebar menanti saat menimang cahaya mata kedua mereka yang dijangka dilahirkan bulan ini.

"Sarah bakal bersalin pada bila-bila masa dan mungkin bayi yang bakal lahir ini perempuan namun saya tidak kisah soal itu yang penting kedua-dua mereka selamat.

"Alhamdulillah saya juga bersyukur rezeki semakin mencurah-curah apatah lagi sejak mula menceburi perniagaan dobi, jiwa saya semakin cenderung dalam bidang perniagaan.

"Apa yang saya lakukan ini sebagai persediaan, manalah tahu suatu hari nanti jika saya kurang mendapat tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya sudah membuat persediaan.

"Bidang perniagaan inilah yang akan saya teruskan bersama-sama isteri dan insya-Allah saya juga sedang dalam usaha untuk menghasilkan produk kesihatan tidak lama lagi," katanya yang menghantar isteri berpantang di rumah mentuanya di Kuala Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03

Rocktone bekas juara

Posted: 03 May 2013 04:43 AM PDT

Mungkin nama mereka masih asing namun kumpulan Rocktone yang dianggotai Ahmad Zamri Mat Said atau Bob, 42, (dram); Mohd Sabri Mohd Idris atau Atan, 42, (gitar); Shahrul Rizal Hadzir atau Caoun, 29, (gitar); Arif Suhari Mohd Badari, 37, (penyanyi) serta Abdul Rahman Hadzir atau Amand, 40, (bass), bukan calang-calang kerana sudah menjuarai pelbagai pertandingan band di sekitar Lembah Klang dan Perak.

Sejak ditubuhkan pada 2006, Rocktone sudah menjuarai pertandi­ngan Battle of The Bands, Karnival Iktiraf FELDA peringkat kebangsaan, Karnival Sorakan Satu Suara anjuran RTM Perak, pertandingan anjuran Do Re Mi Music, naib juara pertandingan anjuran Hot Sound Studio dan terbaru, layak ke pertandingan Sound Stage anjuran majalah ROTTW.

"Anggota asal kami ha­nya tiga orang iaitu saya, Amand dan Caoun. Apabila bertemu Bob dan Arif, kami mula nampak hala tuju ­dalam muzik dan mula aktif menyertai pelbagai pertan­dingan.


"Kebetulan pula kami tinggal setempat di FELDA Trolak Utara dan ada studio latihan sendiri, jadi ia memudahkan kami untuk merancang masa depan kumpulan ini. Menerusi kejayaan demi kejayaan yang diperoleh, kami percaya Rocktone boleh melangkah maju," kata Atan mewakili anggota lain.


Kerja keras mereka dalam seni tidak sia-sia apabila berjaya menarik perhatian Loonaq Records yang melamar sebagai artis rakaman. Rocktone kini muncul de­ngan album pertama berjudul Jiwa Besi. Album ini memuatkan enam lagu iaitu 1 Malaysia, Impian, Jiwa Besi, Khurafat, Phentomen Dunia dan Raja Perwira.

"Alhamdulillah syarikat yang dimiliki oleh Rozman Abas ini sudi menerima kami sebagai artis. Album pertama kami tampil de­ngan konsep 'heavy metal' yang dipengaruhi muzik American Metal.

"Muzik begini biasanya ada pada kumpulan seperti Testament dan Shadow Fall. Kesemua lagu dicipta dan diterbitkan kami sendiri, cuma proses adunan muzik dilakukan oleh komposer Fauzi Marzuki," ujar Atan.

Menurutnya, mendengar saja muzik heavy metal, orang akan me­nyangka konsep ini berat. Namun ia sebenarnya berbeza kerana melodinya agak kemelayuan seperti mana disarankan pemilik Loonaq Records, Rozman sendiri.

Hasrat mereka mula membuahkan hasil kerana selain jualan album secara fizikal di kedai, Loonaq Records juga memasarkan lagu artisnya menerusi sistem digital dan Internet.

"Kami ada fanpage sendiri di Facebook dan setakat ini lebih 14,000 peminat mengikuti kumpulan kami. Selain peminat tempatan, ada yang tinggal di Indonesia dan Bangladesh. Video muzik kami turut dihasilkan dan dimasukkan dalam Internet," kata Shahrul.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/03
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tewaskan beruang seorang diri

Posted: 03 May 2013 03:17 PM PDT

Percutian hujung minggu satu keluarga untuk memerhati burung di Semenanjung Kenai hampir berakhir dengan tragedi apabila seekor beruang perang tiba-tiba menyerang mereka, semalam.

Terdesak untuk menyelamatkan keluarganya, seorang ahli biologi hidupan liar dan penduduk Alaska, Toby Burke terpaksa menghadapi beruang itu hanya dengan tangan kosong.


Burke bernasib baik kerana hanya calar-calar pada badan sebelum anggota keselamatan tiba tidak lama kemudian untuk menembak mati haiwan liar berkenaan. Sebelum itu, Burke, 48, yang bertugas sebagai juruteknik biologi di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Kenai keluar bersama isteri, Laura, serta tiga anak mereka, Grace, 11; Damien, 8; dan Camille, 7 bulan, menuju Pantai Sungai Kasilof.

Dalam suhu sejuk -1 darjah Celsius, mereka leka cuba mengesan burung di udara ketika seekor beruang tiba-tiba muncul kira-kira 400 meter dari mereka.


Kata Burke, beruang itu kelihatan bermasalah dan berdasarkan pengalamannya, dia nampak haiwan berkenaan tidak begitu sihat.


Katanya, dia tidak begitu bimbang pada peringkat awal dan mereka terus memerhatikan burung.

"Tidak lama kemudian, kami tidak melihat beruang itu dan kami meneruskan perjalanan.


"Hanya beberapa detik kemudian, kami nampak beruang itu mula berlari ke arah kami dari jarak kira-kira 15 meter," katanya. Dalam usaha menakutkan haiwan itu, mereka menggerak-gerakkan tangan masing-masing, selain membuat bising tetapi sebaliknya ia semakin deras berlari. Menyedari keadaan genting itu, Burke mengarahkan Laura dan anak-anaknya berdiri di belakangnya. Kata Lisa, ketika beruang itu berdepan dengan suaminya, Damien cuba lari tetapi Burke melarang.

"Burke menyuruh kami tidak berpecah," katanya. Burke kemudian mencapai apa saja yang termampu sebagai senjata - dan tangannya hanya dapat memegang teropong burung yang disambung kepada tripod.


Kata Burke, dia menghalakan teropong ke mulut beruang berkenaan bagi menghalaunya, tetapi gagal.


"Saya kemudian menggunakan kaki tripod yang tajam untuk mencucuk muka haiwan itu tetapi gagal menakutkannya, sebaliknya dia menampar alat itu menyebabkan ia terlepas dari tangan," katanya.


Dalam keadaan tiada apa-apa di tangan, Burke terpaksa berdepan dengan beruang dan menumbuk muka haiwan itu dengan tangan kanan selepas tangan kirinya ditekan. Selepas bergelut beberapa ketika, beruang itu melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Duta Myanmar sasaran bom

Posted: 03 May 2013 12:28 PM PDT

Polis menahan dua lelaki yang didakwa merancang untuk melakukan serangan bom terhadap kedutaaan Myanmar di bandar raya ini.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata, suspek ditahan lewat kelmarin ketika menunggang motosikal di kawasan kediaman sibuk di selatan Jakarta bersama-sama lima bom paip
Kedua-dua lelaki itu, Sefa Riano, 28, dan Achmad Taufiq, 21, merancang melakukan serangan itu semalam, kata seorang pegawai kanan polis antikeganasan yang enggan dikenali.


Ketua Agensi Antikeganasan Indonesia ANsyaad berkata, pihaknya yakin serangan itu pasti dilakukan jika kedua-dua suspek tidak ditahan.
"Matlamat mereka adalah jelas," katanya.

Beliau juga memberitahu, seorang wanita, isteri seorang suspek terbabit juga disoal sebagai saksi berhubung rancangan itu.

Rancangan menyerang kedutaan berkenaan menyusuli kekacauan anti-Islam baru yang meletus minggu ini, menyebabkan seorang terbunuh.
Kekacauan di Myanmar pada Mac lalu menyebabkan puluhan orang terbunuh sementara pertempuran di Rakhine antara penduduk Buddha dengan penduduk minoriti Rohingya tahun lalu meragut kira-kira 200 nyawa.
Jumlah kaum Rohingnya yang dimusuhi kebanyakan penduduk Buddha Myanmar semakin ramai tiba di Indonesia apabila mereka lari untuk menyelamatkan diri.
Penderitaan mereka mendapat simpati penduduk Islam Indonesia.
September lalu, seorang lelaki mengaku merancang serangan bom terhadap penganut Buddha di Jakarta sebagai tindak balas terhadap penderitaan penduduk minoriti Islam Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kejutan Maghrib

Posted: 03 May 2013 03:12 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang kontraktor menerima 'kejutan Maghrib' apabila ditembak tiga das oleh seorang lelaki yang dikenalinya di depan rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, jam 7.30 malam tadi.

Mangsa, Mohd Nasir Zakaria, 53, yang juga seorang kontraktor ditembak selepas membuka pintu ketika dipanggil suspek supaya keluar.

Suspek yang menembak mangsa melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke hospital menaiki kereta dipandu anaknya bersama isterinya, Zahmahnu Che Abdullah, 39.

Mangsa cedera di paha dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Foto

Mangsa tembak di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan bermotifkan dendam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Makan malam berasap

Posted: 03 May 2013 03:11 PM PDT

Lima sekeluarga yang sedang menikmati hidangan makan malam nyaris rentung apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 11, Taman Jumbo Petagas, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9 malam itu, kebakaran dipercayai akibat litar pintas dari sebuah bilik di tingkat atas rumah itu menyebabkan penghuni bergegas menyelamatkan diri dan tidak sempat menyelamatkan harta benda.


Menurut pemilik rumah itu, Mohd Hazrul Hairi Jabir, 25, dia sedar kejadian litar pintas di rumahnya tetapi tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk.

"Kira-kira jam 6 petang, berlaku gangguan peralatan elektrik rumah dan menyangka fius meter mengalami masalah lalu menghubungi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).


"Mereka tiba beberapa minit kemudian melakukan pemeriksaan dan menggantikan fius baru," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Katanya, selepas bekalan elektrik pulih, dia bersama keluarga mahu menikmati makan malam sebelum terdengar bunyi barang jatuh dari tingkat atas rumah selain terhidu bau hangit.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Chelsea selangkah juara

Posted: 03 May 2013 03:17 PM PDT

Prestasi tidak menentu Chelsea sepanjang musim ini mungkin akan berakhir dengan kejayaan membanggakan pada saingan Liga Europa selepas menundukkan FC Basel pada separuh akhir awal pagi semalam sekali gus bertemu Benfica pada perlawanan akhir.

Gol menerusi Fernando Torres, Victor Moses dan David Luiz dalam tempoh sembilan minit pada babak kedua memberikan kemenangan 3-1 buat Chelsea pada separuh akhir kedua ke atas juara Switzerland itu di Stamford Bridge untuk mara menerusi agregat 5-2.


Juara Liga Juara-Juara itu adalah juara bertahan pertama gagal melepasi saingan peringkat kumpulan namun berpeluang menamatkan saingan musim ini dengan menjulang trofi Liga Europa.

Pengurus sementara Rafael Benitez yang tidak mendapat layanan sebaiknya selepas menggantikan Roberto Di Matteo November lalu, mungkin boleh menyumbang kepada kejayaan Chelsea serta membuktikan sesuatu kepada bakal pengurus baru yang akan menggantikan tempatnya.


Individu yang sering dikaitkan adalah bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho yang memberi bayangan mengenai masa depannya musim depan selepas skuad bimbingannya ketika ini, Real Madrid tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara.


Penyokong setia Chelsea ternyata gembira dengan perkembangan itu apabila sering menyebut nama Mourinho sepanjang perlawanan awal pagi semalam yang mencetus kebangkitan Chelsea selepas Basel mendahului 1-0 menerusi Mohamed Salah.

"Secara jujur kami mempunyai dua peluang terbaik pada babak pertama tapi kami tidak memanfaatkannya dengan baik.


"Kami melepaskan gol pada lewat babak pertama. Pujian wajar diberikan kepada setiap pemain kerana mereka mampu untuk bangkit.

"Kami dapat menjaringkan tiga gol dan menguasai hampir keseluruhan permainan," kata Benitez.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04

Usaha julang Spurs

Posted: 03 May 2013 12:25 PM PDT

Gareth Bale mungkin semakin mengumpul banyak koleksi anugerah peribadi namun dia terpaksa menumpukan kepada usaha membantu Tottenham Hotspur layak ke Liga Juara-Juara.

Bale dilihat akan meneruskan rentak jaringannya ketika Tottenham berdepan Southampton di White Hart Lane buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun malam ini.


Bale, 23, diundi sebagai pemain terbaik tahunan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan pemain muda terbaik oleh rakan pemain profesional dalam bolasepak Inggeris awal minggu ini.

Kelmarin, dia menambah anugerah Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan Penulis Bolasepak (FWA), mengalahkan pemenang 2012 dan penyerang Manchester United Robin van Persie.


Pemain tengah itu menyumbat 24 gol dalam semua pertandingan dan berada di ranking ketiga dalam Liga Perdana dengan 19 gol, kedua-duanya catatan terbaik karier.


"Saya lebih banyak melakukan rembatan selain lebih kerap mara ke kotak penalti," kata Bale. "Saya kurang membuka ruang kepada rakan sepasukan tahun ini namun saya lebih kepada posisi menyerang ketika ini dan ia jelas membantu saya menambahkan jaringan." Dia turut membantu Tottenham berada di tangga kelima liga, dua mata di belakang Arsenal di tangga keempat dan tiga di belakang pasukan tangga ketiga Chelsea.

Arsenal berdepan pasukan yang sudah tersingkir Queens Park Rangers awal pagi esok, manakala Chelsea berkunjung ke Manchester United malam esok.


Tiga pasukan teratas layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan manakala pasukan di kedudukan keempat perlu mengharungi pusingan kelayakan.

Spurs beraksi kurang satu perlawanan berbanding Gunners dan awal pagi Khamis ini mereka berdepan Chelsea di Stamford Bridge.


Sebelum itu, Bale akan cuba meneruskan rentak jaringannya. Dia menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut buat kali ketiga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/04
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved