Selasa, 19 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ekspresi diri menerusi imaginasi

Posted:

Ramai ibu bapa tidak membenarkan anak bermain dengan peralatan tajam seperti jarum, gunting dan pisau kerana bimbang boleh mencederakan mereka. Ada pula penjaga langsung tidak percaya pada kemampuan kanak-kanak mengendalikan seni asas jahitan kerana beranggapan ia berkaitan kerja orang dewasa.

Mana mungkin si kecil yang baru berusia empat dan lima tahun mampu menghasilkan seni kerja tangan yang comel serta memerlukan ketelitian tinggi.

Tambah pula apabila membiarkan mereka bermain dengan jarum benang dan fabrik yang tidak sesuai dengan peringkat usia mereka.

Namun, jangan dipandang rendah pada kebolehan kanak-kanak kerana sekiranya diberi latihan dan asuhan, mereka mampu menghasilkan produk seperti orang dewasa malah ada yang lebih baik daripada itu.


Ini diakui tenaga pengajar serta pemilik laman sesawang www.sekocinorlie.com, Norliza Samingon, 34, yang aktif menjalankan kelas kemahiran membuat kraf tangan daripada fabrik felt.


Katanya, kanak-kanak dapat menzahirkan idea kreatif mereka dengan mengenal serta menggunakan bahan dan peralatan seni seperti kertas lukisan, kertas warna, berus, warna, krayon dan bahan buangan di persekitaran.

Aktiviti seni dan kraf membantu kanak-kanak untuk lebih memahami nilai, corak, harmoni dan warna dalam seni visual.

Selain itu, ia juga membantu si kecil mengenali garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang yang dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni mereka.

"Malah, perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikuasai menerusi aktiviti kraftangan. Penggunaan bahan dan peralatan dalam aktiviti seni dan kraf memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot, koordinasi tangan serta penglihatan kanak-kanak. Secara tidak langsung, kemahiran motor kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkesan," jelasnya.

Perkara yang sama turut dinyatakan Loy Chee Luen di dalam buku Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak 2011, yang menjelaskan aktiviti seni kreatif seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi dan membentuk arca, memberi peluang kepada si comel merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara.

Ini termasuk seni jahitan pada kanak-kanak yang dikatakan sebagai satu cara menggunakan kemahiran seni dan menzahirkan perasaan menerusi imaginasi dan kreativiti.

Norliza yang menjalankan kelas kraftangan kanak-kanak sejak 2009 menjelaskan, minat mengendalikan bengkel bermula ketika dia menyiapkan tempahan pelanggan untuk bunga tangan dan perhiasan. Seperti biasa, anak sulung gemar mengganggu Norliza menjahit menyebabkan dia hanya membiarkan apa yang ingin dilakukannya.

"Menyedari anak mahu melakukan perkara yang sama, saya mula mengajar dan mendapati dia mudah mempelajarinya. Keterujaan anak membawa hasil kraf ke sekolah dan menggayakannya kepada rakan menimbulkan idea untuk membuka kelas untuk kanak-kanak," katanya.

Bermula dengan menjalankan bengkel di rumah kemudian dijemput untuk menjalankan kelas di rumah peserta pada majlis hari jadi, sekolah dan kini dijemput mengendalikan kelas untuk bilangan peserta yang hampir mencecah 300 orang.

Untuk kraf felt, biasanya proses pengajaran bermula dengan melakar, memotong, memilih warna, menjahit dan menghias manakala rekaan bergantung kepada umur kanak-kanak bermula pada usia empat hingga enam tahun.

"Untuk memastikan apa yang dilakukan mereka selamat, biasanya ibu bapa menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran selain menggunakan peralatan selamat. Selalunya saya menyediakan peralatan dan bahan melainkan aktiviti dibuat di sekolah," katanya yang menjalankan bengkel selama tiga jam bergantung kepada rekaan dan umur peserta.

Antara kraftangan dihasilkan ialah rantai kunci, penanda buku, perhiasan rambut, pin, kerongsang dan hiasan pada beg atau pasu bunga.

Menurut Norliza, aktiviti seni dan kraf untuk kanak-kanak memberi lebih penekanan kepada proses berbanding hasil produk. Menerusi pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ia dapat membentuk kerohanian, sikap dan nilai positif kepada kanak-kanak bagi menjadikan mereka lebih sabar dan fokus terhadap tugasan yang diberi.

"Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti seni dan kraf bukanlah dilatih untuk menjadi pelukis atau artis semata-mata sebaliknya membantu perkembangan kemahiran, mental dan emosi mereka," katanya.

Disebabkan kanak-kanak mudah hilang tumpuan dan cepat bosan, cabaran utama adalah untuk menarik perhatian supaya lebih fokus dengan cara berinteraksi dengan mereka. Ada juga kanak-kanak yang cepat berputus asa dan tidak mahu meneruskan aktiviti.

Sebagai tenaga pengajar, pujukan dan kata-kata motivasi amat penting. Ini kerana ibu bapa yang menghantar anak mengharapkan sesuatu di akhir bengkel bagi melihat kemampuan dalam bidang kraftangan.

Selain itu, ada juga kanak-kanak yang memilih rekaan sehingga keliru dalam menentukan bentuk kraftangan yang akan diajar. Kanak-kanak lelaki misalnya langsung tidak mahu mengikut aktiviti jika rekaan itu berbentuk kewanitaan seperti corak bunga atau klip rambut.

"Namun, semua cabaran ini dapat diselesaikan kerana selalunya saya bertanya dulu minat peserta sekiranya diadakan dalam kelompok kecil jadi, aktiviti akan menjadi lebih mudah. Namun, sekiranya bilangan peserta ramai, perbincangan dijalankan dengan pihak penganjur bagi memastikan rekaan memenuhi minat semua pihak," katanya yang mengadakan kelas pada musim cuti sekolah atau hujung minggu, bergantung kepada permintaan.

Sebagai tenaga pengajar saat paling menggembirakan apabila melihat kanak-kanak berbangga dengan hasil jahitan mereka serta tidak sabar-sabar menggayakannya.

Pernah satu ketika ada seorang kanak-kanak lelaki menyertai bengkel yang disertai semua peserta perempuan. Apabila ditanya dia mengatakan mahu menghadiahkan sesuatu yang unik kepada ibu dan adik perempuannya.

"Memang saya sangat gembira apabila kanak-kanak yang masih kecil menghargai apa yang mereka lakukan. Sekurang-kurangnya mereka mula belajar mengenai kesabaran dan cara menghargainya dengan memberikan kepada orang tersayang," jelasnya.

Walaupun ada ibu bapa khuatir anak mereka tercedera akibat tercucuk jarum, Norliza mengakui 90 peratus kanak-kanak akan tercucuk jarum ketika mengikuti kelas pertama, tetapi bukan sehingga mencederakan mereka. Ini kerana selepas melakukan kesilapan, mereka biasanya lebih peka dengan peralatan jahitan serta tahu cara mengendalikannya dengan lebih berhati-hati.

Ini sesi yang sangat penting untuk meyakinkan ibu bapa bahawa alatan jahitan boleh dikendalikan kanak-kanak tanpa mencederakan mereka.

"Sepanjang kelas tidak pernah kanak-kanak menangis atau tidak mahu meneruskan jahitan. Sebaliknya mereka akan berhenti sebentar dan meneruskan aktiviti.
Sepanjang sesi, saya juga akan sentiasa mengingatkan mereka berulang-kali mengenai cara mengawal peralatan tajam dengan berhati-hati," ujarnya.

Norliza yang mengenakan bayaran antara RM20 sehingga RM100 bergantung kepada rekaan, bahan dan bilangan peserta, menasihati ibu bapa supaya tidak menyekat bakat serta kreativiti anak-anak dan membiarkan mereka meneroka apa yang mereka minati sama ada melukis atau menjahit asalkan tidak memudaratkan. Sebagai tanda penghargaan, beri galakan, dorongan serta pujian kepada mereka.

Selain itu, jangan takut untuk memberikan peralatan tajam kepada si kecil sebaliknya beri peluang kepada mereka untuk mengetahui fungsi peralatan itu dengan sentiasa berada di samping mereka ketika melakukan aktiviti kraftangan.

"Apabila sudah diajar dengan cara ini mereka akan tahu fungsi alatan itu dan faham mengapa ia perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan," katanya yang kini mempunyai Rumah Kraf Sekoci bagi menempatkan peserta bengkel yang terletak di Jalan Tanjung Karang, Shah Alam, Selangor
Bagi mereka yang berminat menyertai kelas kraftangan, boleh melayari laman sesawang www.sekocinorlie.com atau e-mel kepada sekocinorlie.gmail.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20

Kongsi resipi di Facebook

Posted:

Jika minat memasak, pelbagai jenis resipi boleh dihasilkan dengan mudah, malah ia juga boleh diubah suai untuk mendapatkan hasil memuaskan.

Sama ada kita mempunyai kemahiran memasak atau tidak, ia bukan masalah asalkan mempunyai minat mendalam untuk menghasilkan hidangan yang unik.

Misalnya telur dadar yang memang enak dinikmati bersama nasi panas. Walaupun telur dadar biasa diletakkan bawang merah dan sayuran untuk menambah keenakan dan khasiatnya, ada juga yang menambah bahan berlainan seperti suhun.

Bagi pemilik f-tersix records, Badrul Hashim, menikmati telur dadar bersama nasi memang enak, tetapi jika setiap hari menjamu resipi sama, ia tentu membosankan.


"Ada yang suka menambah bawang dan pelbagai sayuran mengikut selera masing-masing malah kita juga boleh mencampur makanan laut ke dalam resipi telur dadar.


"Jika ingin memasak makanan laut, seeloknya campurkan sedikit gula ke dalam masakan walaupun hanya menyediakan telur dadar. Ini bagi menaikkan rasa manis hidangan,".

Gemar menghasilkan sajian ringkas ketika hari bekerja, Badrul tidak mensia-siakan idea diperolehnya apabila dia juga rajin berkongsi resipi barunya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Walaupun bekerja di dunia hiburan yang menuntut banyak waktu untuk bertemu pelanggan dan menjamu selera di luar, itu tidak dijadikan alasan untuk melupakan hobinya sejak zaman remaja lagi.

Bapa kepada dua cahaya mata itu menjelaskan, dia sudah memuat naik resipi dihasilkannya di badrulslifethroughfood/fb sebanyak 30 jenis hidangan yang boleh dikongsi bersama pembacanya.

"Kebanyakan ilham resipi itu datangnya daripada hidangan yang saya makan dan suka. Lazimnya saya pergi berulang kali untuk mengenal pasti cara dan rasa yang dihasilkan tukang masak di situ supaya saya boleh cuba memasaknya di rumah.

"Selain itu, saya banyak belajar daripada keluarga terutama ibu mengenai masakan tempatan dan adik ipar pula jika ingin membuat roti," katanya.

Menunjukkan cara mudah menyediakan telur dadar goreng udang dan suhun, dia menasihatkan supaya melembutkan suhun dengan merendam di dalam air hingga ia kembang bagi memudahkan proses penyediaan hidangan.

Jika tiada udang, bahan berkenaan boleh diganti dengan makanan laut lain.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/20
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Air mata peragut

Posted:

Seorang daripada dua peragut yang ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran sebuah pusat beli-belah di USJ 19 di sini, menangis teresak-esak sambil merayu agar dia dilepaskan.

Lelaki berusia 26 tahun itu cuba menagih simpati orang ramai dengan memberi alasan dia perlu menyara isteri dan seorang anak kecil berusia setahun.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki berkenaan bersama rakannya yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125Z meragut beg tangan pramugari warga Jepun dari arah belakang.

Bagaimanapun, malang bagi kedua-dua peragut berkenaan apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dan melanggar kenderaan lain ketika cuba memecut.


Akibatnya, penunggang motosikal yang berusia 27 tahun cedera parah iaitu patah tangan kanan dan kaki kiri manakala pemboncengnya dilaporkan luka dan calar di bahagian lutut.


Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kedua-dua suspek diberkas orang awam selepas terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong.

"Siasatan awal mendapati, suspek pertama iaitu penunggang motosikal berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod dikehendaki manakala rakannya pula tiada rekod jenayah tetapi positif ujian air kencing," katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan polis ke atas motosikal suspek menemui parang pendek dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan ragut.

"Kedua-dua suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di daerah ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan lain," katanya.


Katanya, beg tangan mangsa yang berisi RM700, telefon pintar dan dokumen perjalanan yang diragut dirampas semula.


Seorang daripada suspek yang cedera dirawat di Hospital Serdang manakala rakannya ditahan di lokap Balai Polis USJ untuk siasatan lanjut selepas dibenarkan hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bukan jual 'wajah jambu'

Posted:

Cerita mengenai dirinya yang didakwa sudah bertunang dengan pe­ngurus sendiri, Awin, masih heboh diperkatakan hingga hari ini. Wanita yang dimaksudkan itu juga sudah me­nguruskan karier seninya sejak empat tahun lalu.

Namun anggota kumpulan Forteen dan pelakon, Izzue Islam nampaknya tidak mengiyakan mahupun menafikan cerita yang tersebar itu.

"Saya tak nak cakap lagi perkara itu kerana ia tidak akan habis kalau saya beri kenyataan. Saya tak kisah apa pun tanggapan orang mengenai perkara itu.

"Kalau orang fikir saya sudah bertunang de­ngan pengurus saya, itu terpulanglah pada tanggapan mereka. Buat masa ini, saya tiada sebarang komen mengenainya.


Fokus saya sekarang untuk mengukuhkan lagi karier seni diceburi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Menyentuh perkembangan Forteen pula, kata pemilik nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan ini, ramai pihak yang mula membuka mata selepas kumpulan itu mengungguli kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Kumpulan di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 lalu.

"Apa yang penting, kami berjaya membuktikan pada orang, Forteen memang boleh menyanyi dan bukan sekadar bersandarkan 'wajah jambu' semata-mata.
"Selepas menang AIM19, undangan per­sembahan tetap diterima sama macam biasa.

Pada masa sama, kami juga akan muncul dengan single baru yang masih dirahsiakan lagi. Bagaimanapun, single hits kami, Berdua Bersatu masih 'panas' dan tercalon dalam Muzik-Muzik.

"Dari segi album penuh pula, ia akan membabitkan sebanyak enam hingga tujuh lagu dan masih menggunakan khidmat Edry KRU," katanya. Selain Izzue, kumpulan ini dianggotai tiga lagi anak muda berbakat iaitu Ariz, One dan Ameer.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19

Tidak terfikir bergerak solo

Posted:

Tidak dapat dinafikan, namanya lebih popular berbanding anggota kumpulan Forteen yang lain. Kerana popularitinya juga, nama Izzue tercalon dalam kategori Artis Baru Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).

Justeru, ada pihak yang mendakwa pelakon yang dikenali dalam filem 29 Feb­ruari dan Hantu Kapcai ini ingin bergerak secara solo demi memberi fokus pada bidang lakonan. Namun, dia menafikannya sama sekali.

"Saya masih lagi bersama Forteen sampai sekarang. Mungkin orang tak tahu, saya sudah lama berlakon sebelum bersama Forteen lagi. Impian saya ingin memastikan kedua-dua cabang seni bergerak seiringan kerana saya selesa dengan kedua-duanya sekali gus.

"Bukannya setiap hari kami ada undangan per­sembahan kerana selalu­nya ia membabitkan pada hujung minggu. Jika tidak menyanyi, barulah saya mengisi masa dengan aktiviti lakonan.


"Ada juga beberapa undangan persembahan Forteen yang saya tidak dapat buat kerana bertembung dengan jadual lakonan kerana perkara seperti itu tidak dapat dielakkan. Ia membabitkan satu drama dan telefilem," kata­nya.


Bagaimanapun, kata Izzue, ang­gota kumpulan Forteen yang lain tidak pernah menghalang minatnya dalam bidang lakonan, sejak dulu.

"Saya juga dapat kebenaran dari anggota Forteen yang lain untuk terbabit dalam dunia lakonan. Mereka tidak menghalang minat saya kerana lakonan adalah salah satu cabang seni yang diminati, sejak dulu.

"Lakonan terbaru saya ialah drama bersiri 13 episod, Bunga Merah Punya untuk Slot Aurora di saluran TV9. Drama arahan Zul Huzaimy ini terbitan Suhan Movies.

"Saya masih sibuk me­nyiapkan baki penggambaran drama ini seperti direncanakan. Barisan pelakon lain yang terbabit dalam drama ini ialah Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli dan Nasir Bilal Khan.

Selain itu, ada dua hingga tiga lagi tawaran berlakon yang diterima dan masih dalam perbincangan lagi," katanya.

Antara filem baru lakonannya ialah Ular arahan Yusry Abdul Halim, Hantu Tok Mudim, Mat Tudung, Chikaro dan Kami Histeria.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Amah dera anak majikan dipenjara

Posted:

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melambung dan menghempas anak majikannya pada 15 Februari lalu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi itu di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi.

Tertuduh, Yuliana, 23, dari Acheh, Indonesia membuat pengakuan bersalah terhadap kedua-dua tuduhan dan kelihatan bergenang air mata sebaik Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menghempas dan melambung seorang bayi, Mohamed Hareez Mohamed Zamri berusia empat bulan sebanyak sembilan kali sehingga mendatangkan kecederaan pada lengan dan kaki kanan bayi itu di sebuah rumah beralamat nombor 7, lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol pada 15 Februari lalu jam 7.45 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Foto

Yuliana dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi. FOTO Mustaffa Kamal


Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh menganiayai mangsa yang mana perbuatan itu mendatangkan kecederaan kepada mangsa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada lokasi dan masa yang sama.


Bagi kesalahan itu dia boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun.

Mohd Azhar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi pertuduhan pertama dan lima tahun bagi pertuduhan kedua serta memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19

KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT

Posted:

"Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.


Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.


Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.


"Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.

"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.


Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.

Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Serpihan meteorit ditemui

Posted:

Sekumpulan saintis menemui cebisan batu angkasa yang terhempas di pinggir Chelyabinsk minggu lalu dan setiap satu daripadanya dijangka boleh dijual sehingga RM31,000.

Pakar menjalankan pencarian di lubang seluas 15 meter di tasik beku di Urals dipercayai terhasil akibat hentaman meteorit itu. Selepas tiga hari menyelidik, mereka menemui cebisan batu mempunyai medan magnet kuat serta memancarkan kesan radiasi tinggi luar biasa.


Kata sumber, kedua-dua ciri itu petanda kuat cebisan itu datang dari angkasa lepas.

Gambar cebisan itu mula muncul di laman sesawang iklan ringkas Russia, Avito.Ru dan didakwa diperoleh dari sekitar kawasan Chelyabinsk.


Seorang pengguna laman sesawang itu menawarkan cebisan itu pada harga lebih RM31,000 manakala seorang lagi sedia menjual 18 kepingan batu itu pada harga RM53 setiap satu.


Menurut laporan, penduduk Chelyabinsk kini memungut batu-batuan di jalan yang diharap cebisan meteorit itu.

Bagaimanapun, bukan semua mahu menjualnya.


Seorang wanita berkata, tiada sebab untuk dia menjual cebisan meteorit berkenaan.

"Saya tidak hidup kaya-raya sebelum ini. Justeru, mengapa mahu mula hidup mewah sekarang?" katanya.


Kira-kira 1,200 orang cedera apabila meteorit terhempas di wilayah tengah Russia itu Jumaat lalu selain merosakkan tingkap 900 sekolah dan hospital, selain merosakkan 100,000 rumah. Meteorit itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni tatkala penduduk Chelyabinsk panik melihat langit mereka berkilauan ketika objek itu terbang melintasi wilayah didiami 1.13 juta orang itu.


Sehari kemudian, penyelam mencari kesan meteorit, tetapi gagal mendorong sesetengah saintis mempersoalkan sama ada lubang besar itu terhasil akibat hentaman objek itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19

Posmen musnah 30,000 surat dijel

Posted:

London: Seorang posmen dipenjara selepas didapati bersalah memusnahkan hampir 30,000 surat yang sepatutnya diserahkan.

Bapa kepada dua anak, Jabur Hissan didakwa menanam lebih 29,000 surat di taman rumahnya.


Tertuduh juga didakwa membakar 400 surat lain serta membuang hampir 200 surat di sungai. Di mahkamah, Jabur berkata, dia menyangka dia cuma membuang surat yang tidak penting.

Sebaliknya, Jabur, 32, turut memusnahkan pelbagai dokumen yang diperlukan orang ramai, termasuk bil dan surat-menyurat. Sesetengah surat itu boleh diserahkan Jabur ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Birmingham. Hakim mengarahkan Jabur dipenjara lapan bulan kerana "mencipta risiko yang merosakkan." - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved