Selasa, 5 Mac 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Terpikat tema dekat di hati

Posted:

Jika dulu kebanyakan rakyat Malaysia kurang menitikberatkan sambutan hari lahir anak atau menyambutnya di rumah bersama keluarga hanya dengan membeli sebiji kek, tetapi keadaan itu mula berubah seiring peredaran masa.

Semakin ramai yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan khidmat perancang majlis demi memastikan sambutan hari lahir anak mereka diraikan dengan meriah dan meninggalkan kenangan indah.

Keadaan itu membuka peluang perniagaan buat mereka yang rajin dan kreatif. Apatah lagi sekiranya mampu menawarkan pakej berpatutan dari segi harga dan produk berkualiti, ia pasti dapat menarik perhatian pelanggan.

Begitu juga halnya de­ngan ibu kepada dua anak, Norazrin Zakaria, 31, yang mula serius dalam cabang perniagaan itu selepas merancang sambutan majlis hari lahir anak sendiri.

Foto

NORAZRIN bersama Aliff Aziz ketika merancang majlis sambutan hari jadi mengejut buat pelakon itu.

Foto

MEJA yang dihias mengikut tema parti Halloween.

Foto

NORAZRIN turut memberi perkhidmatan merancang majlis minum petang Erra Fazira.

Foto

NORAZRIN turut memberi perkhidmatan merancang majlis minum petang Erra Fazira.


Melihat permintaan mencurah-curah daripada orang sekeliling yang hadir pada majlis hari lahir itu, dia terus mengorak lang­kah lebih jauh apabila kreativitinya dihargai, malah kini menjadi antara sumber pendapatan utamanya biarpun dibuat secara sampingan.


Terjun secara kebetulan sebagai perancang maj­lis hari lahir kanak-kanak dan parti kecil-kecilan di pejabat, Norazrin tidak sangka usaha yang dilakukannya sendiri untuk meraikan hari lahir anak membawanya kepada perniagaan merancang majlis.

Pada majlis sambutan hari lahir anaknya, dia menggunakan tema Spiderman serta menyediakan badut, menyebabkan ramai yang terpikat dan memintanya menyediakan pakej dengan tema mengikut pilihan mereka.

Wanita berwawasan itu berkata, sejak mula aktif pada pertengahan 2012, tempahan daripada pelanggan tidak putus-putus, malah semakin ramai yang berminat berikutan kreativiti serta tawaran harga yang berpatutan mengikut bajet pelanggan.

"Pada mulanya saya mahu mencari perancang majlis untuk sambutan hari lahir anak, namun kecewa kerana semuanya terlalu mahal menyebabkan saya mengambil keputusan membuat sendiri mengikut bajet.

"Ketika majlis itu, ramai pula rakan dan saudara-mara yang datang berkenan dengan apa yang dipersembahkan dan saya pun mula membantu merancang majlis hari lahir untuk anak mereka.

"Bermula dari situ, bukan setakat majlis hari lahir, majlis minum petang termasuk di pejabat sempena perayaan seperti Krismas dan Deepavali juga saya rancang untuk pelanggan. Pendek kata, apa-apa saja majlis yang membabitkan hidangan ringan boleh saya sediakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dia turut merancang majlis minum petang bagi majlis perkahwinan dan Aidilfitri yang sudah semestinya mampu menceriakan suasana terutama jika sanak-saudara atau kawan-kawan berkumpul.

Perniagaannya berkembang hasil promosi dari mulut ke mulut pelanggannya dan sehingga kini sudah mendapat perhatian banyak pihak. Malah ada syarikat besar pernah menggunakan perkhidmatannya bagi mengadakan majlis makan untuk kakitangan jabatannya.

Norazrin juga boleh berbangga apabila kreativitinya turut menarik perhatian artis terkenal Erra Fazira untuk bekerjasama menjayakan majlis minum petang yang diadakan tahun lalu serta majlis hari jadi mengejut buat pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, baru-baru ini.

Menggunakan jenama Rockabye Sayang, pakej majlis sambutan hari lahir mengikut tema yang ditawarkan Norazrin bermula pada harga serendah RM350 sehingga RM1,650, bergantung kepada kehendak pelanggan.

Bagi pakej asas yang disediakan untuk 80 orang, ia dilengkapkan dengan makanan seperti apam polka dot, bertih jagung, gula kapas, air mineral, coklat, biskut dan hiasan latar belakang untuk sesi bergambar bersama kek.

Pakej yang lebih eksklusif pula dileng­kapkan dengan bufet pancuran coklat yang dimakan bersama buah-buahan dan marshmallow. Norazrin turut menyediakan badut dan maskot mengikut tema bagi mereka yang berminat menceriakan lagi majlis sambutan.

"Saya melakukannya bersama sepupu tanpa bantuan mana-mana pekerja. Memang agak meletihkan, tetapi seronok apatah lagi saya melakukannya pada hujung minggu. Majlis diadakan selama tiga jam dan kami berada di lokasi sepanjang majlis untuk memastikan kelancarannya.

"Biarpun ketika ini ia dilakukan pada hujung minggu saja, memang saya ada rancangan untuk memberi tumpuan penuh kepada perniagaan ini memandangkan ia mendapat sambutan sangat menggalakkan," kata ibu kepada Nik Zarief Amin, 6, dan Nik Zarfan Amin, 3.

Katanya, majlis sambutan hari jadi dalam kalangan rakyat Malaysia sudah berubah berbanding dulu. Jika sebelum ini ibu bapa gemar melakukannya secara kecil-kecilan, tetapi kini semakin ramai yang mahu meraikan hari bermakna anak dengan lebih meriah.

Berdasarkan pemerhatiannya menjalankan perancangan majlis hari jadi, ibu bapa dilihat sudah tidak kisah mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit untuk memastikan tarikh lahir anak dipahat sebagai memori indah buat keluarga.

Malah ada kalangan pelanggannya pernah mengeluarkan belanja sehingga RM7,000 dengan mengambil semua pakej yang disediakan semata-mata untuk meraikan hari jadi anak mereka secara besar-besaran.

"Kini trend meraikan hari jadi sudah mengikut gaya orang luar yang gemar membuat majlis mengikut tema dan kami sedia mengikut apa saja permintaan pelanggan asalkan mereka puas.

"Kebanyakan majlis hari jadi mengikut tema selalunya untuk kanak-kanak di bawah usia enam tahun, tetapi saya tidak meletakkan had kepada majlis hari jadi saja kerana turut mengambil permintaan untuk acara lain," katanya.

Mendapat sokongan penuh suaminya, Nik Azam Nik Ibrahim, 34, dia terus melangkah penuh yakin dan merancang membesarkan lagi perniagaan untuk membuka kedai yang membolehkan pelanggan bertemu dan melihat sendiri pakej yang disediakan.

Ketika ini dia hanya beroperasi menerusi dalam talian, Facebook/Rockabye Sayang dan blog miliknya, rockabyesayang.blogspot.com, serta mengambil tempahan melalui e-mel.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Fahami tangisan bayi

Posted:

Apabila bayi mena­ngis, ibu atau bapa akan terus bertindak bagi memastikan bayi menghentikan tangisan.

Walaupun sudah melakukan pelbagai cara seperti menukar lampin atau memberi susu, bayi masih merengek seperti berada dalam keadaan kurang selesa. Ada pula sesetengah pendapat mengatakan bayi terkena gangguan makhluk halus menyebabkan dia menangis tanpa henti.

Bagi meredakan tangisan, apa yang sering dilakukan ibu ialah memberikan susu badan kepada bayi mereka. Namun bukan semua tangisan menandakan isyarat bayi lapar, mungkin si kecil menghadapi pelbagai kemungkinan seperti kembung perut, panas, penat, tidak selesa akibat ruam, demam dan selesema.

Apa yang perlu diketahui, tangisan adalah cara komunikasi pertama dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif.


Tidak hairan jika bayi menghabiskan banyak masa dengan menangis. Dalam buku Your Child's Body Language, Dr Richard Woolfson menjelaskan, tangisan bayi mempunyai erti berbeza. Setiap jenis ta­ngisan menyampaikan pesanan tertentu untuk ayah dan ibu.


Walaupun ramai ibu di seluruh dunia sedar tangisan bayi mempunyai maksud tertentu, kebanyakannya terutama ibu muda masih berteka-teki mengenai maksud tangisan sebenar sama ada lapar, mengantuk atau sakit sebaliknya menggunakan pelbagai teknik sekadar mencuba untuk menenangkan bayi.

Apa yang menjadi masalah, tindakan mencuba ini akan menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif atau negatif. Kemungkinan bayi akan menangis lebih lama dalam nada yang kuat manakala jika tekaan ibu tepat mengenai punca bayi menangis, kemungkinan bayi dapat ditenangkan.

Namun laporan daripada Universiti Miami yang mengatakan tidak kurang 1,500 kes sindrom bayi meninggal akibat goncangan kuat secara ganas oleh orang dewasa yang kecewa dan tertekan berhadapan tangisan bayi, amat menakutkan. Di Amerika Syarikat, satu kematian bagi setiap empat bayi disebabkan punca yang sama, selebihnya menderita kerosakan otak yang kronik dan kekal.

Saban hari Malaysia juga tidak sunyi daripada berita penderaan atau pengabaian bayi. Majoritinya disebabkan tekanan berhadapan tangisan bayi sama ada oleh ibu
berkerjaya, bapa atau pembantu rumah. Namun tiada statistik dilaporkan berikutan pendedahan dan tahap kesedaran yang amat rendah di Malaysia.

Menurut Pendidik Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, sebaliknya satu cara komunikasi bagi bayi menyampaikan keinginan mereka. Tangisan ini adalah bahasa sejagat di seluruh dunia.

Buktinya, Priscilla Dun­stan iaitu wanita pertama yang memperkenalkan program Dunstan Baby Language membuat kajian selama lapan tahun dari 1998 sehingga 2006 untuk mengetahui jenis dan maksud tangisan bayi. Dia menjalankan kajian ke atas lebih 500 bayi di Amerika Syarikat dan Australia. Hasil penelitian ini menunjukkan semua bayi mempunyai bahasa yang sama walau di mana mereka berada. Malah ia terjadi disebabkan tindakan luar kawalan dan bukan dipelajari sendiri oleh bayi.

Uswatun yang mula tertarik mengenai kaedah memahami tangisan bayi selepas melahirkan anak pertama, Izz Aydan Arez Amizamzuri memberitahu, dia terus mendapatkan cakera padat menerusi dalam talian dan mula mengkaji satu persatu jenis tangisan dan maknanya sebelum mencubanya pada anak sulungnya.

"Hasilnya sangat menggembirakan kerana selepas mempelajarinya, saya lebih mudah mengetahui apa yang bayi inginkan sama ada lapar, kembung atau tidak selesa. Keadaan ini memberikan kualiti masa terbaik kepada saya dan suami kerana kami tidak perlu berjaga malam terlalu lama. Malah ketika memandu bersama anak dari Bangi ke Ampang, apabila bayi menangis saya tidak panik kerana sudah tahu apa yang dia inginkan," jelasnya yang turut menggunakan kaedah sama untuk anak kedua, Kal Aydin Shaq yang kini berusia setahun.

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa memahami tangisan sebaik saja bayi dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Ia mengkategorikan bahasa bayi kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.

Neh adalah bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar.

"Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka," katanya.

Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk.

"Selepas mengetahui bayi anda mengantuk, ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu," ujarnya.

Eh pula adalah bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit.

"Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa," ujarnya.

Bagi ibu muda, tangisan berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras.

Heh adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

Menurut Uswatun, ibu bapa perlu memahami tangisan bayi selepas dilahirkan sehingga dia berusia empat bulan kerana tempoh ini kritikal bagi ibu bapa menumpukan perhatian kepada bayi mereka. Selepas berusia empat bulan, lama-kelamaan tindakan luar kawal ini akan hilang dengan sendiri dan bayi akan menghasilkan bunyi tangisan berbeza.

"Terutama bagi wanita yang baru bergelar ibu, mereka masih belum memahami punca bayi menangis. Ini menyebabkan mereka memberi susu sedangkan bayi menangis berpunca daripada pelbagai perkara," katanya.

Uswatun menjelaskan, mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis.

Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkurangan.

"Ini menunjukkan me­ngenali maksud tangisan bayi dapat merubah kehidupan wanita terutama ibu menjadi lebih positif dan bermakna. Malah bayi menjadi lebih ceria kerana kurang menangis dan membesar dalam keadaan sihat," katanya.

Uswatun yang berkelayakan dalam bidang bahasa bayi memberitahu, dia kini menjalankan taklimat dan latihan mengenai topik Mentafsir Makna Tangisan Bayi Dengan Tepat kepada pihak hospital, pusat jagaan kanak-kanak dan ibu-ibu yang ingin mendalami maksud tangisan dengan betul.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut me­ngenai tangisan bayi, boleh melayari laman sesawang www.dunstanbaby.com atau e-mel blushing83@yahoo.com.sg.

Panduan meredakan kembung perut bayi:

Apabila bayi menangis terlalu kuat dan suaranya menekan ke dalam, cuba pastikan sama ada dia mengalami kembung perut atau tidak. Cuba usahakan untuk mengeluarkan gas dari perut bayi dengan cara membuatnya sendawa. Hal ini sangat efektif untuk menghilangkan ketidakselesaan itu.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk me­ngeluarkan gas, sekali gus membuatkannya sendawa antaranya:

1. Tepuk punggung bayi perlahan-lahan sambil menggerakkan paha anda.

2. Letakkan bayi dengan perut di atas bahu kemudian gerakkan bahu anda (perlahan-lahan).

3. Bayi diletakkan dengan kedudukan di atas lengan dan tapak tangan menyokong dada bayi, gerakkan tangan ke hadapan dan belakang seperti mendodoi.

4. Kedudukan bayi berada dalam keadaan meniarap, urut seluruh bahagian belakang terutama pinggang dengan lembut bagi mengeluarkan angin.

5. Kedudukan bayi dalam keadaan telentang, urut lembut bahagian perut bayi.

Sekiranya anda menyusukan bayi, elakkan makanan yang boleh menyebabkan kembung seperti kacang, sayuran berangin seperti kubis dan kangkung, dadih, jagung dan telur. Usahakan agar bayi menyusu sambil berbaring untuk mengurangi jumlah udara yang masuk ke bahagian pencernaan. Sentiasa sapu minyak panas pada bahagian perut dan tapak kaki bagi memberi kehangatan kepada bayi anda.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal seludup tembakau

Posted:

Pelabuhan Klang: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup tembakau kunyah seberat 10,200 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM408,000 di Persiaran Bandar Sultan Sulaiman, di sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan KDRM Selangor yang melakukan rondaan terserempak sebuah lori 10 tan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.


Pengarah KDRM negeri Datuk Azis Yaacub berkata, hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan sarat dengan tembakau kunyah berjenama Golden Khaini keluar melalui pintu utama Zon Bebas tanpa menyerahkan sebarang dokumen.

Katanya, hasil soal siasat terhadap pemandu berusia 55 tahun itu mendapati lori berkenaan digunakan untuk memindahkan barang yang belum diluluskan cukai oleh kastam dari kawasan gudang di Zon Bebas Pelabuhan Utara.


"Pihak berkuasa mengekori lori berkenaan berhampiran Lebuhraya Selat Klang, di sini, sebelum mengarahkan pemandu berhenti bagi melakukan pemeriksaan.


"Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa tembakau kunyah dengan nilai cukai RM624,240," katanya pada sidang media di Pejabat KDRM Pelabuhan Utara, di sini, semalam.

Foto

TEMBAKAU kunyah yang dirampas kastam.

Azis berkata, pihaknya menahan pemandu terbabit bagi membantu siasatan manakala barang yang dirampas dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Selangor untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati tembakau berkenaan diseludup dari India dan dibawa ke Malaysia untuk dipasarkan ke seluruh pasaran tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan belum lulus kastam dengan niat menipu kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya.


"Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dihukum denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang rampasan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bukan kejar populariti

Posted:

Senyap hampir lima tahun, hanya video lama di YouTube saja menjadi pengubat rindu terhadap pemilik vokal gemersik penyanyi kelahiran program realiti ini. Dia menyepi sebaik mendirikan rumah tang­ga selepas berakhirnya Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

Velvet Lawrence Aduk atau Velvet, 25, yang berkahwin dengan vokalis Estranged, Rich tidak dinafikan antara peserta AF paling diingati kerana memiliki bakat besar namun kemunculannya hanya sementara.

Bertemunya baru-baru ini, dia mengakui sebenarnya terlalu rindu untuk kembali ke bidang ini cuma masa belum me­­ngizinkan. Tidak pernah terdetik sekalipun dalam hatinya untuk melupakan minatnya ini begitu saja.

"Sepanjang lima tahun itu, saya memang rancang mahu fokus kepada famili saja terutama buat dua cahaya mata saya. Sukar untuk saya bergerak ke mana-mana apatah lagi untuk aktif dalam bidang nyanyian.


"Memang saya masih menerima tawaran persembahan di Sabah dan Sarawak terutamanya, tetapi itu sekadar sambilan saja. Namun kini anak-anak sudah membesar, saya rasa inilah waktu sesuai untuk kembali fokus dan meneruskan impian untuk jadi penyanyi," kata ibu kepada Joshia, 4, dan Caroline, 2, itu.


Mengharapkan 'comeback' ini akan memberikan sinar buatnya untuk terus mengukir nama dalam industri, Velvet bagaimanapun mengakui dia tidak me­ngejar populariti semata-mata.

Kehendaknya cuma satu, mahu meneruskan impian jadi penyanyi dan paling penting muncul dengan produk yang memuaskan.

"Saya mahu kembali jadi penyanyi kerana inilah cita-cita saya sejak kecil lagi. Kehadiran saya dalam industri ini pun bukan bertujuan untuk mengejar anugerah sebaliknya mahu membina nama saja.

"Jujurnya, saya juga tidak kisah jika tidak diberikan publisiti kerana apa yang penting buat saya adalah berjaya memuaskan hati peminat selepas sekian lama ternanti lagu baru. Sekalipun menyepi dalam tempoh masa beberapa tahun, namun saya tidak pernah berhenti mencari karya yang bagus untuk dimuatkan dalam album saya nanti," ulasnya.

Yang pasti, kehadirannya tidak dengan ta­ngan kosong apabila single terbarunya, Tanpa Terluka sudah mula berkumandang di corong radio. Istimewanya, lagu berkenaan hasil sentuhan komposer Indonesia, Gio Wibowo yang pernah menghasilkan lagu tema filem Lagenda Budak Setan berjudul Bila Cinta.

Terkenal dengan vokal lantang dan hebat me­nyanyikan lagu balada bernada tinggi, bagaimanapun single berkenaan tampil berbeza apabila melodinya lebih 'up-tempo'.

Ditanya kenapa bukan lagu balada yang sering menjadi 'makanannya', menurut Velvet, Tanpa Terluka cukup istimewa kerana dibikin khas buatnya selain mahu tampil dengan kelainan.

"Awalnya saya pun terfikir hendak menghasilkan lagu balada sebagai produk baru sempena 'comeback' ini. Bagaimanapun, saya tidak mahu tergesa-gesa untuk 'memberi' dan lihat dulu penerimaan single itu.

"Lagipun, lagu ini dibuat khas untuk saya dan Gio adalah komposer yang bukan calang-calang. Saya yakin dengan hasil sentuhannya dan percaya lagu ini boleh pergi jauh.

"Apapun, saya pasti akan hadir dengan lagu balada tidak lama lagi, namun selepas single seterusnya siap. Sekarang ini, saya masih dalam proses menyiapkan lagu duet saya bersama suami, Rich," katanya.

Selain itu, penya­nyi yang popular dengan lagu Kini Detiknya itu juga bakal bekerjasama dengan beberapa lagi penyanyi popular selain suaminya termasuklah kolaborasi de­ngan Atilia. Bagaimanapun katanya, semua masih lagi dalam proses perbinca­ngan dan mengharapkan peminat menyambut baik Tanpa Terluka.

Nekad tinggalkan Sabah

Bukan senang untuk meninggalkan kampung halaman tercinta, namun demi kelangsungan karier, Velvet kini mengambil keputusan menetap di Kuala Lumpur dan turut membawa anak-anaknya bersama.

Jika sebelum ini dia sentiasa ternanti suaminya untuk pulang menjengah mereka sekeluarga di Sabah, kini tidak lagi. Meskipun dia sebenarnya berat hati untuk berpindah ke sini, Velvet tidak bimbang kerana sekurang-kurangnya suami ada di sisi.

"Sudah selesa di kampung, memang berkira-kira juga saya hendak kembali ke sini. Memikirkan kesibukan jadual kerja lagi, paling saya risaukan adalah perhatian buat anak-anak kelak.

"Nasib baiklah ibu saya sudi ikut kami ke sini dan menjaga mereka setiap kali Rich mahupun saya keluar. Saya juga mahu mereka bersekolah di sini, tapi kena tengok keadaan dulu," katanya.

Bertekad untuk menumpukan sepenuh fokus dan membina kembali namanya dalam industri, Velvet juga bersyukur kerana hasratnya itu mendapat sokongan penuh daripada keluarga.

"Walaupun kini saya bergelar ibu dan sepatutnya menumpukan perhatian kepada anak-anak, keluarga tidak pernah menghalang impian saya. Itu yang menguatkan saya untuk kembali dan semestinya tidak akan mensia-siakan peluang yang terbentang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Soseh Soseh: Mamat boleh tidur lena

Posted:

Tahun 2013 ini nampaknya bakal menjadi milik Mamat Khalid apabila dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua filemnya sudah mencecah kutipan pecah panggung.

SS memang kagum dengan sentuhan pengarah berasal dari Ipoh, Perak ini. Filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit khabarnya sudah mengutip lebih RM6 juta sejak ditayangkan pada 7 Februari lalu. Kini, Rock Oo! mula meletup-letup! Sejak mula ditayangkan Khamis lalu, kutipan Rock Oo! hingga Ahad lalu sudah melebihi RM2 juta!

Wah! Nampaknya Mamat kini sudah boleh tidur lena kerana sudah terbukti dua filemnya itu memang dinanti-nantikan penonton.

SS juga berkesempatan menonton dua filem itu dan seperti kebanyakan penonton yang lain, SS turut terhibur. Malah, ramai penonton yang membawa anak-anak menonton bersama sekali gus membuktikan filem Mamat memang sesuai ditonton seisi keluarga.


Filem Rock Oo! nampaknya sudah menjadi sebutan dan bualan ramai. Ramai yang memberi komen positif di Facebook dan Twitter, malah ramai juga yang sudah menonton, mahu menontonnya lagi.


Situasi ini mengingatkan SS kepada filem Fenomena arahan Aziz M Osman yang turut mencetuskan fenomena pada 1990 dulu. Waktu itu, ada peminat mengaku menontonnya sebanyak 10 kali kerana kagum dengan filem lakonan Ramona Rahman, M Nasir (kini Datuk) dan kumpulan Search itu.

Rock Oo! nampaknya bakal mengulangi fenomena itu. Bagi SS, Mamat memang ada sentuhan komedi tersendiri. Tanpa pelakon bertaraf 'superstar', Mamat mampu menarik minat ramai penonton ke panggung!

SS: Nak tengok Rock Oo! lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gempur pengganas

Posted:

LAHAD DATU: Empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, dekat sini, diisytiharkan sebagai zon pertempuran selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggempur pengganas di kawasan itu, kira-kira 7 awal pagi ini.

Sementara itu, 10 kilometer persegi pula berada dalam kawalan pasukan keselamatan dan laluan masuk ke kampung terbabit turut ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam.

Serangan yang dilancarkan itu dipercayai menggunakan dua jet pejuang F18 dan empat jet Hawk bagi menumpaskan pengganas yang sudah berkampung di kawasan berkenaan sejak 12 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, serangan itu dilancarkan selepas pengganas enggan menyerah diri walaupun diberi peluang berbuat demikian sebelum ini.


"Pengganas tidak mahu menyerah diri seperti yang kita minta menyebabkan tindakan terpaksa diambil untuk menjaga keselamatan negara terutama keamanan di Sabah.


"Kawasan operasi serangan juga tertumpu di empat kilometer persegi Kampung Tanduo sementara 10 kilometer persegi berada dalam kawalan pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita pada sidang media Ops Sulu, hari ini.

Ismail berkata, sebelum serangan itu, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di semua rumah penduduk sebelum serangan dilakukan bagi memastikan tiada orang awam ketika serangan.

"Ketika serangan itu, kita juga mendapat tentangan daripada pengganas yang melepaskan tembakan. Sehingga ini, kita tidak dapat sahkan jumlah kematian dan yang tercedera di pihak musuh," katanya.

Beliau berkata, dalam serangan itu pasukan keselamatan juga tiada yang kehilangan nyawa dan serangan ke atas pengganas masih berterusan.

Kronologi

7.00 pagi: Jet pejuang mula menggempur Kampung Tanduo dengan menggunakan sekurang-kurangnya empat bom dari udara.

7.30 pagi: Dua helikopter Nuri kelihatan menuju ke arah Felda Sahabat 17.

9.00 pagi: Polis melakukan sekatan jalan raya di semua laluan masuk dalam lingkungan kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.

9.15 pagi: Beberapa ambulans dari Hospital Lahad Datu dilihat menuju ke arah Felda Sahabat 17

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Musuh tumpas

Posted:

Semporna: Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul semalam mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi penduduk sejak kelmarin.

Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.


"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kecewa dengan skuad Densus 88

Posted:

Jakarta: Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Marzuki Alie menyatakan kekecewaannya apabila rakaman video kekejaman skuad elit antipengganas terhadap suspek, semalam.

Mendesak supaya polis menjalankan siasatan secara telus, Marzuki berkata, apa yang berlaku itu menyalahi prosedur yang ditetapkan dan mesti dihentikan.


"Jika skuad itu tidak mengkaji semula tindakan mereka yang memperlekehkan Islam, kita bimbang akan timbul persepsi bahawa mereka sebenarnya memusuhi Islam," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video memaparkan anggota skuad Densus 88 menyoal siasat suspek tersebar secara meluas.


Densus 88 (nama asalnya ialah Detasemen Khusus 88) adalah unit elit polis Indonesia bagi menangani isu pengganas di negara itu.


Dianggarkan skuad itu dianggotai kira-kira 400 orang yang mempunyai kemahiran tersendiri, termasuk penembak tepat.

Foto

ANGGOTA Densus 88 menjalani latihan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Majlis Perwakilan Rakyat, Hajriyanto Y Tohari berkata, anggota Densus 88 melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius dan perlu dihukum sewajarnya.


"Densus 88 perlu faham, negara ini didirikan dengan tujuan utamanya untuk melindungi setiap rakyat daripada sebarang penindasan dan memberikan keamanan kepada mereka," katanya. - republika.co.id

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Ligan trak lepas nahas

Posted:

Mumbai: Seorang wanita lasak yang dilanggar sebuah trak ketika dia menunggang skuter mengejutkan orang ramai apabila dia bangun semula dan mengejar pemandu trak berkenaan.

Rakaman video pengawasan menunjukkan wanita itu dilanggar pemandu terbabit yang tidak menyedari wanita itu ada di depan trak berkenaan di satu simpang yang sibuk. Video itu merakam wanita berkenaan membelok ke lorong bersebelahan di depan sebuah kenderaan yang besar di Nagpur, sebuah bandar di negeri Maharashtra, kira-kira 525 batu dari Mumbai.


Pemandu trak tidak memperlahankan kenderaannya apabila wanita itu dan skuternya terperangkap di bawah tayar hadapan kiri trak.

Pemandu itu terus memandu menyeret wanita berkenaan dan skuternya sambil melintasi jalan yang sibuk. Mangsa yang hanya berpakaian sari dan topi keledar bernasib baik kerana skuternya melindunginya daripada digilis trak itu. Apa yang cukup mengejutkan ialah wanita itu bangun dan terus mengejar trak terbabit yang masih menyeret skuter miliknya.


Video menunjukkan seorang lelaki mengekori wanita itu, mungkin cuba untuk membantu atau memaki hamun pemandu trak berkenaan.


Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, India mencatat lebih 130,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.

Menurut rekod, 14 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku setiap jam di negara itu, kadar paling tinggi di dunia. Kebanyakan kemalangan jalan raya di India membabitkan pemanduan secara laju, memandu dalam keadaan mabuk dan pemakaian topi keledar secara tidak betul, tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memasang kerusi bayi dalam kenderaan.


Trak dan kenderaan dua roda menyumbang kepada lebih 40 peratus kematian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Rantai Ronaldo!

Posted:

Madrid: Penyerang Manchester United Wayne Rooney menganggap Cristiano Ronaldo adalah pemain yang mampu memberi ancaman besar kepada pasukannya pada perlawanan kedua pusingan kedua menentang Real Madrid namun dia tetap yakin Red Devils mampu mengatasi rakan sepasukannya itu untuk mara.

Ronaldo akan berdepan United di Old Trafford awal pagi esok buat kali pertama sejak dia membuat kejutan dengan rekod perpindahan pemain termahal di dunia AS$120 juta (RM372 juta) ke Bernabeu lebih tiga tahun lalu.


"Saya fikir kami mendapat keputusan baik apabila seri 1-1 pada perlawanan pertama kerana gol di tempat lawan akan memberikan kelebihan kepada kami apabila beraksi di laman sendiri," kata Rooney yang turut memberikan amaran kepada United supaya merantai pergerakan Ronaldo jika mereka mahu layak ke suku akhir.

"Pastinya Ronaldo," kata Rooney ketika ditanya mengenai siapakah pemain yang akan memberikan ancaman.


"Dia pemain yang hebat. Saya pernah bermain dengannya dan saya tahu betapa bagusnya dia.


"Dia pemain yang saya kagumi dalam pasukannya sebagai pemain bola sepak dan individu." Pemain tengah Real Kaka pula percaya peluang mereka belum berkubur meskipun gagal mendapat keputusan baik pada pertembungan pertama.

Foto

Wayne Rooney

Foto

RONALDO

"Kami berasakan kami sepatutnya menang pada perlawanan pertama tapi sebaliknya terjadi. Sekarang kami perlu pergi ke Old Trafford dengan penuh keyakinan untuk menang," katanya yang melabel Rooney dan Robin Van Persie adalah pemain yang bahaya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

Kami punyai kelebihan berbanding United

Posted:

MADRID: Pemain tengah Real Madrid Mesut Ozil percaya pasukannya mempunyai kemampuan untuk menewaskan Manchester United pada pertembungan awal pagi esok selepas merekod dua kemenangan ke atas Barcelona minggu lalu.

Ozil tidak beraksi ketika Madrid mengalahkan Catalans 2-1 pada perlawanan liga Sabtu lalu namun dia memainkan peranan besar ketika menang 3-1 di Camp Nou dalam aksi Piala Raja Sepanyol Selasa lalu.


Ozil yakin mereka mampu mencipta satu lagi kemenangan penting di gelanggang lawan selepas aksi pertama berkesudahan seri 1-1 di Santiago Bernabeu.

Ia akan menjadi perlawanan cukup sukar menentang pasukan yang bagus namun kami sudah menunjukkan kemampuan kami pada perlawanan pertama," katanya.


"Berdasarkan aksi pada babak pertama, kami adalah pasukan yang lebih baik dan mencipta banyak peluang menjaringkan gol.


"Kami sangat menghormati Manchester United namun objektif utama kami adalah untuk bermain dengan kemampuan sebenar dan dengan cara itu, kami boleh menewaskan mana-mana pasukan. Pasukan yang boleh menang di Barcelona boleh menang di Manchester." Pemain antarabangsa Jerman itu pantas menafikan spekulasi media bahawa prestasi tidak menentu Madrid dalam liga musim ini adalah disebabkan hubungan tegang antara pemain utama dan pengurus Jose Mourinho.

"Saya dalam prestasi terbaik dan saya gembira dapat bermain setiap minggu. Ini kerana jurulatih percaya dengan kemampuan saya dan saya berterima kasih kepadanya.


"Media banyak menulis mengenai suasana dalam bilik persalinan tapi saya hanya boleh katakan, hubungan saya dengan Mourinho sangat baik. Beliau menyokong saya dan bagi saya beliau adalah salah seorang jurulatih terbaik di dunia.

"Kami bermain dalam satu pasukan dan jika kami tidak bersatu kami tidak boleh menang di Barcelona. Kami saling menghormati dan kami seperti dalam keluarga kecil." Madrid akan bertandang ke Manchester tanpa beberapa pemain akibat masalah kecederaan pemain selepas pertembungan Clasico Sabtu lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved