Ahad, 1 Januari 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Usah elak berbincang topik tabu

Posted: 01 Jan 2012 08:17 AM PST

CEPAT betul masa berlalu, pejam celik sudah masuk tahun baru. Ini bermakna bertambah setahun lagi umur kita dan tanpa disedari, anak kita juga mula menjengah usia remaja.

Pun begitu kebanyakan ibu masih berasa kurang selesa untuk bercakap mengenai akil baligh dengan anak terutama anak perempuan walaupun tahu ia sangat penting. Biasanya perkara ini hanya dibincangkan apabila anak datang haid.

Soal jawab bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Nik Hazlina Nik Hussin, diharap dapat membantu meningkatkan pengetahuan anda mengenai perkara ini supaya anda boleh berkongsi ilmu dengan anak gadis atau sekurang-kurangnya menjawab persoalan yang berkaitan dengan akil baligh.

Bilakah masa terbaik untuk bercakap dengan anak mengenai akil baligh?

Lebih cepat ia dibincangkan, lebih baik. Akil baligh yang juga dirujuk sebagai perubahan seksual sekunder yang membabitkan pembesaran payudara, pertumbuhan bulu di ketiak dan di kawasan genitalia (kemaluan), peningkatan ketinggian dan juga kedatangan haid (menstruasi) tidak berlaku secara serentak pada semua gadis.

Ia biasanya berlaku seawal umur lapan tahun, tetapi ada juga gadis yang lewat baligh iaitu pada usia 14 tahun. Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya seseorang gadis sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain. Inilah sebabnya ibu disarankan untuk belajar dan memahami bagaimana serta mengapa perubahan ini berlaku. Malah berdasarkan perubahan ini juga kedatangan haid boleh dijangka.

Mungkin perubahan pertama bermula pada kawasan payudara yang semakin membesar. Kawasan yang gelap di sekeliling puting mula membengkak, bentuk payudara akan lebih bulat serta menjadi padat dan berat. Mungkin juga seseorang gadis berasa tidak selesa pada kedua-dua ataupun sebelah payudara.

Namun, tidak perlu runsing kerana ini adalah normal untuk peringkat awal perkembangan. Kematangan hormon juga akan menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis di mana ovarinya kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan (ovulasi). Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan dalam rahim iaitu endometrium yang pada mulanya menebal akan gugur sebagai darah haid.

Secara kesimpulannya, perbincangan tidak formal berkenaan perkembangan seseorang anak gadis itu sepatutnya bermula pada peringkat yang lebih awal lagi, mungkin seawal umur tujuh atau lapan tahun. Maksudnya, perbincangan ini dimasukkan dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukanlah selepas mereka mengalami haid yang pertama.

Bagaimana hendak memulakan perbualan mengenai topik ini?

Topik akil baligh ini perlu dimasukkan dalam perbualan harian secara tidak formal. Anda boleh berbual mengenainya ketika sedang melakukan aktiviti bersama anak gadis.

Mungkin seseorang ibu dan anak gadisnya akan merasa agak kekok jika perbualan berkenaan dilakukan secara formal. Perbualan mengenai topik ini mungkin boleh dimulakan dengan menggunakan pemerhatian daripada orang di sekeliling, contohnya saudara sepupu perempuan, anak perempuan yang lebih tua atau rakan sebaya mereka.

Seseorang ibu tidak sepatutnya mengelak daripada berbicara mengenai topik ini kerana andalah yang paling berhak untuk memberikan pemahaman jelas kepada anak gadis anda. Ini kerana ia membabitkan perubahan fizikal tubuh badan dan emosi, malah keadaannya berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Jadi ibu perlu berada di sisi anak dan jangan membiarkan mereka menghadapinya seorang diri.

Pada masa sama, anda akan melihat perubahan emosi anak. Ada sesetengah ibu bapa tidak faham mengapa anak mereka mula berubah 'perangai'. Jangan bimbang, ia adalah disebabkan perubahan hormon. Ketika ini anak gadis anda merasai stres, cepat marah, terlalu sensitif dan semua ini bermula seawal umur 10 hingga 12 tahun sehingga haid mereka datang menjengah.

Usah mengelak daripada berkomunikasi dengan anak remaja mengenai topik tabu yang anda anggap tidak wajar dibincangkan. Peranan ibu terhadap anak perempuan sangat diperlukan untuk berkomunikasi mengenai topik intim seperti seks, pergaulan dan kontrasepsi (pencegahan kehamilan).

Komunikasi terbuka adalah penting dan ibu perlu menjadi sumber utama untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan seksual, kehamilan dan perancangan keluarga. Anak-anak perempuan perlu tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada sokongan ibu mereka dalam setiap keadaan.

Memberikan ruang kepada anak gadis kita berbicara dengan ibu mengenai seks dan perhubungan tidak bermakna kita menggalakkan mereka untuk mula melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia adalah cara terbaik untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak diingini dan memberi kuasa kepada anak kesayangan anda membuat pilihan bijak serta bertanggungjawab dalam kehidupan mereka. Tiada apa yang hendak dimalukan. Ibu dan anak adalah perempuan, jadi perbincangan seharusnya lebih mudah.

Adakah topik ini boleh dibincangkan secara berkumpulan (bersama anak perempuan yang lain) atau bersendirian?

Ada sesetengah ibu berpendapat ia lebih baik dibincangkan secara bersendirian untuk mengelakkan rasa malu.

Boleh berbincang secara berkumpulan atau bersendirian, tertakluk kepada perangai dan sikap seseorang anak gadis anda. Ada anak gadis yang suka menyendiri dan mudah malu dan ada yang boleh menerimanya secara terbuka. Bagi anak gadis yang pemalu, eloklah berbincang dan memberi penerangan secara bersendirian.

Bagi anak gadis yang berperangai sebaliknya pula mungkin tidak kisah kalau perkara sebegitu diperbincangkan secara berkumpulan. Pada pendapat saya, perbincangan secara berkumpulan mungkin lebih praktikal kalau ia dijalankan di sekolah bersama guru dan bukannya di rumah bersama ibu. Perbincangan bersama seseorang ibu sepatutnya tidak formal.

Apakah perkara yang perlu dimasukkan dalam perbualan mengenai akil baligh ini?

Peringkat akil baligh boleh mengakibatkan seseorang remaja menjadi tidak keruan. Ada pelbagai perubahan yang menghantui pemikiran mereka seperti kemahuan seks, perhubungan intim dan perubahan fizikal.

Sebagai ibu, amatlah penting untuk kita juga ketahui masalah berkenaan supaya kita dapat membantu merungkaikan kemusykilan anak. Apa yang hendak dibincangkan itu sering kali berhadapan dengan kesukaran bagaimana dan di mana untuk memulakannya. Ibu atau bapa akan berhadapan dengan dilema untuk mengungkapkan kata-kata yang sesuai supaya anak-anak remaja mereka tahu mengenai isu seks dan hubungan intim.

Sukar untuk mengetahui dengan tepat bila seorang anak gadis akan mengalami haid pertamanya. Kebanyakan anak gadis akan mendapat haid pertama sekitar umur 10 hingga 12 tahun. Haid pertama biasanya sedikit sahaja dan berlangsung untuk tiga hingga tujuh hari dengan kekerapan sekali setiap bulan.

Berkemungkinan juga darah haid anak gadis tidak teratur dan datang sekali setiap dua bulan atau mungkin dalam jumlah darah lebih sedikit. Bagaimanapun, anak gadis ini mungkin perlu mendapatkan rujukan doktor jika kedatangan haid masih tidak teratur, bercelaru dan juga selalu menyakitkan selepas dua tahun.

Seorang ibu perlu memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya supaya menanda kehadiran haid di dalam diari ataupun kalendar dan catatkan sebarang masalah ataupun kesakitan semasa haid. Dengan cara begini, anak gadis dapat meramalkan bila haid berikutnya akan datang dan juga julat di antara dua peristiwa haid berdekatan.

Lazimnya julat darah haid adalah di antara 25 hari hingga 35 hari. Namun usah risau jika julat haid berbeza-beza dan hari pertama haid juga mungkin cepat atau lewat berbanding bulan sebelumnya kerana ia adalah perkara biasa.

Untuk mereka yang sudah berkahwin pula, biasanya kelewatan haid dikaitkan dengan kemungkinan mengandung, bergantung kepada tempoh lewat datang haid. Lebih baik sekiranya perancangan awal disediakan sebelum datangnya haid seperti menyimpan tuala wanita di dalam beg sekolah.

Perlu diingat tuala wanita ini perlu ditukar setiap empat jam kerana darah haid yang terkumpul mungkin menjadi tempat pembiakan yang baik untuk bakteria. Biasanya untuk beberapa hari pertama, tuala wanita perlu ditukar dengan lebih kerap disebabkan jumlah darah yang keluar terlalu banyak. Penggunaan tuala wanita yang diletakkan bau haruman juga tidak digalakkan kerana mungkin menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit sekitar kemaluan.

Ramai gadis mengalami kekejangan di bahagian bawah abdomen semasa kehadiran haid (dismenorea). Mungkin juga kesakitan itu merebak ke bahagian belakang (seperti mereka yang sakit bersalin).

Ada juga keluhan seperti sakit kepala, pening, kekerapan buang air besar, loya dan muntah. Jangan runsing kerana ini adalah normal untuk pengalaman awal kehadiran haid. Untuk menghilang masalah serta keluhan ini, anak gadis ini boleh mengambil pil penahan sakit seperti NSAIDs, contohnya ibubrofen ataupun naproxen sodium, bersenam dan meletakkan pemanas seperti bertungku di bahagian bawah abdomen.

Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya dia belum datang haid pada usia 15 tahun, kehadiran haid yang tidak teratur, julat di antara sebelum dan selepas haid kurang daripada 21 hari ataupun melebihi 45 hari, julat haid berlaku selama 90 hari (tiga bulan) walaupun hanya untuk satu kitaran (bukan disebabkan mengandung), kehadiran darah haid melebihi tujuh hari dan sekiranya jumlah pendarahan terlampau banyak sehinggakan tuala wanita perlu ditukar setiap satu hingga dua jam.

Banyak perubahan daripada segi emosi dan juga fizikal akan berlaku pada anak gadis anda. Nasihatkan mereka supaya menjaga pemakanan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan. Bersenam serta beriadah mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan serta kesakitan ketika datang haid. Amalkan senaman untuk mengukuhkan jisim tulang, menguatkan otot dan juga mengurangkan kekejangan semasa datang haid.

Akil baligh juga menyebabkan kelenjar di bawah kulit mengeluarkan sebum dan dengan kehadiran sebum yang banyak boleh menyekat lubang-lubang halus menyebabkan berlakunya jerawat. Membasuh muka dengan air ataupun bahan pencuci muka dengan kerap dapat mengurangkan kehadiran sebum di muka dan seterusnya dapat mengurangkan kehadiran jerawat di muka. Jangan biarkan jerawat berlarutan di muka kerana penyembuhan jerawat mungkin meninggalkan parut yang berkekalan.

Apakah perubahan fizikal dan emosi yang berlaku semasa atau selepas baligh?

Transformasi daripada seorang gadis remaja menjadi wanita dewasa adalah sesuatu yang amat mengagumkan. Namun, jika anak gadis anda tidak tahu apa yang bakal ditempuhinya, tidak bersedia untuk melalui perubahan fizikal dan hormon, ia akan menimbulkan kekeliruan selain dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan.

Sebagai seorang gadis yang mahu melangkah ke alam dewasa, dia perlu memahami perubahan fizikal dan hormon yang bakal ditempuhinya. Ibu perlu memainkan peranan utama sebagai rakan dan tempat mengadu yang boleh membimbing anak mengorak langkah pertama menjadi seorang wanita.

Anak perempuan anda bakal menjadi seorang gadis remaja yang secara biologinya mampu untuk melahirkan anak. Ia adalah saat yang genting untuk mereka dibekalkan dengan pengetahuan tentang kesihatan reproduktif, seks selamat dan kontrasepsi.

Bermulanya menjadi seorang gadis, langkah pertama yang perlu difahami ialah perubahan hormon apabila mereka mendapat haid pertama di sebalik perkembangan fizikal yang semakin menonjol.

Penekanan terhadap pendidikan berterusan serta persoalan mengenai isu seks dan perubahan fizikal hidup seorang gadis itu sepatutnya tidak terhenti setakat itu saja. Anak perempuan anda akan menjadi gadis remaja yang mana biologinya tidak lagi seperti kanak-kanak.

Apabila dimatangkan dengan pelbagai maklumat, mereka boleh memahami dan dapat menimbang tara sebarang implikasi dalam tindakan serta bijak memilih dalam bertindak melindungi diri sendiri daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Usah jadikan budaya masyarakat Asia yang konservatif dalam membicarakan isu ini sebagai penghalang menyampaikan maklumat kepada anak gadis anda. Lebih baik anda yang memecahkan budaya daripada dia mendapatkan maklumat daripada kawan-kawan atau sumber lain.

Sebagai remaja, keinginan untuk mencuba sesuatu yang dianggap 'baru' sangat tinggi, terutamanya melakukan hubungan seks - tanpa berfikir apa yang akan terjadi selepas itu. Inilah sebabnya pengetahuan adalah cara yang terbaik bagi 'menjaga' anak-anak perempuan dari sebarang insiden yang tidak diingini.

Bilakah masanya untuk memperkenalkan baju dalam (coli) kepada anak gadis?

Bagi seseorang ibu yang sentiasa prihatin, rasanya perkara ini tidak menjadi masalah yang besar. Kebanyakan anak gadis akan mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.

Jika anak malu untuk menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya oleh ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas?

Kebanyakan anak gadis yang di usia awal baligh agak malu untuk bertanya berkenaan penggunaan coli. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan yang dialami oleh anak-anak gadis mereka.

Jika perubahan sudah ada, maka anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis anda ke pusat membeli belah. Jangan sesekali menyuruh bapanya membelikan atau menyuruh bapanya membawakan mereka ke pusat membeli belah. Mereka amat sensitif dan malu untuk berkongsi perubahan ini dengan lelaki walaupun lelaki berkenaan adalah bapa sendiri.

Adakah benar kejahilan membuatkan ramai gadis terlalu berani untuk mengadakan hubungan seks tanpa tahu kesannya sehingga melahirkan anak luar nikah?

Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup yang terbesar. Tetapi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin mempunyai tugas yang paling sukar di antara ibu bapa lain. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa, daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari.

Ia boleh jadi satu peralihan yang sukar bagi remaja itu sendiri dan juga ibu bapa mereka, terutamanya dalam masyarakat di mana orang muda setiap hari berhadapan dengan risiko serius yang berkaitan dengan seks, keganasan, penyalahgunaan dadah, alkohol, merokok dan gagal dalam pelajaran - risiko yang biasanya adalah berkaitan antara satu sama lain. Oleh kerana pelbagai risiko yang dihadapi oleh remaja berkait rapat antara satu sama lain, begitu jugalah jalan penyelesaiannya.

Ramai ibu bapa percaya pengaruh mereka terhadap anak sudah lupus sebaik saja mereka mencecah zaman remaja. Rakan dan media nampaknya lebih berkuasa. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas: ibu bapa adalah penting dalam kehidupan remaja. Remaja belasan tahun memerlukan sokongan, panduan, dan perhatian daripada ibu bapa mereka seperti kanak-kanak juga. Remaja sendiri mengatakan bahawa mereka mahu mendengar apakah cabaran yang dihadapi orang dewasa, walaupun mereka tidak selalunya berlagak seperti demikian.

Ibu bapa memainkan peranan dalam mengembangkan bakat dan kemahiran anak-anak serta memandu mereka ke arah pembesaran yang sihat. Ibu bapa juga boleh membentuk komuniti di mana anak-anak mereka membesar. Nasihat terbaik bagi ibu bapa adalah sama: teruslah mempunyai hubungan yang rapat dengan anak remaja anda. Idea di bawah boleh membantu ibu bapa membuat perubahan dalam kehidupan anak remaja mereka.

Luangkan masa untuk bersama anak

Lebih baik jika anda boleh terbabit sama dalam aktiviti mereka. Anda boleh berkongsi pengalaman kerana ia dapat membina hubungan yang rapat dan mesra. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual mengenai perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Gunakan masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, bersukan, melayari internet bersama-sama dan ajak anak untuk terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan.

Bantu anak mendapatkan keyakinan diri

Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperoleh, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran tertentu. Pujilah mereka atas tugas yang diselesaikan dengan baik, galakkan perkara positif dan tekankan perkara yang dilakukan dengan baik oleh anak anda.

Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara untuk memperbaiki diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya ketakutan atau keaiban.

Bantulah anak anda mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat mereka. Galakkan mereka terbabit dalam kerja sukarela, menjadi ahli kumpulan belia, kesenian atau sukan. Ini akan membuatkan mereka merasa satu pencapaian, menghubungkan mereka dengan kawan yang positif dan pemimpin dalam kalangan orang dewasa dan juga memenuhkan jadual harian mereka.

Bantu anak memahami bagaimana pilihan hari ini boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka.

Perkenalkan anak dengan orang yang berjaya dalam komuniti dan terangkan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan. Remaja yang mempunyai matlamat jangka panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa depan dengan membabitkan diri dalam perkara tidak sihat.

Beritahu anak bahawa anda sangat menghargai pendidikan

Babitkan diri dalam pendidikan anak-anak anda dan biarkan mereka tahu bahawa ia sangat penting bagi anda. Terangkan kepada anak bagaimana pelajaran akan membantu mereka pada masa hadapan. Kegagalan dalam pelajaran biasanya adalah tanda-tanda masalah lain. Jika anda mendapati pelajarannya merosot, berbincanglah dengan mereka dan dengan guru-gurunya dengan segera.

Dekati sekolah anak

Ibu bapa sering berhubungan dengan sekolah anak-anak semasa mereka di sekolah rendah, tetapi mula menjauh apabila mereka semakin membesar. Sebaiknya langkah ini diteruskan hingga ke sekolah menengah dengan menyertai Persatuan Ibu Bapa, menawarkan khidmat menjadi tutor, mentor atau penceramah, menghadiri majlis di sekolah anak. Jika anda tidak hadir, anak anda adalah orang yang pertama menyedarinya.

Tahu di mana anak berada dan apa yang mereka lakukan

Buat peraturan yang jelas bagi anak-anak anda mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan dengan siapa mereka boleh meluangkan masa dan terangkan kepada mereka mengapa peraturan ini penting. Tetapkan masa untuk balik ke rumah dan jangan benarkan mereka menghadiri parti tanpa ditemani orang dewasa.

Berusaha lebih sedikit untuk mengetahui di mana anak berada pada hari minggu dan selepas waktu sekolah, memandangkan ini adalah waktu 'zon bahaya' kerana ia adalah peluang untuk anak terbabit dalam kegiatan berisiko tinggi.

Kenali rakan anak dan keluarga mereka

Rakan mempunyai pengaruh kuat terhadap satu sama lain. Jemput mereka datang ke rumah dan berbual-bual dengan mereka secara terbuka.

Terangkan dengan jelas nilai dan kelakuan yang anda harapkan

Berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu-isu yang sukar adalah lebih mudah jika anda sebagai ibu bapa jelas mengenai perasaan sendiri.

Kebanyakan ibu bapa bimbang dilihat sebagai seorang yang hipokrit, terutamanya jika mereka sendiri terbabit dalam perkara kurang sihat semasa remaja. Kebanyakan remaja mempunyai 'radar hipokrit' yang baik. Mereka biasanya cukup sofistikated untuk menyedari bahawa dalam dunia moden yang penuh dengan bahaya seperti Aids, senjata automatik dan bahaya-bahaya lain, standard yang baru adalah perlu.

Jadilah contoh yang baik

Jadilah contoh harian yang terbaik berkaitan dengan nilai-nilai dan standard yang anda harapkan. Tunjukkan kasih sayang, kejujuran, disiplin dan keterbukaan yang anda harapkan daripada anak-anak anda. Jangan jadi ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus.

Beri perhatian kepada anak sebelum mereka mendapat masalah

Program sokongan bagi remaja yang bermasalah adalah baik, tetapi semua kanak-kanak dan remaja dapat memperoleh kebaikan daripada galakan, perhatian dan sokongan. Jangan memfokuskan perhatian kepada mereka hanya apabila ada masalah. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda berbangga dengan mereka, walaupun kadang kala ia kelihatan seperti bukannya satu perkara yang besar.

Perhatikan tanda yang menunjukkan anak perlukan bantuan

Perhatikan tanda-tanda penyalahgunaan dadah dan alkohol, kegagalan dalam pelajaran, kemurungan dan keganasan. Berikut adalah beberapa klu yang boleh anda perhatikan: banyak masa diluangkan bersendirian dan mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan, perubahan yang mendadak dalam prestasi di sekolah, perubahan kelakuan dan pertukaran emosi yang drastik, tidak berminat mempunyai hobi atau beraktiviti sosial atau rekreasi, dan perubahan pilihan rakan-rakan atau mengasingkan diri daripada kawan-kawan lama. Jangan takut untuk masuk campur dan mendapatkan bantuan dari luar. Kebanyakan komuniti mempunyai sumber-sumber bagi membantu ibu bapa membantu anak-anak mereka.

Tahu apa yang ditonton, dibaca dan didengar oleh anak

Adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan yang sampai kepada anak-anak anda. Remaja pun memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Tonton televisyen atau dengar muzik bersama anak-anak anda dan bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media.

Babitkan diri dalam komuniti

Ibu bapa boleh membuat perubahan dalam kehidupan anak, tetapi ibu bapa tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Lebih banyak sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi anda menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa. Galakkan pihak sekolah dan organisasi-organisasi lain untuk mengendalikan dan menjalankan kampus yang bebas rokok dan dadah.

Ambil bahagian dalam organisasi-organisasi komuniti yang mempromosikan polisi untuk membantu kanak-kanak dan remaja, seperti menghalang penjualan rokok kepada kanak-kanak atau mengurangkan keganasan dalam masyarakat. Pergilah kedai-kedai yang mempromosikan pilihan-pilihan yang sihat bagi remaja. Bantulah remaja lain dalam masyarakat anda dengan menjadi mentor mereka atau mengambil remaja bekerja di tempat kerja anda.



Full content generated by Get Full RSS.

Ramai tak faham masalah glaukoma

Posted: 01 Jan 2012 08:08 AM PST

GLAUKOMA, katarak dan pereputan makular berkaitan umur (AMD) adalah antara penyakit mata kronik yang menjadi punca utama kehilangan penglihatan serius di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun. Ia juga adalah satu daripada punca buta di kalangan orang dewasa.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui maksud glaukoma secara jelas. Glaukoma adalah kumpulan penyakit yang merosakkan saraf optik mata dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta.

Glaukoma bukan hanya satu penyakit, sebaliknya sekumpulan penyakit yang merosakkan saraf optik. Saraf optik selalunya mengandungi jutaan saraf fiber yang menghubungkan mata dan otak. Ia juga sebahagian daripada retina yang memberi penglihatan.

Glaukoma juga kerap dirujuk sebagai 'pencuri senyap penglihatan' kerana ia selalu gagal dikesan pada peringkat awal. Namun, apabila kerosakan terjadi ia sukar dipulihkan.


Pakar Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chin Pik Kee, berkata tiada simptom pada peringkat awal serangan glaukoma.


"Ini menyebabkan kehadirannya tidak disedari. Apabila ia semakin teruk, penglihatan akan kelihatan turun naik dan jika tidak dirawat penglihatan berkurangan dan akhirnya buta.

"Bagaimanapun, dengan pengesanan awal melalui pemeriksaan berkala dan rawatan, ia boleh melindungi mata daripada kehilangan penglihatan yang serius," katanya.

Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan tekanan mata adalah satu faktor risiko utama bagi kerosakan pada saraf optik.

Tambahnya, bagi mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

Ramai yang menghidap glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat saja.

Glaukoma sudut terbuka paling kerap ditemui dan ini terjadi apabila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.

Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) jarang dikesan. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tertutup dan ini boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat dengan cepat.

Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan menjadi kemerahan dan sakit. Ini boleh diiringi dengan sakit kepala di bahagian sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan muntah.

Rawatan kecemasan diperlukan dan pesakit mungkin akan ditahan di wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.

Terdapat dua jenis lagi penyakit glaukoma iaitu sekunder dan kongenital. Sekunder terjadi disebabkan tekanan tinggi dalam mata kerana masalah mata yang lain.

Glaukoma kongenital pula berlaku apabila kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan di sudut mata yang memperlahankan saliran normal cecair.

Kanak-kanak ini biasanya mempunyai tanda jelas seperti mata mendung, sensitif kepada cahaya dan mengoyak secara berlebihan.

Pembedahan konvensional lazimnya adalah rawatan yang disyorkan kerana ubat-ubatan tidak berkesan dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius di kalangan bayi.

Jika pembedahan dilakukan dengan segera, kanak-kanak ini biasanya mempunyai peluang sangat baik untuk memiliki penglihatan sempurna.

Satu lagi faktor risiko bagi kerosakan pada saraf optik iaitu berkaitan dengan tekanan darah. Oleh itu, penting untuk memastikan tekanan darah berada pada tahap yang baik.

Selain itu, menurut Dr Chin, katarak juga menjadi masalah kesihatan mata yang biasa terjadi di negara ini. Ia bermaksud kekaburan pada lensa dalam mata yang menjejaskan penglihatan. Ia memberi kesan kepada penglihatan dan biasa berlaku di kalangan orang yang lebih tua.

"Berdasarkan laporan yang ditunjukkan Institut Mata Kebangsaan (NIH), apabila menjelang usia 80 tahun, lebih separuh daripada rakyat Amerika mempunyai katarak atau sudah menjalani pembedahan katarak.

"Katarak biasanya terbentuk secara perlahan-lahan. Cermin mata baru, lampu yang lebih cerah, cermin mata antisilau atau gelap dan kanta pembesar boleh membantu pada mulanya.

"Selain itu, memakai cermin mata hitam dan topi antara cara mudah yang boleh menghalang sinaran matahari daripada terus terpancar pada mata bagi membantu melambatkan masalah katarak," katanya.

Tambahnya, rawatan yang biasa menjadi pilihan adalah pembedahan. Ia membabitkan pembuangan kanta kabur dan menggantikannya dengan tiruan.

Terdapat beberapa jenis katarak selain faktor umur iaitu sekunder, traumatik, kongenital dan radiasi. Katarak sekunder boleh terbentuk selepas pembedahan disebabkan masalah lain seperti glaukoma.

Ia juga boleh terjadi di kalangan mereka yang menghidap penyakit lain seperti kencing manis dan kadangkala ia juga dikaitkan dengan penggunaan steroid.

Bagi katarak traumatik pula, ia boleh terjadi selepas mengalami kecederaan pada mata atau beberapa tahun kemudian manakala kongenital dihidap oleh sesetengah bayi yang dilahirkan dengan katarak dan biasanya berlaku pada kedua-dua mata.

Ia boleh menjadi begitu kecil tanpa menjejaskan penglihatan tetapi perlu dibuang bagi mengelakkan perkara buruk apabila membesar manakala katarak radiasi pula boleh berlaku jika mata terdedah dengan jenis radiasi berbahaya.

Satu lagi masalah berkaitan mata adalah pereputan makular berkaitan umur (AMD). Ia berkaitan dengan masalah penglihatan yang diganggu titik hitam, herot atau kesukaran mengenal wajah orang lain.

Penyakit yang berkaitan dengan usia itu adalah punca utama kehilangan penglihatan rakyat Amerika yang berusia 60 ke atas.

AMD sejenis penyakit yang merosakkan pusat ketajaman penglihatan, biasanya diperlukan untuk melihat objek dengan jelas dan melaksanakan tugas seperti membaca serta memandu.

AMD menjejaskan makular iaitu bahagian mata yang membolehkan anda untuk melihat butir secara terperinci. Ia tidak menyakitkan tetapi menyebabkan sel-sel di makular mati.

Terdapat dua jenis AMD iaitu kering dan basah. AMD kering adalah masalah yang biasa ditemui dalam kes AMD (90 peratus).

Ia terjadi dengan perlahan-lahan dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan serius. Dalam kes AMD kering, sel dan salur darah di bawah makular pecah dan menyebabkan mendapan di belakang mata disebut `drusen'.

Kerosakan ini menjejaskan makular dan keupayaan menghantar isyarat ke otak. Penglihatan tengah secara perlahan-lahan menjadi suram dan kelabu dalam satu jangka tempoh tertentu.

AMD basah kurang berlaku. Ia menyebabkan kerosakan kekal makular dalam tempoh sebulan atau seminggu. AMD basah biasanya berlaku selepas AMD kering. Salur darah yang rapuh dan abnormal tumbuh di belakang mata.

Salur darah ini bocor menyebabkan makular pecah. Ia juga menyebabkan makular berubah daripada kedudukan asalnya menyebabkan penglihatan tengah menjadi herot.

Dalam kes tertentu, AMD dapat dirasai secara perlahan-lahan pada mulanya dengan perubahan penglihatan mereka.

Pemeriksaan mata secara komprehensif yang kerap dapat mengesan AMD sebelum ia boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan. Namun, rawatan hanya boleh memperlahankan kehilangan penglihatan dan tidak memulihkan.

Menurut Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretinal Pusat Pakar UM Sdn Bhd (UMSC), Profesor Madya Dr Fong Choong Sian, masyarakat harus menyedari kepentingan menjaga kesihatan mata agar mereka tidak kehilangannya.

"Kesedaran awam mengenai masalah ini adalah penting. Mereka yang kehilangan penglihatan mata secara tiba-tiba harus menjalankan pemeriksaan segera.

"Kebiasaannya, golongan yang berumur 50 tahun mempunyai risiko tetapi yang paling berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga mendapat masalah AMD dan perokok.

"Biasanya, rawatan yang dijalankan adalah untuk AMD basah dengan memberikan suntikan ubat khas yang dipanggil antibodi antiVEGF ke dalam mata.

"Setiap suntikan menelan kos antara RM700 hingga RM4,000 manakala sesetengah pesakit mungkin memerlukan rawatan laser iaitu terapi photodinamik atau pembedahan.

"Disebabkan kos rawatan yang tinggi, masyarakat seharusnya mencegah masalah AMD dengan diet sayur-sayuran hijau, antioksidan dan gaya hidup sihat dengan bersenam, mengawal tekanan darah serta kolesterol yang baik," katanya yang menasihati masyarakat agar menjaga deria penting untuk meneruskan kehidupan lebih sempurna hingga ke hujung usia pada satu forum sempena kempen kesihatan mata anjuran Focus Point, baru-baru ini.

Melalui kempen berkenaan, turut diadakan pemeriksaan mata percuma kepada pengunjung dan forum perbincangan mengenai masalah mata. Turut hadir pada kempen terbabit, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Fakta:

Glaukoma dikesan melalui pemeriksaan mata komprehensif yang dijalankan seperti:

  • Ujian ketajaman visual. Ia menjalankan ujian melalui carta untuk melihat pada pelbagai jarak.
  • Medan ujian visual. Ujian ini mengukur periferi anda (penglihatan sampingan).
    Ia membantu pakar jika terdapat kehilangan penglihatan periferi yang menjadi tanda glaukoma.
  • Peperiksaan ruang mata. Dalam peperiksaan ini, titisan diletakkan di mata untuk memperluaskan atau membesarkan mata. Pakar menggunakan kanta pembesar khas bagi memeriksa retina dan saraf optik untuk melihat tanda kerosakan serta masalah lain.
  • Tonometri adalah ukuran tekanan dalam mata menggunakan alat yang dipanggil tonometer. Titisan mata digunakan untuk ujian ini bagi mengesan glaukoma.

    - Pachymetry adalah ukuran ketebalan kornea anda.

    Pakar mata menggunakan alat seperti gelombang ultrasonik untuk mengukur ketebalan kornea.

    Tanda lazim katarak:

  • Penglihatan kabur
  • Warna yang kelihatan pudar
  • Silau
  • Tidak dapat melihat pada waktu malam
  • Penglihatan bertindih pada satu objek.
  • Perubahan preskripsi yang kerap pada cermin mata dipakai.


  • Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Ibu, ayah maut bersama

    Posted: 31 Dec 2011 07:02 AM PST

    KUALA KUBU BHARU: "Saya terkilan kerana tidak sempat menyambut tahun baru bersama ibu bapa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri," kata Fizree Mohd Zakry, 25, mengulas tragedi menimpa keluarganya di Kilometer 419.5 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan persimpangan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar, awal pagi kelmarin.

    Dalam kejadian jam 2.30 pagi, kereta Proton Waja dinaiki ibunya, Latifah Hashim, 48, bapanya, Mohd Zakry Othman, 56, bersama tiga penumpang lain dikatakan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya.


    Menurutnya, ibu bapanya maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Noor Fauzana, 22, Mohammad Fakrul, 17, dan rakan adiknya, Mohamad Ramadan Firdaus, 17, cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Sungai Buloh (HSB).

    "Saya bergegas dari Terengganu ke Hulu Selangor apabila menerima panggilan daripada dua adik yang terbabit dalam kejadian itu, semalam.


    "Sungguh terkilan apabila saya tidak dapat bertemu ibu bapa untuk menyambut tahun baru di Temerloh, Pahang. Tuhan lebih sayangkan mereka," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, semalam.


    Fizree berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Hulu Jempol, Temerloh, Pahang selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan jiran mereka di Alor Setar, Kedah.

    Beliau yang turut berkunjung ke Kedah bagaimanapun pulang lebih awal kerana menyambung kerja di Terengganu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan yang mengantuk lalu terbabas dan melanggar besi bucu penghalang lebuh raya.


    Katanya, kereta mangsa remuk teruk dan Mohd Zakry tertusuk besi yang membengkok di dalam kereta sepanjang tiga meter.


    "Isteri mangsa, Latifah ditemui tercampak dua meter dari kereta melalui cermin depan. Sepasukan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kuala Kubu Bharu membantu mengeluarkan mayat mangsa dan tiga yang cedera," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Pihak berkuasa tidak tutup sebelah mata

    Posted: 31 Dec 2011 06:55 AM PST

    KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tidak pernah menutup sebelah mata atau terlepas pandang kehadiran pendatang di negara ini, malah sentiasa peka dan mengadakan pemeriksaan secara berterusan, termasuk yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

    Kebanjiran pendatang, khususnya di Pulau Ketam, Klang, juga tidak terkecuali, terutama selepas operasi secara berkala disusun untuk membanteras kemasukan pendatang asing yang menjadikan pulau itu sebagai transit atau bekerja di situ.


    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya sentiasa menjalankan operasi di lokasi terbabit dan terbaru, beberapa siri operasi berskala kecil dilakukan dan akan ditingkatkan secara konsisten selepas program pemutihan selesai.

    Menurutnya, buat masa ini kebanyakan pegawai imigresen dikerah membantu dalam urusan pemutihan pendatang dan pemantauan serta penguatkuasaan dilakukan dalam skala kecil kerana memberi peluang kepada golongan pendatang mendaftar.


    "Memang kita belum membuat penguatkuasaan tetapi jangan ingat kita menutup mata kerana kita juga menghantar anggota serta pegawai untuk memantau beberapa lokasi berisiko, jadi usah ada pihak mendabik dada dan mendakwa mereka masih terselamat.


    "Majikan yang belum mendaftarkan pekerja mereka diharap segera mendaftar, manakala pendatang yang masuk secara sendirian boleh mencari jalan penyelesaian yang ada atau berdepan tindakan tegas," katanya.

    Ditanya mengenai kewujudan pusat urut dan pusat pelacuran yang menawarkan aktiviti seks di kalangan warga asing di pulau itu, Alias berkata, golongan berkenaan juga tidak akan terlepas kerana mereka turut terikat dengan peraturan imigresen.


    "Saya akan berbincang dengan Imigresen Selangor mengenai perkara ini tapi untuk pengetahuan, kami sebenarnya ada perancangan sendiri untuk menangani gejala itu, namun kini lebih menumpu kepada program pemutihan," katanya.

    Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perancangan dibuat, sebaliknya memberitahu sesuatu sudah dirancang.



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Katy, Brand sah berpisah

    Posted: 31 Dec 2011 06:45 AM PST

    LOS ANGELES: Rumah tangga Katy Perry dan Russell Brand berakhir hanya selepas 14 bulan mereka melangsungkan perkahwinan yang diduga bakal kekal bahagia.

    Dalam kenyataan dikeluarkan Brand semalam, aktor dan pelawak Britain itu berkata, dia dan Katy "bersedih kerana terpaksa menamatkan perkahwinan" mereka.


    Katanya, walaupun bercerai, dia tetap mengagumi dan bersahabat dengan Katy selepas ini.

    Brand, 36, tidak memberikan maklumat lanjut, tetapi dokumen difailkan di mahkamah semalam menyatakan, mereka kini tidak lagi mempunyai persefahaman.


    Brand dan Katy, 27, berkahwin pada Oktober 2010 di sebuah pusat percutian mewah di kawasan pemuliharaan harimau di India.


    Sebelum itu, mereka mengumumkan pertunangan dalam majlis Anugerah Video Muzik MTV (VMA) pada Januari 2009.

    Di majlis itu, Brand menjadi hos dan Katy menjadi seorang daripada penyanyi jemputan.


    Brand - pernah bergelut mengatasi masalah ketagihan dadah dan seks - kelihatan sangat teruja memperkatakan projek terbarunya bersama Katy awal 2011.

    Antara lain, Brand dipetik sebagai berkata, Kate memberinya kekuatan untuk melakukan yang terbaik.


    Katy pula memuji Brand selepas dia memenangi tiga anugerah dalam VMA pada Ogos lalu.


    "Saya sangat berbangga dengan Brand atas setiap apa yang dikatakannya, malah kadang-kala pertuturannya begitu berwarna-warni,.


    "Itulah punca saya berkahwin dengan Brand. Dia pintar," katanya.


    Khabar mengenai perceraian itu mula diperkatakan dalam dunia siber baru-baru ini selepas mereka dilihat bercuti tanpa cincin perkahwinan masing-masing. - AP



    Full content generated by Get Full RSS.

    Penyerang misteri sengaja bakar kereta di Hollywood

    Posted: 31 Dec 2011 06:43 AM PST

    LOS ANGELES: Pihak berkuasa giat memburu seseorang yang mencetuskan kekecohan di Hollywood dengan membakar banyak kenderaan orang awam, semalam.

    Insiden selama empat jam itu bermula sejurus selepas tengah malam semalam (waktu tempatan), mendorong bomba bertungkus-lumus memadamkan api di 21 lokasi berbeza di Hollywood dan Hollywood Barat.


    Hampir dalam setiap kes, kebakaran bermula dari kereta yang diparkir berhampiran kawasan kediaman.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas.


    Ketua Bomba Los Angeles, Brian Cummings, berkata pihaknya kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan siri 'serangan' baru dimulakan hari ini.


    "Bomba berharap kejadian ini ditamatkan, tetapi kami tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

    Polis pula menggesa orang ramai lebih berhati-hati dan menyalurkan maklumat membantu menahan individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.


    Pihak berkuasa juga menawarkan imbuhan AS$35,000 (RM110,915) untuk sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek. - AP



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Mancini mula rasa bahang

    Posted: 31 Dec 2011 06:40 AM PST

    MANCHESTER: Manchester City kini tiba di separuh jalan kempen Liga Perdana Inggeris, malam ini dan pengurusnya, Roberto Mancini membayangkan saingan memburu gelaran akan menjadi semakin sengit.

    City melangkah ke hujung minggu ini, berkongsi mata dengan Manchester United tetapi masih kekal di puncak liga kerana perbezaan gol ketara.


    Begitupun, skuad termahal milik Mancini yang menguasai hampir sepanjang musim ini, mungkin memulakan tahun baru di tempat kedua memandangkan City hanya akan menentang Sunderland pada Tahun Baru, 24 jam selepas United menanti kunjungan Blackburn.

    Ia juga dikatakan begitu sengit hinggakan Mancini percaya siapa yang akan bergelar juara hanya akan ditentukan pada hari terakhir musim, 13 Mei ini.


    Pengurus City itu juga tidak meletakkan sebarang sasaran untuk pasukannya memenangi liga itu ketika saingan sengit di antara City, United dan Tottenham yang ketika ini menduduki tangga ketiga liga, menyukarkan untuk mengetahui berapa banyak mata yang diperlukan untuk bergelar juara.


    "Sukar untuk diramalkan," kata Mancini.

    "Pada ketika ini, City, United dan Tottenham cemerlang mengumpul begitu banyak mata berbanding tahun sebelumnya.


    "Jika anda katakan berapa banyak mata diperlukan untuk memenangi liga ini, ia cukup sukar. Saya fikir, anda perlu menunggu enam atau lapan perlawanan lagi." Kelebihan lima mata yang dimiliki City selaku pendahulu, hilang sejak awal Disember selepas kekalahan pertama musim ini di tangan Chelsea dan hilang dua mata lagi ketika menentang West Brom, sehari selepas Krismas.

    Begitupun, Mancini menafikan dakwaan bahawa pemainnya kini tertekan.


    "Kami sedar bahawa sebelum menentang Blackburn, sukar untuk terus berada di puncak liga sepanjang masa atau memenangi gelaran, Januari ini," katanya.


    "Apabila anda bersaing menentang United, Tottenham atau Chelsea, ia begitu sukar.


    "Kami sudah meraih 45 mata dan menjaringkan banyak gol. Kami akan berjuang hingga ke akhirnya dan saya fikir, kejuaraan ini akan ditentukan pada tiga atau empat perlawanan terakhir." City tidak berdepan isu kecederaan baru biarpun Owen Hargreaves masih diketepikan berikutan masalah lutut. - AFP



    Full content generated by Get Full RSS.

    Apek tak lupa diri

    Posted: 31 Dec 2011 06:38 AM PST

    PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.

    Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.


    "Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.

    "Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.


    Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


    Menurut Khairul Fahmi, dia juga tidak tahu bagaimana orang menilainya, tapi berharap diberi sokongan dalam usahanya untuk mencapai kejayaan.

    Malah, dia tetap menghormati pandangan dan perhatian diberikan terhadapnya, termasuk penghargaan daripada media tempatan kerana ia satu pengiktirafan untuknya terus berjaya dalam karier bola sepak.


    "Saya hormati apa orang ingin katakan terhadap pencapaian saya sebagai pemain bola sepak dan saya hargai sokongan dan perhatian mereka selama ini.

    "Saya tetap beri tumpuan utama kepada karier bola sepak kerana ia adalah pilihan hidup saya. Saya mahu buat yang terbaik sebagai penjaga gol negeri dan kebangsaan," katanya. Khairul Fahmi berkata, walaupun menjadi perhatian umum, ia tidak menjejaskan tumpuannya dan akan terus berusaha meningkatkan lagi pencapaiannya musim depan. "Bagi saya pengiktirafan pelbagai pihak termasuk akhbar berhubung sumbangan saya kepada bola sepak amat saya hargai dengan baik dan akan berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.


    "Saya tetap fokus dengan tugas saya sebagai penjaga gol pasukan Kelantan dan kebangsaan dan saya harap mampu meningkatkan lagi pencapaian saya musim depan," katanya.


    Bagaimanapun, penjaga gol berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu itu banyak berdiam diri ketika diajukan soalan berkaitan peribadi, sebaliknya senang menjawab pertanyaan mengenai karier bola sepak yang diceburinya.



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Sedia tiga pusat urut

    Posted: 31 Dec 2011 07:00 AM PST

    KLANG: Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi 'port' rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama 'adik' daripada pelbagai negara.

    Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka.
    Difahamkan, rumah pelacuran itu mengenakan caj antara RM100 hingga RM180 bergantung kepada rupa paras dan fizikal gadis berkenaan.

    Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia.
    Selain itu, ada lelaki membawa kekasih gelap ke pulau berkenaan untuk memadu kasih kerana percaya lokasi itu selamat berikutan didiami sebahagian besar penduduk bukan Islam.
    Bagi lelaki gatal yang mahukan khidmat urut batin atau lebih dikenali sebagai 'ping-pong', tiga pusat urut dikesan kira-kira dua kilometer dari pusat pelacuran yang beroperasi di kawasan rumah kedai.

    Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot, manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang dimain secara terbuka turut beroperasi di situ.
    Perkembangan itu tidak menggembirakan penduduk tempatan, khususnya yang beragama Islam, kerana ia menjejaskan nama baik dan kredibiliti pulau itu di kalangan pelancong dalam dan luar negeri.

    Abdul Hisham Hamzah, 55, berkata, walaupun penduduk bukan beragama Islam tidak ambil kisah perkembangan itu, namun bagi individu sepertinya, situasi itu sesuatu yang kurang enak kerana ia menjejaskan imej masyarakat Melayu di mata penduduk tempatan.
    "Sebagai seorang Muslim, saya terpanggil untuk bersuara tetapi tiada kuasa untuk mencegah sekalipun melihat pasangan Melayu berkelakuan mencurigakan dan bermalam di sini," katanya kepada Metro Ahad.
    Abdul Hisham orang pertama memperdengarkan azan dari Balai Islam Pulau Ketam yang diasaskannya pada 1990, namun selepas 2007 tiada lagi suara azan berkumandang hingga kini, malah aktiviti agama juga kian terhad.
    Menurutnya, pulau berkenaan bakal muncul sebagai pulau pelancongan dan jika kegiatan maksiat tidak dikawal, ia pasti sukar dibanteras selepas pulau itu dibangunkan sepenuhnya.
    "Memang penguatkuasaan sukar dilakukan di sini tetapi jika aktiviti agama rancak dijalankan, saya yakin pelancong yang datang ke sini pasti segan-silu untuk melakukan maksiat kerana mereka pasti berfikir dua kali untuk berbuat demikian," katanya.
    Sementara itu, tinjauan Metro Ahad sekitar pulau berkenaan mendapati pusat pelacuran itu beroperasi di tingkat bawah bangunan rumah kedai tiga tingkat.
    Pelanggan didapati masuk menerusi pintu depan premis itu yang ditutup separuh bagi mengaburi pihak berkuasa, terutama polis dan imigresen, sebelum memadu kasih kira-kira sejam.
    Tinjauan turut mendapati sekurang-kurangnya tiga pusat urut menggunakan pekerja dari China dan Thailand, namun pekerja yang menawarkan perkhidmatan mengurut pada harga antara RM40 hingga RM50 itu tidak menawarkan perkhidmatan seks kecuali khidmat 'ping-pong' atau urut batin.
    Bagaimanapun, jika ada individu berminat, mereka boleh menawarkan khidmat itu dengan bayaran antara RM100 hingga RM150, asalkan tembelang mereka tidak pecah kerana kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan yang kehadiran mereka ke rumah urut mudah dikesan isteri masing-masing.
    Seorang tukang urut hanya mahu dikenali sebagai Non, 28, berkata dia bekerja di pusat urut berkenaan hanya untuk menyara diri dan dua anaknya di Thailand dan tidak berhasrat melakukan maksiat atau mengganggu rumah tangga orang lain.
    "Kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan dan pulau ini kecil saja. Jika kami melakukan sesuatu pasti padah menimpa, maklumlah anak dan isteri mereka boleh mencari kami bila-bila masa," katanya.
    Ditanya sama ada beliau menawarkan perkhidmatan seks, Non berkata, ada kalanya dia dan rakan lain hanya menyediakan perkhidmatan 'ping-pong' untuk memuaskan nafsu lelaki kerana tidak mahu menghampakan mereka, manakala jika pengunjung luar ia bergantung pada tawaran.
    "Kami hanya mencari makan mengikut cara kami dan tauke hanya ambil RM10 bagi setiap pelanggan yang menggunakan khidmat tukang urut di sini, malah penginapan juga disediakan," katanya.
    Non berkata, kebanyakan tukang urut di situ tidak suka suasana kerja di tanah besar kerana sering dipaksa dan dipermainkan sindiket, selain mengelak dicekup pihak berkuasa yang kerap melakukan operasi penguatkuasaan.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Tak terjejas dek fitnah

    Posted: 31 Dec 2011 07:00 AM PST

    "PEREMPUAN itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun," jelas pelakon yang mula dikenali melalui drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai gosip mengatakan pelakon itu merampas tunangan orang.

    Malah, bakal tunang Izreen juga dikatakan lelaki bermasalah dan mempunyai anak luar nikah. Pelbagai tuduhan dan tohmahan melanda pasangan itu selepas Izreen mengumumkan dia akan bertunang dengan Mohammad Riza Baharuddin (Riza) yang juga orang produksi.


    Dalam dakwaan itu, Riza dikaitkan masih menjadi tunangan Rafeda yang juga pengurus produksi. Malah, Riza dikatakan pernah berkahwin dengan Julia Daud yang juga bekas isteri pelakon Badrul Muhayat tetapi wanita itu ditinggalkan ketika sarat mengandung anak pertama.

    Malah, Rafeda juga didakwa pernah bercuti ke luar negara bersama Riza serta masih menyimpan foto dan video sebagai bukti. Selain itu, mereka dikatakan hampir mempunyai anak luar nikah namun mengambil keputusan menggugurkannya kerana Riza masih bergelar suami Julia.


    Izreen yang bakal bergelar tunangan Riza pada hari ini menyifatkan dakwaan itu usaha menjatuhkan Riza dan dirinya. Pun begitu, sebagai pelakon yang baru meningkat naik, Izreen akui tertekan tapi menganggap ia isu negatif yang perlu diletak ke tepi.


    Dia turut dilontar soalan tidakkah terdetik di hati perasaan marah atau cuba menyelidik dengan lebih mendalam latar belakang bakal tunangnya? Apatah lagi kisah panas kedua pasangan berkenaan terus dicanang dalam laman sesawang sehingga setiap inci kisah silam Riza dibongkar.

    "Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? "Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.


    "Pun begitu, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan mengenai masa silamnya. Yang penting, saya percayakan tunang saya. Saya ada bercakap dengannya pasal isu ini dan meminta dia berterus terang jika ada perkara yang cuba disembunyikan daripada saya.

    "Secara jujur, keluarga saya belum tahu mengenai isu ini tapi sebaik saja mereka tahu, mungkin selepas membaca artikel ini, saya akan berdepan dan menjelaskan perkara sebenar.


    "Saya harap sangat satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kebenaran, siapa benar dan siapa salah," katanya tenang.


    Ketika dihubungi SELEBRITI kelmarin, pelakon yang turut membintangi drama Tentang Dhia ini menyifatkan dalam hubungan perlu ada kepercayaan. Walaupun pasangan pernah mempunyai sejarah hitam, ia tidak bermakna pasangan itu akan mengulanginya.


    "Harapan saya biar pertunangan ini yang pertama dan terakhir buat saya. Jika berjalan lancar, saya harap peminat doakan yang terbaik untuk kami.


    "Saya tidak mahu lagi cerita kontroversi dipaparkan di media dan jika ada masalah, biar diselesaikan antara kami saja.


    "Lakonan cinta pertama saya dan Riza pun tidak menghalang jika saya terus bergiat dalam bidang ini. Tambahan pula dia juga orang dalam industri ini dan tahu selok-belok bidang ini.


    "Kalau boleh, saya mahu fokus dengan karier dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak nafikan kadangkala kontroversi boleh membantu menaikkan nama artis, tapi pada masa sama ia boleh buat saya 'down' dan memberi kesan kepada kerjaya saya.


    "Apapun, saya anggap semua itu perkara biasa yang harus ditempuh," katanya yang berharap dapat mendirikan rumah tangga sebelum sambutan Aidilfitri depan.


    Majlis pertunangan yang diadakan di rumah keluarga Izreen di Alor Setar hari ini hanya dihadiri beberapa teman rapat dan keluarga terdekat serta berlangsung secara sederhana.



    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved